PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 26 March 2015

SINOPSIS::: Pasrah Dalam Redha...

Assalamualaikum...
Memang sejak awal lagi saya dah tak sabar-sabar nak masukkan cerita ni dalam blog. Walaupun tak siap lagi, saya akan masukkan juga sikit-sikit sampai siap. Dalam banyak-banyak cerita yang saya karang, novel ini adalah yang paling sukar kerana kisahnya saya ambil dari pengalaman seorang kawan yang saya hormati. Sebenarnya tidaklah seratus peratus dari pengalaman dia. Mungkin 30% sahaja kot..hehehe..
Dia sahabat, teman,  guru dan kaunselor saya. Pengalamannya mengajar saya erti jangan berputus asa walaupun pada hakikatnya saya dah hampir-hampir fedap nak berkarya lagi.
Untuk sahabat saya tu..terima kasih banyak-banyak. Terlalu banyak yang dikongsikan hingga saya rasa terlalu bangga mengenali diri dia. Maaflah kalau penambahan cerita agak melampau. Niat saya hanya untuk menyedapkan cerita je...hehehe...
Untuk semua yang sudi membaca...terimalah dari saya..
PASRAH DALAM REDHA....

SINOPSIS...

Kasih Wan Hamka terlalu dalam. Begitu juga dengan kasih Wan Husna. Tidak nampak yang lain kerana hati mereka seperti dah ditakdirkan bersama.
Perpisahan tak terjangka. Kerana kasih dan sayang, hati memujuk agar redha walaupun pasrah hakikatnya beraja. Selama dua puluh tahun terpisah, tanpa apa-apa utusan akhirnya mereka bersua jua. Namun hati Wan Husna kini telah terisi dengan pemuda cacat Hisham. Hakikatnya Wan Hamka harus telan walaupun hati pedih terhiris. Hatinya tertanya-tanya mengapa Wan Husna berubah. Bila si dia meluahkan, ketebalan muka berganda-ganda. Wan Hamka redha walau pasrah. Dalam mengalah dia mengharap Wan Husna kembali padanya. Namun kasih Hisham kini menguasai segala-galanya.
Wan Hamka membawa diri. Dari situ dia belajar memperbaiki diri. Hatinya masih sendiri dan tetap sendiri hingga kini. Mendoakan kebahagiaan Wan Husna seperti satu kewajipan.
Wan Husna pula bahagia di samping Hisham. Namun cerah tak akan sampai ke petang. Hatinya bergolak berperang dengan kehadiran Hani yang mendakwa milik mutlak Hisham.
Apakah Wan Husna akan kembali pada Wan Hamka?
Bahagiakah Wan Hamka dengan pergolakan Wan Husna dan Hisham?
Siapa Hani pada Hisham?
Siapa pula Darlin Arleyana dalam hidup Hisham?
Semuanya terjawab sesudah anda mengenali Pasrah Dalam Redha...

No comments: