PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Showing posts with label Secubit Kasih. Show all posts
Showing posts with label Secubit Kasih. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

BAB 44 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

44
AIDIL
Kepercayaan adalah intipati sebuah hubungan yang terbina. Maka belajarlah untuk tidak menjadi pengkhianat jiwa.

“ADA siapa-siapa boleh bagi cadangan, hari ni kita nak ke mana?” Aku beri peluang pada anak-anak aku memilih tempat untuk bercuti. Dalam diam aku dah tersenyum pada anak sulung aku sebab aku dah dapat agak apa jawapan yang akan keluar dari mulut dia nanti.

“CH..!” Jeritnya ceria. Hmm..aku dah agak..

“Kali ni ayah tak mahu pergi CH. Cari tempat lain pulak.” Gesaku serius. Bila semua sudah mula tak dapat nak berfikir, aku senyum pada isteriku Madiha.

“Sayang ada cadangan?” Aku tanya lembut. Bila dia angkat bahu tak tahu aku senyum dalam hati. Rasanya Allah merestui apa yang menjadi anganan ku sejak semalam.

“Sayang siapkan anak-anak. Kemaskan pakaian kita untuk seminggu. Lepas zohor nanti kita bertolak.”

“Abang nak bawak kami ke mana.?”

“Kita balik KL. Rumah abang.” Senyuman Madiha yang lebar buat aku lega kerana sememangnya sejak dulu hanya itu tempat yang menjadi angannya. Cuma aku saja yang asyik mengelak tiap kali dia suarakan mahu ke sana.

Aku bercadang mahu  ke rumah Nur esok pagi. Harap-harap dia masih menanti dan mengharapkan kehadiran aku sebagai satu-satunya abang yang dia ada.


NUR
Kini aku tahu bahagia ada di mana-mana..
PERLAHAN-LAHAN aku berjalan sambil memegang perut aku yang memboyot. Tak tahan dah rasanya membawa perut aku yang besar ni. Zikri kata aku nampak seksi bila mengandung. Ceh! Seksilah sangat. Seksa ada la..!

Langkahku ku atur menuju ke luar rumah. Mendengar suara riuh rendah anak-anak aku bermain di luar buat aku nak sertai sama. Namun entah kenapa kali ini keriuhan berganda-ganda bunyinya. Umpama seperti ada sepuluh orang kanak-kanak di luar rumah.

Aku mula menjenguk luar dari pintu utama. Tercengang aku bila lihat beberapa orang kanak-kanak yang aku tak kenal sedang bermain-main dengan anak-anak aku. Nak kata anak-anak jiran, aku rasa memang tidak sebab yang mereka-mereka ni memang aku tak pernah lihat.

Aku mula melangkah mendekati mereka. Namun langkahku tiba-tiba terhenti bila mendengar suara Zikri berbual dengan beberapa orang di wakaf sebelah kolam ikan milik umi. Aku perasan umi turut berada di situ. Dengan rasa segan, aku melangkah juga untuk melihat siapa tetamu yang tiba-tiba muncul.

“Ha..tu dia! Orang yang kau nak jumpa sangat.” Kata Zikri pada seseoarang di sebelahnya. Bila dia berpaling, langkahku terhenti. Dadaku berdebar-debar.

“Nur! Saya datang nak jumpa adik saya. Bolehkan?” Sopan suaranya kedengaran di corong telingaku. Aku yakin dengan suara itu. Walaupun wajahnya ada sedikit perubahan, aku yakin dia. Walupun susuk badannya juga tidak seperti dulu, aku pasti memang dia yang sedang berdiri depan aku. Aku sedar kehadiran seorang wanita bergaya bertudung sebelah umi. Kini aku yakin, dia sudah menemui kebahagiaannya. Seikhlasnya aku bersyukur dengan kehidupannya sekarang.

Aku ketap bibir menahan sebak. Dalam sebak aku tersenyum. Dalam senyum aku mengangguk laju. Di saat Zikri sedang memimpin tangan aku membawa aku ke arah Aidil, air mata aku meluncur laju. Dalam hati aku ucap beribu-ribu kali kesyukuran kerana Allah masih beri peluang pada aku untuk berjumpa dan memohon ampun dan maaf dengan dia. Dalam hati aku berbangga kerana insan yang aku anggap abang masih ada hati untuk bertemu dengan aku yang bergelar adik. Pada aku, itulah hari yang aku nanti-nantikan. Aku yakin emak dan ayah juga berharap seperti yang aku harapkan sekarang ini. Dan aku yakin emak tenang di sana melihat penyatuan anak-anaknya. Amin..


TAMAT………

BAB 43 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

43
AIDIL
“KAU dah tak mahu balik rumah kau ke Dil?” Tanya Razif serius.
“Nantilah! Aku belum kuat nak berdepan dengan semua.” Kataku lemah. Selepas Makcik Mazuin dan daddy pergi, aku bawa diri ke Sarawak tempat di mana Razif menetap. Hanya Kak Zana saja yang tahu aku berada di sini. Itupun kebetulan Kak Zana menghubungi Razif.

Syarikatku yang berada di Kuala Lumpur terpaksa aku serahkan buat sementara waktu pada penolong aku. Aku hanya memantau dari jauh saja. Sesekali aku akan ke sana jika ada apa-apa yang tidak kena. Namun aku tak pernah pulang ke rumah daddy. Terlalu banyak kenangan dalam rumah itu hingga aku masih tak sanggup berdiri di situ.

Aku bercadang nak tukar lokasi syarikat aku. Buat masa sekarang ni aku sedang usaha mencari tempat yang sesuai. Tapi baru-baru ni aku rasa johor adalah tepat yang paling sesuai. Nampaknya sampai bila-bilalah aku tak akan balik rumah daddy jika aku dah mula menetap di negeri orang.

“Azie kata Nur cari kau. Kau tak teringin ke jumpa dia?”

Aku tersentak bila Razif menyebut nama itu. Dah lama aku tak sebut. Rasa-rasanya sudah hampir setahun. Cuma wajahnya sahaja yang asyik bermain di ruangan mataku. Tapi aku macam tak percaya yang Nur mencari aku. Rasa macam mimpi pulak.

“Aku takut, Zif.”

“Kau takut apa?”

“Aku takut hati aku tak kuat berdepan dengan dia.”

“Kaukan nak anggap dia macam adik saja.”

“Itu mulut aku yang kata. Hati aku macam mana pulak? Aku keliru!”

“Kau lupa pada amanah Makcik Mazuin?”

“Sebab amanah tulah aku masih tak kuat nak berdepan dengan dia.” Aku dengar Razif mengeluh lepas aku cakap macam tu. Memang aku tak kuat sebab hati aku banyak rasa cinta pada dia dan bukannya sayang pada seorang adik.

“Kau terlalu ikutkan perasaan, Dil. Aku nasihatkan kau carilah seorang untuk jadi teman seumur hidup. Aku yakin dengan kehadiran seorang suri, kau pasti akan dapat melupakan dia.” Nasihat Razif buat aku nak ketawa. Siapalah yang nakkan aku ni? Tambah-tambah lagi kalau orang tahu asal keturunan aku. Sah siapa pun tak pandang.

“Siapalah yang nakkan aku ni Zif? Sejarah salasilah hidup aku terlalu sensetif. Aku yakin tak akan ada yang nakkan aku.”

“Zaman tu dah berlalu Dil. Orang sekarang dah tak pandang semua tu. Sekarang perempuan hanya nakkan lelaki yang baik, beriman, berpelajaran, ada duit dan sedikit harta. Yang lain-lain tu mereka tak kisah sangat.”

Aku mengeluh perlahan. Mungkin ada benarnya apa yang Razif cakapkan. Untuk mencari yang seperti Nur, aku rasa memang payah nak dapat. Namun aku percaya pada Tuhan. Aku yakin setiap apa yang dikurniakan, pasti terselindung seribu hikmah. Mungkin bakal suri aku nanti tidak secantik Nur, tapi dia ada keistimewaan yang tersendiri.

Dalam diam aku ucap syukur pada ilahi kerana Nur mencari aku. Terima kasih Nur! kerana mencari saya. Terima kasih kerana beri peluang pada saya. Terima kasih kerana sudi hulurkan secubit kasih untuk saya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dalam hidup saya. Terima kasih juga kerana mengajar saya erti sebuah kehidupan dalam berkeluarga. Tanpa Nur, pasti saya tak merasa bahagia bersama daddy dan Makcik Mazuin.


NUR
HAMPIR setahun sudah Aidil hilangkan diri. Aku tahu dia sekarang berada di Bandar Kuching. Azie yang sampaikan pada aku. Kata Azie, tak lama lagi Aidil akan menetap terus di Bandar Johor. Hmm..patutlah susah sangat nak cari. Rupa-rupanya dah lepas ke selatan. Bila aku tanya fasal jodoh Aidil pada Azie, dia ketawa mengekek. Kata Azie, Aidil takut perempuan. Yelah tu..!

Sebenarnya aku pun dah hilang ikhtiar memujuk. Zikri kata aku patut biarkan saja Aidil begitu. Zikri takut, andainya aku terus merayu, dikuatiri Aidil akan pergi lagi jauh. Menurut Zikri lagi, jika Aidil ada sifat seorang abang seperti yang emak harapkan, insyaallah, dia pasti akan datang jumpa aku. Apa yang penting, aku harus terus berdoa agar hidupnya sentiasa diberkati Allah selalu. Harap-harap dia segera bertemu dengan jodoh yang baik-baik. Kini aku yakin, usahkan secubit kasih yang Aidil harapkan dari aku, segunung kasih pun aku sanggup beri asalkan dia ikhlas terima aku sebagai adiknya kerana aku yakin dia mampu menjadi seorang abang yang baik untuk aku.

BAB 42 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

42
NUR
Pergilah derita. Pergilah dugaan. Bukan benci tapi kerana aku sudah tidak mampu lagi..

DIAM TAK DIAM, sudah dua minggu emak dan ayah tinggalkan aku. Namun hingga semalam, aku seperti manusia tak berperasaan. Entah kenapa aku seperti tidak boleh terima kenyataan yang emak sudah pergi tinggalkan aku untuk selama-lamanya. Rasanya macam baru semalam aku bawa emak pulang ke rumahku.

Setiap hari aku hanya habiskan masaku termenung. Dah macam-macam kata nasihat yang Zikri beri pada aku. Namun aku tetap macam ni juga. Hal makan minum pakai Zikri dan Zaim aku serahkan seratus peratus pada umi dan pembantu rumah. Aku sedar Zikri seakan-akan sudah mula bosan dengan aku. Kadang-kadang aku takut hati Zikri berubah hati. Senyumannya pun aku dah lama tak nampak. Seminggu selepas pemergian emak aku masih nampak kesabarannya melayan kerenah aku. Tapi sejak tiga hari lepas aku sedar dia sekan malas dah nak pandang aku. Jadi hari ini aku nekad mahu mengubah sikap penting diri sendiri aku ni. Yang pergi sudah pasti akan pergi dan pasti takkan kembali lagi. Namun yang pasti yang masih hidup sudah tentu harus teruskan perjalanan hidup.

Bukan aku tak rasa bersalah, dan bukan aku tak cuba terima kenyataan, cuma entah kenapa hati aku masih liat menerima suratan takdir. Yang sebenarnya aku boleh terima mereka pergi tinggalkan aku cuma aku tak boleh terima cara mereka pergi. Setiap kali aku terbayangkan wajah emak yang sedang menahan kesakitan, hati aku rasa sakit sangat. Seolah-olah aku yang merasai kesakitan yang emak tanggung.

Semalam aku dengar perbualan Zikri dan umi tentang Aidil. Menurut Zikri, sudah lama Aidil tidak pulang ke rumah. Siapa pun tak tahu ke mana Aidil pergi. Aku tahu dia kecewa dan sedang bersedih macam aku. Masakan tidak, dia hidup bersama ayah sejak dia berada dalam kandungan ibunya lagi. Dah tentu dia tak dapat terima kenyataan.

Kadang-kadang aku rasa bazir waktu memikirkan tentang dia. Siapa dia pada aku? Penting sangatkah dia dalam hidup aku? Dia tak ada kena mengena langsung dengan aku. Usahkan setitis darah, sezarah darah pun langsung tak ada sangkut paut. Tapi bila mengenangkan amanah dan harapan emak pada saat-saat akhirnya, aku rasa bersalah. Rasanya tak patuit aku singkirkan dia sedangkan ketika emak berikan kata harapan hari tu, aku berjanji dalam hati akan terima Aidil sebagai abang aku dunia akhirat.

Dentingan jam dinding di ruang tamu menyedarkan aku dari lamunan. Terlalu asyik berkhayal hingga tak sedar jam dah pukul enam petang. Sebentar lagi Zikri pasti tiba dari hospital. Zaim yang sedang galak bermain dengan umi buat aku tersenyum.

“Baru hari ni umi dapat lihat Nur senyum. Lapang dada umi tengok Nur macam ni.” Kata-kata umi buat aku termalu sendiri. Tak sangka umi susah hati selama ni.

“Nur minta maaf mi. Nur terlalu ikutkan perasaan. Nur dah susahkan umi. Nur serahkan tanggungjawab Nur pada umi sedangkan sepatutnya tanggungjawab tu Nur yang patut galas.”

“Umi tak kisah. Umi faham situasi Nur. Umi pun pernah rasa kehilangan. Tapi cara Nur tu tak betul. Kasihan Zikri dengan Zaim. Mereka perlukan Nur.” Aku mengeluh kesal dengar luahan hati umi. Aku mengaku aku salah kerana ikutkan perasaan.

“Abang ada cakap apa-apa ke tentang sikap Nur ni?”

“Seumur hidup umi, Zikri hanya pernah merungut satu hal sahaja, sekali dalam hidupnya depan umi. Nur nak tahu bila dia merungut?” Umi cuba berteka teki denganku. Aku angkat kening tanda pinta jawapan.

“Masa tu umi hantar dia ke UK. Rumah atuk dia. Baru sehari sampai di sana, dia merungut nak balik jumpa Nur. Tak tahan rindu katanya. Umi tinggalkan dia di sana. Dia merungut pulak dekat atuk dan neneknya. Tiap-tiap hari atuk dan neneknya pujuk suruh bersabar. Bila atuknya bagitahu yang atuknya nak suruh umi pinangkan Nur, sejak tu dia tak merungut lagi sehinggalah sekarang.”

Aku tunduk malu sampai lebar tersenyum dengar umi bercerita. Nasib baik Zikri tak ada masa ni. Kalau tidak, mahunya aku lari menyorok dalam almari baju.

“Terima kasih umi, sebab faham masalah Nur. Nur janji lepas ni Nur nak ubah sikap Nur ni. Sebenarnya Nur rasa bersalah pada emak sebab selama ni Nur banyak salahkan arwah emak dan ayah. Nur sakitkan hati emak dan ayah. Nur tak pedulikan mereka sedangkan selama ni mereka bersusah payah datang sini semata-mata nak bertemu dengan Nur. Nur pentingkan diri sendiri. Nur bukan anak yang baik. Bila dah jadi macam ni baru Nur nak rasa menyesal.”

“Baguslah kalau Nur berfikir macam tu. Lepas ni Nur kena teruskan hidup Nur agar menjadi lebih baik dan terbaik. Jangan kusut-kusutkan fikiran Nur lagi dengan benda-benda yang dah lepas.”

“Nur nak ke dapur siapkan air abang. Kejap lagi mesti dia sampai.”

“Yelah! Buat yang special sikit. Biar hilang penat dia tengok Nur dia dah kembali.”

Aku melangkah ke dapur dengan senyuman meleret. Untung betul badan aku sebab dikurniakan mertua yang baik dan memahami seperti umi. Ditambah pula dengan suami yang baik seperti Zikri. Semakin bertuahlah aku.

Sepuluh minit kemudian hidangan tersedia dia tas meja kopi. Serentak dengan itu deruman kereta Zikri kedengaran dari luar rumah. Bergegas aku pergi mendapatkan Zikri. Senyuman paling manis aku hadiahkan padanya menerbitkan rasa hairan hingga berkerut wajah Zikri.

“Dah sihat?” Soalan pertama yang keluar dari mulut Zikri selepas aku mencium tangannya. Aku termalu sendiri bila Zikri sindir macam tu.

“Nur minta maaf sebab tak pedulikan abang dan Zaim. Mafkan Nur ye bang! Nur janji lepas ni Nur tak buat lagi perangai macam ni. Abang marah Nur?”

“Abang tak marah cuma geram sikit.” Ujar Zikri sambil menjeling manja. Aku tergelak dengar dia cakap macam tu.

“Abang penat? Nur ada buatkan air.”

“Penat abang hilang tengok Nur senyum macam ni.” Kata Zikri lalu menarik aku dalam pelukannya. Dahiku dikucup lembut.

“Sebenarnya Nur takut abang lupakan senyuman Nur dan beralih pada senyuman yang lain.”

Berdekah-dekah Zikri ketawakan  aku.

“Nur! Dengar sini baik-baik. Dua puluh empat tahun abang tunggu Nur jadi suri hidup abang, bila dah dapat, berbaloikah abang lepaskan Nur semata-mata nak cari yang lain? Sebelum abang lafazkan akad atas Nur, abang nekad dan bulatkan hati abang untuk terima Nur seadanya. Sebenarnya abang kagum dengan Nur. Terlalu banyak penderitaan yang Nur tanggung sendiri. Jika digalas di bahu abang, pasti abang cepat mengalah. Abang tahu Nur masih terasa dengan apa yang berlaku. Namun abang sedikit kesal sebab Nur tak benarkan abang merasai sama apa yang Nur rasa.”

“Dahlah bang! Nur dah tak mahu ingat lagi kisah lalu. Sekarang tumpuan Nur hanya pada keluarga kita saja. Insyaallah Nur akan cuba lupakan. Sebenarnya Nur tak mahu lagi menyalahkan Aidil. Depan mak hari tu, Nur nekad untuk terima Aidil sebagai abang Nur dunia akhirat. Nur teringin nak jumpa dia. Nur nak minta maaf dekat dia.”

“Alhamdulillah..! abang bangga dengan Nur. Insyaallah lepas ni kita sama-sama usaha cari dia. Abang tahu dia bawak diri jauh dari kita sebab segan dengan kita. Abang yakin, kalau dia tahu pandangan Nur pada dia dah berubah, pasti dia datang jumpa kita.”

Aku lega lepas Zikri cakap macam tu. Aku harap keputusan aku ni tidak lagi menjadi masalah dalam hidupku. Dalam diam aku berdoa agar Aidil sentiasa dilindungi Allah selalu. Harap-harap dia mendengar suara hati adiknya ini.

BAB 41 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

41
AIDIL
Aku hanya insan biasa. Namun mengapa dugaan yang berat sering kali datang bertimpa-timpa ke dadaku..
HARI ini aku bertolak ke JB. Kerja yang terpaksa aku selesaikan harus aku utamakan demi mempertingkatkan mutu syarikat. Di sana nanti aku bercadang nak jumpa dengan Razif. Menurut Razif sekarang sekolah sedang cuti. Jadi dia banyak masa untuk luangkan bersama aku selama dua hari nanti. Nasib baiklah Sarawak dan JB tak jauh mana. Penerbangan yang memakan masa hanya beberapa minit membolehkan dia datang berjumpa aku di JB bila-bila masa sahaja.

Sebelum aku bertolak tadi aku lihat Makcik Mazuin dan daddy pun sibuk berkemas mahu ke rumah Nur. Tak banyak pun pakaian yang dia bawa. Katanya pakaiannya masih banyak di rumah Nur. Begitu juga dengan daddy. Daddy kata di sana nanti dia boleh baju baru. Aku tak kisah sangat fasal tu. Yang aku risaukan ialah bayang Pak Ajiz masih tak nampak rupa. Sampailah masa aku bertolak, Pak Ajiz masih aku tak nampak. Daddy kata mungkin Pak Ajiz ada hal, jadi dia sanggup menanti.

Ceria sungguh wajah Makcik Mazuin tadi. Sebelum aku bertolak tadi dia sempat berpesan supaya aku pandai jaga diri. Jauh di sudut hati aku rasa tak sedap. Mulalah aku fikir yang bukan-bukan. Namun cepat-cepat aku beristigfar.

“Mak ni pesan macam nak pergi Mekkah pulak. Dil dah besarlah mak.. mak janganlah risau.”

“Mak tahu Dil dah besar, tapi Dil belum kawin lagi. Kalau Dil dah kawin mak tak risau sangat, dah tentu ada yang menguruskan Dil bila mak dah tak ada nanti.”

“Nanti Dil kawinlah..!”

“Ingat Dil. Dil tu satu-satunya anak lelaki daddy. Kalau jadi apa-apa pada mak dan daddy, hanya Dil saja yang tempat daddy dan mak harap boleh menjaga Kak Ana. Kak Ida dan Nur.”

“Dia orangkan dah ada suami masing-masing. Takkan Dil nak jaga dia orang pulak?” Aku pelik dengan hujah daddy. Makcik Mazuin pula hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat daddy.

“Ajal maut jodoh pertemuan semuanya datang dari Allah. Jika terjadi sesuatu pada mereka, daddy harap Dil tak lokek budi untuk menolong.” Kata daddy sayu. Aku mengeluh lemah tanda faham.

“Oh..fasal tu. Dil faham. Baiklah daddy, mak. Dil akan pegang amanah ni. Tapi kalau jadi apa-apa pada Dil, siapa pulak yang nak ambil tahu?”

“Dilkan lelaki. Takkan itu pun daddy nak ajar? Kak Ana, Kak Ida dan Nur ada. Mereka pun boleh harap.”

Aku hanya mengangguk selepas daddy cakap macam tu. Aku boleh terima apa yang daddy cakap. Dengan Kak Ana pasti tak ada masalah. Tapi kalau dengan Kak Ida dan Nur pasti aku rasa janggal sikit. Walaupun hubungan aku dengan Nur sudah kembali baik, jauh di sudut hati aku masih rasa segan dengannya.

Perjalanan aku teruskan dengan tenang menuju ke Bandar Johor Baharu. Mengikut perkiraan mungkin dalam setengah jam lagi aku akan sampai kerana sekarang aku dah sampai di Pasir Gudang. Pening sekejap mata dan kepala aku melihat deretan bermacam-macam jenis kilang yang terbina. Dalam hati sempat aku menyumpah sebab pelanggan  yang aku nak jumpa ni macam dah tak ada tempat lain nak jumpa. Kenapa Bandar JB yang dia pilih? Kalau datang sendiri ke Kuala Lumpurkan senang!

Aku bercadang mahu hubungi daddy dan emak setelah aku sampai di sana nanti kerana aku memang dah janji nak call mereka. Lantas telefon bimbit segera aku capai dan mula mencari nama daddy. Mengikut kiraan, mungkin mereka dah sampai di rumah Nur.

Lama aku menanti panggilan masih belum berjawab. Aku cuba call pula nombor Pak Ajiz. Pun tak berjawab. Akhirnya aku nekad hubungi Zikri.

“Kau biar betul! Takkan sampai sekarang tak sampai lagi?” Bentakku perlahan pada Zikri.

“Betul! Aku nak tipu buat apa? Pukul berapa mereka bertolak?” Zikri tanya aku.

“Aku tak pasti. Tapi masa aku bertolak jam enam pagi tadi, dia orang pun sibuk mengemas. Tapi daddy kata dia orang nak bertolak pukul lapan pagi.”

“Lapan pagi.?? Sekarang dah dekat jam dua belas tengahari. Maknanya dah hampir empat jam perjalanan. Kalau ikut pengiraan mereka dah sampai sekarang. Tapi mungkin mereka ambil masa sebab berhenti berehat. Kita tunggu kejap lagi.”

Aku lepaskan keluhan berat selepas berbual dengan Zikri. Jauh di sudut hati, aku tetap rasa tan tenang.


NUR
“KENAPA bang? Siapa call?” Aku tanya Zikri setelah melihat Zikri seakan gelisah.

“Err..Aidil.” Jawab Zikri tergagap-gagap.

“Dia nak apa?” Aku tanya hairan.

“Mm..kalau abang cakap Nur jangan marah ek.” Ayat Zikri dah mula buat aku rasa tak senang. Aku angkat kening minta segera jawapan.

“Sebenarnya mak dan ayah nak datang hari ni.” Jawapan Zikri dah buat aku nak melompat. Tapi bila melihat wajah risaunya hati aku tak jadi nak melompat.

So, apa yang tak kenanya?”

“Masalahnya sampai sekarang dia orang tak sampai lagi. Aidil kata ikutkan mereka dah sampai.”

“Kejap-kejap! Nur tak fahamlah. Abang kata Aidil call tadi, tapi dia tak tahu mak dan ayah dah sampai atau belum. Nur peninglah! Cuba abang terus terang! Dia orang dekat mana sekarang sebenarnya ni?”

Satu persatu Zikri terangkan pada aku sehingga aku rasa dada macam nak meletup selepas Zikri selesai bercerita.

“Maknanya sekarang ni Aidil tak join sekali?” Aku dah mula naikkan suara. Bila Zikri angguk kepala, aku merengus kasar. Aku tak hairan kalau dia tak mahu datang. Yang menjadi masalah sekarang ialah mak dan ayah.

“Abang yakin Pak Ajiz yang drive?” Pertanyaanku Zikri jawab dengan angkat bahu tanda tak tahu.

“Nur risau kalau ayah yang drive. Ayahkan cepat penat!”

“Tulah..abang dah cakap dekat Aidil, kalau apa-apa hal call abang, biar abang yang jemput mereka. Tapi sekarang Aidil dah berlepas ke JB sebab urusan kerja.”

Aku ketap bibir menahan geram. Sakit hati aku dengan sikap Aidil yang tidak menjaga emak dan ayah.

“Nur janganlah salahkan Aidil pulak. Abang pun salah jugak sebab rahsiakan hal ni. Tambah pulak mak sendiri yang pesan jangan bagitahu pada Nur sebab nak buat kejutan pada Nur.” Kata Zikri panjang lebar setelah menyedari aku mula tak senang hati. Sepanjang minggu ni, boleh dikatakan tiap-tiap hari aku berbual dengan emak dalam telefon. Kali terakhir aku berbual dengan emak adalah malam semalam sebelum tidur. Sempat emak berpesan pada aku agar sentiasa pandai jaga diri, jaga anak-anak dan suami, dan sentiasa hormat pada umi dan Zikri. Paling buat aku tergamam bila emak menyuarakan rasa gembiranya dia bila aku dah mula berbaik dengan Aidil. Emak menyuruh aku lupakan sengketa lama. Emak harapkan aku menerima Aidil sebagai seorang abang. Walaupun aku tak membalas kata-katanya, aku dapat terima apa yang diharapkan.

“Dan akhirnya Nur memang terkejutkan?” Bentakku geram. Dalam hati dan fikiran macam-macam yang bermain. Aku dah bagai kucing hilang anak.

“Sabarlah! Kita tunggu kejap lagi. Mungkin mereka singgah rehat dekat mana-mana. Lagipun menurut Aidil mereka bertolak jam lapan pagi tadi. Sekarang baru pukul dua belas tengahari.” Zikri cuba meredakan keadaan. Sambil-sambil tu dia cuba call telefon bimbit ayah. Aku yakin Zikri turut rasa apa yang aku rasa.


AIDIL
AKU mandapat panggilan dari Pak Ajiz. Hati aku jadi tak senang bila Pak Ajiz beritahu yang dia tak dapat menghantar daddy dan Makcik Mazuin kerana isterinya sakit. Paling buat aku terkejut ialah daddy memandu sendiri ke Perak. Aku yakin Nur pasti akan marahkan aku kerana tidak turut serta. Kalau jadi apa-apa pada daddy dan Makcik Mazuin, pasti aku yang akan dipersalahkan.

Tepat jam dua petang, selesai urusan aku di JB dan segera aku hubungi Zikri. Tadi aku tak sempat hubungi dia sebab aku sedang berada dalam bilik meeting. Aku dapat bayangkan Nur pasti sedang tertekan. Baru beberapa hari saja hubungan aku dan dia kembali pulih, sekarang jadi macam ni pulak. Aku tak tahu apa yang akan Nur tempelakkan pada aku lepas ni. Silap-silap haribulan bayang aku pun dia tak sanggup pandang lagi.

“Aku bertolak ke sana sekarang. Mungkin malam baru aku sampai. Lagipun aku ada di Johor lagi sekarang ni.” Kataku pada Zikri setelah talian bersambung.

Okey! Urusan kau dah settle belum?”

“Untuk hari ni dah settle. Ikutkan esok ada lagi. Tapi aku mintak tangguh minggu depan.”

Okeylah kalau macam tu. Kau pun tolong hati-hati semasa memandu.” Pesan Zikri pada aku. Aku lepaskan keluhan berat selepas tamatkan talian. Dalam hati aku tak henti-henti berdoa agar Makcik Mazuin dan daddy selamat.

Selepas menghubungi Zikri aku cuba lagi hubungi daddy dan Makcik Mazuin. Tapi hampa kerana talian langsung tak berjawab. Hanya bunyi tut-tut saja. Pemanduanku segera aku halakan ke utara. Harap-harap aku sampai awal sebelum malam menjelma. Namun aku yakin, jarak johor ke Perak bukanlah dekat. Paling cepat pun mungkin enam ke tujuh jam masa perjalanan.Nak pendekkan masa perjalanan memang boleh, tapi aku masih sayangkan nyawa aku.

Sejam perjalanan ke utara, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari nombor yang tidak aku kenali. Lemah segala sendi dan otot apabila seorang pegawai polis yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Razali, memberitahu bahawa kereta yang dipandu oleh daddy dirempuh oleh sebuah lori di lebuhraya utara selatan berhampiran dengan tol Simpang Pulai.

Tanganku mula menggigil kesejukan ketika mencari nama Zikri di telefon bimbit. Tergagap-gagap aku berbicara ketika mendengar balasan suara Zikri. Selesai bercakap dengan Zikri, aku terus memecut kereta Mercy aku ni. Ketika ini aku tak ingat langsung nyawa aku bakal melayang. Yang pasti ketika ini aku hanya nak sampai cepat. Di ruangan mata hanya terbayangkan wajah daddy yang tenang dan Makcik Mazuin yang dalam kesakitan.


NUR
“KITA siap sekarang! Umi tolong tengokkan Zaim ye!” Kata Zikri tiba-tiba. Aku tergamam melihat Zikri tergesa-gesa. Umi pun hairan dengan sikap Zikri.

“Kita nak ke mana bang?” Aku tanya hairan.

“Ikut jelah..!” Kata Zikri gugup.

“Abang cakap dulu. Kita nak kemana?”

Aku lihat Zikri lepaskan keluhan berat. Sambil memelukku, Zikri tunduk lemah. Tiba-tiba satu esakan halus kedengaran.

“Abang ni kenapa? Jangan main-main boleh tak?” Bentakku garang. Tubuh Zikri aku tolak lembut. 
Wajahnya yang sudah kemerahan aku pandang penuh kehairanan.

“Kita pergi hospital sekarang. Ayah dah tak ada.” Ucap Zikri perlahan sambil merenung sayu ke dalam mataku. Aku rasa macam nak pitam. Mata aku rasa gelap. Tiba-tiba aku teringatkan satu-satunya insan penting dalam hidup aku.

“Mak? Mak macam mana?” Sergahku lantang.

“Abang tak tahu.” Kata Zikri kalut. Aku terdiam. Dalam fikiran macam-macam sedang bermain. Aku tak mahu fikir yang negetif. Harap-harap emak selamat.

Lima belas minit masa perjalanan, akhirnya aku sampai di hospital besar Ipoh. Ketika sampai aku lihat Syamsul sedang menanti aku dan Zikri di pintu wad kecemasan. Pasti Zikri sudah maklumkan pada sahabatnya tadi.

“Macam mana?” Zikri tanya pada Syamsul.

“Masih ada di dalam. Dari tadi aku tunggu, tapi satu berita pun aku belum dapat dari orang dalam. Sabar Nur!” Jawab Syamsul gelisah.

Aku duduk menanti penuh sabar di kerusi yang disediakan. Pandanganku tak lepas dari pintu bilik kecemasan yang masih bertutup rapat. Bunyi suara dari perbualan Zikri dan Syamsul hanya sayup-sayup kedengaran. Tak tahu apa yang mereka bualkan. Yang aku pasti topik perbualan adalah berkisahkan emak dan ayah.

Aku teringatkan Aidil. Mata aku mencari-cari bayangnya. Namun hingga kini masih belum aku nampak. Hati aku panas. Saat-saat macam ni dia masih mementingkan kerja dia. Apakah emak dan ayah tidak penting?
Pintu bilik kecemasan terbuka tiba-tiba. Serta merta aku bangun bila melihat Zikri dan Syamsul menerpa ke arah seseorang yang beruniform putih.

“Macam mana, Anand? Mertua aku macam mana?” Tanya Zikri kalut pada Dokter Anand sambil memeluk bahuku.

“Badannya terlalu lemah. Tambah-tambah lagi jantungnya ada masalah. Aku tak tahu lama mana dia boleh bertahan. Buat masa ni dia masih dalam kritikal. Banyak-banyakkan berdoa.”

Mata aku gelap. Badan aku rasa makin memberat. Nasib baik Zikri sudah bersedia memangku tubuh aku. Kalau tidak, pasti aku dah jatuh di situ juga.

“Boleh kami masuk dalam?”

“Kalau ikut prosedur memang tak boleh lagi. Tapi..tak apalah. Aku izinkan. Tapi hanya seorang saja.” Kata Dokter Anand sambil memandangku. Aku faham maksud dokter berbangsa india itu.

“Nur masuk tengok mak. Abang tunggu di luar.” Kata Zikri perlahan di telingaku. Aku angguk setuju.


AKU  berjalan perlahan mendekati katil emak. Lemah segala anggota badan melihat keparahan emak. Namun aku boleh lihat emak tenang sambil memejamkan mata. Aku sebak. Mataku semakin memberat. Tangan emak aku sentuh lembut dan mula membelai. Aku tersenyum bila emak beri riaksi dengan menggerakkan jarinya. Aku tersenyum dalan esak bila melihat emak senyum sambil membukakan mata. Dalam hati tak henti-henti aku ucap syukur.

“Jangan menangis. Mak tahu anak mak kuat. Mak sakit kalau tengok anak mak menangis macam ni.” Kata emak lemah. Cepat-cepat aku seka air mata aku yang laju mengalir. Aku tak mahu emak lihat air mata aku.

“Mak jangan cakap banyak. Mak tak sembuh lagi. Nanti bila mak dah sembuh, kita bual panjang-panjang.” Bisikku perlahan di telinga emak.

“Mak takut tak sempat. Jadi biarlah mak bercakap.”

Aku ketap mulut tahan sebak. Ayat yang keluar dari mulut emak itu benar-benar menghiris tangkai hati dan jantung aku.

“Ingat pesan mak. Jaga diri baik-baik. Mak tak sempat nak jaga Nur. Tapi mak bangga sebab mak pernah dijaga oleh Nur. Mak minta maaf sebab tak hiraukan Nur selama ni. Kalau Nur nak tahu, Nurlah satu-satu anak mak yang paling buat mak berbangga dan bahagia. Tanpa Nur mesti mak tak dapat jumpa ayah lagi. Terima kasih Nur! Mak bangga ada anak sebaik Nur.”

Aku angguk kepala dengar apa yang emak sampaikan. Bila nafas emak lelah, aku suruh emak berhenti bercakap, tapi emak masih berdegil.

“Mak rasa masa mak tak panjang. Mak nampak ayah sedang tunggu mak. Mak bahagia kalau mak turut serta bersama ayah. Mak tahu hati Nur terluka. Tapi mak bahagia sebab Nur ada Zikri. Mak yakin Zikri takkan kecewakan Nur.”

“Sudahlah mak! Mak rehat dulu. Apa-apa pun yang mak cakap Nur terima.”

“Satu lagi mak nak pesan. Tolong jangan salahkan Aidil dengan apa yang jadi pada emak dan ayah. Dia tak salah. Tolonglah jadi adik yang baik pada dia. Hormati dia sebagai seorang abang. Mak teringin nak tengok Nur berbaik dengan dia.”

Aku cuba terima apa yang emak cakap walaupun hati aku sakit mendengar nama itu. Aku tak faham dengan hati aku sebenarnya. Kenapa hanya dia yg aku Nampak punca segala masalah ni? Kenapa tidak pada orang lain? Kenapa tidak pada pemandu lori yang cuai memandu hingga boleh bertembung dengan kereta ayah? Tidak pun aku letak salah pada diri sendiri yang terlalu mengharap akan kehadiran emak demi majlis yang akan berlangsung hujung minggu ini. Aku tahu emak ingin menjaga hati aku, sebab itulah mak beria datang. Apakah ini sebenarnya salah aku?

Aku lega bila emak sudah berhenti bersuara. Perlahan-lahan mata emak tutup kembali menyambung tidurnya. Melihat nafas lemah emak turun naik, aku turut terasa sesak. Kalau boleh, biarkah aku yang berada di atas katil itu. Perlahan-lahan aku keluarkan surah yassin dan mula membaca agar emak tenang dalam lena.
Sebentar tadi emak dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi. Aku tak pasti lama mana emak boleh bertahan. Apa yang aku perasan, nafas emak semakin lemah. Pintu masuk ke bilik emak sudah dipenuhi dengan anak-anak cucu emak. Aku Kak Ana dan Kak Ida hanya membisu tanpa kata. Yang kedengaran hanyalah suara Zikri bersama abang Amer dan Abang Syah. Namun bayang Aidil masih belum menampakkan diri. Aku tak dapat nak bayangkan apa akan aku buat kalau Aidil berada di situ. Yang pasti mata aku dah tak ada daya nak memandangnya lagi.


AIDIL
AKU MEMAKSA langkah kakiku yang berat menuju ke bilik yang dinyatakan oleh Zikri. Dari jauh aku lihat semua sudah ada menanti. Nampaknya hanya aku yang lambat. Rasa malu yang amat sangat. Hati aku bagai dihiris melihat Nur duduk diam sambil bersandar di bahu Kak Ana. Matanya yang sembab dek kerana menangis dalam masa yang lama, buat aku rasa amat bersalah.

“Maaf semua, saya terlambat.” Kataku lalu bersalam dengan kaum adam yang ada di situ. Wajah Nur kucuri pandang sekilas mengharapkan dia memandang ke arahku. Namun aku hampa kerana sedikit pun dia tak berkalih pandang pada aku.

“Dil nak jadi M. Shumaker ke? Dari sana pukul dua petang. Sekarang baru pukul enam. Nak cari nahas?” Bebel Kak Ana perlahan sambil menjeling geram. Aku tersengeh malu.

“Bahaya Dil! Kan aku dah cakap tadi, jangan tergesa-gesa.” Zikri sambung bebel sambil geleng kepala.

“Mak macam mana sekarang.?” Aku terus utarakan soalan mengenai Makcik Mazuin. Tak sanggup rasanya nak kena bebel. Bagi aku Makcik Mazuin lebih penting. Kalau boleh hanya bebelan Makcik Mazuin yang aku nak dengar sekarang ni.

“Dia sedang berehat. Kedaannya kritikal. Dia memang tengah tunggu kau tadi.” Jawab Zikri sambil menepuk bahuku. Aku lega sebab aku masih sempat berjumpa dengan Makcik Mazuin.

“Pergilah masuk. Mak nak jumpa Dil. Mungkin ada sesuatu yang mak nak sampaikan.” Balas abang Syah perlahan.

Aku melanglah laju masuk ke adalam bilik di mana Makcik Mazuin ditempatkan. Hela nafasnya yang sukar menyesakkan dada aku yang memandang. Aku duduk perlahan di sisinya. Tanganya ku sentuh dan kukucup lembut. Dingin sekali aku rasa. Melihat kelopak matanya yang sudah mula buka sedikit aku tersenyum hambar.

“Bila Dil sampai?” Lemah sekali suara Makcik Mazuin.

“Baru kejap tadi.” Aku jawab sebak.

“Kerja macam mana? Dah selesai?”

“Hampir siap.”

“Mak mintak maaf sebab ganggu kerja Dil.”

“Tak  apa mak. Kerja tu bila-bila boleh buat.” Aku jawab sambil menahan air mata aku berjurai.

“Dah tengok daddy?”

“Belum. Kejap lagilah.” Aku kesat pipi aku yang dah mula basah. Wajah daddy mula bermain di mata. Tak aku sangka pagi tadi adalah waktu terakhir daddy bersama aku.

“Dil tolong panggilkan Nur, Ana dan Ida kejap.” Suara Makcik Mazuin tersekat-sekat arahkan aku. Aku angguk kepala. Tangan Makcik Mazuin aku lepaskan dan berjalan pantas menuju keluar. Nampak saja bayang Kak Zana dan Kak Ida, terus aku suarakan hasrat Makcik Mazuin tadi. Bayang Nur aku cari. Setelah jelas melihat Nur di sebelah Zikri, terus aku dapatkan Zikri.

“Zikri, tolong beritahu Nur, mak panggil dia masuk.” Bisikku di telinga Zikri. Untuk aku cakap sendiri pada Nur, aku rasa tak sanggup. Lagipun aku tak layak. Selepas itu aku masuk kembali ke bilik Makcik Mazuin. Beberapa saat kemudian langkah Nur kedengaran dari belakangku. Namun aku tak sanggup nak menoleh pandang wajahnya yang suram.

“Mak, semua ada dekat sini.” Bisikku di telinga Makcik Mazuin. Mata Makcik Mazuin terbuka semula dengan lemah.

“Mak nak apa-apa ke?” Nur tanya lembut sambil menggenggam erat tangan Makcik Mazuin. Kak Zana dan Kak Ida hanya membisu sambil teresak-esak. Aku tahu mereka tidak sanggup melihat apa yang berlaku pada makcik Mazuin.

“Ana, Ida, Nur, Aidil! Masa mak tak panjang. Kalau boleh mak nak tengok anak-anak mak berbaik-baik. Jangan ada simpan dendam. Ana..jaga adik-adik  Ana macam Ana jaga anak-anak Ana. Mak tahu Ana seorang kakak yang baik dan bertanggungjawab."

"Baik mak. Ana ingat semua tu. Mak jangan cakap banyak-banyak. Mak rehat ek." Pujuk Kak Zana. Namun aku tahu rayuan Kak Zana tu takkan diperdulikan oleh Makcik Mazuan buat masa sekarang.

"Ida..mak tahu Ida marah pada ayah dan Aidil. Tapi sebagai anak, Ida tak patut berperasaan macam tu. Mak harap Ida boleh hapuskan dendam yang bersarang dalam hati Ida selama ni. Terimalah Aidil macam adik Ida."

"Dahlah mak. Jangan cakap lagi." Balas Kak Ida tersedu-sedu.

"Nur, tolong hormat Aidil macam abang Nur sendiri. Dan mak nak Aidil tolong jaga Nur macam adik Aidil sendiri. Tak banyak yang mak mintak. Hanya satu saja. Jangan ada benci dalam hati anak-anak mak.”

“Insyaallah mak..!” Ucapku perlahan sambil angguk kepala. Sambil tu aku curi pandang wajah Nur yang suram. Esakan tangisnya buat aku rasa terharu. Tanpa aku sedar, aku sudah melangkah ke sebelah Nur untuk memujuknya.

“Sudah Nur! Jangan menangis.” Kataku perlahan sambil mengesat pipinya yang basah dengan tas tanganku. Aku tak tahu nak kata apa lagi setelah Nur pandang tepat ke mukaku. Aku gugup. Tiba-tiba bunyi mesin yang berada di sebelah katil Makcik Mazuin berbunyi panjang. Aku, Kak Zana, Kak Ida dan Nur panik. Segera aku menekan butang isyarat memanggil dokter.

Dua minit menunggu di luar, akhirnya terjawab juga bila Dokter Anand mengesahkan emak pergi untuk selamanya. Aku teresak-esak bila melihat Nur rebah di pangkuan Zikri. 

BAB 40 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

40
AIDIL
“DIL rasa Dil tak boleh pergilah majlis dekat rumah Nur nanti.” Kataku kesal pada Makcik Mazuin dan daddy. Majlis yang aku rancang nak pergi hujung minggu tiba-tiba saja aku kena batalkan.

“Kenapa pulak?” Tanya daddy hairan.

“Tiba-tiba ada cline nak jumpa dekat JB.. Dua hari sebelum tu Dil dah kena bertolak ke  JB sebab banyak yang nak diuruskan. Dil dah cuba elak bagi alasan, tapi dia kata hanya hari tu saja dia free. Lagipun kalau Dil tolak peluang ni, seperti tolak tuah pulak. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Tambah-tambah lagi pada syarikat Dil yang baru nak menapak.” Jelasku pada Makcik Mazuin dan daddy.

Semenjak aku mula bekerja di syarikat daddy, aku sentiasa sibuk. Peluang-peluang macam ni memang aku harapkan sangat demi mengembangkan syarikat. Yelah..lepas keluar penjara, syarikat manalah yang sudi ambil aku bekerja. Nak taknak aku kena bekerja sendiri. Nasib baiklah ada daddy. Dalam rasa malu-malu aku terima juga dan berjanji akan menguruskan syarikat itu dengan baik. Memandangkan daddy semakin uzur, aku harap aku dapat bangunkan sendiri syarikat itu dan memberi daddy peluang untuk beristirehat saja di rumah.

“Kalau macam tu, biar daddy pergi dengan mak sajalah!” Kata daddy.

Daddy boleh drive ke?”

“Pak Ajizkan ada.” Ujar daddy lagi. Aku angguk kepala tanda setuju. Di ruang mata terbayang wajah pemandu daddy yang dah berkhidmat sejak aku berumur lapan belas tahun. Takut juga kalau-kalau daddy yang drive sebab daddy tak boleh drive dalam tempoh lama. Daddy cepat gelap mata kalau badan terlalu penat. Jarak dari Kuala Lumpur ke Ipoh boleh tahan juga jauhnya.

“Dil jangan risaulah. Kak Ana dan Kak Idakan ada.” Makcik Mazuin menyampuk.

“Tapi Kak Ana dan Kak Ida kata, dia orang tak boleh pergi sebab kerja.” Aku pantas menjawab.

“Mm..tak apalah. Biar kami pergi dengan Pak Ajiz saja. Kalau tak pergi nanti merajuk pulak Nur dekat sana. Mak cadang nak pergi awal sikit. Bolehlah tolong apa-apa yang patut. Aidil jangan bising-bising tau. Mak nak buat kejutan pada Nur.” Ulas Makcik Mazuin ceria. Daddy turut angguk setuju.

Aku rasa kejap lagi aku patut beritahu pada Zikri tentang ketidakhadiran aku di majlisnya nanti. Memang bukan niat aku nak mengelak, tapi kerana kerja aku terpaksa lupakan angan-angan aku untuk berjumpa dengan Nur. Aku harap Zikri faham dan Nur tidak berfikir apa-apa yang negetif tentang aku.
Masuk kali ke tiga aku cuba hubungi Zikri akhirnya panggilanku berjawab. Lega sangat kerana Zikri faham dengan masalah aku selepas aku ceritakan pada dia.

“Aku tak kisah. Tapi tak apa ke ayah drive sorang-sorang? Aku takut ayah penat.”

“Aku pun risau jugak. Daddy tu bukan boleh drive lama-lama. Tapi daddy kata Pak Ajiz yang drive.”

“Oh..kalau macam tu okeylah. Tapi kalau Pak Ajiz tak dapat hantar, kau cakap awal-awal dekat aku. Nanti aku datang jemput.” Kata Zikri serius.

Okeylah. Tapi aku betul-betul minta maaf sebab tak dapat datang. Kau faham-faham sajalah kerja macam aku. Kalau bukan aku yang turun padang siapa lagi nak buat?”

“Tak apa..aku faham. Aku rasa Nur pun boleh faham situasi kau ni. Dia pun dah tak sabar-sabar tunggu mak datang.”

“Ingat tau! Jangan bagitahu fasal mak dan daddy nak datang awal ke sana..”

“Beres..!” Balas Zikri ceria.

Hampir lima belas minit berbual dengan Zikri, akhirnya perbualanku dengannya tamat. Lega hati aku dapat luahkan semuanya pada Zikri. Sememangnya Zikri adalah lelaki yang boleh aku buat kawan kerana setiap masalah yang aku luahkan dia balas dengan kata-kata yang menenangkan. Bila aku berbual dengannya pasti aku teringatkan Razif.


NUR
“ABANG cakap dengan siapa tadi?” Aku tanya Zikri selepas tengok Zikri letakkan telefon bimbitnya atas meja kopi. Melalui perbualannya yang panjang aku perhatikan perbincangannya seperti serius.

Err..pembantu abang. Ada masalah sikit dekat hospital. Tapi Alhamdulillah sebab dah dapat settle. Nur jangan risaulah.”

Aku senyum nipis lepas Zikri cakap macam tu. Walaupun hati aku masih was-was dengan jawapan dia, aku tak boleh simpan apa-apa perasangka buruk. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku rasa perkara ni harus aku utarakan segera pada Zikri kerana aku rasa ianya penting. Kalau lambat-lambat nanti terlupa pula.

“Petang ni abang boleh temankan Nur pergi beli barang sikit tak?”

“Nur nak beli apa lagi? Rasanya semua dah cukupkan barang-barang untuk najlis nanti.”

“Nur cadang nak beli kain pasang untuk mak dan ayah. Nur bercadang nak pakai sedondon dengan emak ayah raya tahun ni. Kalau boleh, semua ahli keluarga, Nur nak  sedondon. Abang rasa, warna apa yang sesuai untuk kita tahun ni?”

Mm..warna purple okey tak?” Jawab Zikri selepas beberapa saat berfikir. Tersenyum aku melihat gelagat Zikri yang berfikir sambil menggaru-garu janggut sejemputnya.

“Mm..cantik tu! Nur suka.”

“Betul? Taknak tukar warna lain?”

“Sesekali pendapat orang lain perlu juga kita guna pakai. Kalau semua hal Nur nak kena tentukan, nanti abang boring pulak. Petang ni kita pergi cari. Tahun ni Nur nak sambut raya dengan mak. Kita balik rumah ayah ye?” Cadanganku Zikri sambut dengan senyuman lega. Aku tahu Zikri pasti akan setuju kerana itulah yang sebaiknya.

BAB 39 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

39
AIDIL
AKU bersyukur sangat-sangat bila Nur sudi berbual dan berjumpa dengan aku. Jemputannya ke majlis doa selamat amat-amat aku hargai. Perbualan selama lima minit dengannya dalam telefon benar-benar buat aku rasa macam nak melompat riang. Seumur hidup aku, inilah hari yang paling buat aku tersenyum sepanjang hari. Walaupun kata-kata yang keluar dari mulutnya berbaur sinis, aku tetap rasa berbunga. Tak henti-henti ucapan syukur aku tuturkan dala hati.

“Saya tak minta lebih dari awak, Nur. Cukuplah dengan terima maaf saya atas apa yang dah saya buat pada hidup awak dan Zikri. Terus terang saya katakan yang saya benar-benar rasa menyesal. Hidup saya rasa terumbang ambing tanpa kemaafan awak, Nur. Tolonglah kembalikan ketenangan dalam hidup saya. ”

“Awak sendiri tahu apa yang saya pernah harapkan dari  selepas apa yang awak lakukan pada kami. Terima kasih kerana tak henti berdoa agar suami saya kembali pada saya. Bila suami saya sedar, itu tandanya tak ada lagi hutang awak pada saya. Apa yang saya harapkan sekarang ni ialah, tolong jaga emak saya baik-baik. Saya tahu dia sayang sangat pada awak. Saya tahu dia rindukan abang Iman. Jadi saya minta tolong awak jadi satu-satunya anak lelaki emak saya yang baik. Saya tahu dia tak harapkan kasih saya walaupun hanya secubit kasih yang saya harapkan darinya. Awak beruntung kerana dapat kasih dari emak dan ayah saya. Jadi tolong hargai apa yang awak perolehi sekarang ni.”

“Memang saya beruntung kerana mendapat kasih sayang dari emak dan daddy. Tapi awak harus tahu yang emak dan daddy juga benar-benar sayangkan awak. Sebenarnya emak tak pernah benci pada awak. Cuma perasaan dia sedikit keliru dengan kehadiran awak. Awak mesti fahamkan apa yang terjadi pada emak selepas lahirkan awak. Dia dah ceritakan semuanya pada saya. Dan pada firasat saya, awak tak patut menyalahkan emak kerana dia ada masalah sendiri kenapa dia bersikap begitu.”

“Ya. Saya faham. Boleh saya cakap dengan emak sekejap?”

“Boleh-boleh!” Aku jawab pantas lantas menyerahkan telefon bimbitku pada Makcik Mazuin yang sememangnya sudah berada di sebelah aku seawal lagi sejak Nur menelefonku. Rasa lega sangat bila Makcik Mazuin menyambut telefon bimbitku dengan senyuman lebar. Senyuman aku sudah tak boleh nak dibentuk asalkan lagi bila melihat Makcik Mazuin tersenyum simpul sambil berbual dengan Nur.

Lapang hati aku seusai Makcik Mazuin berbual dengan Nur dalam talian telefon. Melihat keceriaan Makcik Mazuin aku sedar dia pun rasa apa yang aku rasa. Aku harap inilah pengakhir rasa bersalahku pada Nur. Selepas ini aku mahu menjalani hidup seperti aku tidak mengenali Nur. Aku harus belajar dan terima bahawa dia memang dicipta bukan untuk aku. Mungkin ada insan lain yang telah dicipta untukku. Pucuk pangkalnya aku harus sabar menanti. Harap-harap biarlah yang datang tu seperti Nur. Tidak seiras tak apa, asalkan budi pekertinya sama seperti Nur.

“Nanti kita pergi jumpa Nur ye?” Kataku pada Makcik Mazuin yang duduk selesa di hadapanku.

“Baiklah mak. Nanti kita pergi. Dil pun dah tak sabar nak jumpa Zikri. Semalam Dil ada berbual dengan Zikri. Alhamdulillah, dia terima maaf Dil. Namun Dil rasa tak selesa pulak selagi tak berdepan dengan dia.”

“Baguslah kalau Dil berfikir macam tu. Mak pun nak minta maaf pada Zikri. Kadang-kadang setiap perkara yang kita buat, kita tak sedar yang kita buat tu telah mengecewakan hati orang.” Kata Makcik Mazuin lemah. Aku faham apa yang dia maksudkan. Aku hanya diam sambil mengangguk.


NUR
“MACAM MANA? Mak dengan Aidil kata apa?” Tanya Zikri setelah aku selesai berbual dengan Aidil dan emak tadi. Aku garu kepala sambil tersengeh.

Okey!” Aku jawab sepatah.

Okey je? Punyalah panjang masa berbual, takkan cakap okey je!” Zikri berseloroh sambil tersenyum.

“Malaslah Nur nak layan abang?” Jawabku sambil memusingkan badan mengadap kaca televisyen.

“Oh..macam tu ye? Yelah..orang tu dah dapat apa yang dia nak. Abang ni dah jadi orang tak pentinglah dalam hidup Nur..!” Zikri buat-buat merajuk. Aku tahan gelak dalam hati. Aku pusingkan badan mengadap Zikri kembali sambil tersenyum.

“Abang tau tak muka abang macam apa kalau merajuk?” Zikri angkat kening tanda ingin tahu.

“Macam David Beckam tengan hisap botol susu! Cute sangat.” Ujarku lantas ketawa besar. Semakin besar aku ketawa bila Zikri tarik lembut telinga aku. Pipi aku dicubit lembut.

“Amboi! Sedapnya mulut ketawakan orang. Gelaklah puas-puas! Lepas ni abang nak merajuk seminggu. Biar orang tu penat memujuk.” Kata Zikri menjauh. Aku masih ketawa tetapi perlahan-lahan cuba meredakan tawa.

“Alah..sesekali buat abang merajuk apa salahnya? Seronok pulak tengok abang merajuk.”

“Abang senang lihat Nur macam ni. Kan bagus kalau macam ni selalu.” Kata-kata Zikri buat aku terhenti terus ketawa. Aku tersenyum nipis.  Jemarinya aku sentuh dan aku gengga erat.

“Terima kasih bang sebab selalu beri sokongan dan semangat pada Nur. Kalau abang tak ada pasti Nur tak kuat macam ni.”

“Abang tak buat apa-apa pun. Semuanya hasil dari semangat Nur sendiri. Abang hanya mampu menyokong saja.”

“Tapi bagi Nur, kalau abang tak ada pasti Nur tak macam ni.” Zikri tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Lepas ni abang tak mahu tengok lagi Nur sedih-sedih macam sebelum ni. Hati abang sakit tau!”

Okey! Nur janji. Abang pun kena janji jangan sesekali buat Nur menangis dan susah hati.”

“Pernah ke abang buat Nur menangis dan susah hati?”

“Yang berbulan-bulan biar Nur menagis sendiri tu, apa?”

“Itu bukan niat abang. Dah takdir nasib abang jadi macam tu, kita tak boleh menolak takdir.” Aku terdiam sebab aku dah kalah dalam debat itu. Akhirnya Zikri menarik aku dalam pelukannya. Aku akur dan aku rasa tenang.

“Mak datang tak?” Zikri Tanya lembut.

“Mm..” Aku jawab perlahan sambil mengangguk.

“Aidil?” Zikri Tanya lagi. Aku angguk lagi.

“Nur dah tak simpan rasa dendam pada merekakan?” Pertanyaan Zikri buat aku kelu lidah. Namun beberapa saat kemudin aku tersenyum dan menjawab.

“Nur rasa apa yang abang cakap hari tu ada benarnya.”

“Yang mana satu?”

“Tentang soalan–soalan yang bakal anak-anak kita tanya tentang atuk nenek mereka bila dah besar nanti. Nur pun terfikir yang Nur pasti tak tahu nak jawab apa kalau mereka  tiba-tiba bertanya.” 

“Abang minta maaf kalau kata-kata abang hari tu buat Nur terasa.”

“Abang tak salah apa-apa pun. Nur yang salah sebab terlalu ikutkan perasaan.”

“Baguslah kalau Nur berfikir macam tu.”

Aku tersenyum lebar berada dalam pelukan Zikri. Aku harap lepas ni tak ada apa-apa lagi masalah yang datang melanda dalam hidup aku. Hujung minggu ni majlis doa selamat akan berlangsung. Kehadiran keluarga aku memang aku nanti-nantikan. Semoga tak ada halangan yang mendatang. 

BAB 38 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

38
AIDIL
Doa yang ikhlas dan penuh keyakinan harus diiringi dengan rasa syukur di jiwa.
UCAPAN syukur kepada illahi tak henti-henti aku ucapkan bila dapat tahu tentang Zikri yang sudah sedar dari koma. Walaupun rasa bersalah masih ada, aku tetap rasa lega kerana umur Zikri masih panjang. Aku yakin Nur sekarang sedang bahagia bersama Zikri. Tak kurang juga buat Makcik Mazuin dan daddy. Makcik Mazuin sampai menangis ketika buat sujud syukur bersama daddy. Kini aku hanya harapkan kebahagiaan Nur bersama Zikri dan anaknya sahaja kerana dengan cara itu saja buat aku rasa bahagia dan berasa tenang.

Semalam daddy ada suarakan niat mahu betemu dengan Nur sekeluarga sekaligus mahu melawat Zikri. Daddy kata aku wajib memohon ampun dan maaf pada Zikri atas apa yang telah aku lakukan padanya. Makcik Mazuin juga berpendapat begitu dan aku memang bersetuju. Dulu Nur ada cakap, seandainya aku mahu mendapat kemaafan darinya, Zikri harus sedar terlebih dahulu. Kini aku yakin aku akan mendapat kemaafan itu dari Nur. Namun tiba-tiba aku rasa segan untuk bertemu dengan Zikri. Semuanya gara-gara selepas Makcik Mazuin menyatakan rasa hairan, mengapa setelah sebulan Zikri sembuh baru dikhabarkan dengan berita gembira itu. Aku mula bersoal dalam hati. Mengapa tidak dikhabarkan terlebih awal? Adakah kerana Nur sengaja mahu aku terus rasa bersalah? Atau apakah kerana Nur sengaja tidak mahu memaafkan aku? Macam-macam yang bermain dalam benak aku ketika ini.

 “Jauh termenung? Fikirkan siapa?” Tanya daddy dari arah belakang. Aku tersentak lantas menoleh ke arahnya yang sedang tersenyum meleret.

“Tak ada apalah daddy. Saja duduk-duduk sini ambil angin.”

“Ambil angin tak apa. Jangan terlebih angin sudahlah..!” Ujar daddy cuba berseloroh. Aku tersengeh sambil menggeleng kepala.

Daddy jangan risaulah..!” Aku jawab perlahan lalu mengeluh panjang.

“Macam berat saja bunyi mengeluh tu!” Daddy cuba meneka.

“Dil malulah daddy..!”

“Malu kenapa pulak?”

“Yelah..! Cuba daddy fikir. Kenapa baru sekarang keluarga Zikri bagitahu tentang Zikri? Kenapa tak dari hari pertama dia sedar mereka beritahu kita? Daddy tak rasa pelik ke? Dil rasa macam kita ni tak penting pulak pada mereka. Sedangkan mereka tahu yang kita sememangnya dari awal memang menantikan berita ni dari dulu lagi.”

“Mungkin mereka ada sebab sendiri. Kita tak patut syak buruk pada mereka.”

“Tapi atas sebab apa daddy? Adakah kerana mereka sengaja nak Dil  terus rasa bersalah? Atau adakah kerana Nur memang tak mahu maafkan Dil?”

“Tak baik Dil cakap macam tu. Sepatutnya Dil harus bersyukur kerana Nur masih beri peluang pada Dil.”

Aku hilang bicara selepas daddy cakap macam tu. Yang sebenarnya bukan aku nak tahu sangat tentang hal tu. Cuma perasaan aku yang tak menentu tiba-tiba bagai sengaja memaksa agar aku terus berfikir. Selagi perasaan itu bermain dalam benak, selagi itulah aku rasa aku tak layak lagi berjumpa dengan Nur sekeluarga.


NUR
SUDAH hampir dua bulan Zikri pulih sediakala. Aku bersyukur sangat-sangat kerana Allah memberi aku peluang untuk terus hidup bersama Zikri disamping bersama-sama membesarkan Zaim. Menurut dokter yang merawat Zikri, keadaan Zikri semakin baik dan boleh kembali bekerja seperti biasa. Tubuh badannya yang susut dahulu kini sudah mula beransur kepada keadaan asal. Zikri kata dia mahu badannya yang dahulu kerana tak mahu orang kata dia adik aku. Memang ada yang berpendapat begitu. Salah seorang daripadanya ialah Syamsul. Syamsul kata tubuh Zikri yang kecil menampakkan dia seperti adik aku ketika berjalan bersama. Teruk betul pendapat Syamsul. Tak patut betul hingga menerbitkan rasa tak senang dalam hati Zikri.

Bila teringatkan Syamsul, aku teringatkan kata-kata maafnya pada Zikri tentang hasratnya untuk mengambil alih tanggungjawab andainya umur Zikri tak panjang. Aku agak terkedu kerana Zikri menghargai niat murni Syamsul. Nasib baiklah tak ada insiden jeling menjeling, bercekak koler baju atau genggam penumbuk. Walaupun dalam hati ada rasa sedikit hairan dan terkilan dengan sikap Zikri yang seperti rela mahu lepaskan aku,, aku harus faham apa yang Zikri maksudkan. Kata Zikri dia rela lepaskan aku pada Syamsul jika sudah tertulis jodoh aku dan dia sampai di situ sahaja. Katanya lagi, demi masa depan aku dan Zaim, dia rela berkorban. Namun bila Zikri menyatakan pada Syamsul tentang keyakinannya terhadap cinta aku padanya, aku jadi malu sendiri. Betul kata Zikri, aku sanggup bersendiri hingga akhir hayat aku untuk bersamanya di sana nanti. Jadi tak perlulah Syamsul cuba menagih simpati atau cuba manarik hati aku untuk jadi miliknya kerana memang aku sudah nekad untuk setia pada Zikri sahaja hingga ke jannah.

Semalam umi menyatakan hasrat mahu mengadakan sedikit majlis kesyukuran kerana Zikri sudah pulih sedikala. Aku tak membantah kerana itulah yang sebaiknya. Tapi apa yang merimaskan aku bila Zikri meyatakan hasrat mahu menjemput emak sekeluarga. Dulu aku rimas dengan umi bila umi memaksa aku menjemput kelurga aku di hari majlis cukur jambul Zaim. Kesudahannya hanya Aidil saja yang datang. Bayang emak  dan ayah langsung tak nampak. Hati aku sakit ada mereka kisah? Kini aku rimas dengan permintaan Zikri pula. Sudah berulangkali aku menolak, dia tetap dengan pendiriannya.

“Abang tak mahu Nur menyesal.”

“Nur dah pernah rasa menyesal bila jemputan Nur dulu mereka tak hiraukan. Macam anak kita tu tak ada kaitan dengan mereka langsung pulak. Abang tak rasa apa yang Nur rasa dulu.” Bentakku lembut tanpa melihat wajah Zikri. Muka aku yang dah mencuka, jangan dibayangkanlah lagi. Memang teruk dan buruk.

“Abang tahu apa yang Nur rasa. Umi pun ada cerita hal tu. Tapi masa tu mak dan ayahkan ada hal lain. Bukan niat mereka nak menolak jemputan Nur tu.” Zikri cuba memujuk. Aku dah makin panas. Sedangkan jemputan dulu tu bukan aku yang menjemput.

“Masa abang koma, abang tak tahu apa yang jadi pada Nur.”

“Kan semua tu dah lepas..!” Kata Zikri lembut. Aku merengus kasar lantas genggaman tangannya aku lepaskan. Rasa macam nak lari dari situ sebab dah tak mahu cakap lagi hal tu. Hati aku cepat sakit bila hal keluarga aku diperkatakan.

“Nur malu bila Nur saja yang terhegeh-hegeh menagih kasih tapi mereka macam buat-buat tak endah pada Nur. Mak kata mak sayang Nur, tapi nampak jelas kasih sayang mak tak ikhlas.”

“Tak baik cakap macam tu..! Dia mak Nur. Dia yang lahirkan Nur.” Balas Zikri tegas. Aku tersentak seketika. Aku cuba pulihkan hati aku yang semakin membentak.

“Nur tak mintak banyak, bang!” Aku berhenti bicara setelah sebak mula aku rasa. Cepat-cepat Zikri menarik aku ke dalam pelukannya dan memujukku setelah sedar air mata aku dah mula nak gugur ke pipi. Pujukannya agar aku tak teruskan bicara, aku tak endahkan. Aku harus luahkan apa yang aku rasa selama ini agar dia tahu apa yang aku rasa sepanjang dia tak ada ketika aku berduka.

“Selepas tujuh bulan abang koma, baru dia orang datang melawat abang. Itupun kerana mereka ada agenda sendiri. Niat mereka datang yang sebenarnya bukan nak melawat abang tapi sekadar mahu merayu agar lepaskan Aidil. Kalau abang nak tahu, abang langsung mereka tak jengah pandang. Nur rasa terkilan, rasa malu pada abang, pada umi, pada adik-adik abang dan saudara mara abang sebab layanan keluarga Nur pada abang amat teruk.”

“Abang tak kisah pun. Ada baiknya kalau kita maafkan saja mereka.” Ujar Zikri lemah. Aku semakin pelik dengan  Zikri.

“Tak ada apa yang Nur perlu maafkan sebab Nur bukan marah cuma terkilan sikit.”

“Samalah tu..!” Ujar Zikri sambil tersenyum sinis. Aku menjeling sambil mengeluh berat.

“Terpulanglah pada abang apa yang abang nak buat. Nur dah tak ada daya nak bersemuka dengan dia orang lagi. Kalau abang rasa keputusan abang tu sesuatu yang betul, abang teruskanlah. Abang cakaplah sendiri dengan dia orang. Apa yang Nur harap, kalau hati abang terasa dengan layanan mereka nanti, Nur mintak maaf bagi pihak mereka.”

“Abang nak kita sama-sama ke sana jemput mereka.” Kata Zikri tanpa rasa bersalah. Aku kembali berang. Matanya aku pandang tepat dan tajam. Kepala aku geleng berkali-kali tanda tidak bersetuju dengan cadangannya tu.

“Abang tak memahami hati Nur!” Bentakku kasar lantas memalingkan wajah dari melihatnya. Aku tak mahu cair dengan renungannya.

“Nur terlalu ikut perasaan. Hati Nur penuh dengan dendam. Dendam tu sifat syaitan, Nur! Istigfar banyak-banyak. Ingat Tuhan! Abang tak mahu Nur terpesong jauh. Nur kena sedar, mereka tu keluarga kandung Nur. Tanpa mereka, bolehkah Nur wujud depan abang sekarang ni?”

“Nur sedar, bang. Nur tahu mereka keluarga kandung Nur. Tapi Nur pun tak minta dilahirkan macam ni!” Suara aku dah mula meninggi.

“Jika Nur tak minta dilahirkan, itu maknanya Nur juga tak mengharapkan kehadiran abang dalam hidup Nur.” Balas Zikri sayu. Aku tersentak. Lantas mulutnya aku tekup dengan telapak tanganku agar dia tak teruskan bicara. Dalam menahan sebak, aku geleng kepala.

“Jangan cakap macam tu bang! Abang tahukan betapa dalamnya cinta Nur pada abang. Abang tak tahu betapa deritanya Nur masa abang koma. Walaupun abang ada depan mata, hati Nur tetap rasa kosong. Kehadiran abang dalam hidup Nur adalah satu-satunya anugerah yang tak dapat Nur bayangkan. Nur merayu jangan cakap lagi macam tu.” Zikri tergamam mendengar kata-kataku. Air mata yang semakin deras mengalir dipipiku di seka lembut. Cepat-cepat telapak tangannya aku tekupkan ke pipi basahku. Aku tenang begitu.

“Abang minta maaf okey! Abang tahu abang tak patut cakap macam tu. Abang tahu Nur sayangkan abang. Dan abang pun nak Nur tahu yang abang sayangkan Nur sepenuh hati abang. Sebab tu abang tak mahu Nur jauh terpesong. Abang tak mahu Nur menyesal di kemudian hari. Kita ada anak. Mungkin lepas ni akan ada lagi dan lagi. Abang takut satu hari nanti anak-anak kita tanya tentang datuk nenek mereka. Masa tu abang yakin Nur tak ada jawapan untuk beri pada mereka. Dan abang yakin Nur tak mampu nak mencipta cerita dongeng pada anak-anak kita.”

Aku bagai tersedar selepas Zikri berhujah. Aku hilang kata-kata. Bila difikirkan balik, ada benarnya apa yang dikatakan oleh Zikri. Bagaimana harus aku berdepan dengan situasi itu nanti? Anak-anak aku pastinya semakin membesar dan semakin pandai berfikir. Lama mana aku boleh berselindung? Lambat laun pasti mereka akan tahu juga sejarah hidup keluarga aku. Akhirnya aku terus membisu. Pelukan Zikri aku lepas perlahan. Dengan lemah aku berjalan ke balkoni tanpa hiraukan Zikri yang sedang memerhatkan gelagatku. Aku dengar pintu bilik dibuka dan kemudian ditutup krmbali. Aku tahu Zikri sengaja memberi aku ruang untuk berfikir dengan sendiri. Dan ketika itu aku seperti tahu apa yang harus aku buat.