PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Tuesday 21 April 2015

Alahai Kakak Farah...

4…..Alahai Kakak Farah….

Kisah kali ni agak suspen sikit.
Layan jelah ek..
Kejadian ni berlaku selepas pertama kali kakak Farah terima rawatan


Lepas terima rawatan dari para-para ustaz tu, kakak Farah ok la dalam sebulan dua.
Pastu dia jadi balik. Nak kata jadi teruk sgt pun x jugak..
Alhamdulillah dia dah tak tarik.
Mungkin sebab ubat yang dia makan.


Tapi lepas tu, kakak Farah jadi pelik sikit.
Aku tak tahu nak cerita macam mana..
Tapi aku nak cite jgk kat sini.
Kalau x phm, wat2 phm la ek..


Masa mula2 jadi aku tak tau la encik aku tu perasan atau tak.
Yang aku  dapat rasa, kakak Farah memang pelik.


Pernah satu hari tu kakak aku datang umah.
Masa tu kakak Farah belum cukup 2 taon lg.
Tido pun masih dalam buai.
Kebetulan suami kakak aku kerja malam.
Esoknya plak cuti sekolah.
Jadi dia ngan anak2 dia tidur kat rumah aku.


Macam biasa kakak Farah aku tidurkan dulu dalam buai sebelum aku ubah dia tidur dekat
sebelah aku dan suami.
Tapi malam tu aku mengantuk sangat sampai lupa nak turunkan dia dari buai.
Encik aku plak x tidur langsung sebab habiskan kerja mereper computer dalam bilik kerjanya.
Pukul lima pagi aku tersedar bila kakak Farah menangis merengek nak susu.
Aku plk yang tengah mamai terus saja menyelak baju dan menyusukan dia sampai dia lena semula.
Tiba2 aku tersedar.
Baru aku teringat yang malam semalam aku biarkan dia dalam buai.
Aku tanya kakak aku kot2 dia ada turunkan kakak Farah.
Paling buat aku terkejut bila kakak aku kata dia tak turunkan pun Kakak Farah.
Aku tanya encik aku.
Dia pun  sama macam kakak aku.
Hairan jugak sebab  kakak Farah tak pernah turun buai sendiri.
Lagipun masa tu dia kecik lagi.
Akhirnya aku abaikan saja hai tu.


Esoknya kakak aku bagitau dia nampak satu lembaga tinggi depan toilet.
Kebetulan kakak aku tidur di ruang tamu.
Jarak toilet dengan ruang tamu tu pun bukannya jauh sangat.
Toilet tu pulak sebelah je dengan bilik kerja suami aku.
Jadi memang dia nampak jelas.
Dan sejak tu encik aku cuba buat pendinding sendiri.
Ada juga dia panggilkan kenalan2 dia yang pandai ubatkan orang.
Aku rasa dekat 3 orang kot dah datang pulihkan rumah aku tu.
Aku plak kerap sangat kena tindih.
Kaki aku pun kerap ada kesan  lebam2.


Pernah sekali tu aku tengah memasak kat dapur.
Masa tu kakak Farah dah boleh berjalan dan berlari.
Seingat aku umo dia 3 taon kot..
Dapur masak aku tu plk memang berkilat.
Kalau suluh muka pun gerenti boleh nampak jerawat kat muka.
Tengah sibuk2 memasak, aku perasan ada budak melintas di belakang aku.
Aku boleh nampak melalui dapur aku yang berkilat tu.
Bila aku toleh, xde sapa2 pun..
Aku fikir mungkin kakak Farah atau anak org yang aku jaga tu.
Tapi bila aku ke ruang tamu, aku tengok dia dengan kakak Farah tengah tidur.
Hmmm…
Lepas tu banyak kali jugak jadi macam tu.
Tapi aku buat2 tak tau je..


Sejak tu kakak Farah memang sukar tidur malam.
Dia lebih suka bermain sampai pukul 2-3 pagi.
Kadang2 masuk subuh baru dia tidur.
Masa main kadang2 dia cakap dan gelak sorang2.
Seram plak aku rasa.


Suami aku panggil seorang ustazah.
Dia datang umah dan melalui pemeriksaannya, ada benda halus dalam rumah aku.
Paling mengejutkan, dia kata makhluk tu ada sekali dengan budak kecil.
Katanya mungkin dia nak berkawan dengan anak aku.
Aku tak kisah kalau dia nak berkawan asalkan jangan menyakitkan anak aku sudah la…


Aku masih ingat satu kejadian.
Malam tu aku mengantuk sangat, jadi aku tidur dulu.
Aku biarkan kakak Farah dekat  ayah dia yang kebetulan masa tu sibuk mereper computer.
Pukul dua pagi aku terkejut jaga sebab kakak Farah bising2 sambil berlari bawa penyapu.
Masa tu dia dah umur 3-4 tahun.
Bila tanya, Kakak Farah kata ada “budak” tu muntah dekat kaki dia.
Pastu budak tu jelir2kan lidah pada kakak Farah.
Kakak Farah marah sangat sbb tu dia nak pukul “budak” tu dengan penyapu.
Ya Allah..!!!
Aku rasa tegak bulu roma aku.
Dah la tengah2 malam..
Suami aku kata, merata2 kakak Farah kejar benda tu.
Mula2 dia kejar dalam bilik kerja suami.
Suami aku pun naik seram bila kakak Farah asyik tunjuk2 ke arah cermin tingkap di belakang suami.
Lepas tu kejar masuk dalam bilik dia pulak.
Riuh rendah kakak Farah malam tu nak pukul benda tu dengan penyapu.
Bila fikir2 aku takmo percaya sgt benda2 macam tu.
Rasa macam tak logic.
Tapi bila fikir balik, budak besar kakak Farah tak mungkin menipu dalam hal macam tu.
Mungkin betul apa yang kakak Farah nampak dan alami.
Itu kelebihan yang dianugerahkan olehNya.
Aku terima kalau itu sudah nasib dia.
Lagi pun dia selalu cakap  dia nampak budak tu..budak ni..dalam rumah.



Aku pernah bawa kakak Farah berubat dekat chemor.
Ustaz tu kata ada benda yang nak berkawan dengan kakak Farah.
Sebenarnya aku tak kisah kalau betul benda tu nak berkawan.
Asalkan anak aku tak disakiti.
Tapi kalau sampai anak aku asyik jadi sampai tak sedar diri,
Tu dah buat aku naik marah.
Aku suruh ustaz tu buang je benda tu dari hidup anak aku.
Dan lepas berubat, macam biasalah..kakak Farah okey dalam sebulan dua.
Pas tu dia jadi balik.
Bezanya dia tak lagi merungut nampak itu nampak ini.
Tapi penyakit dia tetap masih ada.



Oklah..xnak dah cerita hal tu.
Buat aku meremang tengkuk.
Skrg aku nak cite macam mana kakak Farah boleh lumpuh separuh badan.

Lepas pertama kali terima rawatan dari hospital Penawar,
Rawatan susulan wajib kena buat.
Setiap bulan aku kena bawak kakak Farah p sepital.
Sampai orang dalam hospital tu pun dah kenal kakak Farah ni.
Yelah..dari umur setahun sampai dia besar, asyik muka dia je yang keluar masuk hospital.
Selepas pengalaman pertama kali masuk hospital,
Kakak Farah banyak kali terpaksa masuk semula ke wad.
Seingat aku lima kali kot..
Tu pun sebab dia tarik teruk.
Punca dia jadi tarik sebab dia taknak makan ubat.
Yelah..kalau dulu masa dia kecil, bolehlah dipaksa2 makan ubat.
Tapi bila dia dah masuk umur 4 tahun, dia dah pandai mengelak.
Aku faham dia jemu.
Kalau kena kat aku pun sah2 aku buangkan aje ubat2 tu.


Dari ubat syrup, kini bertukar pula pada pil.
Kakak Farah dah tak boleh terima syrup.
Tiap kali bagi dia ubat syrup, dia macam nak muntah.
Aku pernah cuba rasa ubat2 dia tu.
Perggghh..!! Mak aiii..! Manis gilerrr!
Dah macam telan air gula sekilo plk.
Minum air gula buat ujian mgtt masa ngandung kali ke 2 dulu pun tak teruk macam ni.
Hurmmm…patutlah kakak tak nak telan…
Akhirnya aku minta ubat pil.
Alhamdulillah..walaupun masa tu kakak umur 4 tahun,
dia pandai telan pil.


Cukup umur 4 tahun aku masukkan kakak Farah ke sekolah tadika cina.
Nama sekolah tu Tadika Yuh Choon.
Tak jauh pun dari rumah.
Pergi balik mmg disediakan van.
Dari situ aku harap kakak Farah boleh belajar.
Alhamdulillah..walaupun agak lambat, dia dah boleh kenal ABC dan 123.
Waktu petang plk aku hantar dia ke rumah jiran untuk mengaji.
Syukur sbb dari iqra 1 dah naik ke iqra 2.


Tapi bila masuk umur 5 tahun,
Perkembangan kesihatan dan pemikiran kakak Farah semakin menurun.
Puncanya sebab dia semakin kerap jadi.
Semuanya bermula selepas kali terakhir aku ke hospital penawar.


Tiap kali jumpa dokter,
Dokter akan tanya..
“Macam mana? Jadi lagi tak?”
Mcm biasalah aku akan cerita apa yg jadi pada kakak Farah.
Dari ceritanya dekat rumah sampailah dekat sekolah,
Semuanya aku ceritakan pada dokter yg merawat.
Lepas tu dokter akan buat penilaian samada kena naikkan dos, turunkan dos ataupun kekalkan
dos ubat yg dia makan.
Tapi satu hari…
Dokter tu tanya aku..
“Macam mana? Jadi lagi tak?”
“Jadi.”Aku jawab.
Paling mengejutkan aku bila dokter tu cakap…
“Buat apa makan ubat, kalau masih lagi jadi.”
Aku boleh nampak air muka dokter tu macam dah fedup merawat anak aku yang tak ada apa2
kesan baik walaupun dah bertahun makan ubat.
Dokter tu selalu cakap kat aku…
“Anak orang tu makan ubat ni okey dah..”
“Anak orang tu makan ubat ni tak sampai sebulan dah baik dah..”
“Anak orang ni makan tak sampai 3 bulan dah xde sawan dah…”
Adoi..rasa sedih plk bila dilayan macam ni.
Aku tak sangka dia jawab macam tu.
Sedangkan sebelum ni dia sendiri yang cakap, ubat tu kalau dah makan tak boleh miss.
Sebab geram dgn layanan acuh tak acuh dkter tu,
aku terus stopkan sendiri ubat tu.


Seminggu lepas tu aku cuba bawa kakak Farah berubat dengan seorang ustaz dekat dengan
rumah kakak aku.
Dan syukur sbb dalam sebulan dua, dia nampak ok walaupun tak makan ubat.
Tapi bila masuk bulan ke 3, penyakit kakak Farah kembali lagi.
Kali ini dia terus tarik.
Paling buat aku serba salah, bila kakak Farah langsung tak dibawa ke hospital.
Suami cadangkan agar terus berubat cara altenatif.
Masuk sebulan keadaan kakak Farah semakin teruk.
Kakinya semakin mengeras.
Separuh badannya langsung tidak boleh digerakkan.
Nak ke bilik air aku dengan suami kena dukung dia.
Bayangkanlah kanak2 berumur lima tahun dengan berat badan 40kg.
Hampir2 tergeliat urat sendi aku sebab kena dukung dia tiap2 hari.
Masa tu badan kakak Farah memang besar.
Bila dah mula tak boleh bergerak, aku rasa kakak Farah dah mula teruk.
Nak duduk pun dah jadi payah.
Bila bagi dia duduk, pasti dia akan menyenget ke kiri lalu jatuh.
Jadi terpaksalah bagi dia sandar di dinding sambil sandal badan dia dengan bantal.


Bila dah keadaannya jadi tak terkawal,
Kakak Farah dibawa ke hospital.
Kali ini dia tak dibawa ke Penawar tapi ke Puteri Speacialist Johor Bharu.
Di sana aku di temukan dengan dokter kanak2 iaitu dokter Kok.
Panas jugalah telinga aku dengar dia membebel marah sbb pandai2 stopkan ubat.
Dan sejak tu aku tak berani lagi nak  stopkan ubat dia.


Di Puteri Speacialist..
dekat seminggu kakak Farah kena tahan.
Bila dokter tengok dia ada tanda2 boleh berjalan dan bergerak semula,
Kakak Farah dibenarkan pulang.
Fuhh! Lega hati aku.
Seminggu aku dekat Puteri, rasa macam nak demam.
Badan aku sakit2 sebab tak selesa tidur.
Kaki aku kejang sebab aircond terlalu kuat.
Tambah2 lagi masa tu kakak Farah dah ada sorang adik yg berusia dua tahun.
Anak aku yang no 2 ni plk menyusu badan.
So..Terpaksalah aku bertahan.
Nasib baiklah yg no 2 ni tak bayak meragam.
Walupun lelaki dia bukan jenis lasak.
Dan kalau nak tahu,
anak aku yg no 2 nilah yang rajin temankan kakak Farah kalau aku sibuk di dapur.
Nanti2lah..kalau ada kelapangan,
Akan aku ceritakan kisah Muhamad Farhan Naqim pula.


Sejak itu,
setiap bulan kakak Farah terpaksa berulang alik ke Puteri untuk terima rawatan.
Alhamdulillah..dia okey..
Cuma aku tak lagi hantar dia ke sekolah.
Biarlah aku saja yang mengajar dia di rumah.
Kadang2 kesian jgk bila dia ckp nak p sekolah.
Tambah2 lagi bila tengok kawan dia  Syasya tiap2 hari pergi sekolah.



Melalui pemeriksaan dari Dr. Kok, kakak Farah tak boleh diletakkan di sekolah biasa.
Dia kena bersekolah di aliran khas bila masuk darjah satu.
Dan sejak itu kakak Farah dapat gelaran OKU.
Alahai…xpelah kakak Farah..

Janji kakak Farah dapat sekolah..

BAB 13:::Pasrah Dalam Redha

BAB 13

     WAN HUSNA tersenyum-senyum selepas berbual dengan Hisham di talian sebentar tadi. Mengingati jejaka itu buat Wan Husna seperti sedang berdepan dengan tuan empunya diri. Walaupun Wan Husna cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku, kadang-kadang hatinya boleh cair dek panahan mata liar Hisham. Dia sendiri tidak menyangka boleh tebalkan muka demi mendapatkan cinta Hisham. Jika diperhatikan, lelaki itu bukanlah setampan pelakun pujaan hatinya Danial Hanny atau Tom Cruse, tapi ada sesuatu yang menggalakkan dirinya untuk terus berdamping dengan lelaki yang lebih berusia darinya itu. Baginya faktor usia bukan penghalang untuk dia mencipta bahagia. Apa yang penting adalah keikhlasan dalam perhubungan. Dan dia yakin kebahagiaan yang dia cari selama ini ada pada lelaki yang sedang bertahta dalam hatinya kini.

     Wan Husna cuba bandingkan Hisham dengan Wan Hamka. Jika dinilai dari segi rupa, Hisham bukanlah dikategorikan sebagai lelaki kacak tapi tetap nampak menarik kerana raut wajahnya ada iras-iras seperti hero malaya Rosham Nor walaupun bentuk badan sedikit melidi. Sementara Wan Hamka segak tubuh badan serta sasa dan sudah tentu abang sepupunya itu kacak orangnya. Namun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Yang pasti, dia akur Hisham lebih menarik perhatiannya. Bukan kerana cinta sudah beralih arah dan bukan juga kerana rasa marah pada Wan Hamka, tapi yang sebenarnya kerana hati sudah terpaut. Pertama kali memandang raut wajah Hisham, hatinya bagai terpanggil mahu mendekati lelaki itu. Mungkin sesetengah pendapat akan kata dia buta mata dan hati kerana memilih lelaki berusia seperti Hisham. Baginya biarlah apa orang nak kata, janji dia bahagia dengan pilihannya.

    Hubungan yang sudah berlarutan bulan keenam, buat dia sentiasa rasa bahagia. Namun sejak kepulangan Wan Hamka, hatinya sedikit mendung. Entah kenapa perasaan rasa bersalah pada Wan Hamka tiba-tiba menular dalam dirinya. Walaupun sedar perpisahan mereka itu bukan berpunca darinya, Wan Husna tetap rasa bersalah. Ucapan perpisahan yang diungkapkan dalam hati tanpa pengetahuan Wan Hamka itulah yang buat dia rasa bersalah sedangkan selama pemergian Wan Hamka, sudah disimpulkan dalam hati bahawa hanya Wan Hamka yang berada dalam hati. Paling buat dia rasa bersalah adalah bila Wan Hamka menyatakan rasa sayang dan cinta pada dirinya. Tidak disangka apa yang dirasa pada abang sepupunya sejak dulu turut dirasa oleh lelaki itu.

     Perbualan dengan Hisham semalam ketika di café hospital benar-benar menyesakkan hatinya. Hisham seolah-olah kurang mempercayai kejujuran cintanya walaupun sudah berulangkali ditegaskan bahawa hatinya milik lelaki itu. Sudahnya, Wan Husna terpaksa bersungguh-sungguh memujuk untuk menghilangkan rasa rawan Hisham. Paling buat dia tersenyum geli hati ialah bila dirinya yang balik harus dipujuk oleh Hisham. Lapang hatinya selepas berbual dengan Hisham tadi. Kata pujuk yang diluahkan Hisham tadi benar-benar buat hatinya berbunga kembang. Tak sabar rasanya menanti hari bahagia seperti yang dijanjikan oleh Hisham tadi. Wan Husna yakin, jika tidak kerana rajuknya semalam, pasti Hisham tidak nyatakan rancangan yang sememangnya sudah lama diimpikan sejak mengenali lelaki itu.

     Wan Husna ketawa sendiri bila ingat balik perbualannya dengan Hisham semalam. Lucu bertamu dalam hati dengan sikap keanak-anakkan Hisham. “Hurmmm…umur dah empat puluh, tapi perangai macam budak empat tahun.” Kata hati Wan Husna sambil tersenyum dan menggeleng kepala.

     “Awak masih sayangkan abang awak tu?” Tanya Hisham serius selepas Wan Husna memberitahu mahu ke bandar bersama dengan Wan Hamka. Nyilu rasa hatinya dengan cerita dan permintaan Wan Husna sebentar tadi. Rajuknya yang dulu pun masih lagi berbaki.

     Wan Husna tersentak dengan soalan Hisham. Melihat riak wajah lelaki itu, dia faham Hisham tidak boleh terima kehadiran Wan Hamka. Niatnya yang sebenar bukanlah untuk menyakiti Hisham, tapi sebagai pasangan kekasih yang bercinta, dia patut bersikap jujur. Sebab itulah dia menyatakan hasrat sekali gus meminta izin dari Hisham uintuk keluar bersama dengan Wan Hamka. Dia tahu dia berhak untuk keluar dengan sesiapa saja kerana antaranya dengan Hisham masih belum ada apa-apa ikatan pun. Tapi demi kejujuran pada Hisham, dia rasa dia patut memberitahu hal itu pada Hisham.

     “Awak tak percayakan saya ye?” Tanya Wan Husna sayu.

     “Bukan saya tak percaya dekat awak, tapi dekat abang sepupu awak tu. Cara dia pandang awak seolah-olah dia masih mengharapkan awak mengisi ruang hidup dia.”

     “Apa masalahnya dengan abang saya tu? Dia ada ganggu hidup awak ke? Kalau betul dia masih mengharapkan saya, apa masalahnya pada awak? Hati saya, saya yang kawal. Yang awak fikir yang bukan-bukan tu kenapa?” Tanya Wan Husna agak kasar. Walaupun Wan Hamka pernah menyakiti hatinya, tak sepatutnya Hisham berkata begitu tentang satu-satu abang sepupu yang paling dia sayang.

     “Maknanya awak tak kisahlah kalau dia masih mengharapkan awak? Tu tandanya awak pun masih sayangkan dia.” Balas Hisham perlahan. Laju degup jantungnya mendengar kata-kata Wan Husna tadi. Hatinya sedikit terguris. Tertanya-tanya dia dalam hati, apakah Wan Husna juga turut sama seperti Wan Hamka.

     “Dah tentulah saya masih sayangkan dia...! Itukan abang saya. Selama-lamanya dia tetap saya sayang.” Balas Wan Husna geram. Sedikit kecewa kerana Hisham meragui kejujurannya.

     Sekali lagi Hisham terpana dengan jawapan Wan Husna. Dicuba sabarkan hati agar barannya tidak tercetus ketika itu.
     “Cinta pertama bagi seseorang adalah sesuatu yang boleh dianggap sejarah hati yang tak boleh dibuang macam tu saja. Tak mustahil kalau cinta lama akan berputik kembali jika seringkali berjumpa.”

     Wan Husna tersentak. Wajah Hisham dipandang tepat.
     “Awak nak kata saya masih harapkan dia? Awak fikir saya masih cintakan dia? Kenapa awak masih meragui keikhlasan hati saya?” Lemah hatinya bila lelaki yang dicinta meragui keikhlasan hatinya sedangkan selama ini dia sanggup tebalkan muka demi mendapatkan kasih dari lelaki itu.

     “Bukan meragui tapi hakikat sebenar apa yang dirasa setiap hati yang pernah bercinta. Dah tentu banyak kenangan yang disimpan.”

     “Memang banyak kenangan yang kami cipta bersama. Sampai bila-bila pun takkan hilang dan siapa pun tak boleh nak kikis buang dari memori saya.  Tapi satu saya nak awak tahu, kenangan yang dicipta itu hanya di zaman kanak-kanak dan saya dengan dia tak pernah ungkapkan rasa cinta. Orang pertama yang saya ucap kata cinta hanya pada awak.” Tekan Wan Husna perlahan walaupun ada ketegasan dalam nada pertuturannya. Pandangannya tajam menikam ke mata Hisham.

     Hisham tergamam seketika. Namun dia masih tidak berpuas hati.
     “Ungkapan cinta lahir dari hati, bukan bibir.” Balas Hisham seperti mahu menguji hati Wan Husna.

     “Ungkapan yang lahir dari hati tu ikhlas. Tapi jika keikhlasan tu dibalas dengan khianat, maka keikhlasan itu dah tentu tak ada lagi dalam hati.  Saya kecewa dengan awak, Hisham. Baru saya sedar selama ini awak tak pernah nampak keikhlasan saya pada awak.” Ulas Wan Husna kesal.

     “Awak jangan salah faham. Itu bukan maksud saya.” Kalut Hisham mahu membetulkan keadaan. Risau kalau-kalau Wan Husna salah faham. Tempat duduknya yang tadi berhadapan dengan Wan Husna, kini sudah berubah ke sebelah gadis itu. Dia tidak mahu Wan Husna terus berfikir yang bukan-bukan.
     “Saya risau, bimbang, takut.” Lemah Hisham berkata sambil tepat memandang wajah Wan Husna yang menunduk. Dari wajah muram itu dia dapat rasa gadis  itu sedang kecewa dengan sikapnya.

     “Apa yang awak bimbangkan.? Takut saya berubah hati? Risau saya kembali semula pada kenangan lama?” Tanya Wan Husna sambil mengeluh berat. Sebenarnya hatinya turut rasa seperti yang apa Hisham rasakan ketika itu. Kata-kata Hisham tentang cinta pertama tadi buat dia berfikir andainya Hisham sama seperti apa yang dia ucapkan. Wan Husna bimbang andai Hisham memilihnya kerana wajahnya yang seiras dengan bekas kekasih Hisham dulu. Andainya benar, dialah pecinta yang paling kecewa. Ketika mula-mula bertapak sebagai kakitangan di hospital tempatnya bertugas, ramai kakitangan di hospital beranggapan dia adalah klon dokter Arleyana. Bila dia bersoal selidik dengan Kak Bibah siapakah sebenarnya Dokter Arleyana, barulah dia tahu cerita sebenar. Wan Husna sedar, tak sepatutnya dia cemburu pada orang yang sudah tiada. Namun apakan daya, dia insan yang lemah. Mainan perasaan kadang-kadang buat dia tewas.

     Hisham diam membisu. Keluhan yang lahir dari deruan nafas dimengertikan oleh Wan Husna.

     “Awak! Saya nak tahu sesuatu dari awak. Jujur dan ikhlas.” Kata Wan Husna tiba-tiba.

     Hisham masih diam membisu namun pandangan matanya yang menikam ke anak mata bundar gadis di            sebelahnya, menyatakan dia sedia dengan apa yang akan ditanya oleh Wan Husna nanti.

     “Awak kata…Cinta pertama bagi seseorang dianggap sejarah perasaan yang sukar dilupakan. Itu yang apa awak ucapkan tadi. Soalan saya, adakah awak masih tak boleh lupakan sejarah perasaan awak tu?”

     Hisham tersentak. Tidak disangka kata-katanya tadi memakan dirinya sendiri. Di ruangan matanya kini terbias wajah seseorang. Dadanya sesak, jiwanya sebak. Lidahnya kelu namun dia usaha juga mahu menegakkan benang yang basah.

     “Situasi kita berbeza. Awak kena faham tu.” Niatnya mula-mula tadi mahu dipujuk. Apakan daya dia pulak yang terpaksa memujuk Wan Husna. Baru rasa menyesal kerana meragui keiklasan Wan Husna. Yang sebenarnya bukan dia tidak percaya, tapi bila mengenangkan kembali apa yang diceritakan oleh Wan Razin dulu, hatinya tidak boleh lari dari perasaan syak wasangka dan cemburu buta.

     “Apa yang berbeza? Bagi saya sama saja. Hati masing-masing yang rasa dan sendiri yang tahu. Atau awak sengaja nak mengelak tentang perasaan awak sedangkan awak tahu perasaan tu memang sejak dulu sampai sekarang tak boleh nak dibuang?” Bentak Wan Husna tidak puas hati. Melalui cerita yang dia dengar dari mulut Kak Bibah, dia dapat rasa cinta Hisham pada Arleyana masih kukuh tersemat di jiwa hingga kini dan selamanya.

     “Awak perempuan saya lelaki. Sejarah saya adalah seseorang wanita yang dah lama pergi dan pasti takkan kembali lagi. Sementara sejarah awak adalah  lelaki yang masih sendiri dan saya yakin dia masih menanti awak. Apatah lagi hidup awak pun masih belum terisi dengan ikatan yang sah.”

     Wan Husna tergelak kecil sambil geleng kepala. Kata-kata Hisham sukar diterima pakai. “Errmm..kalau belum terikat, kenapa tak ikat?” Bisik hati kecil Wan Husna. “Saya nak tanya awak.”

     Hisham memandang wajah serius Wan Husna. Keningnya terangkat tanda sedia menati soalan dari gadisnya.

     “Kenapa awak terima saya?” Tanya Wan Husna bersahaja. Tangannya menopang dagu menanti jawapan Hisham.

     Hisham terdiam. Jawapan pada soalan Wan Husna nyata tiada. Dia kelu lidah. Tidak mampu nak bersuara lagi. Mampukah dia memberi jawapan kerana senyuman dan wajah Wan Husna sama seperti arwah Arleyana? Sebab cinta? Tapi betul ke itu jawapannya? Entah..! dia sendiri tidak pasti. Apa yang dia sedar, hatinya terpaut pada Wan Husna kerana wajah gadis itu seiras dengan Arleyana. Untuk dia berterus terang, hatinya tidak sanggup kerana takutkan kehilangan. Kehilangan Wan Husna akan melukakan hatinya seperti dia pernah kehilangan Arleyana satu masa dulu.

     “Awak..” Hanya itu saja yang mampu terluah dari kotak suaranya. Harapannya agar dengan suaranya yang merintih sayu itu boleh mengembalikan kesejukan dalam diri Wan Husna.

     “Sudahlah! Saya tak mahu cakap lagi hal ni.” Ujar Wan Husna lalu mengangkat punggungnya mahu berlalu dari situ. Berbual mengenai perkara begitu, dia yakin tak akan ada jalan penamatnya. Sejak tahu wajahnya sama seperti arwah Arleyana, dia sedikit terkilan. Dia yakin sangat cinta Hisham masih pada arwah. Namun dipujuk juga hatinya agar terima semua sebagai satu suratan takdir.

     Hisham mengeluh kesal. Langkah Wan Husna hanya dipandang sepi tanpa menghalang gadis itu pergi. Sudahnya sampai tamat waktu bertugas, hatinya dihambat rasa bersalah setelah Wan Husna mengambil keputusan untuk berdiam tanpa sebarang teguran dan mengisytiharkan perang dingin.


     HISHAM mengetap bibir menahan senyuman malu yang hampir melebar. Tak sangka kata pujukan yang diluahkan pada Wan Husna sebentar tadi terluah juga akhirnya. Setelah sekian lama menyusun ayat yang paling baik untuk melamar gadis itu, akhirnya dia sendiri yang tercengang bila dengan senang hati Wan Husna terus bersetuju tanpa sebarang alasan, keluhan dan bantahan. Jika dia tahu sebegini mudah melamar Wan Husna, sudah pasti langkah itu diambil sewaktu pertama kali mengenali gadis itu.

     “Saya minta maaf fasal semalam tu. Awak masih marahkan saya?” Lemah sekali suaranya mula memujuk. Sejak semalam hatinya sesak bila sebarang panggilan atau teguran hanya dipandang seperti air lalu oleh Wan Husna. Dia yakin Wan Husna benar-benar terasa dengan sikapnya yang suka syak wasangka.
Hisham semakin tertekan bila soalannya tidak langsung Wan Husna jawab. Hanya deruan nafas lembus saja yang kedengaran di hujung talian.

     “Janganlah macam ni. Saya tak pandai memujuk perempuan. Kalau pujuk mak saya, saya pandailah.!” Hisham cuba berseloroh. Bila mendengar ketawa kecil suara Wan Husna, barulah dia boleh tarik nafas lega.

     “Tak baik tau awak buat saya macam ni. Saya sedih sangat sebab awak meragui saya. Tak terlintas pun di fikiran saya nak tinggalkan awak hanya untuk kenangan saya yang dah lama pergi tu.” Luah Wan Husna sayu.

     “Saya minta maaf. Saya janji lepas ni saya tak curiga lagi dekat awak malah pada abang sepupu awak juga.”

     “Janji?”

     “Ye..saya janji.”

     Sepi sedetik.

     “Errmm..Macam mana awak pujuk mak awak? Boleh saya tahu?” Tiba-tiba Wan Husna mulakan tajuk perbualan yang baru. Sepi seketika tadi bermakna topik tadi tidak mahu dibualkan lagi.

     Hisham sudah mula rasa lega kerana Wan Husna sudah mula mahu berbual panjang dengannya.
Ermm..saya cakaplah yang saya nak bawa balik bilalali saya untuk dia.”

     Wan Husna ketawa lagi walaupun sedikit pelik.
“Dah berapa kali awak pujuk mak awak macam tu.?”

     “Banyak kalilah jugak.” Jawab Hisham lembut sambil tersengeh malu. Terbayang-bayang wajah Puan Bariah yang ceria setiap kali dia menyatakan hasrat mahu membawa bakal menantu.

     “Maknanya lepas arwah kekasih awak, dah banyaklah bilalali yang awak tunjuk dekat mak awak ek?”

     Hisham menepuk dahi sambil terkemik-kemik muka kerana ketelanjurannya berbicara. Diharapkan agar Wan Husna tidak terus bersangka buruk terhadapnya.

     “Sorang pun belum pernah lagi.” Jawab Hisham jujur.

     “Tak baik tau awak buat macam tu dekat mak awak. Entah-entah mak awak tu berharap tinggi nak tengok bilalali awak tu.” Balas Wan Husna sambil tersenyum malu. Sedari awal lagi dia tahu dialah bidadari yang dimaksudkan oleh Hisham tadi.

     “Saya tahu tu. Sebab tu saya cadang nak ajak bidadari saya jumpa dengan mak saya hujung bulan ni. Rasa berdosa pulak sebab mainkan perasaan mak saya tu.”

     “Hujung bulan ni?” Tanya Wan Husna teruja.

     “Haah!”

     “Alah.. hujung bulan ni ada kenduri dekat rumah saya. Kan abang saya nak kawin hujung bulan ni.” Rungut Wan Husna manja.

     “Eh! Yang awak susah hati kenapa? Awak nak kenduri, kenduri sajalah. Saya nak bawak bilalali saya.”

     Panas serta merta wajah Wan Husna. Diikutkan hati mahu saja dia menghempas telefon bimbitnya itu. Sakit hatinya kerana Hisham masih mahu main-main dengannya.

     “Awak!” Panggil Hisham lembut. Dari kebisuan Wan Husna, dia tahu gadis itu sedang memendam rasa. “Manalah agaknya bidadari saya ni pergi?” Keluh Hisham lembut setelah suara Wan Husna masih belum kedengaran di hujung talian. Lama menanti akhirnya Hisham terpaksa tebalkan juga mukanya menyatakan hasrat terpendam. “Sudikah bidadari dekat hujung talian ni berjumpa dengan bonda hamba? Sebagai pelengkap hidup pada anakanda bonda saya yang dah lama memendam rasa pada bidadari tu.”

     Wan Husna sudah tidak boleh menahan lagi bibirnya agar tersenyum lebar. Makin lama lebarnya semakin lebar dan tercetuslah hilai tawa yang kuat.

      Mendengar suara ketawa kecil Wan Husna, Hisham melebarkan senyuman.

     “Bidadari yang hina dan buruk rupa ni sedar diri. Tak mampu nak berganding dengan orang yang kemaruk tu.” Balas Wan Husna cuba berseloroh.

     “Buruk dan hina langsung tidak menjadi halangan untuk hamba teruskan impian hamba ni. Bidadari hanya perlu kata yes or no saja.”

     “Yes! Yes! Yes!” Pantas Wan Husna terus menjawab. Dia tidak mahu bertangguh-tangguh lagi kerana memang itu yang menjadi impiannya sejak mengenali  lelaki itu.

     Hisham tergamam. “Thank awak.! Lepas majlis abang Shah, nanti saya datang bincang dengan keluarga awak.”

     “Awak tak tipukan?” Tanya Wan Husna lembut. Dia mahukan keyakinan dari lelaki itu.

     “Sepanjang awak kenal saya, pernah ke saya tipu awak?”

     Wan Husna tersenyum dan terkedu. Diakui Hisham tidak pernah berbohong atau menipu. Cuma bila ingat balik tentang arwah Arleyana, hatinya sedikit kecewa. Tertanya-tanya dia sendiri, mengapa Hisham tidak pernah berterus terang tentang Arleyana padanya. Wan Husna cuba memujuk hatinya sendiri. Dia andaikan mungkin Hisham terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu mengingati sejarah lama. Wan Husna akan cuba terima seadanya.

     “Terima kasih awak..”

     “Saya yang patut terima kasih pada awak sebab sudi terima saya yang dah hampir kertu ni.” Balas Hisham cuba berseloroh. Yang sebenarnya kata-kata itu dia akui sendiri. Dengan umurnya yang sudah  masuk  40an, dia yakin, pasti rugi kalau melambat-lambatkan impiannya.

     “Dah nak kertu ke? Saya tengok memang dah kertu pun..!” Balas Wan Husna berselang dengan hilai tawa yang jarang sekali diluahkan pada sesiapa.

     “Amboi..! sukanya..! Tak apa. Kertu-kertu pun siapa punya?” Tanya Hisham bangga.


     Wan Husna meredakan tawanya. Tenang dan riang hatinya bila Hisham berkata begitu. Ditabir hatinya kini adalah untuk merialisasikan impian untuk menjadi milik mutlak lelaki yang bernama Hisham. Dia yakin bahagianya ada pada lelaki bernama Hisham.

Wednesday 15 April 2015

BAB 12:::Pasrah Dalam Redha

BAB 12

     WAN HUSNA melangkah tenang ketika keluar dari biliknya. Sejak kehadiran Hisham ke rumahnya sebentar tadi, hatinya jadi resah gelisah. Tak tahu apa yang dibualkan oleh Hisham dan kedua orang tuanya sementara menantinya bersiap. Bila kedengaran suara riuh bergelak ketawa, hatinya sedikit tenang. Namun bila perbualan kembali tenang dan serius, hatinya kembali resah. Takut juga kalau-kalau ada sesuatu yang dibualkan adalah berkisahkan tentang perkara yang boleh menegangkan perasaan orang tuanya mahupun perasaan Hisham sendiri. 

     Di dalam kereta Wan Husna tidak banyak bercakap. Sepatah yang ditanya Hisham, sepatah juga yang dijawab. Dua hari bermula dari hari jumaat wajah itu tidak dipandang, sudah cukup buat dia malu untuk menatap.

     “Awak ada cerita apa-apa ke dekat keluarga awak fasal saya?” Tanya Hisham selepas lama berdiam diri.

     “Hah!!!” Wan Husna tersentak. Wajah Hisham yang tenang ketika memandu, dipandang sekilas sebelum menunduk kembali.

     “Saya tanya, awak ada cerita apa-apa ke fasal saya dekat kelaurga awak?” Sekali lagi Hisham mengutarakan soalan yang sama seperti tadi. Dia yakin Wan Husna sudah mula tidak selesa dengan soalannya tadi. Melihat riak wajah Wan Husna, hatinya ketawa riang. Ikutkan hati mahu saja dihamburkan tawa yang kuat.

     “Mana ada!!” Nafi Wan Husna pantas.

     “Saya tengok keluarga awak macam tak kisah je saya bawak anak dia orang keluar.” Hisham cuba menduga fikiran Wan Husna.

     “Ermm.. mungkin keluarga saya sukakan awak kot.!” Wan Husna jawab bersahaja. Malu kalau tahu diri lelaki itu sering menjadi tajuk perbualan antaranya dengan uminya Fatimah Az-Zahra.

     Hisham sekadar tersenyum nipis. Dia sedar kehadirannya tadi memang menyenangkan hati. Paling mengejutkan dia disambut penuh mesra bagai menyambut tetamu terhormat yang amat penting.

     “Berbual apa dengan keluarga saya tadi. Ha..ngumpat saya ek?” Wan Husna cuba mengelak agar hal itu tidak lagi disuarakan.

     “Adalah ngumpat sikit-sikit.” Ujar Hisham berserta dengan tawa kecil.

     “What?? Cakap lekas! Apa yang korang umpatkan?” Bentak Wan Husna sambil bercekak pinggang. Malu kini yang sedang dirasakan.

     “Saya tak mengumpat pun. Saya dengar saja.” Jelas Hisham sambil ketawa. Makin galak dia ketawa bila melihat Wan Husna menjeling geram padanya.

     “Saya suka keluarga awak. Ramah macam mak saya.” Kata Hisham bersahaja. Di hujung bibirnya terhias sedikit senyuman ikhlas. Terbias sejenak di ruang mata wajah Puan Bariah yang sentiasa riuh dan ceria.

     “Really?” Tanya Wan Husna teruja. Melihat Hisham sekadar mengangguk sambil tersenyum, Wan Husna tersenyum lebar. Mahu saja diluahkan perasaannya ketika itu pada Hisham. Baginya tidak salah kalau pengakuan dibuat terlebih dahulu sebelum lelaki itu berkata apa-apa. Baginya lelaki itu ada keistimewaannya. Bukan kerana pangkat dan harta, dan bukan juga kerana simpati atas apa yang berlaku pada lelaki itu, tetapi kerana keperibadian lelaki itu yang membuatkan hatinya dipagut rasa sayang dan rindu.

     “Awak rasa-rasa keluarga awak boleh terima saya tak?” Hisham cuba memberanikan diri bertanya. Langkah pertama harus diambil segera agar bunga di taman tidak dipetik orang.

     “Terima awak?” Tanya Wan Husna pelik walaupun hatinya sudah kembang setaman mendengar soalan itu.

     “Hm.! Sebagai saudara, anak atau apa saja.” Jawab Hisham selamba.

     “InsyaAllah..tu pun kalau awak pandai ambil hati mereka.” Jawab Wan Husna tanpa memikirkan maksud tersirat Hisham.

     Hisham tersenyum malu mendengar jawapan Wan Husna. Melalui layanan baik keluarga Wan Husna tadi pun dia dapat merasa dirinya dapat diterima. Walaupun layanan  serta persoalan tentang hubungannya dengan gadis itu buat dia rasa selesa, namun dia jadi tidak tenang selepas dijelaskan oleh Wan Razin tentang satu perkara. Kini bermacam-macam persoalan yang bersarang dalam benaknya. Ingin ditanya segera pada gadis di sebelahnya itu, namun dirasa sekarang bukanlah masa yang sesuai.

     Masih terdengar-dengar baik kata yang dituturkan oleh Wan Razin tadi hingga dirinya tidak mampu nak bernafas.

     “Una ada cerita serba sedikit tentang Hisham. Tapi dia tak cakap pun siapa Hisham pada diri dia. Dia kata kawan. Abi dengan umi  terima saja siapa kawan Una. Tapi bila dia berani minta izin nak keluar dengan Hisham, abi dengan umi rasa Hisham ni bukan kawan biasa pada Una. Walaupun dia tak cakap terus terang, kami sebagai orang tua, tahu apa yang tersirat dalam hati dia tu. Abi dan umi tak melarang kalau Hisham ada niat baik pada Una. Baik pada Hishan dan Una, baik jugalah pada abi dan umi. Kalau dah Hisham yang menjadi pilihan dia, kami sebulat hati terima. Cuma abi dengan umi nak Hisham kenal dulu hati budi anak kami tu macam mana. Tanya habis-habis sama ada dia dah ada pilihan lain atau tidak.”

     “Dia dah ada yang lain ke abi, umi?” Tanya Hisham teragak-agak. Kekok lidahnya mahu memanggil pasangan suami isteri itu dengan panggilan abi dan umi. Tapi setelah didesak oleh pasangan itu, dia akur.

     Wan Razin mengeluh berat. Tak mampu diceritakan kisah sebenar. Sepatutnya kisah itu harus diceritakan sendiri oleh Wan Husna pada Hisham. Namun dia yakin Wan Husna pasti tidak akan berbuat demikian. Dan ada baiknya dia jelaskan sedikit agar kisah itu tidak menjadi hal serius kemudian hari.

     “Selama ni yang abi tahu, dia memang sedang menanti seseorang. Dah lama dia tunggu. Dari umur tujuh tahun. Tapi sampai sekarang kami tak pasti kenapa, tiba-tiba dia cakap dia dah tak mahu menanti orang tu.” Kata Wan Razin perlahan.

     “Siapa yang dimaksudkan tu?” Tanya Hisham perlahan ingin tahu. Rasanya sebelum dia meluahkan perasannya pada Wan Husna, perkara itu harus diketahui terlebih dahulu. Dia tidak mahu dianggap perampas hak orang.

     “Wan Hamka. Anak adik abi. Belakang ni saja rumahnya. Tapi Wan Hamka dah lama tak balik. Abi rasa Una merajuk sebab Wan Hamka tak pernah hantar berita selepas dia pergi.” Jelas Wan Razin lalu menceritakan serba sedikit tentang kewujudan Wan Hamka dalam hidup Wan Husna.

     Hisham mengangguk-angguk sambil mendengar cerita dari Wan Razin. Walaupun sedikit rasa terkilan dan kecewa, akan diusahakan untuk mendapatkan cinta Wan Husna. Namun andai dirinya tidak menjadi pilihan si gadis, dia  redha.


     “KITA nak makan dekat mana?”

     Soalan Wan Husna menyedarkan Hisham dari mengingatkan kembali perbualannya dengan keluarga Wan Husna tadi.

     “Dekat mulut.” Balas Hisham berserta dengan tawa nakal.

     Wan Husna berdesit geram sambil menjeling. Hisham hanya ketawa mengekek.

     “Nantilah. Sampai nanti, saya yakin awak mesti suka. Restoran kawan baik saya. Dia baru mulakan perniagaannya bulan lepas. Tempatnya tersorok sikit di hujung kampung.” Jelas Hisham teruja. Terbayang-bayang di ruang mata persekitaran restoran yang dia sendiri turut menjadi tetamu terhormat. Paling buat dia rasa bangga bila dia sendiri bersusah payah mendapatkan tapak restoran itu.

     “Saya tak biasalah makan dekat luar.”

     “Ye saya tahu tu dan saya faham. Awak jangan bimbang okey. Restoran kawan saya ni memang buat masakan kampung, tapi tetap ada menu yang sesuai untuk awak. Awak takkan menyesal.”

     Sampai di hadapan tempat dituju, Wan Husna sudah berubah pelik. Melihat Hisham yang tergaru-garu kepala sambil tersengeh-sengeh di hadapan restoran yang bertutup dan sunyi sepi memahamkan dia bahawa kedai makan yang menjadi igauan Hisham tidak beroperasi hari itu.

     “Awak kata ni kedai makan kawan baik awak. Takkanlah hari dia cuti awak tak tahu!” Tempelak Wan Husna lembut sambil matanya memandang pintu kedai makan yang bertutup. Kedai makan yang tertera dengan nama Canteq Canteq D’Coner itu benar-benar menarik perhatiannya lalu melangkah keluar dari kereta sambil menggalas beg tangan. Dalam fikirannya sudah pasti tuan punya restoran itu perempuan.

     “Tak ada rezeki kita hari ni. Kita cari tempat lainlah.” Ujar Hisham hampa.

     “Awak lapar sangat ke?” Tanya Wan Husna sayu. Melihat wajah terkilan Hisham, dia rasa simpati.

     “Mestilah..!!”

     “Kasihan pula saya tengok awak ni. Apa kata kalau saya…”

     Ucapan Wan Husna terganggu bila mendengar bunyi enjin motosikal yang kuat tiba-tiba menerjah ke gegendang telinganya yang kini semakin mendekat dengannya. Sebaik saja dia dan Hisham menoleh, dia terkejut bila beg tangannya direntap kuat. Nasib baik tali beg tangan yang dipegang berada kuat dalam genggamannya. Hisham yamg sendiri tidak menyangka peritiwa itu berlaku di hadapannya terus saja berlari mendapatkan Wan Husna yang sudah tersungkur jatuh.

     “Awak okey!” Kalut dan gelabah Hisham melihat Wan Husna berkerut wajah menahan sakit.

     “Okey..luka sikit tangan saya ni.” Bisik Wan Husna sambil menunjukkan telapak tangannya yang luka kerana tersagat di jalan.

     “Kurang ajar punya peragut.! Mentang-mentanglah tempat ni sunyi. Suka hati dia orang je nak buat apa!” Rungut Hisham lalu menolong Wan Husna agar bangun dan mengarahkan agar Wan Husna duduk dalam kereta. 

     Wan Husna hanya mengangguk. Masih terasa debar di dada selepas insiden tadi. Inilah kali pertama dia diragut. Jika selama ini, dia hanya mendengar cerita dan berita saja tentang kejadian ragut yang kadang-kadang membawa kepada kematian. Wan Husna seakan trauma.

     “Awak tunggu kejap. Saya ambil kotak ubat.” Pesan Hisham lembut. Melihat wajah Wan Husna berkerut menahan sakit, dia rasa sayu.

     Ketika Hisham sedang membuka bonet keretanya, sekali lagi telinganya disentak dengan bunyi  enjin motosikal tadi. Tidak disangka peragut tadi tidak berputus asa. Cepat-cepat Hisham mahu melangkah ke arah Wan Husna yang seperti ketakutan. Takut kalau-kalau gadis itu diapa-apakan. Namun, malang tidak berbau. Kali ini nasibnya yang malang. Dek kerana ingin selamatkan Wan Husna, dia terjatuh ketika bergelut dengan peragut tadi. Teruk muka dan tubuhnya dikerjakan hingga Wan Husna tergamam terkejut.

     “Beg tangan awak.” Bisik Hisham yang tersandar di pintu kereta sambil terduduk. Kecewa hatinya kerana tidak dapat menyelamatkan beg tangan Wan Husna.

     “Biarlah dia orang ambil. Bukan ada apa pun. Tisu dengan barang makeup saya je. Barang-barang penting saya dah keluarkan tadi.” Jawab Wan Husna sayu. Melihat keadaan Hisham, jiwanya diruntun sebak dan sayu. Mengalir juga air matanya tatkala melihat keadaan Hisham yang cedera parah. Pilu hatinya kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Tadi puas juga dijerit meminta tolong namun tempat yang sunyi itu  tidak kelihatan walau seorang pun untuk dia meminta bantuan.

     Ketika memapah Hisham masuk ke dalam kereta, langkah Hisham terhenti hingga mendorong Wan Husna agar berhenti sama. Matanya menyorot sama ke arah apa yang Hisham pandang.

     “Kaki saya.” Bisik Hisham perlahan.

     “Takpe, biar saya betulkan.” Ujar Wan Husna lalu mengarahkan Hisham duduk dan mula melakukan kerjanya membetulkan keadaan kaki Hisham. Tiba-tiba Hisham menahan. Wan Husna hairan lalu wajah Hisham ditatap sambil menjungkitkan kening.

     “Kaki saya bukan...”

     “Syyy..saya faham. Awak jangan risau okey.”

     “Apa yang awak faham?” Tanya Hisham hairan.

     “Kak Bibah dah cerita semuanya dekat saya. Saya harap lepas ni awak jangan segan-segan dengan saya.”

     Hisham tergamam lantas pegangan di tangan Husna dilepaskan dan menyerahkan  tugas itu bulat-bulat pada Wan Husna walaupun masih terasa segan silu.

     Selesai membetulkan keadaan kaki Hisham, Wan Husna beralih pula merawat luka di muka dan tangan Hisham yang cedera. Renungan mata Hisham ke wajahnya tidak dipedulikan kerana dia suka begitu. Walaupun hatinya masih malu direnung begitu, Wan Husna cuba menahan agar rasa kekoknya tidak disedari Hisham hinggalah kerja merawat selesai. Entah kenapa rasa trauma tadi hilang serta merta.

     “Awak tak malu kawan dengan orang cacat macam saya?” Tanya Hisham sambil memicit-micit tengkuknya. Bisa di tengkuknya selepas diketuk dengan benda keras masih terasa.

     “Kenapa saya nak malu? Saya bukan tak pakai baju.” Ujar Wan Husna lalu ketawa kecil. Keadaan tengkuk Hisham dibelek-belek setelah menyedari Hisham seakan tidak selesa dengan tengkuknya.

     “Saya cacat. Saya lemah. ” Jawab Hisham lemah.

     “Awak manusia jugakan..? Makhluk Allah yang dicipta indah. Walaupun keadaan awak tak sempurna, Allah meletakkan awak memiliki hati yang baik, jujur dan ikhlas. Saya bangga kenal dengan awak. Terima kasih kerana berusaha selamatkan saya tadi. Kalau awak tak ada tadi, agaknya dengan saya sekali dia orang heret.”

     “Tapi saya gagal selamatkan beg awak dan rasa saya tak layak berganding dengan awak.”

     Wan Husna tersenyum hambar sambil menggeleng kepala. Baginya semua itu tak penting. Apa yang buat dia rasa bangga adalah semangat Hisham menyelamatkan dan melindunginya.

     “Kalau awak cakap macam tu, bermakna saya pun ada kekurangan. Pada pandangan awak, saya ni cacat ke hingga tak layak berkawan dengan awak?”

     Hisham tergaman. Wajah Wan Husna ditatap tajam.

     “Kalau boleh dua puluh empat jam saya nak berada dekat dengan awak. Saya nak jaga awak. Fahami diri awak..dengar setiap masalah awak..berkongsi cerita suka duka dengan awak. Bolehkan?” Ujar Wan Husna bersahaja. Walaupun bahang sudah mula terasa menyapa wajah, akan ditahan agar segala impiannya untuk menakluk hati lelaki itu tercapai. Baginya Hisham lelaki yang benar-benar sesuai dengannya walaupun lelaki itu sedikit berumur darinya.

     Hisham hilang kata-kata. Bak pepatah mengantuk disorongkan bantal, mahu saja dia melompat riang. Bibirnya diketap menahan senyum yang mula terukir. Wajah Wan Husna dipandang tidak berkelip mencari keikhlasan dan kejujuran di balik kata-kata tadi.

     “Awak tak menyesal?”

     “Kenapa harus saya menyesal? Sebelum ni saya jatuh cinta pada yang sempurna. Tapi saya kecewa dan terluka. Mungkin kerana dia sempurna dan saya tidak. Saya mula mencari kekurangan saya dan saya nekad mahu mencari seseorang yang sama kurang sempurna seperti saya.”

     “Tapi saya tak nampak kecacatan awak.”

     “Kecacatan saya terletak pada hati saya. Hati saya terlalu menganggungkan sesuatu yang terlalu sempurna hingga saya dah tak pandang pada yang lain. Bila saya mula kenal dengan awak, baru saya tahu siapa yang cacat dan siapa yang sempurna.”

     “Awak terlalu merendah diri.”

     “Sebab saya dah lama memandang tinggi. Bila jatuh, saya rasa sakit sangat. Sakitnya di hati tanpa ada yang sedar, luka tu terlalu dalam dan parah. Dalam hati ini, hanya tuhan saja yang tahu.”

     “Awak memilih saya kerana kecacatan saya?” Tanya Hisham hairan.

     “Awak nak saya beri jawapan jujur?” Wan Husna balik bertanya.

     Hisham mengangguk.

     “Errmm..nanti-nantilah saya cakap.” Balas Wan Husna sambil tersenyum nakal.

     “Mana boleh macam tu. Saya nak dengar jawapan awak sekarang jugak.”

     “Kalau saya tak nak kasi tahu juga, awak nak buat apa?”

     Hisham tersenyum nakal.

     “Kita stay dekat sini sampai bila-bila.”

     Wan Husna ketawa mengekek. Baginya itu satu ugutan budak-budak yang tak dapat gula-gula.

     “Okey! Kita tunggu sini. Saya tak kisah asalkan dekat dengan awak.” Balas Wan Husna nakal.

     “Peliklah awak ni.”

     “Tak ada yang peliknya. Sebenarnya..saya pun tak kisah kalau lama-lama dengan awak dekat sini.” Ujar Wan Husna lalu ketawa mengekek.

     Hisham mengeluh lemah sambil mengetap bibir. Walaupun riang kerana dirinya dipilih gadis idaman, jauh di sudut hatinya sedikit was-was seandainya simpati yang dijadikan sebab dirinya dipilih.

     “Nak balik atau nak pergi hospital?” Wan Husna mengubah tajuk perbulan.

     “Saya lapar.” Balas Hisham sayu.

     “Stay dekat hospital, nak? Saya siapkan makan.”

     “Lambatlah. Silap-silap mati kelaparan saya sebab tak makan. Teruk sangat ke luka saya ni?”

     “Tak teruklah. Luka sikit je. Tapi saya risau tengkuk awak tu. Sejak tadi saya tengok awak macam tak selesa. Kalau awak rasa masih sakit, saya bawa awak pergi hospital jelah.”

     “Tak payahlah. Sikit je ni. Apa guna awak dalam hidup saya kalau saya tak menghargai awak. Layanan dokter dekat hospital tak sama dengan layanan dokter cinta saya.”

     “Hurmm..tau pun.! Tapi saya risau tengkuk awak tu. Dekat hospital, ada alat untuk mengesan. Saya tak ada alat untuk kesan tengkuk awak tu.” Ujar Wan Husna pula. Risau kalau-kalau kesakitan itu menjadi masalah besar.

     “Esok saya suruh kawan saya periksa. Sekarang ni saya nak makan dulu. Lapar sangat ni.”

     “Yelah..yelah..yelah..!” Balas Wan Husna lega mendengar jawapan Hisham. Melihat jam sudah menunjukan hampir ke pukul tujuh malam, cepat-cepat enjin kereta dihidupkan. Sebenarnya dia sudah mula rasa tidak selesa berlama-lama di situ. Dia yakin tidak lama lagi pasti ada orang kampung yang lalu lalang di situ memndangkan waktu maghrib semakin hampir.

     “Awak nak bawa saya pergi mana?”

     “Hantar awak baliklah.”

     “Kan saya cakap saya lapar. Berhentilah mana-mana dulu beli makanan.”

     Wan Husna tidak pedulikan kata-kata Hisham lantas terus memandu dengan senyuman sinis.

     “ASTAGFIRULLAHHALAZIM..! Kenapa ni Una?” Sergah Wan Razin kalut menyambut kehadiran Hisham di muka pintu. Kedatangan anak muda itu petang tadi buat dia tenang. Tapi bila melihat wajah anak muda itu penuh dengan luka, hatinya menjadi kalut.

     “Una kena ragut depan kedai makan tadi. Hisham nak tunjuk hero, dia jadi mangsalah..! Lagipun tak ada siapa yang tolong. Terima sajalah.” Balas Wan Husna seperti tidak ada apa terjadi. Sedangkan ketika kejadian dia seperti orang tak siuman menjerit minta bantuan. Namun apakan daya, suasana sepi di kawasan itu tiada siapa yang tampil membantu.

     “Kenapa tak bawa pergi hospital? Teruk luka ni.!” Tanya Wan Razin lagi sambil membelek-belek wajah Hisham.

     “Tak teruk pun abi. Sikit saja ni. Lagipun Dokter Husna dah rawat saya tadi.” Hisham cuba berseloroh sambil melabuhkan punggungnya di sofa.

     Wan Husna hanya menjeling dan tersenyum sinis dengan kata-kata Hisham. Dalam hati turut bangga bila bapanya turut dipanggil abi. Hatinya kembang setaman. Rasa seperti satu keluarga pula dengan Hisham.

     “Pergi bersihkan diri dulu dalam bilik abang Iman. Lepas solat kita makan malam.” Arah Wan Razin pada Wan Husna.

     Hisham mengangkat-angkat kening sambil tersenyum bila Wan Razin menyebut makan. Perutnya yang lapar terpaksa ditahan sejak tadi bagai menari-nari untuk diisi.

     “Terserlah rupa Beast yang kelaparan. Nasib baik saya yang tak dimakannya. Kalau tak, habislah saya..” Kata Wan Husna sambil ketawa kecil.

     Hisham tersenyum lebar. Kepalanya digaru-garu tanda malu. Dalam hati tak henti-henti ucap rasa syukur kerana impiannya untuk menjadikan Wan Husna sebagai orang istimewa dalam hidupnya tercapai. Paling buat dia tidak sangka, ialah Wan Husna menyatakan terlebih dahulu impian itu walaupun tidak secara terang. Itu sudah cukup buat dia merasa bahagia.

     Hisham mengikut Wan Husna menuju ke bilik. Dengan keadaan kakinya yang kurang selesa, Hisham perlukan tempat yang selesa dan terlindung. Malunya masih menebal bila ingat kembali peristiwa tadi. Kakinya hampir tercabut bila peragut tadi memijak kaki palsunya bertubi-tubi. Malunya makin menebal bila dengan selamba Wan Husna menyelak kaki seluarnya untuk betulkan kaki palsunya yang hampir tercabut.

     Namun dibalik kejadian itu, dia bersyukur kerana dia tidak perlu lagi berahsia tentang kekurangan dirinya terhadap gadis yang dicintai. Di sebalik itu juga hatinya kurang senang. Apalah agaknya yang diceritakan oleh Kak Bibah tentang dirinya pada Wan Husna. Mengingatkan kembali peristiwa malang itu, hatiya menjadi sakit. Kehilangan sebelah kakinya dapat diterima, namun kehilangan orang yang disayang payah sekali diterima setelah menyulam kasih dari zaman bangku sekolah lagi. Dia yakin Arleyana sedang bahagia bersemadi di sana. Kerana kebahagiaan itulah, Hisham merana.


     Hatinya sakit bila mengingati peristiwa itu. Jika tidak kerana sikapnya sudah pasti Arleyana tidak pergi meninggalkannya dan sudah pasti juga dia tidak merana hingga kini.