Assalamualaikum..
Salam hormat semua..
Novel saya yang ke 3 dah siap sepenuhnya. Sudi-sudilah menjenguk.
Karya saya kali ni agak mengguris perasaan. Maaflah kalau ada yang mengalirkan air mata. Sebenarnya saya kurang gemar cerita yang bercorak macam ni. Tapi entah kenapa kali ini hati saya bagai terpanggil-panggil mahu membuat cerita macam ni. Saya tak pasti cerita ni sedih atau tidak Yang pasti, tiap kali saya membaca, air mata saya tak segan silu nak melelah.
Akhir sekali, terimalah dari saya..
Ku Mohon Secubit Kasih Mu..
KERANA ego dia kecewa. Kerana ego juga dia merana. Kerana terlalu menjaga reputasi sebagai anak orang berada, dia sengsara memendam rasa. Kasih yang didambakan hilang entah ke mana dek tamakkan kasih milik orang.
Bagi si yang dipuja cinta tak boleh dipaksa. Apa yang lahir dari hatinya hanyalah untuk yang berhak. Datanglah seribu ranjau yang memisah, kasih sayangnya hanya untuk yang dicintai.Namun di balik dua anak adam hawa ini ada sesuatu yang diharapkan. Tidak banyak yang dipinta, hanya SECUBIT KASIH yang menjadi dambaan..
No comments:
Post a Comment