PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Showing posts with label Kata Hati. Show all posts
Showing posts with label Kata Hati. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

BAB 33 Kata Hati Tak Terkata

BAB 33
 “AWAK ada masalah ke, Adib? Sejak tadi awak diam je. Saya ada buat salah ke?” Tanya Madiha lembut. Risau juga kerana dengan tiba-tiba Adib Mirza sedikit berubah. Seminggu tidak memandang wajah kacak itu, hatinya tidak tenteram. Mula tadi dia menolak pelawaan Adib Mirza untuk makan malam walaupun sebenarnya dia memang ingin bersua muka dengan lelaki itu. Melihat kesungguhan Adib Mirza, akhirnya dia bersetuju sambil  melompat riang. Paling memalukan bila riaksi luar kawalannya disaksikan oleh kedua orang tuanya.

Takde apalah. Saya okey. Cuma penat sikit.” Baru petang tadi dia baru sampai dari Tanjung Malim. Projeknya yang sudah hampir siap, buat dia sentiasa sibuk dan tak hairanlah kalau dia kelihatan letih tak bermaya. Bila sampai ke Bandar JB, insan pertama yang mahu dia jumpa ialah Madiha. Dan dek kerana rasa rindu yang menggunung, dipaksa juga gadis itu menemuinya walaupun gadis itu berkali-kali menolak.

“Kalau tak pergi sana lagi, tak boleh ke?” Tanya Madiha lembut. Wajah Adib Mirza dipandang penuh harapan.

“Mana boleh.. Projek tu adalah yang pertama saya kendalikan sendiri. Tambah pulak inilah satu-satunya projek saya yang paling jauh pernah saya uruskan. Bukan senang dari selatan nak ke utara.”

“Tak boleh hantar orang awak ke yang pergi tengok projek tu?”

“Kenapa? Awak risaukan saya ek? Ke..awak rindu?”

Madiha kalut mengacau jus mangganya untuk menutup rasa debar. Menjeleng tajam dia pada Adib Mirza setelah sedar senyuman nakal di bibir lelaki itu masih terukir.

“Malaslah nak rindu-rindu dekat orang tu. Buang masa je.! Banyak lagi kerja saya yang nak saya buat dari fikirkan awak. Galeri saya..lukisan-lukisan saya..”

“Oh..macam tu ek? Takpe..kita tengok nanti macam mana.”

“Tengok apa?”

“Adalah..!” Balas Adib Mirza tersenyum sinis.

Madiha tersenyum sinis mendengar ugutan Adib Mirza. Jika sebelum ini hatinya kosong tanpa teman selepas kematian suaminya selepas sejam berlangsungnya majlis akad nikah. Namun selepas kehadiran Adib Mirza, dia mula rasa hidupnya kembali terisi.

“Minggu depan saya kena pergi lagi ke sana.” Ujar Adib Mirza setelah sama-sama membisu. Niat sebenar mahu menguji perasaan orang di hadapannya.

Madiha tersentak. Suapannya nasi ke mulutnya terhenti. Namun tidak sesekali dia panggugkan kepala memandang Adib Mirza. Disabarkan hati. Malu jika lelaki itu tahu kegelisahannya. Sudu dan garpu yang dipegang hanya dikuis-kuis saja makanan di hadapannya. Hilang sejenak seleranya.

“Berapa hari?” Tanya Madiha sambil menunduk. Sekali dipandang Adib Mirza di hadapannya.

“Sebulan.”

What???” Hampir-hampir terlepas sudu yang dipegang. Hendak tersembul biji matanya memandang Adib Mirza. Setelah menyedari tingkahnya menjadi bahan gelak tawa Adib Mirza, dia mula rasa malu menebal. Bibirnya diketap rapat.

“See..! Kan saya dah kata..!” Ujar Adib Mirza tersenyum manis. Bahagia dirasa setelah taktiknya berjaya.

“Kata apa?” Madiha masih berteka teki.

“Taknak mengaku lagi?” Adib Mirza bagai tercabar.

What?” Soal Madiha serius. Dicuba menutup rasa gugupnya.

“You miss me, right?” Jawab Adib Mirza yakin. Mungkin inilah masanya dia meluahkan rasa pada gadis yang telah berjaya menggantikan tempat Zara.

Nope!” Perlahan tapi tegas suara Madiha kedengaran.

Yes!” Adib Mirza tidak mahu mengalah.

Nope!” Madiha tetap dengan keputusannya. Malu jika apa yang dirasa selama beberapa bulan mengenali lelaki itu terbongkar. Masih awal jika dia mahu berterus terang.

Nope!” Adib Mirza memasang jerat.

Yes!” Akhirnya Madiha terdiam kerana kesilapannya. Malu kerana jerat Adib Mirza terkena.
Terbahak-bahak Adib Mirza dapat mengenakan Madiha. Lantas wajah blusher Madiha ditatap tepat hingga Madiha tertunduk malu.

“Awak!” Panggil Adib Mirza lembut.

Tergamam Madiha setelah Adib Mirza menghulurkan kotak baldu kecil berwarna merah di hadapannya. Tidak sangka apa yang diharapkan benar-benar menjadi kenyataan.

“Terimalah saya.” Bisik Adib Mirza.

Madiha sebak. Nasib baik di situ tidak ramai orang. Dan kerana rasa sebak yang tak dapat ditahan lagi, gugur juga air jernih ke pipi lembutnya.

“Saya tahu awak mungkin masih ingat pada arwah suami awak. Tak salahkan kalau saya menjadi pengganti arwah.? Saya yakin arwah suami awak pun mesti nak lihat awak bahagia.” 

Selepas mengetahui yang Madiha merupakan seorang janda kematian suami, dia agak terkejut pada mulanya. Selepas mengetahui kisah sebenar, makin rasa sayang pada si gadis. Dan sejak itu dia nekad mahu membahagiakan Madiha walau apa cara sekali pun meskipun lewat meluahkan perasaan sebenarnya.

Madiha diam kelu bahasa. Sambil tersenyum dia mengangguk laju. Mungkin sudah tiba masanya dia melupakan terus arwah suaminya seperti yang orang tuanya harapkan selama tiga tahun bergelar janda. Kerana gelaran itulah dia sentiasa bersikap berhati-hati dalam pergaulan. Dan kerana gelaran itu jugalah dia banyak menolak ramai yang cuba mendekatinya. Tapi apakan daya, mungkin sudah tersurat jodohnya dengan Adib Mirza, maka kehadiran lelaki itu tak dapat dielak.

Thank, sayang! Terima kasih kerana terima saya. Nanti saya datang bincang dengan keluarga awak.”

“Eh, awak! Tak cepat sangat ke?”

“Saya dah berumur tiga puluh enam tahun. Dah layak bergelar bapa. Saya takut kulit saya berkedut, awak cari yang lain. Awak tak apalah. Baru dua puluh lima. Kulit masih cantik. Kalau masuk rancangan dewi remaja pun mesti menang juara.”

Terkekeh-kekeh Madiha ketawa dengan ulasan Adib Mirza.

“Sekarang awak bagitahu saya, bila saya boleh jumpa keluarga awak?”

Ermm..hujung minggu ni, awak free?”

“Akan segera diusahakan.” Lantas dikeluarkan telefon bimbitnya. Nama Aqil Muaz dicari. Baginya kegembiraan itu hanya patut dikongsi dengan orang yang benar-benar memahaminya saja.

“Awak nak call siapa tu.”

“orang yang paling saya sayang. Dialah jantung hati saya, dialah racun dan dialah penawar saya.”

Madiha angkat kening. Kurang faham dengan penerangan Adib Mirza.

Adib Mirza tersenyum. Faham apa yang bergolak dalam fikiran Madiha. Lalu loud speaker dihidupkan setelah panggilannya bersambung.

“Qil tengah right buku sekolah budak-budak ni. Ada apa-apa ke bang?” Kalut Aqil Muaz menjawab selepas menjawab salam Adib Mirza.

“Abang nak kawin.” Adib tidak mahu lagi berselindung sambil bermain teka teki.

Serius?? Wah..senyap-senyap dia ek! Tak kasi tahu pun dah ada buah hati..!”

“Kan abang dah cakap hari tu abang tengah bahagia sekarang ni..”

“Siapa bang?”

“Zara!”

What?? Apa ni bang..? Hari tu cakap lain. Ni cakap lain.!” Suara Aqil Muaz sudah mula menjauh.

Adib Mirza tergelak besar. Melihat wajah Madiha berkerut-kerut, lagilah tawanya terburai selambak lambak. Adib Mirza isyratkan pada Madiha agar memberi salam dan memperkenalkan diri pada Aqil Muaz.

“Assalamualaikum Aqil Muaz."

"Alaikumsalam..siapa ni?"

"Saya Puteri Zara Madiha. Boleh tak saya jadi kakak ipar awak?” Tanya Madiha gugup sambil tersenyum malu. Melihat Adib Mirza tersenyum-senyum, lagilah buat dia tak senang hati.

Err..siapa tu bang? Lembutnya suara.”

“Kan dia dah cakap tadi. Tulah Zara abang. Bakal kakak ipar Qil. Percaya? Tak percaya, Qil kena jugak percaya.”

“Tahniah bang! Mama dah tahu?”

“Mama dah tahu fasal Madiha, tapi belum tahu fasal ni. Nanti-nantilah! Abang yakin mama okey. Dia pun abang tengok dah banyak berubah selepas kemalangan hari tu. Lagipun abang nak Qil jadi orang pertama yang tahu hal ni.”

“Alhamdulillah..! Qil happy kalau abang happy. Okeylah bang. Kerja Qil banyak tak siap lagi ni. Tak fasal-fasal buku budak-budak ni tak disemak.”

Okey! Tunggu abang. Nanti abang tolong semakkan. Abang balik rumah Qil malam ni. Ada sesuatu yang abang nak bincangkan.” Memang selalu itulah kerjanya jika datang ke rumah Aqil Muaz. Kadang-kadang dia sendiri yang menjadi guru tuesyen jika ada anak murid Aqil Muaz datang belajar di rumah. Dan sudah pastinya hanya pelajar lelaki saja yang dibenarkan.

Talian ditamatkan selepas memberi salam. Madiha juga tidak ketinggalan mengucapkan salam pada Aqil Muaz.

“Sayang betul awak dekat adik awak  ek?”

“Dialah segala-galanya dalam hdup saya. Dia sanggup korbankan segala-galanya termasuk nyawanya sekali kerana saya.”

“Adik awak cikgu? Kenapa dia tak macam awak?”

“Nantilah! Saya akan ceritakan segala-galanya pada awak nanti. Masa tu awak akan tahu kenapa saya dan dia mempunyai perasaan yang sama. Saling memerlukan!”

“Lain macam je saya dengar.!” Ujar Madiha pelik. Wajah Adib Mirza dipandang dengan seribu persoalan.

Adib Mirza menutup mulutnya  sedikit dengan telapak tangannya sambil mendekatkan kepalanya ke arah Madiha. “Awak jangan fikir negetif. Dan awak jagan risau. Saya lelaki tulen dan masih teruna.” Bisik Adib Mirza.

Madiha menahan tawanya terhambur keluar. Melihat gaya Adib Mirza, hatinya digeletek lucu.

“Sekarang saya nak call lagi seorang. Kali ni awak jangan terkejut.”

“Kenapa?” Tanya Madiha hairan.

“Sebab dia seorang gadis cantik, cun tapi tak secantik awak.” Ujar Adib Mirza lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja agar Madiha dapat mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibirnya dan Zara.

Madiha sudah buat muka tak puas hati. Apa-apa pun dia harus bersabar.

“Waalaikummussalam…awak! Apa hal ni? Dah lama tak dengar berita. Awak dah lupakan saya ek? Tak rindukan saya? Awak sihat? Saya rindu sangat dekat awak.” Suara manja Zara di hujung talian mula bergema.

Adib Mirza tergelak lucu melihat wajah tidak puas hati Madiha.

“Saya sihat Zara. Saya pun rindu sangat! Mana ada pernah lupakan awak. Saya nak kenalkan awak dengan seseorang. Awak nak tak?”

“Taknaklah! Yang ada pun macam tak sudi je!” Suara Zara kedengaran rajuk.

Makin galak Adib Mirza melihat Madiha gelisah tak senang duduk. Lalu dipaksa agar Madiha memberi salam dan perkenalkan diri. Pada mulanya Madiha agak keberatan, tetapi setelah didesak, akhirnya dia terpaksa mengalah.

“Assalamualaikum..!”

“Waalaikummussalam..! Waw! Suara siapa yang merdu bak buluh perindu tu awak..? Tegak bulu kaki saya.” Kata Zata teruja.

Adib Mirza ketawa lucu. Begitu juga Madiha yang tadi bersikap serius sudah mula menyimpul senyuman manis.

“Saya Puteri Zara Madiha.”

“Eh..nama kita samalah..! Cuma saya takde puteri. Siapa ni? Awak anak raja ek?” Zara teruja ingin tahu.

“Taklah..! Orang biasa. Puteri tu cuma nak sedapkan aje..!” Ulas Madiha lalu ketawa kecil.

“Bakal biras awak.” Sampuk Adib Mirza.

Really? Wah..senyap-senyap awak ek. Tapi impian awak nak saya jadi biras puteri awak tu, tinggal angan-angan sajalah..” Sayu suara Zara kedengaran.

“Kenapa cakap macam tu?” Tanya Adib Mirza lemah.

“Dahlah! Malas saya cakap hal ni. Nanti saya nangis, banjir pulak taman perumahan saya ni. Tak fasal-fasal tak mengajar saya esok. Apa-apa pun saya ucap tahniah! Nanti hantar kad tau! Saya nak kad yang wangi je. Besar…punye..!” Ujar Zara lagi lalu menghamburkan tawa yang kuat.

“Okey..bye..!” Ucap Adib Mirza sambil ketawa lucu. Senang hatinya mendengar suara ceria Zara.
Talian ditamatkan. Adib Mirza tersenyum lebar melihat wajah Madiha tidak lagi cemerut seperti tadi.

“Itu bakal adik ipar saya. Dia pun cikgu macam adik saya. Tapi mereka mengajar sekolah berbeza. Dia nyaris-nyaris jadi tunang saya selepas adik saya korbankan cintanya semata-mata mahu saya bahagia setelah tahu saya pun ada hati pada kekasih dia. Selepas saya tahu kebenaran, saya lepaskan Zara. Lagipun saya tahu dia masih harapkan adik saya. Kesan daripada tu, sampai sekarang mereka masih terpisah. Misi saya sekarang ialah mahu satukan mereka.”

“Kejap-kejap! Awak kata awak ada hati pada kekasih adik awak.? Sekarang?”

Adib Mirza tersenyum. Dalam hati sudah tergelak lucu dengan sikap Madiha. Kuat cemburu rupanya..!

“Sekarang hati saya sudah direntap hebat oleh seorang puteri. Bukan lagi Zara Madiha, yang terang-terang milik sebenar Aqil Muaz.”

.Madiha tersenyum malu. Melalui pengkuan Adib Mirza, dia yakin lelaki itu jujur. Lega sikit hatinya mendengar penjelasan Adib Mirza.

Thursday, 18 December 2014

BAB 37 Kata Hati Tak Terkata

BAB 37
ZARA menggenggam erat telefon bimbitnya. Sejak tadi selepas dirinya siap disolek cantik oleh Mak Andam, telefon bimbitnya yang dicari dulu. Dalam perkiraannya, hal itu harus disampaikan pada Aqil Muaz. Risau sebenarnya jika lelaki itu terus mengharap sedangkan tidak lama lagi dia akan bergelar isteri pada seseorang.

Sebentar tadi ayahnya ada berjumpa dengannya di bilik. Tujuannya adalah untuk Zara menandatangani  borang nikahnya. Sempat jugalah dia menilik pandang perihal bakal suaminya. Bagai tersembul biji matanya bila melihat nama Aqil Muaz.

“Kebetulan..!” Itu saja yang Encik Tahir jawab selepas Zara kalut bertanya. Lantas terus keluar dari biliknya dengan alasan mahu segerakan hantar pada Haji Derus.

Zara mengeluh lemah. Dalam fikirannya, alangkah indahnya dunia andai bakal suaminya itu adalah Aqil Muaz sendiri. Lantas dengan kuatkan semangat, nama Aqil Muaz dicari. Tersenyum bila nama itu berada di depan mata. Itulah hati bila dirasuk rindu, kasih dan sayang. Tak dapat tengok rupa, tengok nama dalam telefon pun boleh tersenyum sorang-sorang.

Lama menanti, panggilannya masih belum berjawab. Dicuba lagi dan lagi dan lagi. Namun masih tiada jawapan. Kalau boleh dia tidak mahu Aqil Muaz berada dirumahnya semasa majlis akad nikah berlangsung. Dia yakin dia tidak mampu memandang wajah itu disaat dia dinikahkan dengan orang lain. Akhirnya dengan rasa geram dilemparkan telefon bimbitnya atas katil. Berterabur bateri dan simkad menunjukkan diri. Zara tidak pedulikan semua itu. Hatinya sakit, geram dan marah kerana Aqil Muaz sengaja membisukan diri sedangkan dia tahu lelaki itu tahu tentang majlisnya.


“DIA senyap dah bang! Macam mana ni?” Gelisah Aqil Muaz setelah telefon bimbitnya bordering. Pertama kali tadi ketika berdering, Adib Mirza melarang dia menjawab panggilan itu. Hinggalah sampai panggilan ke lima, dia cuba sabarkan hati walaupun hatinya kuat mahu mendengar suara si gadis idamannya.

“Biarlah! Biar dia rasa.” Balas Adib Mirza bersahaja. Sakit hatinya masih terasa selepas melihat bibir Aqil Muaz pecah akibat tambaran berbisa Zara dulu.

“Kasihan dia bang!” Sayu Aqil Muaz bersuara.

“Dia ada kasihankan Qil?” Soal Adib Mirza sambil memakaikan sampin pada Aqil Muaz.

“Kan semua ni punca dari Qil.”

“Dahlah, abang tak mahu dengar semua ni. Sekarang siap cepat. Abang tunggu kat bawah. Cepat sikit. Semua dah tunggu tu. Kalau lambat nanti drive kereta sendiri.” Ucap Adib Mirza setelah yakin hasil kerja tangannya nampak memuaskan. Sebenarnya dia malas mahu berbual lagi tentang adiknya dan Zara. Semakin lama disuarakan, semakin berat kepalanya memikirkan.

“Mana ada pengantin drive kereta sendiri.”

“Kalau taknak macam tu, cepat siap!”
Aqil Muaz tersenyum nipis bila digasak begitu. Terhibur seketika. Telefon bimbitnya yang berada ditangan dipandang sepi. Akhirnya degan berat hati, ruangan mesej dibuka. Laju jarinya menaip sesuatu. Bila pasti sudah dihantar, telefon bimbitnya ditinggalkan atas meja tepi katil. Saat-saat begitu baginya telefon bimbit itu tidak digunakan. Jadi ada baiknya ditinggalkan saja di rumah. Songkok hitam yang terhias dengan keronsang perak, dicapai lalu disarungkan di kepalanya. Nafas ditarik dalam lalu dihembus keluar sebelum melangkah keluar dari biliknya.

“Wah! Smartnya anak mama. Ni baru namanya pengantin.!” Teruja Datin Basyariah memuji Aqil Muaz yang segak dengan baju melayu putih serta bersampin. Songkok hitam yang terletak atas kepala Aqil Muaz dibukakan lalu wajah Aqil Muaz ditatap lama.

“Mama!” Aqil Muaz rasa sedikit sebak selepas diperlakukan begitu. Hatinya rasa bahagia.

“Mama bangga ada anak sebaik Aqil dan Adib. Mama minta maaf sebab selama ni mama lepas pandang pada anak bongsu mama ni.” Kata Datin Basyariah lalu songkok dipakaikan semula di kepala Aqil Muaz.

“Mama tak salah. Aqil faham apa yang mama rasa.”

Kedatangan Datin Basyariah tiba-tiba di halaman rumahnya, benar-benar buat dia rasa nak menangis. Tak sangka dirinya diterima baik oleh ibu tirinya itu. Dia tahu, ini semua hasil usaha dari kakak iparnya Madiha. Madiha banyak mengubah sikap Datin Basyariah dari seorang pembengis kini bertukar menjadi seoarang yang pemaaf. Penampilan Datin Basyariah juga amat memukau pendangan semua termasuk Adib Mirza. Datin Basyariah yang dulu lebih suka berpakaian kebaya ketat dan bermakeup tebal kini tidak lagi. Sekarang penampilannya seratus peratus berubah. Dia kini lebih selesa dengan jubah labuh dan bertudung labuh yang menutupi seluruh rambut hingga paras pinggulnya.

“Dah-dah! Tak ada maknanya nak berdrama-drama dekat sini. Lepas ni kita tengok pula drama Aqil dengan buah hatinya pulak. Sapa nak nangis, nak gelak guling-guling, nak bersorak pun boleh!” Adib Mirza cuba menceriakan seuasana.

Tersenyum simpul Aqil Muaz dengan gurauan melampau Adib Mirza. Sejak sampai ke kampung keluarga angkatnya, dia asyik menjadi bahan usikan Adib Mirza, Madiha dan Iqbal. Paling buat dia rasa malu, anak-anak Iqbal juga turut menjadikan dia sebagai bahan gelak tawa.


“DAH sedia dah?” Haji Derus bertanya seakan berbisik.

“Dah abah!” Tenang jawapannya sedangkan dalam hati Tuhan sayang tahu.

“Kalau tak mampu, past kat aku.” Bisik Iqbal mengusik.

“Abang pun boleh..!” Sampuk Adib Mirza pula lalu sambil menahan ketawa bersama Iqbal.

Tersenyum Haji Derus dengan usikan Iqbal dan Adib Mirza terhadap anak angkatnya. Sejak kedatangan Adib Mirza dan Madiha ke rumahnya beberapa hari lalu, pasangan suami isteri itu turut diambil menjadi anak angkatnya.

“Panggil pengantin perempuan datang sini. Tak ada pengantin perempuan mana boleh jadi.” Seloroh Haji Derus. Riuh rendah kedengaran suara tetamu yang hadir kerana lucu dengan lawak spontan Haji Derus.
Zara berjalan perlahan selepas dia dipanggil oleh Puan Azizah. Tidak sekali pun dia mengangkat muka memandang pada sekelian yang ada. Wajahnya serius. Senyuman tak tahu macam mana nak ukirkan di bibir. Hatinya masih panas dengan Aqil Muaz. Namun sempat lagi dia mengerling ke arah tempat duduk bakal suaminya. Pengantin lelaki yang duduk membelakangkannya hanya tunduk membisu tanpa berkalih, menyukarkan untuk Zara memandang  ke wajah lelaki itu. Namun wajahnya berkerut sedikit bila memandang Adib Mirza dan Iqbal sedang memandangnya dan tersenyum-senyum simpul. Paling buat dia menggelisah bila melihat Iqbal mengusiknya dengan mengangkat-angkat kening seakan mengejeknya. Yang paling dia tak sangka Datin Basyariah turut berada di situ.

“Pengantin perempuan dah sedia?” Tanya Haji Derus lantang. Dalam hati sempat mengucap kata syukur kerana impian untuk menjadikan Zara sebagai isteri kepada Aqil Muaz terlaksana sekaligus merialisasikan impian isterinya Hajah Esah.

Zara hanya mengangguk sekali selepas tersentak dengan sergahan Haji Derus. Wajah lelaki yang bergelar imam itu dipandang sekilas sebelum kembali tunduk.

“Dia sedia dah lama dah abang aji. Cuma malu nak cakap.” Balas Encik Tahir bersahaja.

Zara mengetap bibir menahan malu bila mendengar ayahnya berseloroh. Jantungnya bagai nak meletup bila mendengar semua ketawakannya.

“Aqil Muaz bin Azam Muiz..! Aku nikah akan dikau dengan Zara Madiha binti Muhammad Tahiruddin dengan maskawinnya sebanyak lima ratus satu ringgit, tunai..”

Tenang Aqil Muaz menjawab hingga selesai.

Zara terpaku saat suara Haji Derus menyebut nama penganti lelaki. Dengan microfon kecil yang terlekat di baju Aqil Muaz, memang jelas suara Aqil Muaz di kotak telinganya. Dia mula berdebar-debar. Dia kenal suara itu. Namun dia tak pasti kerana susuk tubuh badan suaminya seakan bukan Aqil Muaz yang dia kenal. Lelaki yang sedang membelakangkannya itu sedikit kurus dari Aqil Muaznya.

Tersentak bila pipinya dicium oleh Hajah Esah dan diikuti oleh Puan Azizah dan kemudiannya Datin Basyariah. Zara bagai sedang bermimpi dan tidak percaya yang kini dia sudah bergelar seorang isteri. Zara cuba berfikir-fikir tentang kewujudan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Namun entah kenapa dia seakan sukar nak terus berfikir. Ada saja yang menyekat mindanya untuk berfikir. Kata-kata ucapan tahniah dari tetamu wanita hanya dibalas dengan senyuman dan anggukan saja. Sambil-sambil itu dia cuba mencari kelibat suaminya. Namun tiada di situ.

“Pengantin lelaki tengah solat sunat dalam bilik. Tunggu kejap ek.” Ujar Madiha berbisik di telinga Zara. Melalui pemerhatian Madiha, Zara masih seperti kebingungan. Simpati dengan keadaan Zara, segera dijelaskan agar Zara tidak tercari-cari.

Zara tersenyum sambil mengangguk. Wajah Madiha dipandang penuh minat. Pada firasatnya sudah tentu Madiha datang dari ahli keluarga suaminya.

“Awak ni siapa?” Zara cuba beranikan diri bertanya.

“Agak-agak siapa?” Madiha kembalikan soalan pada Zara hingga Zara terangkat kening. Madiha ketawa kecil bila Zara hanya mengangkat bahu.

“Saya biras awak. Panggil saja saya Kak Diha.”

“Oh..Ermm..” Belum sempat dia bertanya lanjut, kelibat Hajah Esah dan Adib Mirza muncul depan mata. Cepat-cepat ditundukkan kepala.

 “Tak payah nak tunduk-tunduk sangat. Cuba angkat kepala tu tengok muka suami ni.” Sergah Adib Mirza nakal. Makin galak dia ketawa bila Zara sedikit pun tidak mengangkat wajah.

“Hulurkan tangan tu.” Bisik Madiha lembut sambil menarik lembut tangan Zara lalu diletakkan atas telapak tangan Aqil Muaz. Sejak tadi dia perasan Zara hanya bersendiri tanpa ada sesiapa yang meneman. Akhirnya dia dengan senang hati menawarkan khidmatnya untuk menjadi pengapit Zara.

Zara seakan terpegun dengan rantai tangan yang dipakaikan oleh suaminya. Lantas dia terus menyalami tangan Aqil Muaz dan menciumnya. Sebaik diangkat kepala, dahinya sudah mendarat ke bibir Aqil Muaz. Dan ketika itulah baru dia tahu siapa yang berada di hadapannya. Secara aotomatik dia rasa macam nak pitam. Namun dia cuba menahan. Wajah yang sedang tersenyum itu buat dia terus saja ditajamkan pandangan.

“Awak..!”

“Apa awak-awak?” Tanya Aqil Muaz berserta dengan senyuman nakalnya.

“Cepat-cepat! Siapa nak tengok drama swasta?” Laung Adib Mirza.

Zara terus terdiam. Pandangan mata Aqil Muaz tadi dilarikan. Bibirnya langsung tidak terukir senyuman lucu bila mendengar gurauan Adib Mirza.

“Senyum sikit!” Laung Iqbal sambil tersenyum.

Berkelip mata Zara bila silauan  kamera menikam matanya. Zara tidak pasti dengan perasaannya ketika itu. Baginya dia seakan orang bodoh yang hanya mampu terpacak bak patung cendana. Mengikut saja apa yang orang suruh. Ingin saja dia menjerit agar semua yang ada mengerti apa yang dirasa ketika itu. Sakit hatinya kembali terasa. Kalau ikutkan hati marahnya, mahu saja dia berlari tinggalkan majlis itu. Namun bila melihat keramahan dan kemesraan antara keluarganya dan keluarga Aqil Muaz, dia cuba sabarkan hati.

Kadang-kadang dia hairan dengan perasaannya sendiri. Bukankah ini yang diharapkan? Bukankah lelaki itu yang dia tunggu? Tapi bila lelaki itu sudah berada di hadapannya yang kini sudah menjadi miliknya, keinginannya hilang sekelip mata.

Aqil Muaz mula tidak senang hati melihat wajah serius Zara tanpa senyuman. Mulalah dia berfikir yang bukan-bukan. Dan dia faham Zara yang kini merangkap isterinya masih marahkan dirinya. Dicuba tenangkan perasaannya walaupun hatinya mula berdebar-debar tiap kali dia cuba menangkap renungan mata Zara. Tersentap jugalah bila Zara langsung tidak pedulikan renungannya.

“Rapat sikit!” Sergah Madiha lembut. Sejak tadi dia perasan Zara tiada langsung seri wajah. Senyum pun seakan memaksa.

“Korang ni baru kenal ke?” Adib Mirza cuba berseloroh. Wajah cuka Zara mula menerbitkan rasa simpati pada Aqil Muaz. Dan kini dia harus bersiap sedia dengan plan kedua.

Aqil Muaz tersenyum hambar. Tangan Zara yang tadi berada dalam genggamannya sudah hilang dalam genggamannya selepas sesi bergambar selesai.

“Jemput makan semua!” Laung Puan Azizah.

Zara segera bangun dari duduknya. Tanpa pedulikan Aqil Muaz disisinya, dia melangkah masuk terus ke biliknya tanpa pedulikan banyak mata yang memandang.

“Pergi bincang elok-elok dengan dia.”

Aqil Muaz masih membisu dan kaku berdiri di hadapan Adib Mirza dan Iqbal.

“Jangan risaulah! Takkan dia nak mengamuk masa orang ramai ni.”

“Betul tu. Aku kenal dia. Dia keliru tu.” Kata Iqbal perlahan.

“Biar Diha yang cakap dengan dia bang.!” Madiha cuba tawarkan khidmatnya.

“Tunggu dulu. Abang rasa baik Qil yang cakap dulu dengan dia. Abang takut dia terus salahkan Qil kalau Diha yang cakap. Abang yakin nanti dia anggap Qil sengaja gunakan Diha untuk memujuk dia.”

Madiha mengangguk setuju.

Aqil Muaz berdebar-debar sambil berdiri di depan pintu bilik Zara. Ketukan demi ketukan buat dia segara memulas tombol pintu bilik setelah suara maklum balas Zara langsung tiada kedengaran. Aqil Muaz cuba tenangkan hatinya bila melihat Zara hanya diam sambil berdiri memeluk tubuh mengadap tingkap cermin yang terbuka. Dia tahu Zara cuba memendamkan perasaan kerananya.

Dari celahan langsir hijau pucuk pisang, Zara boleh nampak keriuhan saudara mara serta jiran tertangga sedang menjamu selera. Hatinya terjentik mahu turut serta. Namun hatinya menjadi tawar bila ingat apa yang sedang beraku dalam hidupnya sebentar tadi. Tidak disangka dia kini sudah menjadi isteri kepada Aqil Muaz. Insan yang ditunggu dan dipuja selama ini.

“Saya tahu awak marahkan saya. Saya minta maaf. Ini bukan niat saya. Saya tak ada pilihan. Saya tak ada jalan lain macam mana nak kekalkan awak sebagai milik saya. Saya sayangkan awak, Zara.”

Zara masih membisu. Rasanya tidak ada apa yang perlu diucapkan lagi. Baginya lelaki itu memang degil. Sudah diamuk, dimaki, dipukul pun masih lagi berdegil. Sepatutnya dia berbangga dengan usaha Aqil Muaz. Tapi entah kenapa, kesalahan yang lelaki itu lakukan, sukar diterima.

Please say something, Zara. Saya nak dengar suara awak. Tolong jangan mendera perasaan saya dengan kesilapan saya yang lalu.” Wajah mencuka Zara ditatap penuh minat. Keriuhan di luar rumah tak dipedulikan lagi. Apa yang harus dilakukan sekarag adalah misi memujuk hingga terpujuk hati isterinya. Tak sanggup lagi dah lama-lama memendam perasaan.

Zara lepaskan nafas dalam dalam diam. Dicuba memujuk hatinya sendiri, Dicuba untuk menelan setiap apa yang terkeluar dari mulut Aqil Muaz. Dicuba untuk menatap lama wajah suaminya, namun dia tak terdaya. Kesakitan lalu bagai mahu dia terus berdendem dengan lelaki yang sedang berdiri terpacak di hadapannya. Menerima lelaki itu seperti membiarkan maruahnya dipijak-pijak lumat.

“Awak tahu tak betapa malunya saya bila dapat tahu awak tak pernah sukakan saya?” Tanya Zara tanpa mengalihkan pandangannya dari cermin tingkap.

Aqil Muaz tersentak setelah Zara sudah mahu bersuara. Soalan yang baru saja keluar dari kotak suara Zara lagilah buat dia terkejut. Kini dia tahu apa punca isterinya memendam rasa dan bukanlah seperti yang diduganya. Dia sedikit lega kerana pernikahan mereka bukanlah punca Zara bersikap begitu.

“Tak benar semua tu.!”

“Kalau semua tu tak benar, apa yang benar?”

“Saya cintakan awak! Saya tak pernah nafikan perasaan saya. Itu yang sebenar-benarnya!” Lembut suara Aqil Muaz membalas namun ada ketegasan dalam nada suaranya.

“Tapi saya dengar dari mulut awak sendiri hari tu. Kalau saya tanya abang awak, dia akan cakap benda yang sama.” Jawab Zara tegas. Merah mukanya bila mendengar ungkapan itu lahir dari bibir Aqil Muaz. Walaupun begitu, dia cuba mempertahankan egonya.

Aqil Muaz mengeluh berat. Aqil Muaz tahu bila yang dimaksudkan Zara. Jika dia tahu malam itu Zara datang ke kuartesnya, pasti perkara itu tak akan berlaku.

“Saya bercakap dengan abang Adib sebab saya nak yakinkan dia agar dia tetap dengan apa yang dia angankan.”

“Apa hak awak untuk tentukan masa depan orang lain?”

Aqil Muaz terdiam.

“Kalau selama kita berkawan, awak berangan nak satukan saya dengan abang awak, kenapa awak tak kenalkan saya dengan dia awal-awal? Awak beri saya harapan, ucap kata-kata manis hingga saya lupa pada kekecewaan lalu. Awak memaksa saya terima awak hingga membabitkan keluarga saya. Awak tak tahu betapa kecewanya dan betapa malunya keluarga saya atas tindakan awak yang tak berasas tu. Saya cuba pujuk hati saya sendiri. Saya cuba nak terima awak balik selepas saya ambil keputusan untuk tidak menerima abang awak. Tapi hati saya semakin sakit bila dengar sendiri dari mulut awak yang awak tak pernah sukakan saya. Apa semua ni? Cuba letakkan awak di tempat saya. Apa yang awak rasa? Saya dimainkan oleh orang yang saya sayang!” Tegas Zara perlahan. Risau juga kalau perbualan mereka didengari oleh tetamu yang hadir.

“Tapi itu bukan dari hati saya yang sebenar. Kalau saya betul-betul berniat macam tu, saya takkan berdiri depan awak sekarang. Sekarang saya nak tanya awak. Apa kesudahan perbualan saya dengan abang saya malam tu?”

Zara tersentak. Dia mengetap bibir. Cuba berfikir.

“Ya! Qil mengaku Qil cintakan dia. Qil sayangkan dia. Qil rindukan dia. Qil tak boleh lupakan dia walau sesaat. Tapi Qil terpaksa relakan lepas abang meluahkan yang abang cintakan dia. Hati Qil sakit dengan apa yang Qil buat. Abang dah banyak berkorban untuk Qil selama ni. Tak salahkan kalau Qil pulak berkorban untuk abang?”

Zara tergamam dengan kata-kata Aqil Muaz.

“Itu sepatutnya awak dengar. Itulah kata-kata akhir saya selepas saya didesak oleh abang saya. Selama saya sembunyikan perasaan saya pada awak dari abang saya, hati saya tersiksa. Jiwa saya sakit. Saya merana saban hari kerana rindukan awak. Saya sangka langkah saya tu akan buat awak bahagia di samping abang saya. Tapi saya silap. Silap kerana tidak memikirkan perasaan awak. Sebab tulah saya cuba dekati awak semula untuk tebus kesalahan saya. Saya cuba tahan segala kata-kata kesat maki hamun awak semata-mata kerana sayang saya pada awak. Saya kenal awak. Sebab tu saya tak kisah kalau awak nak bunuh saya sekali pun.”

Zara sebak. Berkelip-kelip kelopak matanya agar matanya yang sudah mula panas tidak segera tercemar dengan titisan jernih. Ya! Dia mengaku dalam diam, itu adalah kesilapannya juga. Jika dia mendengar perbualan itu hingga selesai, dah tentu perasaannya tidak sesakit yang dia rasa. Namun dia masih lagi was-was.

“Dahlah awak. Saya masih terkejut dengan apa yang jadi dekat luar tadi tu. Bagi saya masa.” Nada suarnya sudah mula menurun. Lantas Zara segera mahu berlalu dari situ. Terkejut bila Aqil Muaz pantas memaut tangannya. Makin membulat matanya bila dia sudah berada dalam pelukan Aqil Muaz.

“Tolong faham perasaan saya. Jangan mendera lagi jiwa saya. Saya sayangkan awak, Zara. Tolong percayakan saya.” Rayu Aqil Muaz perlahan. Tajam mata Zara ditenung tepat.

“Saya tak mahu keluarga kita tunggu lama dekat luar tu. Nanti dia orang fikir yang bukan-bukan pulak.” Tangannya yang berada di dada Aqil Muaz menolak lembut agar Aqil Muaz merenggangkan pelukan. Namun makin kuat dia menolak, makin kuat pelukan tangan Aqil Muaz dipinggangnya. Merenung ke dalam mata lelaki itu buat hatinya mula gelisah tak tentu hala.

“Biarlah orang nak fikir apa. Kita bukan buat salah pun.” Bersahaja suara Aqil Muaz kedengaran.

“Awak jangan merepeklah! Saya jerit nanti, baru padan muka awak.” Herdik Zara geram.

“Jeritlah! Ada saya kisah?” Balas Aqil Muaz sambil tersenyum setelah melihat kekalutan wajah Zara.

“Awak jangan mengada-ngada!”

“Dari awak jerit, baik awak cakap awak sayang saya. Tolong ucap sekali yang awak sayangkan saya. Saya nak dengar. Dah lama telinga saya ni rindukan suara awak ucap ungkapan tu.” Ujar Aqil Muaz berserta dengan senyuman nakal.

“Saya tak sukakan awak. Saya tak sayang awak. Saya benci awak. Saya meluat tengok awak!” Pantas Zara menafikan perasaannya. Dikalihkan kepalanya ke kanan agar pandangannya tidak lagi ditikam dengan pandangan galak Aqil Muaz.

“Awak tipu. Melalui mata awak, saya tahu awak masih sayangkan saya.”

“Jangan harap!” Zara menjeling geram.

Aqil Muaz galak tersenyum melihat wajah berang Zara. Timbul niatnya untuk mengusik.

“Malam ni saya nak tidur sini. Dengan awak.”

Mata dan mulut Zara melopong.

“Gila! Jangan harap saya akan izinkan.!”

“Saya suami awak sekarang.” Aqil Muaz semakin galak mengusik.

“Jangan bagi saya marah!” Ugut Zara geram.

“Sanggup ke awak sakitkan saya.? Tak bau syurga tau!” Lembut suara Aqil Muaz memujuk Zara.
Zara merengus kasar. Dan dengan tidak terduga, kaki Aqil Muaz dipijak kuat hingga lelaki itu melepaskan rangkulannya. Cepat-cepat Zara berlari ke pintu. Namun sebelum tombol pintu dibuka sempat lagi dia berpaling melihat Aqil Muaz sedang berkerut wajah menahan sakit. Timbul rasa simpati. Namun bila Aqil Muaz tersengeh-sengeh, hilang terus rasa simpatinya.

“Padan muka!” Ucap Zara lalu menjelirkan lidahnya dan menjeling sambil menahan tawanya tersembur keluar.

Aqil Muaz tersenyum kecil. Lucu melihat telatah isterinya seperti itu. Melihat senyuman yang terukir  dibibir Zara tadi, hatinya sedikit terubat.

Zara berjalan tenang melangkah keluar untuk ke ruangan makan. Dia cuba maniskan wajah selepas Madiha menegurnya. Sejak tadi dia mahu mendekati dan mengenali Madiha yang kini dia tahu adalah isteri kepada Adib Mirza.

“Aqil mana?” Madiha lembut bertanya.

Err..tidur.” Zara tersenyum dalam diam. Biar padan muka Aqil Muaz.

Hah???” Serentak Madiha dan Adib Mirza bersuara. Jelas di wajah mereka hairan dan terkejut.

“Korang buat apa tadi sampai dia tertidur.?” Tanya Adib Mirza galak mengusik.

Zara mengetap bibir menahan malu. Tak sangka jawapannya tadi memakan dirinya sendiri.

“Ish abang ni! tanya macam tu pulak!.” Tempelak Madiha sambil menyinggung tangan suaminya dengan siku. Terkekeh-kekeh Adib Mirza ketawa melihat wajah Zara merona merah.

“Macam mana? Dah okey?” Bisik Madiha di sisi Zara.

Zara mengeluh. Wajah Madiha dipandang dengan senyuman hambar. Dalam hati sempat memuji kecantikan dan kelembutan Madiha yang amat sesuai dengan penampilan Adib Mirza.

“Zara marah dia lagi?”

Zara tidak menjawab. Malah hanya tunduk memandang nasi yang terhidang di hadapannya.

“Kalau Zara marah dia sebab majlis ni, Kak Diha rasa memang tak patut Zara marah. Dia ikhlas nak bahagiakan Zara. Dia masih sayangkan Zara. Setahun Zara pergi dari hidup dia, cuba Zara tengok keadaan dia. Makan hati dia sebab tunggu Zara maafkan dia.”

Zara masih membisu. Namun tidak pula dia berhenti berfikir. Perasan juga dia akan hal itu. Susuk badan Aqil Muaz amat berbeza dari Aqil Muaz yang dulu. “Ceh! Cakap tak serupa bikin. Dulu pandai bagi nasihat dekat orang. Dia pun sama!” Ngomel Zara dalam hati. Teringat dulu Aqil Muaz pernah menasihatkan dia supaya jangan menyiksa badan selepas dia putus tunang dengan Fairuz Imsyar.

“Dahlah! Sekarang Zara makan dulu. Mak Zara cakap tadi, Zara tak makan lagi sejak sampai petang tadi.” Ujar Madiha lembut.

“Amboi..! makan tak mengajak.”

Zara sudah telan liur mendengar suara Aqil Muaz di cuping telinganya.

“Sedap tidur?” Adib Mirza bertanya. Melihat wajah Zara semakin merona merah, dia ketawa lucu.

Hah?? Tidur? Bila Qil Tidur?”

“Zara cakap tadi Qil tidur.”

Zara sudah terkemik-kemik wajah sambil tunduk menjamah nasi di pinggannya. Perlahan-lahan wajah Aqil Muaz dipandang dan serta merta barisan giginya yang tersusun cantik ditayangkan pada Aqil Muaz. Paling buat Aqil Muaz menggeleng kepala setelah Zara menunjukkan isyarat dua jari tanda peace sambil tersengeh.

“Nakal!” Bisik Aqil Muaz sambil mencubit pipi lembut Zara.

“Saya nakal, awak jahat. Siapa lagi teruk?” Ujar Zara geram.

“Saya jahat, awak lagi teruk.” Balas Aqil Muaz tidak mahu mengalah.

“Kenapa pulak?” Tanya Zara pelik.

“Sejahat-jahat saya, saya tak pernah pukul orang.” Balas Aqil Muaz sambil tersenyum.

“Seteruk-teruk saya, saya tak pernah peluk orang.” Zara masih tidak mahu mengalah.

“Saya peluk bukan salah. Peluk pada yang berhak.” Kata Aqil Muaz akhirnya.

“Ha…! Korang buat apa tadi ek?”

Suara Iqbal mengganggu mereka berbalah. Serta merta terus terdiam dan tersenyum malu. Tersenyum-senyum Madiha dan Adib Mirza sambil berpandangan selepas melihat kemesraan Aqil Muaz dan Zara. Ucapan syukur bermain di bibir masing-masing. Terutamanya Adib Mirza. Begitu juga dengan pandangan mata-mata lain yang sempat menyaksikan penyatuan dua hati itu. Pakat semua melepaskan keluhan lega. Kini mereka tidak perlu lagi nak memeningkan kepala dan menyesakkan fikiran untuk mencari jalan penyelesaian menyatukan hati Zara Madiha dan Aqil Muaz. Semuanya mengharaapkan kebahagiaan pasangan itu agar kekal hingga ke jannah.

TAMAT