PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, 12 April 2015

Sedapnya Ikan Duri Masin Ibu..!


Sedapnya Ikan Duri Masin ibu…!


Sarah termenung panjang di atas tangga.Matanya ralit memandang ke arah jalan.Sejak anak-anaknya ke sekolah awal pagi tadi,sampailah jam menginjak ke angka lapan pagi, dia masih kekal di situ.Sesekali dia mengeluh panjang.

Sudah limabulan arwah suaminya pergi meninggalkan dirinya, Amanina dan Aiman.Walaupun rasa sedih masih berbaki, dia harus kuat.Baginya hidup harus diteruskan.Tambah-tambah lagi bila memikirkan kehidupan anak istimewanya Aiman.

 

Jika dilihat keadaan fizikal Aiman,pasti ramai tidak menyangka bahawa anak itu mengalami masalah.Tapi jika yang sudah mengenali, akan tahu apa yang menjadikan kanak-kanak itumendapat gelaran kanak-kanak istimewa.

 

Sebenarnya Aiman dan Amanina adalah sepasang kembar.Oleh kerana Aiman mengalami kesukaran ketika dilahirkan, dia lemas dalam kandungan dan akhirnya sistem sarafnya menjadi rosak dan kesan dari itu perkembangan otaknya sedikit terencat.Berbeza dengan Amanina.Nasib baiklah Amanina tidak begitu.Pada Amaninalah dia berharap agar dapat menjaga Aiman andai satu hari nanti dia sudah tiada.

 

Sarah bersyukur kerana hidupnya masih ditemani dengan Amanina dan Aiman.Padanya, anak-anak adalah segala-galanya.Tanpa mereka,pasti dia tidakdapat meneruskan kehidupan seperti sekarang.

 

Sarah mengeluh berat.Kepalanya ditongkatkan dengan tangan kanannya.Pening kepalanya memikirkan masa depannya.Sejak kematian suami, hidupnya jadi tak terurus.Memandangkan duit perbelanjaan semakin berkurangan,Sarah mula mencari-cari punca pendapatan lain.Nak harapkan elaun khas sekolah anaknya, dia yakin memang tidak cukup.Tambah-tambah lagi elaun itu memang hanya diperutukan untuk perbelanjaan sekolah Aiman sahaja.Lagi pula elaun itu hanya boleh dikeluarkan sekali sahaja dalam dua bulan.

Pernahjuga terfikir di fikiran mahu membuat kuih dan diletakkan di kedai makan Kak Minah.Tapi hatinya jadi serba salah kerana sudah ramai orang kampong yang berbuat demikian.Takut juga kalau dikatakan menyekat rezeki orang.

 

Nasib baiklah arwah suaminya ada meninggalkan sedikit harta.Sebuah rumah dan tanah yang tak seberapa itulah yang menjadikan dia boleh bertahan tinggal di rumah itu.Jika tidak sudah lama dia membawa anak-anaknya tinggalkan kampong arwah suaminya itu dan berhijrah ke bandar.

 

Dengan menternak ayam dan menanam sayur-sayuran, dapatlah dia sedikit pendapatan untuk mereka anak beranak.Namun, itu tidak cukup. Jika setakat hasil jualan tidak sampai rm100, apalah yang dia boleh dia buat! Bil elektrik, air dan telefon juga perlu difikir beratkan.

 

Setiap hari penat dia berfikir mahu menyiapkan juadah untuk makanan anak-anaknya.Tidak sanggup dia melihat anak-anaknya makan nasi hanya dengan berlaukkan telur goring sahaja.Kadang-kadang gulai telur rebus. Tidakpun telur dadar goring. Semuanya telur.Kalau ada duit lebih barulah dia berpeluang membeli udang, sotong, daging, ayam dan ikan yang sedap-sedap.Itupun jarang sangat perkara itu berlaku.Jika berlaku pun mungkin sebulan sekali.

 

“Nina rasa muka Nina ni dah bulat macam telur ayam pulak.”Rungut Amanina satu hari.

 

Sarah tersenyum hambar.Dia tahu rungukan dari Amanina itu sekadar mahu bergurau. Namun jauh disudut hati anakperempuannya itu dia faham apa yang tersirat. Ingin dimasak masakan yang sedap-sedap tapi dia tidak mampu. Jika dengan arwah suaminyadulu, cakap saja apa yang nak dimakan, pasti arwah suaminya usaha mencari.

 

Selesai mengemas rumah, Sarah mula melangkah ke dapur.Melihatkan nasi goring yang masih bersisa milik Aiman tadi, dia menjadi sayu.Kasihan sungguh dengan nasib Aiman. Dia tahu Aiman tidak pernah merungut namun dia tahu anaknya ituturut sama seperti Amanina.

 

“Sarah…oh Sarah..!” Laung satu suara dari pintu dapur.

Sarah melangkah pantas setelah yakin siapa empunya suara.

“Eh Kak Jiha! Masuklah..”

“Tak apalah. Akak nak cepat ni. Nak ke pekan kejap.”

“Apa halnya ni..?”

“Ni..akak nak kasi dekat kau. Ikan duri masin dari Kuala Kurau. Adik akak datang semalam bawak ikan masin ni. Dia kata mertuanya sekarang bisnes ikan masin. Ambillah..!” Ujar Kak Jiha sambil menghulurkan bungkusan sederhana besar itu pada Sarah.

“Banyak sangat ni akak..!”Ujar Sarah sambil membelek-belek bungkusan plastik yang berwarna kuning.Dalam pengiraannya mungkin seberat satu kilogram.

“Memang banyak pun. Dia bagi kat akak sekotak. Orang kat rumah akak tu bukan pandang sangat ikan masin ni. Maklumlah..bidak-budak bukan gemar sangat ikan macam ni. Dekat rumahtu akak dengan abang Mail je makan.”

“Terima kasih banyak-banyak akak. Aiman suka ikan ni.”

“Tulah..! akak ingat dekat Aimanlah ni..” Ujar Kak Jiha lagi sambil tersenyum manis.

 

Selepas Kak Jiha pulang, Sarah segera mengeluarkan dua keping ikan masin. Dipotong memanjang seperti tempe lalu dicuci bersih. Selepas itu di rendam pula dalam air selama dua atau tiga jam.Dia tahu, bukan sahaja anak-anak Kak Jiha tidak gemarkan ikan masin malah anaknya Amanina juga turut begitu. Namun dia ada cara untuk mengurangkan kendungan garam pada ikan masin itu. Caranya ialah dengan merendamkan ikan-ikan itu dalam tempoh yang lama sebelum menggoreng.

 

Sementara menanti proses nyah garam, Sarah keluar ke belakang rumahnya. Melihat pucuk paku yang sudah lama tidak dikutip, dia jadi teruja.Dia yakin pasti hari ini selera makan anaknya bertambah.

 

Dua cekak pucuk paku dia rasa cukuplah untuk mereka anak beranak.Dipungut juga sebiji kelapa.Sebelum itu sempat lagi dia mengambil sehelai daun kunyit serta sebatang serai dan mengutip beberapa biji cili padi.Itulah untungnya berbudi pada tanah.Sarah tidak perlu dapatkan bahan-bahan itu di kedai kerana semuanya sudah ada di rumahnya.

 

Kelapa dikupas dan dibelah dua.Dan tanpa berlengah lagi, kelapa itu dimesin.Kelapa parut itu diperah hingga mendapat dua mangkuk santan pekat.Satu pati santan dan satu lagi santan cair.

 

Pucuk paku dibersihkan terlebih dahulu sebelum patah-patahkan.Dibersihkan sekali lagi dan ditoskan hingga airnya sejat. Sebiji bawang besar dan dua ilas bawang putih serta sepiring ikan bilis yang siap dikopek dan dibersihkan ditumbuk dengan lima biji cili padi dan sedikit serbuk kunyit hingga lumat.

 

Kemudian bahan-bahan tumbuk itu ditumis dalam kuali yang dipanaskan dengan sedikit minyak.Setelah naik bau, semangkuk santan yang cair dimasukkan terlebih dahulu.Serai diketuk lalu di masukkan ke dalam bahan yang siap ditumis tadi sekali dengan sehelai daun kunyit yang sudah dikoyak-koyak halus.

 

Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pucuk paku tadi dan dikacau rata.Bila pucuk paku tadi kelihatan sedikit layu, dimasukkan pula santan pekat.Dimasukkan juga garam dan sedikit serbuk secukup rasa. Apabila mendidih, api ditutup. Tersenyum Sarah melihat masaklemak pucuk pakunya siap masak.

 

Sarah mengerling sedetik ke arah jam dinding. Wah..! cepat benar masa berlalu. Tup-tup jam sudah ke pukul dua belastengah  tengahari. Sebentar lagi anak-anaknya pasti tiba dari sekolah.

 

Cepat-cepat Sarah mengeluarkan ikan masin yang sudah direndam tadi.Ditoskan sehingga ikan tadi benar-benar sejat.Kemudian dimasukkan pula dua sudu tepung gandum dan dilambung-lambungkan agar semua kepingan ikan masin tadi tersalut dengan tepung. Sarah tidak perlu menggaulkan dengan tangan kerana yakin, pasti tepung-tepung tadi akan melekat di jarinya.

 

Diambil pula sebiji bawang besar dan dua tangkai cili kering.Bawang besar dipotong dadu sementara cabai kering dipotong pendek-pendek.

 

Minyak dipanaskan lalu dia mula menggoreng semua kepingan-kepingan ikan masin tadi. Dibalik-balikkan agar masak sama rata. Apabila dilihat ikan masin tadi sudah mula keperangan, bawang besar dan cili kering tadi dimasukkan sekali ke dalam gorengan ikan masin tadi.Dibalik-balikkan agar aroma bawang dan cabai kering tadi sebati dengan ikan masin. Seminit kemudian diangkat dan ditoskan

 

Bunyi deruan  motosikal abang iparnya tiba-tiba kedengaran dari luar rumah. Dia tahu pasti anak-anaknya sudah kembali dari sekolah.Hanya pada abang iparnya itu sajalah dia berharap boleh menghantar anak-anaknya ke sekolah.Jika tidak, pasti dia terpaksa mencari orang yang sanggup.Dia faham statusnya sekarang.Sudah pasti ada yang memandang serong pada dirinya.

 

“Wah..! Ibu masak apa hari ni? Sedapnya bau. Sampai depan Nina dapat bau masakan ibu. Pakngah pun puji.” Sergah Amanina teruja selepas memberisalam.

 

“Ibu goreng ikan masin je.”Ujar Sarah lalu menghulurkan ikan masin yang siap digoreng tadi.

 

“Tipulah!Ni macam ayam goreng je. Tapi..Huuumm! yelah bau ikan masin.” Diambil satu dan cuba merasa. “Emmmm…rangupnya! Tak masin pun..!”

 

Sarah tersenyum melihat telatah Amanina. Dikalih pula melihat Aiman masih tercegat depan pintu dapur.

 

“Dahlah!Bawa adik masuk bilik salin baju.Lepas tu turun makan.”Pesan Sarah lagi.

 

Lima minit kemudian, kedengaran derapan langkah kaki anak-anaknya berlari kearah dapur untuk makan tengahari.Melihat keterujaan Amanina dan Aiman, Sarah jadi terhibur.

 

Emmmm..dapnya kan acin ibu..!”

 



Mengekek-ngekek Amanina dan Sarah mendengar komen dari Aiman.Sarah lega untuk hari ini. Esok-esok akan diikhtiarkan untuk hidangan anak-anaknya. Apa yang difikirkan sekarang, adalah memberi yang terbaik untuk anak-anaknya sebelum dia menutup mata.






Ikan Duri Masin Rangup

 

2 keping ikan masin duri- Dipotong panjang seperti tempe.

                                            -Dibersihkan dan direndam selama 2-3 ja.

2 sudu tepung gandum

Sebiji bawang besar – Dipotong dadu

2 tangkai cili kering – Dipotong pendek-pendek.

Minyak untuk menggoreng ikan.

 

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

 

2 ikat pucuk paku- Dibersihkan dan dipatah-patahkan.

Semangkuk santan cair dan Semangkuk santan pekat- Diperah dari sebiji kelapa

Sebiji bawang besar- Ditumbuk

2 ulas bawang putih- Ditumbuk

5 biji cili padi- Ditumbuk

Ikan bilis- Kuantiti ikut suka- Ditumbuk

Sedikit serbuk kunyit- Masuk sekali dalam bahan tumbuk.

Sebatang serai- Diketuk

Sehelai daun kunyit- Diracik-racik kasar

Garam secukup rasa


Saturday, 11 April 2015

Bubur Yang Colourfull tu..!


     Zamir memang bencikan makanan yang manis. Terutamanya jenis bubur. Sejak kecil, jika ibunya menghidangkan masakan bubur manis, dia pasti merajuk tak mahu makan. Namun dia memang gemarkan bubur lambuk.

 

     Kini Zamir sudah dewasa. Sudah berumahtangga pun. Itupun usaha dari keluarga. Jika nak diharapkan dia yang mencari jodoh, alamatnya sampai mati dia akan membujang.

 

     Puas jugalah orang tuanya memujuk. Tak makan dengan pujuk, akhirnya ibu bapanya yang merajuk. Kerana tidak sanggup melihat telatah orang tuanya, akhirnya dia akur. Tambah-tambah lagi dia tidak sanggup digelar anak derhaka. Mengenangkan pula nasib bakal isterinya sebatang kara, dia cepat rasa simpati.

 

     Lima bulan berumahtangga, isterinya Aisya Zarra cuba mengambil hati dengan masakan. Dia lega kerana Zamir boleh terima  apa  yang dihidangkan. Itupun selepas pengalaman pertama melihat wajah rajuk Zamir selepas dia menyediakan bubur kacang untuk makan petang. Puas jugalah dia memujuk agar dirinya dimaafkan. Sejak itu dia tahu apa yang menjadi kesukaan dan apa yang tidak suka oleh suaminya.

 

     Satu hari Zamir demam panas. Dia hilang selera makan. Dek kerana itu, Zamir terpaksa ditahan di hospital. Pada hari pertama di hospital, Aisya  Zarra membekalkan bubur lambuk kerana hanya bubur itu yang menjadi kegemaran suaminya. Namun dia hairan kerana masakan itu hanya dipandang sebelah mata saja oleh suaminya.

 

     Aisya Zarra cuba pula membeli bubur nasi dari McDonald, tapi Zamir masih tetap begitu. Oleh kerana simpati melihat bibir suaminya sudah mula pecah-pecah kerana kering, dia menyapukan madu dibibir suaminya agar kering dan rasa pedih di bibir dapat dikurangkan.

 

     “Abang makanlah sikit. Kalau abang tak makan, macam mana nak baik. Tengok bibir tu, dah kering pecah-pecah. Mesti sakit!” Pujuk Aisya Zarra lembut.

 

     “Abang tak ada seleralah. Tapi abang nak tahu, Zara suap apa dekat abang semalam? Tiba-tiba rasa sedap pulak.”

 

     Aisya Zarra cuba mengingati apa yang berlaku semalam. Rasanya dia tidak menyuap apa-apa pada suaminya kerana suaminya memang menolak segala makanan yang dibawa. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Aisya mula rasa bersalah. Takut juga dia mahu berterus terang kerana tahu Zamir tidak sukakan sesuatu yang manis. Namun bila ingat balik apa yang suaminya katakan sebentar tadi, dia cuba berterus terang. Harapannya agar suaminya dapat terima.

 

     “Sebenarnya..Zarra..Zarra tengok bibir abang pecah-pecah, so, Zarra pun sapulah madu sikit dekat bibir abang tu.” Jelas Aisya Zarra lambat-lambat.

 

     Zamir mula menjilat-jilat bibirnya. Dia tersenyum nipis setelah dapat merasa kemanisan di bibirnya.

 

     “Madu? Mmm..manis tapi sedap. Err..Boleh tak Zarra tolong masakkan abang bubur yang colourfull tu?” Tiba-tiba disuarakan niat hatinya. Sejak dia melihat salah seorang pesakit di sebelah katilnya memakan bubur itu, dia rasa teringin.

 

     “Bubur colourfull? Bubur apa ek? Zarra tak pernah dengar pulak.” Tanya Aisya Zarra sambil berkerut wajah. Sambil itu otaknya ligat berikir.

 

     “Alah..yang ada warna putih, hijau, merah, kuning tu.. Rupanya macam..entahlah! abang pun tak tak tahu nak cakap.”

 

     “Bubur caca kot!” Sergah Aisya Zarra selepas beberapa detik berfikir.

 

     “Entahlah! Abang pun tak tahu.”

 

     Aisya Zarra pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lantas laman google dibuka. Selepas mendapat apa yang dicari, disuakan pada Zamir yang sedang terbaring.

 

     “Abang maksudkan yang ni ke?”

 

     “Ha..yang nilah..! Zarra buatkan ek.”

 

      “Abang kan tak suka benda  manis. Tiba-tiba je nak makan, pelik pulak Zarra tengok abang ni.” Sindir Aisya Zarra sambil tersenyum. Sebelum ini menanah jugalah telinganya dengan ceramah free Zamir jika dia menyediakan masakan yang manis.  Minuman pun Zamir melarang penggunaan gula yang berlebihan. Takut sangat kalau dapat penyakit yang bahaya seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Nasib baiklah wajah Zamir nampak manis.

 

     “Yelah! Nanti Zarra balik, Zarra buatkan. Malam nanti Zarra bawa dekat abang okey..” Sambung Aisya Zarra setelah Zamir hanya membisu.

 

     Di rumah Zara pantas menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Beras Caca yang dibeli di supermarket tadi segera dimasukkan dalam periuk dan mula mencuci seperti membasuh beras. Beras Caca itu direbus terlebih dahulu sehingga separuh masak. Untuk  nampak lebih menarik, Zarra masukkan sedikit jagung yang telah dihiris nipis.

 

     Kemudian dimasukkan pula santan cair, susu, gula dan sedikit garam. Untuk mewangikan bubur, Zarra masukkan pula sehelai daun pandan dan dikacau hingga masak. Dimasukkan pula sagu. Apabila caca sudah mula kembang elok, dimasukkan pula santan pekat dan kacau lagi hingga mendidih.

 

     Malam itu Zamir berselera sekali menjamu selera. Aisya Zarra lega dan gembira melihat perubahan suaminya. Dia yakin, esok suaminya pasti dibenarkan pulang selepas tiga hari menjadi penghuni hospital. Dalam hatinya mengharapkan suaminya sihat selalu kerana baginya tiada istimewa dalam hidupnya selain Zamir sebagai suami.

 

Bubur caca

 

Bahan-bahan:

Untuk sepuluh orang..

 

200gm beras caca- dibersihkan dan direbus hingga separuh masak.

Setongkol jagung mentah- Dihiris dan dimasukkan kedalam caca yang sedang direbus.

100gm sagu- dibersihkan hingga kembang.

Sebiji kelapa- Ambil semangkuk pati santan dan semangkuk santan cair.

½  cawan susu pekat

1 senduk gula pasir..Kalau yg sukakan gula merah, boleh aje kalau nak..

Sedikit garam dan sehelai daun pandan.





 

Bubur lambuk

 

Bahan-bahan A:

2 genggam beras- Beras jenis apa pun takpe..

Seketul halia sebesar 4cm- boleh dihiris halus atau diketuk sahaja.

Sebatang serai

1 sudu lada hitam- Nk tumbuk hancur pun boleh..

2 kuntum Bunga lawang

Sebatang Kayu manis

2 ketul Kiub pati ayam

100 gm daging ayam-dihiris nipis. Nak kisar halus pun boleh..

100 gm isi ayam-dipotong sebesar ibu jari. Nak kisar pun boleh..

100 gm udang hidup. Kalau nak gunakan udang kering pun boleh…lg sodap..!

100 gm lobak masin- dipotong kecil2.

½ biji Lobak merah- dipotong dadu.

 

Bahan-bahan B:

2 tangkai daun sup

2 tangkai daun bawang

5 biji bawang merah(kecil)- dihiris nipis.

Bawang goreng

 

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan A ke dalam beras yang sedang dimasak. Masukkan air hingga penuh paras beras. Masak lagi hingga beras benar-benar hancur dan naik bau wangi. Masukkan garam secukup rasa.

Apabila bubur masak, perlahankan api, masukkan hirisan daun bawang dan daun sup dan tutup periuk.

Bawang merah yang dihiris nipis digoreng dengan sedikit minyak. Bila bawang sudah keperangan, tuangkan kedalam periuk nasi tadi dan periuk ditutup semula. Jangan kacau nasi. Biarkan saja.. Proses ini dipanggil sebagai “tumis darat”.

Semasa nak hidangkan, kacau nasi sebelum disendukkan.

Tabur bawang goreng dan hirisan daun bawang  serta daun bawang sup. Kalau nak rasa pedas boleh juga taburkan serbuk lada hitam dan hurisan cabai merah.

 

Tip saya

Halia- saya lebih suka ketuk2 bagi pecah sikit2 je..

Lada hitam plak saya lebih suka boh sebiji2 sbb bila makan boleh kunyah lada hitam tu. Baru kaw!

Antara udang hidup dengan udang kering, saya lebih sukakan udang hidup sebab udang kering baunya kuat sangat. Lagipun udang kering rasanya masin.

Dalam resepi ni yang menjadikan lebih sedap adalah bawang goreng yang ditumis darat.


CUBALAH…!

Bila Caqngah Dz Terasa Lapo..

Kisah di Balik Masakan

 

 Di balik masakan yang kita sajikan, pasti ada cerita.

Bosan juga kalau asyik tulis novel yang panjang-panjang tu.

So..hari ni saya nak tulis cerita pendek pulak.

Yang bestnya cerita pendek saya ni adalah berkisahkan tentang resepi masakan.

Jadi..pada siapa yang berminat dengan resepi saya,

cuba2lah masak.

Terus terang saya katakan...

yang resepi dalam cerita yang saya tuliskan ni adalah resepi dan cara saya sendiri.

Kalau ada persamaan, itu kebetulan sahaja..

Saya memang suka baca dan tulis resepi tapi saya lebih suka masak dengan cara saya.

Tak suka nak tiru2.

Tapi cerita2 yang saya tuliskan ni hanyalah rekaan semata-mata.

Ada juga dari kisah benar saya sendiri tapi tak banyak la..

Ada la dalam satu dua cerita je..

 

Namun

resepi tanpa cerita yang terdapat dalam halaman ni kebanyakannya saya copy

dari laman2 lain.

Sekadar nak buat koleksi je..

Sebelum ni tulis resepi dalam buku.

Sekarang dah malas nak menulis dalam buku sebab buku saya anak2 ambil koyak buat

kapal terbang. Huhuhu…

 

Jadi..

Sebagai wanita, isteri dan ibu..

Wajiblah kita penuhi ilmu kita dengan pelbagai masakan.



Tak rugi pun…