PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 21 December 2014

BAB 33 Kata Hati Tak Terkata

BAB 33
 “AWAK ada masalah ke, Adib? Sejak tadi awak diam je. Saya ada buat salah ke?” Tanya Madiha lembut. Risau juga kerana dengan tiba-tiba Adib Mirza sedikit berubah. Seminggu tidak memandang wajah kacak itu, hatinya tidak tenteram. Mula tadi dia menolak pelawaan Adib Mirza untuk makan malam walaupun sebenarnya dia memang ingin bersua muka dengan lelaki itu. Melihat kesungguhan Adib Mirza, akhirnya dia bersetuju sambil  melompat riang. Paling memalukan bila riaksi luar kawalannya disaksikan oleh kedua orang tuanya.

Takde apalah. Saya okey. Cuma penat sikit.” Baru petang tadi dia baru sampai dari Tanjung Malim. Projeknya yang sudah hampir siap, buat dia sentiasa sibuk dan tak hairanlah kalau dia kelihatan letih tak bermaya. Bila sampai ke Bandar JB, insan pertama yang mahu dia jumpa ialah Madiha. Dan dek kerana rasa rindu yang menggunung, dipaksa juga gadis itu menemuinya walaupun gadis itu berkali-kali menolak.

“Kalau tak pergi sana lagi, tak boleh ke?” Tanya Madiha lembut. Wajah Adib Mirza dipandang penuh harapan.

“Mana boleh.. Projek tu adalah yang pertama saya kendalikan sendiri. Tambah pulak inilah satu-satunya projek saya yang paling jauh pernah saya uruskan. Bukan senang dari selatan nak ke utara.”

“Tak boleh hantar orang awak ke yang pergi tengok projek tu?”

“Kenapa? Awak risaukan saya ek? Ke..awak rindu?”

Madiha kalut mengacau jus mangganya untuk menutup rasa debar. Menjeleng tajam dia pada Adib Mirza setelah sedar senyuman nakal di bibir lelaki itu masih terukir.

“Malaslah nak rindu-rindu dekat orang tu. Buang masa je.! Banyak lagi kerja saya yang nak saya buat dari fikirkan awak. Galeri saya..lukisan-lukisan saya..”

“Oh..macam tu ek? Takpe..kita tengok nanti macam mana.”

“Tengok apa?”

“Adalah..!” Balas Adib Mirza tersenyum sinis.

Madiha tersenyum sinis mendengar ugutan Adib Mirza. Jika sebelum ini hatinya kosong tanpa teman selepas kematian suaminya selepas sejam berlangsungnya majlis akad nikah. Namun selepas kehadiran Adib Mirza, dia mula rasa hidupnya kembali terisi.

“Minggu depan saya kena pergi lagi ke sana.” Ujar Adib Mirza setelah sama-sama membisu. Niat sebenar mahu menguji perasaan orang di hadapannya.

Madiha tersentak. Suapannya nasi ke mulutnya terhenti. Namun tidak sesekali dia panggugkan kepala memandang Adib Mirza. Disabarkan hati. Malu jika lelaki itu tahu kegelisahannya. Sudu dan garpu yang dipegang hanya dikuis-kuis saja makanan di hadapannya. Hilang sejenak seleranya.

“Berapa hari?” Tanya Madiha sambil menunduk. Sekali dipandang Adib Mirza di hadapannya.

“Sebulan.”

What???” Hampir-hampir terlepas sudu yang dipegang. Hendak tersembul biji matanya memandang Adib Mirza. Setelah menyedari tingkahnya menjadi bahan gelak tawa Adib Mirza, dia mula rasa malu menebal. Bibirnya diketap rapat.

“See..! Kan saya dah kata..!” Ujar Adib Mirza tersenyum manis. Bahagia dirasa setelah taktiknya berjaya.

“Kata apa?” Madiha masih berteka teki.

“Taknak mengaku lagi?” Adib Mirza bagai tercabar.

What?” Soal Madiha serius. Dicuba menutup rasa gugupnya.

“You miss me, right?” Jawab Adib Mirza yakin. Mungkin inilah masanya dia meluahkan rasa pada gadis yang telah berjaya menggantikan tempat Zara.

Nope!” Perlahan tapi tegas suara Madiha kedengaran.

Yes!” Adib Mirza tidak mahu mengalah.

Nope!” Madiha tetap dengan keputusannya. Malu jika apa yang dirasa selama beberapa bulan mengenali lelaki itu terbongkar. Masih awal jika dia mahu berterus terang.

Nope!” Adib Mirza memasang jerat.

Yes!” Akhirnya Madiha terdiam kerana kesilapannya. Malu kerana jerat Adib Mirza terkena.
Terbahak-bahak Adib Mirza dapat mengenakan Madiha. Lantas wajah blusher Madiha ditatap tepat hingga Madiha tertunduk malu.

“Awak!” Panggil Adib Mirza lembut.

Tergamam Madiha setelah Adib Mirza menghulurkan kotak baldu kecil berwarna merah di hadapannya. Tidak sangka apa yang diharapkan benar-benar menjadi kenyataan.

“Terimalah saya.” Bisik Adib Mirza.

Madiha sebak. Nasib baik di situ tidak ramai orang. Dan kerana rasa sebak yang tak dapat ditahan lagi, gugur juga air jernih ke pipi lembutnya.

“Saya tahu awak mungkin masih ingat pada arwah suami awak. Tak salahkan kalau saya menjadi pengganti arwah.? Saya yakin arwah suami awak pun mesti nak lihat awak bahagia.” 

Selepas mengetahui yang Madiha merupakan seorang janda kematian suami, dia agak terkejut pada mulanya. Selepas mengetahui kisah sebenar, makin rasa sayang pada si gadis. Dan sejak itu dia nekad mahu membahagiakan Madiha walau apa cara sekali pun meskipun lewat meluahkan perasaan sebenarnya.

Madiha diam kelu bahasa. Sambil tersenyum dia mengangguk laju. Mungkin sudah tiba masanya dia melupakan terus arwah suaminya seperti yang orang tuanya harapkan selama tiga tahun bergelar janda. Kerana gelaran itulah dia sentiasa bersikap berhati-hati dalam pergaulan. Dan kerana gelaran itu jugalah dia banyak menolak ramai yang cuba mendekatinya. Tapi apakan daya, mungkin sudah tersurat jodohnya dengan Adib Mirza, maka kehadiran lelaki itu tak dapat dielak.

Thank, sayang! Terima kasih kerana terima saya. Nanti saya datang bincang dengan keluarga awak.”

“Eh, awak! Tak cepat sangat ke?”

“Saya dah berumur tiga puluh enam tahun. Dah layak bergelar bapa. Saya takut kulit saya berkedut, awak cari yang lain. Awak tak apalah. Baru dua puluh lima. Kulit masih cantik. Kalau masuk rancangan dewi remaja pun mesti menang juara.”

Terkekeh-kekeh Madiha ketawa dengan ulasan Adib Mirza.

“Sekarang awak bagitahu saya, bila saya boleh jumpa keluarga awak?”

Ermm..hujung minggu ni, awak free?”

“Akan segera diusahakan.” Lantas dikeluarkan telefon bimbitnya. Nama Aqil Muaz dicari. Baginya kegembiraan itu hanya patut dikongsi dengan orang yang benar-benar memahaminya saja.

“Awak nak call siapa tu.”

“orang yang paling saya sayang. Dialah jantung hati saya, dialah racun dan dialah penawar saya.”

Madiha angkat kening. Kurang faham dengan penerangan Adib Mirza.

Adib Mirza tersenyum. Faham apa yang bergolak dalam fikiran Madiha. Lalu loud speaker dihidupkan setelah panggilannya bersambung.

“Qil tengah right buku sekolah budak-budak ni. Ada apa-apa ke bang?” Kalut Aqil Muaz menjawab selepas menjawab salam Adib Mirza.

“Abang nak kawin.” Adib tidak mahu lagi berselindung sambil bermain teka teki.

Serius?? Wah..senyap-senyap dia ek! Tak kasi tahu pun dah ada buah hati..!”

“Kan abang dah cakap hari tu abang tengah bahagia sekarang ni..”

“Siapa bang?”

“Zara!”

What?? Apa ni bang..? Hari tu cakap lain. Ni cakap lain.!” Suara Aqil Muaz sudah mula menjauh.

Adib Mirza tergelak besar. Melihat wajah Madiha berkerut-kerut, lagilah tawanya terburai selambak lambak. Adib Mirza isyratkan pada Madiha agar memberi salam dan memperkenalkan diri pada Aqil Muaz.

“Assalamualaikum Aqil Muaz."

"Alaikumsalam..siapa ni?"

"Saya Puteri Zara Madiha. Boleh tak saya jadi kakak ipar awak?” Tanya Madiha gugup sambil tersenyum malu. Melihat Adib Mirza tersenyum-senyum, lagilah buat dia tak senang hati.

Err..siapa tu bang? Lembutnya suara.”

“Kan dia dah cakap tadi. Tulah Zara abang. Bakal kakak ipar Qil. Percaya? Tak percaya, Qil kena jugak percaya.”

“Tahniah bang! Mama dah tahu?”

“Mama dah tahu fasal Madiha, tapi belum tahu fasal ni. Nanti-nantilah! Abang yakin mama okey. Dia pun abang tengok dah banyak berubah selepas kemalangan hari tu. Lagipun abang nak Qil jadi orang pertama yang tahu hal ni.”

“Alhamdulillah..! Qil happy kalau abang happy. Okeylah bang. Kerja Qil banyak tak siap lagi ni. Tak fasal-fasal buku budak-budak ni tak disemak.”

Okey! Tunggu abang. Nanti abang tolong semakkan. Abang balik rumah Qil malam ni. Ada sesuatu yang abang nak bincangkan.” Memang selalu itulah kerjanya jika datang ke rumah Aqil Muaz. Kadang-kadang dia sendiri yang menjadi guru tuesyen jika ada anak murid Aqil Muaz datang belajar di rumah. Dan sudah pastinya hanya pelajar lelaki saja yang dibenarkan.

Talian ditamatkan selepas memberi salam. Madiha juga tidak ketinggalan mengucapkan salam pada Aqil Muaz.

“Sayang betul awak dekat adik awak  ek?”

“Dialah segala-galanya dalam hdup saya. Dia sanggup korbankan segala-galanya termasuk nyawanya sekali kerana saya.”

“Adik awak cikgu? Kenapa dia tak macam awak?”

“Nantilah! Saya akan ceritakan segala-galanya pada awak nanti. Masa tu awak akan tahu kenapa saya dan dia mempunyai perasaan yang sama. Saling memerlukan!”

“Lain macam je saya dengar.!” Ujar Madiha pelik. Wajah Adib Mirza dipandang dengan seribu persoalan.

Adib Mirza menutup mulutnya  sedikit dengan telapak tangannya sambil mendekatkan kepalanya ke arah Madiha. “Awak jangan fikir negetif. Dan awak jagan risau. Saya lelaki tulen dan masih teruna.” Bisik Adib Mirza.

Madiha menahan tawanya terhambur keluar. Melihat gaya Adib Mirza, hatinya digeletek lucu.

“Sekarang saya nak call lagi seorang. Kali ni awak jangan terkejut.”

“Kenapa?” Tanya Madiha hairan.

“Sebab dia seorang gadis cantik, cun tapi tak secantik awak.” Ujar Adib Mirza lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja agar Madiha dapat mendengar setiap bait kata yang keluar dari bibirnya dan Zara.

Madiha sudah buat muka tak puas hati. Apa-apa pun dia harus bersabar.

“Waalaikummussalam…awak! Apa hal ni? Dah lama tak dengar berita. Awak dah lupakan saya ek? Tak rindukan saya? Awak sihat? Saya rindu sangat dekat awak.” Suara manja Zara di hujung talian mula bergema.

Adib Mirza tergelak lucu melihat wajah tidak puas hati Madiha.

“Saya sihat Zara. Saya pun rindu sangat! Mana ada pernah lupakan awak. Saya nak kenalkan awak dengan seseorang. Awak nak tak?”

“Taknaklah! Yang ada pun macam tak sudi je!” Suara Zara kedengaran rajuk.

Makin galak Adib Mirza melihat Madiha gelisah tak senang duduk. Lalu dipaksa agar Madiha memberi salam dan perkenalkan diri. Pada mulanya Madiha agak keberatan, tetapi setelah didesak, akhirnya dia terpaksa mengalah.

“Assalamualaikum..!”

“Waalaikummussalam..! Waw! Suara siapa yang merdu bak buluh perindu tu awak..? Tegak bulu kaki saya.” Kata Zata teruja.

Adib Mirza ketawa lucu. Begitu juga Madiha yang tadi bersikap serius sudah mula menyimpul senyuman manis.

“Saya Puteri Zara Madiha.”

“Eh..nama kita samalah..! Cuma saya takde puteri. Siapa ni? Awak anak raja ek?” Zara teruja ingin tahu.

“Taklah..! Orang biasa. Puteri tu cuma nak sedapkan aje..!” Ulas Madiha lalu ketawa kecil.

“Bakal biras awak.” Sampuk Adib Mirza.

Really? Wah..senyap-senyap awak ek. Tapi impian awak nak saya jadi biras puteri awak tu, tinggal angan-angan sajalah..” Sayu suara Zara kedengaran.

“Kenapa cakap macam tu?” Tanya Adib Mirza lemah.

“Dahlah! Malas saya cakap hal ni. Nanti saya nangis, banjir pulak taman perumahan saya ni. Tak fasal-fasal tak mengajar saya esok. Apa-apa pun saya ucap tahniah! Nanti hantar kad tau! Saya nak kad yang wangi je. Besar…punye..!” Ujar Zara lagi lalu menghamburkan tawa yang kuat.

“Okey..bye..!” Ucap Adib Mirza sambil ketawa lucu. Senang hatinya mendengar suara ceria Zara.
Talian ditamatkan. Adib Mirza tersenyum lebar melihat wajah Madiha tidak lagi cemerut seperti tadi.

“Itu bakal adik ipar saya. Dia pun cikgu macam adik saya. Tapi mereka mengajar sekolah berbeza. Dia nyaris-nyaris jadi tunang saya selepas adik saya korbankan cintanya semata-mata mahu saya bahagia setelah tahu saya pun ada hati pada kekasih dia. Selepas saya tahu kebenaran, saya lepaskan Zara. Lagipun saya tahu dia masih harapkan adik saya. Kesan daripada tu, sampai sekarang mereka masih terpisah. Misi saya sekarang ialah mahu satukan mereka.”

“Kejap-kejap! Awak kata awak ada hati pada kekasih adik awak.? Sekarang?”

Adib Mirza tersenyum. Dalam hati sudah tergelak lucu dengan sikap Madiha. Kuat cemburu rupanya..!

“Sekarang hati saya sudah direntap hebat oleh seorang puteri. Bukan lagi Zara Madiha, yang terang-terang milik sebenar Aqil Muaz.”

.Madiha tersenyum malu. Melalui pengkuan Adib Mirza, dia yakin lelaki itu jujur. Lega sikit hatinya mendengar penjelasan Adib Mirza.

No comments: