PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Showing posts with label Selipar Jepun. Show all posts
Showing posts with label Selipar Jepun. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

PROLOG SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

PROLOG
AKU tersenyum nakal sambil merenung manja pada Arie yang sedang  melangkah ke arah aku. Sesekali biarlah aku pulak yang mengusik dia. Rasa nak tergelak melihat Arie jadi gugup. Bukan aku tak perasan bila halqumnya bergerak-gerak tanda dia menelan liur berdeguk-deguk.

“Kenapa tengok abang macam tu?”

“Kenapa? Tak boleh?” Aku tanya dia balik sambil tersenyum nakal.

“Bukan tak boleh, cuma abang malu.”

Pooodahh! Malu konon..! Ajak orang kawin tak malu!” Tempelak aku geram sambil melemparkan bantak kecil ke arahnya. Mengekek-ngekek Arie ketawa.

“Kawin tu satu ibadat. Nak buat ibadat tak boleh malu-malu. Ada ganjarannya tau!” Arie beri alasan sambil tersenyum nakal. Aku beri jelingan geram bila dengar pendapat Arie.

“Atee ada satu rahsia nak bagi tahu abang” Aku ubah tajuk perbualan. Tak sanggup nak berbual hal yang satu tu. Malu wei..

“Apa dia?” Arie tanya seperti tidak sabar.

“Sebelum tu Atee nak abang terus terang. Betul tak masa abang dan Asri mula masuk kerja dulu, abang dan dia ada buat satu pertaruhan?” Aku tengok Arie dah terkejut beruk sambil menahan tawa. Sah, betullah tu!

“Abang minta maaf okey..! Abang mengaku memang abang ada buat pertaruhan dengan Asri. Terus terang abang cakap yang abang memang dah jatuh hati pada Atee sebelum tu.”

“Asri pun ada hati pada Atee jugak ke?” Aku senyum lebar bila Arie mengangguk lemah. Maknanya aku tak bertepuk sebelah tangan. Hahaha..!jangan risau suamiku. Awak tetap dalam hati!

“Abang yakin abang yang menang?” Aku tanya tanpa memperdulikan riaksi sayu Arie. Bila ingat balik cerita Asri, aku yakin suami aku memang betul-betul dah lama sayangkan aku. Cuma aku saja yang lembap tahu. Yelah! Kalau dia sendiri tak cakap, sampai sudah aku tentu tak tahu.

Arie mengangguk laju tanda yakin.

“Macam mana kalau Atee kata Asri yang menang?” Aku hampir meledakkan tawa bila melihat Arie seolah-olah seperti cicak tertelan kalkatu.

“Betul?” Arie tanya aku pinta kepastian. Jelas di wajahnya penuh dengan kekesalan.

“Abang mungkin tak ingat, tapi Atee ingat. Masa tu Atee suruh abang dan Asri kira output mesin. Asri ada keluarkan sebuah pantun dua kerat hingga membuatkan atee tersenyum. Ini bermakna abang kalah dan Asri menang!” Aku ketawa besar melihat Arie buat muka merajuk. Kecewa sangat agaknya.

“Tapi Atee betul-betul respeklah dekat Asri. Sayang betul dia dekat abang. Dia pesan suruh Atee bahagiakan abang. Agak-agak abang, apa yang Asri akan buat kalau tahu dia yang menang?”

“Atee tak cuba tanya dia?”

“Ada. Tapi dia senyum aje.!” Aku jawab perlahan. Bila aku lihat Arie tersenyum manis, aku rasa lega. Mesti Arie rasa malu dan kecewa kalau tahu apa yang Asri dah cakapkan pada aku masa majlis hari tu.

“Asri adalah satu-satunya sepupu abang yang paling rapat dengan abang. Dia sanggup ambil alih tempat abang sebagai tunang Sarah setelah tak sanggup tengok abang tersiksa dengan perjanjian merapu atuk tu. Dia pernah suarakan niatnya tu pada atuk tapi atuk membantah. Atuk kata dalam hal ni keluarga Paklong Kadhir tak ada kena mengana. Nak tak nak, Asri terpaksa mengalah. Atee nak tahu, Asri pernah merayu pada Sarah agar terima dia. Tapi Sarah hanya buat endah tak endah.”

Aku bagai tergamam dengar cerita Arie. Tak sangka begitu sekali kasihnya Asri pada Arie.

“Dia buat apa sekarang?” Aku cuba elak perbualan tentang Sarah. Menyebut nama tu kadang-kadang buat aku geram. Kalau boleh aku tak mahu nama tu keluar dari mulut suami aku. Bukan cemburu tapi…entah! Aku sendiri tak tahu. Mungkin aku tak mahu suami aku ingat kembali pada perempuan tu. Hmm..bunyi macam sama dengan cemburu je! Apa-apalah…

“Siapa?” Arie tanya aku sambil menyungkit kening lebatnya.

“Asri”

“Kenapa tak tanya dia sendiri masa majlis hari tu?”

“Tak sempat!” Aku jawab lalu tersengih.

“Dia kerja sekali dengan abang. Lepas kerja tempat Atee enam bulan, abang dengan dia dapat tawaran tu tapi abang minta tangguh. Asri pergi ke Kuantan dulu sebelum abang. Nasib baik ada Asri. Dia merayu pada pihak sana agar terima abang lewat sikit. Lepas tiga bulan abang ke sana baru kami dapat tawaran ke Abu Dhabi. Kalau tak kerana Asri, dah tentu abang tak merasa kerja di Abu Dhabi.”

“Asri tu tak ada yang istimewa?” Arie tersenyum-senyum bila aku tanya macam tu. Lepas Arie mengeluh, baru dia cakap.

“Dia suka Atee. Dia kata dia dah jatuh hati bila pertama kali dia lihat Atee masa mula-mula dia masuk tranning dalam line. Abang ada masa tu, tapi abang tak perasan Atee sebab dalam tu semua dah macam doktor nak bedah orang. Bila abang jumpa Atee, abang terus bagitahu pada dia tentang perasaan abang yang dah lama abang simpan. Masa tulah dia cuba buat pertaruhan dengan abang..”

Aku tergamam. Tak sangka ada lagi mamat kilang yang masih harapkan aku. Bila ingat kembali wajah Asri, aku tersenyum sendiri. Kalau lihat dari belakang, dia dan Arie, memang tak ada jauh beza. Tapi kalau berdepan, orang yang melihat pasti akan tergoda pada Asri. Asri memiliki raut wajah seperti orang pakistan manakala Arie lebih kepada melayu jati.

“Untung siapa yang dapat Asri.” Ulas Arie lagi sambil melepaskan keluhan. Agaknya kecewa sebab aku senyum sendiri lepas dia menjelaskan tentang perasaan Asri pada aku.

“Atee pun untung dapat abang!” Ucapku perlahan. Sesi memujuk..

“Abang pun untung dapat Atee.!”

Aku angkat kening pinta penjelasan.

“Sebab Atee, abang dah dapat kehidupan abang semula. Tiada lagi tekanan. Bila tengok semua ahli keluarga abang ceria, abang merasa bangga kerana semua ni hasil usaha Atee. Terima kasih kerana hadir dalam hidup abang walaupun hampir-hampir abang kehilangan Atee.”

“Sudahlah bang! Benda dah lepas jangan diingat-ingat lagi. Dia pun dah terima balasan. Lepas ni kita sama-sama bina hidup keluarga kita agar terus bahagia. Atee dah janji dengan atuk nak bagi Athirah baru untuk dia.” Aku buat- buat suara manja.

“Amboi! Macam tak sabar-sabar pulak! Dah ready? Abang on je..” Balas Arie sambil tersenyum nakal.

“Atee dah ready pun..!Tak ikut nanti kata derhaka pulak!” Aku jawab angkuh.

“Nakal!” Bisik Arie sambil menarik kuat hidung aku. Pelukannya semakin kuat aku rasa. Kalau boleh sepanjang malam ni aku tak mahu dia lepaskan pelukan itu.

Aku mengucapkan rasa syukur yang teramat sangat. Inilah kebahagiaan sebenar yang aku miliki sekarang selepas bahagia dengan keluarga aku di kampung serta mertua yang sporting giler. Menurut Arie, minggu depan aku dan dia akan bertolak balik ke rumah kami di Abu Dhabi. Tak sabar rasanya nak bina hidup berdua dengannya. Aku yakin hidup kami lebih bermakna dengan kehadiran Athirah Junior nanti. Aku juga yakin atuk tak kisah kalau aku tak dapat Athirah Junior kerana anak-anak abang ipar aku yang lain semua perempuan.

TAMAT……

BAB 31 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

31
             SEPANJANG minggu ni aku tak ada masa langsung nak berehat. Kejap-kejap ke hulu, kejap-kejap ke hilir. Sibuk benar aku menyiapkan majlis aku yang bakal berlangsung esok. Kalau dekat, aku bawak saja gelpren aku, tapi kalau jauh aku terpakslah bawak boipren aku. Nasib baiklah adik-adik aku dah mula cuti semester. Adalah teman aku sebagai bodyguart kalau aku kemana-mana. Sebenarnya aku masih takut-takut kalau terseremnpak dengan Sarah. Aku harap lepas majlis ni aku nak berehat puas-puas. Tapi semalam Shidah sampai ke rumah aku. Menurut Shidah dia nak temankan aku. Ahh..leganya aku bila dengar Shidah cakap macam tu. Adalah peneman aku nanti. Shidah juga sudi tawarkan diri untuk jadi pengapit aku. Syukur sangat. Kalau sebelum ni pening kepala aku nak mencari pengapit. Takkan nak suruh emak aku pulak. Nak suruh Ana sepupu aku, dah tentu tak boleh sebab dia ada anak kecil.

Selepas berinai aku terus tidur. Mak suruh aku tidur awal sebab takut aku pengsan lagi macam hari nikah aku empat bulan lalu. Inai yang masih melekat di jari, aku biarkan saja tanpa membasuh. Kerana takut tempat tidur aku tercemar dengan inai, aku bungkus tangan aku dengan plastik. Dah macam peninju Mohamad Ali pulak. Tadi sebelum berinai aku dah hantar sms pada Arie agar jangan call aku sebab aku sibuk berinai. Nasib baik dia faham. Takut jugak dia buat-buat tak faham. Almaklumlah..diakan dah lama tak dengar suara aku. Bila dengar berita dia dah sampai ke rumah tiga hari lepas, aku lega. Takut jugak kalau-kalau peristiwa kehilangan MH 370 berulang kembali. Tak sanggup aku bergelar janda. Aku tak puas lagi hidup dengan laki aku..

Letak saja kepala atas bantal, aku dah tak sedar apa. Bila sedar, aku dengar rumah aku dah riuh rendah dengan suara penduduk kampung yang datang untuk mulakan gotong royong. Aku pandang jam. Baru pukul enam setengah pagi. Shidah pun dah bangun lama agaknya. Cepat-cepat aku bangun untuk solat subuh.
Selesai mandi dan solat aku cepat-cepat bersiap kerana sebentar lagi pasukan marhaban akan tiba untuk majlis khatam quran. Aku juga harap Kak Emma QA tempat kerja aku datang sebelum pukul sepuluh pagi untuk menyiapkan aku kerana menurut Arie, rombongannya akan tiba jam dua belas tengahari. Begitu juga dengan jurugambar yang aku pilih iaitu teknisyen Paul di tempat aku kerja dulu. Kadang-kadang aku rasa risau kalau-kalau majlis aku tak menjadi seperti yang dirancang. Jantung aku ni asyik berdegup kencang kalau aku terlalu risau. Setiap masa aku berdoa agar perkara yang buruk dijauhkan terjadi di hari sejarah aku ni.

Jam sembilan pagi aku lega bila melihat wajah Kak Emma depan mata aku bersama suaminya abang Azman dan kakaknya Kak Salina. Turut juga Kak Ina T dan Kak Ina. Senyuman aku makin lebar melihat ramai kawan-kawan kilang yang datang. Paling ramai budak Indonesia. Tersengeh-sengeh mereka pandang aku sambil melangkah tangga naik ke atas rumah aku. Kelihatan Paul juga dah sampai depan rumah bersama dengan kamera tergantung di leher.

“Kamu nak solekan macam mana?” Tanya Kak Emma selepas menyuruh aku mencuci muka.

“Tak kisahlah macam mana pun, janji tak ada rupa macam pelakun opera cina buat tarian naga.” Mengekek-ngekek Kak Emma dan kawan-kawan aku yang ada dalam bilik dengar aku cakap macam tu. Yang sebenarnya aku memang takut kalau rupa aku macam tu. Teringat dulu Arie pernah cakap macam tu.

“Kalau boleh Atee nak macam Rani Murkheji!” Aku bersuara yakin. Makin gamat suasana dalam bilik lepas aku cakap nak macam Rani Murkheji.

Ceh! Tak agak-agak!” Bentak Kak Ina geram. Aku hanya sengeh sebab aku tahu dia hanya bergurau. Tujuh tahun aku bersama mereka, sudah aku kenal sangat cara mereka bercakap. Aku tak ambil hati pun kalau mereka menyindir aku sebab aku pun sama macam mereka.

Hm..nanti Kak Emma cuba.” Balas Kak Emma yakin.

 Dulu aku pernah tengok dia solek muka kakaknya Kak Salina semasa kakaknya kawin. Memang susah nak percaya bila dah siap. Muka Kak Salina yang berumur empat puluh tahun tu dah jadi macam muka penyanyi Aisyah. Memang cantik sangat. Sebab tu aku pun beria-ria nakkan sentuhan Kak Emma. Aku tak kisah berapa yang perlu aku bayar. Bukan duit aku pun! duit Arie.

“Orang mana suami kamu ni Atee?” Tanya Kak Ema sambil memulakan kerja memproses muka aku.

“Orang perak jugak” Aku jawab perlahan. Harap-harap mereka tak perasan sebelum Arie tiba pukul dua belas tengahari nanti.

“Tak sangka kamu dapat keturunan Syed. Anak kamu esok dah tentu berpangkal nama Syed jugak” Kata Kak Iyna T.

“Tapi Kak Emma rasa macam pernah dengar nama suami kamu ni! Tapi Kak Emma tak ingat siapa.”
Aku dah mula ketap bibir menahan senyum.

Haahlah Atee! Aku pun rasa macam pernah dengar nama suami kamu ni!” Sambung Kak Iyna T sambil mencapai kad kawin aku yang berada atas meja solek aku. Aku nampak muka Kak Ina T berkerut-kerut cuba mengungat. Tiba-tiba mulutnya terbuka luas. Bahu aku ditampar kuat hingga semua di situ terkejut dengan tindakan spontan Kak Ina T.

“Baru aku ingat..! Syed Hassan Azaharie bin Syed Hassan Khairi ni Ariekan?” Tempik Kak Ina T.

 Aku menahan senyum namun aku kalah dengan renungan semua yang ada di situ. Akhirnya aku ketawa kuat. Habis sakit-sakit badan aku kena cubit dengan dia orang. Hish.! Teruk betul kawan-kawan aku ni. Sampai hati dia oarang mendera permaisuri raja sehari ni.

“Pandai kamu simpan rahsia ek?”

Ala..apa salahnya..! Orang malas nak kecoh-kecoh hal ni. Lagipun dia bukan sapa-sapa pun. Orang biasa je..!”

“Kalau aku tak datang, sampai sudah aku tak tahu siapa laki kamu.”

“Memang tak ada yang tahu kecuali Shidah, Kak Iyna..! Shidah tahu pun kebetulan Arie sekampung dengan dia.” Jelas ku lagi.


JAM dua belas tengahari kedengaran kompang berbunyi. Aku dah rasa macam nak menyorok bawah katil. Jantung aku bagai nak meletup. Kalau aku tak bertenang, kompem aku senang kena serang penyakit jantung.

“Jalan tengok bawah!” Pesan Shidah sambil memimpin aku berjalan hingga ke pintu.
Dari jauh aku tengok Arie kacak bergaya dengan sut songket putih krim sama macam yang aku pakai. Makin tergoda aku tengok dia berkaca mata hitam. Senyuman aku makin tak boleh nak betul melihat atuk turut serta dalam rombongan itu. Dalam hati aku ucapkan syukur.

“Jatuh tangga bangun sendiri!”

Usik along ketika aku turun tangga untuk menyambut Arie. Genggaman tangan aku di tangan Shidah semakin kuat.

Rilax Kak Atee! Buat-buat tak dengar saja usikan tu.” Bisik Shidah perlahan.

“Jaga-jaga! pengantin perempuan dah tak boleh nak senyum.!” Jerit angah pula.

Aku ketap mulut sekuat hati menahan senyum agar tak bertukar kepada tawa besar. Makin panas muka aku bila semua yang berada di halaman rumah aku ketawakan aku. Tak apa Atee! Tarik nafas dalam-dalam. Rilax….!

Ketika bersalam dengan Arie, aku rasa tak boleh bernafas. Aku rasa macam nak pitam. Nasib baik Arie kuat pegang tangan aku.

“Kenapa sejuk sangat ni?” Bisik Arie di telinga aku.

“Darah gemuruh!” Aku jawab perlahan. Terkekeh-kekeh Arie ketawakan aku.

“Sepatutnya abang yang rasa macam tu sebab kita sekarang di rumah Atee. Dah terbalik pulak. Abang tak rasa apa-apa pun.”

Malu pulak aku rasa bila Arie cakap macam tu. Memanglah dia tak rasa apa-apa sebab bukan dia yang kena usik.


SELESAI upacara bersanding dan makan beradap, aku dan Arie bersama-sama beramah mesra dengan tetamu. Sebenarnya aku nak berbual dengan atuk. Entah kenapa aku rindu sangat dekat dia. Ketika upacara merenjis tadi, aku agak terkilan kerana atuk menolak ketika disuruh merenjis tawar. Segera aku bergerak ke arah atuk.

“Oh..! pandai kamu simpan rahsia ek? Bila tanya, kawanlah, teman tapi mesralah, abang angkatlah. Pooodahh!” Sapa Kak Zah geram. Aku tersenyum malu di sebelah Arie.

Sorrylah kak! Yang sebenarnya Atee tak mahu kecoh-kecoh.” Arie tolong jawab untuk aku.

Selepas aku jumpa Kak Zah, Asri datang berjumpa dengan aku. Tersimpul-simpul malu aku senyum melihat Asri. Bila ingat balik, dia pernah jadi lelaki idaman aku satu hari dulu dan itu cukup buat aku termalu sendiri. Agaknya apalah yang Asri fikir tentang aku kalau dia tahu hal satu tu. Aku biarkan saja Arie berbual dengan kawan-kawan yang datang kerana kawan aku kawan dia juga. Semua sudah kenal siapa suami aku.

“Tahniah pengantin! Saya tak sangka akan bersaudara dengan awak akhirnya. Nampaknya saya kalah di tangan Arie” Kata Asri tersenyum-senyum. Agak pelik mendengar ucapan Asri tu.

“Saudara? Maksudnya awak ni saudara dengan Arie?” Aku tanya hairan.

“Saya sepupu Arie. Anak Paklong Kadir.”

Tiba-tiba aku baru teringat. Agaknya Asri yang atuk maksudkan untuk jodohkan dengan aku. Aku tahu Asri sebaya dengan Arie, cuma aku tak tahu Asri adalah anak Paklong Kadir. Masyaallah..! kalaulah aku tahu awal-awal dulu, pasti aku tak menolak cadangan atuk. Eh, kejap-kejap! Bukankah masa tu aku dah bergelar isteri kepada Arie? Hishh! teruk betul aku ni. Kalau tahu dekat Arie, rasanya hari ini juga dia ceraikan aku. Tak pun kepala Asri dipenggal.

“Sebenarnya masa mula masuk kerja dulu, saya dengan Arie ada buat pertaruhan. Kalau siapa dapat bagi awak senyum, dia dikira menang dan boleh pikat awak. Kalau kalah diminta undur diri.”

Aku terkejut dengar pengakuan Asri. Tak sedar rahang aku dah terbuka sikit. Teruk sangatkah aku ni sampai orang terpaksa buat pertarungan demi nak melihat aku senyum.

“Bila pertama kali awak senyum pada Arie, saya frust sangat sebab tak dapat tekel awak. Tapi nak buat macam mana, adat pertandingan. Lagipun Arie memang dah lama jatuh hati pada awak. Kerana saudara saya rela berkorban. Saya harap awak dapat bahagiakan dia. Saya tahu bagaimana perasaan dia pada awak. Tolong jangan sakiti hati dia. Dia dah cukup menderita menanti awak.”

Aku tersenyum malu.

“Awak kata awak sanggup berkorban kerana saudara dan awak tahu Arie benar-benar sukakan saya. Macam mana kalau saya kata awak yang menang dalam pertaruhan tu?” Aku tanya serius.

“Eh, ye ke? Maksud awak saya yang menang?” Asri tanya dengan nada terkejut. Aku tak jawab tapi sekadar tersenyum nipis.

“Awak nak teruskan juga pikat saya?”

“Kalau Arie sanggup undur diri, saya akan teruskan.”

Aku terkedu mendengar luahan hati Asri. Bahagianya aku rasa kalau aku tahu awal-awal hal ni. Dalam hati aku tersenyum riang. Aku tahu Arie benar-benar sayangkan aku dan Allah sudah tetapkan bahawa dia adalah jodohku.

“Kenapa? Awak pun ada hati dekat saya juga ke?”

“Kalau saya kata ada pun, awak dah jadi milik dia. Saya beralah..”

Alahai..Asri..!

Aghh..malas dah aku nak fikir. Apa yang aku tahu dan rasa sekarang, dalam hati aku cuma ada Arie sahaja. Memang dulu aku sukakan Asri, tapi semenjak hati aku jatuh cinta pada Arie, pintu hati aku dah tertutup pada mana-mana insan yang bernama lelaki selain Arie. Rasanya cukuplah kasih yang dilimpahkan Arie buat aku. Aku tahu dia ikhlas cintakan aku kerana aku pun benar-benar ikhlas cintakan dia.


SAMPAI hati atuk tak sudi merenjis tawar Atee tadi.” Rungut aku di hadapan atuk Selepas berbual dengan Asri tadi, aku terus dapatkan atuk.

“Atuk malu!”

“Atuk tak pakai baju ke?” Atuk ketawa mengekek.

“Dekat rumah abi nanti, atuk renjiskan ek? Kalau nak Atuk siramkan pun boleh!” Usik atuk pula.
Aku dah senyum lebar. Tak sangka atuk sudah merancang untuk adakan majlis meyambut menantu di rumah mertua aku nanti. Namun aku masih was-was kalau-kalau Sarah buat hal.

“Terima kasih sebab atuk sudi datang. Atee ingat atuk tak sudi datang. Atuk tau tak, Atee rindu sangat dekat atuk. Lepas Atee keluar dari rumah abi hari tu, Atee rasa sunyi sangat sebab tak ada kawan nak ajak bergaduh.”

“Kalau atuk tak datang, nanti merajuk panjang pulak.! Payahlah atuk nak pujuk. Hah! Lagi satu. Kalau dah tahu rindukan atuk, kenapa tak reti-reti nak balik? Nak tunggu berjemput baru nak balik?”

Aku tersenyum malu.

“Sarah macam mana tuk? Atee takut kalau dia anggap Atee ni perampas. Kalau Atee tahu Arie dah bertunang, sumpah Atee takkan terima dia!” Kataku penuh rasa kecewa. Dulu aku ada ceritakan hal sebenar, bagaimana aku boleh terima Arie pada atuk Alhamdulillah dia terima.

“Atee jangan risau. Semua atuk dah aturkan. Insyaallah takkan ada apa-apa yang jadi.”

Sedang aku asyik berbual dengan atuk, tiba-tiba satu letupan berbunyi dekat sangat dengan telinga aku. Aku terkejut dan tergamam. Tiba-tiba aku rasa macam nak pitam bila tiba-tiba aku rasa sebelah bahu kanan aku terasa kebas. Aku tunduk sambil memegang dada aku yang terasa sakit. Aku jadi lemah bila baju pengantin putih yang aku pakai sudah tercemar dengan kesan darah.

“Ya Allah cucu aku!”

Itu saja yang aku dengar dari mulut atuk. Aku nampak Arie berlari laju ke arah aku. Mata aku semakin berat lalu aku rebah ke tanah di atas pangkuan atuk. Suara jeritan memanggil-manggil nama aku terngiang-ngiang di telinga walaupun mata aku terpejam rapat. Namun seketika kemudian, suara-suara itu semakin hilang dari pendengaranku.


AKU rasa penat sangat sebab berjalan jauh. Terasa nak lerai segala sendi kaki aku. Rasanya merentas desa masa sekolah dulu pun tak penat macam ni. Bila aku berhenti di sebatang pokok besar, aku duduk sebentar untuk melepaskan penat. Sambil mengerut-ngurut kaki aku terdengar derapan kaki seseorang dari arah kiriku. Aku angkat kepala melihat dia yang sedang berdiri. Bila melihat dia tersenyum manis aku balas seikhlas hati. Dalam hati sempat aku memuji kelembutan di wajahnya. Wajahnya bersih seperti pakaian yang dia pakai.

“Awak ni siapa?” Aku tanya sambil tersenyum.

“Awak tak kenal saya?”

Ait! Aku tanya dia dulu, dia tanya aku balik! Aku geleng kepala.

“Cuba awak tengok saya betul-betul.”

Aku bangun lalu mendekatinya. Wajahnya aku perhatikan penuh asyik. Tiba-tiba aku melopong. Lidah aku kelu. Suara aku bagai disekat sesuatu yang menghalang agar aku terus bersuara.

“Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi membahagiakan keluarga saya terutamanya umi, abi dan atuk. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan awak.” Katanya lemah lembut.

“Awak baliklah! Tempat awak bukan di sini. Perjalanan awak di dunia masih panjang. Banyak lagi perkara yang awak belum selesai lagi. Harapan saya agar awak terus memberi kebahagiaan dan kegembiraan pada keluarga saya. Satu lagi tolong pesan pada atuk agar terus menanti kedatangan Athirah baru dalam hidupnya.” Ujarnya lagi sebelum melangkah pergi.

Aku hanya mampu melihat dia pergi tanpa menahan. Kalau diikutkan banyak soalan yang aku nak tanya. Tapi suara aku tak mahu keluar. Aku melangkah semula ke arah pokok besar tadi. Sambil duduk aku termenung. Akhirnya aku tertidur kerana terlalu penat berjalan.


AKU tersedar bila terasa ada cahaya putih menyapa pandangan mata aku. Perlahan-lahan aku buka mata. Bila luas pandangan, aku tersenyum melihat Arie di sebelah aku sedang mengelus tanganku sambil tersenyum riang. Aku perasan matanya merah dan berair.

“Kenapa abang menangis?” Aku tanya hairan. Serta merta tubuh aku dipeluk erat.

Hish! Abang ni kenapa? Macam budak-budaklah!” Aku hairan melihat Arie tak henti-henti ucap syukur sambil memeluk aku. Bila aku toleh ke kanan baru aku perasan ramai yang sedang perhatikan aku sambil tersenyum. Wajah emak dan umi yang basah dek air mata buat aku tergamam. Kenapa emak dan umi menangis? Cepat-cepat aku bangun untuk memujuk. Kerana pergerakan yang pantas, tiba-tiba aku rasa sakit di bahagiaan dada. Masa tu baru aku teringat apa yang terjadi pada aku sebelum ini.

“Jangan bergerak sangat. Sayang belum sembuh lagi.” Kata Arie perlahan lalu mengarahkan agar aku terus baring. Barulah aku sedar yang aku sedang berada di hospital. Ya Allah! Rupanya aku bermimpi tadi bertemu dengan Athirah.

“Dah tiga hari sayang tak sedar. Sayang koma selepas kena tembak. Abang bersyukur sangat sayang selamat.”

“Siapa yang tembak?”

“Orang suruhan Sarah.” Kata Arie perlahan.

Hmm..aku dah agak benda buruk pasti akan berlaku pada hari majlis aku tu. Seawalnya aku dah dapat rasa selepas aku terima surat ugutan dari Sarah. Kalau aku tahu benda ni nak jadi, awal-awal lagi aku pakai baju kalis peluru.

“Atee jangan bimbang. Semuanya dah selesai. Lepas ni bolehlah kita bincang semula rancangan untuk majlis di rumah abi pulak” Sampuk abi berserta dengan senyuman.

“Atuk mana bang?”

“Atuk ada di surau. Tiap kali datang sini  dia mesti memerap diri dalam surau. Dia tak boleh tengok keadaan sayang terbaring kaku macam ni.”

“Panggil atuk bang! Ada pesanan seseorang untuk atuk” Aku tersenyum sejurus selepas Arie mengangguk laju lantas terus keluar mendapatkan atuk. Aku tarik nafas lega.


SEMINGGU selepas aku sedar, aku sudah dibenarkan pulang. Tanpa menunggu persetujuan dari aku, umi, abi, abang-abang ipar dan biras-biras aku sudah memulakan langkah untuk majlis aku dan Arie. Akhirnya aku ikut saja mana yang mereka rasa baik untuk aku dengan syarat abang-abang ipar aku yang dah kawin diwajibkan bersanding sama dengan isteri mereka. Mungkin dengan kehadiran mereka atas pelamin akan memberi semangat pada aku. Sebenarnya aku masih trauma dengan majlis kawin aku sebulan yang lalu.

Semasa upacara merenjis tadi aku dikejutkan oleh atuk. Tak sangka mercedis antiknya diserahkan pada aku. Aku yang bagai tak percaya, tak mampu nak menolak setelah atuk meletakkan kunci keretanya dalam genggaman tangan aku.

“Atuk dah janji dulukan?”

“Atee gurau saja..!”

“Atuk nak ucapkan jutaan terima kasih pada Atee kerana mengembalikan kegembiraan dalam diri atuk. Atuk sedar, atuk banyak buat silap selama ni. Atuk bangga kerana ada cucu macam Atee. Atuk yakin arwah Athirah pasti tenang di sana melihat atuk macam ni. Atuk bahagia sekarang. Tak sangka atuk masih diberi peluang untuk menatap wajah cicit-cicit atuk.”

Panjang ucapan kesyukuran aku dalam hati melihat atuk begitu. Sejak semalam aku perhatikan atuk tak penat-penat melayan anak-anak abang Az dan abang Azraie. Menurut Arie, pada hari majlis aku di kampung, Abang Az, abang Azraie, abang Aznil, Azril dan Azman memberanikan diri membawa anak-anak isteri mereka bertemu dengan atuk. Alhamdulillah atuk terima. Setelah melihat kesemua cicit-cicitnya perempuan, atuk mengalirkan air mata gembira.

BAB 30 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

30
SUDAH dua minggu aku di kampung. Seminggu lagi emak dan ayah akan tiba dari kota suci Mekkah. Aku dah tak sabar-sabar menanti kepulangan mereka. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aku yakin lepas mak dan ayah aku balik, mereka takkan duduk diam memandangkan majlis aku dan Arie bakal berlangsung sebulan lagi.

Selepas peristiwa di rumah Arie, aku pulang sehari selepas itu. Kalau ikut hati aku mahu balik hari itu juga. Tapi bila dipujuk oleh atuk, akhirnya aku mengalah. Atuk kata majlis aku nanti dia nak datang. Aku dah tak sabar sebab atuk sudah menerima aku sebagai isteri Arie. Namun aku takut sebenarnya. Sudah tiga kali aku dapat surat layang. Semuanya berbaur ugutan. Aku yakin surat itu datangnya dari Sarah kerana dalam surat itu ada sebut nama Arie. Aku tak pernah ceritakan hal itu pada sesiapa termasuk Arie. Aku takut mereka diapa-apakan. Kalau boleh biarlah aku yang menanggung seorang.

Pening kepala aku bila ingat kembali jalan cerita aku ni. Kadang-kadang terfikir juga, kenapalah aku melibatkan diri dalam permainan ni. Sepatutnya dari awal lagi aku tak patut rapat dengan Arie. Dan sepatutnya aku perlu selidik dahulu siapa Arie yang sebenarnya sebelum rapat dengannya. Aghh..! kalau boleh diundur masa, dah lama aku buat. Tak perlulah aku sesakkan fikiran aku dengan benda-benda ni semua.


PAGI ni aku cadang nak pergi rumah Fiza. Semalam aku dah maklumkan padanya sebab aku nak minta dia serahkan kad kawin aku pada kawan-kawan di kilang. Seawal pagi aku perlu bertolak kerana aku tak mahu masa aku singkat dengan Fiza. Kalau boleh aku nak bermalam di sana. Banyak yang aku nak adukan pada dia. Aku yakin dia sudi mendengar semua masalah aku.

Aku tiba di halaman rumah Fiza tepat jam lapan pagi. Lebar senyuman Fiza menyambut aku. Aku tengok dia pun makin berseri-seri.

“Macam ada apa-apa saja ni?” Usikku pada Fiza yang sedang tersenyum lebar di depan pintu sejurus selepas aku keluar dari kereta.

“Kau ni macam-macamlah!” Balas Fiza malu-malu sambil menyambut barang-barang dapur yang aku beli. Aku cadang nak masak speacial dengan dia hari ni.

“Hafiz mana?” Aku tanya Fiza.

“Tidur! Semalam dia OT.”

“Kau tak OT?”

“Tak laratlah! Tiap-tiap minggu aku OT. Hafiz pun dah risau tengok aku.”

“Lain macam je aku tengok kau ni. Ada isi ek?” Mata aku membutang bila Fiza senyum-senyum malu.

“Baru lagi! Aku takut sebenarnya, takut tak dapat pakai baju pengantin” Balas Fiza mengaku hal sebenar. Aku dah rasa macam nak melompat riang.

Wah..! Nampaknya besan aku ni lagi aktif dari aku!” Usik aku lagi. Perut Fiza aku gosok-gosok lembut.

 “Menantu..! Oh..menantu! Jangan nakal-nakal. Kesian dekat besan mama ni. Badan dia kecik. Duduk diam-diam.!” Kataku sambil mendekatkan mulut aku pada perut Fiza.

Sakit bahu aku bila Fiza menepuk belakang aku. Malu betul Fiza aku usik macam tu.

“Kau macam mana?” Fiza tanya aku. Aku senyum nipis sebelum menjawab.

“Laki aku jauh. Mana ada masa nak aktif-aktif macam korang ni!” Sekali lagi bahu aku ditampar Fiza.

Nampaknya Fiza yang lembut dahulu sudah bertukar garang selepas disahkan hamil. Agaknya aku lagi teruk kalau aku hamil. Silap-silap tiap-tiap hari Arie kena kung fu dengan aku.

Tengahari itu aku dan Fiza riuh di dapur sambil memasak. Fiza kata Hafiz suka makan kari ayam. Jadi aku masak kari ayam dan Fiza masak sayur campur. Aku masak juga ikan pekasam yang aku beli dari kampung aku tadi. Tak lupa sambal belacan dan ulam pegaga yang aku petik di belakang rumah aku semalam.

“Apa rancangan kau lepas ni?” Tanya Fiza selepas aku ceritakan masalah aku padanya. Sesekali aku senyum tengok dia mengesat mata yang berair kerana bawang yang dihiris.

“Entahlah Fiza. Aku tak tahu. Aku takut sebenarnya kalau si Sarah tu cuba apa-apakan keluarga aku termasuk Arie. Orang jenis tu sanggup buat apa saja untuk kepuasan sendiri.”

“Kau tak nak repot polis? Bila aku dengar cerita kau ni, aku pulak yang rasa seram. Tak sanggup aku hadapi semua.”

“Memanglah takut! Kalau ikut hati, nak saja aku beli tiket kapal terbang balik ke Abu Dhabi. Tapi sampai bila aku nak lari dari masalah? Aku ada keluarga dekat sini. Aku takut kalau dia tak dapat aku, keluarga aku yang jadi mangsa. Kalau boleh aku tak mahu kecoh-kecoh sampai melibatkan polis. Nanti aku balik yang malu. Aku tak mahu orang kata aku ni perampas tunang orang. Sedangkan mereka di luar tu bukan tahu perkara sebenar.” Fiza angguk tanda setuju pendapat aku.

“Berat masalah kau ni Atee. Sebab ini dah melibatkan nyawa. Aku sendiri tak tahu nak buat apa kalau aku yang kena. Tapi kalau jadi pada aku, aku tak teragak-agak bagitahu pada laki aku. Mungkin dia ada cara untuk tolong.”

“Aku kesian pada Arie. Cukuplah selama ni dia menderita.”

“Aku takut kalau kau terus diamkan diri, Arie terasa hati sebab membelakangkan dia. Diakan suami. Dah tentu masalah kau masalah dia juga.”

Aku terdiam dengan kata-kata Fiza. Ada benarnya juga kata-kata Fiza tu. Namun jauh di sudut hati aku masih rasa was-was.


PETANG itu aku dan Fiza ditemani oleh Hafiz ke butik pengantin. Menurut Arie semalam dia tak kisah apa jua fesyen yang aku pilih, janji mesti warna putih dan seangkatan dengannya. Memandangkan susuk tubuh Arie lebih kurang macam Hafiz, aku harapkan pertolongan Hafiz mencuba untuk Arie. Nasib baiklah Fiza jenis sporting dan Arie juga tak kisah.

Keluar dari butik kami cadang nak ke Taman kanak-kanak untuk makan ais kacang. Dah lama aku tak rasa ais kacang situ. Dulu tempat tu sering aku dan Arie kunjung selepas penat berjoging di Taman Rekriasi.

“Pilih baju pengantin ke?” Tanya satu suara.

Aku, Fiza dan Hafiz pantas menoleh ke belakang. Gugup juga aku bila wajah sinis Sarah berada di depan mata.

“Ye! Majlis kami dah dekat. Nanti jemput datang ye!” Cepat Fiza membalas.

“Majlis awak bila pulak?”

 Sarah tanya pada aku yang membisu. Sinis betul bunyinya. Aku masih kelu tak tahu nak jawab apa. Bila Sarah melangkah rapat ke arah aku, dia bisik sesuatu di telinga aku.

“Perampas! Awak tunggu apa yang saya nak buat lepas ni!” Ujar Sarah dan terus berlalu pergi dengan tiga lagi kawan-kawannya.

Hish! Kalau aku ada kuasa dah lama aku fire perempuan tu. Dah orang tak mahu, sudahlah! Jenis tak tahu malu!” Bentak Fiza geram.

Aku mengeluh lemah. Entah kenapa aku jadi lemah tiap kali aku berdepan dengan Sarah. Kemana perginya keberanian dan kekuatan aku yang ada dalam diri aku dulu. Kalau atuk yang tua pun aku boleh lawan, kenapa dengan perenpuan ni aku boleh kalah? Aku cadang mahu mengadu pada Arie, tapi aku takut.

BAB 29 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

29
  SEPULUH zulhijjah muncul juga setelah lama aku terpisah dengan ayah dan emak. Rindu jangan dikenanglah. Semalam sempat aku berbual dengan emak dalam telefon. Meleleh jugaklah air mata aku bila dengar suara ceria emak dengan ayah. Mak kata ada jumpa Arie di sana tiga hari lepas. Aku tahu hal tu. Semalam Arie ada hantar email pada aku dan ceritakan pengalaman dia bertemu dengan emak dan ayah di sana. Alhamdulillah emak dan ayah sihat.

Disebabkan raya korban ni aku sambut tanpa emak dan ayah, umi dan abi mengajak aku beraya dengan mereka. Aku menolak pada mulanya bila mengenangkan adik-adik aku yang mungkin mahu pulang beraya di kampung walaupun hanya sehari bercuti. Bila umi bertegas memujuk agar aku dapat mengajak adik-adik aku ke rumahnya, akhirnya aku terpaksa mengalah memandangkan Arie juga turut bersetuju dengan cadangan umi. Sekurang-kurangnya aku tak rasa sendiri di hari raya sebab adik-adik aku ada. Walaupun umi dan abi melayan aku bak anak sendiri, aku tetap rasa aku orang asing dalam rumah tu. Nasib baiklah adik-adik aku mahu mengikut kerana kata mereka emak dan ayah tak ada , jadi tak best kalau raya di kampung tanpa mereka. Kebetulan pula abang-abang aku hanya bercuti sehari, mereka juga tidak dapat pulang ke  kampung. Jadi mudahlah kerja aku mengangkut adik-adik aku beraya di rumah mertua aku.

Petang semalam dalam perjalanan pulang dari mengambil adik-adik aku di asrama, sempat aku bercerita mengenai keluarga mertua aku dan juga perihal atuk. Bukannya apa, adik-adik aku ni tak pandai menipu. Jadi aku takut kalau mereka tersasul bersuara jika bertembung dan berbual dengan atuk nanti.

   Aku tarik nafas lega bila bayang atuk tak kunjung tiba sehingga lewat petang hari raya. Bukan aku tak suka dia datang ke rumah mertua aku ni, cuma aku rasa kurang selesa sebab adik-adik aku ada bersama aku. Aku tak mahu nanti banyak yang disoal pada adik-adik aku. Adik-adik aku pulak jenis yang tak suka berselindung, dah tentu ada satu dua perkara tentang aku akan diberitahu dan diceritakan walaupun dah dipesan.

Pagi tadi aku tanya umi tentang atuk, tapi umi cuma jawab tak tahu. Seminggu selepas peristiwa atuk merajuk, dia minta diri untuk pulang ke rumahnya. Katanya dia dah lama di rumah mertua aku ni dan ada sesuatu yang nak diuruskan. Aku yang dah habis idea untuk memujuk akhirnya hanya membiarkan atuk pulang. Katanya dia akan datang pada hari raya korban nanti, tapi hingga petang bayangnya langsung tak kunjung tiba. Walaupun aku boleh tarik nafas lega, jauh disudut hati, aku risau kalau jadi apa-apa padanya. Walaupun aku tahu di rumahnya ada tiga pembantu rumah, aku tetap risau. Dengan keadaan kesihatannya yang tak menentu, tak mustahil kalau terjadi apa-apa pada dia.

   Selepas menghantar adik-adik aku pulang ke asrama, aku cadang nak singgah sekejap di rumahnya. Tapi umi dan abi melarang sebab menurut umi, biasanya pada hari raya sahabat handal serta saudara mara atuk akan memenuhi rumahnya. Umi kata kemungkinan keluarga Sarah juga akan turut serta. Bila aku dengar nama tu, automatik di mata aku terlayar wajah Sarah. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Takut betul aku kalau tiba-tiba Sarah datang ke rumah umi. Tapi menurut umi, selama Sarah dan Arie bergelar tunangan, Sarah tidak pernah datang dan dia sendiri tidak tahu kenapa. Pelik betul dengan Si Sarah tu. Dengan si anak dia nak, tapi bakal mertua, pandang pun tidak.

  
   AKU perlahankan kereta bila sampai di simpang jalan ke rumah atuk. Entah kenapa aku terasa ingin datang menjenguk atuk walaupun sudah dilarang oleh umi. Sekejap pun jadilah asalkan aku dapat jumpa dia. Selepas dia pergi, aku rasa sunyi sangat sebab tak ada orang yang boleh diajak bergaduh bertegang urat.

   Dari jauh aku boleh nampak banyak kereta mewah memenuhi perkarangan rumah atuk. Aku rasa ada baiknya aku terus beredar dari situ. Aku tak mahu ada mata-mata yang sedang memerhatikan gerak geri aku yang dah mengalahkan Jammes Bond. Ketika aku melalui halaman ruman atuk, tiba-tiba pandangan aku terhala pada seraut wajah yang sedang asyik memandang ke arahku. Aku dah mula gelabah tapi aku pasti dia tak nampak aku sebab cermin kereta Arie ni gelap. Tapi aku yakin dia perasan dengan kereta yang aku pandu. Mustahil dia tak kenal kereta Arie. Dengan segera aku terus tinggalkan kawasan rumah atuk.

   Sampai di rumah aku ceritakan semuanya pada abi dan umi. Umi dah mula cuak walaupun aku pura-pura buat bertenang. Sedangkan dalam hati hanya tuhan yang tahu.

 “Kan umi dah cakap tadi.. jangan pergi ke rumah atuk tu waktu-waktu macam ni..! bahaya..!” Rungut umi gelisah.

Sebenarnya aku turut gelisah, sambil-sambil tu aku cuba cari jalan. Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Aku perhatikan saja umi berjalan laju mendapatkan telefon yang sedang berdering.

“Ye..anti cakap..!” Lembut umi menjawab.

“Nak datang.?” Umi tanya dengan nada yang agak tinggi. Aku dapat rasa sesuatu yang tak dijangka bila umi menoleh ke arah aku. Aku menyungkitkan kening. Bila umi mengerakkan mulutnya tanpa suara, baru aku tahu Sarah yang sedang dalam talian. Selepas dua minit talian terhenti dan umi melangkah laju ke arah aku.

“Macam mana ni Atee. Dia nak datang..! Katanya dia nampak Arie lalu depan rumah atuk tadi. Dia tengah marah sebab Arie balik tak bagi tahu dia..!” Ulas umi gelabah.

Aku pulak rasa panas semacam. Apa hal pula dengan minah tu.? Hari tu Arie cakap dia dah jelaskan semua walaupun Arie tidak beritahu tentang aku. Tapi hari ni dia marah-marah sebab Arie tak bagitahu tentang kepulangan Arie walaupun yang sebenarnya arie tak pulang pun..! Apa hak dia untuk tahu sama ada Arie balik atau tidak.? Tak malu betul minah tu, dah orang taknak, terhegeh-hegeh pulak..!

“Assalamualaikum..!”

 Aku dan umi berpandangan bila dengar ada suara memberi salam dari luar. Umi terus melangkah ke pintu. Aku pulak segera ke ruang tamu kedua untuk bersembunyi. Bukan aku takut cuma aku belum bersedia berhadapan dengan dia. Dari ruang tamu kedua, aku dengar jelas umi melayan tetamu.

“Mana Atee, ummi.?” Aku tersentak bila suara lelaki yang kedengaran.

“Eh.! Rasanya yang bagi salam tadi perempuan. Macam mana boleh tukar jantina pulak ni.?” Aku jengukkan sedikit kepala ke luar. Fuh..semangat. Abang Az rupanya..! Segera aku melangkah keluar dan mendapatkannya. Tersenyum simpul aku sambil melangkah ke arahnya. Makin lebar senyuman aku bila melihat isteri abang Az yang sedang mengendongkan seorang bayi. Di sisinya kelihatan seorang budak perempuan yang berbaju kurung merah jambu. Comel sangat.! Inilah kali pertama aku bertemu dengan orang rumah dan anak-anak abang Az. Selepas Abang Az perkenalkan isteri dan anak-anaknya dia mula bertanya.

“Buat apa kat dalam tu.?”

“Menyorok..!” Lantas aku ceritakan semuanya apa yang terjadi sebentar tadi. Sambil berfikir-fikir, abang Az mengangguk.

“Macam ni. Hal ni biar abang Az uruskan. Atee dengan Kak Murni duduk diam-diam dalam rumah. Dia datang nanti, biar abang Az yang cakap sendiri dengan dia.”

“Abang nak buat apa.?” Tanya Kak Murni lembut.

“Nanti abang cakaplah yang bawak kereta tu sebenarnya abang..! Abang dengan Arie pun bukan jauh beza pun. Lagipun dia tak nampak pun siapa dalam kereta tadi. Dia cuma nampak kereta saja..!” Terang Abang Az pada aku umi dan kak murni. Aku tersenyum sambil tarik nafas lega.

“Atee takut ke dengan dia.?” Tanya Kak Murni. Aku tersenyum nipis.

“Atee tak takut tapi Atee tak suka kecoh-kecoh. Masanya belum tiba lagi untuk Atee tunjulkan diri siapa Atee sebenarnya. Walaupun atuk sudah terima Atee, tapi dia masih belum beri kata putus samaada dia terima atau bersetuju dengan pendapat Atee. Masa dia keluar hari tu pun dia tak cakap apa-apa.”

   Memang atuk tak cakap apa-apa pun pada aku hari tu. Dia cuma pesan dia akan datang lagi pada hari raya korban. Tapi tadi aku tengok tetamu ramai sungguh dekat rumah dia, patutlah dia tak dapat datang, melayan tetamu rupanya..

   Sehingga jam lapan malam Abang Az berada di rumah. Banyak betul yang dibualkan. Almaklumlah, ni kali pertama aku jumpa dengan biras pertama aku. Makin meriah bila berbual dengan Fifi anak sulung Abang Az yang berumur tiga tahun. Ramah betul dia bercerita termasuklah perihal mama dan adiknya yang baru lepas pantang. Mengekek-ngekek aku, umi dan abi mendengar celoteh Fifi walaupun pertuturannya masih pelat. Teringat aku pada perbualan dengan Fifi yang menyebabkan aku tiba-tiba rindu pada Arie.

“Kalau Maksu ambil baby baru Fifi ni, boleh tak.?” Aku tanya dengan niat mahu mengusik.

“Mana boleh.! Ni baby mama, papa dengan Fifi. Kalau Maksu nak, maksu ajaklah paksu pergi ambil dekat hospital. Hari tu Fifi tengok dekat hospital banyak lagi baby. Baik maksu pergi ambil cepat sebelum orang lain ambik.”

Mengekek-ngekek aku ketawa dengar dia cakap. Apa dia ingat baby dekat hospital tu boleh dibeli macam beli sawi seikat dua ringgit kot..kelakar betul anak saudara Arie tu.

 “Maksu tak mahu dekat hospital tu, tapi maksu nak yang ni..!” Aku giat mengusik sambil tunjuk arah anak kecil yang berada atas riba Kak Murni.

“Maksu tanyalah paksu dulu.”

“ Paksu jauh.. macam mana nak tanya..?”

“Telefonlah..! Mesti paksu rindu dekat maksu. Macam mama selalu rindu dekat papa kalau papa pergi kerja lama-lama dekat luar. Papa mesti telefon mama hari-hari. Nanti hilanglah rindu tu..!”

Melopong mata Kak Murni dan abang Az. Berdekah-dekah abi dan umi ketawa. Aku pulak rasa macam nak terkencing sebab gelak lepas lihat muka Kak Murni dan abang Az dah merah kerana malu. Pandai betul Fifi..

   Nasib baiklah abang Az datang. Kalau tidak aku tak tahu macam mana umi nak bagi jawapan pada Sarah. Semasa Sarah datang tadi aku dan Kak Murni seyap sepi dalam rumah. Kira nasib kami memang baik sebab Sarah tidak mahu masuk rumah. Sombong sungguh Sarah tu. Sampaikan dengan umi pun dia tak rasa nak jumpa. Patutlah Arie anti sangat dengan dia. Umi pulak jenis yang tak suka nak masuk campur, makin lemaklah jadinya minah tu. Kiranya umi dengan emak aku memang sekepalalah..

   Setengah jam selepas abang Az pulang, barulah bayang atuk kelihatan. Lega hati aku bila dapat tengok muka atuk.

“Atuk mungkir janji!” Tegurku pada atuk setelah atuk melepaskan penatnya di sofa.

Sorryla..! Bukan atuk sengaja. Memang atuk nak datang tadi. Tak sangka ramai tetamu yang datang. Penat atuk layan tetamu pun tak habis lagi ni.”

“Lain kali telefonlah bagitahu tak dapat datang! Tak payah Atee tunggu. Kalau tahu jadi macam ni, awal-awal lagi Atee beraya dekat kampung saja.” Ulasku lagi sambil buat-buat merajuk. Biar dia tahu aku pun pandai merajuk.

“Alahai cucu atuk ni! Tak kasihankan atuk ke? Penat layan tetamu tadi pun tak habis lagi, sampai sini kena layan cucu pulak!” Kata atuk sambil ketawa kecil.

“Atee lagi penat tunggu atuk tau!”

“Kenapa tak pergi rumah atuk saja?”

“Malaslah! Atukkan sibuk layan tetamu. Mana ada masa layan Atee!” Sekali lagi atuk ketawakan aku yang dah muncung sedepa.

“Besar sangat ke salah atuk ni, sampai marah macam ni? Okey, kalau macam tu, Atee bagi tahu atuk, apa yang perlu atuk buat untuk tebus kesalahan atuk?”

Wah..! aku rasa dah macam hadiah bonus pulak bila atuk cakap macam tu. Nilah masanya aku ambil kesempatan demi merialisasikan projek aku. Memandangkan majlis persandingan aku semakin hampir, aku perlu bertindak cepat. Aku tak mahu majlis aku nanti jadi sebuah peperangan dasyat. Tak fasal-fasal muka aku masuk berita METRO. Siap terpampang di muka lagi "MAJLIS KAWIN DISERANG TUNANG PENGANTIN LELAKI "- Aku yakin sangat berita ni menjadi bualan hangat. Pasti ramai ustaz, ustazah, kaunselor dan pakar-pakar perunding tak bertauliah memberi kata-kata nasihat dan tak pula lepas dari kritikan panas dalam laman-laman sosial. Orang yang pertama akan dipersalahkan sudah tentulah aku. Perempuan tak tahu malu, perampas, dan muka tembok dah tentu menjadi status aku lepas tu. Nauzubillah..! Tak sanggup aku hadapi semua tu kalau benar-benar terjadi.

“Siapa tunang abang Arie? Umi kata dia tak pernah datang sini” Tanya aku kepada atuk sebagai pembuka bicara.

“Kenapa? Atee nak kenal?”

“Ah! Taknaklah.. Atee saja tanya je.. Sebenarnya.. mula-mula dulu Atee tengok gambar abang Arie dalam bilik tu, rasa biasa saja. Tapi bila dah lama-lama pandang, rasa terpikat pulak!” Aku cakap sambil tunduk. Konon-kononlah nak tunjuk baik.. Tiba-tiba atuk ketawa lucu.

“Atee cari saja yang lain. Anak paklong Kadir pun ramai yang bujang. Kenapa nak dekat abang Arie pulak? Abang Arie tukan dah ada tunang!” Balas atuk yang masih bersisa tawa.

 Lucu sangat agaknya sebab aku yang brutel ni boleh terpikat pada cucu dia. Huh! Kalau dia tahu cucu dia yang gila bayang dekat aku, mesti mati terkejut.

Ala..atuk ni..tak sporting la.. Bolehlah tuk..! kenalkan Atee pada abang Arie tu..!” Sekali lagi atuk ketawa besar melihat aku merengek.

“Tak bolehlah cucu oii..! Atuk dah janji dengan keluarga Sarah. Nanti apa pulak kata mereka?”

“Abang Arie setuju ke dengan pilihan atuk ni?” Aku tanya geram.

“Setuju tak setuju, dia kena terima!” Tegas atuk bersuara.

“Ah! Menyampahlah atuk ni. Kalau macam tu tak apalah!” Sakit pulak hati aku bila tengok atuk semakin galak ketawakan aku. Lantas aku terus bangun dan terus melangkah mahu masuk bilik. Tanpa memperdulikan panggilannya, aku terus melangkah. Kali ni biar aku pulak yang merajuk. Aku nak tengok sejauh mana sayang dia pada cucu dia yang degil ni. Apa dia ingat dia sorang saja yang boleh tunjuk degil? Silap oranglah..! Dia belum kenal lagi aku siapa!


“ATEE nak  pergi mana?” Tanya umi setelah melihat aku mengalas beg pakaian. Sebelah bahu kanan pula aku menggalas beg laptop. Harta aku yang ni aku tak boleh tinggalkan. Kalau tinggal alamatnya aku tak boleh berhubung dengan Arie.

“Atee nak balik kampung, umi! Duduk dekat sini pun buat apa..orang tak suka. Baik Atee keluar saja dari rumah ni!” Ulasku lalu sambil mengenyitkan mata pada umi. Umi ketap bibir menahan tawa tanda faham maksud niatku. Yang sebenarnya aku memang nak balik kampung. Tinggal berapa minggu saja lagi emak dan ayah akan pulang. Aku harus siapkan apa-apa yang patut memandangkan majlis aku dan Arie juga akan berlangsung tidak lama lagi. Ketika melangkah keluar aku perasan atuk seakan terkejut dengan keputusan aku.

“Atee tak sayang atuk ke?” Tanya atuk lemah.

“Atee sayang atuk, tapi atuk yang tak sayang Atee!” Ujarku lagi lalu terus melangkah keluar. Aku perasan atuk mengekoriku dari belakang.

“Takkanlah sebab tu Atee nak merajuk! Bukan atuk tak suka Atee, cuma Atee kena faham abang Arie tu dah bertunang dengan Sarah. Nanti apa kata Sarah pulak kalau atuk putuskan pertunangan ni..!”

“Atuk yakin ke yang abang Arie setuju dengan pilihan atuk tu?” Atuk kelu lidah mendengar soalan aku. Lantas aku terus masuk rumah dapatkan umi dan abi.

“Umi jangan risau ye! Atee yakin atuk tak berani nak bagi tekanan lagi pada umi. Sebenarnya Atee memang nak balik kampung sebab mak dan ayah mungkin akan sampai tak lama lagi. Banyak yang Atee nak sediakan sebelum majlis Atee nanti. Tapi kalau umi ada apa-apa masalah, umi cepat-cepat call Atee ek?” Bisik aku pada umi sambil mengelus tangannya. Takut jugak kalau atuk dengar perbualan aku dengan umi. Tak fasal-fasal rosak program aku.

“Yelah! Umi faham. Jangan lupa call umi bila dah sampai.”
Pesan umi pula sambil mengiringi aku hingga ke muka pintu hadapan. Aku lega melihat umi dengan senang hati lepaskan aku balik ke kampung aku.

“Jauh sangat kampung Atee tu. Apa kata biar atuk saja yang temankan Atee!” Tiba-tiba atuk bersuara.
Aku rasa baik aku berterus terang sebelum keadaan menjadi lebih parah.

“Kampung Atee dekat saja. Dalam negeri perak ni aje.. Yang dekat johor tu tempat kelahiran Atee. Semua keluarga Atee dah menetap di perak ni..!”

“Oh..kalau macam tu senanglah nak pinang Atee untuk abang Arie!”

Aku dan umi melopong mata dan mulut. Rasa macam tak percaya pulak dengar atuk cakap macam tu. Namun cepat-cepat aku berlagak biasa. Projek untuk terus tunjuk perasaan harus diteruskan demi matlamat sebenar.

“Sudah-sudahlah merajuk tu! Tak sanggup dah atuk tengok muncung itik tu. Ni kalau abang Arie tengok, terus dia cari lain.”

Aku kembali tergamam. Macam-macam yang keluar dari benak fikiranku. Apakah atuk sudah tahu akan hal sebenar? Tapi bagaimana?

“Atuk tahu siapa Atee yang sebenar. Atee jangan lupa, atuk ni bekas seorang tentera perisik khas. Setiap apa yang terlintas dalam fikiran Atee, sudah dapat atuk baca dari awal.”

Aku telan air liur. Apa agaknya yang atuk nak buat jika benar dia tahu siapa aku yang sebenarnya. Tembak aku dengan senapang gajah? Ah! Tak mungkin..! Pancung kepala aku? Ah! Lagi tak mungkin. Apa dia ingat negara tak ada undang-undang? Jangan-jangan dia nak pisahkan aku dari Arie? Wa wa wa..kompem aku bunuh diri.!

“Sebenarnya sejak awal lagi, atuk dah dapat rasa Atee ada kena mengena dengan keluarga anak atuk ni. Sejak itu atuk cuba-cuba siasat siapa Atee yang sebenarnya. Mula-mula atuk memang rasa marah dan mahu teruskan juga apa yang atuk rancangkan selama ni, tapi bila mengenangkan apa yang Atee cakapkan pada atuk masa di tesco hari tu, atuk mula sedar. Mungkin Atee berkata benar yang atuk buat keputusan tu, ketika  hati dan fikiran atuk dikuasai oleh syaitan.”

Sekali lagi aku tersentak.

“Lama atuk berikir. Sepanjang atuk berada di sini Atee banyak menyedarkan atuk. Atuk tahu arwah Athirah sedih tengok atuk terus mendera perasaan ahli keluarganya dan atuk tahu dia tak tenang di sana kerana atuk juga tak tenang.”

Aku tatap wajah atuk yang sudah mula basah dek air mata. Aku turut rasa sebak.

“Sejak atuk tahu Atee ni menantu dalam rumah ni, Atuk rasa bersyukur. Atuk seronok dan gembira kerana Allah mengurniakan seorang menantu yang baik untuk anak atuk. Paling buat atuk rasa tak sangka dan bersyukur ialah bila Atee sanggup biarkan Arie pulang sendiri demi menyelamatkan rumahtangga Atee. Baruntung sungguh mak bapak Atee dapat anak sebaik Atee. Atuk malu pada Atee, pada umi dan cucu-cucu atuk kerana atuk dah tua, tapi sanggup berlaku kejam pada anak cucu sendiri demi kepentingan sendiri kerana rasa ego dan pentingkan diri sendiri.” Balas atuk lagi sambil menahan esak.

Aku tak dapat menahan sebak, lantas tubuh tua atuk aku terpa dan memeluknya. Dalam hati aku bersyukur kerana Allah telah bukakan pintu hati atuk untuk terima aku. Aku yakin berita ini yang dinantikan dari semua pihak termasuk keluarga aku sendiri. Aku juga yakin semua ini berkat dari doa semua yang menyayangi aku. Namun jauh di sudut hati aku masih was-was dengan penerimaan Sarah.

“Macam mana dengan Sarah tuk?” Aku tanya setelah atuk reda.

“Sebenarnya itulah sebabnya atuk lewat datang sini. Tetamu yang datang kerumah atuk tu adalah pihak dari semua tunang-tunang abang-abang kamu termasuklah Sarah. Atuk ambil keputusan memutuskan pertunangan mereka demi sayang atuk pada Atee. Atuk harap dengan cara ini arwah Athirah tenang di sana”

Aku dah rasa nak melompat sakan. Aku bangga kerana atuk sanggup korbankan egonya demi sayangnya pada aku dan arwah Athirah. Mungkin inilah yang dikatakan berkat korban sempena hari raya aidiladha. Aku bersyukur yang teramat sangat.

“Ahamdulillah..! semua berjalan baik dan mereka dapat terima cuma Sarah saja yang tak dapat terima walaupun pihak keluarganya dapat terima. Atuk tahu Atee susah hati tapi atuk akan cuba selesaikan masalah ni. Atuk tak sangka selama ni rupanya banyak pihak yang tidak setuju dengan keputusan atuk termasuklah keluarga tunang-tunang abang-abang kamu. Mereka tu semuanya hanya menjaga hati atuk saja kerana banyak termakan budi atuk. Sebab tu masing-masing tak berani nak kata apa. Atuk malu dan menyesal kerana mendera perasaan mereka termasuk anak cucu atuk. ”

Oh..jadi kedatangan Sarah tadi sebab ini juga rupanya..! Nampaknya aku masih tak boleh tarik nafas lega kerana Sarah seolah-olah menyimpan dendam. Kalau tidak, masakan dia sanggup datang cari Arie hingga ke rumah.

BAB 28 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

28
  SEPERTI yang aku janjikan semalam, hari ni aku bersusah payah di ruang dapur demi menyiapkan masakan kegemaran atuk aku tu. Cewah.! Atuk aku..! Bila masa dia jadi atuk aku pun, aku tak tahu. Opts! lupa pulak.. kan aku dah kawin dengan cucu dia, dah tentulah aku ni dah jadi cucu dia..dan dia da jadi atuk aku..!

   Nasib baik umi ada membantu. Walaupun umi hanya sekadar menyediakan bahan,  itu sudah memadai. Aku tak mahu atuk menyalahkan umi andai ada sesuatu yang tak senang pada pandangan matanya. Tapi aku perasan dalam seminggu atuk berada dalam rumah abi, atuk semakin kurang bersikap dingin terhadap umi. Aku harap sikap atuk tu dapat dikekalkan. Aku tak senang hati jika melihat umi jadi murung dan tertekan. Aku tak mahu kesihatan umi semakin terjejas. Hari atuk datang hari tu, aku tahu umi tiba-tiba diserang penyakit darah tingginya gara-gara atuk yang suka mendesak tentang perkahwinan abang-abang ipar aku. Nasib baik abi ada, kalau tidak tak tahulah apa jadi pada umi yang tiba-tiba mahu rebah selepas solat maghrib. Nak saja aku haburkan rasa marah aku pada atuk, tapi bila abi melarang, aku terpaksa akur.

“Atuk tunggu apa lagi. Cubalah rasa. Kalau tak sedap, atuk makan diam-diam. Tapi kalau sedap, atuk cakap tiga-hari tiga malam pun Atee sanggup dengar.” Bebelan aku buat dia tersenyum sambil geleng kepala.

“Betul Atee yang masak ni.?” Dia tanya seperti kurang yakin dengan kemampuan aku. Aku angguk dengan wajah selamba.

“Bukan umi kamu yang buat?”

Aku geleng kepala. Seawalnya aku dah agak, dia pasti akan membabitkan umi.

“Atuk ni banyak tanyalah.! Duduk diam-diam, makan jelah.! Banyak sangat songeh.! Kalau tak nak makan, biar Atee dengan abi dan umi saja yang makan.” Aku menjeling tajam dan buat-buat merajuk. Atuk pula dengan rasa tak bersalah terus ketawakan aku berdekah-dekah.

“Sikit-sikit merajuk.! Kesian suami kamu nanti asyik kena pujuk kamu.!” Bentak atuk sambil tersengeh-sengeh lalu duduk di  kerusi meja akan. Nasi yang sudah aku sendukkan ditarik rapat ke arahnmya lalu menyuap ke mulut. Abi dan umi turut menarik kerusi seperti tidak sabar merasa masakan aku tu. Bila aku terdengar atuk seperti berdehem, cepat-cepat aku mencelah.

Hah.! Atuk nak komen apa.?” Aku kalut bertanya.

“Atuk nak cakap, sedap..!” Ucapnya lalu meneruskan suapan. Bila habis sepinggan dihulurkan lagi pinggannya untuk menabah. Dari riaksinya tu aku yakin, masakan aku tu memang sedap. Abi dan umi pun tak lekang memuji aku.

“Kalau macam ni punya masakan, dah boleh buka restauran..!”

Sampuk atuk tiba-tiba. Aku dah rasa macam nak terkoyak lubang hidung menahan kembang. Tak sia-sia aku berchating dengan kawan-kawan fb bertanyakan tentang resepi beriani gam. Aku orang perak, manakan sama dengan beriani gam johor.


   PETANG tu sekali lagi aku didatangi oleh abang Az dan abang Azraie. Niat mereka sekadar mahu berbual kosong dengan aku. Nasib baiklah kedatangan mereka tidak disertakan dengan anak-anak dan isteri-isteri mereka. Kalau tidak pasti perbalahan berlaku antara atuk dan cucu-cucunya.

“Kenapa abang Az dengan abang Ayie tak call dulu kata nak datang..?” Bisik aku sambil mengiringi mereka masuk ke dalam rumah.

“Mana kita orang tahu yang orang tua tu ada di sini..!” Abang Azaraie membalas juga dengan berbisik.

“Mana dia.?” Abang Az bertanya sambil mata mmereka berdua liar memerhati keliling rumah.

“Dalam bilik. Mungkin solat kot..!”

“Macam mana dengan misi Atee tu.?”

“Macam ni..!” Aku menunjukkan ibu jari aku tanda baik. “Dia nak kawinkan Atee dengan salah seorang anak paklong Kadir. Tapi Atee kata Atee tak mahu kawin lagi.” Aku tersengeh-sengeh lalu ceritakan apa yang berlaku sepanjang atuk ada dalam rumah ni. Mengekek-ngekek abang- abang ipar aku ketawa bila tiba bab lucu.

“Ada-ada jelah Atee ni.! Ada ke cakap nak kawin dengan cucu dia yang umur dua puluh enam tahun.! Cakap jelah Atee dah terpikat dekat Arie.. mana tahu dia buat pertimbangan semula.” Ujar Abang Azraie sambil geleng kepala. Apabila sedar ada bunyi langkah berserta dengan deheman garau dari arah belakang, kami matikan perbualan. Seperti yang aku jangka, kedua-dua abang ipar aku hanya mmenikus. Takut sangat.!

“Atuk apa khabar.?” Tegur Abang Az lalu kedu-duanya menghulurkan tangan pada atuk bila atuk sudah berada dekat.

“Aku sihat. Korang yang tak pernah nak ambil tahu tentang aku.!” Tempelak atuk garang. Berkerut-kerut muka aku dengan perangai atuk. Tiba-tiba aku pulak yang hangin.

“Atuk ni apa hal? Tiba-tiba nak moody.! Orang kalau lepas solat, sejuk hati tu. Tapi atuk ni lain pulak. Solat tadi khusyuk ke tidak? Kalau macam nilah rupa atuk lepas solat, kompem sembahyang dengan setan!” Aku tempelak dengan nada geram. Kesian aku tengok abang-abang ipar aku yang dah macam cicak tertelan kapur. Entah kenapa aku memang tak boleh sabar kalau atuk tiba-tiba buat hal. Sedangkan beberapa hari ni aku tengok mood dia ok saja. Bila abang-abang ipar aku datang, angin kuch-kuch dia mula menyerang. Nak kena sungguh orang tua ni!

“Atee tolong buatkan kopi untuk atuk ye?”

Hah.! Boleh pun cakap elok-elok. Pandai atuk ek..! Nak bodeklah tu! Petang ni kopi tak boleh minum sebab pagi tadi dah ambil kopi. Untuk petang ni milo o saja dibenarkan.” Aku tegas bersuara tanmpa pedulikan pandangan tajam dari kedua-dua abang ipar aku.

“Milo o pun milo o lah..!” Atuk jawab seperti hilang semangat. Aku ketawa dalam diam.

“Abang berdua ni nak minum apa.? Milo jugak lah ek.? Tapi Atee buat yang speacial sikit.!”

“Tak payah kamu nak layan sangat abang-abang kamu ni. ! Degil.!” Bentak atuk perlahan.

“Biarlah! Sepatutnya atuk bersyukur dia orang nak datang melawat atuk. Kalau tak datang nanti, baru padan dengan muka atuk tu..!” Aku jawab geram lalu bangun meninggalkan mereka dan terus menuju ke dapur. Sampai di dapur aku lihat umi sedang sibuk sediakan minuman. Macam tau-tau saja umi aku ni apa yang aku nak. Mungkin dia dengar perbualan pendek aku dengan mereka di luar tadi.

   Keluar dari dapur sambil menatang dulang air, aku hanya mendengar suara atuk saja. Manakala abang-abang ipar aku hanya diam membisu. Nampaknya aku kena turunkan sedikit ilmu keberanian aku pada abang-abang ipar aku ni.

“Macam mana dengan apa yang aku cakapkan tadi? Bila nak langsungkan?”

Aku dah dapat rasa apa yang atuk bebelkan pada kedua-dua cucunya tadi.

“Langsungkan apa tuk?” Aku tebalkan muka menyampuk.

“Abang-abang kamu ni dah tua terlajak, tapi nak hidup macam orang bujang. Tak sedar diri. Suruh kawin ada-ada saja alasan.!” Marah atuk penjang berjela.

Aku pandang kedua-dua wajah abang ipar aku tu. Kesian betul aku dengan dia orang. Nak cipta hidup sendiri pun payah.

“Dah dia orang tak nak kawin, biar jelah.! Ada jodoh nanti, kawinlah dia orang.” Balasku pula.

“Masalahnya sekarang, mereka ni tak ada hati nak kawin..!” Tempelak atuk lagi.

“Atee rasa bukan dia orang tak mahu kawin, tapi calon-calon yang atuk bagi dekat dia orang tu tak sesuai dengan citarasa mereka. Cuba atuk tengok betul-betul abang-abang Atee ni. Sikit punya hendsome. Tapi atuk bagi yang macam orang tak cukup umur. Kalau yang dah berumur tu, dah macam makcik orang pulak.! Yang bergelar andartu pun atuk calonkan jugak.?”

“Dah dia orang yang suka tangguhkan, memanglah calon-calon mereka tu jadi andartu.!”

Hah..! Apa kata atuk cakap dekat calon-calon atuk tu suruh dia orang jangan tunggu lagi abang-abang Atee ni. Tu pun kalau dia orang tak mahu bergelar andartu..! Atee rasa dia orang pun dah taknak dekat abang-abang Atee yang dah kertu ni..!”

Sindiran aku tu aku rasa cukup buat atuk terdiam tak tahu nak menjawab lagi. Tapi bila aku tengok atuk terus membisu, aku jadi serba salah. Aku sedar, tak sepatutnya aku malukan dia di hadapan cucu-cucnya yang sememangnya aku ni hanya orang luar.

“Atuk..!” Lembut saja aku menyeru. Punggung ku labuhkan sebelahnya sementara tangan tuanya aku rangkul erat.

“Atuk tahu tak! Kalau arwah nenek ada, mesti dia sedih tengok atuk macam ni. Seorang suami dan ayah yang penyayang, tiba-tiba bertukar sifat hanya kerana sejarah lampau. Atee sedar Atee tak layak cakap macam ni pada atuk sebab Atee hanya orang luar. Tapi Atee nak atuk tahu yang Atee sayangkan atuk. Atee tak ada atuk. Dua-dua atuk atee belah emak dan ayah dah pergi. Atee tak mahu atuk terus menyiksa diri sendiri hanya kerana perkara yang dah lepas. Atee tahu kenapa atuk jadi macam ni. Sebab Athirahkan? Atee yakin Athirah sedih tengok atuk macam ni. Tak senang dia di sana dengan keadaan atuk sekarang. Bertambah-tambah sedih bila atuk jadikan keluarganya sebagai tempat atuk lepaskan geram. Apa perasaan atuk jika orang buat sesuatu pada anak-anak atuk? Begitulah yang umi dan abi rasa bila tanggungjawab mereka dirampas oleh atuk. Mereka sudah merasa kehilangan seorang anak, tapi mereka terpaksa lepaskan kesemua anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka masih hidup. Apa lagi yang tinggal pada mereka jika kasih mereka dirampas.”

“Aku tak rampas mereka.! Sudah.! Jangan kamu memandai nak mengajar aku.!”

“Atee bukan nak mengajar. Tapi Atee nak atuk sedar yang kita kat dunia ni bukan lama mana pun. Esok-esok kita akan pergi jugak. Berbaloikah atuk rasa apa yang atuk buat ni? Kalau atuk dah pergi, Atuk rasa tenang, kalau perkahwinan mereka tak capai bahagia? Atau atuk memang sengaja nak lihat mereka sengsara seperti mana yang atuk rasa dulu? Atuk..! abang-abang atee ni dah tua. Atuk sendiri cakap yang mereka ni dah terlajak. Apa kata kita bagi mereka masa dan peluang untuk tentukan jodoh mereka sendiri. Atuk tak teringin cicit? Atuk tak rasa, yang umur macam atuk ni sepatutnya dah ada sedozen cicit? Usahkan cicit, piut, piat sepatunya atuk dah merasa ada. Tapi atuk tak sedar, cara atuk ni sebenarnya menjarakkan lebih jauh atuk merasa semua tu.” Aku menghela nafas lembut bila atuk tertunduk diam.

“Atee bukan sengaja nak memandai-mandai bersuara atau mengajar. Sepatutnya atuk berfikiran bijak sebelum membuat sesuatu keputusan. Cuba atuk lihat abang-abang Atee ni. Disebabkan kekerasan hati atuk, mereka sengsara sebab tak kawin-kawin. Atuk tak rasa bersalah atau berdosa ke mendera perasaan zahir batin dia orang. Mereka pun ada perasaan dan keinginan untuk berkahwin, tapi biarlah dengan orang yang mereka suka dan berkenan. Cuba atuk tanya diri sendiri, apa yang atuk rasa bila kena paksa. Tersiksa kan? Macam tulah apa yang mereka rasa sekarang. Jangan jadikan perkara silam sebagai alasan untuk mencapai cita-cita atuk. Zaman atuk dah berlalu. Sekarang zaman cucu-cucu atuk bina keluarga masing-masing. Atuk sebagai ketua, sepatutnya berdoa dan terus berdoa agar keturunan atuk terus berkembang dengan baik dan sejahtera. Peristiwa Athirah pergi, bukan salah sesiapa. Sudah kehendak ilahi dia dipanggil. Itu tandanya Allah menyayanginya. Athirah bukan milik atuk dan atuk tak ada hak untuk menghukum sesiapa yang atuk rasa salah. Cuba atuk fikir, kenapa atuk yang dah tua ni masih belum dijemput sedangkan Athirah yang masih muda dipilih. Jawapan nya sebab Allah mahu atuk terus bersyukur dengan segala yang atuk ada selama ni. Allah mahu atuk perbaiki diri dan sedar diri siapa diri atuk sebenarnya. Dan atee yakin atuk lebih tahu apa jawapannya. Tapi kenapa atuk masih mahu menghukum mereka sedangkan mereka tak salah apa-apa. Atuk rasa berbaloikah atuk buat semua ni? Ujian akan sentiasa datang selagi kita bergelar anak adam. Dan sebab itulah Atee sarankan agar atuk dapat beri mereka peluang untuk tentukan hidup mereka.”
 Aku usap lembut belakang bahu atuk bila aku sedar di tubir matanya sedikit basah. Mungkin kerena tidak dapat menahan sebak, dia terus bangun dan tinggalkan aku serta abang-abang ipar ku di situ. Wajah umi dan abi yang sedang memerhati dari jauh, aku perhatikan dengan penuh sayu. Namun bila umi dan abi tersenyum manis sambil melangkah ke arah aku, aku bagai mendapat semangat baru untuk teruskan berusaha.

   Aku pandang pula wajah Abang Az dan Abang Azraie yang masih tunduk membisu lalu aku senyum lebar.
“Jangan risau okey..semua akan kembali baik.” Ucapku perlahan sambil tersenyum. Bahuku dipeluk mesra oleh umi.

“Dari mana Atee dapat kuasa untuk menentang atuk tu?”

“Atee tak ada kuasa, tapi Atee ada akal fikiran yang waras untuk menentang. Mula-mula Atee takut jugak nak cakap, tapi demi umi dan rumahtangga, Atee kena cakap. Kalau Atee tak teruskan usaha Atee ni, macam mana dengan rumahtangga Atee? Atee tak mahu hidup dalam serba salah. Takut hidup tak berkat. Tambah pulak anak yang Atee bakal kandungkan dan lahirkan nanti adalah dari keturunan dia. Atee tak mahu nanti bila anak-anak Atee tanya asal usul keturunan dia orang, Atee tak tahu nak jawab apa.”

“Tak sangka adik abang Az ni berani orangnya.”

Huh.! Kalau abang -abang semua nak tau, Arie siap gelarkan Atee ni Gaster kampung dusun tau.! Pastu dia kata bila dah kawin gelaran  Atee up sikit jadi My Wife Is Gangster. Teruk betul dia tu..!” Aku merungut geram bila teringat kata-kata Arie@ my Hubby.

“Kira oklah tu..My Wife is Gangster versi melayu.” Balas abi lalu mereka sama-sama ketawa termasuk umi.

“Bila Atee cerita pada dia yang abang-abang semua cakap yang Atee ni manja, dia tak percaya..!”

“Manja sebab kuat merajuk..!” Balas Abang Azraie lalu hidung aku ditarik kuat. Melopong mata dan mulut aku. Hm..aku dah agak..!


SELEPAS abang Az dan Abang Azraie balik, aku kebilik atuk. Perlahan-lahan aku ketuk pintu biliknya. Sejak tadi tiada apa yang kedengaran dari bilik tu. Aku risau sebenarnya. Manalah tahu kalau-kalau atuk buat sesuatu yang diluar jangkaan. Ah.! Takkan nak bunuh diri kot. Dah macam cerita tamillah pulak.!
Berkali-kali pintu bilik ku ketuk, namun masih belum ada tanda-tanda atuk nak buka pintu. Aku tekapkan telinga di daun pintu. Sayup-sayup aku dengar suara atuk sedang membaca al-quran. Mungkin dengan cara itu dia tenteramkan perasaannya yang sedang berkecamuk. Ah..biarlah dulu dia bersendirian.!

Namaku dilaung dari arah ruang tamu. Aku berpaling dan lihat abi sedang menggamit supaya aku datang dekat padanya.

“Biarlah dulu atuk tu..! Nanti dia sejuk sendiri. Dia masih terkejut lagi tu..!” Kata abi perlahan. Aku angguk kepala tanda faham dan setuju.

“Selalu ke atuk tu jadi macam tu?”

“Sebenarnya sebelum ni atuk tu tak pernah ada sesiapa yang membantah atau menghalang apa yang dia nak buat. Atee adalah orang pertama yang berani buat macam tu. Mungkin sebab tu dia terkejut. Tambah-tambah lagi Atee tu orang luar, lagilah dia rasa tak sangka. Abi sebagai anak pun tak mampu nak buat seperti yang Atee buat.”

“Baguslah abi tak buat macam Atee buat tadi. Kalau abi berani macam Atee tadi, senang-senang je atuk cop abi anak derhaka.” Abi ketawa dengar aku cakap macam tu. Nanti tak fasal-fasal atuk kata aku yang mengajar anak dia jadi kurang ajar.

“Dulu arwah Athirah pun macam Atee. Kadang-kadang abi dengan umi rasa macam salah mendidik pulak satu-satunya anak perempuan kami. Sikapnya amat berlainan sekali dengan kelapan-lapan abangnya. Kasar, pemarah, suka buat sesuatu mengikut kata hati tanpa fikir baik atau buruk, suka membebel.” Abi ketawa kecil bila teringat kembali sikap anak gadisnya yang pergi takkan kembali. Aku tahu dia sebak.

“Kalau dia dah kawin, tentu dia pun akan dapat gelaran My wife is Gangster kan abi?” Aku cuba berseloroh mengelak dari abi terus sebak. Mengekek-ngekek abi ketawa.

“Itu juga salah satu sifat arwah. Suka bergurau dan suka bagi orang ketawa. Dia juga baik hati. Tapi ada sesuatu yang buat abi dan umi risaukan. Arwah seperti kurang rasa malu dengan sesiapa saja. Arie adalah abang yang paling rapat dengan dia. Yang lain-lain pun rapat cuma kurang sikit. Mungkin sebab umur mereka tak jauh. Dulu Arie selalu membebel kalau adiknya bersikap kasar atau kurang hormat orang tua. Arie banyak mengajar arwah menjadi perempuan. Satu hari, bila arwah menjangkau umur dua belas tahun, arwah cuba jauhkan diri dari Arie. Arie pulak seperti redha dengan perubahan sikap arwah. Mula-mula abi dengan umi hairan jugak. Bila tanya arwah, dia tak mahu jawab. Tapi bila tanya Arie, barulah kami mengerti. Yang sebenarnya masa tu arwah dah mula baligh dan Arie mahu arwah tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kami tak sangka sampai begitu sekali rapatnya hubungan Arie dan adiknya. Sedangkan kami sebagai ibu bapanya pun tak tahu dia dah baligh, tapi dengan Arie, mudah saja dia bagitahu. Arie kata mula-mula dia malu bila arwah bagi tahu hal tu pada dia. Tapi apa nak buat, telajak perahu boleh diundur. Selaku abang yang paling rapat, dah menjadi tanggungjawab dia untuk memujuk dan mengajar adiknya yang dah tak tentu arah bila pertama kali datang bulan.” Aku turut ketawa bila abi ketawa selepas cerita serba sedikit tentang arwah Athirah.

   Sebenarnya aku pun datang bulan buat pertama kali semasa umur aku dua belas tahun. Yang bezanya, ayah adalah orang pertama yang aku cari untuk bercerita tentang benda tu. Mak aku apa lagi, bising satu hari sebab aku ni katanya jenis tak tahu malu. Nak buat macam mana, hanya ayah yang aku nampak masa tu..! Sakit perut sebab senggugut pun aku cari ayah. Ayahlah yang usaha membakar batu sungai untuk dijadikan sebagai tungku untuk selesakan perut aku yang meragam. Tapi bila aku dah menjangkau umur empat belas tahun, semuanya aku buat sendiri.

   Selepas solat maghrib aku ke dapur membantu umi sediakan makan malam. Biasanya waktu-waktu macam ni, bayang atuk dah kelihatan di depan televisyen sebab atuk memang gemar menonton buletin utama. Tajuk berita hari ni memang menggemparkan dunia bila tiba-tiba pesawat MH370 milik malaysia hilang dalam perjalanan. Rasa seram pulak bila baca berita macam tu. Macam-macam spekulasi yang keluar. Tak dapat aku bayangkan kalau aku dan Arie di dalam pesawat itu.

“Atuk tak keluar bilik lagi ke mi.?” Aku tanya umi yang sedang menceduk gulai nangka ke dalam mangkuk.

“Belum. Cuba Atee pergi panggil dia makan. Kot-kot dia nak dengar. Tadi abi panggil tapi dia buat tak tahu je. Pintu pun berkunci” Bisik umi perlahan.

“Ye lah. Atee cuba!” Hii..mengada-ngada betul orang tua ni. Cakap lebih sikit dah tersentap. Tu baru aku bercakap, belum lagi anak cucu dia. Kalau yang bercakap tu anak cucu dia kompem dia merajuk bawak diri macam cerita batu belah batu bertangkup. Tapi ada ke batu yang sudi nak telan atuk yang ego hati batu tu. Rasanya tentu batu pun tak mahu telan dia sebab batu tu pun tahu hati atuk lebih keras dari dia.

   Aku terus melangkah laju ke arah bilik atuk yang terletak sebelah kiri bilik ruang tamu kedua .Sambil melekapkan telinga di pintu bilik, tangan ku laju mengetuk pintu sambil memanggil-manggil atuk agar keluar makan. Mula-mula aku ketuk perlahan kemudian kuat sedikit. Tapi bila aku rasa jemari aku dah mula rasa nyilu sebab lama mengetuk dan masih jua tiada balasan, aku dah mula panas. Tanpa rasa bersalah aku terus ketuk bagai nak pecah pintu tu.

“Baik atuk buka pintu ni sebelum Atee pecahkan. Atuk jangan ingat Atee tak kuat untuk pecahkan pintu ni..! Atee ada tali pinggang hitam tau.!” Tempik aku kuat dari luar bilik. Namun atuk masih berdegil.

“Kalau atuk nak mati sorang-sorang janganlah mati dalam rumah abi ni..! Atee takut nanti atuk jadi hantu, atuk masuk bilik Atee, cekik atee tengah tidur..!” Jerit aku lagi. Tapi masih jua tiada balasan.

“Atuk jangan cabar Atee..! Sekarang Atee nak pecahkan jugak pintu ni..! Atee peduli apa..duit atuk banyak, tak luak pun kalau nak kena ganti sekeping pintu kayu ni..! Satu.. dua..dua suku..dua setengah... dua lagi sikit.. ti..” Belum sempat aku sebut angka tiga, pintu terbuka. Wajah atuk yang serius sedang berdiri betul-betul depan aku sambil merenung tajam ke arah aku. Aku lawan pandang.

“Buruknya muka..! Dahlah tak hendsome. Buat pulak muka macam tu..tambah-tambah buruk jadinya..! Kalau Atee tengah mengandung, kompem muka anak Atee ikut jati macam muka atuk yang tak kacak ni.!” Kataku padanya. Dan akhirnya dia tewas lalu tersenyum malu.

“Kalau jatuh pengsan dalam bilik tu sorang-sorang, siapa yang susah? Abi dengan Atee jugak yang kena angkat tau.! Badan atuk tu dahla besar.!” Bebelku sambil menjeling.

“Cukup-cukuplah membebel. Sakit telinga atuk dengar kamu bercakap. Kamu tak rasa lengoh ke urat-urat mulut gusi kamu tu bila bercakap? Dah macam nenek kebayan.! pot pet pot pet..cot cet cot cet...! Aku tak tahu lama mana suami kamu boleh bertahan dengan kamu nanti.!” Tempelak atuk panjang lebar. Aku yang masih geram dengan situasi tadi hanya berdiam sambil menjeling.

“Dahlah.! Jangan cakap banyak. Jom makan.!” Ujarku lalu menarik tangannya  tetapi dia masih kaku berdiri di hadapan bilik.

“Kenapa cucu atuk ni jadi macam ni.? Asyik bagi atuk kalah je! Sesekali bagilah menang pulak!”

“Adat permainan. Yang menang tetap akan bergelar pemenang. Yang kalah dok diam-diam dan cuba belajar terima kenyataan..!”

“Ada saja jawabnya.!  Kalau tak menjawab, tak boleh?”

“Dah menjadi lumrah hidup. Setiap soalan harus dijawab. Kalau tak jawab, itu bukan soalan namanya!” Ucapku lagi sambil meraih kembali lengannya lantas  berjalan beriringan menuju ke meje makan. Sampai di situ aku lihat abi dan umi tersenyum-senyum memandang aku kerana berjaya memujuk atuk.

BAB 27 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

27
“ATUK tak makan ubat lagi.?” Aku tanya baik-baik pada atuk yang tengah menonton. Selepas sarapan pagi tadi, sehinggalah jam dah menunjukkan ke angka sebelas pagi, aku tengok ubat atuk tidak berubah. Dari situ aku syak dia tak makan ubat lagi.

“Nanti aku makanlah..!” Balas atuk acuh tak acuh. Lantas aku ambil ubat dia yang bermacam-macam kaler tu bersama segelas air suam lalu letakkan di hadapannya. Semalam aku dah fikirkan strategi baru untuk aku ambil hatinya. Aku tak boleh terus bertikam lidah dengannnya. Takut nanti akan jadi semakin buruk.

“Atuk ni nampak saja gagah, tapi macam-macam penyakit ada. Dah lama hidup? Teringin nak mati pulak lah tu..!” Bebelku lembut walaupun dalam versi garang sambil mengeluarkan ubat mengikut sukatan yang tertulis di plastik ubat. Bila aku rasa semua betul, aku hulurkan pada dia.

“Letak situ dulu. Nanti aku makan.!”

“Makan sekarang.! Macam mana nak sihat kalau makan ubat tak ikut waktu yang ditetapkan.? Kalau malas makan, baik tak payah ambil ubat.!” Kata ku lembut sambil teruskan menghulurkan ubat tadi. Bila aku tengok atuk seperti terdiam sambil tengok aku, perlahan-lahan tangannya aku tarik dan ubat tadi aku letakkan atas tapak tangannya.

“Atuk tunggu apa lagi.? Makanlah.!” Aku buat -buat lagak seperti sedang memarahi seorang budak yang degil. Bila atuk akur dengan arahan aku tersenyum lebar.

“Mm..pandai pun..!” Atuk tersenyum sambil geleng kepala lepas aku cakap macam tu.

“Kamu dah ada boyfriend.?” Lembut je atuk tanya aku. Aku senyum sambil geleng kepala. Petanda baik ni..

“Berapa umur kamu sekarang.?”

“Dua puluh lima. Kenapa.? Atuk minat dekat Atee ke? Taulah atuk tu dah lama membujang. Kalau ye pun carilah yang sepadan dengan atuk tu..!  Maaflah ye tuk.. Atee tak berminat dengan lelaki berumur macam atuk ni. Walaupun Atee tak ada boipren, atee takkan pilih atuk jadi boipren Atee!”

Ish.! kamu ni..! Kesitu pulak. Aku nak tahu saja. Manalah tahu, kot-kot kamu tiba-tiba gatal nak berlaki, atuk boleh tolong carikan.” Atuk balas dengan nada geram.

Mengekek-ngekek aku ketawa. Sebenarnya aku pun sekadar nak bergurau dengan dia. Seronok tengok dia naik angin. Lucu tengok setiap kali dia tarik nafas, misai dia yang tebal tu turut bergerak sama.

“Kenapa? Atuk ada calon yang sesuai dengan Atee ke.?” Aku dah mula cuak. Siapalah yang nak digandingkan dengan aku agaknya.? Setahu aku semua cucunya dah ada calon.

“Cucu aku ramai. Semua lelaki, semua berpelajaran dan ada rupa serta kerja yang bagus-bagus, kamu nak?” Dia tanya lembut sambil ketawa kecil.

“Taknaklah.! Atee takut semua cucu atuk ikut perangai atuk yang sombong tu. Tambah pulak Atee bukan keturunan Syed. Nanti lari pulak salasilah keturunan atuk tu.” Ujarku lantas memberi jelingan yang tajam sambil memuncung panjang.

Berdekah-dekah dia ketawakan aku. Tahulah aku yang dia tak marah aku cakap macam tu. Mula-mula aku takut jugak, tapi bila dia ok, aku pun ok jelah..!

Aku tersentak bila kepala aku disentuh lembut lalu diusap perlahan. Aku senyum nipis. Tak sangka atuk menyentuh kepala aku. Macam mimpi pulak.

“Bukan ke kamu jugak yang cakap semalam, siapa-siapa yang kawin dengan cucu aku, keturunan aku tetap tak boleh diubah sebab cucu-cucu aku semuanya lelaki.”

Aku tersengeh malu. Agaknya atuk terfikirkan hal tu kot sepanjang malam semalam..

“Atuk tak risau keturunan atuk dah bercampur.?” Aku sengaja tanya sedangkan seawalnya aku dah tahu arwah isterinya ibu kepada abi bukanlah berasal dari keturunan syed.

“Nak risau apanya, darah aku dengan darah kamu tu sama merah.”

 Aku tersenyum dalam hati.

“Kalau Atee setuju terima salah seorang cucu atuk, yang mana atuk nak bagi pada Atee.? Atee ni memilih tau.!”

“Kamu nak yang macam mana.?”

“Atee ni muda lagi, dah tentulah Atee nak yang muda.. Yang umur dua puluh enam tahun ada tak tuk.?”

“Dua puluh enam.? Lebih dari tu kamu taknak.?”

 Aku geleng kepala lepas atuk tanya. Dalam kepala aku cuma wajah Arie yang aku nampak.

Mm..ada kot.! Nanti aku tengok-tengok. Kalau anak-anak abi kamu, semua dah ada yang punya, tapi kalau anak aku yang lagi satu tu, tak tau la pulak.”

Wa..! aku dah terkejut tahap beruk punggung merah dah. Macam mana kalau anak paklong Kadir ada yang belum terisi? Sahlah aku kena ikut cakap dia. Sebelum jadi lebih teruk baik aku undur diri dulu.

“Terima kasih jelah tuk..! Sebenarnya Atee ni belum lagi rasa gatal nak kawin.” Aku takut kalau atuk teruskan rancangan dia.

“Habis, bila kamu nak kawin?”

“Insyaallah..! kalau ada jodoh Atee kawinlah..! Masa kawin Atee nanti, Atee nak buat gran-gran. Bagi gempak satu kampung tengok Atee kawin.”

Aku nampak atuk seperti mengeluh.

“Kenapa tuk.?”

“Tak ada apa-apa.” Lantas dia bangun dan tinggalkan aku sendiri di situ. Situasi masa tu sama seperti dia tinggalkan aku di halaman bulan lalu. Terfikir-fikir aku sejenak. Kenapa dengan atuk tu? Aku salah cakap ke?


 JAM dah menunjukkan ke pukul lima petang. Lepas solat asar aku bersiap-siap untuk keluar ke pasaraya tesco yang berdekatan. Tadi umi kata barang dapur banyak dah habis. Dengan senang hati aku tawarkan khidmat aku untuk membeli barang-barang yang dimaksudkan oleh umi. Fasal membeli barang dapur ni, serah saja pada aku. Aku memang suka membeli barang dapur. Bukan saja barang kering, barang basah pun aku suka beli. Sebab tulah kalau hal-hal dapur ni, tak menjadi masalah pada aku. Tanya apa saja, semua aku boleh jawab.

“Kamu nak pergi mana.?”

 Tanya atuk sambil perhatikan aku atas ke bawah. Agaknya dia tak percaya dressing aku dah mengalahkan wanita koporat nak pergi bersidang. Sebenarnya aku bukan gemar sangat dresing macam ni, tapi sebab sedar diri dah ada suami, aku kena ubah penampilan. Lagipun aku malu sangat bila atuk kata aku berjalan tak serupa perempuan. Sepanjang aku duduk dalam rumah mertua aku ni, belum pernah lagi aku memakai jeans. Setakat track suit tu biasalah. Agaknya dia nak suruh aku pakai kain batik kot, baru nampak macam perempuan. Memang seumur hidup aku tak pernah pakai kain batik. Tak dapat bayangkan kalau aku pakai kain batik. Silap-silap aku pakai macam gulung kain pelikat seperti yang ayah aku pakai. Hm..nampaknya aku kena belajar pakai kain batik dari umi kalau aku nak atuk berkenan dekat aku. Tapi si Sarah tu tahu ke pakai kain batik? Aku tengok pilihan atuk tu lagi teruk dari aku!

“Atee nak keluar kejap, beli barang dapur sikit. Atuk nak pesankan apa-apa?” Aku tanya lembut sambil membetulkan tudung yang sedikit senget.

“Kan cantik macam ni! Dah seminggu aku dekat sini, inilah kali pertama aku tengok kamu bersopan sikit.!”

Ujar atuk tanpa menjawab soalan aku tadi. Mata atuk masih tak berkelip memandang aku. Ceh.! Sikit je? macam tak ikhlas je memuji.. Hmm..baru dia tahu.! Apa dia ingat aku tak tahu derssing macam ni..?

“Biasa-biasa je tuk..! Atee sebenarnya tak selesa berhias macam ni, takut ramai yang memandang.! Kalau Atee dah kawin kompem suami Atee tak izinkan Atee keluar rumah langsung.!”

“Bukan selalu. Sekali sekala apa salahnya..!”  Rungut atuk perlahan.

“Atuk nak pesan apa-apa ke.?” Aku tanya lagi soalan tadi. Malas dah nak cakap fasal penampilan terbaru aku ni.

“Tak ada. Kamu drive sendiri?”

“Yelah..! Takkan nak suruh atuk drive kot..!” Kata ku sambil mencapai kunci kereta milik Arie. Kereta tu dah macam kereta aku pulak.

“Dah! Simpan saja kunci kereta kamu tu. Biar atuk saja yang temankan kamu. Kamu tu anak dara, tak manis keluar sorang-sorang. Jadi apa-apa pada kamu tengah jalan nanti, bising pulak bakal suami kamu. Nanti keluarga kamu salahkan atuk pulak sebab tak tahu jaga cucu sorang.” Bebel atuk sambil memandang aku atas ke bawah.

Aku senyum malu-malu. Rasa bebbunga dengar atuk cakap macam tu. Kalaulah dia tahu kereta ni milik cucu dia, mesti dia kata aku memandai buat harta sendiri.

“Pelik sangat ke pakaian Atee ni, tuk.?” Aku tanya sebab perasan atuk asyik perhatikan aku.

“Elok dah macam tu..! Baru nampak macam perempuan. Ni baru namanya cucu atuk.!” Ujar atuk lalu malangkah keluar. Aku tergamam lalu tersenyum. Umi dan abi yang perasan akan situasi itu turut tergamam dan tersenyum. Umi mengangguk kepala tanda menyuruh aku segera keluar mengikut atuk.

   Masuk saja dalam kereta atuk, mata aku seakan bercahaya. Siapa sangka aku jadi penumpang kepada Atuk @ Mr. Potato@ Galak. Kereta atuk ni memang antik dan style lama tapi masih terjaga keasliannya. Aku rasa kalau dijual pada penggemar antik pasti ramai yang berebut nak beli. Dengan keadaan luar dan bunyi enjin yang masih elok, aku pasti kereta ni pasti mencecah ke ratusan ribu jika dijual. Mercedis wei..! Seumur hidup aku, nilah kali pertama aku naik mercedis. Kena rekod dalam diary ni.! Sejarah dalam hidup aku. Tak pernah terbayangkan pun aku akan naik kereta mewah ni sebab seawalnya aku memang tak yakin. Jadi aku kena sedar diri.

“Cantik kereta atuk.!”

“Kereta lama. Kereta ni arwah ayah atuk yang hadiahkan pada atuk semasa atuk dinaikkan pangkat. Banyak kenangan atuk dengan kereta ni. Kemana-mana pun atuk akan bawak.” Ujar atuk sambil menggerakkan keretanya.

Mm..maknanya atuk dating dengan arwah nenek pun naik kereta nilah ek? " Aku mengekek ketawa.

Ish.! Zaman atuk dulu mana boleh dating macam tu. Nak jumpa pun kena mintak izin mak bapak. Tu pun boleh jumpa dekat rumah saja. Nak bawak merata tempat, jangan haraplah..!”

“Arwah nenek dulu, cantik tak atuk.?”

“Arwah isteri atuk ada dua orang. Dua- dua cantik. Tapi atuk lebih sayangkan yang pertama sebab dia pilihan atuk. Atuk mintak maaf kalau atuk kata yang muka isteri atuk memang siras dengan kamu.”

 Aku tersentak. Patutlah dia sayang sangat pada arwah Athirah.

“Manakala yang kedua adalah pilihan ayah atuk” Sambung atuk lagi.

“Nombor dua tu atuk tak sayang?” Aku tanya tanpa rasa malu.

“Bukan tak sayang. Tapi perasaan atuk pada dia banyak ke arah hormat.”

 “Atuk bahagia dengan isteri kedua atuk?”

“Bahagia tapi atuk tak ada anak dengan dia. Anak-anak atuk dua-dua dari hasil perkahwinan dengan isteri pertama atuk. Mereka dijaga dengan baik oleh isteri kedua atuk dan atuk yakin anak-anak atuk pun sayangkan ibu tiri mereka.”

“Isteri pertama atuk apa cerita.?”

“Sebab atuk kawin dengan isteri kedua, dia merajuk lalu tinggalkan atuk dengan anak-anak. Atuk kecewa sebab dia tinggalkan atuk tanpa mendengar penjelasan atuk. Semasa hari perkahwinan abi kamu, dia ada datang. Dia masih cantik seperti pertama kali atuk lihat dia. Dia masih sendiri masa tu. Katanya dia masih sayangkan atuk sebab tu dia tak cari pengganti. Selepas tu atuk kerap jumpa dia. Hampir dua tahun atuk dengan dia berhubung dan kami bersama semula tanpa pengetahuan isteri kedua atuk. Masa tu atuk rasa dunia atuk macam atuk yang punya. Tapi siapa sangka, bahagia atuk tak lama. Dia pergi tinggalkan atuk untuk selama-lamanya dan dah tentu takkan kembali lagi setelah disahkan mengidap barah paru-paru. Apa-apa pun atuk bahagia dengan dia dan atuk bersyukur kerana membahagiakan dia di saat-saat akhirnya sekali gus menghilangkan rasa bersalah atuk dulu.”

 “Isteri kedua atuk.?”

“Sapai akhir hayat dia tak tahu tentang atuk dah rujuk semula dengan isteri pertama Atuk.”

Aku mengangguk tanda faham.

“Seandainya cucu-cucu atuk buat seperti yang atuk buat dulu, adakah atuk masih mahu mereka kawin dengan pilihan atuk.?”

“Rancangan mahu jodohkan mereka sudah terikat dengan perjanjian. Maka harus diteruskan jugak walau apa pun yang jadi.”

Aku tersentak. Di ruang mata aku sudah terbias Arie aku dinikahkan dengan Sarah.

“Kalau atuk bahagia dengan isteri pertama atuk, kenapa atuk masih nak menghukum anak-anak abi? Atuk tak rasa bersalah ke buat macam tu? Sedangkan mereka langsung tak bersalah. Apa yang atuk rasa kalau dia orang akan buat macam yang atuk pernah buat pada isteri pertama atuk?  Bukankah itu satu penganiayaan?” Aku tanya perlahan.

“Perjanjian tetap perjanjian..!” Ujar atuk tegas tanpa berpaling pada aku disebelahnya. Dari nada suaranya aku dapat rasa dia seperti kurang puas hati dengan pertanyaan aku yang mendera hatinya.

“Perjanjian yang dibina semasa hati dikuasai syaitan. Tak berkat hidup kalau perjanjian yang dibuat dengan niat mendera perasaan orang walaupun niat untuk menyambung silaturrahim. Perjanjian boleh termeterai jika kena dengan cara jalannya! Atee kasihan pada abang-abang Atee tu sebab mereka manusia, ada hati, perasaan, akal fikiran, keinginan dan nasu untuk berpasangan. Memang benar atuk benarkan mereka kawin, tapi dengan bukan pilihan mereka. Contohnya abang Az dan abang Ayie tu. Umur mereka dah nak masuk empat puluh tahun. Sepatutnya dalam usia macam tu, mereka dah ada anak teruna atau anak dara yang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Mungkin dalam setahun dua akan berkahwin. Tak mustahil juga kalau atuk dah bergelar moyang masa tu.”

Kalau dia tegas, aku pun harus tegas. Dalam hal ni dah melibatkan urusan ruahtangga aku. Jadi aku harus tegas mempertahankan hak aku. Bila atuk hanya mengeluh aku terus matikan niat aku untuk terus bertanya dan mendesak. Aku rasa atuk belum bersedia untuk luahkan semuanya. Akhirnya kami sama-sama membisu sehingga sampai di tepat parking pasaraya tesco.

  Atuk Arie ni memang jenis caring. Risau betul dia kalau jadi apa-apa kat aku. Dia buat aku ni macam kanak-kanak lima tahun. Sampaikan aku nak lintas jalan pun, dia pimpin tangan aku. Katanya aku kecik lagi. Amboi..dah jadi bini orang pun, kecik lagi? Aku dapat rasa Atuk Arie ni masih terasa dengan layanannya pada arwah Athirah dulu. Sebab itulah dia buat aku macam cucu sebenar dia. Nak buat macam mana..ikut jelah..!

   Sampai di Tesco, aku segera mendapatkan troli. Atuk dengan rela hati sudi menjadi penolak troli dan hanya mengikut langkah aku.

“Kamu pandai buat nasi beriani gam.?” Tiba-tiba atuk tanya ketika aku dan dia melintas tempat rempah ratus. Aku tersenyum-senyum.

“Atee tak biasa buat tapi Atee tahu macam mana nak buat.” Aku terus terang. Memang dulu aku pernah buat. Semuanya gara-gara Fiza yang nak menarik perhatian bakal mertuanya. Memandangkan Hafiz merupakan anak jati johor, dia sanggup bersusah payah belajar dari google. Aku pulak yang sememangnya ada asas-asas memasak, turut membantu dia walaupun aku tak pernah buat nasi beriani. Nasib baik nasi beriani tu menjadi. Hafiz kata sedap dan aku pun tahu nasi tu memang sedap. Kalau tak sedap dia tetap kata sedap takut tunang dia merajuk.

“Apa kata kalau Atee buatkan untuk Atuk. Dah lama atuk teringin nak makan. Dulu arwah isteri atuk selalu buatkan untuk atuk.”

“Yang mana? Nombor satu ke dua?” Aku tanya sambil tersengeh-sengeh. Bila dia tunjuk satu jari, aku faham.

“Arwah nenek orang johor ke?” Dia angguk kepala sambil tersenyum.

“Atee kan orang johor, mesti tahu buat.!” Aku tergamam. Baru aku teringat aku pernah kelentong tentang tempat asal aku.

“Atee cuba. Tapi kalau tak sedap, Atee mintak maaf ye..!” Aku jawab gugup lalu menghela nafas dalam-dalam untuk menghalau rasa gugup. Atuk senyum sambil mengangguk.

“Kita buat esok jelah ye..? Dah petang sangat ni. Lagipun masakan tu tak sesuai untuk makan malam.”

Sekali lagi atuk mengangguk. Mudah pulak dia ikut cakap aku. Kalau tak, ada saja yang nak dibangkangkannya. Sebenarnya aku nak buat homework sikit fasal resepi tu. Bila atuk setuju nak aku buat esok, kiranya adalah masa aku bergoogle malam ni.


- ATUK suruh Atee buat nasi beriani untuk dia esok.-
Aku mula berchating dengan Arie bila aku sedar dia dah online.

- Macam x prcya plak.! -

- Abg kna prcya. Ptg td atuk sudi jd driver utk bwk Atee prgi tesco. Atuk cite ttg arwah nenek. Sedihla..dgr cite dia..-

- Lg ssh nk prcya. Abg pun byk x thu ttg sejarah hidup dia. cam mana Atee blh thu.? -

- Klu abg nk thu, muka Atee bkn sja mirip arwah Athirah, malah mirip muka arwah nenek isteri pertama atuk..-

- masyaallah..ye ke..? Abg betul2 terkejut ni..-

- Atuk nak jodohkan Atee dengan salah seorang cucu dia tapi dgn anak paklong Kadir.-

- What.!! melampau. Skrg jgk abag blik ambil Atee balik sini.-

Aku ketawa sendiri. Agaknya kalau aku cerita tentang ketegasan atuk untuk mneruskan rancangannya, pasti Arie akan balik malam ni juga untuk menjemput aku.

- Hahaha..abg jgn risau. Atee dh ckp kt Atuk yang Atee belum gatal nk  kawin..-

- Fuhh.!! lega.. Tp abag betul2 x prcya ttg bro-bro abag tu. Xsgka dia orag lebih cepat dr abg. Abg ingt abg yg paling teror, rupanya dia orag lg teror dr abg.-

Malam tu aku berbual panjang dengan suai aku. Lepas rindu setelah seminggu tak dengar berita dia. Hampir pukul tiga pagi aku berchating dengan dia. Nak berskyp, nanti umi dengan abi kata apa pulak. Mulut aku ni bukan boleh harap sangat. Kalau dapat ketawa tak kira suasana keliling. Tambah pulak dah lewat malam, pasti ada yang mendengar perbualan aku dengan dia nanti.