…….Alahai
kakak Farah.…
Sejak
tinggalkan dunia fb, dah lama tak tulis kisah kakak Farah.
Buka
blog pun asyik tulis cerita rekaan dan khayalan saja.
Rasanya
nak stop kejap menulis novel. Novel yang tengah tak siap tu biarlah dulu.
Nanti
bila-bila boleh sambung lagi.
Hurmm..hari
ni tiba2 tergerak hati nak menulis cerita fasal kakak Farah.
Sebelum
ni ada juga kengkawan yang suruh aku tulis novel mengenai Kakak Farah.
Tapi
aku tak sanggup pulak nak tulis kisah dia.
Biarlah
dulu. Nanti akan aku usahakan dan cuba buat.
Lepas
tengok gambar ni,
kalau
orang yang tak kenal kakak Farah pasti akan kata kakak Farah ni seorang kanak-kanak
normal macam budak2 lain.
Eh!
Kakak Farah ni budak lagi ke?
Hehehe..Sebenarnya
dah 13 tahun pun kakak Farah ni..
Dah
baligh pun..!
Tapi
jangan terkejut tau kalau aku cakap pemikiran dan cara kakak Farah ni tak ubah
macam
kanak-kanak
yang berumur 4-5 tahun.
Sekarang
pun kalau tanya berapa umur dia, dia akan cakap dia lima tahun.
Hehehehehe…Alahai…kakak
Farah!
Kat
sini aku nak cerita sikit tentang Kakak Farah dari awal aku mengandungkan dia,
sampailah
umur
dia sekarang.
Tapi
aku tak bolehlah nak cerita semua sekali gus.
Sikit-sikit ek!
Tapi
sebelum tu aku nak cerita
sikit
fasal aku selepas majlis kawin. Hehehe..layan jelah ekk…
Aku
kawin dengan pilihan hati aku iaitu Encik Fadzil Ramli pada 25 january 2001.
Orangnya
smart kacak sokmo. Kikiki…
Paling
buat aku terpikat kat dia ialah dia jenis cool.
Hehehe..cool
la sangat.! Sekali datang angin monsun barat daya dari utara,
hilang
terus cool dia tu.
Hahaha…jangan
marah ye..encik somi..
Okey.
Aku
disahkan hamil selepas 4 bulan bernikah.
Mula2
hamil aku kena demam panas yang teruk.
Masa
tu bulan may 2001.
Bagi
aku itulah demam yang paling teruk aku rasa seumur hidup aku.
Kalau
sebelum2 ni biasa2 je.
Suami
aku terpaksa ambil cuti kecemasan sebab masa tu aku teruk sangat.
Kebetulan
dia kena keje malam.
Syukur
sangat2 sebab dianugerahkan seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Sampai
sekarang pun aku rasa, akulah wanita paling beruntung.
Walaupun
kadang2 sikap suami aku ni agak membosankan sebab dia jenis tak banyak cakap.
Tapi
bila dah lama2, aku boleh terima.
Dan
sekarang dia bukan lagi pendiam macam dulu.
Mungkin
dah berjangkit dengan aku kot..hehehe..
Aku
dibawa ke klinik Cempaka yang terletak
di Air Biru Pasir Gudang.
Aku
ingat lagi nama dokter tu. Dokter Tahir. Dialah yang sahkan aku hamil dua
minggu.
Masuk
26 minggu baru aku kalut p klinik kerajaan buat kad merah. Nasib baik misi tak
marah.
Mungkin
dia faham aku mengandungkan anak sulung.
Awal
kehamilan, aku taklah alah teruk sangat.
Nak
kata mengidamkan sesuatu pun tidak. Muntah pun sikit2 je.
Tu
pun waktu pagi je. Tapi aku bosan sebab tinggal sorang2 kat rumah bila encik
aku p kerja.
12
jam aku tercongok kat rumah tunggu dia balik. Tu pun kalau dia kerja pagi.
Tapi
kalau dia kerja malam, dia hantar aku p rumah kakak aku dekat Taman Cendana.
Nasib
baik ada kakyung. Klu tak, mesti aku rasa macam orang gila tinggal rumah
sorang2.
Masuk
4 bulan hamil, penyakit lama aku kembali.
Nak
tau penyakit apa?
Hmm..malu
dan susah pulak nak cerita.
Tapi
takpelah..aku cite jgk sikit. Lg pun benda dah lepas..
Sebenarnya
aku pun tak tahu nama penyakit ni.
Sebenarnya
penyakit ni aku mula kena sebulan selepas aku nikah.
Bahagian
bawah aku ni timbul ketulan sebesar telur ayam.
Bila
nak duduk, sakit sangat. Tambah sakit kalau nak buang air besar.
Mula2
masa kena dulu, takdelah sakit sangat.
Masa
tu aku masih berkerja dan tinggal dengan makngah aku dekat ipoh.
Memandangkan
majlis bersanding bakal berlangsung
bulan 4, aku pun keje lagi
dan
ambil keputusan berhenti seminggu sebelum majlis.
Aku
ada ngadu dekat makngah aku.
Dia suruh p chek kat hospital tapi aku malu
nak p.
Bila
dah lama2 benda tu hilang sendiri. Aku pun dah malas nak fikir.
Tapi
sehari lepas majlis sanding,
penyakit
tu datang lagi.
Masa
tu jadi lagi teruk. Sampai aku tak boleh
nak berjalan.
Nak
berjalan kena bergantung dekat dinding sambil terkengkang2.
Dah
macam gaya beruk berjalan pulak aku masa tu.
Akhirnya
suami aku bawak balik kampong dia dan berubat.
Macam
biasalah kalau berubat cara kampong. Macam2 andaian yang orang buat.
Tambah2
lagi aku baru kawin. Ada yang kata buatan orang sebab orang dengkilah..
Hmm..apa2
pun aku dengar jelah apa orang nak cakap.
Nak
percaya seratus peratus memang tak la..
Memang
la sblm suami aku ni,aku kawan dengan orang lain.
Tapi
tak terlintas pun di fikiran bekas boypren aku tu nak buat jahat sampai macam
tu sekali.
Kalau
tuduhan tak betul, cam mana?
Free2
je aku dapat dosa.
Jadi
tak perlulah menuding jari pada sape2.
Seminggu
lepas berubat cara kg, aku sihat macam biasa.
Aku ikut suami aku balik ke rumah sewanya di
Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang.
Tapi
lepas 4 bulan hamil penyakit lama tu datang balik.
Kali
ni jadi teruk. Akhirnya suami bawa aku ke Hospital Penawar.
Dekat
sana aku ditemukan dengan Dokter Tokha.
Hah! Dokter lelaki weii..!
Adoi..malunya aku..! huhuhu.. Nak taknak redha
jelah..
Menurut
Dokter Tokha bahagian sulit aku kena jangkitan kuman.
Sebab
tu membengkak besar.
Mula2
takut jugak lepas dokter Tokha kata kena operate.
Aku
takut sebenarnya sebab masa tu aku tengah hamil.
Tapi
Dokter Tokha bagi jaminan yang pembedahan tu tak beri apa-apa kesan sampingan
pada
kandungan
aku sebab bengkak tu di luar rahim.
Alhamdulillah..akhirnya
aku sihat dan sampai sekarang, penyakit tu tak timbul lagi.
Sejak
tu aku bertambah yakin yang penyakit aku tu takde kena mengena dengan sihir
atau ilmu
hitam.
Syukur
sangat2!
Lepas
keluar hospital, suami aku sarankan agar aku balik kampong.
Dia
takut kalau penyakit lama aku tu datang balik.
Aku
tak kisah. Aku ikutkan aje.
Di
kampong aku tinggal dekat rumah mak aku dekat Beruas sampailah aku bersalin.
Di
hospital, tiba masa aku nak beranak..
Tuhan
sajalah yang tahu betapa azabnya aku menanti dalam bilik tu.
Dekat
lima jam aku terpaksa tahan sakit.
Bila
time dokter suruh push, aku cuba push tapi dkter kata cara aku push tu salah.
Sampai
menjerit2 dokter tu suruh aku teran kuat2.
“Push
lagi! Kuat lagi! Cara awak tu salah. Awak nak tahu tak, anak awak dah lemas
dalam tu.
Dah
makan taik, tau tak!! Awak tak sayang anak awak ke? Push cepat!!”
“Saya
tak pandai nak push…!” Teresak2 aku menangis dekat dokter tu.
“Awak
push je macam awak awak nak berak tu!!” Tengking dokter tu lagi.
Lepas
tu aku cuba buat tapi tetap tak boleh
juga.
Mungkin
sebab tak pandai nak teran masa berbaring kot.
Yelah..aku
mana pernah berak masa berbaring..
Sebab
tu benda senang macam tu pun aku boleh faild.
Last2
dokter tu tekan2 perut aku dan baru anak aku selamat keluar.
Maka
lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.34kg pada jam 6.20ptg.
Lepas
anak aku keluar,
aku
nampak dokter tu pegang kaki anak aku sambil kepala kebawah.
Punggung
anak aku ditampar berkali2. ,
Masa
tu baru aku tahu anak aku keluar tanpa tangisan.
Selepas
berkali2 diulang perkara tu, barulah anak aku bersuara, tu pun sikit je dengar
suara dia.
Aku
tak tahu macam mana keadaan dia masa tu sebab
dokter tak bagi pun dekat aku
tengok
atau
sentuh.
Aku
cuma nampak dari jauh je.
Dari
jauh aku boleh nampak muka anak aku lebam biru.
Betullah
dokter tu cakap anak aku dah lemas dalam perut.
Lepas
sejam, baru aku boleh tengok anak aku.
Tu
pun sebab dokter suruh aku susukan dia. Masa tu aku rasa sayu sangat.
Tambah2
lagi tak ada yang temankan aku.
Suami
aku dari johor, sah2 akan sampai pagi esoknya.
Mak
aku pulak lepas hantar aku ke hospital tadi terpaksa balik sebab orang yang
tolong bawak
aku
ke hospital tadi kena balik cepat.
Sebab
mak takut takde bas nak balik, jadi mak aku terpaksa balik juga tanpa jumpa
dengan aku
terlebih
dahulu.
Sian
mak aku tu. Dah la masa nak hantar aku, dia baru balik kerja. Rasa bersalah
sangat
sebab
menyusahkan dia
So…
pandai2lah
aku uruskan sendiri anak aku ni.
Nasib
baik nurse2 semua baik2. Merekalah yang ajar aku cara2 nak menyusu baby.
Dan
mereka jugalah yang bawa aku ke toilet untuk bersihkan badan.
Dah
macam dok dalam hospital swasta pulak.
Layanan
memang hight class.
Buat
orang2 perak,
kalau
nak bersalin, p lah hospital Manjung.
Kompem
takkan ada rungukan atau sebarang kekurangan. Semuanya baik2 sahaja..
Kompem
puas hati..hehehe…
Adoi..sempat
lagi promot. Kikikiki…sabo jelah…
Okeylah!
Esok
aku sambung lagi.
Topik
yang aku nak cerita esok dah tentulah berkisahkan pada tajuk asal.
Tunggu
jelah esok ek.
Aku
akan cerita kisah kakak Farah semasa dan selepas aku berpantang.
…..Sekian…..
1 comment:
Hahaha...tu lah pasai..
Klu ingt sepital mmg x takut nk beranak. Tp bila ingat yg dok ada ni, jadi tak sggup plk nk beranak. kikikiki...
Post a Comment