PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

Sinopsia Kata Hati Tak Terkata

Assalamualaikum..
Syukur kehadrat ilahi, atas usaha saya selama ini, akhirnya karya saya yang ke 5 tersiap sudah..
Harapan saya agar karya saya ni dapat diterima oleh semua. Saya tak mengharapkan pujian, kerana saya tahu walaupun sudah 5 karya yang sudah saya siapkan, saya dapat rasa masih ada kekurangan dalam hasil kerja saya ini.
KATA HATI TAK TERKATA merupakan sebuah kisah lucu pada asalnya. Namun masih ada unsur-unsur perasaan yang menyentap rasa. Harap-harap pembaca tidak kisah dengan penyampaian saya kali ini.
Akhir kata..Selamat membaca dan sengeh-sengeh selalu..!

Sinopsis
Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada satu ketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja. Berkemungkinan benci itu akan menjadi kecintaan pada satu ketika.

Pertemuan pertama yang menjelikkan sudah buat Zara Madiha mengukir kata benci pada Aqil Muaz. Namun siapa tahu di balik kebencian yang bersarang dalam jiwa gadis yang bergelar guru itu, mula menanam rasa kecintaan yang dia sendiri tak dapat  luahkan dengan kata-kata. Dek kerana rasa malu dan merindu dipendamkan perasaannya menanti kata keramat itu lahir sendiri dari bibir Aqil Muaz.
Hatinya bagai setaman bila apa yang dihajatkan tercapai. Namun ada sesuatu yang buat tiba-tiba Aqil Muaz memutuskan hubungan. Zara kecewa untuk kali kedua. Dikeraskan hatinya untuk terima lelaki itu kembali walaupun sayang dan rindu masih menebal.

No comments: