PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 2 April 2015

BAB 5:::Pasrah Dalam Redha

BAB 5

WAN HAMKA bagai bermimpi melihat wajah Wan Husna. Terpaku seketika bila Wan Husna melarikan diri masuk ke dalam rumah baru dia tersedar. Bukan niatnya mahu mengejutkan Wan Husna, tapi di sendiri tidak menyangka semasa kehadirannya di situ, Wan Husna sedang berada di situ.

“Masuklah bang!” Sapa Wan Husna malu-malu dari muka pintu rumahnya.

“Dekat luar sajalah. Abang datang nak jumpa Una. Nak berbual. Bolehkan?” Wan Hamka tersenyum melihat Wan Husna siap bertudung. Fahamlah dia sekarang kenapa Wan Husna lari darinya tadi. Dan kini dia mengerti Wan Husna sekarang bukanlah budak perempuan yang dia kenal dua puluh tahun dahulu.

Wan Husna mengangguk lalu melangkah ke dapur. Jug air yang tersedia dengan jus oren diambil dari dalam peti ais berserta dengan dua gelas kosong lalu di bawa keluar di mana Wan Hamka sedang menanti.
Berdupdap-dupdap jantungnya masih terasa selepas sedar kehadiran Wan Hamka tadi. Sambil melangkah penuh hati-hati, Wan Husna mula menatang dulang yang turut terisi dengan sepiring cucur cempedak yang baru saja digoreng oleh Fatimah Az-Zahra.

“Jemput minum bang!” Ucap Wan Husna perlahan selepas menuangkan air ke dalam gelas kosong lalu disuakan pada Wan Hamka dengan hati-hati. Gugup sejenak bila terperasankan mata Wan Hamka sedang tajam menikam wajahnya.

“Terima kasih.” Balas Wan Hamka teragak-agak sambil menyambut huluran dari Wan Husna. Sempat lagi dia merenung wajah Wan Husna yang cantik hingga gadis itu tertunduk malu.

“Una dah jadi dokter sekarang?”

Wan Husna mengangguk sekali tanpa sebarang kata.

“Macam mana kerja?” Tanya Wan Hamka mahu memanjangkan perbualan.

Okey.” Sepatah Wan Husna menjawab.

“Tahniah kerana dah berjaya sekarang.”

“Terima kasih. Abang pun apa kurangnya..” UjarWan Husna cuba beramah mesra.

Wan Hamka tersenyum meleret.

“Sebenarnya…abang datang ni sebab nak minta ma..”
Belum selesai Wan Hamka menghabiskan ayat yang dituturkan, Wan Husna sudah mula menyampuk.

“Dahlah bang! Benda dah lepas. Tak payah nak ingat-ingatkan lagi. Anggap je tu cerita dongeng zaman kanak-kanak. Una dah tak mahu ingat.”

“Abang tahu Una marah abang.”

Wan Husna membisu. Baginya semua sudah berakhir. Tiada apa yang boleh dikatakan lagi.

“Abang tak tahu yang Una ke US. Kenapa tak jumpa abang?”

Kata-kata Wan Hamka buat Wan Husna tersentak. Dia yakin berita itu pasti diberitahu oleh orang tuanya pada Wan Hamka. Rasa kesal pula kerana tidak memesan terlebih awal kepada orang tuanya agar tidak membuka cerita itu.

“Una memang nak jumpa abang dan Una memang ada jumpa abang. Tapi abang yang macam taknak jumpa Una.” Balas Wan Husna sayu walaupun berat mulutnya mahu berterus terang.

Wan Hamka tergamam.

“Una ada jumpa abang? Bila? Tapi..kenapa Una cakap abang macam tak mahu jumpa Una? Sumpah! abang tak tahu pun Una datang nak jumpa abang.” Balas Wan Hamka semakin hairan dengan nada suara Wan Husna.

“Pertama kali Una jejak kaki di sana, orang pertama yang Una nak jumpa adalah abang. Una cuba pujuk hati Una yang sakit sebab abang tak pernah balik kampung  jumpa Una walaupun abang sendiri yang buat janji nak balik jumpa Una. Una buang semua rasa kecewa, marah , geram dan sakit hati pada abang. Tapi bila pertama kali Una jumpa abang dekat sana, Una sedih tengok abang. Dah macam orang tak ada agama. Jalan terhoyong hayang lepas mabuk. Berkepit dengan perempuan yang bukan muhrim. Berpeluk sana, berpeluk sini. Itu yang berlaku di depan Una. Di belakang Una tak tahu apa yang terjadi. Hati Una semakin sakit. Ikutkan hati mahu saja Una heret abang balik kampung. Tapi Una sedar, Una tak mampu dan tak layak buat semua tu. Una sedar diri.”

Wan Hamka tersentak. Dia tergamam. Dia terdiam. Tekaknya bagai disekat dengan seribu biji batu tajam. Tiada apa lagi yang harus dijelaskan kerana apa yang diluahkan oleh Wan Husna benar-benar belaka. Dan kini dia mengerti mengapa Wan Husna mengambil keputusan begitu dan dia rasa tindakan gadis itu memang patut. Memang padan dengan mukanya yang tak pernah menghargai kasih orang.

“Una tak salahkan abang kalau abang jadi macam tu. Tapi Una salahkan diri Una sendiri sebab gagal halang abang pergi. Una sayang abang. Sayang sehingga melebihi sayang pada diri sendiri. Hingga sampai satu tahap sayang dah bertukar kepada cinta. Sebab tu Una nekad nak sambung belajar dekat US lepas tamat masuk UKM, sebab Una tahu abang ada dekat sana. Hari pertama Una jejak kaki di sana, hati Una sedih. Una kesal sebab jumpa abang dalam keadaan macam tu. Una tahu sikap segelintir manusia bila berdepan dengan dunia baru. Tambah-tambah lagi bila berjauhan dengan keluarga. Macam dapat tiket untuk buat semua tu.”

Sindiran tajam itu buat Wan Hamka tersentak. Wajah Wan Husna ditatap tepat. Dia sedar, Wan Husna sekarang bukanlah Wan Husna dahulu yang boleh diarah-arahkan. Gadis itu sudah bijak mengatur bicara hingga dirinya termalu sendiri. Apa yang mengejutkan dan yang paling tak disangka,  gadis itu mempunyai perasaan cinta dan sayang sama sepertinya.

“Abang…” Wan Hamka gugup. Kelu lidahnya mahu meneruskan kata.

“Una ni lemah bang! Tak mampu nak atasi semua. Kalau Una tahu benda ni nak jadi, awal-awal lagi Una halang abang pergi. Dan Una sanggup bergadai nyawa asalkan abang tak pergi tinggalkan Una. Tapi Una tahu, di balik kejadian tu pasti ada hikmahnya. Una terima dengan redha walaupun hati Una sebenarnya pasrah.”

Sekali lagi Wan Hamka tergamam. Tak disangka begitu sekali sayang Wan Husna pada dirinya. Dia akur apa yang Wan Husna katakan. Sepanjang dia berada di perantauan, hidupnya terumbang ambing sendiri. Akhirnya hiburan yang dia cari. Tambah pula masalah kewangan tak pernah menjadi masalah kerana hasil pendapatan dari kerjanya sebagai seorang Engineer Speacialist dasar laut benar-benar lumayan hingga mencecah US$10K. Rentetan dari itu mudah sangat dia jadi lupa diri. Ditambah lagi rakan-rakan semuanya bukan beragama islam.

"Abang minta maaf..! Abang salah." Hanya itu yang mampu diluahkan.

"Hidup kita ni umpama roda, bang. Kejap di atas kejap ke bawah. Kita tak tahu nasib kita akan datang macam mana. Una tak ada hak untuk memaksa abang agar patuh cakap Una. Tapi Una harap sangat agar abang boleh berubah. Berubah kembali menjadi abang Una yang dulu. Una tahu, bila sekali hidup terjerumus dalam gejala macam tu, pasti susah nak tinggalkan. Una tahu abang mewah dekat sana. Dengan kerja dan pangkat abang, Una yakin abang tak ada masalah untuk membayar segelas air kencing syaitan tu."

Wan Hamka menghela nafas panjang. Tebal rasanya kulit muka bila mendengar kata-kata sindirian lagi tajam dari mulut Wan Husna. Ya! memang dia mewah di sana. Setakat nak bayar segelas arak, apalah sangat! Dengan kerjayanya yang memang mencabar, sudah pasti pendapatannya juga lumayan.Walaupun kerjaya yang diceburinya itu bahaya, namun dia suka dengan kerjanya. Pernah sekali dia hampir-hampir diserang dan dibaham dengan jerung ketika menjalankan tugas., namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat. Baginya itulah pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidupnya.



WAN HUSNA menyepikan dirinya di dalam bilik. Sejak Wan Hamka pulang, dia bagai dipukau dalam sedar hingga dia sendiri tidak tahu apa yang menyerabutkan fikirannya. Mengingatkan kembali pandang pertama di halaman rumah semalam, jantung hatinya bagai bergoncang nak runtuh. Walaupun sakit, redupan mata itu mampu buat hatinya jadi kurang siuman seperti apa yang dirasakan ketika pertama kali melihat foto Wan Hamka ketika Wan Hamka berusia tujuh belas tahun yang lalu.

Bungkusan yang diserahkan oleh Wan Hamka tadi masih terletak kemas atas katil. Dipandang lalu dia mengeluh lemah. Baginya tak ada apa yang perlu dikeluhkan kerana lelaki yang baru ditemui sebentar tadi sudah bukan menjadi igauannya seperti dulu. Walaupun rasa sayang masih ada, itu sekadar sayang adik  pada seorang abang sahaja. Tapi benarkah itu yang dirasakan sekarang.? Setiap kali terpandangkan mata yang redup itu, jiwanya bergetar hebat hingga dia tertunduk resah. Nampaknya dia masih keliru dengan perasaannya sendiri.

Ucapan cinta yang diungkapkan dari bibir Wan Hamka lagilah buat dia penasaran. Jika dia tidak ingat pada Hisham, dah tentu dia hanyut dengan kata-kata Wan Hamka tadi.

“Abang tak pernah lupakan Una. Setiap saat abang ingat pada Una. Abang berani bersumpah dengan nama Allah yang abang benar-benar sayang dan cintakan Una. Abang mengaku abang jahat, tapi tak bermakna cinta dan sayang abang pada Una, abang khianati.”

“Tapi abang dah kecewakan Una.” Bisik Wan Husna sebak. Wajahnya ditunduk memandang gelas yang berisi jus oren.

“Bukan niat abang.”

“Ye ke?”

“Percayalah cakap abang! Dari dulu sampai sekarang, abang milik Una.”

“Tapi sejak Una nampak abang, Una dah tahu Una dah tak ada tempat di hati abang.”

“Abang sunyi dekat sana. Sesekali abang perlukan hiburan. Walaupun abang macam tu, abang berani bersumpah yang abang tak pernah mendekatkan diri abang dengan zina. Abang masih sedar diri abang.”

Wan Husna terdiam beberapa detik sebelum bersuara. Baginya seribu kali Wan Hamka mempertahankan dirinya, hatinya tetap terluka.

“Abang nak tahu apa yang Una rasa masa tu?” Tanya Wan Husna sayu.

“Abang tahu Una kecewa. Tapi itu tak bermakna Una tak berada di hati abang.”

“Masa abang peluk dengan perempuan tu, abang ada fikirkan Una?” Sakit hatinya masih terasa hingga kini. Takkan dilupakan peristiwa itu dengan mudah kerana hingga kini masih menjadi bayangan yang menyakitkan hatinya.

Wan Hamka terdiam serba salah. Wan Husna masih menanti jawapan Wan Hamka. Ketika itu dia yakin, tiada jawapan yang bakal keluar dari mulut Wan Hamka.

“Abang pergilah balik. Dah tak ada apa lagi yang perlu kita bincangkan lagi. Hati Una pun dah terisi dengan seseorang. Una tak mahu dengan perkara ni, hubungan kami jadi retak. Una sayangkan dia. Cukuplah sekali hati Una disakiti kerana ditinggalkan dan dikhianati. Una tak sanggup lagi berdepan dengan masalah ni untuk kali kedua. Una pun tak mahu kecewakan dia kerana Una tahu kerana sakit dikecewakan amat sakit."

Wan Husna mengesat pipi basahnya setelah tersedar. Ketukan pintu biliknya buat dia tergesa-gesa mengesat pipinya dan bangun lalu daun pintu bilik dikuak luas. Setelah wajah Fatimah Az-Zahra terhidang depan mata, dia mula ukirkan senyuman manis. Senyumannya dibalas namun esakan Wan Husna kembali berlagu setelah wajahnya mendarat di bahu uminya.

“Dah lama umi tak tengok anak umi menangis. Sekarang Una menangis semula hanya kerana orang yang sama.” Kata Fatimah Az-Zahra sayu. Rambut panjang Wan Husna yang mencecah ke pinggang diusap lembut.

“Una tak boleh lupakan abang..!” Ujar Wan Husna dalam esakan.

“Kan Una dah buat pilihan.” Kata Fatimah Az-Zahra cuba memujuk. Tubuh kecil anaknya dipeluk sepenuh kasih.

“Tu Una tahu. Keputusan Una tetap sama. Umi janganlah risau. Cuma hati Una ni yang tak dapat terima kenyataan bila teringat yang abang dah tinggalkan Una.”

“Tukan cerita lama. Kenapa nak kenang balik.?”

Wan Husna terdiam. Andainya orang tuanya tahu tentang kisah Wan Hamka di kota London, tak mustahil jika cerita itu segera diketahui oleh orang tua Wan Hamka. Untuk tidak mengecewakan kedua-dua pihak, dia sanggup merahsiakan hal itu. Tambah-tambah lagi dia tidak mahu mengaibkan Wan Hamka. Rasa hormat pada seorang abang masih ada dalam dirinya.

“Ke…Una masih ada hati pada abang Am?” Duga Fatimah Az-Zahra sambil menatap wajah anak gadisnya.

Sekali lagi Wan Husna terdiam. Rasa serba salah. Namun dijawab juga demi tidak mahu uminya berfikir yang bukan-bukan.

“Una mengaku Una sayangkan abang. Tapi bukan macam dulu. Una hormat dia sebab dia abang Una.” Balas Wan Husna lagi setelah tangisan dan esakannya mula reda. Dicuba sedaya mungkin menutup perasaanya yang sebenar. Yang sebenarnya dia sendiri kurang mengerti dengan perasaannya sendiri yang melanda ketika itu.

“Betul ke ni? Umi tengok sejak abang Am balik tadi, Una asyik berkurung je. Macam dulu tu..! Menangis sampai bengkak-bangkak mata. Meraung pulak macam orang hilang laki.” Usik Fatimah Az-Zahra lalu ketawa mengekek.

Ish, umi ni..! tak baik tau syak Una. Una taklah teruk macam tu. Lagipun benda tu dah lepas. Sekarang Una hanya nak tumpukan pada kehidupan baru Una saja.”

Hurm..baguslah macam tu. Lega umi dengar. Umi tak kisah siapa pun pilihan Una. Janji anak umi bahagia.” Ujar Fatimah Az-Zahra sambil tersenyum. Lega hatinya bila melihat anak gadisnya sudah mula tersenyum lebar. Sejak dia tahu anak gadisnya nekad mahu menunggu Wan Hamka, dialah yang sering beri kata-kata semangat. Namun selepas diberitahu bahawa Wan Husna sudah tidak mahu menanti lagi lelaki itu, hatinya kecewa sangat. Dia sendiri tidak mengerti mengapa Wan Husna ambil keputusan begitu sedangkan selama ini, anaknya itu beria-ria menyatakan rasa sayang dan cinta pada Wan Hamka. Walaupun sedikit kecewa, dia hairan dengan Wan Husna yang seperti tidak ada apa-apa rasa bersalah. Pernah juga dia bertanya, namun gadisnya itu sekadar tersenyum. Beberapa bulan selepas Wan Husna berkerja, Wan Husna memperkenalkan Dokter Hisham padanya dan Wan Razin. Kerana tidak mahu bersoal panjang, direstuikan saja. Melihatkan keperibadian Dokter Hisham itu ikhlas, dia dan Wan Razin berharap agar satu-satunya anak perempuan mereka bahagia untuk selama-lamanya.

No comments: