BAB 6
“UNA free tak hari ni?” Tanya Wan Hamka
lembut. Selepas solat subuh tadi, dia tidak dapat melelapkan matanya kembali
kerana asyik teringatkan pertemuan dengan Wan Husna semalam. Ingin ditemui lagi
gadis itu, namun dia takut-takut jika tindakannya itu mendatangkan rasa tidak
puas hati Wan Husna. Namun apakan daya, hatinya bagai dipaksa-paksa untuk bersua lagi dengan Wan Husna. Jadi pagi ini dengan memberanikan diri dia menghubungi Wan
Husna dengan talian telefon rumah.
“Kenapa bang?” Tanya Wan Husna lembut.
“Jom teman abang joging.”
“Errr..” Wan Husna gugup. Tidak pasti apa jawapan yang harus diberikan pada lelaki itu. Pada firasatnya, apakah Wan Hamka masih tidak mahu mengalah?
“Una jangan risau. Abang tahu batasan hubungan kita. Abang cuma
nak Una temankan abang berjoging saja. Kalau Una tak selesa, kita main
badminton sajalah depan rumah. Badan abang tak selesalah kalau tak berpeluh.” Pada Wan Hamka, hanya itu saja alasan yang terlintas di fikirannya buat masa itu walaupun hakikatnya yang sebenar, dia benar-benar mahu bersama dengan Wan Husna. Melihat penampilan dan watak Wan Husna kini, hatinya bagai tercuit untuk terus menagih kasih.
Wan Husna tersenyum manis sambil mengeluh lega mendengar alasan Wan Hamka.
“Okey.! Kita main
badminton sajalah. Sebenarnya Una malulah nak berjoging dalam kampung ni.” Ujar
Wan Husna berserta dengan tawa kecil.
“Okey.! Kejap lagi
abang datang.” Balas Wan Hamka ceria. Mendengar suara Wan Husna ketawa, hatinya
lega. Sejak semalam dia rasa janggal selepas pertemuan dengan Wan Husna. Dia
tidak mahu situasi itu berlarutan. Jika boleh, kemesraan dulu mahu diulang
kembali. Mendengarkan luahan hati Wan Husna semalam, dia yakin peluang untuknya
meraih kembali hati gadis itu masih ada. Namun tidaklah sampai menggunakan cara
kasar dan bukan juga dengan cara memujuk rayu. Hati kecil gadis itu dia sudah
cukup masak sangat. Dan dia yakin usahanya pasti berjaya. Namun andainya hati
Wan Husna masih tetap pada Hisham, dia pasrah dan akan redha.
“UMI ..! Una ajak
abang sarapan dekat sini bolehkan?” Tanya Wan Husna malu-malu pada uminya yang
sedang sibuk menyediakan kopi untuk sarapan pagi. Sejak awal pagi lagi dia
sudah bangun menyediakan juadah. Cadangnya mahu menghantar ke rumah Wan Hamka.
Bila Wan Hamka terlebih dahulu menyuarakan hasrat mahu datang ke rumahnya,
hatinya sedikit lega kerana tidak perlulah dia menahan debaran untuk bertandang
ke rumah Wan Hamka semata-mata mahu menghantar sepiring kuih yang dibuat
sendiri.
“Apa salahnya.” Jawab Fatimah Az-Zahra ringkas sambil
tersenyum.
“Abang ajak Una main badminton depan rumah. Boleh umi?”
“Kenapa tanya umi? Tanya hati tu, boleh ke? Umi tak kisah.
Hati Una, Una yang rasa sendiri. Jangan sampai jatuh hati semula, sudahlah..!”
Balas Fatimah Az-Zahra lalu ketawa mengekek.
“Ah..! Umi ni. Kesitu pulak.” Bentak Wan Husna lalu
menjeling geram. Dia sendiri tidak tahu bagaimana riaksinya bila berhadapan
dengan Wan Hamka nanti. Mengingatkan kembali pertemuan semalam, hatinya jadi
tidak tenteram. Walaupun begitu dia berharap agar hubungan
mereka kembali terjalin seperti sediakala seperti adik dan abang sahaja.
“Umi takut hati Una tu cepat berubah. Ingat Una..silap
langkah pasti ada hati yang bakal kecewa.”
“Ye Umi..Una faham. Insyaallah..Una yakin dengan hati Una.
Una takkan kecewakan Hisham. Lagipun Una dah terangkan pada abang semalam.
Alhamdulillah dia faham.”
“Ye ke dia faham.? Umi tak percaya Abang Am macam tu. Umi
kenal Am. Dia takkan putus asa setiap apa yang dia inginkan.”
Wan Husna terdiam. Bukan sahaja uminya, dia sendiri memang
masak sangat dengan sikap Wan Hamka yang takkan mengalah.
Wan Husna tersenyum lebar tatkala suara Wan Hamka kedengaran
dari luar.
“Amboi! Senyum lebar nampak..!” Nyakat Fatimah Az-Zahra tersenyum
simpul. Mendapat hadiah jelingan manja berserta muncung di bibir Wan Husna, dia
ketawa mengekek. Seketika kemudian, dia mengeluh sendiri sambil melihat Wan Husna berlari-lari ke
pintu menyambut kedatangan Wan Hamka. Simpati dengan apa yang terjadi pada
anak gadisnya yang mengharap kasih bertahun lamanya. Dia tahu Wan Husna kecewa
dengan sikap Wan Hamka yang acuh tak acuh. Namun apakan daya, bukan cara dia dan Wan Razin masuk campur hal anak-anak kerana yakin semua anak-anaknya mampu mengatur sendiri kehidupan masing-masing.
“Abang dah sarapan belum?”
“Belum. Cadangnya nak sarapan dekat sini. Boleh?”
“Boleh..! apa salahnya. Una baru nak bagitahu abang fasal ni.”
Jawab Wan Husna tersengeh-sengeh. Dia cuba menceriakan suasana agar perasaan kekok seperti semalam tidak berulang lagi.
“Abang tunggu dekat luar.” UjarWan Hamka pula.
“Okey.” Ujar Wan
Husna lalu berlalu dari situ menuju ke dapur. Seketika kemudian dia keluar
semula sambil menatang dulang yang berisi seteko kopi panas dan sepiring
karipap pusing yang juga merupakan makanan kegemaran Wan Hamka dan dirinya
sendiri.
“Wah..! ni sudah bagus. Karipap pusing maklong adalah yang terbaik..!”
Ujar Wan Hamka tersenyum-senyum bila melihat kuih kegemarannya di depan mata.
Kuih karipap yang dibuat oleh Fatimah Az-Zahra memang lain dari yang lain
kerana intinya telah diubah suai mengikut citarasa orang arab.
“Ni Una yang buat tau!” Cepat saja Wan Husna mencelah.
Melihat Wan Hamka seperti tidak percaya, jelingan tajam diberikan hingga
menerbitkan rasa lucu pada Wan Hamka.
“Betul ni? Wah langkah kanan abang hari ni. Sedap tak?” Wan
Hamka mula mengusik.
“Mestilah sedap. Kalah yang umi buat tau!” Geram hatinya
bila Wan Hamka seperti tidak percaya dengan kemampuannya. Bersusah payah dia
belajar masakan itu demi untuk kekasih hatinya. Namun itu cerita ketika dia
berumur dua belas tahun. Bersungguh-sungguh dia belajar membuat kuih itu dari uminya semata-mata mahu menunjuk andainya Wan Hamka kembali. Tapi itu harapannya masa lalu. Kini tidak lagi..
“Nantilah abang makan. Kita bersenam dulu ek!”
“Makan sekarang la..!” Pujuk Wan Husna manja.
“Nantilah..Bukan kuih tu nak kemana-mana pun..” Ujar Wan
Hamka cuba berseloroh. Terhibur hatinya melihat Wan Husna beriaksi manja
begitu.
“Tak boleh! Abang kena makan sekarang jugak. Penat Una masak
untuk abang tau!”
Terangkat kening Wan Hamka mendengar penjelasan Wan Husna.
“Una masak untuk abang? Betul ni?” Bangga pula bila Wan
Husna masih ingat makanan kegemarannya.
Wan Husna terdiam dan termalu sendiri. Tersengeh-sengeh Wan
Hamka lalu melabuhkan punggungnya atas kerusi batu yang tersedia di halaman
rumah. Seketul karipap diambil lalu disuakan ke mulut. Tersenyum-senyum Wan
Hamka mengunyah sambil matanya ralit memandang wajah Wan Husna.
“Macam mana? Sedap tak?” Tanya Wan Husna sabar menanti pendapat
Wan Hamka seperti menanti keputusan dalam rancangan cheft celebrity.
“Ermm…ermmm..ermmm…”
Wan Hamka masih dengan misi menyakat sambil mengunyah makanan. Melihat wajah
kalut Wan Husna, dia hampir mahu menghamburkan tawa. Habis seketul karipap yang
dikunyah dan ditelan, diambil lagi dan lagi. Namun tiada pendapat tentang
kelazatan kuih itu sehinggalah habis lima biji karipap di dalam piring yang
kini hanya tinggal sebiji sahaja.
“Macam mana bang? Sedap tak?” Wan Husna kembali kalut bertanya
setelah melihat Wan Hamka selesai menghirup kopi dalam cawan. Melihat Wan Hamka
tersandar sambil mengurut perut, dia tersenyum lucu. Jika dilihat karipap yang
hampir habis dimakan oleh Wan Hamka, dia yakin masakannya itu memang memenuhi
citarasa Wan Hamka.
“Ermm..bolehlah..!”
Jawab Wan Hamka bersahaja sambil menjuehkan mulutnya.
“Itu je?” Geram Wan Husna bertanya. Penat memasak pun tak
habis lagi. Bila dapat keputusan macam tu, penat dirasa berganda-ganda pula.
“Hm..! Una nak
jawapan macam mana?” Wan Hamka berpura-pura bertanya. Suka sungguh dia melihat
wajah ayu Wan Husna merajuk.
“Bagitahulah sedap ke..tak sedap ke..! Kalau tak sedap apa
yang kurangnya..?”
“Banyak yang kurang.”
“Hah!” Wan Husna
terkejut. Lantas seketul kuih jkaripap di ambil lalu dimakan sambil menghayati
keenakan rasa kuih tersebut. Puas dicari apa yang kurang dalam kuih tersebut,
namun dia tidak mendapat jawapan. Apabila mendengar suara Wan Hamka mengekek
ketawa, barulah dia sedar Wan Hamka telah mengenakannya.
“Abang sengaja nak kenakan Unakan?”
“Marah?”
“Taklah! Una suka sangat! Cuba tengok Una senyum ni. Eeee…sukanya…!! ” Balas Wan Husna lalu
menayangkan barisan gigi bersihnya. Serta merta ketilan berbisa menyinggah ke
lengan Wan Hamka hingga lelaki itu menyeringai kesakitan.
“Dah pandai cubit-cubit sekarang ni ek..! Siapa ajar ni?”
“Bukan abang ke yang ajar?”
“Bila?”
“Tadi.”
Semakin gamat gelak Wan Husna kerana dapat mengenakan semula
Wan Hamka.
“Sekarang jom kita lawan badminton. Siapa kalah kena belanja
makan.”
“Alah..setakat belanja makan, apa hallah sangat!”
Wan Hamka tersenyum-senyum sendiri. Yakin rancangannya untuk
keluar dengan Wan Husna pasti berjaya. Bukan dia merancang niat tak baik.
Sebenarnya, sebelum dia berangkat pulang, ingin sekali dia keluar bersama-sama
dengan gadis itu tanpa sebarang gangguan. Mungkin juga dengan cara itu, jalan
untuk kembalikan kejernihan dalam hubungnnya dengan Wan Husna masih ada.
Hampir tiga puluh minit bermain, akhirnya Wan Husna terpaksa
mengalah setelah Wan Hamka yang sering menambah mata. Tanpa rasa apa-apa, dia
terus bersetuju dengan rancangan Wan Hamka.
“Dasyat abang. Tak kasi can
langsung dekat Una.”
“Juara bertahan masa sekolah dekat johor dulu. Kalau Una nak
tahu, ramai yang kata muka abang macam Rashid Sidek. Siap ada yang minta
autograph. Una je yang tak tahu!”
Wan Husna tersentak. Kelat wajahnya mendengar ulasan Wan
Hamka. Kalaulah Wan Hamka tahu, setiap detik dia menanti berita lelaki itu,
sudah pasti Wan Hamka tidak berkata begitu.
“Ermm..yelah..! Una
saja yang tak ambil tahu. Patutlah sampai tak ingat nak balik. Berita pun
langsung tak hantar. Rasa macam duduk zaman jepun pulak.” Ujar Wan Husna
perlahan. Bila teringatkan kisah lalu hatinya cepat sayu. Wan Hamka langsung
tidak hantar atau bertanya khabar. Dia yang menanti makan hati saban hari
hingga kadang-kadang dia naik jemu. Jika difikirkan balik, tak munasabah jika
Wan Hamka memberi seribu alasan. Zaman yang canggih sekarang bermacam-macam
cara untuk utuskan khabar. Petik dan tekan saja, pasti sampai. Bukan macam
zaman dulu yang terpaksa menggunakan surat atau telegram yang mungkin memakan
masa berhari-hari untuk terima utusan.
“Sorry! Abang tak
ada niat nak bagi Una terasa pun. Abang janji lepas ni abang tak ungkit dah
kisah dulu.” Ujar Wan Hamka bile tersedar ketelanjurannya berseloroh.
“Una tak kisah pun.”
Wan Hamka terdiam. Melihat dan mendengar suara Wan Husna,
dia tahu gadis itu sedang menjerut rasa.
“Abang dekat sana ada kekasih?” Tanya Wan Husna tiba-tiba setelah sama-sama melepaskan penat. Botol air minerel yang diambil dari dapur diserahkan pada Wan Hamka. Pantas sahaja lelaki itu membuka penutup botol dan terus meneguk air itu sehingga separuh botol. Melihat halqum Wan Hamka bergerak-gerak ketika meneguk air sejuk, dia rasa terhibur. Gaya spontan Wan Hamka benar-benar buat dia jadi asyik memandang. Hairan seketika dengan perasaannya ketika itu.
“Takde!” Pantas
Wan Hamka menjawab. Botol yang terbuka ditutup kembali.
“Tipulah! Una tak percaya. Orang hensem macam abang ni
mustahil takde kekasih. Mengaku je. Una tak kisah.” UjarWan Husna cuba
menyembunyikan perasaannya.
“Kawan biasa adalah. Tapi nak serius memang taklah..!”
“Kenapa?”
“Sebab abang ada Una.”
“Abang..!” Wan Husna mula tidak selesa dengan jawapan
spontan Wan Hamka walaupun ada rasa riang walau sekelumit.
“Ye..abang faham. Abang mengaku abang jahat dekat tempat
orang. Abang sunyi. Sebab tu abang cari hiburan. Abang mengaku ramai kawan perempuan.
Tambah-tambah lagi kerja abang merata tempat dan macam-macam fesyen kawan-kawan
perempuan yang abang jumpa dan kenal. Tapi satu yang abang nak Una tahu, tak
ada seorang pun kawan-kawan perempuan abang yang macam Una. Abang harap Una
faham maksud abang.”
Wan Husna tertunduk malu. Kelu lidahnya mahu menjawab
kata-kata Wan Hamka, akhirnya dia sekadar membisu.
“Wanita pertama yang rapat
dengan abang dekat sana ialah Zyton Mollavic. Orang Bosnia. Masa tu abang bertugas dekat sana.” Wan Hamka mula bercerita
setelah Wan Husna tidak menjawab kata-katanya tadi.
“Wah..! mesti cantik?” Sampuk Wan Husna teruja. Faham sangat
dengan perwatakan gadis-gadis yang berasal dari negara islam itu. Semasa di
London dulu pun dia berpeluang berakan dengan seorang gadis dari Bosnia.
Personaliti gadis itu benar-benar buat dia rasa cemburu kerana rakannya itu
memiliki wajah yang cantik. Ditambah pula dengan sifat dan keperibadian yang
sopan dan lemah lembut. Kini bila Wan Hamka bercerita mengenai Zyton Mollavic, dia yakin
gadis itu pasti bertahta di hati Wan Hamka. Cemburu? Sudah pasti ada walau
sedikit. Wan Husna mengeluh dalam diam walaupun dipaksa bibirnya mengukir senyuman
manis.
“Memang cantik. Matanya hijau. Orangnya lemah lembut.
Bersopan. Tapi taklah secantik dan sesopan orang depan abang ni..” Ujar Wan
Hamka serius.
Wan Husna tersenyum lagi. Kali ini semakin lebar. Tidak tahu apa yang harus
disampukkan selain dari jelingan manja. Hilang terus rasa cemburunya tadi.
“Tapi sayang. Tak sampai beberapa bulan abang kenal dia, dia
meninggal akibat perang. Una fahamkan keadaan orang Bosnia? Mereka sering ditindas.”
“MasyaAllah! Sedihnya.” Rasa menyesal pula kerana cemburu
pada yang sudah tiada. “Abang macam mana?” Tanya Wan Husna yang ingin tahu
keadaan Wan Hamka ketika menerima berita sedih itu.
“Abang okey.
Lagipun abang bukan ada apa-apa dengan dia. Just
friend! Tapi abang sedih jugalah. Kehilangan dia buat abang rasa rindu pada
dia. Dia seorang kawan yang memahami. Sampai sekarang abang tak boleh lupakan
dia.”
Wan Husna tersenyum lega.
“Di Romania abang kenal dengan seseorang. Namanya Mechaela
Oprea. Yang ni abang rejek awal-awal sebab kaki
minum. Jadi abang tinggalkan saja.”
“Bukan abang pun sama macam dia?” Sinis sekali ayat tanya
yang Wan Husna nyatakan hingga wajah Wan Hamka timbul tompok kemerahan kerana
malu disindir.
“Abang sedar abang jahat. Tapi abang masih boleh berfikir
untuk kebaikan abang di masa akan datang. Takkanlah abang nak cari kekasih yang
jahat macam abang?”
Wan Husna terdiam. Wajah Wan Hamka dipandang tepat mencari
keikhlasan. Namun dia sendiri kurang pasti dengan apa yang bermain dalam
fikirannya ketika itu.
“Di Bandung, abang kenal pula dengan Dewi. Yang ni lagi
dasyat giler. Pisau cukur first class. Itu
nak, ini nak. Pilihan pula yang branded
saja. Bukan abang tak mampu, tapi kalau hari-hari melayan, botaklah abang!”
Wan Husna tersenyum lalu ketawa lucu mendengar cerita Wan
Hamka.
“Sekarang?”
“Sekarang abang takde
sesiapa selain Una.”
Wan Husna tersentak. Wajah Wan Hamka dipandang tepat.
“Una dah buat pilihan bang! Una harap abang faham. Bukan
niat Una nak sakitkan hati abang, tapi ini hakikat yang abang kena terima.”
Wan Hamka hanya tersenyum nipis dan mengangguk tanda faham.
“Una marah abang?” Tanya Wan Hamka ingin kepastian apa yang
bermain sebenarnya dalam fikiran Wan Husna.
“Kalau Una kata tak marah, itu hipokrit namanya. Siapa tak
marah kalau penantian yang panjang hanya nampak jalan perpisahan saja. Tapi Una
nak abang tahu, keputusan Una pilih Hisham bukan sebab Una nak balas dendam.
Hakikat yang sebenar, Una benar-benar sukakan dia. Una sayang dan cintakan dia
walaupun Una mengaku sayang Una masih ada pada abang. Una hormat abang macam
abang-abang Una yang lain. Harap abang faham.”
“Abang akan faham dan selama-lamanya abang akan faham. Tapi
seandainya hati Una terluka dan kecewa, jangan lupa abang sentiasa ada untuk
Una.” Balas Wan Hamka selepas keluhan lemah lahir dari mulutnya. Wan Hamka agak
kecewa dan terkilan, namun dia akan cuba terima walaupun dia sendiri tidak
pasti dengan perasaannya di masa akan datang.
Wan Husna tersenyum lega.
“Sebab kekurangan abang ni ke Una beralih arah?”
Wan Husna diam sambil menunduk. Tidak sanggup menjawab
soalan itu sebab itulah kebenarannya. Wan Hamka yang menyedari kebisuan Wan
Husna hanya tersenyum kerana faham maksud riaksi adik sepupunya itu.
“Kalau abang berubah, adakah Una akan terima abang?”
“Abang! Kan Una dah jelaskan tadi.”
“Ye abang faham. Abang cuma nak dengar dari mulut Una
sendiri. Ditakdirkan abang berubah sebelum Una jumpa Hisham, adakah Una akan
maafkan dan terima abang semula?”
Wan Husna mengeluh berat sebelum menjawab.
“InsyaAllah..akan dipertimbangkan.” Jawab Wan Husna sambil
tersenyum manis. Dan dengan jawapan itu, terukirlah juga senyuman manis di
bibir Wan Hamka.
“Tengahari ni kita nak makan dekat mana?” Tanya Wan Hamka
setelah lega dengan jawapan Wan Husna. Baginya itu sudah cukup membahgiakan
dirinya.
“Abang cakap saja kat mana. Una ikut je.”
“Abang tak tahulah tempat makanan sedap dekat sini.”
Wan Husna tersenyum-senyum melihat kekerutan wajah Wan
Hamka. Sengaja mahu menyakat abang sepupunya sedangkan seawalnya dia sudah tahu
sudah lama lelaki itu tidak jejakkan kaki ke tanahair.
“Kita masak nak?” Cadang Wan Husna teruja.
“Abang tak pandai la..” Jawab Wan Hamka selepas tergamam seketika mendengar cadangan Wan Husna.
“Apa yang abang pandai?”
“Abang pandai buat air je..” Jawab Wan Hamka menjauh.
Wan Husna galak ketawa. Lucu melihat wajah Wan Hamka seperti
mohon simpati. Belum pernah lagi dia melihat wajah menagih simpati Wan Hamka.
Bila pertama kali berdepan dengan situasi itu hatinya cepat tersentuh lucu.
“Air apa yang abang pandai buat?”
“Air paip.”
Sekali lagi Wan Husna menghamburkan tawa.
“Hari ni Una ajar abang masak. Nanti bila abang balik, abang
tak payahlah nak beli kat luar.” Ulas Wan Husna setelah reda ketawa walaupun
tawanya tadi masih bersisa.
Wan Hamka tersenyum manis melihat Wan Husna ketawa mengekek.
sambil berfikir-fikir. Niat asal mahu keluar dengan Wan Husna. Namun bila gadis
itu membuat rancangan begitu, dia jadi serba salah. Akhirnya kata putus terpaksa dibuat
asalkan dapat bersama dengan Wan Husna.
Bagi Wan Hamka, harapan untuk meraih kasih Wan Husna masih
ada. Akan dicuba perbaiki dirinya walaupun agak sukar. Sebelum ini pernah juga
dia terfikir mahu berubah, tapi dek kerana banyak godaan yang mendatang, dia
cepat cair. Tambahan lagi rakan-rakan sekerja datangnya dari bangsa asing yang
buat dia mudah terikut-ikut budaya sana.
No comments:
Post a Comment