PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 2 April 2015

BAB 3:::Pasrah Dalam Redha

BAB 3

WAN HUSNA membatu dan menyepikan diri di dalam bilik. Berkali-kali  Fatimah Az-Zahra dan Wan Razin memanggil dari luar, namun Wan Husna tetap mendegilkan diri. Baginya tiada apa-apa lagi di luar sana. Jadi biarlah dia sendiri di dalam bilik.

Pada hari Wan Hamka mendapat keputusan UPSR, dialah orang yang bersorak riang selepas mendapat tahu Wan Hamka mendapat keputusan cemerlang. Lupa sejenak tentang perkara yang bakal berlaku. Bila tersedar Wan Hamka akan meninggalkannya, dia kembali murung hinggalah kini.

Sejak pemergian Wan Hamka petang tadi, Wan Husna langsung tidak menjengahkan wajah. Hasrat Wan Hamka ingin bertemu dengannya pun tidak ditunaikan. Puas juga Wan Hamka memanggilnya di luar pintu bilik, namun Wan Husna masih begitu. Wan Husna tidak mahu Wan Hamka melihatnya berkeadaan murung dan bersedih.

“Una! Keluarlah sekejap. Bagilah abang jumpa Una. Sekejap pun jadilah!” Rayu Wan Hamka sebak.
Wan Husna menekupkan mulutnya menahan sebak. Dia tidak mahu Wan Hamka mendengar tangisannya. Hatinya yang kecewa akan dirawat sendiri.

“Abang tau Una marah abang pergi. Abang janji nanti abang balik, abang jumpa Una. Una janganlah macam ni..! Abang tak senang hatilah.” Rayu Wan Hamka lagi sambil merapatkan bibirnya di daun pintu bilik Wan Husna.

Wan Husna masih kekal di bilik. Selimut ditarik menutup seluruh tubuhnya. Dia tidak mahu lagi mendengar rayuan demi rayuan yang keluar dari bibir Wan Hamka.

“Janganlah macam ni..! Abang janji nanti abang balik. Ingat pesan abang ek..! Belajar rajin-rajin. Jangan berkawan dengan orang sebarangan. Jangan ikut Luqman dan Firash mandi sungai. Jangan ikut dia orang masuk kebun orang. Jangan lupakan abang ek.. Abang pergi sekarang. Jangan lupakan abang!”

Akhirnya dibiarkan saja hingga suara Wan Hamka menghilang pergi. Dan akhirnya dia terlena di samping air mata yang mengalir. Bila tersedar, didapati cuaca di luar sudah gelap. Baru tersedar dia tidur dalam jangka masa yang agak lama.

Wan Husna turun dari katil. Dia melangkah ke bilik air. Wajahnya yang sembab kerana terlalu banyak menangis, dipandang sayu. Tanpa sedar, air matanya mengalir lagi. Kali ini dia meraung sekuat hati hingga bergegas  Fatimah Az-Zahra dan Wan Razin meluru ke arah pintu biliknya.

“Una! Sudahlah tu. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Nanti Una sakit. Una tak sayang umi dan abi ke?” Laung  Fatimah Az-Zahra risau. Tidak pernah dia melihat anak gadisnya bersikap demikian rupa..

“Una! Kalau Una masih macam ni, abi pecahkan pintu bilik ni. Buka pintu ni cepat.!” Jerkah Wan Razin berang. Puas sudah dia bersabar dengan kerenah Wan Husna.

“Una okey umi..abi..! Jangan risaukan Una!” Jawab Wan Husna teresak-esak.

“Kalau meraung macam kena tinggal laki, tu okey ke?” Tempik Wan Razin berang. Sakit hatinya bila melihat kemurungan Wan Husna sejak beberapa minggu yang lalu. Keputusan adiknya menghantar Wan Hamka ke Johor Baharu amat memeranjatkannya. Pada mulanya dia membantah memandangkan Wan Hamka masih berumur dua belas tahun. Bila Wan Razak menjelaskan kedudukan sebenar, nak taknak dia terpaksa terima.

Wan Husna diam membisu bila pintu biliknya dibuka. Menikus Wan Husna melihat wajah bengis Wan Razin.

“Puas menangis?” Tanya Wan Razin geram. Melihat mata Wan Husna yang merah dan membengkak, panas hatinya hilang bertukar sayu. Cepat-cepat tubuh Wan Husna diraih dalam pelukannya.

“Abi tahu Una sayangkan abang Am. Tapi Una tak boleh macam ni. Abang Am pergi bersebab. Kalau Una terus macam ni, susah hati abang Am nanti. Macam mana dia nak belajar? Una tak sayang abang Am?” Tanya Wan Razin sayu. Pipi basah anak gadisnya disapu lembut.

“Una dah tak ada kawan. Selama ni abang sorang je kawan Una. Una sunyi..!” Kata Wan Husna sebak.
Wan Razin tersenyum sambil membelai rambut lembut Wan Husna. Wajah isterinya yang berketurunan arab itu dipandang sekilas sambil tersenyum lebar. Lega hatinya bila mendengar luahan hati Wan Husna.

“Abi beli kucing untuk Una, nak?” Tanya Wan Razin. Namun melihat Wan Husna hanya menggeleng kepala, dia bertanya lagi.

“Hamster?”

Wan Husna masih menggeleng.

“Kita pergi bercuti nak?” Sampuk Fatimah Az-Zahra sambil tersenyum. Namun bila melihat Wan Husna masih menggeleng kepala, senyumannya terus hilang.

“Una nak abang!” Sayu sahaja suara Wan Husna kedengaran.

“Yang tu tak bolehlah..! Tapi abi janji, akan bawa Una pergi jumpa abang Am dekat sana.”

“Kita balik kampung umi nak?” Cadang Puan Zubaidah teruja. Namun hatinya sedikit kecewa bila Wan Husna masih lagi menggeleng kepala.

“Una cuma nak abang saja. Yang lain Una taknak.” Sayu suara Wan Husna menyatakan hasrat.

“Kalau macam tu, bila abang Am balik, abi kawinkan Una dengan abang Am. Macam mana? Nak tak?” Seloroh Wan Razin disertai dengan tawa lucu Fatimah Az-Zahra. Bila melihat senyuman meleret malu-malu Wan Husna, hati mereka sedikit lega. Tapi seketika kemudian, wajah Wan Husna kembali kelat.

“Tak apalah.! Una tak mau apa-apa.” Balas Wan Husna lalu masuk semula ke dalam biliknya kerana solat maghrib belum lagi dikerjakan.

Wan Razin dan Fatimah Az-Zahra berpandangan lalu masing-masing mengeluh lemah. Masing-masing tidak tahu bagaimana lagi mahu dipujuk hati anak perempuan mereka.

Selesai solat maghrib, Wan Husna panjangkan doanya. Dalam doanya mengharapkan Wan Hamka sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan diberkati Allah selalu. Wan Husna nekad dan mula simpulkan hatinya untuk menanti kepulangan Wan Hamka sehingga ke akhir hayatnya kerana janji itu sudah diutuskan pada Wan Hamka satu masa ketika dulu dan dia yakin Wan Hamka pasti akan ingat janji yang pernah dilafazkan.

“Kau ni Am, mana kau pergi kau bawa budak ni. Rimaslah..!” Rungut Firash pada Wan Hamka merujuk kepada Wan Husna yang berada di sisi Wan Hamka.

“Dia sorang je adik aku yang aku ada. Haruslah aku bawa dia kemana aku pergi.” Wan Hamka mula membela Wan Husna.

“Dia tu perempuan. Tak sesuai main dengan kita.” Sampuk Luqman yang setuju dengan pandapat Firash.

“Tak bolehlah..! Dia adik aku.” Wan Hamka masih pertahankan keputusannya.

“Dah besar nanti pun takkan kau nak jaga dia juga..?”

“Memang aku nak jaga dia pun.” Balas Wan Hamka bersahaja.

“Eh Una! Kau nak kawin tak dengan Am.?” Tanya Luqman berserta dengan senyuman nakal.

“Nak! Una memang nak kawin dengan abang!” Tanpa berfikir Wan Husna terus menjawab seolah tiada apa-apa.

“Dengan aku taknak?” Tanya Firash galak mengusik.

“Korang jahat! Abang Una baik. Sebab tu Una nak kawin dengan abang Una je.”

Mengekek-ngekek Firash dan Luqman ketawa terbahak-bahak sambil bersorak selepas mendengar jawapan Wan Husna.

“Kau nak ke kawin dengan budak perempuan ni, Am? Selekeh je aku tengok. Ngeee…tak sesuai!” Usik Luqman pada Wan Hamka. Tawanya masih meledak seiring dengan tawa nakal Firash.

“Mestilah aku nak.!” Balas Wan Hamka sambil tersenyum pada Wan Husna. Tak sanggup melihat adiknya bermasam muka jika jawapan yang diberi adalah bukan kemahuan Wan Husna.

Wan Husna cuba berlagak biasa sambil memandang tiga kaum adam di hadapannya. Sedangkan dalam hati tak dapat bayangkan betapa kembangnya hati mendengar jawapan Wan Hamka.

“Una jangan risau tau! Abang akan jaga Una sampai akhir hayat abang.” Pesan Wan Hamka ketika menghantarnya pulang selepas selesai bermain dengan Luqman dan Firash.

“Una pun janji akan jaga abang seumur hidup Una. Una tak mahu orang lain jaga Una. Abang je yang Una nak.”

Wan Husna tersenyum sendiri bila ingat kembali ucapan Wan Hamka satu ketika dulu. Walaupun perkara itu terjadi beberapa bulan yang lalu, di masih ingat. Setiap bait kata yang keluar dari bibir Wan Hamka diingat kemas dan terpaku dalam telinga hingga ke dasar hatinya. Takkan dilupakan hingga ke akhir hayatnya.

Cadangan merapu abinya tadi buat dia tersenyum sendiri. Dan dia akan menanti hari itu. Tapi untuk menemui Wan Hamka di sana, tidak sama sekali. Janji Wan Hamka untuk kembali dan menemuinya akan dipegang hingga akhir hayatnya.


Esok adalah harijadinya. Hatinya sedih kerana tahun ini harijadinya disambut tanpa kehadiran Wan Hamka. Jadi dia tiada hati untuk membuat apa-apa majlis. Namun ada sesuatu yang ingin dilakukan. Wan Husna bercadang mahu menyuruh uminya membuat pulut kuning untuk disedekahkan pada masjid berdekatan. Disamping itu juga dia berniat untuk kesejahteraan Wan Hamka. Kini hidupnya diteruskan demi Wan Hamka. Walaupun kadang-kadang hatinya tidak pasti, akan dicuba untuk terus menunggu apa yang dinanti selagi hatinya mampu.

No comments: