PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Friday, 3 April 2015

BAB 8:::Pasrah Dalam Redha

BAB 8

TERGESA-GESA Wan Husna melangkah kaki ke tapak parkir selepas selesai bertugas. Hari pertama dia bertugas agak memenatkan walaupun kerja tidak banyak. Sedikit kelam kabut walaupun sudah terlatih dengan tugas sebagai seorang dokter. Mungkin kerana persekitaran yang baru baginya.

Sambil melangkah ke keretanya, mulutnya tak henti-henti menyumpah. Sakit hatinya dengan Dokter Hisham. Dia sendiri tidak pasti berapa lama dokter lelaki itu bertugas di hospital itu. Yang pasti melalui perhatiannya dokter lelaki berwajah serius itu  memang orang lama.

Peristiwa di mana dia ditegur kerana tidak  senyum dengan pesakit amat memalukan dirinya di depan jururawat dan pesakit. Ringan saja mulutnya mahu bersuara seperti yang apa Hisham katakan padanya. Dengan wajah serius Hisham, dia yakin lelaki itu sama saja sepertinya yang tidak pandai maniskan muka. Yang sebenarnya bukan dia tidak pandai senyum, cuma dia agak kekok bila berdepan dengan orang baru. Tambah-tambah lagi jika dengan kaum lelaki.

“Tugas kita nak rawat pesakit. Kalau pesakit tengok muka kelat awak tu, peluang untuk sembuh memang tipis. Silap-silap boleh mati terus. Cuba senyum sikit. Masa belajar dulu tak ada cikgu ke yang mengajar awak?” Tanya Hisham sinis.

Wan Husna terdiam. Dalam hati sempat menyumpah kerana geram dengan sindiran Hisham. “Kata orang pandai! Macamlah muka dia tu manis sangat! Dah macam singa nak terkam orang je!”. Gumam Wan Husna dalam hati.

“Apa awak cakap? Awak kata saya ek?” Tanya Dokter Hisham serius sambil merenung wajah Wan Husna. Sejak pertama kali memandang Wan Husna di perkarangan hospital tadi, hatinya bagai tercuit mahu mengenali gadis itu. Bila dapat tahu dokter muda itu ditempatkan ditempatnya, hatinya bagai menjerit riang. Dia yakin peluang itu tak mungkin disia-siakan walaupun sedar hakikatnya amat sukar.

Wan Husna tersentak. Wajah Hisham ditenung tepat. Tak disangka kata hatinya dikesan oleh dokter lelaki itu.
“Mana ada saya mengata dokter.!” Tekan Wan Husna cuba menafikan sambil menjeling geram.

“Jelinglah macam tu. Juling mata tu siapa pun tak nak dekat awak. Siapa yang susah? Saya jugak.!” Ujar Hisham cuba berseloroh.

“Mata saya yang juling, yang dokter susah, kenapa?” Tanya Wan Husna hairan.

“Sebab saya saja yang dekat dengan awak. Silap-silap mata saya juling sekali. Nanti siapa pun taknak dekat saya. Awak nak saya?” Balas Hisham tanpa segan silu.

Huh! Wan Husna cuba berlagak biasa. Kerana malas bertekak, didiamkan saja lalu terus melakukan kerjanya. Dan sejak itu, ada saja punca yang dicari oleh Hisham untuk mengenakan dirinya hingga dia hampir-hampir menangis.

Wan Husna menekupkan mukanya di stereng kereta sejurus selepas melabuhkan duduknya di bangku pemandu. Pintu kereta dibiarkan terbuka. Sementara menanti enjin keretanya panas, dia cuba tenangkan fikiran. Fikirannya sedikit berserabut dengan perkara-perkara berlaku sepanjang hari dia berada di tempat kerja.

“Eh..tuan puteri belum balik?”

Wan Husna tersentak lalu memalingkan wajahnya memandang pada si suara yang sudah berada di sebelahnya sedang berdiri dan tersenyum nakal. Mendengar suara itu buat hatinya yang mahu sejuk kembali panas. Wan Husna mengeluh resah. Jiwanya kembali rimas.

“Saya ingat saya yang lewat. Macam ada jodoh je kita nikan?” Usik Hisham sambil tersengeh-sengeh.

“Saya balik awal atau lewat, ada saya ganggu dokter ke?” Tanya Wan Husna malas.

“Saya tak cakap macam tu.” Ujar Hisham tersengeh-sengeh. Rasa bersalahnya kerana kejadian tadi masih terasa.

“Habis, yang sibuk-sibuk sangat kenapa?”

“Saya menegur saja. Kot-kotlah kereta tuan puteri meragam. Boleh saya tumpangkan kalau tuan puteri nak balik. Sejak tadi saya tengok tuan puteri tak gerak-gerak pun.”

 “Kereta saya okey. Nak tunggu enjin panas dulu sebelum memandu. Okeylah saya gerak dulu.” Balas Wan Husna cuba merendahkan nada suaranya. Ketika mahu menutup pintu keretanya, dia tersentak bila Hisham cuba menahan.

“Saya nak minta maaf pada awak.”

Kening lebat Wan Husna terangkat tanda minta penjelasan walaupun mula sedar dan tahu apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu.

“Saya tahu cara saya agak keterlaluan pada awak yang baru start work hari ni. Saya harap awak sudi maafkan saya. Bukan niat saya sebenarnya.” Jelas Hisham serius.

“Kalau bukan niat awak, kenapa buat juga?” Tanya Wan Husna sinis.

“Mungkin begitu cara saya nak kenal dan berkawan dengan orang.” Balas Hisham serius. Sejak dia melihat Wan Husna seakan mahu menangis petang tadi, hatinya tersentuh dengan rasa bersalah. Dan dia nekad mahu memohon ampun dan maaf.

Wan Husna tersenyum nipis sambil geleng kepala. Pelik dengan sikap lelaki yang berada di depannya ketika itu. Ikutkan hati mahu saja dihempuk-hempuk dengan beg tangannya.

Okeylah. Dah lewat ni. Rumah saya jauh. Saya balik dulu.” Ucap Wan Husna sambil menyembunyikan senyumannya. Lucu melihat Hisham seperti ayam berak kapur.

“Permohonan saya macam mana?” Kalut Hisham bertanya.

“Permohonan apa?” Tanya Wan Husna serius.

“Permohonan kemaafan.”

“Kalau saya tak maafkan?” Tanya Wan Husna sambil menjungkitkan keningnya.

“Janganlah macam ni. Saya merayu sangat! Awak cakap apa saja hukuman yang awak nak bagi, saya sanggup terima.” Bersungguh-sungguh Hisham memujuk Wan Husna.

“Jangan risau ek. Saya bukan sekejam yang dokter sangkakan. Anggap saja permohonan dokter tu saya dah luluskan.” Balas Wan Husna lalu tersenyum lebar. Lalu pintu kereta ditutup segera.

Hisham bagai dipukau bila pertama kali melihat Wan Husna tersenyum begitu. Itulah yang diharapkan hari itu. Akhirnya termakbul juga. Dia sedar salahnya juga menyebabkan gadis itu bermasam muka sepanjang hari. Kini telah terubat rasa bersalahnya hanya kerana kemaafan yang dipinta. Benarlah kata orang, jika memohon maaf dengan hati yang tulus ikhlas, pasti kemaafan itu akan diterima beriringan dengan sesuatu yang memaniskan.

Hingga bayang kereta Wan Husna hilang dari pandangan, barulah Hisham tersedar dia masih berdiri sendiri di situ. Hisham tersenyum sendiri. Malu dengan sikapnya sendiri yang bagai mabuk kepayang.

Wan Husna tersenyum sendiri sambil memandu. Gelaran Tuan Puteri yang diterima dari Hisham tadi buat dia ketawa kuat walaupun hakikatnya sebab kejadian itulah dia hampir-hampir menangis.

“Dokter Wan ni cantiklah! Macam puteri pulak saya tengok.” Tegur Rania yang merupakan salah seorang jururawat di situ.

“Cantik apanya Rania.? Saya ni biasa-biasa je.” Ujar Wan Husna malu-malu tanpa menyedari perbualan itu turut didengari oleh Hisham yang sedang berada di balik pintu wad.

“Betul! Saya tak tipu. Dokter Wan ni melayu jati atau kacukan? Muka dokter saya tengok macam orang arab pun ada. Sesekali tengok macam pelakun Hindustan.”

Ish! Awak ni lebih-lebih pulak. Ya..! saya bukan melayu jati. Abi saya melayu tapi dia darah kacukan melayu dan cina. Umi saya pulak memang anak jati dari padang pasir.”

“Wah! Patutlah cantik macam puteri. Kacukan melayu, cina dengan arab rupanya. Anak anak dokter nanti mesti cantik macam dokter. Dokter ada boyfriend?” Rania sudah mula menukar tajuk perbualan.

Wan Husna sudah mula tersenyum-senyum malu. Segan pula nak nyatakan yang dia masih solo. Pasti Rania tidak percaya.

“Kalau senyum-senyum macam tu, mesti dah ada kekasih hati.” Sakat Rania lagi.

“Merepeklah awak ni. Siapalah nak dekat saya ni..?” Suara Wan Husna menjauh.

“Alah dokter..dekat hospital ni banyak pakwe-pakwe hensem yang boleh dibuat kekasih. Dokter pilih je nak yang mana. Kalau susah-susah sangat, dokter tackle Dokter Hisham.” Ujar Rania lalu ketawa mengekek hingga membuatkan Wan Husna turut menghamburkan tawa.

Hisham yang sedang mendengar perbualan itu turut tersentak bila namanya disebut. Dicuba memasang telinga luas-luas. Melalui tawa yang kuat dari kaum hawa itu, dia sedar dirinya sedang dipermainkan.

“Dokter Hisham tu? Taknaklah saya!” Ucap Wan Husna beriringan dengan tawa kecil.

“Kenapa?” Tanya Rania hairan.

Macho sangat.!” Ujar Wan Husna sambil tersenyum manis.

“Lelaki macholah bagus, dokter.” Kata Rania bersungguh- sungguh.

“Dokter Hisham tu mana sesuai dengan saya. Dia elok dipadankan dengan…”

“Dengan siapa?” Sergah Hisham tiba-tiba muncul di hadapan Wan Husna.

Wan Husna tergamam dengan sergahan Dokter Hisham lantas terus diam seribu bahasa.

“Amboi-amboi dan amboi…! Bukan main lagi korang ngumpat fasal saya ek. Dokter Wan Husna! Cakap dekat saya. Saya sesuai dengan siapa?” Serius Dokter Hisham bertanya. Melihat Wan Husna menikus, dia cuba menahan tawa.

“Rania! Tuan Puteri awak ni dah tak ada mulut ke nak bercakap? Putera raja manalah yang malang dapat puteri yang tak ada mulut ni? Kasihan dekat anak raja tu. Kalaulah saya ni anak raja, awal-awal lagi saya rejek tuan puteri ni.”

“Alah Dokter Hisham! Kami main-main je. Tak patut tau Dokter Hisham cakap macam tu dekat Dokter Wan. Sedih dia tau..!”

“Ohh..tau sedih! Ingat saya tak tau sedih bila korang kutuk saya?” Bentak Dokter Hisham pura-pura tunjuk garang.

“Saya tak bermaksud pun nak kutuk dokter. Dokter yang salah faham. Saya tak habis cakap lagi, dokter dah menyampuk.” Ulas Wan Husna perlahan sambil menunduk. Cuak hatinya melihat wajah bengis Hisham. Matanya yang sudah mula memberat dicuba tahan agar air jernih itu tidak tumpah ke wajahnya. Bila dia cuba angkat kepala, baru dia sedar Dokter Hisham sudah berlalu pergi dari situ. Dadanya diurut tanda lega.


DARI balik tadi sampai sekarang, mak tengok Sham asyik senyum je. Selalu tu payah sungguh mak nak tengok Tom Kuruss mak ni senyum. Seharian asyik serius je. Dah macam singa lapar je.” Tegur Puan Bariah diiringi dengan senyuman lucu. Sejak anak bujangnya itu pulang dari hospital, senyuman manis yang terukir langsung tidak lekang dari bibir anaknya. Seminggu dia berada di rumah Hisham, itulah kali pertama dia melihat senyuman manis dari anak tunggalnya selepas kejadian beberapa tahun lalu. Jika sebelum ini memang sukar melihat riaksi anaknya begitu. Sememangnya sejak kecil lagi, Hisham memang susah mengukir senyuman.

“Salah ke Sham senyum?” Tanya Hisham malu-malu. Dia akur dengan sindiran Puan Bariah.

“Salah tu memanglah tak. Tapi mak rasa pelik pulak. Dah lama mak tak tengok Sham senyum manis macam ni. Hari ni manis sungguh senyum Sham tu. Macam kera dapat bunga je.! Ke..anak mak ni memang kera yang baru dapat bunga?” Usik Puan Bariah sambil tersenyum nakal.

“Mak ni..! Sham ni mak kata macam kera pula..” Hisham seperti menjauh. Namun bibirnya masih terukir dengan senyuman manis. Wajah bunga yang menjadi idaman terbias seketika di ruangan mata.

“Perumpamaan saja.” Ulas Puan Bariah perlahan. Bahu anak bujangnya diusap lembut.

“Mak suka tak kalau Sham dapat bunga?” Tanya Hisham tersipu-sipu malu.

“Cantik tak?” Tanya Puan Bariah sambil tersenyum lebar. Sudah dapat diagak apa yang bermain dalam fikiran anaknya.

“Macam bilalali.!” Seloroh Hisham teruja lalu ketawa seiring dengan Puan Bariah.

“Dari taman mana?”

“Entah! Sini-sini je kot.”

“Entah? Kot?” Puan Bariah beriaksi hairan.

“Sham baru jumpa je mak..! Hati baru tercuit nak jatuh hati. Bunga tu pun tak tahu apa-apa. Sham saja yang syok sendiri.”

“Kalau dah cantik macam bilalali, sesuai la dengan Tum Kuruss mak ni.” Ulas Puan Bariah mengusik. Hisham turut tersengeh malu.

“Sham baru nak cuba-cuba. Mak doakan sajalah agar bunga tu betul-betul jadi milik Sham.”

“Yelah! Mak akan sentiasa doakan Sham. Esok mak dah nak balik. Kalau ada apa-apa berita baik, Sham terus cerita dekat mak tau! Sepantas kilat mak datang sini pergi sunting bunga Sham tu.”

Hisham ketawa mengekek mendengar cadangan Puan Bariah. Selama-lamanya Puan Bariah memang begitu orangnya. Sentiasa tunjukkan suasana ceria walaupun ketika hati dirundung duka. Semenjak dia mula bertugas di Perak, Hisham kerap kali balik ke kampung mengambil emaknya datang ke rumahnya. Walaupun sering ditolak oleh Puan Bariah, Hisham tetap berdegil. Dia tahu emaknya sunyi. Memandangkan dia anak tunggal, Hisham yakin emaknya yang kesunyian pasti akan setuju juga akhirnya dengan apa saja permintaannya. Jadi dia sering memujuk emaknya tinggal dengannya walaupun tahu Puan Bariah tidak bersetuju.

“Kali ni kalau jadi, mak kena tinggal dengan Sham. Sham tak suka mak tinggal sorang-sorang dekat rumah arwah ayah tu. Bukan ada siapa-siapa boleh tengokkan mak.”

Puan Bariah termenung panjang. Kali ini dia tidak dapat lepaskan dirinya lagi. Perasaan yang disimpan lima tahun lalu mula hadir kembali. Jika tidak kerana kedegilannya untuk tidak tinggal bersama anak tunggalnya itu, pasti sudah lama dia bahagia dan senang hati dengan seorang menantu dan cucu yang ramai.

“Yelah..! kali ni mak ikut. Mak akan ikut mana Sham pergi. Mak tak mahu pisang berbuah dua kali. Penderitaan Sham sudah cukup buat mak rasa bersalah seumur hidup mak.”



“Dahlah mak! Jangan diingat lagi kisah lalu. Sham pun dah lama lupa. Mungkin dah tertulis dia bukan milik Sham.. Sham redha.”

No comments: