PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Friday, 3 April 2015

BAB 7:::Pasrah Dalam Redha

BAB 7

“SAYA ada buat salah ke?” Tanya Wan Husna sayu sambil menatap wajah jejaka yang sudah bertapak di hatinya sejak beberapa bulan yang lalu.

“Awak tak salah apa-apa.” Jawab Hisham tanpa menoleh pandang ke wajah Wan Husna.

“Habis tu, kenapa awak asyik nak larikan diri dari saya.?” Wan Husna terus bersoal.

“Mana ada.! Awak yang perasan sendiri kot. Sekarang kan saya ada depan awak. Mana ada saya lari.”

“Kalau saya tak tahan tadi, awak akan larikan?” Tanya Wan Husna kurang puas hati. Hampir seminggu Hisham seakan menjarakkan diri darinya. Tertanya-tanya dia sendiri, apakah yang menyebabkan lelaki itu berubah sikap sedemikain rupa. Hampir pecah kepalanya memikirkan hal yang tiada kesudahan selagi tidak didengari dari mulut lelaki itu sendiri.

“Saya sibuklah!” Hisham masih beralasan. Tanpa memandang wajah gadis kesayangannya, dia hanya menjawab sambil menunduk. Laporan pesakit kanak-kanak yang berada di hadapannya kini harus disiapkan segera.

“Terus terang dengan saya. Apa yang saya dah buat? Selagi awak berdiam macam ni, hati saya jadi sakit. Tau!” Bentak Wan Husna perlahan namun tegas. Risau juga kalau-kalau pesakit lain mendengar perbualan mereka. Sudah lama dia tunggu masa dan tempat yang sesuai untuk bertemu dengan lelaki itu. Namun ada-ada saja yang menghalang. Tambahan lagi Hisham sering mengelak setiap kali dia menyatakan mahu berjumpa. Sebarang panggilan atau pun sms langsung tidak dihiraukan.

“Saya sibuk sekarang ni. Kita cakap lain kali sajalah.” Hisham cuba beralasan untuk mengelak.

“Boleh pulak cakap yang awak sibuk. Selama ni saya sms tanya, kenapa tak jawab yang awak sibuk. Kalau saya ni ganggu awak, awak terus terang bagi saya faham. Bukan berdiam macam ni. Awak buat saya macam tunggul mati tunggu awak. Baiklah, kalau saya mengganggu awak, lepas ni saya takkan ganggu awak lagi. Assalamualaikum!” Ujar Wan Husna lalu melangkah dari situ.

Hisham lepaskan keluhan berat sambil merenung langkah Wan Husna yang semakin menjauh. Serba salah dibuatnya melihat wajah itu semakin menjauh. Kasihnya pada gadis itu tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Agak lama dia memendam perasaan pada Wan Husna, akhirnya bila Wan Husna yang menyatakan dulu rasa hati sekaligus menerima dirinya, dirasakan dunia memang diciptakan untuk dirinya seorang.

Namun sejak seminggu lalu, hatinya bagai dicengkam pilu. Sakit hati dan panas matanya bila melihat kemesraan Wan Husna dan Wan Hamka di halaman rumah. Jelas di wajah gadis kesayangannya benar-benar riang di samping lelaki itu. Sedangkan selama ini gadis itu tidak pernah seriang itu ketika bersamanya. Ingin ditanya pada Wan Husna, namun lidahnya bagai kelu seribu bahasa. Takut juga dikata cemburu walaupun hakikat sebenar dia memang sedang cemburu. Dia tahu siapa Wan Hamka. Namun entah kenapa, bila melihat hubungan yang rapat itu, dia agak tercabar.

Minggu lalu dia ke rumah Wan Husna seperti yang dijanjikan. Janji yang dibuat sendiri oleh Wan Husna agar datang menjemputnya kerana mereka sudah merancang untuk memilih hadiah perkahwinan Wan Hamshah abang kepada Wan Husna. Hatinya bagai dihiris belati bila melihat Wan Husna berpakaian sukan sedang bermain badminton dengan Wan Hamka. Untuk dia pergi mendapatkan gadis kesayangannya, dia tidak mampu kerana melihat Wan Husna galak riang bermain, tak sanggup rasanya menyekat kegembiraan Wan Husna.


Hatinya semakin sakit kerana hingga sekarang Wan Husna masih belum meminta maaf padanya kerana perjanjian yang gadis itu buat. Wan Husna seakan lupa pada dirinya setelah berjumpa semula dengan Wan Hamka. Baginya dirinya sudah tidak diperlukan lagi. Dia sendiri tahu siapa Wan Hamka di hati Wan Husna satu ketika dulu. Semuanya sudah diceritakan oleh orang tua Wan Husna sendiri ketika pertama kali dia datang bertemu dengan keluarga gadis itu. Pada waktu itu dia tidak ada apa-apa perasaan negetif kerana yakin dengan gadis itu setelah dirinya diterima. Namun setelah sekembalinya Wan Hamka ke tanah air, hatinya sentiasa rasa gelisah tidak menentu. Memandangkan rumah Wan Husna dan Wan Hamka sebelah menyebelah, semakin galaklah hatinya asyik memikirkan kemesraaan Wan Husna dan Wan Hamka kembali tercipta.


WAN HUSNA mengetap bibir menahan geram. Pen dan fail yang dipegang tadi dihempas kuat atas mejenya sehingga beberapa orang jururawat tersentak sambil berpandangan. Rasa sebak yang dirasa sejak tadi ditahan semampu boleh. Walaupun matanya terasa semakin panas, dia cuba menahan agar air jernih dari kelopak matanya tidak gugur ketika itu.

Sudah habis difikir apakah kesalahan yang dia sendiri buat hingga Hisham berubah sikap. Otaknya sudah tidak boleh berfikir lagi. Sikapnya yang menjadi  pendiam tiba-tiba kerana terlalu berfikir turut disedari dan menjadi teguran oleh uminya petang semalam.

“Cuti-cuti ni Una tak kemana-mana ke?” Tanya Fatimah Az-Zahra sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Wan Husna yang asyik menonton.

“Taklah umi. Una nak rehat je.”

“Hisham tak datang? Dah lama umi tak jumpa Hisham.”

“Entahlah umi. Una pun tak faham dengan dia. Dah berapa hari Una tak cakap dengan dia. Call tak jawab. Mesej wassap tak balas.”

“Una dengan Sham bergaduh ke?”

“Una tak tahulah umi. Tiba-tiba dia berubah. Una tak buat salah apa-apa pun.”

“Dia penat kot..!”

Wan Husna hanya mengangkat bahu sambil menyebikkan mulutnya. Orang lain pun berkeja dan rasa penat juga, tapi tidaklah sampai seminggu tunjuk rasa penat. 

“Petang ni umi nak ajak Una temankan umi kejap.”

“Nak kemana umi?”

“Umi nak beli barang sikit untuk majlis abang Shah. Bolehlah Una belikan sekali hadiah untuk abang Shah. Una boleh temankan umi?”

“Boleh! Tapi hadiah abang Shah Una dah pergi beli dengan abang minggu lepas.”

Fatimah Az-Zahra tersenyum sambil mengangkat kening.

“Cinta berputik kembali ke?” Tanya Fatimah Az-Zahra dengan nada mengusik.

Ish umi ni..! Ke situ pulak. Una cuma anggap abang macam abang Una je.”

“Entah-entah Hisham berubah sebab abang Am.” Duga Fatimah Az-Zahra tiba-tiba.

“Tak mungkinlah Umi. Una dah jelaskan tentang abang dekat dia. Dia terima dan faham.”

“Baguslah macam tu. Umi tak mahu ada apa-apa masalah tentang hubungan Una dan Hisham.”

“InsyaAllah, mi.! Umi doakan aje moga kami kekal.”

“Umi sentiasa doakan kesejahteraan anak-anak umi dunia dan akhirat. Tapi Una jangan harap umi saja berdoa, Una pun kenalah berdoa sama. Risau pulak umi dengar cerita Una tadi. Seminggu tak bertegur dengan Hisham, tu dah kira kes berat tu! Baik bawa berbincang elok-elok.”

"Kalau dia pun asyik main sorok-sorok penatlah Una macam ni. Asyik Una je yang tercari-cari terkejar-kejar dia. Sedangkan dia buat tak kisah je dekat Una." Bentak Wan Husna geram.

"Mesti ada yang mengganggu dia tu.. Kalau tak, masakan tiba-tiba dia berubah."

"Dokter Wan ada masalah ke?"

Wan Husna tersentak dari lamunan. Baru tersedar panjang sungguh lamunannya. Agaknya masa yang digunakan untuk melamun tu, kalau masak nasi goreng kampung pun mesti dah siap.

“Eh, tak ada apalah. Saya okey.”

“Saya tengok sejak tadi Dokter Wan asyik diam je.”

“Entahlah! Saya sendiri tak tahu apa yang saya fikirkan.”

“Dokter Wan bergaduh dengan Dokter Hisham ek..?”

“Pandai-pandai jelah kamu ni.” Ujar Wan Husna lalu kalut mencapai pen dan tergesa-gesa membuka fail laporan seorang pesakit. Tidak disangka kemurungannya menjadi perhatian.

“Ramai yang perasan Dokter Hisham asyik angin je beberapa hari ni.”

“Angin?” Wan Husna bertanya hairan. Sangkanya dia saja yang perasan perubahan sikap Hisham, rupanya ramai yang perasan.

“Pantang silap sikit asyik nak marah je. Dari muka yang sentiasa serius tu dah real-real tukar jadi singa kelaparan.”

Wan Husna ketawa mengekek. Dia turut sedar semua itu hingga kadang-kadang dia sendiri takut nak menegur.

“Dokter ada buat apa-apa ke dekat dia sampai dia marah macam tu?” Tanya jururawat Zura sambil tersenyum.

“Seingat saya tak ada.” Jawab Wan Husna penuh yakin.

“Cuba Dokter Wan ingat balik. Kot-kot Dokter ada buat janji ke dengan dia.”

Wan Husna mengeluh sambil geleng kepala. Tiba-tiba dia teringatkan perbualannya dengan uminya petang semalam. Mata dan mulutnya secara automatik melopong bulat. Mulutnya ditekup erat sambil beralih pandang tepat pada jururawat Zura di hadapannya.

“MasyaAllah! Macam mana saya boleh lupa.?” Bentak Wan Husna sambil mengetuk-ngetuk kepalanya.

“Lupa apa Dokter?” Kalut jururawat Zura bertanya setelah melihat Wan Husna seperti cacing kepanasan.

“Saya ada janji dengan dia minggu lepas nak keluar.” Ujar Wan Husna gelisah.

“Ha..tulah..! Kan dan kantoi. Baik Dokter Wan pergi minta maaf cepat sebelum saya mengorat dokter cinta dokter tu.” Balas jururawat Zura dengan gaya mengusik.

Caitt! Tadi kutuk bukan main lagi. Singa kelaparanlah..! Sekarang ada hati nak mengorat.!” Tempelak Wan Husna geram.

Acah je..!” Ujar jururawat itu lagi sambil tersengeh malu.

Bergegas Wan Husna bangun dari duduknya lalu berjalan pantas untuk mendapatkan Hisham di wad kanak-kanak tadi.

“Nampak Dokter Hisham tak?”

“Dokter Hisham baru je keluar. Nak halau nyamuk katanya.”

Wan Husna hanya menggeleng kepala mendengar jawapan dari jururawat yang bertugas di wad kanak-kanak itu. Tabiat Hisham yang suka merokok tak dapat diubah lagi dengan cara menegur. Dah banyak kali dibebelkan pun lelaki itu tetap berdegil. Tak tahu lagi cara apa yang perlu digunakan untuk menghilangkan tabiat merokok Hisham itu. Kalau budak bolehlah dicubit atau dirotan. Ni dah tua!

Sampai di tempat biasa kelihatan Hisham sedang merokok. Wan Husna tersenyum lega. Jelas dari pandangan matanya lelaki itu sedang serabut berfikir kerana merajuk. Tudung yang dipakai dibetulkan. Baju kurung yang dipakai pun dipastikan dalam keadaan elok untuk meyakinkan dirinya ketika berdepan dengan lelaki itu sebentar lagi. Sambil tersenyum-senyum, langkahnya diatur perlahan ke arah Hisham yang sibuk menghembuskan asap rokok.

“Awak..!” Tegur Wan Husna lembut. Suaranya dipastikan berada dalam nada manja. Misi memujuk harus disegerakan.

Hisham agak terkejut dengan kehadiran Wan Husna di situ. Kebiasaannya gadis itu tidak suka berdepan dengannya ketika dia sedang merokok. Lantas rokok yang berada di jarinya dilemparkan segera demi menghormati Wan Husna.

“Awak marah sayakan..?” Tanya Wan Husna sambil menarik-narik lengan baju Hisham. Bila melihatkan Hisham masih berdiam,Wan Husna nekad mahu terus memujuk.

“Saya minta maaf. Saya mengaku salah saya. Saya lupa tentang janji kita minggu lepas.” Jelas Wan Husna lambat-lambat.

Pantas Hisham menoleh ke wajah Wan Husna. Lega hatinya bila Wan Husna berkata begitu dan mengaku salah. Namun ada satu lagi yang menyesakkan jiwanya. Dia masih menantikan penjelasan tentang itu.

“Janganlah buat saya macam ni. Saya tak senang tengok awak macam ni. Sedih tau..!” Rengek Wan Husna manja.

“Sedih saya macam mana? Sakit hati tau saya tunggu awak. Makin sakit bila saya tengok awak bergelak tawa dengan abang sepupu awak tu.”

Wan Husna tersentak. Seketika kemudian bibirnya terukir senyuman nakal. Baru sedar punca cemburu rupa-rupanya..

“Awak cemburukan abang sepupu saya ek?”

Of coz la saya cemburu. Tengok awak gelak-gelak dengan dia, sakit hati saya tau!”

“Tu abang sepupu sayalah..!” Wan Husna cuba meyakinkan Hisham yang antara dia dan Wan Hamka tidak ada apa-apa hubungan istimewa melainkan hubungan adik beradik sahaja.

“Ya..saya tahu semua tu. Dan saya tahu sejarah awak dengan dia dulu.”

Wan Husna tergamam seketika. Baru sedar apa yang dimaksudkan oleh Hisham tadi.

“Awak..! Saya mengaku memang dulu saya sayangkan dia. Tapi sekarang saya dah ada awak. Kalau saya masih harapkan dia, kenapa saya pilih awak? Janganlah curiga dengan saya. Saya ikhlas dan jujur dengan awak.”

Wajah Wan Husna ditatap lama. Dia tahu gadis itu jujur dan ikhlas. Cuma dia tidak yakin dengan hatinya saja. Kerana keperibadian gadis itu dia risau hatinya yang cepat berubah. Dia sedar kekurangan dirinya jika nak dibandingkan dengan Wan Hamka.

“Saya takut hati awak berubah. Dan kerana terlalu sayangkan awak, saya takut hati saya cepat mengalah. Saya tak sempurna macam abang sepupu awak tu.”

Syyyy..! Kenapa cakap macam tu? Takmau-takmau..!Saya tak suka awak cakap macam ni lagi. Kita dah pernah bincangkan hal ni? Jadi jangan sesekali ungkit lagi hal ni. Awak tahukan kenapa saya jatuh hati pada awak?”

“Tapi saya tak sempurna.” Bentak Hisham perlahan.

“Kerana ketidak sempurnaan awak tulah saya jatuh hati pada awak.”

“Itu bukan cinta. Tapi simpati.”

“Pada saya itu cinta. Cinta yang lahir dari hati ikhlas saya pada awak. Ya! Saya mengaku saya mula kenal dengan awak bermula dengan rasa simpati. Tapi itu tak bermakna saya tak boleh cintakan awak.” Bohong Wan Husna. Malu dirasa andai Hisham tahu yang dia  mula jatuh suka pada lelaki itu pada hari pertama berkerja di hospital itu.

“Kerana simpati ku jatuh hati..Macam tu?”

Nope! Bukan simpati tapi budi. Kerana budi ku jatuh hati tergolek-golek.” Ujar Wan Husna berserta dengan senyuman nakal.

Hisham tersenyum malu. Jika diingatkan balik kejadian itu, dia sendiri tidak menyangka akan terjadi. Kerana kejadian itulah rahsia kekurangan dirinya dibongkarkan walau pun hakikatnya perkara itu sudah diketahui oleh Wan Husna. Paling dia tidak sangka bila Wan Husna terlebih dahulu menyatakan suka pada dirinya sedangkan hakikat yang sebenar, dia mula jatuh hati pada gadis itu ketika pertama kali Wan Husna melaporkan diri untuk bertugas di hospital tempat dia berkhidmat sekarang.

Wan Husna lega bila senyuman manis mula terukir di bibir Hisham. Dalam hati mula rasa nak menjerit kerana misi berjaya.

“Saya temankan awak pergi beli hadiah abang Shah ek?” Cadang Hisham tiba-tiba setelah dapat menerima alasan dari Wan Husna.

Wan Husna tersentak lagi. Lidahnya kelu. Tak sanggup berterus terang yang hadiah itu sudah pun dibeli bersama Wan Hamka. Namun kerana rasa jujur pada lelaki itu, dirasa dia patut berterus terang.

“Awak..!” Wan Husna cuba melunakkan suaranya dengan gaya manja. 

Hisham yang sedang ralit menatap wajah Wan Husna serta merta berubah wajah kerana dia seperti dapat meneka sesuatu.

“Awak dah pergi beli dengan diakan?” Lemah sekali suara Hisham yang seakan faham dengan nada suara Wan Husna tadi.

“Saya minta maaf. Saya betul-betul tak ingat. Hari tu memang saya keluar dengan abang Am sebab dia kata nak beli hadiah abang Shah. Saya sendiri tak sangka saya boleh lupa fasal janji saya dekat awak tu.” Jelas Wan Husna bersungguh-sungguh mengharapkan agar Hisham faham.

“Tu maknanya awak masih ingatkan dia.”

“Bukan macam tu..!” Rintih Wan Husna serba salah.

“Habis macam mana? Dah sah-sah awak lupakan saya bila awak ada dekat dengan dia.” 

Wan Husna tersentak. Makin resah jadinya bila melihat wajah Hisham kembali seperti seminggu lalu.

“Janganlah macam ni..! Saya minta maaf sangat-sangat. Saya janji tak buat dah. Saya pun tak tau macam mana saya boleh lupa tentang janji tu. Apa kata petang ni saya temankan awak pergi beli hadiah awak untuk abang Shah?” Pujuk Wan Husna lagi.

“Tak payahlah!” Balas Hisham dengan nada rajuk.

“Janganlah macam ni..” Wan Husna masih terus memujuk rayu.

"Awak janji nak pergi dengan saya, tapi awak pergi dengan orang lain. Awak memang sengaja nak mendera perasaan sayakan?"

"Mana ada macam tu Saya terlupa.! Sorry sangat-sangat!!" Wan Husna kembali merayu. 

“Hm..Okey..saya faham.” Suara menjauh Hisham jelas kedengaran setelah lama membisu. Rasa simpati pula melihat Wan Husna merayu-rayu begitu. Risau juga kalau-kalau Wan Husna penat merayu, alih-alih nanti dia balik yang kena atur strategi memujuk.

“Apa yang awak faham?” Tanya Wan Husna resah. Risau juga kalau-kalau Hisham salah faham.

“Saya faham awak tu memang pelupa sebab dah tua, nyanyuk..!”

What?? Awak kata saya tua? Kurang asam punya boyfriend!” Sepantas kilat kaki Hisham disepak kuat. Namun kerana salah sasaran, kaki dia sendiri yang kesakitan.

“Ha..derhaka lagi dekat bakal suami. Berdosa tau buat macam tu.”

“Sakit tau kaki saya..” Rengek Wan Husna manja sambil menggosok-gosok pergelangan kakinya.

“Kaki saya ni diimport tau! Jangan main-main..” Balas Hisham lantas cepat saja tangannya mahu memegang kain Wan Husna untuk melihat kaki Wan Husna yang kesakitan.

Aipp..!! Awak nak buat apa ni?” Jerit Wan Husna meliahat riaksi Hisham. Tangan Hisham yang sedang memegang hujung kainnya ditepis-tepis.

“Marilah saya tengokkan kot-kot ada yang cedera parah. Sayakan dokter. Boleh ubatkan.” Jawab Hisham cuba mengusik gadis kesayangannya.

Sepantas kilat ketilan berbisa dihadiahkan pada bahu Hisham hingga lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

“Saya pun dokterlah!!” Balas Wan Husna geram sambil menjeling lantas terus berlalu dari situ. Malu bila diperlakukan begitu. Nasib baiklah tiada siapa yang lalu di kawasan itu. Namun begitu dia bersyukur dan boleh menarik nafas lega bila operasi memujuk akhirnya berjaya. Jika diingatkan balik, ini adalah kali pertama dia memujuk Hisham. Jika sebelum-sebelum ini Hisham yang selalu memujuk. Kali pertama Hisham memujuknya adalah ketika pertama kali dia mula berkerja di situ.

No comments: