BAB 10
“TEMANKAN saya
makan hari ni, boleh?”
“Hah!!” Wan Husna
terkejut sambil memanggung kepalanya bila suara Hisham menyinggah di gegendang
telinganya. Tergamam seketika melihat Hisham sedang berdiri di hadapannya yang
sedang menulis sambil tersengeh-sengeh. Memang sejak tiba di hospital pagi
tadi, wajah lelaki itu yang ingin dipandang dahulu. Namun dia hampa bila
mendapati kereta milik Hisham masih belum kelihatan di tempat pakir yang biasa
Hisham letakkan.
“Tengahari ni awak temankan saya makan. Boleh?” Ulang Hisham
berserta dengan senyuman nipis. Agak lucu dia melihat riaksi Wan Husna tadi.
Sampai di tempat kereta pagi tadi dia tersenyum lebar melihat kereta milik Wan
Husna sudah tersedia. Dia mula buat rancangan mahu mendekati gadis itu.
“Awak tak ada kawan nak temankan awak makan ke?” Tanya Wan
Husna ragu-ragu. Walaupun permintaan itu buat dia kembang setaman, dia harus
berwaspada. Takut kalau-kalau misi mengusik dari lelaki itu belum selesai.
Ikutkan hati mahu saja dia bersetuju menerima perlawaan itu. Perbualan dengan
orang tuanya semalam terbias sejenak. Takut juga kalau-kalau lelaki itu sudah
berkeluarga. Jika dilihat dari rupa, memang sepatutnya lelaki itu sudah ada
anak empat atau lima orang.
Terangkat kening Hisham sambil tersenyum riang bila
mendengar panggilan dokter yang selalu Wan Husna gelarkan padanya sudah
bertukar kepada awak sahaja.
“Ada. Tapi saya nak makan dengan awak hari ni. Saya nak
belanja. Anggap saja tanda maaf saya pada awak fasal semalam. Rasa macam tak
lengkap pula maaf saya tu.” Terang Hisham ikhlas. Sejujurnya itulah yang ingin
dilakukan hari ini.
Wan Husna mengetap bibir menahan senyum walaupun sedar
senyumannya sudah mula terukir lebar. Wajah lelaki di hadapannya ditenung
tepat. Bila Hisham membalas renungannya, dia tertunduk malu.
“Tak payahlah kot! Kan saya dah maafkan awak semalam. Jangan
risau. Saya ikhlas maafkan awak.” Ujar Wan Husna lalu meneruskan kerjanya yang
tergendala tadi. Kepalanya tak mampu lagi mahu mengangkat memandang Hisham.
“Saya ikhlas nak belanja awak makan hari ni. Boleh la..!”
Rayu Hisham lalu melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan meja Wan Husna. Sempat lagi dia
merenung wajah Wan Husna yang sedang memandang tarian mata pena sambil menopang dagu. Hatinya bagai
bersorak riang melihat Wan Husna malu-malu selepas merenungnya tadi.
“Saya bawa bekal dari rumah.” Jawab Wan Husna yang masih
menunduk.
“Rajin awak masak pagi-pagi.”
“Umi saya yang masak. Dari zaman sekolah rendah lagi, saya
tak biasa makan dekat kantin. Umi dengan abi saya takut saya keracunan. Lagipun
perut saya tak boleh makan sebarangan.”
“Manja sangat!” Jawab Hisham sinis lalu tersenyum nakal.
“Bukan sebab manja. Tapi sebab saya memang ada masalah
perut. Lagipun memang dari awal saya dah diasuh macam tu. Jadi saya kena ikut
untuk kepentingan dan kebaikan diri saya juga. Betul tak?”
Hisham terangguk-angguk setuju dengan penjelasan Wan Husna.
Sedikit rasa malu bila ingat kembali kata sinisnya pada gadis itu tadi.
“Boleh saya tahu fasal perut awak tu.?” Hisham cuba ambil berat.
“Apendiks. Dah
lama dah.. Dah sembuh pun. Tapi saya kena berjaga-jaga jugaklah..” Jawab Wan
Husna tanpa berselindung. Baginya berbual dengan Hisham hari ini buat dia senyum
sepanjang masa. Salah satu faktor ialah kerana hatinya sedang berbicara soal
perasaan. Wan Husna termalu sendiri.
Hisham mengangguk faham dengan wajah serius.
“Oh! Kalau macam tu, saya beli bungkus makan dengan awak
sajalah.” Cadang Hisham enggan mengalah.
“Boleh aje.! Kalau awak nak share dengan saya pun okey..”
Sepontan jawapan yang keluar dari mulut Wan Husna. Dia sendiri tidak menyangka
dia akan berkata begitu. Melihat senyuman Hisham semakin lebar, dia jadi tak
tentu arah.
“Cukup ke?”
“Kebetulan saya bawa lebih. Semalam saya makan dengan Kak
Bibah. Tak sangka hari ni dia pun bawa bekal lebih.”
“Makan dengan Kak Bibah???” Tanya Hisham terkejut. Membutang
matanya mendengar nama wanita itu.
“Mm.! Kenapa?” Wan
Husna pelik melihat riaksi Hisham yang sedikit kalut.
“Mm..kalau macam tu tak apalah. Saya makan dekat luar
sajalah dengan kawan-kawan saya!” Jawab Hisham kalut lalu berlalu dari situ.
Mendengar nama jururawat itu buat dia rasa tak tentu hala. Masakan tidak jika
jururawat itu tak henti-henti merayu bagai seperti mahu dia menerima sebuah
cinta yang kononnya ikhlas lagi murni dan suci bersih dari wanita itu.
Wan Husna mengeluh lemah. Sedikit kecewa bila Hisham
membatalkan rancangan untuk makan tengahari bersamanya. Tertanya-tanya juga dia
sendiri mengapa Hisham berkeadaan pelik bila nama Kak Bibah terkeluar. Akan diajukan persoalan itu pada Kak Bibah nanti.
Hisham melangkah laju meninggalkan Wan Husna. Dalam
fikirannya sekarang adalah melarikan diri dari wanita yang bernama Kak Bibah.
Bukan dia benci pada wanita itu, cuma dia rasa rimas. Wanita itu sering
mengganggunya tak kira tempat atau waktu. Kadang-kadang depan tandas pun
dijadikan tempat untuk mengenakannya. Pernah sekali terjadi ketika dia baru
keluar dari tandas. Terkejut yang amat sangat bila tiba-tiba Kak Bibah meraih
lengannya dan memaksa dia ikut wanita itu masuk ke dalam tandas perempuan.
Ketika itu tak dapat dibayangkan betapa malunya dia bila ramai orang awam dan
jururawat ketawakannya bila melihat wajahnya yang sudah mula pucat lesi. Dia
tahu niat Kak Bibah sekadar mahu mengusik, namun jika usikannya itu sudah di
tahap yang melampau, berangnya pasti tercetus juga. Namun dia pelik dengan
sikap Kak Bibah. Walaupun ditegur dan dimarahi, wanita itu tetap berdegil.
Akhirnya dia mengambil langkah menjauhkan dan melarikan diri dari wanita itu
tiap kali bertembung. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia harus berkeadaan
begitu. Sering kali dia berdoa agar ada insan yang sudi membantunya tiap kali
berdepan dengan Kak Bibah.
“SEMALAM sup ayam
hari ni sup daging. Esok sup apa pulak.?” Tanya Kak Bibah pada Wan Husna yang
sedang memasukkan nasi ke dalam pinggan.
“Esok sup ketam. Kak Bibah makan ketam tak?” Jawab Wan Husna
tanpa sedar soalan Kak Bibah tadi berbaur sinis.
Kak Bibah tersenyum sambil geleng kepala. Lambat rupanya
anak dara ni…!
Apabila Wan Husna mendongak kepala memandang wajah Kak Bibah yang sedang tersenyum meleret, baru dia sedar kelembapan otaknya dengan sindiran Kak Bibah tadi.
Apabila Wan Husna mendongak kepala memandang wajah Kak Bibah yang sedang tersenyum meleret, baru dia sedar kelembapan otaknya dengan sindiran Kak Bibah tadi.
“Ini saja yang saya boleh makan Kak Bibah. Yang ada cili
memang saya tak berani. Bukan tak suka tapi dah memang tak boleh makan.” Lantas
diceritakan kejadian bagaimana mula-mula dia kena penyakit perut yang bahaya
itu.
“Hurmm..susahlah
kalau macam tu. Kak Bibah kalau tak ada cili memang tak boleh nak makan. Sambal
belacan tu memang dah jadi menu wajib Kak Bibah seisi keluarga. Anak-anak Kak
Bibah yang kecik sekali pun suka sambal belacan. Kalau tak buat, semua mogok
tak nak makan.”
Wan Husna tersenyum dan ketawa kecil mendengar cerita Kak
Bibah. Jika dulu dia pun sukakan makanan yang pedas-pedas. Selepas disahkan apendiks di usia sepuluh tahun, dia
sedikit kecewa. Hampir sebulan juga dia tiada selera makan. Akhirnya setelah
sekian lama diasuh tekaknya menerima makanan ala-ala kanak-kanak tadika, dia
dapat juga menerima.
“Esok kita makan dekat kantin nak? Tak best la makan dalam bilik dokter ni. Tak ada benda menarik yang
boleh dipandang. Pandang depan pintu nampak poster ibu menyusu baby. Toleh kanan nampak poster rokok. Pandang kiri gambar artikel tentang najis. Siap dengan gambar najis lagi.! Nasib baik Kak Bibah dah biasa. Kalau orang lain dah tentu muntah monggek dekat sini.”
“Saya dah biasa berdepan dengan benda-benda macam tu. Mula-mula dulu rasa nak muntah jugak. Tapi bila dah lama-lama, dah tak rasa apa-apa dah. Kak Bibah nak tengok apa dekat kantin tu.? Saya tengok
biasa je suasana kantin tu.” Balas Wan Husna perlahan.
“Sambil makan boleh juga cuci mata tengok dokter-dokter yang
hensem-hensem.”
Wan Husna ketawa mengekek. Ada-ada saja wanita di depannya
itu mahu buat dia ketawa.
“Kak Bibah nak tengok siapa.?” Wan Husna sekadar bertanya.
“Ramai..! Salah seorang darinya ialah rakan sekerja dokter
tu. Dokter Hisham.! Ha..ada lagi kat bahagian lain. Dokter Zikri, Dokter
Syamsul dan ramai lagilah!” Ujar Kak Bibah sambil tersenyum nakal.
Hampir tersedak Wan Husna bila nama Hisham terbit dari mulut
Kak Bibah. Terfikir-fikir dia sendiri di mana letaknya ketampanan Hisham.
Sambil tersenyum sendiri dia menggeleng kepala. Baginya Hisham bukan lelaki
kacak tapi manis orangnya. Kulitnya tidak dalam kategori putih atau gelap. Tiba-tiba dia teringat sesuatu tentang lelaki
itu.
“Saya nak tanya Kak Bibah sikit. Kenapa Dokter hensem Kak Bibah tu takut sangat bila saya sebut nama Kak
bibah?”
“Siapa? Dokter hensem
akak banyak dalam hospital ni. Yang mana satu?”
Sekali lagi Wan Husna ketawa. Baru kini dia faham sikap Kak
Bibah yang sentiasa ceria.
“Dokter Hisham.” Jawab Wan Husna perlahan seolah-olah
berbisik.
Serta merta Kak Bibah berdekah-dekah ketawa. Wan Husna
merasa pelik hingga berkerut di wajah.
“Yang sebenarnya akak suka nyakat dia. Muka brutel ala-ala serigala jadian nak
mengawan tapi dalam hati ada taman. Hampeh!!”
Seiring dengan itu, berderai tawa Wan Husna dan Kak Bibah.
“Dia tak marah akak ke?”
“Mula-mula dulu dia marah jugak. Tapi bila dah lama-lama dia
terpaksa akur. Kadang-kadang tu sengaja akak nyakat dia depan orang ramai. Bila
tengok muka pucat lesi dia tu, akak rasa macam nak gelak guling-guling.” Jelas
Kak Bibah sambil mengesat tubir matanya yang basah dek kerana terlalu banyak
ketawa.
“Dia okey tak
kak?” Tanaya Wan Husna malu-malu. Rasanya dia perlu tahu sesuatu tentang lelaki
itu.
“Dia okey. Dalam
kerja memang serius. Jangan ada yang main-main. Tapi dengan akak dia takut.”
Sekali lagi Kak Bibah menderaikan tawanya. Wan Husna hanya tersenyum lucu.
“Mula-mula saya kenal dia, saya fikir dia sombong.” Wan
Husna kembali bersuara setelah beberapa detik membisu.
“Kalau orang tak kenal, memang akan fikir macam tu. Yang
sebenarnya dia baik hati. Muka je nampak garang tapi dia tetap hensem di mata akak.”
Wan Husna tersenyum dalam diam. Dia setuju dengan pendapat
Kak Bibah.
“Hensem ke? Bagi
saya dia bukan hensem. Tapi manis.
Nampak berumur sikit. Akak agak-agak berapa umur dia.?”
“Hai Dokter Wan
Husna! Sudah mula terpikat ke pada encemman
akak tu ..?” Tanya Kak Bibah sinis dengan nada nakal. Jelingan sinisnya sudah
cukup buat Wan Husna tersenyum malu.
“Pandai jelah akak ni. Saya tanya je!”
“Yelah..mula-mula tanya. Lepas tu risik khabar. Tup-tup
tau-tau dah serah kad kawin je dekat akak nanti.” Usik Kak Bibah nakal.
Wan Husna menggeleng kepala.
“Ish akak ni.
Buatnya dia tu suami orang, tak ke naya je saya nanti.” Ujar Wan Husna. Serkap
jarang sebenarnya tu..
“Siapa cakap dia tu suami orang?” Pantas Kak Bibah bertanya
dengan nada serius. Wajah Wan Husna ditatap hairan.
Wan Husna tersentak. Terhenti seketika kunyahan nasi di
mulutnya. Terasa lapang dadanya mendengar jawapan Kak Bibah tadi.
“Setahu akak, dia mana ada isteri.”
“Dia tak kawin lagi?” Wan Husna bertanya pelik.
“Hurm..kalau akak
cerita, dokter diam-diam sajalah ek.
Jangan kecoh-kecoh pulak.” Ujar Kak Bibah selepas beberapa detik berdiam diri.
Wan Husna diam tanpa beri apa-apa jawapan. Dalam diam dia
turut setuju dengan permintaan Kak Bibah.
“Masa tu akak kerja sini dah dekat dua tahun. Akak kenal
dengan Dokter Hisham tu pada hari pertama dia bertugas dekat sini. Sebelum tu
dia bertugas dekat hospital Sungai Petani selama dua tahun setengah. Bila tahu
dia sebaya dengan akak, akak jadi berani nak tegur dia. Bila dah lama kenal,
yang bersangkut paut dengan dia dekat luar pun akak jadi tahu.”
“Apa yang akak tahu?”
“Masa tu dengar cerita dia dah bertunang. Tunang dia pun pernah
berkhidmat dekat sini. Dengar cerita mereka kenal dari zaman sekolah rendah
lagi. Belajar dekat luar negara pun sama-sama. Dengar ceritanya mereka
bertunang sebelum berangkat ke luar negara.
Kedua pihak keluarga nak mereka nikah sebelum berangkat sebab takut perkara
lain yang jadi dekat sana. Almaklumlah..darah muda tengah menggelegak. Takut
lain yang diharap lain pulak yang jadi.”
“Habis tu dia orang nikah tak?”
“Tak berani akak nak cakap. Ada yang kata mereka dah nikah
sebelum berangkat ke luar negara dan ada juga yang cakap tak jadi nikah sebab
tunangnya tak mahu terburu-buru. Ada pula yang cakap dia orang dah nikah dekat
Australia. Entahlah! Akak pun tak tahu mana satu yang betul. Tapi bila akak
tanya Dokter Hisham sendiri, dia senyum je.”
Wan Husna sedikit terkilan dan kecewa. Rasanya peluang untuk
dia mendekati lelaki itu hanya tingal impian sahaja.
“Siapa tunang dia.? Sekarang ada lagi kerja dekat sini.?”
Wan Husna kalut bertanya. Teringin juga dia mahu melihat wajah kekasih lelaki
yang kini menjadi impiannya. Bila melihat wajah serius Kak Bibah bertukar
murung dan mengeluh panjang, Wan Husna jadi pelik.
“Tak payahlah dokter tahu siapa tunangnya tu. Bukan dokter
kenal pun. Orangnya pun dah tak ada dekat sini. Sehari sebelum menyambut tahun
baru, mereka kemalangan teruk. Tunang Dokter Hisham cedera parah. Meninggal
dekat hospital selepas menerima rawatan. Dokter Hisham pulak patah kaki. Hampir
setengah tahun juga, baru dia boleh terima kenyataan.”
Wan Husna kelu. Sedih dan sayu bila mendengar kisah Hisham
walaupun hatinya sedikit lega. Rasanya tak perlulah dia memendam lagi
perasaannya.
“Akak tengok dia dengan dokter padan sangat. Senyuman dokter
tu ingatkan saya pada wajah seseorang. Kalau dokter setuju, akak boleh tolong.”
Tiba-tiba Kak Bibah bersuara setelah lama mereka berdiam.
“Ish akak ni! Malu
saya akak cakap macam tu.” Ujar Wan Husna malu-malu walaupun dalam hati rasa
macam nak terus terima saja tawaran Kak Bibah tadi.
“Apa salahnya? Zaman sekarang orang dah tak fikir pun siapa
jadi perigi siapa jadi timba. Yang penting, siapa cepat dia punya.”
Wan Husna sekali lagi mengekek ketawa.
“Jangan merepeklah akak. Siapalah saya ni nak dia pandang.”
“Belum cuba belum tahub dik oii..! Akak tolong ek?”
“Jangan mengada-ngadalah akak. Tak nak saya dekat dia tu.
Muka macam serigala nak terkam orang je!” Bohong Wan Husna dalam gugup.
“Hurmm..tau takpe..! Ingatkan akak je yang rasa
macam tu.” Balas Kak Bibah lalu ketawa besar tanpa menyedari apa yang bersarang
dalam benak Wan Husna ketika itu.
Wan Husna menyambung kembali suapan. Rasa menyesal pula bila
menolak perlawaan Kak Bibah tadi. Namun dia harus bersabar dahulu. Dia yakin
kalau dah jodoh, pasti takkan kemana.
No comments:
Post a Comment