PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday 8 April 2015

2:::Alahai Kakak Farah

…Alahai Kakak Farah….

Assalamualaikum…
Bertemu lagi kita kat sini.
Macam yang aku cakap semalam,
 hari ni aku nak cerita fasal kakak Farah semasa dan selepas
aku  berpantang.

Hurmm..memang bosanlah. Itu tak boleh, ini tak boleh.
Nak makan tu tak boleh..Nak makan ni tak boleh…
Tambah2 lagi masa aku berpantang, opah aku pun ada sama jaga aku.
Biasalah kalau dengan orang tua, pantangnya lebih berat.
Yang bestnya, masa berpantang dekat kakak Farah, dia tak banyak kerenah.
Walaupun malam2 suka berjaga, dia tak banyak menangis.
Menangis time nak susu je. Lepas kenyang dia okey balik walaupun mata tak tidur.

Kakak Farah memang baby sihat.
Masuk usia dua bulan, badan dia dah berat dekat 6kg.
Dia tak pernah demam atau kembung perut.
Pendek kata sepanjang berpantang, dia memang tak beri apa-apa masalah pada aku.

Lepas habis pantang, encik aku datang jemput aku balik ke rumah johor.
Paling mengejutkan, aku tak lagi tinggal di Tanjung Puteri Resort
tapi tinggal di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Rumah tu rumah baru siap milik kawan suami.
Masa aku mula2 tinggal situ, banyak rumah yang masih kosong.
Di barisan rumah yang aku duduk tu cuma 4-5 buah rumah je ada penghuni.
Sebab kawan suami aku tu  tak mau tinggal situ, dia sewakan pada suami aku dengan bayaran
RM400. Murahkan?
Hmm..murahlah sikit dari rumah dekat Tanjung Puteri yang disewa dengan harga RM600.


Kadang2 rasa was2 plak sbb bawak balik kakak Farah dekat rumah baru tu.
Tambah2 lagi rumah tu langsung tak buat pendinding apa2.
Faham2 jelah dengan keadaan kakak Farah yang masih baby, dah tentu senang sangat
benda2 halus nak dekat.
Alhamdulillah..beberapa bulan tinggal dekat situ, kakak Farah okey je.
Pernah jugalah dia menangis tengah malam,
Tu pun sebab kembung perut.
Kalau demam pun lepas kena injek atau gigi nak tumbuh.

Tapi….
Selepas kakak Farah berumur setahun, dia mula tunjuk sikap yang agak ganjil.
Dia kerap terjaga dalam keadaan yang memelikkan ketika tidur.
Setiap kali dia terjaga, dia akan meraba2 muka aku.
Seolah2 dia tak nampak aku.
Lepas tu dia akan berjalan terus hingga sampai depan dinding.
Dekat dinding tu dia akan menguis2 dengan jarinya.
Bila aku mula panggil nama dia, masa tu baru dia tersedar macam orang terkejut.
Dan serta merta dia akan menangis.

Masa tu aku dan suami tak fikir apa2 pun.
Bagi aku mungkin dia mamai sebab baru bangun tidur.
Tapi bila dah kerap sangat jadi macam tu, aku mula risau.
Paling merisaukan bila puting susu aku luka dan berdarah teruk selepas dia gigit.
Memang dia selalu hisap susu sampai terlena.
Tapi satu hari tu aku tak sangka plk dia jadi ketika puting susu aku ada dalam mulut dia.
Kuat aku jerit, tapi langsung dia tak hiraukan.
Dia gigit sekuat hati sampai bergoyang2 kepala dia.
Akhirnya aku terpaksa tekan mulut dia kuat2.
Bila dia sedar, dia menangis.
Lepas kejadian tu, banyak kali jugalah kejadian tu berulang sampai aku dah takut nak bagi dia
susu badan.
Jadi aku hanya bagi susu sehingga dia betul2 mengantuk.
Bila aku tengok dia macam dah nak lena, cepat2 aku tarik puting aku.
Aku dah tak berani nak bagi dia bergantung lama2.
Mengamuk jugaklah dia sbb tak boleh bergantung sampai lena.
Tapi nak buat macam manakan…
Terpaksalah jugak…

Masa kakak Farah berumur setahun tiga bulan,
Pada bulan 4 tahun 2003,
Aku terima seorang baby berusia 6 bulan.
Mak budak tu minta aku tolong jagakan anaknya sebab dia berkerja.
Sebab aku tak ada apa2 nak buat kat rumah, jadi aku setuju.
Tambah2 lagi bolehlah ajar kakak Farah berkawan.
Nama baby tu Nabila Syasya.
Kebetulan hampir2 sama dengan nama kakak Farah iaitu Farah Nabila.
Sebenarnya mereka sebaya. Lahir dalam tahun yang sama.
Cuma bulan saja lain2.
Nanti bila2 senang aku cerita tentang Nabila Syasya, Zulaikha, Muhammad dan Nabil.
Siapa mereka dalam hidup kakak Farah…?
Hehehe…tunggu…!

14hb 10, jam 6 pg..
Tiba2 kakak Farah terjaga dari tidur dengan sesak nafas.
Mukanya pucat.
Bibirnya dah kebiruan.
Tangan kaki sejuk sangat.
Nasib baiklah masa tu suami ada dekat rumah.
Kalau tak, dah tentu aku tak tau nak buat apa.
Nak panggil emak si Syasya,
rasa tak sanggup pula sebab mengganggu orang sedang sedap2 tidur.
Yelah..aku bukan ada kereta. Nak taknak kena minta tolong juga dekat jiran2.

Keluar dari rumah,
suami aku nampak jiran merangkap kawan sekerjanya sedang panaskan enjin
kereta. Terus saja suami aku minta tolong kawannya tu bawa ke hospital.
Nasib baiklah juga, hospital Penawar dekat.
Tak sampai sepuluh minit pecut, dah sampai.
Terima kasih banyak2 pada Encik Zali dan isterinya Puan Nora.

Sampai di hospital,

kakak Farah dimasukkan ke bilik kecemasan untuk diberi bantuan
pernafasan.
Dokter yang merawat masa tu kata, dia syak kakak ada masalah jantung.
Adoi..rasa tak boleh nak terima apa yang dokter cakapkan.
Sebab selama ni kakak Farah seorang kanak2 yang aktif dan ceria.
Untuk kepastian, dia minta aku tunggu sampai pukul 9 pagi sebab dokter kanak2 akan tiba jam 9.

Sementara menunggu Dokter Marina sampai,
Kakak Farah ditempatkan di wad biasa. Dalam masa menunggu, banyak kali juga kakak jadi
macam mula2 sampai hospital tadi.

“Sebelum kena, dia ada demam ke?” Tanya Dokter Marina lps Dokter Marina dtg periksa.
“Tak demam. Dia memang jarang demam.Kalau demam pun lepas terima imunisasi.
Tu pun tak lama.Lepas makan ubat, dia okey.” Aku ckp kat dkte tu.
Masa tu aku pegang Kakak Farah..MasyaAllah…panasnye..!
“Sblm ni pernah kena mcm ni?” Dkte tnya lagi.
Aku pun cite apa yg jd kat kakak Farah seblm ni.
Selepas jumpa dokter Marina dan dia lihat sendiri keadaan kakak Farah, dia sahkan kakak Farah
epilapcy. Dengan kata mudahnya sawan.

Alahai…
Lemah rasanya segala sendi dengar apa yang Dokter Marina cakapkan.
Melalui penerangan dokter Marina, aku dah dapat agak punca anak aku jadi macam tu.
Sampai sekarang, aku masih rasa bersalah.
Kalau tak kerana kebodohan dan kelembapan aku, pasti Kakak Farah tak menderita dengan
penyakitnya tu.

Kakak Farah diberi ubat Epilim untuk menenangkan sawannya.
Bila dia masih juga macam tu, diberi pula Carbamazepine.
Dan sejak itu, kakak kena makan ubat.
Paling menyedihkan, dia kena makan seumur hidup.
Jika tidak sawannya pasti akan berulang dengan lebih teruk lagi.
Paling teruk jika sawannya berupa tarik yang kuat.

Alahai..kak Farah..
Sebab ibu, kakak yang teruk.
Baru umur setahun setengah, dah kena telan ubat macam2.
Bayangkan lah kalau kita yang berada di tempat dia.
Pasti rasa macam nak campak buang je ubat2 tu.



Lewat tengah malam, kakak Farah dah kembali normal.
Badan dia tak lagi panas.
Dia dah boleh main macam biasa.
Mulut pun dah banyak bercakap walaupun entah apa yang dia cakap pun aku tak faham.

Dekat hospital, lagaknya macam duduk dekat rumah.
Nasib baiklah hospital swasta.
Kalau hospital kerajaan, sah2 kena tegur sebab dah lewat malam masih tak tidur lagi.
Habis ditawafnya satu wad kanak2 tu.
Nasib baik nurse2 dekat situ rajin melayan.
Aku yang dah rasa macam nak lena ni, cuma nampak bantal saja.

Okeylah.
Cukuplah sampai kat sini saja yang aku nak cerita.
Tengoklah esok2 kalau aku rajin nak menaip lagi.
Dan mungkin lepas ni aku nak cerita kehidupan kakak Farah sepanjang kena makan ubat.
Aku juga nak cerita tentang pertama kali kakak Farah terima rawatan altenatif.
…..Sekian….
….Jumpa Lagi…

2 comments:

Unknown said...

Gambar farah dalam pose ranggi satu..rindu sangt kat dia..opah tu kalau tiap kali call mesti tanya hampa tak pi ka kat sana..hamboih.!!!dia yang rindu suruh kami pi pulak...hahahah

Unknown said...

hehehe..nnt la..Skrg dia kurang sihat. Dlm seminggu p sekolah sehari je.