PENGHARGAAN
Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..
Saturday, 11 April 2015
Bubur Yang Colourfull tu..!
Zamir
memang bencikan makanan yang manis. Terutamanya jenis bubur. Sejak kecil, jika
ibunya menghidangkan masakan bubur manis, dia pasti merajuk tak mahu makan.
Namun dia memang gemarkan bubur lambuk.
Kini
Zamir sudah dewasa. Sudah berumahtangga pun. Itupun usaha dari keluarga. Jika
nak diharapkan dia yang mencari jodoh, alamatnya sampai mati dia akan
membujang.
Puas
jugalah orang tuanya memujuk. Tak makan dengan pujuk, akhirnya ibu bapanya yang
merajuk. Kerana tidak sanggup melihat telatah orang tuanya, akhirnya dia akur.
Tambah-tambah lagi dia tidak sanggup digelar anak derhaka. Mengenangkan pula
nasib bakal isterinya sebatang kara, dia cepat rasa simpati.
Lima
bulan berumahtangga, isterinya Aisya Zarra cuba mengambil hati dengan masakan.
Dia lega kerana Zamir boleh terima apa yang dihidangkan. Itupun selepas pengalaman
pertama melihat wajah rajuk Zamir selepas dia menyediakan bubur kacang untuk
makan petang. Puas jugalah dia memujuk agar dirinya dimaafkan. Sejak itu dia
tahu apa yang menjadi kesukaan dan apa yang tidak suka oleh suaminya.
Satu hari
Zamir demam panas. Dia hilang selera makan. Dek kerana itu, Zamir terpaksa
ditahan di hospital. Pada hari pertama di hospital, Aisya Zarra membekalkan bubur lambuk kerana hanya
bubur itu yang menjadi kegemaran suaminya. Namun dia hairan kerana masakan itu
hanya dipandang sebelah mata saja oleh suaminya.
Aisya Zarra
cuba pula membeli bubur nasi dari McDonald, tapi Zamir masih tetap begitu. Oleh
kerana simpati melihat bibir suaminya sudah mula pecah-pecah kerana kering, dia
menyapukan madu dibibir suaminya agar kering dan rasa pedih di bibir dapat
dikurangkan.
“Abang
makanlah sikit. Kalau abang tak makan, macam mana nak baik. Tengok bibir tu,
dah kering pecah-pecah. Mesti sakit!” Pujuk Aisya Zarra lembut.
“Abang
tak ada seleralah. Tapi abang nak tahu, Zara suap apa dekat abang semalam?
Tiba-tiba rasa sedap pulak.”
Aisya
Zarra cuba mengingati apa yang berlaku semalam. Rasanya dia tidak menyuap
apa-apa pada suaminya kerana suaminya memang menolak segala makanan yang
dibawa. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Aisya mula rasa bersalah. Takut juga
dia mahu berterus terang kerana tahu Zamir tidak sukakan sesuatu yang manis.
Namun bila ingat balik apa yang suaminya katakan sebentar tadi, dia cuba
berterus terang. Harapannya agar suaminya dapat terima.
“Sebenarnya..Zarra..Zarra
tengok bibir abang pecah-pecah, so, Zarra pun sapulah madu sikit dekat bibir
abang tu.” Jelas Aisya Zarra lambat-lambat.
Zamir
mula menjilat-jilat bibirnya. Dia tersenyum nipis setelah dapat merasa
kemanisan di bibirnya.
“Madu?
Mmm..manis tapi sedap. Err..Boleh tak Zarra tolong masakkan abang bubur yang
colourfull tu?” Tiba-tiba disuarakan niat hatinya. Sejak dia melihat salah
seorang pesakit di sebelah katilnya memakan bubur itu, dia rasa teringin.
“Bubur
colourfull? Bubur apa ek? Zarra tak pernah dengar pulak.” Tanya Aisya Zarra
sambil berkerut wajah. Sambil itu otaknya ligat berikir.
“Alah..yang
ada warna putih, hijau, merah, kuning tu.. Rupanya macam..entahlah! abang pun
tak tak tahu nak cakap.”
“Bubur
caca kot!” Sergah Aisya Zarra selepas beberapa detik berfikir.
“Entahlah!
Abang pun tak tahu.”
Aisya
Zarra pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lantas laman google dibuka. Selepas
mendapat apa yang dicari, disuakan pada Zamir yang sedang terbaring.
“Abang
maksudkan yang ni ke?”
“Ha..yang
nilah..! Zarra buatkan ek.”
“Abang
kan tak suka benda manis. Tiba-tiba je
nak makan, pelik pulak Zarra tengok abang ni.” Sindir Aisya Zarra sambil tersenyum.
Sebelum ini menanah jugalah telinganya dengan ceramah free Zamir jika dia
menyediakan masakan yang manis. Minuman
pun Zamir melarang penggunaan gula yang berlebihan. Takut sangat kalau dapat
penyakit yang bahaya seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Nasib
baiklah wajah Zamir nampak manis.
“Yelah!
Nanti Zarra balik, Zarra buatkan. Malam nanti Zarra bawa dekat abang okey..”
Sambung Aisya Zarra setelah Zamir hanya membisu.
Di rumah
Zara pantas menyediakan bahan-bahan untuk dimasak. Beras Caca yang dibeli di
supermarket tadi segera dimasukkan dalam periuk dan mula mencuci seperti
membasuh beras. Beras Caca itu direbus terlebih dahulu sehingga separuh masak.
Untuk nampak lebih menarik, Zarra
masukkan sedikit jagung yang telah dihiris nipis.
Kemudian
dimasukkan pula santan cair, susu, gula dan sedikit garam. Untuk mewangikan
bubur, Zarra masukkan pula sehelai daun pandan dan dikacau hingga masak.
Dimasukkan pula sagu. Apabila caca sudah mula kembang elok, dimasukkan pula
santan pekat dan kacau lagi hingga mendidih.
Bubur
caca
Bahan-bahan:
Untuk sepuluh orang..
200gm beras caca- dibersihkan dan direbus hingga
separuh masak.
Setongkol jagung mentah- Dihiris dan dimasukkan
kedalam caca yang sedang direbus.
100gm sagu- dibersihkan hingga kembang.
Sebiji kelapa- Ambil semangkuk pati santan dan
semangkuk santan cair.
½ cawan susu
pekat
1 senduk gula pasir..Kalau yg sukakan gula merah,
boleh aje kalau nak..
Sedikit garam dan sehelai daun pandan.
Bubur
lambuk
Bahan-bahan A:
2 genggam beras- Beras jenis apa pun takpe..
Seketul halia sebesar 4cm- boleh dihiris halus atau
diketuk sahaja.
Sebatang serai
1 sudu lada hitam- Nk tumbuk hancur pun boleh..
2 kuntum Bunga lawang
Sebatang Kayu manis
2 ketul Kiub pati ayam
100 gm daging ayam-dihiris nipis. Nak kisar halus
pun boleh..
100 gm isi ayam-dipotong sebesar ibu jari. Nak kisar
pun boleh..
100 gm udang hidup. Kalau nak gunakan udang kering
pun boleh…lg sodap..!
100 gm lobak masin- dipotong kecil2.
½ biji Lobak merah- dipotong dadu.
Bahan-bahan B:
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
5 biji bawang merah(kecil)- dihiris nipis.
Bawang goreng
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan A ke dalam beras yang sedang
dimasak. Masukkan air hingga penuh paras beras. Masak lagi hingga beras
benar-benar hancur dan naik bau wangi. Masukkan garam secukup rasa.
Apabila bubur masak, perlahankan api, masukkan
hirisan daun bawang dan daun sup dan tutup periuk.
Bawang merah yang dihiris nipis digoreng dengan
sedikit minyak. Bila bawang sudah keperangan, tuangkan kedalam periuk nasi tadi
dan periuk ditutup semula. Jangan kacau nasi. Biarkan saja.. Proses ini
dipanggil sebagai “tumis darat”.
Semasa nak hidangkan, kacau nasi sebelum disendukkan.
Tabur bawang goreng dan hirisan daun bawang serta daun bawang sup. Kalau nak rasa pedas
boleh juga taburkan serbuk lada hitam dan hurisan cabai merah.
Tip saya
Halia- saya lebih suka ketuk2 bagi pecah sikit2 je..
Lada hitam plak saya lebih suka boh sebiji2 sbb bila
makan boleh kunyah lada hitam tu. Baru kaw!
Antara udang hidup dengan udang kering, saya lebih
sukakan udang hidup sebab udang kering baunya kuat sangat. Lagipun udang kering
rasanya masin.
Dalam resepi ni yang menjadikan lebih sedap adalah
bawang goreng yang ditumis darat.
CUBALAH…!
Label:
Resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment