PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 12 April 2015

3:::Alahai Kakak Farah

…..Alahai Kakak Farah…..

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak sambung sikit cite Kakak Farah.

Selepas 3 hari kena tahan,
akhirnya kakak Farah dibenarkan pulang walaupun penyakitnya tu kerap juga berlaku.
Dia tetap jadi masa tidur.
Tapi keadaan kakak Farah tak teruk sgt mcm mula2 tp  jadi sedikit perubahan.
Perubahannya ialah….
Tiap kali jadi…
Bibirnya jadi pucat biru akan jadi seperti orang sebek nak nangis.
Matanya akan mengerling sebelah kanan dan ada kalanya sebelah kiri.
Namun dia tidak mengalami apa2 kekejangan pada kaki atau tangan.
Walaupun masih jadi,
tempoh masa jadi taklah lama sangat.
Sekitar seminit dua sahaja.

Memandangkan Kakak Farah sering terganggu tidur,
Maka faham2 jelah keadaan aku dan suami.
Tidur pun ala2 tidur ayam.
Alhamdulillah..
Tak pernah lagi kakak Farah jadi , aku dan suami tak sedar.
Tuhan kurniakan kelebihan pada aku dan suami agar sentiasa mengawasinya ketika tidur.
Tak tahu nak jelas macam mana..
Aku dan suami  seakan2 dapat merasa tiap kali dia nak jadi.
Tiap kali dia jadi, secara automatik kami akan tersedar sendiri.

Nak bagi makan ubat, satu hal.
Kena ikut angin dia.
Tiba masa dia nak, memang senang je bagi makan.
Tapi tiba masa dia kata taknak, aku terpaksalah tunggu sampai angin dia ok.
Tapi oklah..dalam2 taknak, dia makan jugak..
Mgkin sbb tak ikut waktu makan yang tetap kot dia kerap jadi..

Beberapa hari selepas kakak Farah keluar hospital,
Seorang kawan suami aku iaitu Engku Man mengesyorkan agar kakak Farah dibawa berubat
cara altenatif dan disyorkan satu tempat.
Memandangkan tempat rawatan masih dalam erea Pasir Gudang,
aku dan suami ikut saja.

Pertama kali sampai ke tempat rawatan tu, aku berdebar2.
Melihatkan ramai pengunjung yang datang nak berubat, aku yakin tempat tu mmg terbaik.
Alunan suara yang membaca ayat suci al-quran sentiasa kedengaran tanpa henti.
meyakinkan lagi hati aku pada pusat rawatan ni.
Aku sabar menanti hingga nama aku dipanggil.
Dari luar aku boleh nampak suasana dalam rumah itu.
Ruang yang luas itu memang nampak selesa.

Bila nama aku dipanggil,
aku terus masuk sambil suami aku mendukung Kakak Farah.
Aku lihat ramai kaum lelaki yang lengkap berpakaian warna hijau ala-ala ustaz or lebai
bertauliah.
Agak2 aku dalam 10 org kot..
Aku mula cerita masalah yang anak aku alami.

Adoii..!! Sakitnya hati.
Geram sangat lepas habis bercerita.
Sebabnya…
Anak aku ni dia orang tak pandang pun.
Yang dia orang beratkan adalah aku.
Dia orang kata punca anak aku jadi macam tu sebab aku.
Ya! Aku mengaku salah aku.
Kalau tak kerana kebodohan dan kelembapan aku semasa melahirkan dia,
dah tentu anak aku tak jadi macam tu.

Paling buat aku terkejut dia org kata..
ada benda tak elok melekat kat aku.
Dalam erti kata lain, benda halus.
Hurmm..
Aku mmg susah nak percaya benda2 mcm ni.
Bukan aku tak percaya langsung..tp susah nak terima.
Sebelum ni pun aku pernah sakit, org kata sebab sihir.
Tapi lepas terima rawatan dari hospital, aku sihat sampai sekarang.

Menurut salah sorang dari mereka…
Dia orang nak pulihkan aku terlebih dahulu.
Aku dan suami plk yang malas nak cakap banyak, ikut jelah..
Dan..hari tu dan ketika itu juga proses rawatan berjalan.

Sakitnya hati aku...
Habis sakit kaki aku bila ibu jari aku dikepit dengan paku.
Dia orang ingat aku ni apa?
Pontianak harum sundal Malam?
Sampai  nak guna paku bagai.
Tangan kaki aku dipegang oleh sepuluh orang lelaki yang ala-ala ustaz tu.

Malam tu juga aku terima rawatan lain.
Ha…rawatan ni aku suka.
Dia orang kata rawatan tu bertujuan untuk memulihkan semangat aku balik.
Yelah..penat aku menjerit, haruslah dia orang pulihkan semangat aku balik.!

Sebelum tu aku dikehendaki berdiri di satu tempat.
Rawatan ni aku kurang gemar.
Di situ aku berdepan dengan salah seorang perawat yang sedang memegang semangkuk lada
hitam.
Sambil dia baca surah Al-Fil,
dia lemparkan berkali2 dengan serbuk lada hitam tu ke badan dan muka aku.
Cuba bayangkan kalau korang ada di tempat aku tu.
Pedihnya muka aku sebab kena baling dengan bergenggam2 biji lada hitam yang kasar tu.
Sebab rawatan, aku terima jelah…

Lepas tu aku disuruh masuk ke dalam satu bilik.
Dalam bilik tu aku dikehendaki bersauna.
Sebelum tu badan aku dilumur dengan bahan rempah yang entah apa2 entah..
Aku pun tak pasti.
Yang tu aku buat sendiri la..
Takkan la pak2 lebai tu nak buatkan….
Yang menakjubkan, lepas bersauna..
Badan aku jadi lembut bak baby.
Hehehe..

Selesai bersauna,
Aku disuruh pula mandi bunga.
Berendam dalam tab besar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga,
buat aku perasan sekejap jadi anak raja kayangan.
Kikikiki…lawak betul bila ingat2 balik.
Lepas tu aku dikehendaki berbaring dalam satu bilik yang ditemani oleh suami aku.
Seorang ala2 ustaz datang lalu menitikkan beberapa titisan limau nipis ke mata aku.
MasyaAllah…pedihnya tuhan saja yang tahu.
Tapi lepas tu mata aku memang terang dan cantik.
Ceee….wah!

Hampir jam 12 malam, barulah rawatan selesai.
Malam tu melayang duit suami aku rm150.
Suami aku tak kisah.
Kalau setakat seratus dua tu apalah hal sangat..

Sebelum balik, dia orang jelaskan serba sedikit tentang rawatan2 lain.
Antaranya pendinding rumah.
Dan..kalau suami aku bersetuju, suami aku kena bayar dengan jumlah wang yang aku rasa agak
melampau.
Dia orang kata duit tu untuk mereka beli beras untuk disedekahkan kepada anak2 yatim.
Hurmmm..yelah tu..
Suami aku tak terus bagi jawapan.
Sekadar ckp nak fikirkan dulu aje..
Apa yang aku perasankan, dia orang macam teragak2 nak berikan jumlah tu pada suami aku.
Macam jumlah tu sengaja diada2kan..
Tambah2 lagi bila dia orang dapat tahu di mana tempat kerja suami aku.
Dengan kedudukan suami aku yang aku rasa agak selesa,
Aku dapat rasa mereka sengaja nak ambil kesempatan.

Malam esoknya aku dikehendaki datang lagi.
Rawatan yang aku terima sekadar rawatan dengan biji lada hitam sahaja.
Kali ni aku dan suami pergi dengan adik aku.
Nasib baik dia datang dengan boypren dia.
Bolehlah minta tolong dia bawakan sebab tempat tu agak terpencil.
Yelah..aku bukan ada kereta nak bawa anak aku keluar sampai tengah2 malam.

Sebelum pulang, melayang lagi rm250.
Die orang tanya sama ada suami aku bersetuju atau tidak dengan rawatan yang lagi satu tu.
Hurmm..memang tak la…!
Tambah2 lagi bila dia orang asyik sebut2 tentang gaji suami aku yang berkerja di TITAN.
Dia orang tahu gaji laki aku agak lumayan, sbb tu dia org ckp macam tu.
Errmm..mmg tak boleh pakai la depa ni..
Dan itulah kali terakhir aku terima rawatan kat situ.
Yang memelikkkan aku, sampai sudah, anak ku ni depa tak belek tengok pun.

Lepas peristiwa tu, suami aku mulalah sibuk cari tempat2 rawatan altenatif yg lain.
Pantang dengar tempat yang boleh pulihkan penyakit,
Dia pasti ajak aku pergi bawak kakak Farah.
Suami aku tak pernah berputus asa mencari penawar untuk kakak Farah.
Kalau tak pergi berubat, dia cuba buat sendiri.
Setiap malam tidur kakak Farah atas ribanya.
Dan kalau nak tahu, sampai sekarang pun Kakak Farah masih tidur atas ribanya.
Manja betul kakak Farah dengan ayahnya.
Nasib baiklah adik2 tak jeles.
Tapi aku plk yang jeles abis.
Ngeeee….

Bila ingat balik tempat2 yang aku bawa kakak Farah  untuk berubat..
Kadang2 aku nak tergelak pun ada.
Macam2 pesyen.
Kesan baik dari berubat tu memang ada tapi tak lama.
Berkesan pun paling lama sebulan atau dua bulan.
Lepas tu kakak Farah jadi balik.

Oklah..dah penat menaip.
Esok2 aku sambung lagi k…
Nnt aku cerita benda-benda pelik yang berlaku pada kakak Farah.

Salammmm….

No comments: