PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 12 April 2015

Sedapnya Ikan Duri Masin Ibu..!


Sedapnya Ikan Duri Masin ibu…!


Sarah termenung panjang di atas tangga.Matanya ralit memandang ke arah jalan.Sejak anak-anaknya ke sekolah awal pagi tadi,sampailah jam menginjak ke angka lapan pagi, dia masih kekal di situ.Sesekali dia mengeluh panjang.

Sudah limabulan arwah suaminya pergi meninggalkan dirinya, Amanina dan Aiman.Walaupun rasa sedih masih berbaki, dia harus kuat.Baginya hidup harus diteruskan.Tambah-tambah lagi bila memikirkan kehidupan anak istimewanya Aiman.

 

Jika dilihat keadaan fizikal Aiman,pasti ramai tidak menyangka bahawa anak itu mengalami masalah.Tapi jika yang sudah mengenali, akan tahu apa yang menjadikan kanak-kanak itumendapat gelaran kanak-kanak istimewa.

 

Sebenarnya Aiman dan Amanina adalah sepasang kembar.Oleh kerana Aiman mengalami kesukaran ketika dilahirkan, dia lemas dalam kandungan dan akhirnya sistem sarafnya menjadi rosak dan kesan dari itu perkembangan otaknya sedikit terencat.Berbeza dengan Amanina.Nasib baiklah Amanina tidak begitu.Pada Amaninalah dia berharap agar dapat menjaga Aiman andai satu hari nanti dia sudah tiada.

 

Sarah bersyukur kerana hidupnya masih ditemani dengan Amanina dan Aiman.Padanya, anak-anak adalah segala-galanya.Tanpa mereka,pasti dia tidakdapat meneruskan kehidupan seperti sekarang.

 

Sarah mengeluh berat.Kepalanya ditongkatkan dengan tangan kanannya.Pening kepalanya memikirkan masa depannya.Sejak kematian suami, hidupnya jadi tak terurus.Memandangkan duit perbelanjaan semakin berkurangan,Sarah mula mencari-cari punca pendapatan lain.Nak harapkan elaun khas sekolah anaknya, dia yakin memang tidak cukup.Tambah-tambah lagi elaun itu memang hanya diperutukan untuk perbelanjaan sekolah Aiman sahaja.Lagi pula elaun itu hanya boleh dikeluarkan sekali sahaja dalam dua bulan.

Pernahjuga terfikir di fikiran mahu membuat kuih dan diletakkan di kedai makan Kak Minah.Tapi hatinya jadi serba salah kerana sudah ramai orang kampong yang berbuat demikian.Takut juga kalau dikatakan menyekat rezeki orang.

 

Nasib baiklah arwah suaminya ada meninggalkan sedikit harta.Sebuah rumah dan tanah yang tak seberapa itulah yang menjadikan dia boleh bertahan tinggal di rumah itu.Jika tidak sudah lama dia membawa anak-anaknya tinggalkan kampong arwah suaminya itu dan berhijrah ke bandar.

 

Dengan menternak ayam dan menanam sayur-sayuran, dapatlah dia sedikit pendapatan untuk mereka anak beranak.Namun, itu tidak cukup. Jika setakat hasil jualan tidak sampai rm100, apalah yang dia boleh dia buat! Bil elektrik, air dan telefon juga perlu difikir beratkan.

 

Setiap hari penat dia berfikir mahu menyiapkan juadah untuk makanan anak-anaknya.Tidak sanggup dia melihat anak-anaknya makan nasi hanya dengan berlaukkan telur goring sahaja.Kadang-kadang gulai telur rebus. Tidakpun telur dadar goring. Semuanya telur.Kalau ada duit lebih barulah dia berpeluang membeli udang, sotong, daging, ayam dan ikan yang sedap-sedap.Itupun jarang sangat perkara itu berlaku.Jika berlaku pun mungkin sebulan sekali.

 

“Nina rasa muka Nina ni dah bulat macam telur ayam pulak.”Rungut Amanina satu hari.

 

Sarah tersenyum hambar.Dia tahu rungukan dari Amanina itu sekadar mahu bergurau. Namun jauh disudut hati anakperempuannya itu dia faham apa yang tersirat. Ingin dimasak masakan yang sedap-sedap tapi dia tidak mampu. Jika dengan arwah suaminyadulu, cakap saja apa yang nak dimakan, pasti arwah suaminya usaha mencari.

 

Selesai mengemas rumah, Sarah mula melangkah ke dapur.Melihatkan nasi goring yang masih bersisa milik Aiman tadi, dia menjadi sayu.Kasihan sungguh dengan nasib Aiman. Dia tahu Aiman tidak pernah merungut namun dia tahu anaknya ituturut sama seperti Amanina.

 

“Sarah…oh Sarah..!” Laung satu suara dari pintu dapur.

Sarah melangkah pantas setelah yakin siapa empunya suara.

“Eh Kak Jiha! Masuklah..”

“Tak apalah. Akak nak cepat ni. Nak ke pekan kejap.”

“Apa halnya ni..?”

“Ni..akak nak kasi dekat kau. Ikan duri masin dari Kuala Kurau. Adik akak datang semalam bawak ikan masin ni. Dia kata mertuanya sekarang bisnes ikan masin. Ambillah..!” Ujar Kak Jiha sambil menghulurkan bungkusan sederhana besar itu pada Sarah.

“Banyak sangat ni akak..!”Ujar Sarah sambil membelek-belek bungkusan plastik yang berwarna kuning.Dalam pengiraannya mungkin seberat satu kilogram.

“Memang banyak pun. Dia bagi kat akak sekotak. Orang kat rumah akak tu bukan pandang sangat ikan masin ni. Maklumlah..bidak-budak bukan gemar sangat ikan macam ni. Dekat rumahtu akak dengan abang Mail je makan.”

“Terima kasih banyak-banyak akak. Aiman suka ikan ni.”

“Tulah..! akak ingat dekat Aimanlah ni..” Ujar Kak Jiha lagi sambil tersenyum manis.

 

Selepas Kak Jiha pulang, Sarah segera mengeluarkan dua keping ikan masin. Dipotong memanjang seperti tempe lalu dicuci bersih. Selepas itu di rendam pula dalam air selama dua atau tiga jam.Dia tahu, bukan sahaja anak-anak Kak Jiha tidak gemarkan ikan masin malah anaknya Amanina juga turut begitu. Namun dia ada cara untuk mengurangkan kendungan garam pada ikan masin itu. Caranya ialah dengan merendamkan ikan-ikan itu dalam tempoh yang lama sebelum menggoreng.

 

Sementara menanti proses nyah garam, Sarah keluar ke belakang rumahnya. Melihat pucuk paku yang sudah lama tidak dikutip, dia jadi teruja.Dia yakin pasti hari ini selera makan anaknya bertambah.

 

Dua cekak pucuk paku dia rasa cukuplah untuk mereka anak beranak.Dipungut juga sebiji kelapa.Sebelum itu sempat lagi dia mengambil sehelai daun kunyit serta sebatang serai dan mengutip beberapa biji cili padi.Itulah untungnya berbudi pada tanah.Sarah tidak perlu dapatkan bahan-bahan itu di kedai kerana semuanya sudah ada di rumahnya.

 

Kelapa dikupas dan dibelah dua.Dan tanpa berlengah lagi, kelapa itu dimesin.Kelapa parut itu diperah hingga mendapat dua mangkuk santan pekat.Satu pati santan dan satu lagi santan cair.

 

Pucuk paku dibersihkan terlebih dahulu sebelum patah-patahkan.Dibersihkan sekali lagi dan ditoskan hingga airnya sejat. Sebiji bawang besar dan dua ilas bawang putih serta sepiring ikan bilis yang siap dikopek dan dibersihkan ditumbuk dengan lima biji cili padi dan sedikit serbuk kunyit hingga lumat.

 

Kemudian bahan-bahan tumbuk itu ditumis dalam kuali yang dipanaskan dengan sedikit minyak.Setelah naik bau, semangkuk santan yang cair dimasukkan terlebih dahulu.Serai diketuk lalu di masukkan ke dalam bahan yang siap ditumis tadi sekali dengan sehelai daun kunyit yang sudah dikoyak-koyak halus.

 

Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pucuk paku tadi dan dikacau rata.Bila pucuk paku tadi kelihatan sedikit layu, dimasukkan pula santan pekat.Dimasukkan juga garam dan sedikit serbuk secukup rasa. Apabila mendidih, api ditutup. Tersenyum Sarah melihat masaklemak pucuk pakunya siap masak.

 

Sarah mengerling sedetik ke arah jam dinding. Wah..! cepat benar masa berlalu. Tup-tup jam sudah ke pukul dua belastengah  tengahari. Sebentar lagi anak-anaknya pasti tiba dari sekolah.

 

Cepat-cepat Sarah mengeluarkan ikan masin yang sudah direndam tadi.Ditoskan sehingga ikan tadi benar-benar sejat.Kemudian dimasukkan pula dua sudu tepung gandum dan dilambung-lambungkan agar semua kepingan ikan masin tadi tersalut dengan tepung. Sarah tidak perlu menggaulkan dengan tangan kerana yakin, pasti tepung-tepung tadi akan melekat di jarinya.

 

Diambil pula sebiji bawang besar dan dua tangkai cili kering.Bawang besar dipotong dadu sementara cabai kering dipotong pendek-pendek.

 

Minyak dipanaskan lalu dia mula menggoreng semua kepingan-kepingan ikan masin tadi. Dibalik-balikkan agar masak sama rata. Apabila dilihat ikan masin tadi sudah mula keperangan, bawang besar dan cili kering tadi dimasukkan sekali ke dalam gorengan ikan masin tadi.Dibalik-balikkan agar aroma bawang dan cabai kering tadi sebati dengan ikan masin. Seminit kemudian diangkat dan ditoskan

 

Bunyi deruan  motosikal abang iparnya tiba-tiba kedengaran dari luar rumah. Dia tahu pasti anak-anaknya sudah kembali dari sekolah.Hanya pada abang iparnya itu sajalah dia berharap boleh menghantar anak-anaknya ke sekolah.Jika tidak, pasti dia terpaksa mencari orang yang sanggup.Dia faham statusnya sekarang.Sudah pasti ada yang memandang serong pada dirinya.

 

“Wah..! Ibu masak apa hari ni? Sedapnya bau. Sampai depan Nina dapat bau masakan ibu. Pakngah pun puji.” Sergah Amanina teruja selepas memberisalam.

 

“Ibu goreng ikan masin je.”Ujar Sarah lalu menghulurkan ikan masin yang siap digoreng tadi.

 

“Tipulah!Ni macam ayam goreng je. Tapi..Huuumm! yelah bau ikan masin.” Diambil satu dan cuba merasa. “Emmmm…rangupnya! Tak masin pun..!”

 

Sarah tersenyum melihat telatah Amanina. Dikalih pula melihat Aiman masih tercegat depan pintu dapur.

 

“Dahlah!Bawa adik masuk bilik salin baju.Lepas tu turun makan.”Pesan Sarah lagi.

 

Lima minit kemudian, kedengaran derapan langkah kaki anak-anaknya berlari kearah dapur untuk makan tengahari.Melihat keterujaan Amanina dan Aiman, Sarah jadi terhibur.

 

Emmmm..dapnya kan acin ibu..!”

 



Mengekek-ngekek Amanina dan Sarah mendengar komen dari Aiman.Sarah lega untuk hari ini. Esok-esok akan diikhtiarkan untuk hidangan anak-anaknya. Apa yang difikirkan sekarang, adalah memberi yang terbaik untuk anak-anaknya sebelum dia menutup mata.






Ikan Duri Masin Rangup

 

2 keping ikan masin duri- Dipotong panjang seperti tempe.

                                            -Dibersihkan dan direndam selama 2-3 ja.

2 sudu tepung gandum

Sebiji bawang besar – Dipotong dadu

2 tangkai cili kering – Dipotong pendek-pendek.

Minyak untuk menggoreng ikan.

 

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

 

2 ikat pucuk paku- Dibersihkan dan dipatah-patahkan.

Semangkuk santan cair dan Semangkuk santan pekat- Diperah dari sebiji kelapa

Sebiji bawang besar- Ditumbuk

2 ulas bawang putih- Ditumbuk

5 biji cili padi- Ditumbuk

Ikan bilis- Kuantiti ikut suka- Ditumbuk

Sedikit serbuk kunyit- Masuk sekali dalam bahan tumbuk.

Sebatang serai- Diketuk

Sehelai daun kunyit- Diracik-racik kasar

Garam secukup rasa


No comments: