PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Tuesday, 7 April 2015

Alahai..Kakak Farah!


…….Alahai kakak Farah.…

Sejak tinggalkan dunia fb, dah lama tak tulis kisah kakak Farah.
Buka blog pun asyik tulis cerita rekaan dan khayalan saja.
Rasanya nak stop kejap menulis novel. Novel yang tengah tak siap tu biarlah dulu.
Nanti bila-bila boleh sambung lagi.

Hurmm..hari ni tiba2 tergerak hati nak menulis cerita fasal kakak Farah.
Sebelum ni ada juga kengkawan yang suruh aku tulis novel mengenai Kakak Farah.
Tapi aku tak sanggup pulak nak tulis kisah dia.
Biarlah dulu. Nanti akan aku usahakan dan cuba buat.

Lepas tengok gambar ni,
kalau orang yang tak kenal kakak Farah pasti akan kata kakak Farah ni seorang kanak-kanak
 normal macam budak2 lain.
Eh! Kakak Farah ni budak lagi ke?
Hehehe..Sebenarnya dah 13 tahun pun kakak Farah ni..
Dah baligh pun..!
Tapi jangan terkejut tau kalau aku cakap pemikiran dan cara kakak Farah ni tak ubah macam
kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun.
Sekarang pun kalau tanya berapa umur dia, dia akan cakap dia lima tahun.
Hehehehehe…Alahai…kakak Farah!

Kat sini aku nak cerita sikit tentang Kakak Farah dari awal aku mengandungkan dia, sampailah
umur dia sekarang.
Tapi aku tak bolehlah nak cerita semua sekali gus.  Sikit-sikit ek!
Tapi sebelum tu aku nak cerita
sikit fasal aku selepas majlis kawin. Hehehe..layan jelah ekk…

Aku kawin dengan pilihan hati aku iaitu Encik Fadzil Ramli pada 25 january 2001.
Orangnya smart kacak sokmo. Kikiki…
Paling buat aku terpikat kat dia ialah dia jenis cool.
Hehehe..cool la sangat.! Sekali datang angin monsun barat daya dari utara,
hilang terus cool dia tu.
Hahaha…jangan marah ye..encik somi..

Okey.
Aku disahkan hamil selepas 4 bulan bernikah.
Mula2 hamil aku kena demam panas yang teruk.
Masa tu bulan may 2001.
Bagi aku itulah demam yang paling teruk aku rasa seumur hidup aku.
Kalau sebelum2 ni biasa2 je.
Suami aku terpaksa ambil cuti kecemasan sebab masa tu aku teruk sangat.
Kebetulan dia kena keje malam.
Syukur sangat2 sebab dianugerahkan seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Sampai sekarang pun aku rasa, akulah wanita paling beruntung.
Walaupun kadang2 sikap suami aku ni agak membosankan sebab dia jenis tak banyak cakap.
Tapi bila dah lama2, aku boleh terima.
Dan sekarang dia bukan lagi pendiam macam dulu.
Mungkin dah berjangkit dengan aku kot..hehehe..

Aku  dibawa ke klinik Cempaka yang terletak di Air Biru Pasir Gudang.
Aku ingat lagi nama dokter tu. Dokter Tahir. Dialah yang sahkan aku hamil dua minggu.
Masuk 26 minggu baru aku kalut p klinik kerajaan buat kad merah. Nasib baik misi tak marah.
Mungkin dia faham aku mengandungkan anak sulung.

Awal kehamilan, aku taklah alah teruk sangat.
Nak kata mengidamkan sesuatu pun tidak. Muntah pun sikit2 je.
Tu pun waktu pagi je. Tapi aku bosan sebab tinggal sorang2 kat rumah bila encik aku p kerja.
12 jam aku tercongok kat rumah tunggu dia balik. Tu pun kalau dia kerja pagi.
Tapi kalau dia kerja malam, dia hantar aku p rumah kakak aku dekat Taman Cendana.
Nasib baik ada kakyung. Klu tak, mesti aku rasa macam orang gila tinggal rumah sorang2.

Masuk 4 bulan hamil, penyakit lama aku kembali.
Nak tau penyakit apa?
Hmm..malu dan susah pulak nak cerita.
Tapi takpelah..aku cite jgk sikit. Lg pun benda dah lepas..

Sebenarnya aku pun tak tahu nama penyakit ni.
Sebenarnya penyakit  ni aku mula kena sebulan  selepas  aku nikah.
Bahagian bawah aku ni timbul ketulan sebesar telur ayam.
Bila nak duduk, sakit sangat. Tambah sakit kalau nak buang air besar.
Mula2 masa kena dulu,  takdelah sakit sangat.
Masa tu aku masih berkerja dan tinggal dengan makngah aku dekat ipoh.
Memandangkan majlis bersanding bakal berlangsung  bulan 4, aku pun keje  lagi
dan ambil keputusan berhenti seminggu sebelum majlis.
Aku ada ngadu dekat makngah aku.
 Dia suruh p chek kat hospital tapi aku malu nak p.
Bila dah lama2 benda tu hilang sendiri. Aku pun dah malas nak fikir.

Tapi sehari lepas majlis sanding,
penyakit tu datang lagi.
Masa tu jadi  lagi teruk. Sampai aku tak boleh nak berjalan.
Nak berjalan kena bergantung dekat dinding sambil terkengkang2.
Dah macam gaya beruk berjalan pulak aku masa tu.
Akhirnya suami aku bawak balik kampong dia dan berubat.
Macam biasalah kalau berubat cara kampong. Macam2 andaian yang orang buat.
Tambah2 lagi aku baru kawin. Ada yang kata buatan orang sebab orang dengkilah..
Hmm..apa2 pun aku dengar jelah apa orang nak cakap.
Nak percaya seratus peratus memang tak la..
Memang la sblm suami aku ni,aku kawan dengan orang lain.
Tapi tak terlintas pun di fikiran bekas boypren aku tu nak buat jahat sampai macam tu sekali.
Kalau tuduhan tak betul, cam mana?
Free2 je aku dapat dosa.
Jadi tak perlulah menuding jari pada sape2.

Seminggu lepas berubat cara kg, aku sihat macam biasa.
 Aku ikut suami aku balik ke rumah sewanya di Tanjung Puteri Resort Pasir Gudang.
Tapi lepas 4 bulan hamil penyakit lama tu datang balik.
Kali ni jadi teruk. Akhirnya suami bawa aku ke Hospital Penawar.
Dekat sana aku ditemukan dengan Dokter Tokha.
 Hah! Dokter lelaki weii..!
 Adoi..malunya aku..! huhuhu.. Nak taknak redha jelah..

Menurut Dokter Tokha bahagian sulit aku kena jangkitan kuman.
Sebab tu  membengkak besar.
Mula2 takut jugak lepas dokter Tokha kata kena operate.
Aku takut sebenarnya sebab masa tu aku tengah hamil.
Tapi Dokter Tokha bagi jaminan yang pembedahan tu tak beri apa-apa kesan sampingan pada
kandungan aku sebab bengkak tu di luar rahim.
Alhamdulillah..akhirnya aku sihat dan sampai sekarang, penyakit tu tak timbul lagi.
Sejak tu aku bertambah yakin yang penyakit aku tu takde kena mengena dengan sihir atau ilmu
hitam.
Syukur sangat2!

Lepas keluar hospital, suami aku sarankan agar aku balik kampong.
Dia takut kalau penyakit lama aku tu datang balik.
Aku tak kisah. Aku ikutkan aje.
Di kampong aku tinggal dekat rumah mak aku dekat Beruas sampailah aku bersalin.

Di hospital, tiba masa aku nak beranak..
Tuhan sajalah yang tahu betapa azabnya aku menanti dalam bilik tu.
Dekat lima jam aku terpaksa tahan sakit.
Bila time dokter suruh push, aku cuba push tapi dkter kata cara aku push tu salah.
Sampai menjerit2 dokter tu suruh aku teran kuat2.
“Push lagi! Kuat lagi! Cara awak tu salah. Awak nak tahu tak, anak awak dah lemas dalam tu.
Dah makan taik, tau tak!! Awak tak sayang anak awak ke? Push cepat!!”  
“Saya tak pandai nak push…!” Teresak2 aku menangis dekat dokter tu.
“Awak push je macam awak awak nak berak tu!!” Tengking dokter tu lagi.
Lepas tu aku cuba  buat tapi tetap tak boleh juga.
Mungkin sebab tak pandai nak teran masa berbaring kot.
Yelah..aku mana pernah berak masa berbaring..
Sebab tu benda senang macam tu pun aku boleh faild.
Last2 dokter tu tekan2 perut aku dan baru anak aku selamat keluar.
Maka lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.34kg pada jam 6.20ptg.

Lepas anak aku keluar,
aku nampak dokter tu pegang kaki anak aku sambil kepala kebawah.
Punggung anak aku ditampar berkali2. ,
Masa tu baru aku tahu anak aku keluar tanpa tangisan.
Selepas berkali2 diulang perkara tu, barulah anak aku bersuara, tu pun sikit je dengar suara dia.

Aku tak tahu macam mana keadaan dia masa tu sebab  dokter tak  bagi pun dekat aku tengok
atau sentuh.
Aku cuma nampak dari jauh je.
Dari jauh aku boleh nampak muka anak aku lebam biru.
Betullah dokter tu cakap anak aku dah lemas dalam perut.

Lepas sejam, baru aku boleh tengok anak aku.
Tu pun sebab dokter suruh aku susukan dia. Masa tu aku rasa sayu sangat.
Tambah2 lagi tak ada yang temankan aku.
Suami aku dari johor, sah2 akan sampai pagi esoknya.
Mak aku pulak lepas hantar aku ke hospital tadi terpaksa balik sebab orang yang tolong bawak
aku ke hospital tadi kena balik cepat.
Sebab mak takut takde bas nak balik, jadi mak aku terpaksa balik juga tanpa jumpa dengan aku
terlebih dahulu.
Sian mak aku tu. Dah la masa nak hantar aku, dia baru balik kerja. Rasa bersalah sangat
sebab menyusahkan dia

So…
pandai2lah aku uruskan sendiri anak aku ni.
Nasib baik nurse2 semua baik2. Merekalah yang ajar aku cara2 nak menyusu baby.
Dan mereka jugalah yang bawa aku ke toilet untuk bersihkan badan.
Dah macam dok dalam hospital swasta pulak.
Layanan memang hight class.

Buat orang2 perak,
kalau nak bersalin, p lah hospital Manjung.
Kompem takkan ada rungukan atau sebarang kekurangan. Semuanya baik2 sahaja..
Kompem puas hati..hehehe…
Adoi..sempat lagi promot. Kikikiki…sabo jelah…

Okeylah!
Esok aku sambung lagi.
Topik yang aku nak cerita esok dah tentulah berkisahkan pada tajuk asal.
Tunggu jelah esok ek.
Aku akan cerita kisah kakak Farah semasa dan selepas aku berpantang.

…..Sekian…..

1 comment:

Unknown said...

Hahaha...tu lah pasai..
Klu ingt sepital mmg x takut nk beranak. Tp bila ingat yg dok ada ni, jadi tak sggup plk nk beranak. kikikiki...