PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 30 November 2014

BAB 9(3) : TERTULIS KAU MILIKKU

TOMBOL pintu dipulas perlahan. Susuk tubuh yang terbaring sambil tangannya di atas dahi itu yang dicari dari tadi. Afini mengeluh lemah. Risau benar jika penyakit lama abangnya itu kembali beraja dalam diri.

 “Long.! long sakit ye..?” Tanya Afini lalu menyentuh kepala Faridz. Bibirnya tersenyum kerana abangnya masih sihat.

 “Along dah makan..? Jom kita makan.! Huda kata dia masak cucur udang tadi.”

 “Along dah makan dengan Huda tadi..!”  Bohong Faridz lalu bangun dan menyandarkan badannya di kepala katil. Matanya dipejamkan menahan rasa sakit di kepala.“Huda sakit lagi..?” Tanya Faridz lemah.

     Afini menjawab dengan gelengan kepala. “Along tau kenapa dia sakit..?”

 “Salah along jugak..! tak dapat kawal perasaan. Along jadi panas bila sejarah lalu datang balik..”

 “Along kena belajar kawal perasaan. Along takkan tak tahu Huda tu macam mana..! Seumur hidup dia tak pernah kena tengking macam tu, tiba-tiba kena, mestilah dia terkejut..!” Kata Afini lembut sambil memicit-micit kaki Faridz.

 “Huda dah tak mahu berhubung dengan along..!” Keluh Faridz lagi.

 “Along jangan risau lah..! semua akan kembali macam biasa..” Ujar Afini lalu tersenyum manis. Faridz hanya membalas dengan anggukan lemah, bibirnya masih diusahakan mengukir senyuman agar adiknya tidak susah hati.

 “NAK balik dah ke umi..?” Tanya Huda ketika melihat Puan Rohayu sedang bersarapan bersama Mak Miah dan Huzir. Encik Marzuki langsung tidak kelihatan.

 “Belum lagi..! abah kata lepas asar sebab tak larat nak drive, tiba-tiba rasa tak sedap badan pulak, nak tidur katanya..!”

 “Umi dengan Huda kan boleh drive..! apa masalahnya..!?”

 “Tak apalah..! biar abah rehat dulu. Bila dah okey sikit,kita balik ye..!” Jawab Puan Rohayu lembut. Huda akur lalu melabuhkan punggung di sebelah Huzir yang sedang enak mencicah cucur udang dengan sos cili.

 “Baik Huda pergi tidur dulu. Mata tu Mak Miah tengok bengkak semacam je. Semalam tidur pukul berapa..? Pukul 4 pagi rasanya korang belum tidur lagikan..? Bersembang apa sampai jauh-jauh malam.? Macamlah dah tak ada hari lain boleh bersembang, padahal tiap-tiap hari jumpa kat sekolah..!” Bebel Mak Miah.

    Huda tersengeh malu. Tak disangka jam 4 pagi dia dan Afini masih belum tidur. Agak-agak pukul berapalah dia tidur semalam. Patutlah matanya rasa berat semacam je..! Nasib baik ada alasan, kalau tidak sudah tentu yang lain dapat mensyaki dia menangis menahan sakit.

     Huda melangkah keluar ke laman. terdapat sebuah wakaf kayu yang comel di situ. Huda ingin mencari ketenangan di situ. Jika di rumahnya taman mini milik umi penuh dengan bermacam aneka jenis bunga, tapi di sini Huda tidak nampak sebarang jenis bunga. Yang ada hanya pokok-pokok yang berdaun sahaja,namun jiwanya tenang di situ. Bunyi desiran air yang memenuhi kolam ikan di sebelah wakaf memang mendamaikan. Huda terus melayan perasaan. Tak sedar dirinya sedang diperhatikan dari jauh oleh sepasang mata yang benar-benar mengharap.

     Bunyi derapan kaki yang mendekat mendebarkan naluri Huda yang ingin bersendirian. Sudah dapat mengagak siapa yang empunya diri yang semakin mendekatinya. Haruman badan  si dia  memang mendamaikan. Huda tak ingin berpaling. Dibiarkan sahaja umat mehammad tu di situ.

  “Abang tak boleh terima apa yang Huda cakapkan tadi..” Akhirnya Faridz bersuara juga setelah kalah dengan kedegilan Huda yang baru menang dalam pertandingan 'Siapa Yang Paling Lama Tak Bersuara'..

  “Terpulang..!”

  “Dah tak ada hukuman lain ke yang Huda nak bagi kat abang..?” Tanya Faridz lalu duduk sama di atas wakaf membelakangkan Huda

  “Ada.!”.

  “Apa dia?” Faridz seperti sudah tidak sabar menanti apa yang bakal lahir dari mulut Huda.

  “Lepas Huda balik ni..sehinggalah habis SPM, tolong jangan ganggu Huda. Huda tak mahu diganggu sepanjang Huda belajar. Huda tak mahu tahu apa-apa  yang berkaitan dengan abang dan hal yang berkaitan dengan Huda pun jangan sesekali abang ambil tahu. Kalau abang berdegil jugak, insyaallah Huda tak akan melayan lagi semua rayuan abang..” Kata Huda sambil tersenyum nipis. Huda pasti senyumannya tidak diketahui oleh Faridz kerana kedudukan Faridz membelakanginya.

  “Lama sangat tu..abang tak sanggup..! Sekarang baru nak masuk bulan 5, SPM  habis bulan 12, 7 bulan abang kena tunggu, mana abang sanggup..!” Rungut Faridz sayu.

  “Terpulang..! Pilih antara satu, nak kena tunggu tujuh bulan atau nak kena lupa terus..?” Ugut Huda sambil menahan tawa. Faridz terdiam sambil berfikir-fikir.

  “Okey..abang terima.  Tujuh bulan pun tujuh bulanlah..!” Balas Faridz lemah.


  FARIDZ termenung jauh sambil mengambil angin petang di taman laman rumahnya. Masih teringat-ingat syarat dan perjanjian yang Huda kenakan kepadanya.Walaupun tidak sanggup terima, Faridz harus cuba menerima demi cintanya pada gadis itu. Biarpun masih kurang pasti keputusan yang Huda akan berikan, Faridz yakin Huda gadis yang baik tak mungkin sanggup mengecewakannya.

     Lamunannya terhenti bila mengingatkan perbualannya dengan Huda hingga tercetusnya sedikit perselisihan faham. Wajah Lisa terlayar di kotak fikirannya. Gadis yang dipuja sepenuh hati dan dia hampir-hampir gila selepas dikecewakan oleh gadis itu . Hubungannya dengan Lisa mendapat restu dari keluarga Lisa merangkap sebagai keluarga angkatnya diteruskan dengan hubungan pertunangan. Namun apakan daya,disangka panas hingga ke petang rupanya subuh-subuh lagu hujan dah turun mencurah-curah. Disaat-saat tangannya berada dalam genggaman Tok Kadi, Lisa dilaporkan hilang dan mengubah fikiran mahu memutuskan hubungan mereka atas alasan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Masih ingat di awal perkenalan, Lisa yang memulakan dan berjanji setia sehidup semati. Rancangan pertunagan mereka juga dipinta oleh Lisa sendiri, tapi entah kenapa Lisa berubah fikiran dia sendiri kurang pasti puncanya. Sakit kepalanya bila berfikir mencari andai punca itu datang dari dirinya sendiri. Setelah kembali ke tempat asalnya, Faridz mula sedar ada hikmah disebalik kejadian. Allah maha penyayang. Kerana sayangkannya Allah temukan dirinya dengan Huda. Allah telah gantikan cintanya dengan yang lebih sempurna dari cintanya dulu.Walaupun untuk mendapatkan cinta Huda lebih mencabar, dinekadkan dalam hati..Huda pasti jadi miliknya satu hari nanti.

“Tak payahlah along fikir sangat pasal Huda tu..!” Tegur Afini lalu mendekati abangnya yang entah kemana fikirannya melayang.

“Dia ada cita-cita dan matlamatnya sendiri. Along bagilah masa dan ruang untuk dia uruskan cita-citanya dulu. Huda tu perempuan, tentulah risau kalau terjadi sesuatu musibah dalam hidupnya tanpa dia bersedia untuk menghadapinya.  Pada siapa dia nak mengharap.?”

 Faridz mengerutkan wajahnya tanda kurang memahami apa yang adiknya terangkan tadi. berbelit-belit. Bahunya menjungkit sambil keningnya terangkat minta penjelasan tepat.

      Afini berdesit perlahan. Rimas dengan riaksi Faridz. Lantas dijelaskan kedudukan sebenar mengapa Huda beriaksi endah tak endah.

“Along tak akan benarkan Huda menderita..! Fini tahukan, along macam mana.?” Bentak Faridz tegas.

“Ye..Fini tahu dan Fini kenal along. Itu kata along sekarang, sementara belum dapat..! Esok-esok kita belum tahu lagi yang bakal terjadi, malang tu datangnya tak ada isyarat, bau atau rupa long oii.! kalau nak jadi..terus saja jadi. Sebab tu Huda nak bersedia awal agar tidak susah di kemudian hari. Huda tak pandang pada harta dan kemewahan along kerana dia yakin dia boleh dapatkan hartanya sendiri dengan usahanya. Along janganlah risau. Sebenarnya Huda tu dah mula sukakan along cuma dia takut kalau-kalau satu hari nanti along kecewakan dia. Lagipun dia tu masih belajar. Huda tu mabukkan ilmu bukan mabukkan cinta macam along ni yang dah macam orang penyakit angau je..!”

     Faridz melopong mendengar cerita Afini, bibirnya tersenyum namun keruh kembali, seakan tidak percaya dengan apa yang disampaikan Afini.

“Ye..betul..! Huda yang mengaku sendiri masa nangis kat sini hari tu..! Dia sedih sebab saat-saat dia mula sukakan along, along bersikap macam tu pulak. Tapi di minta agar kita tak terlalu mengharap sebab dia pun kurang yakin dengan perasaan dia. Huda takut tak mampu jadi pencinta  setia macam along. Fini cadangkan baik along ceritakan semua sejarah hitam along tu sebelum orang lain yang bagi tahu. Bukannya apa, takut kalau cerita yang tak betul yang dia terima.”

Terang Afini tanpa memberitahu hal yang sebenar mengapa Huda menangis. Sengaja dijelaskan begitu agar Faridz merasa bersalah, sedangkan yang sebenarnya punca Huda menangis adalah kerana hidung dan kepalanya yang sakit.

     Faridz tersenyum. Peluangnya masih ada. Lantas dibulatkan dalam hati agar terus sabar menanti hingga hari bahagianya tiba. senyuman Faridz semakin melebar. Afini hanya menggeleng kepala melihat telatah Faridz yang seperti terkena penyakit angau. Sebenarnya memang dah angau pun...!




BAB 9(2) : TERTULIS KAU MILIKKU


 “ALONG jumpa kau tadi..?” Tanya Afini serius. Melihat Huda yang sedang mengemas pakaian, dia tahu sahabatnya itu mahu segera pulang.

 “Dahlah Fini. Aku tak mau lagi cakap hal ni.” Balas Huda lemah tanpa melihat wajah Afini.

 “Sampai bila kau nak lari dari kenyataan.?” Desak Afini.

     Huda mengeluh kasar.

 “Aku faham maksud kau Huda..! Tapi, kau tak risau ke kalau along terlepas ke tangan orang lain..?”

 “Entah..! aku tak tahu nak cakap macam mana. Nak kata cemburu, aku belum terima dia. Nak kata tak ada rasa apa-apa, tu memang bohong namanya,  sebab aku dah mula sukakan dia..!”

   Affini tersenyum simpul.

 “Tu tandanya kau dah sayangkan dia..!”

 “Itu ke namanya sayang..? Baru kenal je pun.!” Huda melamun sedetik. Dia sendiri belum pasti dengan perasaannya.

 “Kau nak tahu satu rahsia tak..?” Tanya Affini tiba-tiba sambil tersenyum-senyum memandang wajah Huda di hadapannya. Huda terdiam lalu mengangkat keningnya tanda ingin tahu.

 “Aku kenal dengan seorang brother ni masa aku form one lagi. Masa tu dia form five. Kami satu sekolah dan berkawan baik. Sampai tahap aku dah mula sukakan dia, itupun setelah aku form four. Walaupun dia dah tak sekolah di situ lagi, kami tetap berhubung sampai sekarang. Mula-mula aku pun macam kau, keliru dengan perasaan sendiri, tak pasti apakah maknanya sayang , rindu..tapi bila dah lama tak bersua barulah aku sedar aku dah mula jatuh hati padanya. Walaupun aku tak pernah ungkapkan rasa sayang cinta dan rindu pada dia macam yang selalu dia ucapkan pada aku tapi aku tahu, dia tahu aku rasa semua tu. Jadi selama ni kata-kata rindu dan sayang dari mulut dia, aku jadikan sebagai cabaran dalam aku mengejar kejayaan. Samalah macam kau, sebenarnya along tu tahu kau sukakan dia, sebab tu dia yakin kau akan terima dia satu hari nanti. Aku cerita semua ni bukan bermakna aku nak kau terima along, cuma aku nak kau ambil contoh supaya belajar sesuatu dari pengalaman. Jadikan cabaran ini sebagai langkah untuk kau terus berjuang untuk berjaya.  Menerima dia tak bererti kau bercinta. Kau masih boleh teruskan hari-hari kau macam biasa. Ambillah masa sebanyak mana yang kau mahu, satu masa ketika nanti kau akan tahu dan sedar kebenaran yang aku cakapkan ni.Tak tau lah pulak kalau kau ni jenis yang takut terima cinta..” Sindir Afini sambil tersenyum sinis.

 “Aku tak takut bercinta, aku pun tak takut terima cinta, tapi aku takut lalai dalam bercinta.!” Ujar Huda perlahan.

 “Sebab tulah aku nak kau jadikan ini sebagai satu cabaran. Aku yakin kau boleh..!”

 “Jadi apa yang harus aku buat..? Terima dia bulat-bulat..?” Tanya Huda dalam nada yang sedikit keras. Affini tersenyum.

 “Kau nak terima dia bulat-bulat ke..bujur leper ke, semua tu terpulang pada budi bicara kau.  Aku yakin kau tetap akan berjaya walau seribu cabaran yang mendatang.”

 “Kau terlalu mengharap Fini.!”

 “Memang aku mengharap kau akan jadi sebahagian dari hidup dia. Aku dah puas tengok dia  menderita. Aku tak mahu tengok lagi dia jadi macam tu. Aku tak memaksa cuma aku mengharap, itu saja..” Ujar Afini lalu melangkah keluar dari biliknya.

     Huda hanya memandang Afini keluar dari bilik itu. Dia serba salah lalu melepaskan keluhan lemah. Mengingatkan kembali setiap bait kata Afini tadi, membuatkan Huda tersenyum sendiri.

BAB 9(1) : TERTULIS KAU MILIKKU

9
***
  BILA  sedar saja jam dah menunjukkan ke pukul 6.45 pagi. Bergegas Huda ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.  Matanya yang sembab akibat kesan tidur lambat semalam kelihatan nampak ketara. Segera mukanya dibersihkan agar sembab itu berkurangan. Malu kalau -kalau ada yang menegur.'Menyesal pulak tidur lewat..' Gumam Huda dalam hatinya.

     Seusai solat niat di hati ingin menyambung semula tidurnya, tapi bila mengingatkan umi dan ayahnya serta Mak Miah yang mungkin masih keletihan, dipaksakan dirinya ke dapur untuk menyediakan sarapan.

     Huda melangkah perlahan menuruni anak tangga lalu menjejakkan kaki ke ruang tamu yang sunyi sepi. Huda dapat merasa pasti seluruh penghuni dalam rumah itu masih dalam keletihan dan kembali menyambung tidur selepas solat subuh. Huda tahu menyambung tidur selepas solat subuh adalah sesuatu yang kurang baik, tapi jika badan terlalu letih, tak salah kalau terpaksa.    
   
     Huda berfikir-fikir apa yang harus disediakan pagi itu untuk sarapan. Lalu dibuka peti sejuk melihat apa-apa yang boleh dimasak. Melihatkan udang yang dibeli semalam masih banyak, Huda tersenyum sendiri. Dikeluarkan udang hidup itu lalu direndam agar lembut dan mudah untuk dikopek kulitnya. Sayur taugeh dan daun bawang serta daun sup yang masih ada dalam peti itu dikeluarkan juga lalu dicuci bersih. Daun bawang, daun sup serta bawang besar dipotong lalu dicampurkan semua bahan tadi ke dalam bekas yang berisi tepung gandum. Diadun supaya sebati dan kemudian digoreng hingga kuning keemasan.

     Huda tersentak seketika bila rongga hidungnya disapa dengan bau haruman badan yang diketahui milik siapa dalam rumah itu. Sejak semalam bau haruman itu sudah sebati dengan hidungnya. Huda memakukan diri di hadapan dapur sambil matanya memandang ke arah kuali panas yang berada diatas dapur. Tangannya sibuk mengalihkan jemput udang yang sedang di goreng. Walaupun tahu siapa gerangan yang berada di belakangnya, Huda tetap membatukan diri tanpa menoleh. Sebenarnya Huda tidak tahu apa yang harus diucapkan pada lelaki itu, takut kalau-kalau dirinya menjadi mangsa herdikan seperti semalam. Huda mengeluh kesal. Mesej yang diterima ketika berbual dengan Afini semalam masih belum berjawab. Yang sebenarnya, dia sendiri tak tahu nak jawab apa. Kata-kata maaf dalam mesej yang dia terima semalam hanya dibiarkan saja.

“Abang minta maaf..!”

Suara Faridz kedengaran memecah kesunyian pagi. Namun Huda masih membisu seribu bahasa dan tanpa menoleh. Sudah diagak ayat itu pasti keluar dulu dari mulut Faridz walaupun diakui dia turut rasa bersalah.

“Abang minta maaf.. Tolong maafkan abang..!” Pinta Faridz sekali lagi.

     Huda masih belum mahu berpaling dan bersuara. Yang sebenarnya Huda tidak mahu Faridz lihat wajahnya yang sembab kerana tak cukup tidur sebab menahan sakit hidungnya. Cucur udang yang sudah habis digoreng dimasukkan ke dalam pinggan lalu diletakkan di sebelah dapur. Bekas adunan tepung dibasuh bersih lalu ditiarap di rak pinggan. Sebelum berlalu sempat Huda mencapai pinggan cucur tadi lalu melangkah keluar menuju ke meja makan.

“Huda, dengar dulu cakap abang..!” Kata Faridz sambil mengekori Huda dari belakang. Namun Huda langsung tidak pedulikan rayuannya.

     Huda masuk kembali ke ruang dapur lalu mengangkat pula sedulang kopi yang telah siap dibancuh sejak tadi. Kopi panas dituang perlahan ke dalam cawan lalu dihulurkan pada Faridz yang sedang berdiri mengadapnya. Sebiji cucur udang diambil lalu dikoyakkan dan perlahan-lahan dimasukkan kedalam mulutnya tanpa menghiraukan pandangan Faridz ke arahnya.

     Pada firasat Faridz, tiada tanda-tanda yang Huda akan bersuara. Lantas Faridz  mendekati Huda dan menarik sebuah kerusi yang berada di sebelah Huda lalu diduduknya dengan selesa. Wajah Huda ditatap lama. Semakin rasa bersalah bila melihat mata Huda seperti baru lepas menangis.

“Abang minta maaf..abang tak sengaja nak tinggikan suara. Abang pun tak tau kenapa abang boleh bertindak macam tu. Abang tertekan bila ingat balik perkara yang dah berlalu tu..! Please Huda..! jangan buat abang macam ni..! Selagi Huda berdiam macam ni, abang lagi rasa tertekan dan rasa lebih bersalah.!”

“Huda tak pernah kena marah selama ni. Tak pernah ada orang yang berani nak tinggikan suara dengan Huda. Huda sedih sebab abang orang yang pertama buat macam ni. Huda tahu abang tertekan dengan soalan Huda semalam, tapi kenapa sampai perlu tinggikan suara..? Kan lebih baik abang bagitau yang abang tak suka ingat balik sejarah hitam abang tu..!” Ujar Huda sayu. Lantaklah kalau Faridz nak kata dia cengeng, manja atau apa-apa. Dia dah tak peduli.

     Faridz tergamam dengan panggilan Huda kepadanya. Hatinya berbunga namun jiwanya masih buntu bagaimana mahu memujuk Huda yang sedang merajuk.

 “Abang nak makan..?” Tanya Huda tiba-tiba.

     Faridz hanya menggeleng lemah. Matanya tidak berkelip melihat riaksi Huda di hadapannya. Sayu rasa di dada melihat gadis kesayangan berwajah keruh begitu di hadapannya. Tidak pernah ada lagi gadis yang berduka kerananya. Kalau dulu dia yang banyak berduka dengan sikap Lisa. Baru disedari, hati gadis di hadapannya itu benar-banar sensetif. Berbeza sekali dengan Lisa.

 “Makanlah sikit, nanti abang lapar. Penat Huda masak..!” Rayu Huda perlahan lalu di hulurkan pinggan yang berisi cucur udang yang masih panas suam. Namun tidak sesekali matanya membalas renungan Faridz.

 “Abang mintak maaf sebab buat Huda menangis.”

 “Siapa kata Huda menangis.?” Tanya Huda hairan. Mug berisi air suam miliknya dicapai dan diteguk perlahan.

 “Tu..!yang merah mata tu kenapa.?”

 “Lewat tidur..! Biasalah..” Ujar Huda sambil menggosok-gosok batang hidungnya dengan belakang tapak tangannya. Farid mengeluh lega.

 “Maafkan abang ye..?” Rayu Faridz lagi.

 “Huda yang salah sebab desak  abang.. !Kalau Huda tak mendesak, abang takkan marahkan Huda..” Huda berhenti berkata namun kemudian disambung semula.

“Huda minta tolong sangat-sangat dekat abang, lepas ni no call, no sms. Apa saja yang bersangkutan dengan abang, Huda tak mahu tahu lagi. Tolong bagi Huda ruang berfikir.” Sambung Huda lagi lalu segera bangun dan meninggalkan Faridz bersendirian di situ. Semalaman puas difikir apa jalan yang harus diambil. Baru kenal, Faridz sudah berani tinggikan suara, bagaimana pula masa akan datang.? Sebelum dia pergi jauh, ada baiknya dia buat keputusan bijak walaupun hati dah mula terpaut pada si jejaka.

BAB 8(2) : TERTULIS KAU MILIKKU

PUAN ROHAYU melangkah perlahan ke arah Huda yang sedang duduk di kerusi panjang bersendirian. Wajah Huda yang sedikit kelat direnung dari jauh tadi menjelaskan ada sedikit keraguan selepas Faridz laju melangkah keluar.

“Huda dah mengantuk?” Tanya Puan Rohayu kepada Huda yang sedang menahan mulutnya menguap.

“Hmm..ngantuk sangat..!dah nak balik ke mi..?”

“Kalau ngantuk pergi naik tidur dulu. Abah kata mungkin kita tidur lagi semalam di sini. Banyak lagi yang nak kemas. Takkan nak tinggal  Mak Miah sorang. Kesian dekat dia..!” Kata Puan Rohayu lembut.

      Huda melopongkan mata dan mulut mendengar jawapan dari Puan Rohayu. Ini bermakna dia akan berhadapan lagi dengan Faridz esok hari. Hatinya cukup terasa dengan kata-kata akhir Faridz tadi. Kalau ya pun tak mahu bercerita, tak payahlah sampai meninggikan suara. Seumur hidupnya belum ada lagi manusia yang berani meninggikan suara kepadanya, apatah lagi Encik Marzuki yang bergelar bapa. Huda tersenyum kelat memandang Puan Rohayu yang masih tercegat di hadapannya.

“Huda ada masalah dengan abang Faridz? Umi tengok tadi macam serius je..! Muka abang Faridz pun mencuka..! Ada apa yang tak kena?” Tanya Puan Rohayu lembut. Walaupun dia tak mendengar butir bicara anak tiri dan anak saudaranya berbual, namun, dia masih boleh dapat mendengar apa yang Faridz herdikkan pada anak tirinya. Hatinya turut tersentuh setelah melihat Huda tergamam. Sedangkan dia sendiri tak pernah meninggikan suara pada anak tirinya itu, inikan pula orang lain. Tambah pula Faridz baru dikenali. Namun dia faham dengan sikap Huda. Anak tirinya itu memang bijak menangani masalah sendiri.

“Tak ada apa-apalah mi.! Huda saja menyakat dia, tak sangka pulak dia ambil serius..” Bohong  Huda lalu melangkah ke tangga dan terus melangkah mahu menuju ke bilik Affini selepas memberi salam pada ibu tirinya . Seketika kemudian Huda berpaling semula pada ibu tirinya.

“Mi..hidung Huda sakitlah..!” Huda merengek manja sambil menggosok-gosok batang hidungnya.

“Sakit sangat ke?”  Tanya Puan Rohayu bimbang. Bertambah bimbang setelah Huda mengangguk.

“Mm.. sakit sampai ke kepala ni..!”

“Ubat tahan sakit ada bawak?” Tanya Puan Rohayu sambil memeluk bahu Huda. Melihatkan mata anak tirinya sudah mula berair, hatinya tersentuh.

“Ada, tapi tertinggal dalam kereta..”

“Hmm..Huda naik dulu, nanti umi suruh abah ambilkan. Nanti Umi hantar ke atas..”

Okey..! Huda naik dulu ye mi.. Assalamualaikum..!” Ucap Huda lalu segera naik sambil memicit-micit kepalanya.

     Puan Rohayu hanya menghantar Huda dengan pandangan bersahaja. Dari firasatnya ada sesuatu yang terjadi antara anak tirinya itu dan anak saudaranya. Hatinya kuat mengatakan yang Faridz sudah mula sukakan Huda. Bukan dia tak sedar pandangan Faridz pada anak tirinya sejak menjejakkan kaki ke Villa Ariffah. Namun dia tahu anak gadisnya itu bukan seperti gadis-gadis kebanyakan yang mudah beralah dalam soal perasaan. Setahunya, Huda gadis yang punya matlamat, impian, cita-cita dan berwawasan tinggi. Namun diakui anak tirinya itu bijak mengatur dan pandai membuat keputusan. Harapannya agar Huda berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.

     Langkahnya laju menuju keluar mencari bayang suaminya. Apabila nampak saja kelibat Encik Marzuki sedang leka berbual dengan Faridz, langkahnya semakin pantas.

“Abang tolong ambilkan ubat anak dara abang dalam kereta kejap. Sakit balik anak abang tu..!” Kata Puan Rohayu cemas. Sempat dikerling kearah Faridz. Hatinya sedikit geram dengan apa yang terjadi tadi.

“Teruk sangat ke? Pergi hospital terus lah!” Encik Marzuki pula bertanya dengan cemas.

“Sampai ke kepala katanya. Mata pun dah berair macam nak menangis. Sakit sangatlah kot.! Entahlah apa yang difikirkan sampai sakit kepala.!”

“Biar saya yang  ambilkan..!” Pantas Faridz menyampuk.

“Mm..yelah. Pintu kereta pun tak kunci..” Balas Encik Marzuki.

     Faridz mengangguk laju dan terus melangkah ke garaj yang menempatkan keretanya dan kereta Encik Marzuki dipakir. Hatinya tak senang. Pada firasatnya Huda jatuh sakit kerana dia puncanya. Jika dilihat semasa berbual dengan Huda tadi, gadis itu kelihatan elok saja. Tiada tanda-tanda gadis itu sakit. Tapi baru sekejap tadi Huda ditinggalkan sendiri, kini tiba-tiba dia mendapat berita yang mengejutkan. Faridz yakin dialah punca Huda sakit. Kekalutan semakin terasa selepas menerima pandangan kurang senang dari ibu saudaranya tadi.

     HUDA termanggu di balkoni bilik Afini sambil melihat beberapa orang pekerja catering sedang sibuk mengemas halaman rumah. Dengan langkah yang lemah, Huda melangkah masuk dan sliding door ditutup perlahan. Sambil memicit-micit batang hidungnya, Huda melangkah ke katil. Niatnya tadi mahu tidur, tapi matanya tak mahu lelap. Kepalanya semakin sakit terasa. Hidungnya digosok lembut. Di birai katil, Huda terus temenung. Matanya yang berair diseka segera agar tidak jatuh.

“Hai..jauhnya melamun..! ingat buah hati ke..? Rasanya buah hati tak jauh pun..!” Gurau Affini yang baru keluar dari bilik air lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Huda. Huda tersentak melihat Afini yang sudah berada di sisinya.

“Eh, bila kau masuk..?aku tak nampak pun..”

“Mana nak nampak..! fikiran tu entah kemana pun aku tak tau..!aku masuk pun kau tak sedar.!”

   Huda tersengeh malu-malu mengaku kesalahannya yang terlampau melayan khayalannya.

“Apa masalahnya ni..? aku tengok dari tadi monyok je..! masa berdating bawah tadi okey je aku tengok..!”
Usik Affini . Melihatkan mata Huda yang basah Affini tergamam seketika.

“Kau nangis Huda..? Along buat apa kat kau..?” Soal Affini cemas.

Ishh! kau ni..! Tak ada apa-apalah..!" Kata Huda perlahan sambil menepuk bahu Afini. Sedetik kemudian, dia kembali bersuara. "Aku nak tanya, abang Faridz tu macam mana orangnya..? Garang ke..panas baran ke..?” Tanya Huda sambil menyembunyikan rasa sakit di hidung dan kepalanya.

     Meledak tawa Afini mendengar soalan Huda. Sangkanya apalah tadi hingga menyebabkan Huda bermasam muka begitu, rupa-rupanya hanya sekadar merisik tanya sifat-sifat diri abangnya.

“Along jarang marah-marah. Kalau dia marah, mesti ada sebab. Setakat ni aku tak pernah kena marah dengan dia lagi, setakat kena tegur tu adalah..! Tapi aku pernah tengok dia marah seseorang dulu, masa tu dia memang nampak marah sangat. Itulah pertama kali aku tengok dia marah. Tapi, aku rasa orang tu memang layak kena marah pun..! " Ujar Affini sambil menumbuk-numbuk bantal yang berada di sisinya.

Huda hanya tersenyum melihat Afini menumbuk-numbuk bantal tanpa tahu maksud sebenar Afini.

“Kenapa tiba-tiba tanya fasal along ni..? Kau takut ye kalau-kalau along tu jenis yang panas baran..? Aku taulah kau tu jenis yang lemah lembut, jadi kau mesti nak yang sepadan dengan jiwa kau kan..? Kau jangan risaulah.! dia takkan marahkan kau punya.! Dia mengaku sendiri yang dia dah jatuh sayang kat kau..!” Jawab Affini tanpa mengetahui apa yang terjadi pada Huda sebentar tadi. Afini  berkerut dahi melihat Huda tiba-tiba mendung.

“Aku baru kena marah dengan dia tadi. Aku terkejut sangat..! Selama ni tak pernah ada lagi manusia yang meninggikan suara kat aku. Abah aku pun tak pernah cakap macam tu kat aku..! Saat-saat aku dah mula sukakan dia, jadi macam ni pulak.!” Bentak Huda sayu.

   Affini hilang kata-kata. Seperti tidak percaya apa yang didengar sebentar tadi.

“Sebenarnya apa yang berlaku ni.? Cuba kau ceritakan pada aku.. Manalah tahu aku boleh tolong..”

     Namun perbualan mereka terganggu dengan ketukan pintu. Cepat-cepat Afini turun dari katil dan bergegas membuka pintu biliknya. Huda memandang bersahaja pada Affini yang sedang berbual sesuatu. Huda tak pasti dengan siapa. Tapi melihatkan Afini asyik menoleh-noleh ke arahnya, Huda hairan.

“Siapa, Ni.?” Tanya Huda sambil memanjangkan lehernya memandang ke pintu. Namun dia tak nampak sesiapa kerana terlindung dengan tubuh Affini yang tinggi lampai.

“Along nak jumpa..!”

Huda berkerut hairan. Namun kemudian Huda hanya menggeleng kepala tanda menolak. Afini seperti tidak puas hati.

“Kejap je..!” Pujuk Affini. Huda tetap tidak berganjak dari katil.

“Aku nak tidur..!” Jawab Huda lalu menarik gebar yang berwarna kuning air dan terus menutup tubuh dan wajahnya hingga ke kepala.

     Pintu bilik kedengaran ditutup perlahan. Perlahan-lahan Huda mengalihkan selimut yang menutupi wajahnya. Melihatkan Afini sudah berada sebelahnya, Huda kembali duduk mengadap Afini.

“Nah. Along kasi tadi. Katanya kau sakit..” Ujar Afini lantas menyerahkan sebungkus plastik. Huda kenal dengan bungkusan itu lalu disambut lemah.

“Dia pesan jangan fikir yang bukan-bukan..nanti kepala kau lagi sakit..”

Huda diam tidak berkutik mendengar pesanan Faridz yang disampaikan oleh Afini .

“Kenapa kau tak cakap yang kau sakit..” Tanya Affini lalu menuangkan air kosong kedalam gelas lalu dihulurkan pada Huda.

“Sikit je..!”

“Sikit kau kata..! Muka kau dah pucat semacam.! Along cakap kalau sakit lagi dia nak heret kau bawak pergi hospital.” Bentak Affini.

“Lepas telan ubat ni, okeylah..” Jawab Huda malas lalu mengeluarkan ubat penahan sakit dan ditelan perlahan.

“Cuba cerita kat aku, apa yang berlaku sebenarnya..? Along buat apa kat kau.?”

     Huda hanya diam namun selepas beberapa kali mengeluh. Huda mula menceritakan peristiwa di bawah tangga tadi. Afini mendengar penuh minat sambil terangguk-angguk, namun tidak sesekali untuk menyampuk. Akhirnya Afini melepaskan keluhan keras.

“Mm..patutlah dia marah sangat..!” Ujar Affini lalu termenung.

     Huda pelik dengan riaksi wajah Affini yang tiba-tiba berubah. Dirasakan ada sesuatu yang tersembunyi di balik wajah itu.

“Aku rasa sebelum kau terima along, baik kau tau dulu sejarah dia dengan awek dia dulu.. Cuba kau tanya dia baik-baik.!”

“Aku nak tanya apa? Aku tanya sikit je tadi, tu yang dia emo semacam. Sakit hati aku tau..! Silap-silap dari suka dah jatuh tak suka?” Tempelak Huda lembut sambil menjeling geram.

“Ye tak ye jugak? Mm..macam ni lah, biar aku aje yang cerita, tapi sikit aje tau! nanti aku mintak dia ceritakan dekat kau sepenuhnya.”  Ujar Afini sambil menyelak rambutnya yang jatuh ke muka lalu diselit ketelinga kanannya.

“Dua tahun lepas along aku pernah bertunang dengan anak keluarga angkat aku. Lisa namanya. Dia orang memang berkawan semenjak kami jadi anak angkat keluarga tu lagi. Along ni seorang pencinta setia, tapi tak tahu mana silapnya sampai perempuan tu sanggup tinggalkan along. Hari pernikahan mereka terpaksa dibatalkan sebab perempuan tu melarikan diri. Lepas semiggu baru dia muncul. Tak tahu apa punca, bila ditanya, katanya sebab belum bersedia. Kalau belum sedia, kenapa ikat tunang dengan along aku? Aku sedih sangat tengok keadaan along yang dah macam mayat hidup, tak tentu arah, makan minum, pakaian tak dihiraukan. Kerja apatah lagi, kadang-kadang pergi kadang-kadang tidak. Keluarga angkat aku rasa bersalah sangat dekat along disebabkan anak mereka. Selepas lapan bulan, along aku tetap tak berubah. Akhirnya bapa angkat aku buat keputusan hantar along balik sini untuk uruskan anak syarikat yang ada kat sini. Tujuan ayah angkat aku ialah agar along dapat lupakan sejarah hitam tu. Alhamdulillah..!setakat ni apa yang aku nampak, dia dah dapat lupakan sejarah hitam tu, tambah pulak selepas jumpa dengan kau hidup dia semakin berubah. Dah tak ada lagi sikap murung dia bila bersendiri. Aku bersyukur sangat..”

“Maksudnya abang Faridz tinggal sini dah lama..?” Afini mengangguk mengiakan firasat Huda.

“Mula-mula aku tak mahu datang sini. Tapi bila along bagitahu yang dia selalu boring tak ada kawan, aku turutkan jugak..! Dah duduk sini rasa seronok pulak, dapat pulak kawan-kawan macam kau dan Anom..lagilah aku teruja.”

Huda tersenyum bangga mendengar pujian Afini.

“Sekarang kau dah buka kembali sejarah hitam yang dah lama dia cuba lupakan. Aku bukan nak salahkan kau..! Ye lah..kau pun bukan tahu cerita sebenar. Kau jangan risaulah..! marah dia tak lama.. Esok mesti dia mintak maaf kat kau..! Salah dia jugak sebab tak cerita dari awal..” Balas Afini cuba memujuk apabila melihat wajah Huda keruh.

“Eh, kau cakap apa tadi, kau dah suka kat dia..? Mm..cinta baru berputik lah ni ye..?” Ujar Affini dengan nada mengusik lalu menyenggolkan sikunya ke lengan Huda. Huda tersenyum malu namun hanya seketika, wajahnya kembali keruh.

“Apa hal pulak ni..tadi okey je..tiba-tiba, berarak mendung kelabu..!” Serkap Afini sayu.

“Aku tak boleh terima dia sekarang ni..! Kau pun fahamkan keadaan kita sekarang ni. Aku nak tumpukan sepenuh perhatian aku pada pelajaran dulu. Bila dah  berjaya baru aku nak fikirkan benda tu. Dengan kejayaan ni saja yang boleh menjamin masa depan aku. Aku tak mahu bergantung hidup dengan keluarga aku semata-mata. Aku yakin aku pun boleh jadi tempat mereka bergantung andainya mereka sudah tak berupaya kelak..”

“Aku bangga ada kawan macam kau Huda. Aku tau hati kau mulia, kau sanggup korbankan perasaan kau semata-mata mahu lihat kebahagiaan keluarga kau. Tapi, aku nak nasihatkan kau sikit. Sesekali kau perlu fikirkan tentang diri kau jugak. Aku bukan nak ajar kau supaya membelakangkan keluarga, cuma aku pun nak tengok kau bahagia di samping orang yang kau sayang..”

      Huda tersenyum senang dengan nasihat Afini, diraih tangan Afini lalu diramas perlahan jemari sahabatnya itu.

“Aku tau, kau risaukan abang Faridz kan..? Tentang tu kau jangan risau, cuma buat masa ni, macam yang aku cakap tadi, aku memang tak boleh terima dia lagi. Aku harap kau dan dia boleh faham apa yang aku maksudkan. Insyaallah..kalau ada jodoh tak kemana.!” Ujar Huda sambil merangkul bahu Affini lalu dipeluk mesra. Afini tersenyum riang lalu membalas pelukan Huda.


BAB 8(1) : TERTULIS KAU MILIKKU..

JAM sudah menunjukkan ke angka 6 petang. Syarikat catering yang ditempah khas oleh Faridz sudah menampakkan bayang. Para -para pekerja sudah mulakan tugas mereka menyusun meja dan kerusi serta pinggan di atas meja. Jadi, bagi tuan rumah tidak perlu bersusah payah memasak atau mengidang, semuanya sudah tersedia.

     Solat Maghrib malam itu mereka sekeluarga berjemaah. Huda dan Huzir sibuk membentangkan sejadah sementara menanti Encik Marzuki dan yang lain turun. Melihatkan  Encik Marzuki yang sedang turun beriringan dengan Faridz, jantung Huda berdebar-debar melihat penampilan ringkas Faridz yang hanya berbaju melayu putih dan berkain pelekat. Pelik benar dengan matanya, lelaki berbaju teluk belanga dan berkain pelekat pun nampak kacak. Huda begitu asyik menajamkan penglihatannya. Bibirnya mahu sedekahkan seulas senyuman ketika lelaki itu sedang berbicara dengan orang tuanya. Tapi entah kenapa cepat-cepat Huda mengalihkan pandangan apabila Faridz menyedari tenungannya. Malunya tuhan saja yang tahu bila merenung anak teruna orang macam tu.

“Riz..! Pakcik nak Riz yang imamkan, boleh? Riz kan tuan rumah..” Kata Encik Marzuki sambil menepuk lembut bahu Faridz yang sedang berdiri di hadapannya memberi semangat.

Faridz terpaku sejenak sambil berfikir-fikir. Akhirnya Faridz tersenyum dan mengangguk setuju. Tidak disangka Encik Marzuki memberi tanggungjawab itu padanya. Walaupun rasa masih tidak layak, Faridz terima dengan senang hati kerana rasa lebih dihargai.

“Yakin boleh buat..?” Tanya Encik Marzuki pinta kepastian.

“Insyaallah pakcik..saya dah dekat tiga puluh tahun, takkan tak boleh kot..!” Balas Faridz sambil tersenyum manis.

“Bagus..bagus..! Dah boleh buat menantu ni!” Balas Encik Marzuki sambil tersenyum mengusik.

Faridz tergamam lalu tersenyum lebar. Bila mengingatkan renungan mata Huda tadi, jiwanya berbunga.

     Mendengar sahaja suara Huzir sedang melaungkan azan, menandakan waktu maghrib sudah tiba, semua penghuni rumah diam menghayati. Suara lantang Huzir memang mendamaikan. Suara budak-budaklah katakan.. Orang kata belum pecah suara lelakinya. Tidak lama kemudian Encik Marzuki mulakan iqamat.

     Matanya Huda kaku di hadapan setelah melihat Faridz berada di hadapan sekali tempat imam.  Baru disedarinya imam akan diambil alih oleh Faridz dan bukan abahnya yang disangka. Hati Huda tersenyum bangga. Tidak disangka orang muda seperti Faridz mampu memikul tanggungjawab sebagai imam sedangkan yang tua masih ada.


SEUSAI majlis Huda terintai-intai ke arah luar rumah dari dalam. Masih ada lagi tetamu yang sedang berbual kosong dengan Encik Marzuki dan Faridz. Mungkin itu adalah rakan sepejabat Faridz yang kebetulan mengenali Encik Marzuki. Huda meninjai-ninjau ruang tempat kosong dalam rumah untuk dia melepaskan penat. Pinggan mangkuk sudah siap dibasuh dengan Afini tadi. Lebihan lauk pauk yang diserahkan oleh pekerja catering tadi pun sudah habis dibungkus oleh Puan Rohayu dan Affini untuk disedekahkan kepada tetamu yang masih belum pulang. Rasa membazir pula kalau disimpan dalam peti sejuk. Pasti tiada siapa lagi yang mahu makan. Jadi ada baiknya disedekahkan saja pada tetamu yang hadir.

Perutnya terasa lapar namun kurang berselera untuk menjamah walaupun  fikirannya hanya terbayang laksa pineng tengahari tadi. Oleh kerana badan  sudah mula terasa penat, dilupakan sahaja niatnya itu. Sejak pulang dari econsave tadi, dia belum lagi ada peluang untuk merehatkan badan. Hidungnya yang baru sembuh tiba-tiba terasa berdenyut hingga ke kepala. Dipaling memandang Puan Rohayu yang asyik benar berbual dengan Mak Miah dan tetamu wanita yang hadir. Tiada tanda-tanda perbualan di situ akan berakhir dalam jangka masa yang terdekat. Di matanya sekarang hanya terbayang katil dan bantal.

Huda duduk merehatkan badannya yang letih di sudut ruang tamu yang sedikit terselindung dari pandangan ramai. Sesekali jemarinya memicit lembut batang hidungnya yang baru sembuh bila dia menguap. Rasa nyilu sekali bila mulutnya dibuka luas-luas. Ingin segera ke bilik tapi takut dianggap tidak menghormati tetamu pulak walaupun sudah ramai tetamu yang pulang, lantas dia mengambil keputusan untuk berehat di situ sahaja. Matanya asyik memandang suasana persekitaran ruang  di hadapannya.  Menurut Mak Miah ruang itu hanya tempat untuk saudara mara berkumpul, berbual dan membaca kerana di situ terdapat lima buah rak buku yang tinggi. Teringin juga Huda  membaca buku-buku di situ ,tapi memandangkan keadaannya yang tak mengizinkan, niatnya terpaksa dibatalkan. Jiwanya tersenyum tenang bila melihat buku yang tersusun kemas di depan matanya.

Huda melangkah ke arah sebuah kabinet antik yang berwarna putih di hadapannya. Kabinet yang setinggi hanya paras dadanya didekati. Di atasnya tersusun kemas beberapa frame gambar lama. Huda tekun meneliti satu persatu wajah-wajah dalam gambar yang diframekan. Wajah arwah papa Faridz semasa zaman muda tak ubah seperti Faridz manakala senyuman faridz banyak diikut dari senyuman arwah mamanya. Afini pulak senyumannya seakan-akan seperti papanya. Afini memang cantik, mukanya yang ada iras-iras Erra Fazira dan bertubuh tinggi lampai. Badannya yang kurus ramping seperti pelakun Eja menampakkan dia seperti model bila berjalan. Huda tersenyum-senyum memandang gambar Faridz dan Afini semasa kecil. Keasyikan Huda merenung gambar-gambar di hadapannya di ganggu dek satu suara yang amat dikenalinya.

“Ehem..! senyum sorang-sorang, mengumpat lah tu..!” Sapa Faridz sambil berdiri di belakang Huda.

Perlahan-lahan Huda memalingkan wajahnya mengadap Faridz sambil tersenyum malu. Untuk menutup rasa malu, Huda mengalihkan pandangannya kembali pada deretan gambar-gambar yang tersusun kemas depan matanya.

“Tak ada lah..! tengok-tengok je..! suka tengok gambar budak ni, cute sangat..!” Balas Huda sambil menunjukkan gambar seorang bayi yang sedang duduk dalam kereta sorong sambil tersengeh. Walaupun sudah dapat mengagak siapa yang dimaksudkan, Huda cuba buat-buat tidak kenal.

“Suka tengok je..? Tak teringin milikinya ke..?”

“Buat apa..? Dah sah-sah tu anak orang, bukan anak patung yang boleh dapat kat kedai..!”

“Tanya buat apa? Buat teman hidup la..! Masa ni, budak yang cute ni berumur  setahun dua bulan, comelkan? Sekarang dia dah terlajak dewasa, dah boleh jadi suami atau bapak orang. Kacak pulak tu. Huda tak teringin jadi suri hati budak ni.? Kompem anak Huda nanti comel macam dia.” Kata Faridz sambil tersenyum simpul.

Huda tersenyum sambil menahan tawanya terburai.

“Bila tengok gambar arwah papa abang faridz ni, Huda rasa macam tengok abang Faridz pulak. Arwah papa abang Faridz ni handsome, mesti ramai peminat yang gilakan dia masa zaman bujang, padan sangat dengan arwah mama abang Faridz..”  Kata Huda ingin lari dari menjawab soalan Faridz tadi.

“Ye ke macam muka abang? Ke..Huda nak bagitahu yang abang ni handsome? Handsome ek? Tapi masa belajar dulu sampailah sekarang tak ada yang kata dia orang minat pada abang sebab abang handsome.”
Faridz cuba mengumpan Huda sambil menatap gambar yang dimaksudkan oleh Huda tadi. Diletakkan semula lalu mengekori Huda yang sudah keluar dari ruang itu. Melihatkan Huda selesa di kerusi panjang yang terletak di tepi dinding berhampiran dengan tangga yang menuju ke bilik atas, Faridz turut mengekori.

Handsome tak bererti ramai peminat..! Dan peminat tak semestinya minat sebab orang yang dia minat tu handsome..! Mungkin ada sebab lain kenapa orang tu jatuh minat. Mungkin sebab abang Faridz ni baik, pandai, mm..mungkin manis mulut, pandai mengayat power. ” Balas Huda sinis yang selesa di sofa.

     Faridz tersenyum malu. Dirasakan sindiran Huda itu sengaja mahu mengujinya.

“Huda minat kat abang tak..?” Jujur Faridz beranikan bertanya.

“Minat macam mana..?” Tanya Huda sambil memerhatikan Faridz dengan ekor matanya.

“Minat macam orang perempuan tengok orang lelaki..”

“Susah Huda nak cakap. Huda tak tau apa yang Huda rasa. Rasa-rasa macam biasa je..!” Bohong Huda tanpa memandang ke wajah Faridz yang sedang merenungnya. Takkan nak mengaku kot apa yang dirasa sejak pertama kali bersua muka dengan Faridz..

   Faridz membisu tanpa membalas kata-kata Huda tadi. Wajahnya sedikit kelat namun dicuba memaniskan juga. Mungkin terlalu awal untuk dia mengharap pada si gadis. Pasti Huda akan terkejut  jika dia berterus terang. Namun, hati yang lara sejak pertama kali bertemu, mana boleh ditahan. Tambah pula bunga sudah terang-terang berada di depan mata. Takut dipetik orang, baik dia cepat bertindak sebelum putih mata.

“Abang Faridz tak teringin ke Mekkah melawat pusara arwah orang tua abang Faridz?” Tanya Huda tiba-tiba setelah jawapannya tadi hanya dibalas dengan wajah kurang gula Faridz.

    Faridz tersentak lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Huda yang sedang memandangnya. Huda menjarakkan sedikit apabila merasakan Faridz agak dekat dengannya.

“Teringin jugak..! tapi, nantilah.! Abang nak pergi masa bulan madu dengan isteri abang nanti. Buat masa ni abang sibuk sikit sebab syarikat papa abang yang dijaga oleh peguam papa abang dulu baru beroperasi. Abang tak mahu terlalu mengharap dengan keluarga angkat abang. Abang rasa abang dah boleh berdiri di kaki sendiri tanpa ehsan dari orang lain. Lagi pun sampai bila abang nak jaga syarikat orang kalau syarikat sendiri ada.” Jawab Faridz sambil matanya tepat ke arah Huda.

“Huda teringin nak ke sana..”  Balas Huda tanpa malu-malu.

“Sabarlah..! nanti kita pergi, bawak anak-anak kita, mesti seronokkan?” Jawab Faridz bersahaja. Walaupun jawapannya agak keterlaluan, diharap Huda faham maksud hatinya. Huda terpaku lalu menjegilkan matanya. Berdekah-dekah Faridz ketawa melihat riaksi wajah Huda yang menahan geram.

“Perasan..! Bila Huda cakap nak pergi dengan abang Faridz dan anak-anak abang Faridz?” Tanya Huda geram.

“Eh..bukan tadi Huda maksudkan macam tu ke.?” Usik Faridz cuba bergurau.

“Jangan nak memandai-mandai buat cerita..nanti jadi gosip pulak..!”

“Apa salahnya..abang lagi suka..”

“Sekarang bukan masanya lagi..” Ujar Huda sambil menjeling.

“Kalau bukan sekarang, bila..?”

“Sampai Huda habis belajar, baru Huda fikirkan..” Kata Huda terangguk-angguk yakin sambil tersenyum.

“Tapi abang nak Huda fikir hal kita sekarang..” Kata Faridz berterus terang.

    Melihatkan wajah Faridz yang serius, senyuman Huda hilang di wajah. Sangkanya tadi Faridz hanya niat untuk mengusik, tapi melihatkan wajah Faridz begitu, Huda serba salah lalu menunduk memandang ke lantai mozek putih di kakinya. Jarinya dimain-mainkan.

“Huda ingat abang main-main ye? Selama ni apa yang abang cakap adalah lahir dari hati abang yang ikhlas. Tak terlintas pun nak main-mainkan apa yang abang cakap. Bila pertama kali abang lihat Huda di sekolah hari tu, hati abang kuat mengatakan yang Huda adalah milik abang dunia akhirat. Abang tak akan paksa Huda untuk terima abang cuma abang mengharap satu hari nanti apa yang abang harapkan jadi kenyataan dalam hidup abang.” Terang Faridz tanpa rasa malu. Sudah dinekad dalam hati untuk meluahkan apa yang dirasa selama ini sebelum Huda pulang. Walaupun balasan yang diterima nanti mengecewakannya.

“Apa abang Faridz cakap ni? Kenapa abang Faridz cakap semua ni pada Huda? Apa yang abang Faridz nampak pada Huda sampai abang Faridz tak teragak-agak nak meluahkan semua ni? Huda belum bersedia nak tempoh benda-benda macam ni, apatah lagi yang melibatkan perasaan. Huda masih belajar, masih banyak yang Huda tak tahu yang perlu Huda tahu..” Balas Huda dengan nada yang sedikit tunggi, namun di surutkan sedikit nadanya bila sedar dia dalam keadaan tertekan. Huda beristigfar banyak kali dalam hati agar hatinya kuat.

“Sebab abang yakin Huda diciptakan untuk abang. Abang sukakan Huda dan abang dah mula sayangkan Huda. Pertama kali abang jumpa Huda abang dah mula jatuh hati pada Huda. Bila tengok keperibadian Huda, abang semakin yakin hati abang tak silap kalau memilih Huda.”

“Huda masih belajar. Huda nak belajar tinggi-tinggi sampai apa yang Huda hajatkan tercapai. Huda nak banggakan abah, nak bahagiakan abah. Dalam hati Huda sekarang hanya abah yang Huda sayang, tak ada lagi insan lain yang bernama lelaki selain abah..”

“Abang Faham perasaan Huda, Abang tak kisah semua tu. Abang sanggup tunggu. Ambillah sebanyak mana masa yang Huda perlukan, abang sanggup tunggu, asalkan Huda terima abang.”

Huda terdiam kaku sambil matanya merenung tajam ke wajah Faridz mencari kejujuran dan keikhlasan.

“Bagaimana kalau nanti penantian abang Faridz tu hanya sia-sia.?” Tanya Huda sambil menundukkan Kepalanya.

“Abang redha dan abang pasrah andai itu memang dah tertulis untuk abang,.”

“Kalau Huda kata sekarang Huda tak boleh terima abang..?”

“Abang tetap akan tunggu sampai Huda terima..”

“Kalau Huda kata sekarang Huda dah ada yang istimewa..?”

     Faridz terdiam sejenak, namun bibirnya tetap mengukir senyuman yang Huda sendiri kurang mengerti.

“Abang tetap akan tunggu. Yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pulak bercinta..!”

“Eii..jahatnya abang Faridz ni..! doakan yang buruk pulak untuk kebahagiaan orang, tak baik tau.!”

“Abang tak mendoakan yang buruk cuma abang mengharapkan yang terbaik..!”

     Huda menggeleng kepala mendengar alasan yang berbelit-belit dari mulut Faridz itu. Bibirnya terukir senyuman manis. Walaupun dalam hatinya turut rasa berbunga, namun dia harus berwaspada. Takut kalau tersilap langkah akan memakan dirinya sendiri.

“Buat masa ni Huda tak nak fikirkan lagi hal ni. Huda nak tumpukan dulu pada pelajaran. Insyaallah..satu masa nanti, Huda sendiri yang akan berterus terang dengan abang Faridz sama ada Huda dah bersedia untuk menerima atau menolak. Buat masa ni Huda nak abang Faridz cuba buka mata tu luas-luas dekat luar sana tu. Ramai yang cantik-cantik, yang cun-cun, lawa, berpelajaran, cute miut, dan seksi. Huda nak abang Faridz cuba buka pintu tu untuk dia orang dulu. Mana lah tahu ada yang berkenan.”

 Huda menarik nafas dalam sebelum meneruskan bicara.

“Semasa Huda terima nota dari abang Faridz dulu, Huda dah dapat rasa sesuatu apa yang tersirat dalam diri abang Faridz. Sebab tulah Huda cuba mengelak dari berjumpa. Tapi Allah tetap nak Huda jumpa jugak dengan abang Faridz. Paling mengejutkan kita jumpa di sini bersama dengan ahli keluarga kita. Kadang-kadang Huda terfikir, adakah ini yang Allah mahukan dalam hidup Huda. Andai dah tertulis, Huda terima. Tapi buat masa ni, Huda minta maaf. Huda tak boleh terima abang Faridz memandangkan Huda masih ada tanggungjawab sebagai anak dan masih bergelar pelajar.”

Faridz tersenyum manis mendengar jawapan Huda. Baginya peluang masih ada..

“Maksud Huda abang masih ada peluang..?”Tanya Faridz mengharap.

“Insyaallah..! Huda tak janji.Tapi Huda nak abang Faridz cuba bagi peluang pada orang lain dulu, sebab kalau Huda dah terima abang Faridz nanti, Abang Faridz dah tak berpeluang nak tengok orang lain tau!”

“Cemburu jugak Huda ni ye..?” Usik Faridz selepas Huda menghabiskan pesanannya.

“Mm..buat masa ni perasaan tu tak wujud lagi. Insyaallah..bila tiba masanya perasaan tu akan wujud sendiri..” Jawab Huda termalu-malu.

“Huda, abang nak tau, kenapa dulu Huda dengan abang, bersaya awak. Tapi..sekarang panggil abang Faridz pulak?” Tanya Faridz mengubah tajuk perbualan.

“Sebab dulu Huda tak tau yang abang Faridz ni ada kaitan kekeluargaan dengan Huda. Tapi sekarang bila dah tau, apa salahnya Huda panggil dengan gelaran abang Faridz, kan lebih baik..baru nampak macam saudara sepupu..”

“Tapi abang lebih suka kalau Huda panggil abang sahaja. Kan lebih mesra. Nanti bila dah kawin kan senang..”

“Ke situ pulak! tak nak lah Huda panggil macam tu. Abang Faridz bukan abang Huda!" Bentak Huda perlahan.

“Sebab bukanlah abang nak Huda panggil abang macam tu..”

“Seganlah Huda..nanti semua cakap apa pulak..!”

“Nak cakap apa..?”

“Cakap apa-apalah..!Fini pun cuma panggil along, takkanlah Huda nak panggil abang. Baik Huda panggil along, kan lebih mesra macam adik beradik..” Bentak Huda lagi.

“Masalahnya Huda bukan adik abang, tapi kekasih abang.! Takkanlah kekasih abang panggil abang, along!”

     Huda menggeleng kepala tanpa memandang Faridz. Dia sudah mula terasa sedikit rimas dengan sikap Faridz.

“Abang Faridz ni cepat perasanlah..! bila masa Huda jadi kekasih abang Faridz..?”

“Sebenarnya  panggilan abang tu adalah syarat yang terakhir yang abang nak bagi kat Huda. Tolong patuhi ye.. no objection..! Kalau tak…” Faridz mula mengugut.

     Huda terdiam sambil mengetap bibir menahan geram. Tidak sangka Faridz menjeratnya. Faridz pula kelihatan sedang menahan tawa dari terburai.

“Sebelum ni, abang Faridz pernah ada kekasih..?” Tanya Huda tiba-tiba setelah masing-masing membisu seribu bahasa.

“Pernah..!” Jawab Faridz jujur tanpa memandang Huda. Geram dengan kedegilan Huda walaupun syarat ketiga sudah dijelaskan.

“Sekarang?”

“Sekarang kekasih abang Huda sorang. Tak ada yang lain..!”

Huda terdiam sambil menggeleng kepala. Namun senyuman sinis dihujung bibirnya terukir walaupun sedikit.

“Janganlah main-main..! Maksud Huda kekasih abang Fraidz yang sebelum ni macam mana sekarang?”

“Dah tak ada apa-apa..! Dah 2 tahun abang tak tahu berita dari dia. Eloklah macam tu. Cukuplah sekali abang terluka. Abang harap Huda tak macam tu..!”

“Eh.-eh abang Faridz ni, Huda tak cakap pun terima abang Faridz sekarang, macam mana Huda nak setia!”

“Abang cuma harap-harap je.!” Ujar Faridz lalu tersengeh malu.

“Jangan terlalu mengharap, Huda takut abang Faridz kecewa lagi.”

“Sanggup Huda lukakan perasaan abang.?”

“Sebab tu Huda cakap jangan mengharap pada sesuatu yang tak pasti..!”

   Faridz terdiam sambil menghela nafas perlahan.

“Kenapa putus? boleh Huda tau.” Huda kembali bertanya.

“Kenapa nak tau? “

“Saja -saja nak tau...! Manalah taukan masa-masa akan datang Huda nak terima abang Faridz. Jadi bolehlah Huda buat homework sikit..!”

“Tak payah lah tau. Bukan penting pun..”

“Ye ke tak penting? Orang kata cinta pertama sukar nak dilupakan walaupun perjalanan kisah cinta tu amat menyakitkan kerana dari situ dia mendapat mengenali erti cinta, kasih dan sayang. Kadang-kadang Huda rasa pelik, cinta sejati tu wujud ke? Tapi bila lihat abah, Huda pasti kerana walaupun arwah ibu dah lama pergi, kasih abah tetap pada ibu walaupun dah ada umi. Tapi bila ada sejarah cinta separuh jalan, Huda jadi keliru. Masih wujudkah cinta sejati?”

“Sebab terlalu sakitlah, ada baiknya jangan dipersoalkan lagi. Lagipun bukan semua orang tak  boleh lupakan pada sejarah cinta pertama. Cinta sejati wujud hanya pada orang yang benar-benar menghargai cinta. Tapi kalau cinta separuh jalan tu, abang rasa bukan cinta sejati. Macam yang jadi pada abang beberapa tahun yang lalu, itu bukan cinta sejati. Ada baiknya kita bercakap soal kita sekarang. Kisah dulu dah jadi sejarah. Tak perlu nak ambil kisah lagi.”

“Kalau Huda nak tau jugak..?”

 “Insyaallah..suatu hari nanti abang bagi tau..!”

“Tapi Huda nak tau sekarang..!” Desak Huda lembut.

“Tak penting pun..!” Jawab Faridz perlahan.

“Ha..ni mesti ada apa-apa yang abang Faridz rahsiakan.! Huda tak kira, Huda nak tahu jugak.!”

“Tak payah..!” Faridz dah mula sedikit kurang selesa dengan paksaan Huda.

“Kenapa..?”

“Boleh tak kalau Huda tak terus mendesak abang.? Kalau abang kata tak payah, tak payah lah..! susah sangat ke nak faham?!” Tempelak Faridz kasar  lalu bangun dari duduknya lantas melangkah laju keluar dari rumah meninggalkan Huda terpinga-pinga di situ sendirian.

Huda mengeluh serba salah menyesal kerana terlalu mendesak. Yang sebenarnya niatnya hanya untuk berbual sementara menanti umi dan abahnya siap mengemas sebelum berangkat pulang. Tak disangka Faridz akan bersikap begitu. Hatinya cukup terasa dengan layanan kasar Faridz tadi.


BAB 7(3) : TERTULIS KAU MILIKKU..

HAMPIR ke jam sebelas pagi barulah bayang kereta Faridz kelihatan masuk kawasan perkarangan rumahnya. Puan Rohayu dan Mak Miah yang sedang sibuk membersihkan taman bunga di laman tersenyum lalu melangkah mendapatkan mereka.

“Lamanya..! banyak sangat ke barang yang korang beli..?” Tanya Puan Rohayu sambil menjengukkan kepala kedalam bonet yang telah dibuka Faridz.

“Banyak jugak..! Lepas tu kita orang pergi ke gerai Mak Yam makan nasi lemak. Mak Yam kirim salam kat umi..”

“Waalaikummussalam...! sihat ke dia..? Dah lama umi tak jenguk dia..!”

“Alhamdulillah..Nampaknya macam tu la..!” Ujar Huda lalu minta diri untuk masukkan barang yang dibeli ke dalam rumah.

     Faridz  membantu mengeluarkan barang dari bonet lalu membawa ke ruang dapur. Barang basah diletakkan terus ke dalam sink manakala barang yang kering dibiarkan saja atas meja mozek yang terdapat di tengah-tengah ruang dapur. Melihatkan Huda yang melangkah naik ke bilik, Faridz turut sama melangkah ke biliknya untuk menukar pakaian. Apabila turun semula dilihat Huda sudah mula memulakan tugasnya untuk memasak. Pakaian Huda juga sudah bertukar. Namun tudung masih di kepala cuma tadi dia bertudung biru dan sekarang bertudung putih. Huda nampak selesa dengan tudung begitu. Hanya disarungkan saja ke kepala, tak perlu nak dibetulkan atau dipinkan.


“Syarat yang ke dua..!”

Huda terkejut dengan sergahan begitu. Diurut-urut dadanya menahan sabar sambil mengetap bibir namun Faridz buat-buat tak faham.

“Cik Farathul Huda kena ajarkan saya macam mana nak buat laksa pineng dan izinkan saya menyibuk sama di dapur..”

     Huda tersenyum sinis mendengar syarat yang kedua. Sambil menganggukkan kepalanya Huda mengeluarkan sebungkus cili kering dan sebungkus bawang besar lalu diletakkan di hadapan Faridz.

“Pandai bersiang ikan..?” Tanya Huda sambil tersenyum sindir. Melihat wajah Faridz seperti merayu agar kerja itu tidak diberikan, dia mengalah.

Okey tak apa.! Job tu biar Huda yang uruskan. Bila ada peluang, Huda ajarkan..! Tapi sebelum tu, buang dulu batang cili kering tu,basuh dan rendam dalam air panas sampai cili lembut.  Lepas tu kupas bawang besar. Bila cili dah lembut kisar dengan belacan dan bawang besar..” Pesan Huda lalu melangkah ke arah sink untuk menyiang ikan. Udang Harimau juga turut dikeluarkan sekali. Sesekali Huda akan menoleh ke arah Faridz untuk memantau cara kerja yang telah diberi tadi. Huda menghamburkan tawanya bila melihat Faridz mengelap matanya yang berair dengan hujung lengan baju ketika mengupas bawang.

“Kasihannya dia..! kena paksa buat kerja..nangis dah dia..! Takpe..nanti mama kasi gula-gula ye..!” Ujar Huda tersenyum simpul mengusik Faridz yang masih asyik mengupas bawang.

“Mama kejam tau..! Ada ke patut bagi papa buat kerja ni..? Bagi la yang mencabar sikit..!” Balas Faridz sambil terus dengan kerjanya tanpa melihat Huda.

    Mata Huda membulat mendengar omelan Faridz. Papa? Ceh! berangan tak abis-abis! Tadi lakonannya hanya seperti ibu dan anak, tak sangka Faridz sudah menukar watak. Layan…

“Kalau tak nak kerja ni, nak buat kerja apa..?” Gumam Huda geram. Tadi dia juga yang kata nak belajar..!

“Tak lah..! papa gurau je..! kupas bawang pun kupas bawang lah..! janji jangan kena siang ikan..nanti tangan papa busyuk..!” Faridz bersuara sambil menjeling manja pada Huda yang sedang menahan tawa. .

“Amboi-amboi..! Berpapa mama pulak. Romantiknya..! Tadi membeli barang sama-sama, sekarang masak sama-sama. Apa yang penting..? kerjasama...!”

Sindir Affini lalu menyanyi kecil meniru rentak lagu rancangan kartun wander pet.

“Tak payah nak buat consert free pulak kat situ..! Tak fasal-fasal nanti laksa dan mi udang tak menjadi. Mari tolong aku guntingkan misai udang ni..!” Gesa Huda sambil mencekak pinggang garam kerana malu disindir begitu.

“Ha? udang..? Aku mana tau buat semua tu Da..!” Ujar Affini malu-malu.

“Mari lah sini aku ajarkan..!”

“Tak nak lah aku, Da.. Nanti tangan aku busuk..!”

“Tak payah lah mama nak ajarkan dia..! Takkan dia naknya..! Nanti mama ajar papa ek..?” Sampuk Faridz tiba-tiba sambil melihat ke arah Huda.

     Huda geram dengan sikap Faridz yang terang-terang ditunjukkan di hadapan Afini. Dah parah Cek Awang Mat ni.

“Dah lah abang Faridz, geli Huda dengar..! papa konon..! Macam mana nak jadi papa, ikan pun geli nak pegang..!” Bentak Huda sambil menjeling sinis ke arah Faridz yang masih belum selesai mengupas bawang. Faridz hanya tersengeh tanpa suara. Tidak pula pada Afini yang sudah meledak tawa mengejek abangnya.

     Hampir satu jam akhirnya siap sudah semua bahan-bahan yang diperlukan tersedia di atas meja. Disebabkan  Faridz beri-ria mahu belajar, Huda terpaksa menyediakan satu persatu bahan-bahan atas meja seperti rancangan masakan dalam tv. Satu persatu diajar sehingga siap sudah kuah laksa yang menjadi impian Faridz. Laksa yang direbus juga sudah ditoskan lalu dimasukkan ke dalam bekas besar. Huda tersenyum-senyum melihat telatah Faridz yang sering menghidu kuah laksa yang masih menggelegak atas dapur. Sesekali dia turut beriaksi sama seperti Faridz. Tak sabar rasanya mahu merasa kuah laksa yang sedang menggelegak dan pekat itu.

“Huda cuba rasa. Ada yang kurang tak.?” Tanya Faridz lalu sedikit kuah dalam periuk di ceduk dengan sudu lalu dihembus perlahan. Sudu dihalakan ke mulut Huda.

Huda tergamam. Dalam malu-malu Huda terpaksa bukakan mulut.

“Mm..sedap.! Marveles.! Cukup semua rasa. Rasanya dah masak tu.!” Ujar Huda lantas api dapur ditutup. Huda gugup sebenarnya bila Faridz begitu dekat dengannya ketika menyuapkan kuah laksa tadi. Cepat-cepat dia menjarakkan diri dari Faridz. Senduk kuah mi udang dicapai lalu mengacau kuah mi yang juga sudah menggelegak tanda sudah masak. Api dapur kuah mi udang juga sudah ditutup. Bau kedua-dua masakan bagai mengalu-alukan semua penghuni rumah itu bergerak ke dapur.

“Sedapnya..! Bau sampai kat luar..!” Teguran Mak Miah mengejutkan Huda yang sedang mengupas kulit telur dan Faridz yang sibuk menghiris  timun. Salad, bawang besar dan cili juga kelihatan atas meja masih belum siap dihiris untuk dimakan bersama laksa peneng.

“Apa yang sedap? Mi atau laksa?” Tanya Faridz kepada Mak Miah walaupun sudah tahu apa jawapan yang bakal keluar dari mulut pengasuhnya itu.

“Mestilah mi..!” Kata Mak Miah bangga.

“Tak rasa lagi laksa ni, mana nak tau sedap atau tidak.!” Balas Faridz sinis.

“Ni along buat sendiri tau, Mak Miah dengan makcik cubalah rasa.” Faridz mula pelawa. Tak sabar mahu mendengar komen-komen dari yang pakar.

“Ye ke..?Uih..! ni kena rasa ni! kalau tak, rugi.!” Sampuk Puan Rohayu pula teruja sambil membuka sedikit tudung periuk kedua-dua jenis masakan. Sambil tersenyum dihidu bau kedua-dua kuah yang siap dimasak.

“Nanti boleh lah along ajar isteri along pulak buat makanan kegemaran along ni..”  Usik Mak Miah pula.

“Tak payah ajar, dia memang dah tau..!” Balas Faridz sambil menjeling ke arah Huda yang masih belum selesai mengupas kulit telur.

Huda malas melayan setiap kata bicara yang keluar dari mulut Faridz. Huda faham apa yang tersirat dibalik kata-kata itu namun dipekakkan saja.

“Macam tak cukup je laksa ni.! Untuk kakak saja dah dua mangkuk. Tu baru makan tengah hari. Belum lagi campur dengan makan petang dan malam. Esok pun tentu kakak cari lagi laksa ni.!” Tiba-tiba Huzir bersuara.

Berkerut-kerut dahi Faridz cuba memahami maksud kata-kata Huzir. Huda sudah rasa kepanasan. Harapannya agar Huzir terus berdiam.

“Apa yang tak cukup.? Abang buat banyak tau laksa ni.!” Balas Faridz sedikit hairan.

“Kalau abang Faridz nak tahu, kakak ni hantu laksa pineng. Kalau dekat rumah, dalam sebulan memang kena buat sekali. Kalau tak, nanti dia meroyan. Boleh demam beb..!”

    Huda mengeluh lemah setelah rahsianya terbongkar. Dia perasan senyum nakal dari Afini. Nasiblah kau telinga..! Dengarlah usikan dia orang…

     Akhirnya dua resepi yang dimasak siap tersedia atas meja. Huda dan faridz tersenyum lega bila usaha bersama mereka tidak sia-sia.

“Jemput lah rasa pakcik, makcik.! Kalau sedap tu maknanya saya yang masak, tapi kalau tak sedap tu kena tanya cikgu yang mengajar..” Seloroh Faridz sambil menjeling manja ke arah Huda yang sedang menyendukkan mi dan laksa ke dalam mangkuk

“Mm..kalau macam ni punya masakan, dah boleh kawin ni..!” Gurau Encik Marzuki setelah tersandar kekenyangan. Masakan tidak, setelah semangkuk mi dan semangkuk laksa terselamat berada dalam perutnya.

“Abah tu dah mula lah tu..!” Gumam Huda sambil memuncungkan mulutnya. Ketawa Encik Marzuki meledak sambil mengeleng melihat sikap Huda yang pantang diusik.

“Siapa yang layak pakcik? Saya ke Huda sebab ada dua tukang masak kat sini?” Tanya Faridz kepada Encik Marzuki. Suka benar kalau dia dan Huda digandingkan .

“Dua-dualah..!” Jawab semua di situ serentak. Terburai tawa dari semua yang berada di meja itu setelah melihat Huda menjelingkan mata,muncungnya semakin panjang.

“Da..kalau kau jadi kakak ipar aku kompem aku gemuk Da.!” Ujar Affini pula.

“Baguslah kalau kau gemuk.! Tu tandanya aku jaga kau elok.! Taklah kurus melidi je..!” Balas Huda sambil tersenyum sinis pada Affini yang sedang menyendukkan lagi mi udang ke dalam mangkuknya.

“Nampaknya tak ada yang menang dan yang kalah kat sini, Mak Miah. Mi dan laksa sama-sama dah nak habis.  Maknanya keputusan seri, jadi tak ada yang akan dikenakan hukuman.” Kata Faridz sambil tersengeh kepada Mak Miah.

“Alhamdulillah..!” Bisik Mak Miah, Cuak juga bila melihatkan laksa Faridz lebih mendapat sambutan.

BAB 7(2) : TERTULIS KAU MILIKKU

KELUAR saja dari perut kereta, mereka berdua beriringan menuju ke dalam pasar econsave. Huda terus ke arah satu sudut untuk dapatkan troli. Lantas Faridz segera mengambil alih tugas sebagai penolak troli sementara Huda hanya menjadi penunjuk arah. Tempat barang-barang basah dituju dahulu. Mulut Huda tak henti-henti bercakap sambil memilih ayam, daging, udang dan ikan. Faridz hanya mendengar sambil tersenyum. Melihat gelagat Huda membuatkan dia kagum dengan sikap gadis itu. Dalam usia yang muda, Huda sudah pandai membuat kerja-kerja rumah. Dari segi keterampilannya menguruskan diri serta membuat kerja-kerja dapur, Faridz dapat mengagak Huda adalah gadis sempuna pada pandangan matanya.

“Tak geli ke pegang macam tu?” Tanya Faridz setelah melihat Huda memasukkan beberapa ekor ikan  selayang dalam plastik dengan hanya menggunakan tangan lalu menyerahkan kepada pekerja di situ untuk di timbang.

“Dah biasa..mula-mula dulu geli jugak sebab busuk..tapi bila dah biasa buat, dah tak rasa semua tu..” Kata Huda sambil tersenyum. Terlintas dalam kepalanya untuk mengusik lalu mengacahkan tangannya yang kotor dan busuk ke arah Faridz. Faridz ketawa kecil bila dapat mengelak dari serangan Huda tadi.

“Tau takut..! Cuba pegang..” Ujar Huda perlahan.

“Abang geli lah..!” Kata Faridz sambil mengerutkan muka.

“Macam mana nak jadi suami orang  kalau ikan yang dah mati pun takut nak pegang?”

“Abang bukan takut, cuma geli.!”

“Cepat pegang! kalau tidak Huda tak mahu kawan dengan abang Faridz.”

“Ni..antara syarat-syarat kelayakan untuk jadi calon Huda ke?”

“Mm....boleh dikatakan macam tu lah..!” Ujar Huda selepas beberapa saat lagak berfikir. Yang sebenarnya dia tidak sabar melihat riaksi Faridz menyentuh ikan.

“Nanti tangan kotor..!” Faridz masih beralasan untuk mengelak dari memegang ikan di hadapannya.

“Nanti kita basuh la..!” Kata Huda memujuk lembut. Niatnya yang sebenar hanya mahu mengenakan Faridz. Terherot-herot mulutnya menahan ledak tawa.

     Sambil mengerutkan muka, Faridz cuma memegang seekor ikan yang kecil. Tiba-tiba senyumannya terukir.

            “Mm..macam mana? Okey tak? Tak rasa apa-apakan?” Tanya Huda sambil menjungkitkan kening lebatnya.

           “Ye lah..seronok pulak dapat pegang ikan ni.. Tapi..gelilah..licin semacam je..!”

           “Nanti Huda nak suruh abang Faridz pegang ikan keli  dengan belut pulak.! macam mana?” Kata Huda diiringi tawa kecil.

“Insyaallah..! Untuk Huda abang sanggup buat apa saja.! Asalkan tercalon. Beruntung siapa yang jadi suami Huda. Serba serbi tahu. Mengurus diri, memasak, mengemas, bersopan, cantik pulak tu..”

           “Lebih-lebih pulak..! Abang Faridz nak jadi antara calon-calonnya ke..? Pegang ikan pun takut-takut, macam mana nak jadi calon Huda?”  Huda cuba berseloroh sambil mengusik Faridz yang sedang memasukkan bungkusan ikan yang siap ditimbang tadi ke dalam troli.

   Faridz tersentak seketika. Senyuman di bibir terukir. “Kalau Huda sudi apa salahnya.! Balik nanti abang cakap kat umi dan abah Huda pasal ni” Kata Faridz serius.

           “Eh! apa abang Faridz ni..Huda gurau je lah..!” Cepat-cepat Huda bersuara. Takut juga kalau-kalau Faridz serius. Jika dilihat dari riaksi wajah pemuda itu, tiada tanda-tanda dia bergurau.

“Tapi abang tak gurau, abang sungguh-sungguh ni.”

     Huda dah seperti semut tertelan kapur. Berdeguk-deguk air liur ditelan sebab terkejut. “Dah la abang Faridz, kita cuci tangan dulu. Lepas tu kita pergi tempat sayur pulak..!” Kata Huda cuba mengubah topik perbualan. Cepat -cepat Huda mengatur langkahnya. Cuak juga dia tadi bila melihat riaksi Faridz yang bersungguh-sungguh. Tak dapat bayangkan rasa debarnya yang masih terasa dengan renungan tajam Faridz yang menusuk hingga ke hati. Menyedari langkah yang diatur Faridz tadi begitu lemah, Huda yakin Faridz kecewa dengan jawapannya. Huda cuba berlagak biasa.


FARIDZ menghentikan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan sebuah gerai nasi lemak setelah dipinta Huda. Faridz hanya menurut. Seumur hidupnya belum lagi pernah merasa makan di gerai tepi jalan. Melihatkan persekitaran gerai yang bersih Faridz turut melangkah bersama Huda.

“Eh Farah datang..! Dah lama Farah tak datang gerai Mak Yam. Farah sihat..?” Tegur Mak Yam tuan punya gerai.

“Maaflah Mak Yam..! Farah baru dapat keluar rumah ni. Sebelum ni Farah terperuk je kat rumah. Kemalangan sikit..! Sekarang dah okey dah..!” Terang Huda lalu menceritakan sedikit tentang kecederaan hidungnya.

     Faridz memerhati dan mendengar sahaja perbualan Huda dan Mak Yam yang begitu mesra. Pada firasatnya tentu Huda mengenali Mak Yam dalam jangka waktu yang lama, kalau tidak masakan mereka boleh berbual mesra. Panggilan Farah kepada Huda juga dirasakan berlainan.

“Amboi Farah..! Dalam-dalam diam datang dengan cik abang..!” Tegur Mona anak menantu kepada Mak Yam yang sibuk menyendukkan nasi ke pinggan untuk pelanggan yang datang. Huda dan Faridz tersenyum malu sambil berpandangan.

“Mana ada Kak Mona..! Ni abang sepupu anak saudara umi. Baru pindah kat sini. Sebelum ni duduk di Selangor. Farah pun baru kenal je..! Malam ni ada majlis tahlil untuk arwah orang tua abang sepupu Farah ni, sebab tu kita orang keluar beli barang sikit.” Terang Huda sambil tersenyum manis.

Faridz cuba berlagak biasa. Dalam hati berharap agar Huda memperkenalkan dia sebagai teman teristimewa.

“Ingatkan bakal Farah..!” Usik Mak Yam pula sambil tersenyum sinis. Namun Huda hanya pekakkan saja telinganya walaupun ketika itu dia sedar Faridz sudah kembang setaman. Tanpa pedulikan usikan MakYam dan Mona, Huda terus selesakan duduknya di bangku meja sebelah Faridz.

“Huda kenal keluarga ni dari kecil lagi. Dulu abah dengan arwah ibu selalu bawak Huda makan kat sini. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Sebelum abah pergi kerja mesti kena bawak Huda ke sini, kalau tak Huda mesti mengamuk..” Huda ketawa kecil sambil terus mengacau teh tarik panas yang baru dihantar oleh Mak Yam. Rasanya dia perlu jelaskan tentang keakrabannya denga keluarga Mak Yam. Sejak tadi dia perasan pandangan Faridz seperti kehairanan dengan layanan baik tuan punya gerai itu terhadapnya.

“Masa arwah ibu sakit teruk, Mak Yam lah yang jaga Huda. Lepas habis berniaga, Mak Yam akan datang rumah tolong tengokkan Huda. Mak Yamlah yang mandikan Huda, suapkan makanan ke mulut Huda, dan dia jugalah yang tidurkan Huda. Dan masa arwah ibu sakit, dia jugalah yang jaga ibu masa abah keluar kerja atau berkursus luar daerah. Bila abah balik dari sekolah, baru Mak Yam balik rumah. Masa tu Huda dah masuk empat tahun. Huda tak pernah kenal saudara mara belah abah atau ibu. Abah pun tak pernah nak cerita. Pernah juga Huda tanya tapi abah diam aje. Bila tengok abah menangis, Huda yakin pasti sejarah keluargnya ada cerita yang mendukacitakan. Sejak tu Huda tak berani lagi nak tanya sebab Huda tak mahu tengok abah bersedih. Huda nak menggembirakan abah. Abah teringin nak tengok ada anak-anaknya yang mengikut jejaknya sebagai seorang pendidik. Walaupun kecewa dengan keputusan Kak Hajar dan abang Haizat tapi abah tetap bagi sokongan bidang yang dia orang pilih..” Huda sayu menceritakan tentang keluarganya. Faridz sedia menjadi pendengar setia.

“Huda nak jadi pendidik? Nak jadi cikgu?” Tanya Faridz sambil merenung wajah dihadapannya. Huda mengangguk tapi wajahnya tersenyum kelat.

“Sebenarnya Huda minat bidang lain. Tapi sebab abah, Huda korbankan lah.! apa salahnya membahagiakan orang yang kita sayang? betul tak?” Balas Huda lemah.

“Huda minat bidang apa sebenarnya? Boleh abang tau?” Huda tersenyum-senyum malu sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu orang lain mengetahui minatnya.

“Cakaplah..! mana tahu abang boleh tolong..”

“Huda dah nekad untuk berjaya macam abah. Huda nak jadi pensyarah hingga bergelar profesor macam abah.” Terang Huda sambil tersenyum manis.

“Pakcik Marzuki tu Profesor?” Tanya Faridz hairan. Melihat penampilan Encik Marzuki, dia beranggapan Huda sekadar mahu bergurau.

Huda tersentak. Baru tersedar ketelanjuran atas ucapannya tadi. Mata dan mulutnya melopong sambil tangannya menutup mulutnya yang terbuka. Huda mengetap bibirnya menyesal.

“Abang Faridz jangan kecoh-kecoh ye..! Jangan tanya apa-apa fasal abah dekat abah. Mungkin sikap abah yang suka bersederhana. Abah tak suka gelarannya jadi bualan mata dunia. Dia lebih suka orang panggil dia cikgu. Huda pun tak suka orang tahu..”Terang  Huda perlahan.

“Maksud Huda Pakcik Marzuki tu..Profesor Dato Marzuki Hamdan.?” Huda hanya mengangguk lemah.

“Ya Allah..! macam manalah abang boleh tak perasan. Masa abang belajar dulu banyak kali dia datang ke sana adakan seminar untuk pelajar. Rasanya tiga atau empat kali kot dia datang..! Patut lah abang rasa macam pernah tengok. Tak sangka prof tu bakal bapa mertua abang ye?” Terang Faridz sambil cuba mengusik Huda yang asyik benar mendengar cerita Faridz.

Huda menjeling dan tersenyum sinis selepas tersentak mendengar kata akhir dari mulut Faridz.

“Perasan..!” Bentak Huda.

“Ye lah..! abang tahu siapa diri abang ni. Tak layak berdamping dengan anak Dato.!.” Balas Faridz cuba menjauh.

“Ha..tengok.! Sebab tu lah Huda tak suka orang tahu tentang abah. Huda takut kalau-kalau tak ada orang yang nak kawan dengan Huda..” Kata Huda geram sambil memuncungkan mulutnya.

 “Sorry..abang tak sengaja..! Lepas ni abang kena kerja lagi kuat sebab kena kumpul duit. Nak masuk meminang anak Dato paling kurang tentu kena ada 100k. Kalau tidak, jangan mimpi la..!” Faridz masih terus ingin bergurau.

 “Suka hati abang Faridz lah. Malas nak layan..! Satu Huda nak pesan, jangan bagitahu Fini ye pasal hal ni. Huda tak suka kecoh-kecoh. Lagipun Huda tak mahu Fini rasa janggal berkawan dengan Huda..”

 “Okey..tapi dengan syarat..!”

 Huda mengangkat kening pinta kepastian.

 “Ada 3 syarat. Yang pertama, kena makan dulu nasi lemak ni..!”

    Huda termanggu sendiri. Geram mendengar syarat macam tu. Tak serius langsung..!

 “Hmm..tunggu apa lagi, makan lah.! lagi dua syarat nanti abang bagi tahu kat rumah..”

     Huda mengetapkan bibirnya menahan geram. Nak menanti lagi dua tu memang sesuatu yang menyeksakan.

BAB 7(1) : TERTULIS KAU MILIKKU

7
***
 SEAWAL pagi lagi Huda sudah mula sibuk bersiap untuk ke pasar. Janjinya untuk menemani Mak Miah untuk mendapatkan bahan-bahan untuk membuat mee udang dan laksa pineng harus dilaksanakan. Huda selesa hanya mengenakan slack hitam bersama blaus biru muda yang bergetah di pinggang. Penampilannya menampakkan dia lebih dewasa dan digayakan pula dengan tudung biru bercorak abstrak membuatkan dirinya anggun. Bibirnya disapu sedikit lip glos dan pipinya ditempek sedikit dengan compek powder simply beauty agar wajahnya tidak pucat. Haruman deodorant avon far away yang menyelimuti tubuhnya menjadikan Huda berkeyakinan. Hampir setengah jam bersiap akhirnya setelah benar-benar yakin Huda mula mengatur langkah keluar dari bilik. Turun saja ke dapur dilihatnya Mak Miah masih berkain batik dan berbaju kurung kedahnya.

“Kenapa tak siap lagi..nak pergi ke tak ni..? Semalam kata nak pergi dengan Huda..Mak Miah tak yakin Huda drive ye..?”

     Mak Miah tidak berkata apa-apa. Hanya sengehan bibir Mak Miah yang menjadi penyeri mata Huda buat ketika itu. Huda pelik.

“Dah siap.? jom lah..nanti sesak susah pulak nak dapat parking..”

     Suara Faridz tiba-tiba menerjah ke gegendang telinga Huda. Tersentak dengan teguran itu, segera Huda menoleh. Faridz yang sedang melangkah keluar sambil mencapai kunci keretanya ditatap seketika. Huda menoleh kembali ke arah Mak Miah yang sedang tersengeh macam kerang tak wangi.

“Mak Miah jahat tau.! Kalau awal-awal tahu..tak ingin Huda janji..!” Rungut Huda perlahan.

“Huda pergi sajalah dengan abang Faridz tu.. dia okey..tak payah nak malu-malu..” Pujuk Mak Miah sambil menggosok tangan Huda.

“Tak mau kawan!” Bentak Huda sambil terus berlalu. Mulutnya sudah muncung panjang sedepa.

     Mak Miah hanya ketawa kecil memandang wajah Huda yang mencuka. Memang semalam dia yang mengajak Huda tapi terpaksa membatalkan apabila Faridz menawarkan diri agar dia sahaja yang pergi dengan Huda. Pada mulanya Mak Miah  agak keberatan kerana Huda pasti tidak setuju. Namun setelah Faridz meyakinkannya, Mak Miah mengalah. Tambahan pulak, dia suka benar jika gadis kecil itu dipadankan dengan anak asuhannya itu. Melihat wajah Huda yang mencuka, Mak Miah terasa bersalah. Namun bila mengenangkan sikap Faridz yang bersungguh-sungguh Mak Miah pasti dengan hatinya yang mengatakan Faridz sudah berjumpa dengan gadis idamannya. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman yang pernah disebutkan oleh Faridz kini dapat dilihat pada diri anak Encik Marzuki. Dia semakin yakin bila Faridz ada bertanyakan pendapatnya tentang Huda. Dari situ dia tahu, Faridz tengah angau. Hatinya cukup berkenan dengan sikap dan sifat semulajadi Huda.

     Huda melangkah lambat. Beg tangannya yang digalas tadi hanya dipegang malas. Hilang terus moodnya pagi itu. Mulutnya masih memuncung panjang memerhatikan Faridz yang sedang memanaskan enjin keretanya. Selepas memboloskan diri dalam kereta, Huda masih membisu.

           “Dah lah tu..! simpan aje muncung tu. Dah boleh buat penyukat jalan..”  Tegur Faridz cuba berseloroh.

     Huda hanya tunduk membisu. Hatinya semakin sakit bila melihat senyuman nakal Faridz. Dalam hatinya tak henti-henti menyumpah.

‘Geramnya..! nak aje aku bungkus-bungkus Cek Awang ni, jual selungguk 3 ringgit, dapat jugak duit..!" Bentak Huda dalam hatinya.

“Cuba senyum sikit pagi-pagi ni..baru rezeki boleh masuk, masam muka depan kekasih pulak tu..tak baik tau..!”

      Huda masih membisu. Kata-kata Faridz langsung tidak diambil peduli.

“Kita nak membeli di mana?” Tanya Faridz lembut namun Huda masih berdiam.

“Kita pergi jogging dulu, nak?”

Berkerut dahi Huda mendengar cadangan Faridz.

“Kata nak pergi beli barang, kenapa pulak nak tukar plan?”

“Saja..!”

“Jangan merepeklah! Takkan nak pergi joging pakai macam ni!”

“Tadi abang tanya Huda diam aje..ni nak marah-marah pulak..!” Faridz tenang bersuara tanpa menoleh ke arah Huda.

Huda mula rasa bersalah. Dia tertuduk malu menyesali tindakannya berdiam diri tadi memakan dirinya sendiri.

“Biasa Mak Miah beli barang kat mana..?” Huda cuba kembali menceriakan hatinya setelah rasa bersalah dengan sikap hambarnya tadi terhadap Faridz yang tak bersalah.

 “Econsave! dekat katanya..” Ujar Faridz sambil menarik nafas lega bila Huda sudah mula reda.

 “Mm..okey jugak.!” Ujar Huda sambil cuba memaniskan wajahnya. Takut jugak kalau-kalau Faridz mengapa-apakannya. ‘Hati budi orang bukannya kita tahu sangat..baru kenal pulak tu’ Hati Huda berkata-kata sendiri.

 “Huda takut dengan abang ke?” Tanya Faridz setelah hampir lima minit mereka berdiam tak berkutik.

Huda masih berdiam diri. Tak pasti apa jawapan yang harus diberikan pada soalan Faridz tadi.

   “Janganlah takut..! Abang bukan makan orang. Abang ni baik tau! sopan..berbudi bahasa..cukup semua kriteria yang ada pada seorang lelaki yang layak untuk Huda jadikan kekasih merangkap suami.” Jawab Faridz tersenyum-senyum.

   “Huda bukan takut..! Kalau Huda takut, Huda tak ikut abang Faridz..” Jawab Huda bersahaja sambil cuba mengawal rasa debar di dada selepas mendengar pendapat Faridz tadi. Wajahnya ditoleh keluar setelah kereta luncur bergerak.

“Semalam Mak Miah ada bagitahu nak ke pasar dengan Huda. Yelah.. apa-apa hal Mak Miah mesti bagi tahu kat abang. Abang ni kan majikan dia. Dia kata Huda ikut sekali, abang okey je! Abang tak tahu yang Huda boleh drive . Selama ni pun kalau Mak Miah nak ke pasar, abang yang bawa. Huda marahkan abang ye?” Faridz cuba berterus terang agar Huda selesa dan tidak salah anggap atas kebaikannya.

“Huda tak marah pun..! Sebenarnya Huda segan. Seumur hidup Huda tak pernah lagi naik kereta dengan mana-mana lelaki selain abah atau abang Haizat. Ni kalau abah dengan umi tahu mesti bising..!”

     Faridz tersenyum mendengar penerangan Huda yang sudah mula mahu berbual dengannya.

“Tak payah risau lah..! Abang dah mintak izin kat umi dan abah Huda semalam. Dia orang kata okey. Cuma satu je umi  pesan..”

     Huda memalingkan muka memandang Faridz tersenyum simpul. Ayat tadi dirasa seperti tergantung.
“Pesan apa?”

“Suruh sabar sikit sebab Huda ni cerewet sikit dalam soal memilih barang. Ye ke Huda ni cerewet.?”

Huda menghamburkan tawanya, malu sebab sedikit rahsianya terburai.

“Umi..umi..ada-ada ajelah..! Mana ada Huda cerewet. Rasanya dalam soal memilih mesti nak yang terbaikkan.? Nak beli barang mesti nak yang berkualiti, tak semestinya ada brand. Kalau abang Faridz pun mesti nak yang terbaik..betul tak..? Mana ada orang beli barang ikut tangkap muat je..rugilah..! Dalam kerja abang Faridz pun mesti nak yang terbaik dan berkualiti. Betul tak..? Bahan-bahan yang abang Faridz pilih untuk kegunaan pembuatan bangunan-bangunan yang abang Faridz bina, mesti nak yang berkualiti. Cerewet tu penting dalam memastikan keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan sendiri atau berkongsi bersama. Kalau abang Faridz guna bahan tak berkualiti, siapa yang susah..? Abang Faridz jugakkan..? Silap-silap apa yang abang Faridz buat mendatangkan bahaya pada orang ramai..kan rugi namanya tu..Silap hari bulan abang Faridz masuk penjara..tau..!”

     Faridz tersenyum lebar mendengar kata Huda yang panjang lebar. Dapat dirasa Huda sudah mula selesa berbual dengannya. Hatinya berlagu riang.

“Maknanya semua benda kena cerewet la baru hidup terjamin, begitu maksud Huda.?”

“Mm..lebih kurang macam tu la..”

“Kalau soal jodoh pulak macam mana? Kena cerewet jugak ke?”

“Ha..yang tu lagi kena cerewet. Banyak sudut kena pandang..” Balas Huda tanpa menyedari maksud tersirat soalan Faridz.

“Sudut yang macam mana..?” Faridz cuba banyakkan bertanya untuk lebih berbual dengan gadis di sebelahnya itu. Cuba buat-buat tak tahu tentang topik yang dibualkan sedangkan yang sebenarnya dia ingin mengorek rahsia hati gadis itu.

“Mm..dari segi fizikalnya mesti yang tiada cacat cela, sedap mata memandang, tak elok pada pandangan orang tak apa.. janji elok pada pandangan sendiri. Dari segi kemampuan pulak mesti yang betul-betul mampu untuk menanggung tanggungjawab yang dipikul. Macam Huda perempuan mestilah nak yang berharta. Opts..! itu bukan bererti  Huda perempuan mata duitan ye..! tu adalah sebagai guarantee masa susahnya. Perempuan yang betul-betul mata duitan untuk kepentingan sendiri lain pandangan matanya manakala perempuan yang mata duitan untuk masa depan pulak lain fikirannya. Macam Huda, pilih yang berharta adalah untuk kegunaan bersama bukan untuk diri sendiri. Lagipun Huda sendiri boleh kumpulkan harta Huda sendiri tanpa minta bantuan sesiapa. Dari segi dalaman pulak..mm..” Huda seperti malu-malu nak meneruskan perbualan, matanya liar memandang ke arah luar.

“Dari segi dalaman macam mana pulak..” Tanya Faridz sambil tersenyum-senyum.

“Kita sambung lain kali pulak lah ye..!” Kata Huda malu-malu selepas beberapa saat berfikir.

“Eh, mana boleh cakap tak habis. Cepat cakap! kalau tak abang tak kasi Huda balik. Abang sanggup  tak dapat makan laksa asalkan Huda selesaikan dulu masalah sekarang ni..!” Faridz berkata dengan nada serius.

“Nantilah Huda buka buku dulu. Huda lupa apa yang Huda nak cakap..”

“Alasan.!.Tadi bukan main lagi bercakap, mengalahkan profesor je..bila sampai topik yang sensetif sikit dah malu-malu..” Sindir faridz.

“Huda bukan tak mahu cakap. Tapi Huda rasa Huda muda lagi nak bercakap soal macam ni. Rasa macam tak sesuai pulak!  Belajar pun tak habis lagi dah pandai-pandai nak bercakap soal memilih jodoh. Macamlah pandai sangat! Apa yang Huda cakap tadi berdasar apa yang Huda rasa dan apa yang Huda impikan. Kalau abang Faridz pulak macam  mana..?”

     Faridz tersenyum-senyum mendengar soalan Huda. Memang dia menanti soalan tu dari tadi. Inilah masanya untuk dia meluahkan rasa hatinya.

“Kalau abang, abang nak macam Huda. Dalam erti kata lain, terus terang abang cakap abang nakkan Huda..” Tanpa berfikir Faridz terus meluahkan rasa hatinya tanpa memandang wajah Huda.

Bagaikan terkena renjatan elektrik, Huda terpana seketika. ‘Biar betul mamat ni..’

“Eh..dah sampai rupanya..!” Alasan Huda memecah kesunyian selepas kata-kata Faridz tadi tidak dibalas.

     Faridz menyedari kegugupan Huda. Senyumannya melebar mendengar alasan Huda untuk mengelak. Sabar..! masih banyak masa untuk meluahkan semua.

Sunday, 23 November 2014

BAB 6(3) : TERTULIS KAU MILIKKU

MALAM itu meriah sekali keluarga itu menjamu selera. Kedatangan keluarga Encik Marzuki memeriahkan suasana yang selama ini hanya mereka bertiga sahaja yang ada di meja makan. Gurau senda usik mengusik kedengaran sambil menjamu selera. Huda diam tanpa bicara. Bercakap apabila perlu sahaja. Sesekali pandangannya bertembung dengan mata nakal Faridz membuatkan nasi yang masuk ke mulut rasa tak tertelan. Ingin dihabiskan segera nasi di pinggan agar cepat dia berlalu dari situ.

“Mm..sedap sayur ni. Pandai Huda masak. Bertuahlah Yu..! dapat anak macam Huda ni yang pandai masak..ikut kata.. baik.. sopan.. bertuah kamu..!”

 “Mana ada Kak Miah, biasa-biasa aje..! Saya ajar mana yang patut aje. Lagipun dia perempuan, kena tahu semua tu. Habis SPM katanya nak lanjut pelajaran lebih tinggi dari abang kakaknya. Kalau tak belajar semua tu dari sekarang bila lagi saya dapat ajar dia..”

Huda yang sudah selesai segera ke sink untuk mencuci pinggan sambil mengemas dapur. Perbualan uminya dan pujian yang lahir dari mulut Mak Miah tidak diambil tahu walaupun hati bagai nak koyak sebab terlebih kembang.

 “Amboi long..!makan sambil jilat jari. Nasib baik tak makan dengan kaki. Kalau tak, sah-sah kaki pun along jilat.! Kenapa tak jilat aje pinggan tu.? Kan lebih afdhal..!” Sindir Affini menahan tawanya terburai apabila melihat gelagat Faridz yang sedang menjilat jari.

 “Kari ayam ni sedap.! Bila-bila nanti Mak Miah buat lagi ye..! Lagipun sekali sekala makan ramai-ramai macam ni, seronok pulak..!” Balas Faridz bersahaja menahan malu bila gelagatnya diperhatikan oleh semua yang ada di situ. Nasib baik Huda sedang berada di dapur.

 “Ye ke? Bukan sebab Huda yang masak?” Usik Affini sambil matanya melirik kearah ruang dapur yang menempatkan Huda yang sedang mencuci pinggan mangkuk. Tawanya disembunyikan bila melihat Faridz menggigit bibir bawahnya menahan geram.

 “Haah la long.! kari ayam tu bukan Mak Miah yang masak, Huda yang masak. Hari ni Mak Miah cuma masak nasi dengan goreng pekasam aje. Yang lain semua Huda yang buat.” Jelas Mak Miah.

     Faridz terdiam tak terkata. Jiwanya berbunga-bunga.

     Panas telinga Huda mendengar sindiran dan usikan Affini tadi. Nasib baik tak terlepas pinggan dari tangan. ‘Nak kena Kak Bedah ni..nanti kau.!’ Gumam Huda sendiri dalam hati. Walaupun jarak ruang makan dengan dapur agak tersorok, dia masih boleh mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Afini.

     Selesai mengemas dapur bersama Mak Miah dan Puan Rohayu, Huda turut menyediakan kopi panas. Sudah menjadi kemestian dan kebiasaan pada Encik Marzuki merasai keharuman kopi sambil menonton. Tambah pula rancangan kegemaran seisi keluarga, akan tersiar sebentar lagi.

 “Abang Faridz mana bah? Dia tak nak minum kopi?”  Huda turut mengambil tempat sambil menuang kopi untuk Encik Marzuki.

 “Dia ke atas, katanya nak solat isyak dulu.” Jawab Enck Marzuki bersahaja namun matanya masih menumpukan pada suratkhabar di tangannya.

 “Abang punya tak ada ke..?”

     Huda tersentak lalu berpaling ke sebelah kirinya. Wajah Faridz yang tenang ditatap sejenak. Rasa tenang melihat wajah itu. Cahaya solatnya jelas terpancar. Huda tersenyum bila tersedar namun sedikit gugup bila Faridz selesa duduk di sebelahnya. Ingin segera dia bangun, namun sudah tiada tempat untuk dia duduk memandangkan semua tempat sudah penuh.

“Nak kopi?” Tanya Huda cuba menutup rasa gugup.

“Boleh jugak. Lagi pun esok cuti, tidur lewat sikit tak apa kot..!”  Jawab Faridz sambil tersengeh-sengeh.

“Tidur lewat tak apa..jangan bengun lewat..silap-silap subuh yang lesap.!” Balas Huda lalu menghulurkan kopi yang siap di tuang ke dalam cawan kepada Faridz sambil tersenyum.

“Huda tak minum sekali.?”

“Huda tak minum kopi..”

“Kenapa? Takut hitam? Tau la orang tu jaga kulit..!”  Tanya Faridz sambil cuba beramah mesra. Huda menjeling sambil memuncungkan mulutnya.

“Haah la..sama! betul kata pakcik..” Ujar Faridz ke arah Encik Marzuki. Encik Marzuki menoleh pandang ke arah Faridz.

“Apa yang sama..?” Tanya Encik Marzuki.

“Tu..!” Jawab Faridz sambil memuncungkan mulut ke arah Huda yang sedang barmasam muka. Berderai tawa Encik Marzuki sambil memandang ke arah anak gadisnya. Pandangannya beralih pula pada Afini yang turut terasa dengan sindiran Faridz.

“Along ni sengaja tau..! tak apa..ada ubi ada batas..!” Bentak  Afini dalam nada geram. Matanya segera beralih ke kaca tv semula.

Cutelah..!”

“Abang Faridz cakap apa?” Tanya Huda perlahan. Keningnya menjungkit sedikit ke atas.

“Takde. Abang tak cakap apa-apa.!” Jawab Faridz gelabah.

“Ada-adalah abang Faridz ni..!”

“Sedap lah kopi Huda buat ni..” Kata Faridz sambil terus menghirup kopi ditangannya.

“Ye ke..? Huda rasa macam biasa je..”

“Betul..abang tak tipu..kalau tak percaya cuba Huda rasa..” Kata Faridz sambil menyuakan cawannya ke arah mulut Huda. Huda sempat mengelak dan menggeleng.

“Huda yang bancuh, Huda tau la macam mana rasanya..?”

“Apa yang Huda rasa? Sedap tak?”

Faridz terus mengusik mengajak gadis di sebelahnya berbual.

“Tak sedap.!” Ringkas saja jawapan dari Huda,matanya masih menumpukan ke arah tv plasma milik Faridz.

“Sendiri yang buat, kata tak sedap..pelik!”

“Apa yang peliknya? Lagi pun Huda tak pandai masuk bakul angkat sendiri..!”

“Tak apa..nanti abang tolong angkatkan..”

“Satu Huda nak ingatkan, jangan amalkan sangat kopi ni, tak bagus untuk kesihatan.”

“Tapi abang tak boleh buat kerja kalau tak ada kopi..!”

“Ye..Huda tahu..! Boleh ambil tapi cuba kurangkan. Sehari Huda cadangkan ambil secawan pada waktu pagi sahaja. Petang ambil milo atau coklat.”

“Malam.?” Faridz sengaja memanjangkan perbualan. Seluruh raut wajah Huda dipandang tepat tanpa berkelip.

“Boleh aje..! cuma jangan berlebihan, takut nanti susah nak tidur. Tapi lebih baik abang Faridz ambil susu sebelum tidur. Dengar tak ni?” Tanya Huda sedikit tegas apabila menyedari pandangan Faridz sedikit nakal.

Okey sayang..abang dengar..!” Bisik Faridz bersahaja lalu dialihkan pandangannya di kaca tv semula.

Huda tersentak lalu tersenyum sinis sambil menggeleng. Kata -kata Faridz tadi dianggap sebagai satu gurauan. Hairan dengan sikap Faridz yang merimaskan. Huda sudah mula rasa kurang selesa bila sesekali terpandang beberapa pasang mata yang mencuri pandang ke arah mereka sambil tersenyum-senyum. Afini pulak siap berbisik-bisik dengan Huzir.

     Lama menanti akhirnya rancangan yang dinanti bermula. Huda sudah mula tersenyum-senyum melihat AC sebagai pengacara. Tidak sedar gelagat orang di sebelahnya sama sepertinya.

“Padan sangat dah tu..!” Tegur Affini tiba-tiba sambil menjeling sinis ke arah Huda dan Faridz. Huda hairan lalu mengangkat keningnya minta penjelasan.

“Aku maksudkan korang berdua tu..padan sangat..! Eh, aku nak tanya, dalam maharajalawak ni kau minat siapa?” Tanya Afini.

 “Ha..jangan kata Jozan.!” Cepat-cepat Affini mencelah sebelum keluar jawapan sebenar dari mulut Huda.

“Dah memang Jozan pun..!” Jawab Huzir selamba. Mata Afini membutang.

“Eh long, ada buat pembedahan kongsi hati ke?” Affini bertanya dalam nada sindiran sambil mengunyah epal muda.

“Hati, jantung, paru-paru, limpa, tulang rusuk, isi perut.. semua dah buat.! Sebab tu kami sehati sejiwa..kan Huda!” Jawab Faridz sambil mendabik dada bangga.

     Afini hanya mencebik, malas melayan kata-kata abangnya yang sentiasa nak menang. Huda pula mengekek ketawa mendengar kata-kata Faridz. Baginya itu hanya  balasan gurauan Faridz terhadap adiknya yang menanyakan soalan tak masuk dek akal. Melihatkan wajah Afini yang mencebik, Huda tahu Afini sudah kalah.

     Sekali lagi Faridz cuba curi-curi pandang wajah gadis disebelahnya. Ingin dilakarkan dan disimpan dalam kotak memorinya untuk menjadi pengubat rindu di kala sunyi. Memandang wajah itu seperti memberi satu ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Sudah nekad dalam hatinya gadis itu akan menjadi miliknya satu hari nanti.

     Huda perasan dirinya sedang diperhatikan. Ingin saja dibalas renungan itu namun malu masih beraja. ‘Oo..berani dia ye..! pandang-pandang, jeling-jeling, ingat aku ni Ana Rafali ke? Nanti kau..!’ Bisik Huda sambil dalam diam menyusun strategi untuk mengenakan Faridz. Huda mengangguk sambil tersenyum tanda idea bernas sudah diperolehi. Pantas kepalanya  ditoleh ke arah Faridz. Renungan Faridz dibalas sambil menyungkitkan kening dan tersenyum walaupun jauh disudut hatinya, dia turut merasa debar. Dalam hatinya dia nak tergelak melihat kegugupan Faridz. Kantoi..!!Kuang-kuang kuang….

“Ya? Abang Faridz nak kopi lagi ke?” Tanya Huda dalam nada sindiran sambil tersenyum  dan keningnya diangkat. Ditahan tawanya agar tidak meledak setelah melihat keadaan Faridz yang seperti tak tentu arah setelah menyedari dirinya terjerat.

“Err..tak..kopi abang ada lagi.!” Jawab Faridz gugup. Wajahnya jelas ketara sedang menahan malu. Bibir merahnya digigit perlahan sambil jarinya menggarau-garu kening sambil menunduk.

“Abang Faridz, kalau tengok rancangan ni jaga-jaga sikit bila duduk dekat kakak tu. Dia ni lain sikit cara tengok tv, silap haribulan cedera parah kita nanti.!” Tiba-tiba Huzir bersuara sekali gus menamatkan rasa malu Faridz pada Huda. Kata-kata Huzir membuntangkan mata Huda lalu memberikan jelingan tajam.

“Apa hal pulak?” Tanya Faridz hairan. Afffni turut menanti penjelasan sementara Puan Rohayu dan Encik Marzuki sudah tersenyum simpul. Faham benar apa yang ingin disampaikan oleh anak bongsu mereka itu.

“Tengok la nanti..!” Jawab Huzir penuh tersirat.

     Akhirnya masing-masing sudah malas menanti jawapan penuh dari Huzir lantas menyambung kembali menonton. Rumah yang selalunya sunyi sepi kini gamat dek suara ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba..

     Pap.! Satu tamparan kuat mengena belakang Faridz yang sedang asyik ketawa. Tawa Faridz mati seketika lalu menoleh ke arah Huda yang sedang mengekek ketawa. Serta-merta tawa Huda terhenti bila semua mata memandang ke arahnya.

 “Ha..kan Huzir dah cakap..! tu sikit je tu..! ada yang lagi teruk pun ada. Kat rumah tu yang selalu jadi mangsa, ni orangnya...!” Balas Huzir sambil menghalakan ibu jarinya ke arah Encik Marzuki. Merona merah wajah Huda bila  gelagatnya jadi perhatian dan sindiran.

 “Opts..sorry..! Tak sengaja..tindakan refleks.”  Kata Huda perlahan. Bibirnya digigit menahan malu.

Takpe..!sebelum ni pun tak pernah lagi rasa kena tampar macam ni.. Sedap pulak rasanya, tampar lagi..!”
Balas Faridz lalu memusingkan badannya menyuruh Huda menamparnya.

Huda semakin segan lalu mengangkat punggungnya beredar dari situ melangkah ke bilik. Sambil melangkah ke bilik, Huda masih mendengar yang ketawakannya..geram sangat!

 “Malunya aku..! Macam mana aku boleh tak ingat ada dia kat sebelah..!Ya Allah..apa aku nak buat ni..!”
Gumam Huda sendiri sambil ke hulu ke hilir berjalan dalam bilik Afini. Kedua telapak tangannya dirapatkan dan digosok laju agar rasa gugup tadi beredar pergi. Rasa kecewa turut sama bila tidak dapat menonton rancangan kegemarannya hingga selesai.