PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Friday, 21 November 2014

BAB 3 : TERTULIS KAU MILIKKU

MALAM  itu Faridz menyuarakan hasratnya untuk mengadakan majlis tahlil untuk arwah orang  tuanya. Cadangan itu diterima baik oleh Mak Miah dengan rasa syukur.

 “Elok lah tu long..! Semenjak kamu berdua pergi belum pernah ada majlis tahlil untuk arwah berdua. Tentu arwah dah tak sabar-sabar nak terima hadiah dari anak-anak. Kalau dulu arwah papa dan mama korang selalu buat majlis tahlil kat rumah ni. Terdengar-dengar suara orang ramai bertahlil..” Ujar Mak Miah dengan nada sayu. Bila mengingatkan tentang majikannya yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri, hatinya terasa sebak.

 “Fini..macam mana sekolah kat sini? seronok?” Tanya Mak Miah tiba-tiba menukar topik perbualan sambil ingin menyembunyikan rasa sebak di dada.

 “Semua okey Mak Miah, kawan-kawan pun baik-baik..” Ujar Affini ceria sambil matanya sempat dijeling ke arah Faridz yang sedang asyik matanya melekap ke kaca televisyen. Sesekali terdengar Faridz ketawa berdekah-dekah dengan gelagat peserta-peserta maharajalawak. Jelingan dan senyuman sinis Affini tadi membuatkan Faridz bertindak balas dengan jelingan tajam sambil mengetapkan bibirnya. Terherot-herot mulut Affini menahan tawa dengan gelagat abangnya yang tak tentu arah. Tau takut malu.!

 “Esok Mak Miah senaraikan apa yang nak dibuat. Nanti senanglah saya uruskan dengan pihak catering.”
Ujar Faridz tiba-tiba ingin menutup rasa debar.

 “Ye lah. Kita jemput orang masjid dengan jiran-jiran terdekat sudah lah. Saudara mara kamu pun tak tahu nak datang atau tidak.” Cadang Mak Miah pula.

 “Biarlah mereka tu Mak Miah..! Malas saya nak ambil tahu. Saya pun tak ada hati nak menjemput mereka. Kalau dia orang datang, buat sakit hati saja" Ujar Faridz sayu. Sakit hatinya masih bersisa walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Kejadian di mana  adik dan abang arwah mamanya yang datang seminggu selepas kedua arwah orang tuanya meninggal. Disangkanya kehadiran mereka untuk mengambil alih penjagaan, tapi yang sebenarnya mereka datang sebab bertanyakan tentang harta. Hatinya benar-benar sakit ketika itu. Kerana masing-masing tidak mahu ambil alih penjagaan, dia dan adiknya ditempatkan di rumah anak yatim. Dua bulan selepas itu, barulah keluarga angkatnya datang menjemput mereka tinggal di Kuala Selangor.

 “Macam mana dengan adik arwah papa kamu yang kamu kata nak cari tu, ada apa-apa berita..?”

 Pertanyaan Mak Miah membuatkan Faridz tersentak. Memang ada dia menceritakan tentang niatnya untuk mencari makciknya yang entah hidup atau mati itu kepada Mak Miah minggu lalu.

 “Saya dah suruh penyiasat mencari. Nama dan alamat kampung lama papa dulu pun ada saya simpan. Seminggu dua lagi pasti dapat tau. Nasib baik saya jumpa semasa saya mengemas bilik papa ari tu, kalau tidak, tak tahu lah macm mana nak cari..!”

 “Alhamdulillah..mudah-mudahan Allah perkenankan dan permudahkan segala urusan yang kita hajatkan. Niat yang baik pasti dibalas dengan baik..cuma sabar sajalah.." Balas Mak Miah tenang.

 “Adik papa kamu tu perempuankan..?”

 “Ye Mak Miah, perempuan..! Di belakang gambar papa dengan adiknya tu ada tulis nama beserta nama bapa sekali. Kalau dah dua-dua berbinti dan berbinkan sariffuddin, rasanya tak salah lagi..!”

 “Harap-harap tak silap..” Kata Mak Miah perlahan, Faridz dan Affini hanya mengangguk.

 Tumpuan mereka ketika ini adalah kepada kaca tv yang masih menyiarkan rancangam maharaja lawak. Suara gelak tawa Faridz sudah cukup membuatkan rumah itu seperti ada sepuluh orang. Mak Miah dan Affini hanya menggeleng melihat telatah Faridz. Entah apa yang lucu sangat pun Affini tidak tahu. Dia yang kurang berminat dengan rancangan begitu memang payah nak ketawa walaupun kedengaran Faridz ketawa bagai nak pecah perut dengan anak tekak.

 “Eh long! kamu ni umur dah dua puluh lapan tahun, tak ada ke teringin nak bermakwe macam orang lain.? Baya-baya kamu ni, kalau hari minggu dah tentu tak lekat kat rumah..sibuk berdating. Tapi kamu ni Mak Miah tengok bila hari cuti asyik melekat kat rumah. Kamu tak boring ke..? Di tempat kerja tu, tak ada ke yang tersangkut?”

Pertanyaan orang tua itu membuatkan Faridz kurang selesa. Diakui kebenaran kata-kata Mak Miah tadi. Sepatutnya diusia begitu dia sudah merancang perjalanan hidup berkeluarga. Paling kurang sudah tentu ada kekasih hati. Namun Faridz redha andai sudah tertulis dia lambat terima jodoh. Pengalaman yang lalu sudah mengajarnya erti kehidupan semasa bercinta. Sejarah hitam yang masih kemas dalam kotak fikirannya tidak mampu dikikis selagi tidak berjumpa dengan sidia yang setia.

 “Mm..aa..hah! Apa? Mak Miah tanya apa tadi?” Tanya Faridz sedikit gelabah cuba buat-buat tak dengar.

 “Along nak cari jauh yang lebih muda dari dia, Mak Miah. Sekurang-kurangnya sepuluh ke sebelas tahun..!”
 Sampuk Affini sambil menjeling sinis ke arah Faridz.

 “Uihh! kalau nak baya tu..kena tunggu budak habis sekolah la.! Zaman sekarang ada ke yang nak kawin lepas habis sekolah? Mesti dia orang nak sambung belajar. Paling kurang pun mesti dia orang nak kerja dulu..” Pantas saja Mak Miah  memberi komen.

 “Tak ada lah Mak Miah! Jangan didengar cakap katun Fini ni..bukan boleh pakai!” Jawab Faridz sambil menggigit bibirnya menahan geram. “Tak ada calon lagi la.. Nanti lah dulu..saya pun muda lagi.! Sambungnya lagi.

 “Dua puluh lapan tu muda ke? Zaman Mak Miah dulu kalau baya kamu ni dah ada anak lima tau..! kamu nak yang macam mana? Biar Mak Miah carikan ye..?”

 “Terima kasih lah Mak Miah! buat susah-susah je! Tapi kalau boleh saya naklah  yang pandai memasak, bersopan, bertudung, rupa cukuplah sekadar sedap mata memandang..dan yang penting dia sayang kat saya dan keluarga saya termasuklah Mak Miah..!” Terang Faridz malu-malu.

“Fini rasa Fini tahu siapa!” Sampuk Affini sambil mengangkat tangan. Di ruangan matanya kini tiada lain melainkan wajah sahabatnya yang baru dikenali sesi persekolahan tadi. Hatinya cukup berkenan dengan perwatakan gadis itu. Sempat dirisik-risik bertanya perihal sahabatnya itu kepada kawan-kawan yang lain. Walaupun masih awal perkenalan, dapat dirasakan hubungan mereka seakan-akan rapat seperti sudah lama terjalin. Sebab itulah dia akan sedaya upaya untuk membantu Faridz mengenali sahabatnya itu dengan lebih dekat.

“Hah! sudah! Jangan nak memandai..!” Pantas Faridz mencelah sambil menjegilkan mata. Risau juga Faridz kalau-kalau Affini membocorkan rahsianya. Malulah kalau Mak Miah tahu dia jatuh hati pada budak sekolah.

“Mak Miah ni bukannya apa long..! Yelah, Mak Miah ni dah tua. Buatnya tiba-tiba umur tak panjang, macam mana? Mati kempunan Mak Miah nak tengok kamu naik pelamin. Kamu tu Mak Miah jaga dari umur kamu sehari sampai 17 tahun. Sekarang dah dekat tiga puluh, dah rasa macam anak sendiri..”

Luahan rasa hati orang tua itu membuatkan Faridz tersenyum sayu.

“Sabar lah Mak Miah..! Mak Miah pun bukan tua sangat..! Apa kata Mak Miah kawin dulu..?” Usik Faridz cuba berseloroh. Kelihatan mata si tua dihadapannya  membuntang tanda terkejut. Merepek..!

“Siapa kata Mak Miah tua? Ni kalau Datuk-datuk kaya tengok, mesti ada yang berkenan..” Usik Affini pula.

“Datuk berpangkat tak apa lah.! Buatnya dapat datuk bertongkat bongkok tiga, bersusun pulak cucu-cicit,  Hai..bikin wa semput..! Silap-silap hari bulan Mak Miah yang kojol dulu..!”

Berderai tawa Affini dan Faridz mendengar celoteh pengasuh mereka itu dengan gaya yang melucukan sambil tangannya terawang ke atas dan ke bawah.

“Mak Miah...Mak Miah..! boleh masuk maharaja lawak, kelakar betul la..!” Bisik hati Faridz.


***********

No comments: