“Angin tak ada ribut tak ada..tiba-tiba saja mendung, apa kena pulak dengan awak ni cik Ayu oi..!”
“Saya sedih lah bang. Bila tengok muka dia orang, teringat masa saya dengan arwah kecik-kecik dulu. Kami memang rapat. Tak sangka hanya kerana sebab orang ke tiga hidup kami jadi porak peranda. Kami berpisah sekian lama, tak sangka sampai sudah saya tak dapat jumpa dengan abang saya. Rindu bang..! rindu sangat-sangat.! Bila tengok Faridz tadi tersentuh saya. Cara dia melayan adiknya tak ubah seperti abang Ariff menjaga saya. Wajahnya sebiji macam abang Ariff, tenang saja.”
Encik Marzuki hanya membisu membiarkan isterinya meluahkan rasa hati. Memang diakui rasa kagum terhadap Faridz dalam mengharungi onak duri dalam kehidupan. Dalam usia yang muda dia sudah menggalas tanggungjawab yang berat sebagai ketua keluarga. Dia juga senang berbual dengan Faridz, rasa berkenan pulak..! Anak muda itu pada perhatiannya memiliki sifat-sifat lelaki bertanggungjawab. Disamping itu juga Faridz bijak menyusun kata ketika berbual. Pendek kata, keluarkanlah apa saja topik perbualan, Faridz sudah bersedia untuk membalas. Seperti sudah berjuta ilmu memenuhi di dada.
“Saya tak dapat bayangkan keadaan mereka dua beradik masa tu. Tinggal pulak dengan orang asing yang entah siapa kita tak kenal. Kalau lah masa tu saya dah jumpa dia orang, saya sanggup menggalas tanggungjawab tu..!”
“Sudah lah tu..! jangan difikirkan sangat. Nanti kepala awak sakit pulak..! Lepas ni kita sama-sama pikul tanggungjawab. Selagi dia orang tu belum berkahwin tanggungjawab memang berada atas bahu kita. Si adiknya tu kan masih bersekolah, saya tahu Faridz mampu menyara dan menyediakan keperluan adiknya. Tapi, tak salah kalau kita turut bantu bersama. Selain duit ringgit, kita boleh berikan kasih sayang kita pada mereka agar mereka tidak tersisih..” Hujah Encik Marzuki membuatkan Puan Rohayu terharu lalu tersenyum.
“Terima kasih bang! sebab sudi terima anak buah saya menjadi sebahagian dalam hidup abang..”
“Ayu cakap apa ni? Anak saudara Ayu anak saudara abang jugak..! Apa yang abang buat ni tak lah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Ayu pada anak-anak abang. Ayu ni layak terima anugerah ibu mithali tau...! Arwah Azimah pasti seronok sebab anak-anak abang dapat umi yang baik macam awak.” Encik Marzuki cuba menceriakan suasana.
“Saya tak mintak semua tu bang..! cukuplah sekadar anak-anak sayang dan menghargai saya..” Kata Puan Rohayu sayu lalu tersenyum malu.
“Ye lah..! lepas ni kita sama-sama jaga anak-anak kita. Bila dah tambah lagi ahli keluarga, saya tak sabar-sabar pulak nak bercucu. Ye lah..kita kan dah tua, anak-anak pun dah besar-besar..”
“Ke situ pulak abang ni..tak menyempat-nyempat..! Abang yang tua..saya tak..!” Usik Puan Rohayu sambil tersenyum sinis pada suaminya di sebelah.
“Tua-tua pun suami awak..!” Balas Encik Marzuki lalu kedua-duanya meleraikan tawa. Huzir yang sedang mengadap game telefon bimbitnya di bahagian belakang hanya menggeleng, malas mahu masuk campur urusan orang tua. Takut kalau menyampuk pasti sindiran yang keluar dari abah dan uminya tajam menikam tembus hingga ke hati.
****************
No comments:
Post a Comment