PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 19 November 2014

BAB 1 - TERTULIS KAU MILIK KU...

1

     SUASANA di padang gamat dengan suara jerit pekik beberapa orang pelajar perempuan berkejaran sambil mengejar bola sekeras batu berwarna putih sambil memegang kayu. Kelihatan juga beberapa orang yang hanya menjadi pemerhati dari luar padang. Semuanya sudah seperti udang yang disalai. Cuaca panas terik langsung tidak dihiraukan. Latihan yang telah bermula sejak dua bulan lalu bakal berakhir dua hari lagi. Setiap petang selepas sesi persekolahan, itulah aktiviti padang yang mereka gagahkan walaupun masa kian suntuk memandangkan peperiksaan penting bakal menjelang awal bulan november nanti. Dengan kelayakan mereka memasuki peringkat akhir yang bakal berlangsung sabtu nanti. Mereka nekad untuk gigih berlatih demi mengharumkan nama sekolah. Itulah salah satu kenangan yang mereka bakal tinggalkan akhir tahun nanti selain daripada keputusan SPM yang tentu kejayaan yang mereka impikan.

Prittt!! “Okey..cukup untuk hari ni saja. Jangan lupa kita  jumpa lagi petang esok. Pastikan awak semua datang pada tepat waktu yang ditetapkan. Saya tak mahu ada yang lewat..!” Pesan jurulatih hoki pasukan wanita sekolah bawah 18 tahun iaitu cikgu Hasnol Ariff.

“Okey, kita jumpa esok..!” Pesan Cikgu Hasnol lagi sebelum terus melangkah ke arah keretanya  yang diparkir di tepi padang. Lagaknya seperti sedang mengejar sesuatu. Siapa yang tak kenal dengan cikgu anak tiga tu, apa saja yang nak dibuat semua kena cepat.

     Semua  pemain-pemain  turut berbuat demikian. Begitu juga dengan Farathul Huda dari kelas 5sc1 juga selaku penyerang paling berbisa dalam pasukan hoki itu sedang beriringan dengan sahabat baiknya Hanom melangkah menuju ke arah skuter yang mereka parkir di kawasan parkir di tepi  padang sekolah.

“Kau datang tak esok, Huda?” Tanya Hanom memulakan perbualan.

“Datang..” Jawab Huda malas. Letih pulang dari sekolah tengahari tadi masih terasa, ditambah pula dengan penat dengan latihan yang baru tamat sebentar tadi. Berkerut-kerut wajahnya menahan lelah. Sesekali tangannya laju mengipas wajahnya dengan tudung putih yang dipakai.

“Macam terpaksa je..!” Balas Hanom sambil menjeling sinis, diperhatikan wajah sahabatnya itu yang sejak tadi seperti tak bermaya.

“Tau takpe..!” Balas Huda sambil menyandarkan kayu hokinya di tepi skuter lalu di capai botol air yang dibawa dari rumah lalu diteguk hingga habis. Haus benar rasanya. Tak cukup pulak air yang dibawa hari ini. Bekas air yang kosong dimasukkan semula dalam beg galasnya.

“Kau ada masalah ke Huda?” Tanya Hanom apabila melihat riaksi wajah Huda masih seperti  tadi kelat dan serius.

“Aku risau la! SPM dah dekat. Aku takut tak sempat nak bersedia. Petang kat padang, malam pulak badan aku dah letih nak ngadap buku.” Jelas Huda sambil wajahnya menunduk ke tanah.

“Kau jangan lah risau..! Sampai hujung minggu ni saja. Tinggal berapa hari saja lagi perlawanan akhir berlangsung. Lepas semua selesai kita tumpukan sepenuh perhatian kita pada pelajaran pulak. Memandangkan ini adalah tahun akhir kita di sekolah ni, apa kata kita tinggalkan sesuatu yang manis agar  menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh semua guru-guru, terutama Cikgu Hasnol. Aku yakin sangat-sangat, kali ni pasukan kita pasti juara. Lagi pun kau kan best student, mesti lulus lah..! kau jangan lah risau sangat..kau risau aku lagi la risau..! Hanom terus memujuk dengan kata-kata semangat  agar sahabatnya itu tidak patah semangat. Hanom tahu Huda memang menitik beratkan soal pelajaran. Dapat bersahabat dengan Huda merupakan satu bonus pada dirinya kerana Huda seorang tidak kedekut ilmu. Apa sahaja ilmu yang diperolehi akan dikongsi bersama, bukan sahaja dengan Hanom, malah dengan sesiapa saja yang dikenalinya, kalau tidak masakan gelaran best student ada pada sahabatnya itu..

“Setakat lulus saja buat apa? Aku nak jadi yang terbaik..!” Bentak Huda perlahan.

“Aku yakin kau akan jadi yang terbaik. Kau ingat tak cita-cita kita? Kau kata satu hari nanti kau nak buka klinik dengan aku. Aku berharap sangat cita-cita kita tu tercapai. Aku nak kita selama-lamanya bersama, walaupun aku tahu agak sukar. Yelah..aku tahu kau nak penuhi dulu cita-cita arwah ibu kau dan abah kau tu..! Balas Hanom terus memujuk sambil menepuk lembut bahu Huda. Risau juga Hanom apabila melihat wajah sahabatnya itu terus gelisah. Apabila melihat senyum manis Huda terukit di bibir, hatinya lega. Usahanya untuk kembalikan semangat sahabatnya itu berjaya. Faham sangat dengan sifat sahabatnya itu. Pantang sebut soal cita-cita dan masa hadapan, terus berseri muka macam bulan mengambang. Senyum pun lebar. Mengingatkan kembali cita-cita mereka sejak dari tingkatan satu buat Hanom tersenyum riang.  Walaupun dia tahu memang sukar untuk seiring dengan Huda, Hanom sudah nekad untuk pastikan cita-cita mereka tercapai. Dia bernasib baik kerana ayahnya seorang doctor. Maka dengan alasan itu, ayahnya sudah menetapkan untuk menghantarnya belajar ke university di Indonesia untuk mendalami ilmu perubatan selepas mendapat kepurusan SPM nanti. Hanom yakin Huda pasti tidak mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun jarak dari Malaysia ke Indonesia tidaklah jauh mana. Faham sangat dengan sifat rakan baiknya itu yang lebih mahu merasa hujan batu di tempat sendiri dari merasai hujan emas di tempat orang.

       Sampai di rumah, langkah Huda laju kearah ruang dapur. Dalam fikirannya tak ada yang lain. Tekaknya yang kering seolah-olah merayu agar cepat disimbah dengan air. Haus benar rasanya. Rasa macam bulan puasa pulak. Dicapai gelas kosong lalu melangkah laju kearah peti sejuk. Apabila terjumpa apa yang dicari, cepat-cepat dimulakan dengan bismillah lalu disegerakan hajatnya. Air sejuk yang turun melalui tekaknya dirasa amat melegakan.

“Ahh...leganya..”  Bisik Huda perlahan sambil matanya mencari-cari sesuatu.

“Mana umi ni?” Bisik Huda sendiri. Seluruh ruang dapur dijelajah, apabila bayang uminya masih belum kelihatan, Huda mula bergerak keruang tamu, namun bayang uminya masih belum ketemu. Lantas segera diseru nama uminya berkali-kali. Apabila panggilannya dijawab, Huda tersenyum lega.

“Kat luar rupanya..!” Kata Huda perlahan, lalu segera Huda melangkah keluar mendapatkan uminya.

“Ya Allah..! macam mana Huda boleh tak nampak umi kat sini?” Tanya Huda sendiri apabila sampai di hadapan Ibu tirinya. Puan Rohayu yang mendengar rungutan itu, hanya tersenyum sinis sebelum menjawab.

“Itu lah..! Dah lama umi tercongok kat taman ni, Huda tak nampak? Itulah padahnya kalau masuk rumah tak bagi salam dulu, terus saja masuk..” Puan Rohayu mula membebel membuatkan Huda tersenyum malu.

“Umi buat apa ni?” Tanya Huda cuba mengubah topik.

“Tak ada buat apa-apa..Cuma duduk-duduk sambil ambil angina. Kat dalam tu panas lah. Duduk sini boleh juga cuci mata sambil-sambil tu berbual dengan pokok-pokok bunga umi ni..”

Keterangan dari Puan Rohayu itu membuatkan Huda ketawa mengekek. Dirasakan agak kelakar. Puan Rohayu hanya mengerutkan wajah melihat telatah anak gadisnya.

“Pokok-pokok ni faham ke apa yang umi cakap?” Tanya Huda sambil bersisa tawanya.

“Eh..mestilah faham..! Kan umi yang jaga mereka. Pokok-pokok ni pun ada perasaan jugak tau..! Ingin dibelai, dijaga, dipuji.. Ingat manusia saja ke yang ada perasaan? Kalau kita rajin melayan pokok-pokok ni mereka akan balas jasa kita tau..! Bila berada kat taman ni umi rasa tenang sangat. Dapat berbual dengan mereka seperti memberi satu kepuasan bila meluahkan perasaan.” Kata Puan Rohayu sambil membelek-belek pokok bunga ros putih yang sudah mula mengeluarkan bunga. Sesekali  puan rohayu akan mencium bau bunga tersebut sambil matanya dipejamkan, jelas terpancar kepuasan pada raut wajah keibuannya.

Huda yang mendengar dan memerhati hanya tersenyum lebar. Diakui, berada dalam taman milik uminya ini memang memberi satu ketenangan. Walaupun taman itu tidak lah sebesar mana, namun sudah cukup untuk mereka seisi keluarga untuk beriadah di waktu petang. Terdapat sebuah wakaf yang selalunya Huda jadikan tempatnya untuk membaca buku.
          
     Dahulunya taman itu adalah milik arwah ibunya iaitu Puan Azimah, apabila abahnya Encik Marzuki mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Puan Rohayu, taman itu secara automatiknya menjadi milik Puan Rohayu. Apa yang Huda pasti, sikap tuan taman yang dahulu sama sahaja dengan sikap tuan taman yang sekarang yang masih mengekalkan ciri-ciri tanggungjawab dan kasih sayang ketika mengendalikan tugas apabila berada dalam taman mini ini.

     Puan Rohayu memang rajin melayan dan menghias. Masa lapangnya banyak dihabiskan di situ. Huda juga berminat namun sebab masa kurang menyebelahinya. Jadi dia hanya menjadi pemerhati dan sesekali akan memberi pendapat seandainya Puan Rohayu ingin membuat sebarang perubahan wajah pada taman itu.

“Mana Huzir mi? Tak nampak pun dari tadi!” Tanya Huda tiba-tiba sambil matanya melilau mencari bayang adik lelakinya  apabila dirasakan suasana rumah itu sunyi sekali. Kebiasaannya suara Huzirlah yang selalu kedengaran berceloteh.

Huzir adalah hasil dari perkahwinan Encik Marzuki dengan Puan  Rohayu. Walaupun sudah punyai zuriat sendiri, Puan Rohayu tetap melayan anak-anak tirinya seperti anak kandungnya. Begitu juga dengan Huda serta abang dan kakaknya yang menganggap Puan Rohayu seperti ibu kandung mereka. Walaupun pada awalnya sukar sekali Huda adik beradik untuk menerima kehadiran Puan Rohayu dalam rumah itu, namun berkat dari kesabaran yang ada dalam diri Puan Rohayu akhirnya dirinya diterima. Paling mengejutkan apabila panggilan umi yang keluar dari mulut anak-anak tirinya tidak sesekali dijangka kerana di awal perkenalan, Puan Rohayu menggelarkan dirinya makcik sahaja.

“Tak balik lagi.. Hari ni katanya ada pengakap. Kejap lagi balik lah tu..!”

 Ujar Puan Rohayu yang sudah melabohkan punggungnya di atas buaian besi  sebelah wakaf. Sebentar kemudian kedengaran suara Huzir dari luar sedang memberi salam dan jelas kelihatan wajahnya yang kepenatan.

“Baru balik? Penat nampak..!” Tegur Huda sekadar berbahasa basi selepas menjawab salam sambil bibirnya terukir senyuman manis untuk adiknya.

“Penat lah kak! Kakak tak apa la.. pergi sekolah naik skuter. Huzir kayuh basikal..!” Rungut Huzir sambil memuncungkan mulutnya yang comel. Huda dan Puan Rohayu hanya ketawa kecil sambil menggeleng kepala melihat Huzir.

“Alah..kakak dulu pun pergi sekolah naik basikal jugak tau..!  Dah naik sekolah menengah baru naik bas. Masuk tingkatan 4 baru akak merasa skuter tu.. Tu pun selepas lulus PMR. Kalau tak, jangan harap lah..!”Jelas Huda sambil memuncungkan mulutnya ke arah skuter kesayangannya itu. Sebab skuter itulah juga Huda ambil keputusan agar tidak menyambung pelajarannya ke MRSM. Pada awalnya Encik Marzuki agak menyesal kerana membeli hadiah skuter itu dan merasa sedikit terkilan dengan keputusan Huda, namun setelah dipujuk oleh Puan Rohayu, akhirnya Encik Marzuki terpaksa mengalah. Huda juga sudah berjanji akan terus berlajar hingga cita-cita untuk menjadi seperti Encik Marzuki tercapai. Kerana janji-janji itulah akhirnya Encik Marzuki membenarkan Huda menyambung pelajaran di sekolah biasa.

“Kalau Huzir nak macam yang akak dapat tu, Huzir kenalah usaha sungguh-sungguh.  Mana tau, entah-entah abah beli kereta..!” Kata Huda penuh  semangat untuk menaikkan semangat adiknya.

Huzir hanya tersenyum lebar. “Tak lah sampai nak kereta..! Dapat macam akak tu pun dah syukur alhamdulillah..!” Kata Huzir perlahan. Puan Rohayu yang sejak tadi menjadi pendengar dan pemerhati perbualan anak-anaknya lantas menyampuk.

“Dah lah..cepat masuk! dah nak maghrib ni.. Kejap lagi abah balik, kalau dia tengok korang berdua masih berpeluh macam ni mesti dia bising.” Kata Puan Rohayu sambil melangkah masuk, begitu juga Huzir dan Huda.


 SELEPAS makan malam, seperti biasa aktiviti keluarga Encik Marzuki ialah menonton. Sudah menjadi kebiasaan, buletin utama adalah program yang dipilih untuk halwa mata dan telinga sekeluarga. Encik  Marzuki telah menetapkan beberapa peraturan di dalam rumah itu. Setiap ahad hingga khamis hanya buletin utama yang boleh ditonton. Manakala untuk program lain hanya boleh ditonton setiap hari jumaat dan sabtu sahaja memandangkan hari sabtu dan ahad adalah hari cuti. Disamping itu juga Encik Marzuki tidak mahu anak-anaknya leka dalam pelajaran dalam menjalani hari-hari hidup mereka selagi bergelar pelajar. Encik Marzuki bersyukur kerana semua anak-anaknya mendengar kata. Mungkin berkat amalannya membaca surah-surah dalam al-quran semasa arwah isterinya Azimah dan isterinya Rohayu sedang mengandung.

“Macam mana pelajaran kamu hari ni Huda?” Tanya Encik Marzuki sambil memandang ke arah Huda yang asyik menonton Buletin Utama.

Okey abah..! Cuma Huda risau sikit sebab SPM dah hampir. Petang pulak kat padang, malam pulak Huda dah rasa penat nak belajar.” Ujar Huda sambil mengeluh lemah.

“Kurang-kurangkanlah aktiviti padang tu.. Lainlah kalau Huda dah pasang angan-angan nak jadi macam pemain negara Fauzi Nawawi tu..!” Balas Encik Marzuki serius. Namun jawapan itu hanya melahirkan ketawa kecil dari anak-anaknya. Encik Marzuki sedikit pelik lalu mengerutkan dahi.

“Mirnawan Nawawi lah abah..! Fauzi Nawawi tu pelakun..!” Sampuk Huzir perlahan sambil tawa yang masih bersisa. Encik marzuki akhirnya tersenyum malu.

“Ah.! Tak kisah lah.. janji ada wi wi kat hujungnya tu..!” Kata Encik Marzuki ingin menutup malu.

“Kalau dapat jadi pemain dalam negeri pun dah cukup bagus. Tapi kalau boleh abah nak anak-anak abah berjaya dulu dalam pelajaran. Lepas tu kalau Huda nak jadi pemain bola sepak atau ragbi pun abah tak kisah.” Balas Encik Marzuki lagi. Sebenarnya Encik Marzuki kurang setuju dengan penglibatan Huda dalam aktiviti padang yang boleh dikategorikan sebagai sukan yang bahaya. Tapi kerana minat anaknya yang cenderung ke arah itu, Encik Marzuki terpaksa merestui. Encik Marzuki takut anak gadisnya terus pendam perasaan andainya apa yang diimpikan tidak dipenuhi. Encik Marzuki tahu Huda anak yang baik, andainya dari awal dibantah pemintaan itu, Huda akan mengikut apa saja arahannya. Namun dia bukanlah seorang bapa yang kejam, sesekali apa salahnya jika pemintaan yang kecil itu ditunaikan.

“Huda tak lah nak sampai tahap macam tu! Melibatkan diri dalam sukan tu memang sebab minat tapi itu juga salah satu syarat untuk masuk ke IPT nanti. Abah janganlah risau, sampai hujung minggu ni saja. Sabtu ni perlawanan akhir, lepas tu Huda akan tumpukan sepenuh perhatian Huda pada pelajaran pulak..” Huda terus meyakinkan.

“Hmm..baguslah kalau macam tu. Ingat Huda, cita-cita yang Huda cakap kat abah dulu. Abah nak Huda buktikan bahawa Huda boleh buat abah bangga. Sekurang-kurangnya ada jugak anak abah yang nak ikut jejak abah sebagai pendidik. Nak harap pada Abang Haizat dan Kak Hajar, tinggal harapan sajalah..! Mereka lebih suka buat kerja kira-kira.” Rungut Encik Marzuki merujuk kepada anak kembarnya yang sedang belajar di Kota London. Huda yang mendengar hanya mengangguk tanda akur.

“Huzir macam mana? Nak jadi pensyarah jugak?” Tanya Encik Marzuki tiba-tiba kepada anak bongsunya yang tekun mendengar luahan rasa hatinya.

“Tak nak lah! Bosan kalau asyik mengadap pelajar ni. Mesti tensyen giler! Dapat yang bagus, okey la..! Tapi kalau dapat yang degil, boleh sakit jantung Huzir nanti. Huzir nak jadi macam Dr. Syed Muzafar, boleh pergi bulan. Lepas kawin Huzir nak bawak isteri Huzir bulan madu kat sana.!”

Terang Huzir sambil tersenyum sinis dan menjeling mengejek ke arah Huda. Lantas semua terus ketawa.

“Gatal! baru darjah lima dah ada hati nak pergi bulan madu!” Gerutu Huda geram.

“Dah ada calon ke..?” Puan Rohayu bertanya dalam nada bergurau.

“Ramai..! Tapi semua tak nak pandang Huzir..!” Balas Huzir serius.

“Kenapa? Akak tengok adik akak ni hendsome, takkan tak ada yang tersangkut kot..!” Huda cuba mengusik.

“Tak tau la..! Agaknya sebab hendsome sangat kot, sampai ada yang takut nak dekat. Dia orang tak mau ambil risiko lah tu..!”

Jawapan spontan dari mulut Huzir membuatkan tiga pasang mata di hadapannya membulat. Encik Marzuki dan Puan Rohayu mengekek ketawa manakala Huda sedikit geram walaupun  mulutnya sedang menahan tawa dari terburai.

“Ye lah tu..perasan! Baru puji sikit dah melangit..!” Kata Huda sambil menjeling yang akhirnya dia sendiri turut ketawa mengekek dengan telatah Huzir.


     DALAM bilik Huda termenung sendiri. Apabila memikirkan kembali kata-kata orang tuanya tadi, hatinya sedikit sayu. Tiba-tiba ingatannya jauh pergi kepada arwah ibunya. Dahulunya arwah ibunya juga adalah seorang pensyarah di Kolej Pembantu Perubatan. Puan Azimah telah pergi untuk selama-lamanya semasa umur Huda 4 tahun.  Puan Azimah disahkan mengidap penyakit barah pangkal  rahim ketika mengandungkan Huda dikala itu baru berusia 2 minggu. Kerana enggan menggugurkan kandungannya, barah yang dihadapi menjadi semakin kritikal. Mungkin semangat Puan Azimah kuat untuk melahirkan anak ketiganya itu. Maka dengan izin Allah Puan Azimah dapat merasa membesarkan Huda dan anak kembarnya walaupun belum mencapai baligh. Namun takdir penentu segalanya, Puan Azimah pergi jua meninggalkan suami dan anak-anak tercinta.

“Al-fatihah..” Bisik Huda sambil mulutnya terkumit-kumit untuk sedekahkan kepada arwah ibunya.

    Huda kembali tenang setelah mengaminkan bacaan. Sambil menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-lahan agar rasa sebak yang menyelubungi jiwanya pergi. Huda mula mengulangkaji pelajaran. Sesekali matanya menoleh ke arah skrin laptop yang terpasang di sudut meja tulisnya. Tangannya lincah menulis dan mencatat apabila mendapat apa-apa yang dirasakan penting. Setelah hampir sejam punggungnya melekat di kerusi meja tulis, akhirnya Huda sudah merasa berat di kantuk matanya. Dicuba melakukan aktiviti senaman ringan untuk melembutkan kembali urat-urat yang sudah mula menegang, namun rasa malas lebih menguasai. Lalu,dengan langkah yang lemah, Huda menuju ke arah tempat peraduannya. Entah pukul berapa pun Huda tidak sedar bila matanya terlelap. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan ke angka enam lima belas minit pagi.

***********

No comments: