5(1)
***
HARI cuti adalah hari untuk mereka sekeluarga berkumpul. Saat itulah apa saja yang dibualkan akan menjadi topik hangat untuk dibincangkan. Encik Marzuki suka isteri dan anak-anaknya berdebat memperkatakan apa jua tajuk termasuklah dari hal rumah, luar rumah, politik atau hal dunia luar. Cara itu dapat merapatkan lagi hubungan mereka sekeluarga. Huzir yang kecil juga digalakkan untuk bersuara memberi pendapat. Tapi perbincangan mereka petang itu terpaksa dihentikan sebelum tiba masanya. Laungan memberi salam dari luar mengejutkan mereka seisi keluarga. Bergegas Encik Marzuki keluar untuk mendapatkan dua tetamu yang kelihatan di luar pegar.“Ye! boleh saya bantu.?” Tanya Encik Marzuki selepas menjawab salam.
“Saya Syaiful dan ini kawan sekerja saya Kamarul. Kami dari syarikat penyiasatan persendirian. Kami nak tahu adakah Puan Rohayu Sarifuddin tinggal di sini, dan kalau betul, boleh kami masuk kerana kami ada utusan yang perlu kami sampaikan.” Terang Encik Syaiful sambil menyerahkan sekeping kad yang menyatakan nama syarikat tempat dia bekerja. Pada mulanya Encik Marzuki kurang percaya. Setelah melihat kad nama beserta alamat dan nombor telefon turut tertera akhirnya dengan yakin dua tetamu itu dijemput masuk.
Fail hitam yang dipegang oleh Encik Syaiful diletakkan di atas meja kopi dihadapannya sambil selesakan duduknya. Encik Kamarul turut berada di sebelah Encik Syaiful yang kelihatan tenang sebelum berbicara.
“Sebenarnya macam ni Puan Rohayu. Kami menerima arahan dari pelanggan kami untuk mencari Puan. Semua maklumat tentang puan ada pada saya” Kata Encik Kamarul sambil mengisyaratkan Encik Syaiful mengeluarkan semua maklumat tentang Puan Rohayu agar menyerahkan kepada Puan Rohayu sendiri.
Teragak-agak Puan Rohayu menerima maklumat tentangnya dari tangan penyiasat itu. Huda dan Encik Marzuki yang duduk di sebelah kiri dan kanan Puan Rohayu turut menoleh lalu menunduk pandang apa yang tertera di tangan Puan Rohayu. Mata Puan Rohayu membuntang apabila melihat gambarnya semasa kecil berada di tangannya.
“Eh! ni gambar saya masa kecil dulu, mana awak dapat..?” Tanya Puan Rohayu yang terlupa seketika yang dua tetamu di depannya itu adalah penyiasat persendirian.
“Jadi, maknanya betullah Puan ni Puan Rohayu Sarifuddin?” Tanya Encik Syaiful inginkan kepastian. Soalan penyiasat itu dijawab segera oleh Puan Rohayu dengan anggukan laju.
“Alhamdulillah..! rasanya kerja kami hampir selesai. Sini ada maklumat tentang orang yang mencari puan. Sebarang pertanyaan dan kesulitan, puan boleh hubungi pelangan kami ni sendiri. Tugas kami hanya mencari. Pelanggan kami ni memang berharap sangat yang puan dapat hubungi dia secepat mungkin.” Kata Encik Kamarul pula sambil menyerahkan nama dan nombor telefon bimbit dan telefon rumah serta nombor telefon pejabat pelanggannya kepada Puan Rohayu.
“FARIDZ.? Siapa Faridz? Saya tak pernah kenal dengan orang nama Faridz. Apa yang dia nak dari saya?”
Tanya Puan Rohayu selepas kepulangan 2 penyiasat tadi sambil merenung tajam ke wajah suaminya yang kelihatan turut keliru. Huda yang tidak mahu ambil peduli tentang hal itu terus saja melangkah naik ke biliknya.
“Awak telefon lah dulu..kalau tak, mana nak tahu apa yang orang tu nak..”
“Ish..! saya takut lah bang! buatnya orang tu niat tak baik, naya je saya nanti..!”
“Eh, awak ni suka syak yang bukan-bukanlah..tak baik tau.! Buatnya niat orang tu baik, macam mana.? Tak fasal-fasal awak dapat dosa kering. Bila nak dapat peluang mintak maaf pun saya tak tau..” Bentak Encik Marzuki sambil menggeleng.
“Kalau macam tu, abang sajalah yang telefon, saya tak berani lah. Tak tahu nak cakap apa.”
“Hmm..yelah." Balas Encik Marzuki sambil menggosok lembut tangan isterinya. Rasa simpati pula dengan nasib isterinya yang dikahwini 13 tahun lalu. Di awal pertemuan lagi memang tiada rasa cinta cuma rasa simpati yang melebihi. Rohayu ditemui ketika sedang menjual nasi lemak di hadapan sebuah sekolah menengah di daerah Manjoi. Kebetulan ketika itu kedatangannya ke sekolah itu bertujuan untuk menjadi pengawal peperiksaan SPM. Dari situ dia mengenali Rohayu. Setelah hampir tiga bulan merisik, akhirnya Rohayu terima Marzuki sebagai teman hidupnya setelah Marzuki mengaku duda anak 3 yang kematian isteri. Ketulusan dan keluhuran budi Rohayu menerimanya amat dihargai kerana ikhlas menerimanya dan anak-anak. Semakin hari semakin yakin dengan pilihannya dan rasa kasih dan sayang mula wujud apabila layanan Rohayu pada anak-anaknya tak ubah seperti layanan kepada anak kandung. Apabila anak-anak mula selesa dengan kehadiran Rohayu, Marzuki yakin hidupnya sudah mula bersinar kembali. Layanan Rohayu tak ubah seperti layanan arwah Azimah terhadapnya.
“Hello..assalamualaikkum..boleh saya bercakap dengan saudara Faridz..” Sapa Encik Marzuki
“Waalaikummussalam..saya Faridz sedang bercakap..siapa tu..?” Tanya Faridz di talian.
“Saya Marzuki Hamdan suami kepada Rohayu Sarifuddin. Sebentar tadi saya didatangani dua penyiasat persendirin. Mereka memaklukan bahawa awak mencari isteri saya. Saya nak tahu kenapa awak mencari dia? Apa hubungan awak dengan isteri saya? Menurut isteri saya dia tak pernah ada kenalan bernama Faridz.” Jawab Encik Marzuki lembut.
“Sebenarnya macam ni pakcik. Saya rasa ada baiknya kalau Pakcik Marzuki dan Makcik Ayu datang sendiri ke rumah saya. Banyak yang perlu Makcik Ayu tahu. Kalau tak pun biar saya saja yang datang ke rumah Pakcik, macam mana..?” Cadang Faridz.
“Mm..kalau macam tu biar kami saja yang datang ke rumah kamu. Kamu beri saja alamat rumah kamu..”
Ujar Encik Marzuki setelah berfikir-fikir. Pelik juga setelah suara di talian memanggilnya pakcik. Pada pandangannya sudah tentu Faridz itu seorang yang masih muda kerana dari kelunakan dan kesopanan berbicara dia yakin Faridz berada dalam lingkungan 20an.
“Budak muda..sopan saja dia bercakap..” Kata Encik Marzuki sambil memandang ke wajah isterinya setelah menamatkan talian dengan Faridz.
“Apa dia nak?” Soal Puan Rohayu sambil mengerutkan wajah.
“Ada banyak benda dia nak bagitahu awak. Dia nak datang sini, tapi abang rasa baik kita yang jumpa dia. Abang tak selesalah orang yang kita tak kenal datang ke rumah. Lagi pun menurut alamat yang dia bagi, abang rasa abang tahu tempat ni, tak jauh pun..!” Balas Encik Marzuki. Puan Rohayu mengangguk setuju.
“Saya ikut aje..!” Kata Puan Rohayu perlahan lalu melangkah ke dapur untuk menyiapkan juadah makan malam.
SEPERTI yang dijanjikan, Encik Marzuki datang ke rumah Faridz bersama Puan Rohayu dan anak bongsunya Huzir. Kereta perdana hitam yang dipandu berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar tinggi sebuah banglo. Sambil melihat-lihat persekitaran rumah, Encik Marzuki terangguk-angguk.
“Betul ke ini rumahnya bang..?”Bisik Puan Rohayu sambil matanya melilau ke arah rumah besar itu.
“Rasanya tak silap lagi..Villa Ariffah..!” Balas Encik Marzuki sambil menunjukkan kertas alamat yang dipegang kepada isterinya lalu menunjukkan perkataan ‘VILLA ARIFFAH’ yang terukir cantik di pintu pagar rumah besar itu.
“Cantik rumah ni kan bah? Nanti Huzir nak buat rumah macam nilah!” Tegur Huzir yang berada di tempat belakang sambil membuka pintu kereta untuk keluar lalu melangkah untuk mendapatkan gambaran lebih dekat. Encik Marzuki ketawa kecil.
“Cantik..! Tapi kena tahulah siapa juruteranya..! Banyak nak pakai duit kalau nak buat rumah macam ni. Paling kurang pun mesti ada lima ratus ribu.” Balas Encik Marzuki perlahan lalu menekan butang loceng yang terdapat di tepi pagar villa. Matanya begitu asyik memandang keadaan villa yang menggabungan konsep moden dan lama. Batu berwarna coklat gelap yang diukir macam kayu menampakkan rumah ni macam rumah kampung. ‘kreatif betul tuan rumah ni..’ bisik hati kecilnya.
Tiba-tiba pintu pagar terbuka sendiri. Kelihatan seorang wanita yang berusia dalam 50 an datang ke arah mereka sambil tersenyum.
“Dah sampai rupanya tetamu ni. Masuklah..! Faridz tengah solat. Saya ni orang gaji je..sila lah..!” Tegur Mak Miah apabila melihatkan Puan Rohayu begitu asyik memerhatikannya. Keramahan Mak Miah mengurangkan kegusaran dalam diri Puan Rohayu seketika.
Melangkah ke dalam villa membuatkan Puan Rohayu terhenti seketika. Gambar keluarga yang besar tersergam indah menghiasai ruang tamu. Mungkin gambar keluarga. Fikir Puan Rohayu sendiri. Wajahnya yang licin sedikit berkerut apabila memandang seseorang dalam gambar itu. Seorang kanak-kanak lelaki yang seiras dengan seseorang yang dikenali masa zaman kanak-kanak dahulu. Kelihatan juga seorang perempuan sedang memangku seorang kanak-kanak perempuan.
Langkahnya diatur perlahan mengikut Encik Marzuki yang sudah melangkah ke arah sofa untuk melepaskan penat manakala Huzir terus berada di luar menikmati keriangan ikan kop di kolam taman.
“Assalamualaikum Makcik..pakcik..!” Tegur satu suara dari arah belakang mereka lalu datang menghulurkan salam. Senyuman mereka dibalas. Pelukan dan ciuman dari seorang gadis menambahkan lagi rasa pelik dalam diri Puan Rohayu.
“Duduklah pakcik, makcik..! Saya Faridz dan ni adik saya Fini..” Faridz mula memperkenalkan dirinya. Pandangannya ke arah Encik Marzuki tajam. Rasa seperti pernah berjumpa dengan wajah itu tapi dia kurang pasti di mana. Lantas diabaikan saja kerana perkara utama harus diselesaikan dulu.
“Apa niat sebenar anak ni nak berjumpa dengan Makcik Ayu ni?” Tanya Encik Marzuki sambil merenung ke wajah Faridz yang kelihatan tenang. Jelas terpancar cahaya wajahnya selepas solat tadi.
Faridz tidak terus menjawab. Dia menarik nafas perlahan lalu bangun dan berjalan ke arah sebuah kabinet kayu jati yang terletak di sudut ruang tamu. Dikeluarkan sebuah album lama bewarna hijau bercorak batik. Langkahnya diatur kembali ke arah Puan Rohayu dan Encik Marzuki. Album diserahkan kepada Puan Rohayu lalu duduk kembali di sebalah Affini.
“Tu semua gambar lama papa saya dari zaman kanak-kanak sampailah zaman remajanya. Sebelum arwah papa pergi, dia ada bagitahu yang dia ada saudara yang dah lama dia tak jumpa. Walaupun dia tak pernah menyuruh saya mencari, tapi saya tahu niatnya tu.”
Puan Rohayu dan Encik Marzuki mula membuka lalu menatap gambar itu satu persatu. Encik Marzuki tersentak bila melihat tiba-tiba saja isterinya menekup hidung dan mulutnya menahan sebak. Dirangkul bahu isterinya cuba memujuk walaupun belum tahu kedudukan sebenar.
“Ni abang Ariff bang..! satu-satunya abang kandung saya” Kata puan Rohayu sebak. Air matanya sudah tak tertahan lagi lalu meluncur laju membasahi pipi hitam manisnya. Melihatkan mata Faridz yang sudah mula berkaca dan begitu juga Affini yang sudah teresak, baru lah di sedari 2 insan yang berada depan matanya adalah anak saudaranya, anak abangnya, merangkap darah dagingnya sendiri. Hatinya cukup terharu melihat cara Faridz memujuk Affini.
“Papa dan Mama dah tak ada. Pemergian mereka ke tanah suci 9 tahun lalu adalah hari terakhir mereka di sini. Papa pernah bagitahu sedikit sejarah keluarga dia.” Kata Faridz perlahan.
“Mak dan bapak kami dulu bercerai angkara orang ke tiga. Makcik tak tahu siapa yang bersalah. Menurut bapak dia difitnah. Mungkin kerana sikap mak yang kurang percaya, dia minta cerai. Makcik terpaksa ikut mak dan Abang Ariff kena ikut bapak. Kalau tak buat macam tu rasa tak adil pulak..! Sejak tu makcik dan abang Ariff langsung tak ada khabar berita. Arwah emak makcik pernah suruh makcik cari abang Ariff tapi makcik tak tahu nak cari di mana. Akhirnya mak makcik pergi setelah kempunan tak dapat jumpa abang Ariff.” Terang Puan Rohayu perlahan setelah esakannya reda.
“Alhamdilillah..semua dah terjawab. Lepas ni awak dah tak boleh kata awak tak ada sesiapa kecuali abang dan anak-anak. Tengok, anak-anak saudara awak dah ada depan mata, sorang hendsome macam abang awak, sorang lagi cantik macam awak. Dah lah! jangan sedih lagi. Kita kena buat majlis kesyukuran sikit ni!”
Pujuk Encik Marzuki sambil menggosok tangan isterinya. Turut diceritakan sejarah perkenalannya dengan Puan Rohayu dan keluarganya.
“Nasib baik Makcik Ayu jumpa dengan orang sebaik pakcik. Ha..!sebut tentang majlis kesyukuran saya baru teringat sesuatu. Hari sabtu minggu depan saya nak buat majlis tahlil untuk arwah papa dengan mama. Bolehlah dibuat sekali sempena berjumpa kembali dengan makcik yang tak pernah kami kenal. Kalau tak ada apa yang mengganggu jadual pakcik dan makcik sudi-sudilah datang. Kami pun bukan ada siapa-siapa, harapkan Mak Miah je..!” Kata Faridz sambil menjeling manja ke arah pengasuhnya yang sedang duduk mendengar di sebelah Affini.
“Insyaallah..boleh saja..!” Jawab Encik Marzuki ceria.
“Datang awal sikit ye Cik Ayu..! Boleh tidur sini..boleh kita borak panjang-panjang..!” Affini memberi cadangan.
“Jemput anak-anak pakcik sekali. Lagi ramai lagi meriah!” Sambung Faridz berbalik pada majlis yang bakal diadakan.
“Nanti lah bincang dulu dengan anak pakcik yang sorang tu. Dia ni pemalu sikit, tapi bila dah kenal insyaallah..boleh buat kawan. Nanti bolehlah pakcik kenalkan dengan Fini, rasanya kamu sebaya kot..!”
Ujar Encik Marzuki lalu bangun untuk beransur pulang setelah melihat jam sudah menunjukkan ke angka 6 petang.
“Anak pakcik tu tak ada hidung ke?” Tanya Faidz cuba berseloroh.
“Hey! Along ni..ada ke cakap macam tu! dengar dek tuan punya diri tak pasal-pasal kena cili.!” Bentak Affini apabila dirasakan gurauan itu tidak kena tempatnya.
“Tak apa Fini, memang betul pun. Kadang-kadang pakcik pun kata macam tu dekat anak pakcik tu, malu sangat! Ajak pergi mana-mana memang payah. Kalau boleh dia nak lepak kat umah je..! Ajak bercuti jauh pun tak nak, penat lah..buang duit la..macam-macam alasan yang dia bagi. Kesannya, orang lain makan hati sebab tak dapat berjalan ke mana-mana sebab makcik kamu ni tak akan tinggalkan anak daranya sendirian kat rumah.” Balas Encik Marzuki pula.
“Abang Faridz! Berapa harga rumah abang ni?”
Semua terkejut dengan soalan tiba-tiba Huzir. Encik Marzuki yang memahami maksud anak lelakinya terus menggeleng kepala sambil tersenyum.
“Kenapa? Huzir berminat nak beli ke? Abang minta maaf sebab buat masa ni abang belum berminat nak beli rumah lain.” Faridz galak melayan kerenah Huzir.
“Saja tanya. Siapa jurutera rumah ni? Huzir cadang nak buat rumah macam nilah! Cantik!”
Semua ketawa melihat Huzir sudah beria-ria.
“Juruteranya abang tak pasti. Yang abang tahu, plan rumah ni ciptaan arwah papa abang. Tapi kalau Huzir berminat, abang boleh jadi juruteranya.” Balas Faridz.
“Oh! Faridz jurutera?” Sampuk Encik Marzuki kagum. Melihat Faridz hanya tersenyum manis, Encik Marzuki terangguk-angguk.
“Wah..! Senanglah macam tu. Agak-agak abang, berapa perlu ada untuk dapatkan rumah macam ni?”
“Hm..dalam lima ratus ribu! Tapi harga boleh dirunding lagi..” Ujar Faridz tersenyum-senyum. Suka benar dia melayan Huzir berbual.
“Kalau ikut harga adik beradik? Takkanlah dengan adik beradik nak berkira kot..!” Huzir berseloroh. Faridz dan sekelian yang ada galak ketawa berdekah-dekah.
“Huzir ada kakak?” Faridz tanya sambil tersenyum-senyum nakal. Niatnya mahu mengusik.
“Ada. Dua orang.” Jujur Huzir menjawab.
“Cantik tak?”
“Dua-dua cantik. Sorang ada di UK. Sorang lagi masih sekolah tingkatan lima. Kenapa?”
“Balik nanti pujuk kakak suruh kawin dengan abang. Kompem harga paling rendah abang bagi untuk sebuah rumah macam ni” Ujar Faridz tersenyum mengusik.
“Ish! Along ni tak malu betul! Buatnya Huzir balik cerita dekat kakak dia, along yang malu tau!” Tempelak Affini geram. Malu rasanya abangnya bercakap begitu di hadapan Encik Marzuki dan ibu saudaranya Puan Rohayu. Namun Faridz hanya tersengeh memandang Encik Marzuki dan Puan Rohayu tanpa rasa malu.
“Ala..susahlah macam tu! Kakak Huzir tu payah sikit kalau dengan orang lelaki ni..!” Keluh Huzir perlahan.
“Dah-dah! Kalau dilayan bercakap, sampai bila-bila tak habis!” Pantas Puan Rohayu menyampuk bila soal anak daranya pula menjadi topik perbualan nakal Faridz dan Huzir.
bersambung...
No comments:
Post a Comment