PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 23 November 2014

BAB 6(3) : TERTULIS KAU MILIKKU

MALAM itu meriah sekali keluarga itu menjamu selera. Kedatangan keluarga Encik Marzuki memeriahkan suasana yang selama ini hanya mereka bertiga sahaja yang ada di meja makan. Gurau senda usik mengusik kedengaran sambil menjamu selera. Huda diam tanpa bicara. Bercakap apabila perlu sahaja. Sesekali pandangannya bertembung dengan mata nakal Faridz membuatkan nasi yang masuk ke mulut rasa tak tertelan. Ingin dihabiskan segera nasi di pinggan agar cepat dia berlalu dari situ.

“Mm..sedap sayur ni. Pandai Huda masak. Bertuahlah Yu..! dapat anak macam Huda ni yang pandai masak..ikut kata.. baik.. sopan.. bertuah kamu..!”

 “Mana ada Kak Miah, biasa-biasa aje..! Saya ajar mana yang patut aje. Lagipun dia perempuan, kena tahu semua tu. Habis SPM katanya nak lanjut pelajaran lebih tinggi dari abang kakaknya. Kalau tak belajar semua tu dari sekarang bila lagi saya dapat ajar dia..”

Huda yang sudah selesai segera ke sink untuk mencuci pinggan sambil mengemas dapur. Perbualan uminya dan pujian yang lahir dari mulut Mak Miah tidak diambil tahu walaupun hati bagai nak koyak sebab terlebih kembang.

 “Amboi long..!makan sambil jilat jari. Nasib baik tak makan dengan kaki. Kalau tak, sah-sah kaki pun along jilat.! Kenapa tak jilat aje pinggan tu.? Kan lebih afdhal..!” Sindir Affini menahan tawanya terburai apabila melihat gelagat Faridz yang sedang menjilat jari.

 “Kari ayam ni sedap.! Bila-bila nanti Mak Miah buat lagi ye..! Lagipun sekali sekala makan ramai-ramai macam ni, seronok pulak..!” Balas Faridz bersahaja menahan malu bila gelagatnya diperhatikan oleh semua yang ada di situ. Nasib baik Huda sedang berada di dapur.

 “Ye ke? Bukan sebab Huda yang masak?” Usik Affini sambil matanya melirik kearah ruang dapur yang menempatkan Huda yang sedang mencuci pinggan mangkuk. Tawanya disembunyikan bila melihat Faridz menggigit bibir bawahnya menahan geram.

 “Haah la long.! kari ayam tu bukan Mak Miah yang masak, Huda yang masak. Hari ni Mak Miah cuma masak nasi dengan goreng pekasam aje. Yang lain semua Huda yang buat.” Jelas Mak Miah.

     Faridz terdiam tak terkata. Jiwanya berbunga-bunga.

     Panas telinga Huda mendengar sindiran dan usikan Affini tadi. Nasib baik tak terlepas pinggan dari tangan. ‘Nak kena Kak Bedah ni..nanti kau.!’ Gumam Huda sendiri dalam hati. Walaupun jarak ruang makan dengan dapur agak tersorok, dia masih boleh mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Afini.

     Selesai mengemas dapur bersama Mak Miah dan Puan Rohayu, Huda turut menyediakan kopi panas. Sudah menjadi kemestian dan kebiasaan pada Encik Marzuki merasai keharuman kopi sambil menonton. Tambah pula rancangan kegemaran seisi keluarga, akan tersiar sebentar lagi.

 “Abang Faridz mana bah? Dia tak nak minum kopi?”  Huda turut mengambil tempat sambil menuang kopi untuk Encik Marzuki.

 “Dia ke atas, katanya nak solat isyak dulu.” Jawab Enck Marzuki bersahaja namun matanya masih menumpukan pada suratkhabar di tangannya.

 “Abang punya tak ada ke..?”

     Huda tersentak lalu berpaling ke sebelah kirinya. Wajah Faridz yang tenang ditatap sejenak. Rasa tenang melihat wajah itu. Cahaya solatnya jelas terpancar. Huda tersenyum bila tersedar namun sedikit gugup bila Faridz selesa duduk di sebelahnya. Ingin segera dia bangun, namun sudah tiada tempat untuk dia duduk memandangkan semua tempat sudah penuh.

“Nak kopi?” Tanya Huda cuba menutup rasa gugup.

“Boleh jugak. Lagi pun esok cuti, tidur lewat sikit tak apa kot..!”  Jawab Faridz sambil tersengeh-sengeh.

“Tidur lewat tak apa..jangan bengun lewat..silap-silap subuh yang lesap.!” Balas Huda lalu menghulurkan kopi yang siap di tuang ke dalam cawan kepada Faridz sambil tersenyum.

“Huda tak minum sekali.?”

“Huda tak minum kopi..”

“Kenapa? Takut hitam? Tau la orang tu jaga kulit..!”  Tanya Faridz sambil cuba beramah mesra. Huda menjeling sambil memuncungkan mulutnya.

“Haah la..sama! betul kata pakcik..” Ujar Faridz ke arah Encik Marzuki. Encik Marzuki menoleh pandang ke arah Faridz.

“Apa yang sama..?” Tanya Encik Marzuki.

“Tu..!” Jawab Faridz sambil memuncungkan mulut ke arah Huda yang sedang barmasam muka. Berderai tawa Encik Marzuki sambil memandang ke arah anak gadisnya. Pandangannya beralih pula pada Afini yang turut terasa dengan sindiran Faridz.

“Along ni sengaja tau..! tak apa..ada ubi ada batas..!” Bentak  Afini dalam nada geram. Matanya segera beralih ke kaca tv semula.

Cutelah..!”

“Abang Faridz cakap apa?” Tanya Huda perlahan. Keningnya menjungkit sedikit ke atas.

“Takde. Abang tak cakap apa-apa.!” Jawab Faridz gelabah.

“Ada-adalah abang Faridz ni..!”

“Sedap lah kopi Huda buat ni..” Kata Faridz sambil terus menghirup kopi ditangannya.

“Ye ke..? Huda rasa macam biasa je..”

“Betul..abang tak tipu..kalau tak percaya cuba Huda rasa..” Kata Faridz sambil menyuakan cawannya ke arah mulut Huda. Huda sempat mengelak dan menggeleng.

“Huda yang bancuh, Huda tau la macam mana rasanya..?”

“Apa yang Huda rasa? Sedap tak?”

Faridz terus mengusik mengajak gadis di sebelahnya berbual.

“Tak sedap.!” Ringkas saja jawapan dari Huda,matanya masih menumpukan ke arah tv plasma milik Faridz.

“Sendiri yang buat, kata tak sedap..pelik!”

“Apa yang peliknya? Lagi pun Huda tak pandai masuk bakul angkat sendiri..!”

“Tak apa..nanti abang tolong angkatkan..”

“Satu Huda nak ingatkan, jangan amalkan sangat kopi ni, tak bagus untuk kesihatan.”

“Tapi abang tak boleh buat kerja kalau tak ada kopi..!”

“Ye..Huda tahu..! Boleh ambil tapi cuba kurangkan. Sehari Huda cadangkan ambil secawan pada waktu pagi sahaja. Petang ambil milo atau coklat.”

“Malam.?” Faridz sengaja memanjangkan perbualan. Seluruh raut wajah Huda dipandang tepat tanpa berkelip.

“Boleh aje..! cuma jangan berlebihan, takut nanti susah nak tidur. Tapi lebih baik abang Faridz ambil susu sebelum tidur. Dengar tak ni?” Tanya Huda sedikit tegas apabila menyedari pandangan Faridz sedikit nakal.

Okey sayang..abang dengar..!” Bisik Faridz bersahaja lalu dialihkan pandangannya di kaca tv semula.

Huda tersentak lalu tersenyum sinis sambil menggeleng. Kata -kata Faridz tadi dianggap sebagai satu gurauan. Hairan dengan sikap Faridz yang merimaskan. Huda sudah mula rasa kurang selesa bila sesekali terpandang beberapa pasang mata yang mencuri pandang ke arah mereka sambil tersenyum-senyum. Afini pulak siap berbisik-bisik dengan Huzir.

     Lama menanti akhirnya rancangan yang dinanti bermula. Huda sudah mula tersenyum-senyum melihat AC sebagai pengacara. Tidak sedar gelagat orang di sebelahnya sama sepertinya.

“Padan sangat dah tu..!” Tegur Affini tiba-tiba sambil menjeling sinis ke arah Huda dan Faridz. Huda hairan lalu mengangkat keningnya minta penjelasan.

“Aku maksudkan korang berdua tu..padan sangat..! Eh, aku nak tanya, dalam maharajalawak ni kau minat siapa?” Tanya Afini.

 “Ha..jangan kata Jozan.!” Cepat-cepat Affini mencelah sebelum keluar jawapan sebenar dari mulut Huda.

“Dah memang Jozan pun..!” Jawab Huzir selamba. Mata Afini membutang.

“Eh long, ada buat pembedahan kongsi hati ke?” Affini bertanya dalam nada sindiran sambil mengunyah epal muda.

“Hati, jantung, paru-paru, limpa, tulang rusuk, isi perut.. semua dah buat.! Sebab tu kami sehati sejiwa..kan Huda!” Jawab Faridz sambil mendabik dada bangga.

     Afini hanya mencebik, malas melayan kata-kata abangnya yang sentiasa nak menang. Huda pula mengekek ketawa mendengar kata-kata Faridz. Baginya itu hanya  balasan gurauan Faridz terhadap adiknya yang menanyakan soalan tak masuk dek akal. Melihatkan wajah Afini yang mencebik, Huda tahu Afini sudah kalah.

     Sekali lagi Faridz cuba curi-curi pandang wajah gadis disebelahnya. Ingin dilakarkan dan disimpan dalam kotak memorinya untuk menjadi pengubat rindu di kala sunyi. Memandang wajah itu seperti memberi satu ketenangan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Sudah nekad dalam hatinya gadis itu akan menjadi miliknya satu hari nanti.

     Huda perasan dirinya sedang diperhatikan. Ingin saja dibalas renungan itu namun malu masih beraja. ‘Oo..berani dia ye..! pandang-pandang, jeling-jeling, ingat aku ni Ana Rafali ke? Nanti kau..!’ Bisik Huda sambil dalam diam menyusun strategi untuk mengenakan Faridz. Huda mengangguk sambil tersenyum tanda idea bernas sudah diperolehi. Pantas kepalanya  ditoleh ke arah Faridz. Renungan Faridz dibalas sambil menyungkitkan kening dan tersenyum walaupun jauh disudut hatinya, dia turut merasa debar. Dalam hatinya dia nak tergelak melihat kegugupan Faridz. Kantoi..!!Kuang-kuang kuang….

“Ya? Abang Faridz nak kopi lagi ke?” Tanya Huda dalam nada sindiran sambil tersenyum  dan keningnya diangkat. Ditahan tawanya agar tidak meledak setelah melihat keadaan Faridz yang seperti tak tentu arah setelah menyedari dirinya terjerat.

“Err..tak..kopi abang ada lagi.!” Jawab Faridz gugup. Wajahnya jelas ketara sedang menahan malu. Bibir merahnya digigit perlahan sambil jarinya menggarau-garu kening sambil menunduk.

“Abang Faridz, kalau tengok rancangan ni jaga-jaga sikit bila duduk dekat kakak tu. Dia ni lain sikit cara tengok tv, silap haribulan cedera parah kita nanti.!” Tiba-tiba Huzir bersuara sekali gus menamatkan rasa malu Faridz pada Huda. Kata-kata Huzir membuntangkan mata Huda lalu memberikan jelingan tajam.

“Apa hal pulak?” Tanya Faridz hairan. Afffni turut menanti penjelasan sementara Puan Rohayu dan Encik Marzuki sudah tersenyum simpul. Faham benar apa yang ingin disampaikan oleh anak bongsu mereka itu.

“Tengok la nanti..!” Jawab Huzir penuh tersirat.

     Akhirnya masing-masing sudah malas menanti jawapan penuh dari Huzir lantas menyambung kembali menonton. Rumah yang selalunya sunyi sepi kini gamat dek suara ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba..

     Pap.! Satu tamparan kuat mengena belakang Faridz yang sedang asyik ketawa. Tawa Faridz mati seketika lalu menoleh ke arah Huda yang sedang mengekek ketawa. Serta-merta tawa Huda terhenti bila semua mata memandang ke arahnya.

 “Ha..kan Huzir dah cakap..! tu sikit je tu..! ada yang lagi teruk pun ada. Kat rumah tu yang selalu jadi mangsa, ni orangnya...!” Balas Huzir sambil menghalakan ibu jarinya ke arah Encik Marzuki. Merona merah wajah Huda bila  gelagatnya jadi perhatian dan sindiran.

 “Opts..sorry..! Tak sengaja..tindakan refleks.”  Kata Huda perlahan. Bibirnya digigit menahan malu.

Takpe..!sebelum ni pun tak pernah lagi rasa kena tampar macam ni.. Sedap pulak rasanya, tampar lagi..!”
Balas Faridz lalu memusingkan badannya menyuruh Huda menamparnya.

Huda semakin segan lalu mengangkat punggungnya beredar dari situ melangkah ke bilik. Sambil melangkah ke bilik, Huda masih mendengar yang ketawakannya..geram sangat!

 “Malunya aku..! Macam mana aku boleh tak ingat ada dia kat sebelah..!Ya Allah..apa aku nak buat ni..!”
Gumam Huda sendiri sambil ke hulu ke hilir berjalan dalam bilik Afini. Kedua telapak tangannya dirapatkan dan digosok laju agar rasa gugup tadi beredar pergi. Rasa kecewa turut sama bila tidak dapat menonton rancangan kegemarannya hingga selesai.

No comments: