2
****
HARI itu Huda mulakan harinya seperti hari-hari biasa. Cuma perasaannya sahaja yang dirasa sedikit berlainan. Entah kenapa hatinya terasa berdebar-debar sedikit. Selepas solat subuh tadi sempat Huda membaca Al-Quran dan berzikir. Sudah menjadi kemestian dalam hidupnya agar tidak lalai kepada suruhan yang Esa. Bagi Huda, selain merupakan satu ibadat, membaca Al-Quran merupakan satu terapi minda dan jiwa.Seperti biasa Huda melangkah penuh semangat untuk ke sekolah. Puan Rohayu yang sedang menyediakan sarapan tersenyum manis memandang ke arah anak tirinya yang sudah dijaga sejak umur lima tahun itu. Setiap hari ciuman ikhlas dari Huda pasti diterima sebelum anak tirinya itu melangkah keluar. Itu sudah cukup baginya tanda anak tirinya itu menerimanya dalam rumah itu. Huda adalah salah seorang anak tirinya yang rapat dengannya. Wajah Huda sentiasa buat hatinya tenang.
Apabila bayang Huda hilang dari pandangan, Puan Rohayu beralih semula pada kerjanya di dapur. Dia mengeluh lemah apabila tiba semula di pintu dapur selepas menghantar Huda ke pintu hadapan tadi. Suasana dapur yang suram itu sudah biasa pada pandangan matanya waktu pagi begini. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasai nikmat hidup sempurna seperti orang lain. Jika dulu hidupnya terumbang ambing sendirian. Pertemuan dengan suaminya benar-benar mengubah corak hidupnya dan mengajar erti hidup bersyukur. Puan Rohayu tahu, suaminya memilihnya sebagai isteri bukan kerana cinta tapi kerana rasa simpati dengan nasibnya yang sebatang kara. Di sebalik itu juga ketika itu suaminya amat-amat memerlukan seseorang yang boleh bergelar ibu pada anak-anaknya. Puan Rohayu tidak pernah meminta lebih pada Encik Marzuki. Cukuplah sekadar memberi tempat perlindungan untuk menumpang kasih. Semasa mengenali suaminya, Encik Marzuki hanyalah seorang guru sahaja.
HUDA bergerak tenang dengan skuter hitamnya dengan kelajuan 50-60 km/j. Sesekali bahunya menyungkit apabila tubuhnya disapa angin pagi yang menyejukkan. Perjalanan yang memakan masa selama lima belas minit itu dirasa terlalu lama. Jalan semakin sesak dengan kenderaan yang keluar masuk. Masing-masing dengan destinasi tersendiri yang kebanyakannya sudah tentu untuk ke tempat kerja. Ada juga yang baru pulang dari kerja yang mana berkerja shift malam. Memandangkan situ adalah kawasan perindustrian, kebanyakan warga di situ berkerja di kilang-kilang.
Untuk menuju ke sekolah, Huda terpaksa menempuh dua simpang. Nasib baiklah kawasan itu kawasan perindustrian. Jadi sudah tentu lampu isyarat banyak tersedia. Pengguna tidak perlu berebut-rebut memandang kekiri atau ke kanan. Apa yang penting harus dibuat adalah bersabar. Namun entah apa yang tak kena padanya hari ini, ketika ingin masuk ke simpang menuju ke sekolahnya, tiba -tiba sahaja sebuah kereta bersaing sama masuk menuju ke jalan yang sama. Huda panik. Nyaris-nyaris Huda terbabas ke sisi jalan. Huda berang. Nasib baiklah dia sempat menekan break. Kalau tidak, sudah tentu skuternya jatuh menyembah bumi. Dan tak fasal-fasal dengan dia sekali mencium bahu jalan.
“Woi.! Tak nampak ke lampu signal aku ni??? Taulah kereta awak tu besar..!” Tempik Huda geram dengan muka kelat. Panas Huda sedikit reda apabila pemandu kereta tadi mengangkat tangan tanda meminta maaf.
“Tau takut..!” Gumam Huda sendiri. Huda menoleh-noleh ke kiri dan ke kanan. Malu pula dirasa apabila ramai yang sedang memerhatikannya. Almaklumlah, waktu-waktu begini jalan itu memang sibuk dengan pelajar-pelajar sekolah yang baru tiba.
Sampai di kawasan parkir, sekali lagi Huda terserempak dengan kereta yang membuatkan harinya hampir-hampir malang.
‘Ada budak baru masuk kot! Tak pernah nampak pun kereta ni..!’ Bisik hati Huda sendiri. Huda segera melangkah ke kelasnya yang berada di blok D.
“Apahalnya Da? Aku tengok kau macam ayam berak kapur je. Pagi-pagi lagi dah monyok.” Tegur Hanom apabila melihat Huda menghempaskan begnya atas meja. Pelik. Tak pernah dia lihat sahabatnya itu angin pagi-pagi.
“Aku geram dengan sorang mamat tadi. Sakit hati aku tau!” Balas Huda dengan wajah kelat.
“Kenapa pulak? Dia mengorat kau? “
“Kalau setakat mengorat tu, aku tak kisah pun..! Yang aku geram sangat tu sebab dia buat aku hampir-hampir jatuh skuter tadi. Malu aku tau..!semua orang tengok aku.!” Ulas Huda sambil memasamkan wajah. Jelas terserlah kemarahannya.
“Lelaki ke perempuan.?”
“Lelaki la..! Takkanlah mamat tu nama untuk perempuan!” Jawab Huda bengang. “Tapi di sebelahnya perempuan, budak sekolah. Macam baya-baya kita je” Sambung Huda lagi.
“Ada budak baru masuk kot..!” Duga Hanom.
“Agaknya la..! Aku tak nampak jelas tadi sebab cermin keretanya gelap..”
“Encem tak.?” Tanya Anom galak.
“Eh, manalah aku tahu. Kan aku cakap tadi, aku tak nampak jelas..!”
Jawab Huda geram. Panasnya tak hilang lagi, sahabatnya itu sudah kemukakan soalan yang jelik.
“Hey..! janganlah marah..! Aku gurau je..!” Hairan Hanom dengan sahabatnya itu.
“Eh, ada budak baru masuk kelas kita la..!”
Huda dan Anom menoleh ke arah Mila yang bersuara. Pandangan mereka berkalih pula pada arah pintu apabila menyedari semua memandang ke arah itu. Kelihatan guru kelas mereka iaitu Puan Kartina sedang beriringan dengan seorang pelajar perempuan yang tidak bertudung.
“Cantikkan? Ada iras-iras macam Erra Fazira muka dia.” Bisik Anom. Huda menjawab dengan anggukan kepala sahaja.
“Okey kelas..! Hari ni saya nak kenalkan awak semua dengan seorang pelajar baru. ” Ucap Puan Kartina selepas menjawab salam dari semua pelajar.
“Budak ni kot yang kau cakap tadi?” Bisik Anom lagi.
“Mmm..agaknya la kot.” Balas Huda juga berbisik.
“Sombonglah.!” Kata Anom.
“Mm..aku baru nak cakap.”
“Dia tak pandai nak senyum..”
“Nanti kita ajar cara-cara nak senyum..”
“Nama saya Affini binti Ariffin. Saya dari Selangor.” Tiba-tiba pelajar baru tadi bersuara. Namun jelas di wajahnya belum ada tanda-tanda dia nak senyum. Huda dan Anom berbalas pandang berserta senyuman tanda penuh makna.
“Okey, Affini, awak duduk. Kalau ada apa-apa awak boleh berjumpa dengan ketua kelas atau saya sendiri.”
Pesan Puan Kartina pada Affini. Affini melangkah malas menuju ke arah sebuah meja dan kerusi kosong yang terdapat selang satu meja di belakang meja Huda dan Anom.
Huda dan Hanom menoleh ke belakang ingin menghulurkan senyuman tapi Affini hanya membalas dengan pandangan kosong. Huda dan Hanom menyebik dan menyungkit bahu.
“Dia tak layan daa..! ” Gumam Anom pada Huda. Akhirnya mereka sama-sama ketawa kecil.
LOCENG berbunyi tepat pukul satu tengah hari menandakan waktu persekolahan hari itu tamat. Semua sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing setelah penat mendengar suara-suara tenaga pengajar. Huda dan Hanom tidak terkecuali untuk bergerak pulang.
Langkah Huda terhenti seketika ketika tiba di kawasan pakir apabila melihat sebuah kereta yang dia kenali. Kelihatan juga seorang pemuda sedang elok bersandar di pintu kereta. Mm..macam tunggu seseorang. Ye..kereta itulah yang nyaris-nyaris buat malang hari ni. Huda mengeluh kasar.
“Nom, aku nak tunjuk mamat yang aku cerita tadi.”
Anom pantas menoleh memandang Huda. “Mana..mana?” Tanya Anom tidak sabar. Matanya liar memandang ke kiri ke kanan. Huda memuncungkan mulutnya ke arah luar pagar sekolah. Sudah diagak oleh Huda, Hanom pasti melopong jika melihat pemuda kacak.
“Biar betul Da..! Kalau aku, dari nyaris-nyaris kena langgar, aku sanggup kena langgar terus..!” Balas Hanom perlahan. Matanya masih terpaku pada pemuda yang dimaksudkan oleh Huda tadi. Huda menggeleng mendengar kata-kata Anom.
“Kalau dia langgar terus mati, kau sanggup?” Tanya Huda geram.
“Ngeee..” Anom tersenggeh malu hingga menampakkan sebaris giginya yang cantik.
“Agak-agaklah nak bercakap.!” Tempelak Huda geram. Dirasakan lawak sahabatnya itu tidak kena tempatnya.
“Encem lah Da..!” Bisik Anom.
Huda tersenyum sambil menggeleng kepala. Sahabatnya itu memang pantang jumpa lelaki, semua kacak. Pasti dia akan menyamakan dengan artis-artis terkenal. Tapi Huda tahu, walaupun sahabatnya begitu, Hanom bukanlah jenis gadis yang suka bersosial tak tentu arah. Baginya Hanom hanya jenis yang happy giler-giler. Sebab tulah dia senang berkawan dengan Hanom.
“Kau nak? Nanti aku tolong kau.” Seloroh Huda.
“Hish! tak payahlah..encem sangat. Susah nak jaga..!”
“La..pulak! Tadi aku tengok macam gedik sangat.!” Balas Huda bersahaja.
“Aku suka tengok saja. Lagipun tak padanlah dengan aku. Kalau aku, sesuai yang taf-taf macam Fahrin Ahmad ke..Adi Putera ke..! Yang ni aku tengok macam spesis Izu Islam, jambu sangat.! Ishh!..bukan taste aku la..tapi kalau dengan kau padan sangat. Kaukan cute, lawa..!”
“Mulalah nak merepek tu.! Oo..kalau kau padan dengan Fahrin Ahmad..! apa aku ni tak padanlah dengan hero-hero kau tu? Apalah..! Ada ke patut Izu Islam yang padan dengan aku?” Pantas Huda bersuara. Agak geram dengan pendapat sahabatnya yang suku-suku mereng tu.
“Dia tunggu siapa, ek?” Hanom bertanya selepas tersengeh-sengeh mendengar rungukan Huda.
“Affini kot?” Jawab Huda perlahan.
“Oo..jadi mamat tu abang Affini lah ye..?”
“Entah. Aku tak pasti. Boyfriend dia kot..!”
“Ala.! melepaslah aku..! Aku tengok macam Danial Henny, hensem giler..! Kau tak nak ke Da? Untung siapa yang dapat..!” Runggut Anom.
Huda ketawa kecil sedangkan dia sendiri tidak tahu siapa Danial Henny yang sahabatnya itu maksudkan. Agak lucu melihat telatah Hanom. Sudah faham dengan telatah kawannya tu.
“Dahlah! jom balik.! Aku nak tolong tadi, kata tak nak. Sekarang rasa menyesal pulak.!” Tegas Huda sambil menarik Hanom melangkah ke arah kawasan parkir yang terletak di tepi pintu pagar sekolah.
“Aku gurau sajalah..!” Balas Anom lalu turut bergerak.
“Eh Da! Jangan lupa petang ni.” Pesan Anom sebelum menggerakkan skuternya yang berwarna pink.
“Yelah.! Kita jumpa pukul tiga dekat sini.” Ujar Huda yang baru nak menghidupkan enjin skuternya. Setelah memastikan dia dalam keadaan selesa. Huda mula bergerak. Sampai di depan pintu pagar, Huda memperlahankan pemanduan kerana jalan yang agak sesak dengan pelajar yang berderu-deru mahu keluar. Tiba-tiba pandanganya berkalih pada seseorang. Huda gugup apabila sedar pemuda itu sedang memandangnya dan menghulurkan senyuman. Huda cuba beriak selamba. Huda semakin gugup apabila senyuman pemuda tadi semakin lebar merenungnya.
‘Eh, dia senyum kat aku la..’ Bisik Huda sendiri. Pergerakan Huda terbatas dengan jalan yang sesak. Apabila skuternya bergerak ke arah hadapan pemuda tadi, sekali lagu Huda terpaksa berhenti apabila ada sekumpulan pelajar yang melintas di hadapan skuternya.
“Assalamualaikum..!” Sapa pemuda itu bila Huda berhenti betul-betul di sebelah kereta pemuda tadi. Huda gugup sambil menoleh ke arah pemuda yang sedang berdiri sedepa darinya.
“Awak cakap dengan saya ke?” Tanya Huda was-was. Manalah tahu, disitukan ramai yang lalu lalang. Tak mustahil kalau salam itu bukan ditujukan pada dia.
“Ye..saya nak cakap dengan awak sekejap. Boleh awak ketepi sikit, sebab ramai yang nak lalu tu..!”
Huda berfikir sejenak. Risau juga kalau pemuda itu mahu berniat jahat. Tapi bila memikirkan yang mereka berada dalam kawasan sekolah, Huda cuba berfikir positif. Dengan perlahan Huda bergerak ke tepi jalan. Dalam pada itu dapat dirasa jantungnya hampir seperti nak meletup bila memandang wajah bersih di hadapannya.
“Awak takut dengan saya ke?” Tiba-tiba pertanyaan itu jelas kedengaran di telinga Huda.
“Err..!” Huda gugup.
“Ke..awak malu dengan saya?”
Huda semakin gelabah. Akhirnya dia sekadar mampu menunduk dan sedetik kemudian barulah dipanggungkan kepala memandang wajah di hadapannya itu.
“Err..saya..mm..awak nak cakap apa ye?” Cepat-cepat Huda beralih pada topik asal. Dicuba memandang wajah itu dengan serius.
“Nama saya Faridz. Awak boleh panggil Abang Faridz sebab saya tua dari awak.” Faridz memperkenalkan dirinya. Sejuk pandangannya bila memandang seraut wajah Huda. Cantik.! Itulah yang terlintas di dalam fikirannya bila dapat menatap wajah Huda dari jarak dekat. Kulit cerah yang tiba-tiba merah menyerlahkan lagi keayuan pada raut wajah mulus yang bertudung.
‘Mm..tadi macam garang sangat!’ Bisik hati Faridz bila terkenang kembali insiden pagi tadi.
Huda sekadar mendengar. Sesekali pandangannya memandang ke wajah Faridz. Melihat wajah muda Faridz, dirasa seperti rakan sebaya. Tidak kelihatan pun yang pemuda itu lebih tua darinya. Jadi untuk memanggil seperti yang disarankan oleh Faridz tadi, dia agak janggal.
“Nama awak Farathul Huda. Mm..sedap nama tu. Sesuai dengan awak.”
Huda tersentak apabila Faridz menyebut nama penuhnya. Nasib baik tak di sebut nama abahnya sekali. Segera Huda memandang tepat ke wajah Faridz yang masih tersenyum. Huda mengangkat kening minta penjelasan. Faridz yang seakan mengerti dengan telatah Huda segera menghalakan jari telunjuk ke arah dada Huda. Huda tergamam dan segera memandang ke arah apa yang dimaksudkan oleh Faridz. Huda tersenyum apabila melihat tag namanya tergantung di tudung sekolah berwarna putih yang dipakai.
“Saya ingat awak ni keturunan Nujum Pak Belalang..?” Jawab Huda sinis sambil dalam hatinya mengeluh lega.
Sindiran Huda buat Faridz ketawa sambil menggoyangkan jari telunjuknya.
“Pandai jugak awak bergurau ye? ” Ujar Faridz sambil asyik merenung wajah Huda yang masih merah kerana menahan malu.
“Sebenarnya saya nak minta maaf fasal pagi tadi. Nyaris-nyaris skuter awak terkiss kereta saya.” Jelas Faridz maksud perjumpaan mereka itu.
Huda tersentak dengan penerangan Faridz. Dirasakan ada kesilapan di situ.
“Opptss..! Sorry ye..! Bukan skuter saya yang ter..kissss kereta awak. Tapi kereta awak yang ter..gatal nak kisssss skuter saya.!” Balas Huda dengan nada sedikit geram. Faridz tersentak.
“Sory sory sory..! ye.. salah saya..!” Balas Faridz mengaku kesilapan, malu sambil mengetap bibir merahnya.
“Nasib baik tak jadi apa-apa. Kalau tak..!” Huda menggantungkan kata-katanya sambil menjeling tajam ke arah Faridz yang asyik merenungnya.
“Kalau tak, kenapa.?” Tanya Faridz lucu.
“Faham-faham sendirilah ye..saya ni ada pengalaman pecah kereta orang tau..!” Kata Huda sambil tersenyum mengusik. Faridz tersentak sambil tersenyum manis.
“Mm..ye ke? boleh percaya ke ni..?” Tanya Faridz sambil mengaru-garu dagunya yang terhias dengan sedikit janggut sejemput yang rata. Niatnya yang sebenar ialah untuk melengah-lengahkan Huda agar dapat berbual lama dengan gadis itu.
“Awak tak kenal saya lagi..!” Kata Huda yakin.
“Oo..kalau macam tu, biar saya kena kenal dengan awak lah ye..? Mm..apa kata kalau saya nak kenal dengan awak?” Kesempatan begitu memang ditunggu-tunggu.
“Eh. Kan dah kenal tadi..! Siap nama penuh awak sebut..!”
“Baru tau nama! yang lain saya tak tahu lagi..! Nama bapa, tinggal di mana, tarikh lahir, tempat lahir. Dan yang penting nombor telefon.” Jawab Faridz tersengeh-sengeh. Huda melopong.
“Eh. Awak buat apa dekat sini.?” Tanya Huda cuba mengalih tajuk perbualan. Faridz tersenyum dengan sikap gelabah Huda. Dia tahu Huda mahu mengelak.
“Saya tunggu adik saya. Dia baru masuk hari ni..”
“Oo..jadi awak ni abang Affini.?”
“Kenal ke?” Tanya Faridz selepas tersentak dengan pertanyaan Huda.
“Dia sekelas dengan saya..”
“Oo..ye ke..!” Dalam hati, Faridz sudah tersenyum riang.
“Tapi kenapa dia tak keluar lagi.?”
“Entah. Ada hal kot..! Dia kan baru lagi. Banyak urusan. Mm..saya balik dululah ye..! Dah lewat ni. Lagi pun petang ni saya ada aktiviti padang pulak..!” Cepat-cepat Huda menghidupkan enjin skuternya.
“Eh, awak tak jawab lagi soalan saya tadi.” Tiba -tiba Faridz bersuara.
“Oh. Fasal tadi tu awak jangan risau lah ye..! saya dah maafkan awak.! Lagipun skuter saya okey.. Saya balik dulu.!” Balas Huda bersahaja. Sebenarnya dia tahu maksud Faridz, sengaja dia cuba mengelak.
FARIDZ termanggu sendiri melihat Huda pergi hingga hilang dari pandangan matanya. Faridz tersenyum sendiri. Fikirannya masih kepada raut wajah Huda yang ayu.‘Siapa dia ni.?’ Tanya hati Faridz sendiri. Tak sabar-sabar untuk menanti hari esok agar dapat bertemu lagi seraut wajah itu. Ditambah pula adiknya yang sekelas dengan Huda, semakin riang hatinya. Akan dicuba mendekati dan mengenali hati si gadis.
“Betul ke tak betul ni.?” Tanya Affini sambil merenung wajah Faridz yang sedang memandu. Dia sedar, sejak tadi abangnya asyik senyum sendiri. Bukan dia tak nampak abangnya itu sedang berbual dengan seorang pelajar perempuan, cuma dia tak nampak jelas wajah pelajar itu. Apabila dia sampai di situ, pelajar perempuan itu sudah pergi.
“Along ni kenapa.?” Tanya Affini tiba-tiba. Namun Faridz hanya membalas dengan senyuman manis. Faridz menoleh ke arah Affini yang sedang mengerutkan wajah hairan.
“Along nak minta tolong sikit boleh.?”
Affini semakin hairan. Wajah Faridz yang tersenyum-senyum dipandang penuh seribu persoalan. Rasa marahnya pada Faridz tentang kejadian pagi tadi masih bersisa.
“HAA..leganya..!” Kata Huda sendiri ketika kakinya menjejaki lantai biliknya. Beg yang disandang diletakkan di atas meja tulis yang terletak di tepi katil kayunya. Huda selesakan dirinya duduk di atas birai katil dan terus merebahkan tubuh langsingnya. Menerawang matanya memandang siling putih sambil menyegarkan badannya yang mulai sejuk. Ingatan Huda terlayar kembali pada peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Cara senyuman dan renungan Faridz benar-benar buat dia tak senang duduk. Hingga kini dia masih lagi membayangkan Faridz sedang tersenyum padanya. Huda tersenyum sendiri dan akhirnya dia sendiri termalu.
“Astaghfirullah..apa kena dengan aku ni..? Tak boleh jadi ni..!” Bentak Huda perlahan lalu kepalanya digeleng berkali-kali. Dia sedar fikirannya sudah keterlaluan. Sebelum ini pernah ada yang datang menagih kasihnya, namun dia tak pernah membalas kerana dia tidak ada apa-apa perasaan pada mereka. Baginya mereka itu sekadar kenalan dan rakan. Tambah pula dalam fikirannya masih ada yang lebih penting harus diutamakan.
Peristiwa tadi harus dilupakan.! Titik nokhtah. Segera Huda bangun lalu menuju ke arah penyidai kayu di mana letaknya tuala dan telekungnya. Tuala warna merah jambu muda yang tersidai elok dicapai dan terus melangkah ke bilik air.
Huda mula bersiap untuk ke sekolah semula selepas berdating dengan yang maha Esa sebentar tadi. Walaupun rasa penat pulang sekolah tadi masih terasa, digagahkan juga dirinya untuk bersukan.
“Ah! tak lama.. minggu ni saja lagi. Lepas ni bolehlah tenang sikit.” Bisik Huda cuba memujuk hatinya yang risau tentang kehadiran SPM tak lama lagi.
“Tak penat ke anak umi ni..? Pagi sekolah, petang sekolah, nasib baiklah malam tak sekolah..!” Tegur Puan Rohayu ketika Huda sedang mahu menjamu makan tengaharinya.
“Penat juga mi. Tapi tak apalah..kejap saja ni.. Start minggu depan Huda dah pencen pegang kayu ni.. Hari ni last traning, sebab sabtu ni dah nak lawan..” Terang Huda sambil tersenyum.
“Baguslah kalau macam tu. Lepas ni bolehlah tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran pulak.” Balas Puan Rohayu sambil menuangkan segelas air sejuk lalu dihulurkan pada Huda.
“Insyaallah mi!”
DI padang Huda sudah nampak kelibat beberapa orang rakan-rakannya yang sedang menanti untuk memulakan latihan. Namun bayang Hanom masih belum kelihatan. Huda setia menanti di tempat pakir dan akhirnya lima minit kemudian kedengaran bunyi hon skuter Hanom. Huda tersenyum lega.
“Dari jauh aku tengok kau tersengeh-sengeh dah macam kerang busuk, apasal.? Ha..ni mesti ada apa-apa ni..!” Hanom serkap jarang sambil mematikan enjin skuternya.
“Ada benda aku nak ceritakan dekat kau ni..! Nantilah, lepas latihan aku story mori kat kau ek..!” Ujar Huda sambil mengetap bibir menahan senyum malu. Hanom yang menyedari sikap pelik Huda mengangkat kening minta penjelasan segera. Tak sabar rasanya nak dengar cerita Huda.
“Nantilah..!” Rayu Huda lembut.
Mereka melangkah laju ke arah padang yang terletak sepuluh meter dari tempat pakir. Melihatkan masih ada yang belum datang Huda dan Hanom ambil keputusan untuk melepak di tepi padang.
“Ceritalah..!” Desak Hanom. Huda serba salah. Memang sejak dari rumah tadi dia berhasrat nak ceritakan pada Hanom. Antaranya dan Hanom memang tiada rahsia. Huda senang bersahabat dengan Hanom yang dia kenal sejak dari sekolah rendah lagi.
“Kau ingat tak fasal mamat yang nyaris langgar aku tadi.?”
Hanom mengangguk laju sambil tersenyum. Seperti dah faham apa yang nak Huda sampaikan.
“Dia mengorat kau?” Sampuk Anom ceria.
“Dia tak mengorat tapi dia nak kenal dengan aku..”
“Samalah tu..! Eh baguslah..! Aku sokong je..!” Balas Hanom dengan nada riang. Huda menjeling sambil memuncungkan mulutnya. Hanom ketawa kecil.
“Kau tak faham..!” Huda berdesit perlahan.
“Aku faham. Kau takut jatuh cintakan?”
Melihat Huda diam tak berkutik, Hanom tersenyum.
“Apa yang kau nak takutkan? Dia bukan nak ajak kau kawin, dia cuma nak berkawan..”
“Aku takut aku lalai..!”
“Semua tu bergantung pada diri sendiri. Kalau kau dah setkan dalam kepala otak kau yang pelajaran tu penting, kau tak perlu risau. Lainlah kalau kau rasa dia lebih penting dari pelajaran. Berkawan tak salah asalkan kau pandai membahagikan masa. Aku tak galakkan kau terima dia tapi dalam masa yang sama aku suka kalau kau terima dia sebagai kawan. Bukan bercinta pun..tapi dari cara kau cakap tadi aku dapat rasa yang dia syok kat kau..”
Huda menjeling tajam pada Anom.
“Itu yang aku risaukan. Memang tak salah berkawan. Tapi bila terjalinnya hubungan walaupun sekadar kawan biasa antara kaum adam dan hawa, akan lahirlah perasaan lain. Kau mesti faham maksud aku. Kita bukan budak-budak lagi, Nom..!”
Hanom merenung tajam selepas mendengar kata-kata Huda. “Maksud kau perasaan cinta?”
Huda tak menjawab soalan Hanom tapi sekadar mengeluh lemah. Pandangannya dilontarkan ke tengah padang yang menghijau.
“Kau takut bercinta, Da?” Tanya Anom sambil mengerutkan wajah seakan pelik dengan sikap Huda.
“Aku tak takut bercinta, tapi aku takut lalai sebab cinta. Sekarang aku nak tumpukan sepenuh perhatian aku pada pelajaran saja. Bab-bab cintan cintun ni biarlah dulu..”
Pendapat Huda itu buat Hanom mengeluh. Seketika kemudian dia mengangguk tanda faham. Memang diakui sahabatnya itu amat berat soal pelajaran. Tak hairanlah kalau dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, sahabatnya itu selalu berada di tempat pertama tiap kali peperisaan akhir tahun. Mendengar cita-cita Huda yang Huda suarakan sejak sekolah rendah dulu sudah cukup buat Hanom melopong. Tapi dia yakin Huda mampu meraih apa yang dihajadkan.
“Eh, cikgu datang lah..jom.!” Bisik Huda lalu bangun melangkah bersama Hanom ke tengah padang.
No comments:
Post a Comment