4
************
“Dah ready ke..?” Tanya Encik Marzuki sambil memeluk bahu anak gadisnya itu ketika langkah Huda mula mendekat.
“Dah bah..! dari semalam rasa tak sabar-sabar dah..rasa macam nak pergi berperang pulak..” Huda cuba berseloroh menutup rasa terujanya.
“Jangan sampai menitiskan darah sudah lah..abah tak sanggup tengok anak abah berperang sampai cedera..”
“Nama pun berperang bah. Abah jangan risau lah..! anak abah ni kuat. Kalau cedera pun masih boleh bertahan, menangis jauh sekali.” Huda cuba berseloroh sambil ketawa kecil, cuba memujuk abahnya yang sudah mula berubah air muka. Lengan Encik Marzuki dirangkul kemas lalu mengajak ke meja makan untuk bersarapan. Nasi goreng yang dimasak oleh Puan Rohayu tadi disendukkan lalu menyerahkan kepada Encik Marzuki yang sedang menghirup kopi. Layanan anak gadisnya pagi itu membuatkan hati Encik Marzuki tersentuh.
“Jangan makan banyak sangat Huda..nanti tak larat nak berlari..!” Pesan Encik Marzuki ketika melihat Huda menyendukkan nasi goreng untuk dirinya sendiri. Huda hanya tersenyum malu sambil mengangguk.
“Dah lama Huzir nak tanya. Kakak tak takut ke main hoki tu? Permainan tu kan bahaya! Silap-silap hidung akak yang ala-ala anak mami tu senget sebab kena hentam dengan kayu keras tu..Ish.! Kalau Huzirlah, Huzir takkan pilih sukan macam tu..!”
Encik Marzuki hanya menjeling ke arah anak bongsunya kerana fikirannya itu sama seperti Huzir. Hatinya tiba-tiba rasa tak selesa. Sudah lama ingin disuarakan seperti yang Huzir suarakan tadi, cuma dia risau kalau-kalau Huda terasa. Bukan dia tidak tahu tentang sukan yang menjadi minat anak dara suntinya itu kerana zaman dia di universiti dulu, dia dan arwah Azimah turut menjadi pemain dalam sukan itu. Dia sendiri turut pernah merasa betapa azabnya bila kakinya dihentam kuat dengan kayu keras semasa menjalani latihan di padang.
“Akak main hoki ni dah 3 tahun. Tak pernah pulak kena hentam dengan kayu hoki tu. Bukan akak nak cakap besar. Terus terang akak cakap, memang akak tak pernah kena ! tapi malang tak berbau kan! mana tahu hari ni akak nak kena masa final..!” Balas Huda sambil tersengeh-sengeh.
“Kalau menang, berbaloilah kalau kena hentam. Tapi kalau kalah, merana beb..!” Balas Huzir bersahaja.
“Harap-harap tak ada apa-apa yang jadi lah ye..!” Sampuk Puan Rohayu pula.
“Insyaallah mi..abah.. jangan risau okey..!” Kata Huda sambil menggosok-gosok bahu Encik Marzuki yang kelihatan kurang ceria.
KETIKA sampai di stadium sudah ramai yang menanti. Huda mencari-cari bayang ahli pasukannya yang mungkin awal sampai darinya. Senyumannya melebar bila terpandangkan lambaian Hanom dari jauh. Huda mengorak langkah menuju ke arah Hanom yang sedang berkumpul dengan ahli-ahli pasukannya yang lain.
“Sorry coach..lambat sikit..!” Sapa Huda ke arah jurulatihnya yang sedang memandang serius kepadanya.
“Nasib baik awak sempat, kalau tak saya takkan banarkan awak bemain..” Usik Cikgu Hasnol mesra. Masakan dia hanya mahu melihat anak didiknya itu datang tanpa bermain. Huda merupakan satu-satunya harapan untuk pasukannya menang. Anak didiknya itu macam peluru, kecil-kecil cili padi.
Huda hanya tersengeh dengan usikan jurulatihnya itu. Sudah maklum dengan jurulatihnya yang suka bergurau. Sepatutnya Huda datang bersama ahli pasukannya dengan menaiki bas sekolah. Tapi memandangkan keluarganya turut hadir, Huda membuat keputusan untuk datang bersama keluarganya sahaja.
“Team kita akan berentap dengan pasukan sekolah TLDM dulu. Kalau menang kita layak ke pusingan seterusnya. Dan kalau menang lagi tiga kali berturut-turut, kita layak ke final. Buat masa ni awak pergi buat aktiviti memanaskan badan dulu kat sana..” Kata Cikgu Hasnol lagi sambil menunjukkan ke arah hujung padang yang kelihatan kosong.
Huda dan rakan-rakan melangkah penuh semangat ke arah tempat yang jurulatih mereka maksudkan tadi. Sambil bergerak pantas Huda hanya menunduk, tak sanggup rasanya memandang ke arah penonton yang ramai. Telinganya menangkap satu suara yang menjerit memanggil namanya dan Hanom. Huda tercari-cari namun bayang empunya suara masih belum kelihatan. Sehinggalah Hanom bersuara.
“Amboi..! Encik abam datang bagi sokongan..romantiknya..!” Bisik Hanom perlahan ke telinga Huda. Huda tersentak lalu memandang tepat ke wajah Hanom yang sedang tersenyum simpul. Matanya membuntang.
“Apa kau cakap.?”
“Aku cakap..buah hati kau ada kat sana..! “ Jawab Hanom sambil memberi isyarat mulut dan mata ke arah penonton.
Lantas Huda menoleh, bibirnya terukir senyuman apabila melihat Affini melompat-lompat melambai ke arahnya. Senyumannya mati seketika bila terpandangkan Faridz yang berdiri di sebelah Affini. Senyuman dan lambaian tangan Faridz memaksa Huda untuk membalas. Cukuplah sekadar senyuman bersahaja dan anggukan menandakan tanda berterima kasih kerana sudi menghadirkan diri untuk sokongan. Langkahnya diatur semula ke tempat yang ingin dituju.
Sesi memanaskan badan Huda rasa sedikit kekok. Dapat dirasakan ada yang sedang memerhatikannya. ‘Rasa menyesal pulak menjemput orang tu datang’. Dicuba untuk bertenang dan akhirnya wajah Faridz hilang dengan sendiri dari ingatannya. Begitulah Huda, apabila melakukan sesuatu dia hanya dengan dunianya. Di padang dia hanya inginkan kemenangan, tapi bila mengadap buku dia inginkan pengetahuan dan kejayaan.
PRITT.!! Wisel yang berbunyi menandakan perlawanan baru bermula. Huda dan rakan-rakannya berusaha sedaya mungkin untuk menjaringkan gol. Melihatkan pihak lawan yang bertubuh agak besar, Huda merasa sedikit gentar pada pemulaannya. Mana tak besar..nama pun sekolah tentera, dah tentu biasa melakukan senaman berat. Namun bila dah berhadapan di padang, Huda dapat rasa kemenangan akan berada di pihaknya. Hampir 20 minit bermain akhirnya Huda dapat menyumbat satu mata ke gawang gol lawan. Bunyi wisel dari pengadil mengesahkan gol dan serta merta melebarkan senyuman Huda dan pasukannya. Mata 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama. Huda mendengar arahan jurulatihnya memberi komen tentang corak permainan mereka penuh semangat. Masih banyak yang perlu jurulatih mereka perlu ingatkan walaupun kata-kata yang dilemparkan selalu sangat mereka dengar semasa sesi latihan dahulu. Masuk separuh masa kedua Huda nekad untuk menambah jaringan. Dia sebagai penyerang bahagian kanan terpaksa berhempas pulas dengan Saldatul yang merupakan penyerang bahagian kiri. Minit ke 35 sekali lagi Huda berjaya menjaringkan gol, tak dapat di ungkap dengan kata-kata apabila melihat sorakan yang kuat dari jurulatihnya. Hatinya semakin kembang apabila ucapan syabas dari Encik Hasnol. Sehingga tamat permainan mata kekal 2-0. Pasukan sekolah Huda berpuas hati. Menanti perlawanan seterusnya yang bakal bertemu dua buah sekolah lagi dan andai pasukannya terus maraih mata kemenangan mereka layak ke final.
SUDAH 2 minggu berlalu peristiwa di padang. Selama seminggu Huda menjadi warga hospital dan akhirnya dia dibenarkan keluar dari hospital setelah mendapat rawatan selepas cedera di bahagian hidungnya. Hentaman yang kuat oleh pertahanan pasukan lawan membuatkan tulang hidungnya retak. Huda termenung sambil membelek medal yang diperolehi. Turut diterimanya adalah hadiah selaku pemain terbaik dan penjaring terbanyak. Rasa sakit hilang seketika bila Cikgu Hasnol menyerahkan hadiah ketika dia masih ditahan di wad.
Rasa bosan mula beraja kerana sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah. Setiap hari Hanom pasti akan menghantar email mengenai apa yang dipelajari di sekolah. Huda tidak mahu tertinggal walau sedikit pun. Walaupun bengkak di batang hidungnya semakin surut, sakitnya masih terasa. Usahkan untuk mengunyah makanan, nak bercakap pun agak sukar baginya. Waktu solat pun Huda terpaksa bersolat duduk kerana hidungnya akan terasa lebih sakit hingga ke kepala ketika bersujud. Namun itu bukanlah alasan untuk dia tidak terus bersolat.
Apabila mengenangkan hari malangnya itu, Huda tiba-tiba tersenyum sendiri. Langkah yang diambil benar-benar memakan dirinya sendiri. Kata-kata terakhirnya menjawab kepada soalan adiknya Huzir benar-benar terjadi. Huda pasrah dan redha atas ketentuan ilahi. Huda sendiri tidak menyedari apa yang telah terjadi pada dirinya. Disaat pasukannya dihadiahkan penalti , Huda sudah bersedia di depan kawasan D. Bola keras yang diseret oleh Saldatul ke arahnya ditampan cantik oleh Kartina yang sedang menanti di sebelah Huda. Huda yang ditugaskan untuk memukul tidak terus memukul malah terpaksa membongkok sedikit badannya untuk menolak sahaja bola kecil itu ke pintu gol. Tektik yang digunakan adalah untuk mengaburi pihak lawan akhirnya memaka diri sendiri. Pertahanan lawan yang sedang laju berlari ke arahnya untuk menahan bola yang disangka akan dipukul oleh Huda telah menghayun kayu hingga terkena hidungnya. Tiba-tiba Huda tergamam. Huda tidak merasa apa-apa kesakitan, cuma tiba-tiba dirasakan mukanya panas dan mengembang kebas. Bila terasa hidungnya mengalirkan sesuatu cecair pekat, Huda rebah di tengah padang bila melihat darah pekat mengalir keluar dari hidungnya. Bunyi wisel menandakan jaringan akhirnya selamat ke gawang gol pihak lawan hanya kedengaran sayup-sayup. Namanya dipanggil bersilih ganti oleh rakan-rakan, tiba-tiba pandangannya gelap. Apabila tersedar wajah Encik Marzuki yang sedang berada di sisinya dipandang sayu
“Huda menang bah!” Bisik Huda ke telinga Encik Marzuki ketika tubuhnya dirangkul oleh abahnya yang sedang sebak. Encik Marzuki yang tidak dapat mengeluarkan kata-kata hanya tersenyum kelat dan mengangguk. Huda terasa bersalah kerana membuatkan hati orang tuanya terseksa melihat dirinya yang cedera. Teringatkan perbualannya bersama abahnya pagi itu, berharap agar tidak ada yang buruk terjadi namun terjadi juga.
Peristiwa di hospital tiba-tiba turut menjelma di ruangan mata. Tebalnya rasa muka hanya tuhan yang tahu. Hidungnya yang seakan sama seperti badut sarkas dipandang sepi oleh Faridz dan Affini yang ketika itu datang melawat. Tiada apa yang dibualkan kerana Huda tidak dapat bercakap. Hanya bahasa isyarat sahaja yang digunakan, tidak pun Huda akan menjawab pertanyaan dengan cara bertulis. Geram pulak dengan sikap Afini yang seperti sengaja meninggalkan Faridz bersendirian dengannya di bilik itu.
“Ya Allah.! Aku lupa..! Ada barang aku nak bagi. Kejap ek, aku pergi ambil. Tertinggal dalam kereta..!”Kata Afini tiba-tiba sejurus selepas lima minit berada dihadapan Huda yang sedang duduk atas katil sambil bersandar di kepala katil. Huda yang tidak boleh bersuara hanya mampu melihat Affini keluar tanpa sempat dia menghalang.
‘Ngeee.. Minah ni saja je ni..’
“Macam mana hari ni..sakit lagi..?” Tanya Faridz sambil membelek hidung Huda yang cedera. Soalan Faridz dijawab dengan anggukan sahaja. Huda menunduk malu bila wajahnya diperhati begitu. Kelihatan Faridz hanya mengeluh kesal. Huda serba salah lalu mengeluarkan sebuah buku yang digunakan untuk bertanya dan menjawab dari bawah bantalnya. Pen dicapai lalu mula menulis.
“Awak tak penat ke berdiri dari tadi.? Duduklah. Saya sedang senyum ni tapi tak boleh nak tunjuk. Sorry ye..hidung saya sakit kalau senyum atau bercakap. Hahaha… Lagi satu, kalau awak belek muka saya macam tu lagi, saya menyorok bawah katil. Saya malu tau.!”!
Lalu dihulurkan buku yang siap ditulis tadi kepada Faridz. Faridz teragak-agak menerima namun diambil juga apabila melihat wajah Huda seperti mendesak. Matanya membuntang sambil membaca, tiba-tiba bibirnya terukir senyuman malu. Bangku yang sedia ada di sebelah katil ditarik perlahan lalu melabuhkan duduknya
“Awak dah makan..?”
Huda hanya menggeleng kepala menjawab soalan Faridz lalu mengambil semula buku tadi lalu menulis sesuatu.
“Saya tak ada selera nak makan. Hidung saya ni berdenyut kalau saya kunyah makanan. Saya dah cuba tapi tak boleh. Awk ada cadangan apa yang harus saya makan selain bubur. Perut saya lapar sangat ni tapi saya tak lalu telan bubur”.
Faridz tersenyum hambar membaca ulasan Huda. Rasa simpati pulak. Faridz akui, kalau dia sendiri pun rasa tak lalu nak telan kalau setiap hari hanya menu bubur menjadi santapan.
“Mm..kalau saya cadangkan kentang putar dengan aiskrim macam mana? Cukup lah sekadar mengalas perut awak yang lapar untuk hari ni. Tapi esok awak kena makan bubur nasi sikit, nasi tu penting, kalau tak nanti awak hilang tenaga.” Cadang Faridz panjang lebar.
“Senyuman saya sedang melebar sampai ke telinga ni. Bermakna saya terima cadangan awak tu. Terima kasih banyak-banyak..!”
Ketawa Faridz terburai apabila selesai membaca.
“Kalau macam tu awak tunggu sampai saya datang balik, nanti saya suruh Fini datang temankan awak..okey..?”
Huda hanya membalas dengan anggukan.
“Huda..! Huda...!”
Laungan namanya dari bawah menamatkan masa lamunannya. Suara Encik Marzuki lantang memanggilnya untuk entah kali keberapa, Huda sendiri kurang pasti. Melamun memang mengkhayalkan,makin dilayan makin menjadi-jadi pulak rasa asyiknya. Huda mengeluh kesal kerana terlalu melayan perasaan.
“Ye abah..Huda turun..!” Jawab Huda sambil menyusun langkah menuruni anak tangga yang terletak di tengah-tengah rumahnya. Melihatkan wajah orang tuanya yang pulang untuk makan tengahari Huda berwajah riang.
“Huda buat apa kat atas tu..? Banyak kali abah panggil, tak dengar ye..?” Tanya Encik Marzuki lembut sambil menarik tangan anaknya agar menuju ke dapur untuk makan tengahari bersamanya.
“Huda tak buat apa-apa pun..! Huda tak sedar abah dah balik. Abah nak makan ye..?” Huda cuba mengalihkan perhatian Encik Marzuki agar aktiviti tak berfaedahnya tadi tidak dikesan.
“Bila Huda boleh sekolah.?” Tanya Puan Rohayu yang sedang menyendukkan nasi.
“Rasanya minggu depan dah boleh kot..! Bengkak pun dah baik cuma sesekali terasa berdenyut-denyut sikit. Dah tak sabar nak pergi sekolah, bosan giler cuti lama-lama. Umi pulak bukan nak bagi Huda tolong-tolong kat dapur, boring asyik rehat je..! Kalau lama-lama macam ni boleh gemuk Huda.”
Gumam Huda sambil memuncungkan mulutnya. Telatah Huda dibalas dengan ledakan tawa Encik Marzuki dan Puan Rohayu. Suka benar mereka melihat telatah Huda begitu.
“Gemuk ke? Abah tengok makin kurus ada la..! Umi kata Huda tak lalu nak makan bubur tiap-tiap hari, sebab tu badan pun dah macam lidi. Huda nak makan apa..? cakap, nanti abah carikan..!”
Huda tersenyum dengan kata-kata Encik Marzuki. Entah kenapa tiba-tiba dia teringatkan Faridz yang pandai mencadangkan menu untuknya ketika di hospital. Kesan dari makan kentang putar berlebihan, dia tersandar keletihan kerana terlalu kenyang. Faridz dan Affini turut makan bersama ketika itu setelah dipelawa oleh Huda. Masakan tidak diperlawa kerana kentang putar dan aiskrim yang dibeli oleh Faridz terlalu banyak, manakan boleh dia habiskan seorang diri. Lantas diajak mereka berdua makan sekali, Lagipun Huda kurang berselera jika makannya tidak berteman. Itu lah kenangannya bersama Affini dan Faridz. Walaupun tidak banyak yang dibualkan sudah cukup buat Huda hampir menjerit beberapa kali kerana hampir-hampir mulutnya terukir senyuman. Gelagat Faridz yang tidak henti-henti mengusik adiknya cukup menghiburkan. Huda terpaksa menahan tawa bila melihat dua beradik itu bercakaran.
Tiba-tiba rasa rindu pulak pada 2 insan yang baru dikenalinya itu. Sepanjang dia di hospital hanya sekali sahaja kedatangan Faridz. Cuma Affini saja yang kerap datang bersama Hanom dan rakan-rakan yang lain. Huda akur kerana Affini sudah maklum akan hal itu kepadanya memandangkan Faridz sibuk di pejabat.
“Cakaplah..! Huda nak makan apa..melamun pulak..!” Tempelak Encik Marzuki sambil mengeleng hairan ke arah Huda yang sedang tersenyum malu.
“Huda nak makan kentang putar dengan aiskrim perasa keladi..” Ujar Huda perlahan sambil tersengeh-sengeh.
Encik Marzuki berasa pelik lalu mengerutkan wajahnya memandang Huda.
“Beli sajalah bang..! anak nak makan, apa salahnya..!” Sokong Puan Rohayu tiba-tiba.
“Nanti abah belikan..” Kata Encik Marzuki serba salah setelah melihat wajah anak kesayangannya penuh mengharap.
Huda tersenyum riang. Bubur di hadapan mata yang masih bersisa ditolak ketepi, tak mampu lagi masuk ke kerongkongnya. Tekaknya sudah kembang mengadap bubur nasi tiap-tiap hari.
“Mi..! Nanti tolong masakkan nasi lembik dengan sup ayam. Huda rasa Huda dah boleh kunyah makanan perlahan-lahan. Huda dah tak boleh terima bubur, rasa kembang tekak ni..!” Ujar Huda sambil merengek manja.
“Ye lah.. Makan malam nanti umi masakkan. Kasihan anak umi, boleh tengok aje hidangan ni depan mata.”
Balas Puan Rohayu sambil matanya tumpah ke arah hidangan yang disediakan atas meja untuknya dan Encik Marzuki..
Huda tersenyum kelat lalu bangun meninggalkan suami isteri itu terus menjamu selera. Langkahnya diteruskan keluar rumah, menuju ke arah taman mini milik uminya, mengharapkan ketenangan di situ.
No comments:
Post a Comment