PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 30 November 2014

BAB 9(3) : TERTULIS KAU MILIKKU

TOMBOL pintu dipulas perlahan. Susuk tubuh yang terbaring sambil tangannya di atas dahi itu yang dicari dari tadi. Afini mengeluh lemah. Risau benar jika penyakit lama abangnya itu kembali beraja dalam diri.

 “Long.! long sakit ye..?” Tanya Afini lalu menyentuh kepala Faridz. Bibirnya tersenyum kerana abangnya masih sihat.

 “Along dah makan..? Jom kita makan.! Huda kata dia masak cucur udang tadi.”

 “Along dah makan dengan Huda tadi..!”  Bohong Faridz lalu bangun dan menyandarkan badannya di kepala katil. Matanya dipejamkan menahan rasa sakit di kepala.“Huda sakit lagi..?” Tanya Faridz lemah.

     Afini menjawab dengan gelengan kepala. “Along tau kenapa dia sakit..?”

 “Salah along jugak..! tak dapat kawal perasaan. Along jadi panas bila sejarah lalu datang balik..”

 “Along kena belajar kawal perasaan. Along takkan tak tahu Huda tu macam mana..! Seumur hidup dia tak pernah kena tengking macam tu, tiba-tiba kena, mestilah dia terkejut..!” Kata Afini lembut sambil memicit-micit kaki Faridz.

 “Huda dah tak mahu berhubung dengan along..!” Keluh Faridz lagi.

 “Along jangan risau lah..! semua akan kembali macam biasa..” Ujar Afini lalu tersenyum manis. Faridz hanya membalas dengan anggukan lemah, bibirnya masih diusahakan mengukir senyuman agar adiknya tidak susah hati.

 “NAK balik dah ke umi..?” Tanya Huda ketika melihat Puan Rohayu sedang bersarapan bersama Mak Miah dan Huzir. Encik Marzuki langsung tidak kelihatan.

 “Belum lagi..! abah kata lepas asar sebab tak larat nak drive, tiba-tiba rasa tak sedap badan pulak, nak tidur katanya..!”

 “Umi dengan Huda kan boleh drive..! apa masalahnya..!?”

 “Tak apalah..! biar abah rehat dulu. Bila dah okey sikit,kita balik ye..!” Jawab Puan Rohayu lembut. Huda akur lalu melabuhkan punggung di sebelah Huzir yang sedang enak mencicah cucur udang dengan sos cili.

 “Baik Huda pergi tidur dulu. Mata tu Mak Miah tengok bengkak semacam je. Semalam tidur pukul berapa..? Pukul 4 pagi rasanya korang belum tidur lagikan..? Bersembang apa sampai jauh-jauh malam.? Macamlah dah tak ada hari lain boleh bersembang, padahal tiap-tiap hari jumpa kat sekolah..!” Bebel Mak Miah.

    Huda tersengeh malu. Tak disangka jam 4 pagi dia dan Afini masih belum tidur. Agak-agak pukul berapalah dia tidur semalam. Patutlah matanya rasa berat semacam je..! Nasib baik ada alasan, kalau tidak sudah tentu yang lain dapat mensyaki dia menangis menahan sakit.

     Huda melangkah keluar ke laman. terdapat sebuah wakaf kayu yang comel di situ. Huda ingin mencari ketenangan di situ. Jika di rumahnya taman mini milik umi penuh dengan bermacam aneka jenis bunga, tapi di sini Huda tidak nampak sebarang jenis bunga. Yang ada hanya pokok-pokok yang berdaun sahaja,namun jiwanya tenang di situ. Bunyi desiran air yang memenuhi kolam ikan di sebelah wakaf memang mendamaikan. Huda terus melayan perasaan. Tak sedar dirinya sedang diperhatikan dari jauh oleh sepasang mata yang benar-benar mengharap.

     Bunyi derapan kaki yang mendekat mendebarkan naluri Huda yang ingin bersendirian. Sudah dapat mengagak siapa yang empunya diri yang semakin mendekatinya. Haruman badan  si dia  memang mendamaikan. Huda tak ingin berpaling. Dibiarkan sahaja umat mehammad tu di situ.

  “Abang tak boleh terima apa yang Huda cakapkan tadi..” Akhirnya Faridz bersuara juga setelah kalah dengan kedegilan Huda yang baru menang dalam pertandingan 'Siapa Yang Paling Lama Tak Bersuara'..

  “Terpulang..!”

  “Dah tak ada hukuman lain ke yang Huda nak bagi kat abang..?” Tanya Faridz lalu duduk sama di atas wakaf membelakangkan Huda

  “Ada.!”.

  “Apa dia?” Faridz seperti sudah tidak sabar menanti apa yang bakal lahir dari mulut Huda.

  “Lepas Huda balik ni..sehinggalah habis SPM, tolong jangan ganggu Huda. Huda tak mahu diganggu sepanjang Huda belajar. Huda tak mahu tahu apa-apa  yang berkaitan dengan abang dan hal yang berkaitan dengan Huda pun jangan sesekali abang ambil tahu. Kalau abang berdegil jugak, insyaallah Huda tak akan melayan lagi semua rayuan abang..” Kata Huda sambil tersenyum nipis. Huda pasti senyumannya tidak diketahui oleh Faridz kerana kedudukan Faridz membelakanginya.

  “Lama sangat tu..abang tak sanggup..! Sekarang baru nak masuk bulan 5, SPM  habis bulan 12, 7 bulan abang kena tunggu, mana abang sanggup..!” Rungut Faridz sayu.

  “Terpulang..! Pilih antara satu, nak kena tunggu tujuh bulan atau nak kena lupa terus..?” Ugut Huda sambil menahan tawa. Faridz terdiam sambil berfikir-fikir.

  “Okey..abang terima.  Tujuh bulan pun tujuh bulanlah..!” Balas Faridz lemah.


  FARIDZ termenung jauh sambil mengambil angin petang di taman laman rumahnya. Masih teringat-ingat syarat dan perjanjian yang Huda kenakan kepadanya.Walaupun tidak sanggup terima, Faridz harus cuba menerima demi cintanya pada gadis itu. Biarpun masih kurang pasti keputusan yang Huda akan berikan, Faridz yakin Huda gadis yang baik tak mungkin sanggup mengecewakannya.

     Lamunannya terhenti bila mengingatkan perbualannya dengan Huda hingga tercetusnya sedikit perselisihan faham. Wajah Lisa terlayar di kotak fikirannya. Gadis yang dipuja sepenuh hati dan dia hampir-hampir gila selepas dikecewakan oleh gadis itu . Hubungannya dengan Lisa mendapat restu dari keluarga Lisa merangkap sebagai keluarga angkatnya diteruskan dengan hubungan pertunangan. Namun apakan daya,disangka panas hingga ke petang rupanya subuh-subuh lagu hujan dah turun mencurah-curah. Disaat-saat tangannya berada dalam genggaman Tok Kadi, Lisa dilaporkan hilang dan mengubah fikiran mahu memutuskan hubungan mereka atas alasan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Masih ingat di awal perkenalan, Lisa yang memulakan dan berjanji setia sehidup semati. Rancangan pertunagan mereka juga dipinta oleh Lisa sendiri, tapi entah kenapa Lisa berubah fikiran dia sendiri kurang pasti puncanya. Sakit kepalanya bila berfikir mencari andai punca itu datang dari dirinya sendiri. Setelah kembali ke tempat asalnya, Faridz mula sedar ada hikmah disebalik kejadian. Allah maha penyayang. Kerana sayangkannya Allah temukan dirinya dengan Huda. Allah telah gantikan cintanya dengan yang lebih sempurna dari cintanya dulu.Walaupun untuk mendapatkan cinta Huda lebih mencabar, dinekadkan dalam hati..Huda pasti jadi miliknya satu hari nanti.

“Tak payahlah along fikir sangat pasal Huda tu..!” Tegur Afini lalu mendekati abangnya yang entah kemana fikirannya melayang.

“Dia ada cita-cita dan matlamatnya sendiri. Along bagilah masa dan ruang untuk dia uruskan cita-citanya dulu. Huda tu perempuan, tentulah risau kalau terjadi sesuatu musibah dalam hidupnya tanpa dia bersedia untuk menghadapinya.  Pada siapa dia nak mengharap.?”

 Faridz mengerutkan wajahnya tanda kurang memahami apa yang adiknya terangkan tadi. berbelit-belit. Bahunya menjungkit sambil keningnya terangkat minta penjelasan tepat.

      Afini berdesit perlahan. Rimas dengan riaksi Faridz. Lantas dijelaskan kedudukan sebenar mengapa Huda beriaksi endah tak endah.

“Along tak akan benarkan Huda menderita..! Fini tahukan, along macam mana.?” Bentak Faridz tegas.

“Ye..Fini tahu dan Fini kenal along. Itu kata along sekarang, sementara belum dapat..! Esok-esok kita belum tahu lagi yang bakal terjadi, malang tu datangnya tak ada isyarat, bau atau rupa long oii.! kalau nak jadi..terus saja jadi. Sebab tu Huda nak bersedia awal agar tidak susah di kemudian hari. Huda tak pandang pada harta dan kemewahan along kerana dia yakin dia boleh dapatkan hartanya sendiri dengan usahanya. Along janganlah risau. Sebenarnya Huda tu dah mula sukakan along cuma dia takut kalau-kalau satu hari nanti along kecewakan dia. Lagipun dia tu masih belajar. Huda tu mabukkan ilmu bukan mabukkan cinta macam along ni yang dah macam orang penyakit angau je..!”

     Faridz melopong mendengar cerita Afini, bibirnya tersenyum namun keruh kembali, seakan tidak percaya dengan apa yang disampaikan Afini.

“Ye..betul..! Huda yang mengaku sendiri masa nangis kat sini hari tu..! Dia sedih sebab saat-saat dia mula sukakan along, along bersikap macam tu pulak. Tapi di minta agar kita tak terlalu mengharap sebab dia pun kurang yakin dengan perasaan dia. Huda takut tak mampu jadi pencinta  setia macam along. Fini cadangkan baik along ceritakan semua sejarah hitam along tu sebelum orang lain yang bagi tahu. Bukannya apa, takut kalau cerita yang tak betul yang dia terima.”

Terang Afini tanpa memberitahu hal yang sebenar mengapa Huda menangis. Sengaja dijelaskan begitu agar Faridz merasa bersalah, sedangkan yang sebenarnya punca Huda menangis adalah kerana hidung dan kepalanya yang sakit.

     Faridz tersenyum. Peluangnya masih ada. Lantas dibulatkan dalam hati agar terus sabar menanti hingga hari bahagianya tiba. senyuman Faridz semakin melebar. Afini hanya menggeleng kepala melihat telatah Faridz yang seperti terkena penyakit angau. Sebenarnya memang dah angau pun...!




No comments: