PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 23 November 2014

BAB 6(2) : TERTULIS KAU MILIKKU


SEUSAI bersolat maghrib dan membaca al-quran, Huda mula bersiap ala kadar. Tudungnya dikemaskan lalu melangkah turun ke dapur.  Bayang umi dan abahnya belum kelihatan. Agaknya masih belum selesai solat dan begitu juga dengan yang lain. Tidak pula Afini yang dikatakan keuzuran. Apabila melalui kawasan ruang tamu, kelihatan Afini sedang menonton sambil di tangannya terdapat sebalang kerepek pisang. Mulut comelnya asyik mengunyap sehinggakan Huda lalu pun tak sedar. Huda tersenyum sambil menggeleng kepala melihat telatah Afini. Tidak mahu mengganggu Afini lantas terus sahaja Huda berlalu ke dapur untuk membantu Mak Miah yang sedang menyediakan makan malam.

“Eh..Huda dah siap solat..?”

“Dah Mak Miah..! umi tak keluar lagi..?”

“Belum..tak selesai lagi kot..!”

“Umi dengan abah memang sehati sejiwa..! Solat sama-sama..mengaji sama-sama..makan pun sama sama.. Kalau abah tak makan umi pun sanggup tak makan..” Terang Huda sambil ketawa kecil bercerita mengenai orang tuanya.

Mak Miah turut ketawa. Melihat wajah Huda jiwanya tenang. Selesa dengan sikap Huda yang peramah dan mudah mesra. Hatinya cukup berkenan dengan sikap Huda yang lemah lembut.

“Sedap suara Huda mengaji quran..” Tegur Mak Miah sambil tersenyum.

“Nak Huda tolong?” Pelawa Huda bila melihat Mak Miah sedang memotong bawang untuk di goreng bersama ikan pekasam. Pujian tadi hanya dibalas dengan lerekan senyum nipis.

“Kalau Huda nak tolong, Huda tolong besihkan sayur kailan tu, lepas tu potong ye!  Mak Miah cadang sayur tu nak goreng belacan je. ” Ujar Mak Miah sambil menunjukkan seikat sayur kailan yang berada atas sink.

Huda hanya mengangguk dan tanpa berlengah-lengah Huda teruskan sahaja kerja-kerja membersih dan kemudiannya memotong.

“Huda pandai memasak?” Tanya Mak Miah sambil jarinya ligat menghiris bawang, matanya tak lepas memandang cara-cara Huda membuat kerja. Pada pengamatannya Huda seperti sudah biasa dengan kerja dapur.

“Nak kata pandai sangat tu tak la..! Masih banyak yang perlu belajar. Tapi kalau setakat nak masak untuk 10 orang makan rasanya boleh kot..!” Balas Huda merendah diri sambil ketawa kecil. Lesung pipit sebelah kiri terhasil bila dia tersenyum membuatkan Mak Miah makin gemar merenungnya.

“Dah pandai lah tu..! Bagus la..dah kawin nanti senang. Tak perlu nak ambil kursus masak sebelum kawin. Senang suami Huda nanti, tak perlu ambil orang gaji. Orang tua -tua kata, air tangan isteri ni pengikat kasih suami. Bila dah ada yang sedap kat rumah kompem dia takkan cari lain kat luar dah.!”

Huda tersenyum lebar mendengar celoteh Mak Miah. Rasa senang berbual dengan orang tua itu.

“Betul tu Mak Miah. Contoh dah ada depan mata Huda. Umi tu memang pandai masak, serba serbi dia tahu. Tak payah guna orang gaji, semua umi buat sendiri. Kerja-kerja tangan pun dia pandai buat. Baju-baju Huda semua umi yang jahit. Walaupun dia cuma ibu tiri, Huda tak rasa macam tu. Dari awal dia melayan Huda dan kakak abang macam anak sendiri. Sebab tu abah sayang sangat dengat umi. Umi tu dulu menurut abah orang susah, sebatang kara pulak tu..”

Mak Miah tersenyum tawar mendengar cerita tentang Puan Rohayu.

“Berutung umi Huda sebab dapat anak macam Huda adik beradik. Sayang pada ibu walaupun bukan darah daging sendiri.”

“Mula-mula tu susah juga Mak Miah..! Yelah..orang barukan. Alhamdulillah, sebulan lepas tu kami adik beradik boleh terima umi. Sekarang rasa macam ibu kandung pulak..”

“Baguslah macam tu..! Jangan jadi macam anak-anak Mak Miah. Mak Miah ni nama je ada anak ramai tapi tak ada sorang pun yang peduli. Nasib baiklah masa tu ada arwah papa Faridz dan Fini. Kalau tak, tak tahulah mana Mak Miah merempat.”

     Huda sayu mendengar luahan rasa hati Mak Miah. Bahu Mak Miah dipeluk sambil mengusap lembut, memujuk agar bertenang.

“Sabarlah Mak Miah. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Abang Faridz dan Fini kan ada..! Dia orang tu anugerah untuk Mak Miah. Allah tahu Mak Miah seorang ibu yang baik, sebab tu Allah anugerahkan anak-anak yang baik macam Abang Faridz dan Fini tu..!”

“Ye Mak Miah tahu. Mak Miah bersyukur sebab Faridz dan Fini melayan Mak Miah seperti keluarga dia orang sendiri. Mungkin inilah hikmah yang tersembunyi tu. Sejak arwah mama dan papa dia orang ada lagi, Mak Miah ni tak pernah mereka anggap macam orang gaji. Rasa segan pulak. Bila Faridz dan Fini pergi ikut keluarga angkat mereka, Faridz amanahkan agar rumah ni Mak Miah jaga. Walaupun masa tu Faridz masih bersekolah, Mak Miah kagum sebab dia masih menitik beratkan tentang kebajikan Mak Miah. Setiap bulan, dia akan menghantar wang belanja pada Mak Miah melalui peguam yang dilantik untuk menjaga Syarikat keluarga dia sementara dia masih belajar. Sekarang, syarikat yang dah lama terhenti dulu, dah beroperasi semula. Kesian pulak tengok Faridz yang tak menang tangan nak uruskan dua syarikat sekali gus. Syarikat keluarga angkat pun dia yang kena buat sendiri. Sebab tu sampai sekarang, makwe pun tak ada. Sibuk sangat.! Nak tunggu Fini, lambat lagi nak suruh uruskan syarikat..”

Huda tersenyum mendengar cerita Mak Miah. Huda cuba menukar topik perbualan. Rasa segan pulak bila cerita anak teruna orang yang menjadi bualan. Sedangkan dia sendiri tak berapa mengenali Faridz.

“Mak Miah tak teringin nak makan apa-apa ke? Nanti Huda masakkan..cakap je..! jangan mintak westen food sudah lah.. Yang tu Huda tak pernah belajar lagi..” Kata Huda sambil tersenyum nipis.

     Mak Miah tersenyum seketika. Dia sedar ketidakselesaan Huda kerana membicarakan mengenai Faridz. Sudah tentu gadis itu merasa canggung bila memperkatakan tentang kehidupan Faridz. Diharapkan agar Huda memahami maksud tersirat apa yang ingin disampaikan. Hatinya cukup berkenan dengan setiap pertuturan Huda. Tersentuh  pula bila Huda ingin masakkan sesuatu untuknya. Seumur hidupnya, belum pernah lagi anak-anaknya masakkan sesuatu untuknya. Kasih sayangnya sudah mula jatuh pada gadis kecil di hadapannya itu. Sambil tersenyum bangga, Mak Miah cuba berfikir-fikir apa masakan yang menjadi keinginannya selama ini. Bukan teringin makan sangat pun, sekadar ingin melihat ketulusan hati si gadis.

“Mm..Mak Miah teringin sangat nak makan mi udang. Udang yang besar-besar tu..! Nak beli dekat luar, takut tak sedap. Nak buat, rasa macam rugi pulak!.” Jelas Mak Miah sayu.

“Ah, senang je tu..! Nanti Huda buatkan. Bila Mak Miah nak? sekarang? esok?” Tanya Huda penuh yakin.

“Mm..esok lah..! malam ni kita makan nasi. Esok baru kita buat. Lagipun bahan-bahannya tak ada, esok kita ke pasar beli barang. Tengahari esok kita makan mee udang, macam mana?” Cadang Mak Miah tersenyum senang.

     Huda mengangguk setuju sambil tersenyum manis. Namun senyumannya mati  seketika bila mendengar orang berdehem. Melihat susuk tubuh yang berpakaian santai, terpacak di hadapannya membuatkan Huda tak senang duduk. Nasib baik semua sayur tadi habis dipotong, kalau tak dah tentu dia seperti tak tahu nak buat apa-apa.

“Masak untuk Mak Miah saja? Untuk abang tak sudi nak masak?” Tanya Fraidz sambil merenung tajam.

Huda sudah terkejut bila Faridz membahasakan diri abang dengannya.

“Esok Huda nak masak mee udang untuk kita semua. Macam mana?” Kata Mak Miah kepada Faridz yang sudah mula menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Huda.

Huda sudah mula berdebar-debar menggelisah. Aneh betul perasaan ni. Lantas Huda bangun dan berlalu ke sink untuk mencuci ikan masin. Tak sanggup duduk berhadapan dengan Faridz. Debaran di dada rasa macam nak meletup bila melihat bibir Faridz tak lekang dengan senyuman.

“Mee udang tak sedap..! Abang nak makan laksa peneng, Huda boleh buatkan?” Tanya Faridz seperti mengharap.

Hey..budak bertuah ni..! Rasa tak lagi dah pandai komplen kata tak sedap.! Dah ada mee udang tak payah lah nak buat laksa. Tunggu lah hari lain pulak..!”

 Tempelak Mak Miah. Dari dulu dia memang tahu makanan kegemaran anak asuhannya itu. Jika dibeli di kedai, sebungkus tak pernahnya cukup. Untuk Faridz seorang, mahu kena beli sekurang-kurangnya dua bungkus.

“Tak nak..! Saya nak laksa peneng jugak. Huda buatkan ye..?” Bentak Faridz pada pengasuhnya kemudian mengalihkan pandangan pada Huda yang sedang membelakanginya sambil tersengeh.

Huda terpinga-pinga lalu menoleh dan memandang Faridz berdebat dengan Mak Miah.

“Macam mana ni Mak Miah..? Nak buat yang mana satu..?” Huda sudah mula keliru.

“Mee.!”

“Laksa.!”

Pertelingkahan antara Faridz dan Mak Miah berulang-ulang kali buat  Huda naik pening. Akhirnya Huda terpaksa buat keputusan.

Okey...! Macam ni, Huda buat dua-dua..! Tapi dengan syarat, antara dua resepi ni mana yang habis dulu dikira menang, mana  yang lambat habis akan dikenakan denda. Dendanya ialah, orang tu kena kemas dapur.!” Terang Huda sambil tersenyum sinis kearah dua manusia di hadapannya. Terfikir-fikir mereka dihadapan Huda dengan wajah yang berkerut-kerut.

Okey..abang setuju. Mak Miah macam mana.? Takut lah tu..!” Sindir Faridz berlagak sambil menjeling sinis kepada pengasuhnya yang kaku tanpa suara.

“Eh.!ingat Mak Miah takut ke? Ni anak jati perak tau..takkan berundur sebelum berjuang..!” Balas Mak Miah sambil mendabik dada.

Huda menahan tawa melihat aksi mereka. ‘Macam budak-budak.’ Gumam Huda dalam hati lalu beredar ke sink untuk membersihkan ayam pula yang sudah dikeluarkan dari peti sejuk oleh Mak Miah tadi. Cadangnya mahu membuat kari ayam.


No comments: