PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 30 November 2014

BAB 9(2) : TERTULIS KAU MILIKKU


 “ALONG jumpa kau tadi..?” Tanya Afini serius. Melihat Huda yang sedang mengemas pakaian, dia tahu sahabatnya itu mahu segera pulang.

 “Dahlah Fini. Aku tak mau lagi cakap hal ni.” Balas Huda lemah tanpa melihat wajah Afini.

 “Sampai bila kau nak lari dari kenyataan.?” Desak Afini.

     Huda mengeluh kasar.

 “Aku faham maksud kau Huda..! Tapi, kau tak risau ke kalau along terlepas ke tangan orang lain..?”

 “Entah..! aku tak tahu nak cakap macam mana. Nak kata cemburu, aku belum terima dia. Nak kata tak ada rasa apa-apa, tu memang bohong namanya,  sebab aku dah mula sukakan dia..!”

   Affini tersenyum simpul.

 “Tu tandanya kau dah sayangkan dia..!”

 “Itu ke namanya sayang..? Baru kenal je pun.!” Huda melamun sedetik. Dia sendiri belum pasti dengan perasaannya.

 “Kau nak tahu satu rahsia tak..?” Tanya Affini tiba-tiba sambil tersenyum-senyum memandang wajah Huda di hadapannya. Huda terdiam lalu mengangkat keningnya tanda ingin tahu.

 “Aku kenal dengan seorang brother ni masa aku form one lagi. Masa tu dia form five. Kami satu sekolah dan berkawan baik. Sampai tahap aku dah mula sukakan dia, itupun setelah aku form four. Walaupun dia dah tak sekolah di situ lagi, kami tetap berhubung sampai sekarang. Mula-mula aku pun macam kau, keliru dengan perasaan sendiri, tak pasti apakah maknanya sayang , rindu..tapi bila dah lama tak bersua barulah aku sedar aku dah mula jatuh hati padanya. Walaupun aku tak pernah ungkapkan rasa sayang cinta dan rindu pada dia macam yang selalu dia ucapkan pada aku tapi aku tahu, dia tahu aku rasa semua tu. Jadi selama ni kata-kata rindu dan sayang dari mulut dia, aku jadikan sebagai cabaran dalam aku mengejar kejayaan. Samalah macam kau, sebenarnya along tu tahu kau sukakan dia, sebab tu dia yakin kau akan terima dia satu hari nanti. Aku cerita semua ni bukan bermakna aku nak kau terima along, cuma aku nak kau ambil contoh supaya belajar sesuatu dari pengalaman. Jadikan cabaran ini sebagai langkah untuk kau terus berjuang untuk berjaya.  Menerima dia tak bererti kau bercinta. Kau masih boleh teruskan hari-hari kau macam biasa. Ambillah masa sebanyak mana yang kau mahu, satu masa ketika nanti kau akan tahu dan sedar kebenaran yang aku cakapkan ni.Tak tau lah pulak kalau kau ni jenis yang takut terima cinta..” Sindir Afini sambil tersenyum sinis.

 “Aku tak takut bercinta, aku pun tak takut terima cinta, tapi aku takut lalai dalam bercinta.!” Ujar Huda perlahan.

 “Sebab tulah aku nak kau jadikan ini sebagai satu cabaran. Aku yakin kau boleh..!”

 “Jadi apa yang harus aku buat..? Terima dia bulat-bulat..?” Tanya Huda dalam nada yang sedikit keras. Affini tersenyum.

 “Kau nak terima dia bulat-bulat ke..bujur leper ke, semua tu terpulang pada budi bicara kau.  Aku yakin kau tetap akan berjaya walau seribu cabaran yang mendatang.”

 “Kau terlalu mengharap Fini.!”

 “Memang aku mengharap kau akan jadi sebahagian dari hidup dia. Aku dah puas tengok dia  menderita. Aku tak mahu tengok lagi dia jadi macam tu. Aku tak memaksa cuma aku mengharap, itu saja..” Ujar Afini lalu melangkah keluar dari biliknya.

     Huda hanya memandang Afini keluar dari bilik itu. Dia serba salah lalu melepaskan keluhan lemah. Mengingatkan kembali setiap bait kata Afini tadi, membuatkan Huda tersenyum sendiri.

No comments: