3
***
Rasa debar di dada masih terasa walaupun beransur pergi perlahan-lahan. Sambil mengetap bibir Huda tersenyum sendiri dan menggeleng kepala. Rasa kelakar pulak dengan perasaannya yang jadi tak tentu arah sekejap tadi. Rasa macam nak ketuk-ketuk kepalanya dengan kayu hoki yang diletak di hadapannya. Sampai di tempat pakir Huda tersenyum manis ke arah Hanom yang sedang menantinya.
“Amboi-amboi Kak Senah..! Bukan main lagi kau ek! Pagi-pagi jumaat dah main mata..! Aku korek dengan kayu hoki ni baru tau..!” Usik Hanom sambil tersenyum.
“Eh! kau nampak ek?” Huda menahan malu.
“Aku tak nampak, tapi aku bau..! “ Sindir Hanom sambil ketawa kecil.
“Orang dah senyum pada kita, balas saja lah.. Tak balas nanti kata sombong pulak..”
“Dah berubah fikiran ke..? “
“Ish.! kau ni.. ke situ pulak. Tak ada apa-apa la.. kawan saja kan? Bukan kau ke yang ajar aku?” Ujar Huda yang memahami sindiran sahabatnya itu.
“Ye lah tu...jom masuk kelas!”
Balas Hanom sambil merangkul lembut lengan Huda. Hanom sedikit pelik dengan sikap sahabatnya hari ini. Baru petang semalam Huda menyuarakan pendapat tentang kerisauannya tentang cinta, tapi bila melihatkan balasan senyuman Huda kepada faridz tadi, Hanom terfikir, tidakkah itu seperti memberi harapan kepada si teruna. Apa-apa pun Hanom yakin pasti Huda ada sebab-sebab sendiri.
SESI persekolahan hari itu berjalan seperti biasa. Memandangkan akitviti padang sudah sampai ke garisan penamat, Huda sudah mula menyusun semula jadual pembelajarannya. Azam nya hanya satu, tidak mahu kecundang dalam SPM yang bakal menjelang. Dapat dirasakan, masih banyak yang belum disimpan dalam memorinya untuk digunakan semasa peperiksaan nanti.
Waktu rehat Huda ke perpustakaan. Hanya kerana sebab Hanom tidak mahu ke kantin, Huda akur kerana dia juga tidak terasa lapar sebab selepas sejam latihan di padang tadi dia dan Hanom sudah habiskan enam ketul cucur kembung yang dibawa oleh Hanom. Dalam perpustakaan Huda menjadi alpa apabila dikelilingi dengan buku. Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan waktu rehat bakal berakhir. Huda bergegas keluar menuju ke kelas. Tiba-tiba kedengaran namanya dilaung dari belakang. Huda menoleh dan terkejut apabila seseorang yang tidak dijangka akan menegurnya. Huda cuba memaniskan muka walaupun wajahnya melakar riaksi pelik.
“Boleh kita berbual sekejap?” Ucap Affini apabila berada betul-betul dihadapannya.
“Kita berbual dalam kelas boleh?” Tanya Huda kembali sambil membelek jam di tangannya.
“Dekat sini sajalah. Saya tak mahu ada yang mendengar perbualan kita..” Terang Affini sambil tersenyum. melihat waah pelik Huda .
“Mmm..okey..kita duduk kat kerusi sana tu, tapi cepat sikit, ada 10 minit lagi sebelum kelas bermula.”
Ujar Huda sambil menunjukkan ke arah bangku batu yang terletak di hadapan pintu masuk perpustakaan. Affini mengangguk setuju lalu bersaing bergerak bersama Huda ke arah yang Huda tunjukkan.
“Apa yang awak nak bincangkan Affini? Macam penting aje!” Huda mula berbicara.
“Sebenarnya tak lah penting sangat. Tapi sebelum tu saya nak mintak maaf fasal kejadian pagi semalam. Sebenarnya abang saya ingat-ingat lupa jalan masuk nak ke sekolah ni. Sebab tu tak fasal-fasal awak jadi mangsa. Dan lagi satu, saya cuma nak sampaikan ini.” Terang Affini mengenai insiden di simpang masuk sekolah semalam dan tiba-tiba dihulurkan sekeping kad berwarna merah jambu ke arah Huda. Huda kaget, tertanya-tanya apa yang terkandung dalam kad kecil itu walaupun hatinya dapat merasa sesuatu. Jantungnya berdebar-debar.
“Apa ni?” Tanya Huda sambil mengerutkan wajah.
“Along saya suruh kasi kat awak.”
"Along? Siapa Along?" Bisik hati kecil Huda sendiri.
Renungan tajam berserta senyuman di bibir Affini sudah membuatkan Huda serba salah untuk menyambut. Namun akhirnya Huda terpaksa mengalah apabila Affini meletakkan kad comel itu atas tapak tangannya sendiri. Perlahan-lahan Huda membuka dan membaca isi kandungan kad itu. Huda melepaskan keluhan lemah apabila membaca nama si pengirim. Baru lah Huda tahu siapa Along yang dimaksudkan oleh Affini tadi. Affini hanya tersenyum melihat riaksi Huda yang keliru sambil mata tidak lepas melihat kad kecil itu di tangannya. Di ruangan mata Huda kini terlayar jelas wajah Faridz yang mengharap.
“Awak tahu kenapa?” Tanya Huda lembut. Affini menjungkit bahu sambil tersenyum. Huda balas senyum.
“Rasa-rasa awak?” Huda kurang puas hati dengan jawapan Affini tadi.
Sekali lagi Affini tersenyum.
“Takkan awak tak tahu kot..! Tiba-tiba je nak jumpa saya?” Huda sedikit mendesak.
“Awak tanyalah dia sendiri!” Akhirnya Affini bersuara setelah dua soalan yang Huda tanya dijawab dengan senyuman sahaja. Huda berdesit tak puas hati.
“Kalau saya tak nak?” Huda menduga.
“Eh. Janganlah..!” Kali ni Affini yang kurang puas hati dengan jawapan Huda. Huda ketawa kecil.
“Awak cakap dulu, apa tujuan dia yang sebenarnya. Awakkan adik dia, takkan awak tak tahu kot! Kalau tak, masakan awak sudi jadi posmen?”
“Betul..! Saya tak tahu.! Tapi saya dapat rasa yang dia suka kat awak..”
Sekali lagi Huda mengeluh dan berdesit kerana serba salah.
“Jom lah masuk kelas, dah habis waktu rehat ni..!”
Lamunan Huda mati dengan teguran Affini. Cepat-cepat Huda bangun lalu mula melangkah bersama Affini menuju ke kelas.
Hanom seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya. Wajah ceria Affini jelas terpancar ketika beriringan dengan Huda.
“Hai Nom..tak keluar makan ke..?” Sapa Affini sambil tersenyum manis.
“Err..saya puasa ganti hari ni..! Eh, tak..! saya dah kenyang..!”
Jawab Hanom terpinga-pinga. Fikirannya sedikit keliru. Betul ke apa yang didengar tadi. Suara mesra dari Affini membuatkan dia mengangkat kening ke arah Huda minta kepastian. Huda hanya tersenyum melihat telatah Hanom yang sedang keliru.
“Kau bagi ubat apa kat Bedah tu sampai dia berubah?”
Pertanyaan Hanom membuatkan Huda ketawa kecil. Kedengaran sedikit lucu apabila tak pasal pasal nama Affini bertukar jadi Bedah.
“Nanti aku ceritakan..!” Bisik Huda perlahan sambil berlalu ke arah mejanya.
Sementara menanti Mr.John masuk ke kelas untuk matapelajaran matematik tambahan, fikiran Huda kembali kepada kad kecil yang sudah disimpan dalam kocek baju sekolahnya. Masih jelas dalam ingatan apa isi kandungannya.
Salam saudari..
Tak salahkan kalau saya nak jumpa selepas tamat sesi persekolahan nanti..
Faridz..
‘Apa aku nak buat ni..? Andai ditolak, itu akan mengecewakan perasaan yang sedang mengharap. Tapi andai diterima bagaimana dengan hati aku yang belum bersedia?’
Bisik Huda sendiri. Sedari dari pertemuan pertama lagi Huda sudah dapat mengagak apa yang tersirat dari pandangan dan renungan Faridz kepadanya. Sebenarnya Faridz bukanlah lelaki pertama yang cuba mengetuk pintu hatinya untuk menerima sebuah cinta. Namun entah mengapa bayangan Faridz agak sukar untuk ditepis pergi. Tiba-tiba Huda tersenyum sendiri sambil menjeling ke arah sahabatnya Hanom yang boleh dikatakan penasihat tak bergajinya. Hanom yang perasan dirinya direnung lantas mengangkat kening ke arah Huda. Huda hanya membalas dengan gelengan kepala sahaja. Belum masanya lagi kot menggunakan khidmat nasihat sahabatnya itu. Tapi dapat dirasa rahsia itu tak tahan lama kerana antara dia dan Hanom tak pernah ada rahsia. Hampir sembilan puluh sembilan peratus hal dirinya berada dalam poket Hanom.
Selepas tamat mata pelajaran Add math, subjek sejarah muncul. Memandangkan guru sejarah yang sejak tadi tidak nampak batang hidung, Huda menoleh ke arah Hanom yang berada disebelahnya. Perlahan-lahan Huda menghulurkan kad kecil itu kepada Hanom. Hanom yang sedikit terkejut dengan tindakan Huda terus memandang Huda dengan riaksi pelik sambil mengerutkan muka. Perlahan-lahan kad kecil itu dibuka.
“Aku nak tau pendapat kau. Kau rasa macam mana? Kalau kau berada di kedudukan aku, apa yang kau buat?” Tanya Huda sambil melihat sahabatnya itu sedang berkumit-kumit membaca.
“Apa yang kau rasa sekarang?” Tanya Anom serius selepas membaca.
“Aku tak tahu.”
“Jangan nak berdalih Da! Aku kenal kau bukan sehari dua. Dah sepuluh tahun kita kenal. Sebelum ni kau tak macam ni kalau ada yang nak kawan dengan kau. Kau sukakan dia kan?”
Huda hilang kata-kata. Kata-kata Hanom buat Huda terpana seketika.
“Jangan terlalu ego dengan perasaan yang kau rasa, Da. Aku takut memakan diri kau sendiri. Macam yang aku cakap sebelum ni, tak salah kalau nak berkawan. Tak salah juga kalau kau bagi dia peluang. Aku tahu kau bijak nak atasi semua ni.”
“Tapi aku takut..!”
Anom tersenyum melihat kegugupan Huda. Faham dengan maksud Huda.
“Apa kata kau uji dia. Kita tengok sejauh mana kejujuran dia nak berkawan dengan kau. Kau tetapkan beberapa syarat. Takkan dia tak faham yang kau tu masih belajar!”
Huda tersenyum sambil mengangguk setuju. Sudah dapat diagak, penasihatnya itu pasti memberi komen yang menyenangkan telinga dan hati.
“Aku tak sangka otak kau otak pro. Mm..kau memang layak jadi doktor saikologi.”
“Mm..saikologi cinta..!” Berderai tawa Huda dan Anom bersama.
Hampir 10 minit perbincangan hal yang tak penting itu berlangsung. Huda mengeluh beberapa kali. Baginya 10 minit yang digunakan untuk berbincang perkara sebegitu hanya perbuatan yang sia-sia. Tapi bila memikirkan hal itu melibatkan perasaannya sendiri, Huda terpaksa demi mencari jalan penyelesaian. Takut kalau-kalau dirinya yang merana.
“HUDA..! aku gerak dulu lah..aku nak ke toilet kejap. Nak unh-unh..! Nanti kita jumpa kat bilik Cikgu Hasnol ye..!” Kata Hanom perlahan sambil mengerutkan wajahnya yang menandakan hajatnya sudah tidak boleh ditahan lagi.
Huda mengangguk sambil ketawa kecil melihat telatah sahabatnya berlalu. Beg sekolahnya yang sudah siap kemas digalas lalu bergerak ke arah Affini yang sedang mengemaskan buku-bukunya ke dalam beg. Kata sepakat dari perbincangan dengan Anom tadi akan disuarakan pada Affini segera agar yang menanti tidak terus menanti dan mengharap.
“Fini..kalau tak ada apa-apa hal esok awak datang lah ke stadium Hoki Sultan Azlan ye.!” Tegur Huda sambil tersenyum manis. Affini yang terkejut dengan teguran Huda lantas tersenyum.
“Ada apa ye..?” Tanya Affini lembut.
“Esok saya ada game. Saya tak paksa, kalau awak lapang datang lah..!”
“Saya sorang saja yang awak ajak? Awak tak mahu ajak Along sekali?”
“Along?” Huda seperti pelik mendengar nama itu, walaupun tahu siapa yang Affini maksudkan.
‘Haruskah orang yang dimaksudkan itu dijemput sama? Rasa macam bagi harapan pulak!’ Bisik hati Huda.
“Abang Faridzlah..!” Ujar Affini sambil tersenyum sinis.
Mendengar nama itu Huda tersenyum malu.
“Oo..kalau dia sudi apa salahnya.! jemput lah sekali..! lagi ramai lagi bagus.! Ajaklah mak ayah awak sama. Sambil bersorak boleh shoping-shoping sikit. Ada banyak jualan dekat sana nanti”
Balas Huda bersahaja sekadar untuk berbahasa dan yang selebihnya hanya ingin menutup rasa debar di dada. Namun riaksi terujanya bercerita terhenti bila melihat wajah keruh Affini.
“Saya tak ada mak dan ayah. Saya cuma ada along dan pengasuh saja.” Kata Affini sayu.
Huda terpana. Wajah sayu Afini dipandang serba salah.
“Maaflah..! Saya tak tahu..” Balas Huda perlahan lalu tubuh Affini dipeluk erat untuk memujuk.
“Sabar Affini. Mulai hari ni anggap saja saya dan Hanom sebagai tempat awak mengadu. Awak boleh luahkan apa saja. Saya dan Hanom sudi jadi pendengar setia." Pujuk Huda lembut. Apabila melihat Affini sudah mula tersenyum, Huda kembali kepada tajuk asal.
“Nanti datang tau! Ajak along awak sekali.”
“Mm..saya rasa baik awak yang jemput dia sendiri. Kalau saya yang cakap mesti dia tak percaya..!”
Huda tersentak mendengar cadangan luar jangkaan Affini.
“Tak mau lah saya..segan la..!” Rungut Huda perlahan, namun Affini hanya tersenyum.
“Eh! lagi satu sebelum saya terlupa, awak bagitau pada dia, saya tak boleh jumpa dengan dia.” Sambung Huda.
“Kalau dia tanya kenapa, saya nak jawab apa pulak..?”
“Katakan saya belum bersedia, nanti bila tiba waktunya, saya sendiri yang akan datang jumpa dengan dia.." Jelas Huda.
“Tapi bila?” Tanya Affinni sedikit kecewa..
“Tunggu sajalah..!” Ujar Huda sambil tersenyum manis, agak kelakar melihat wajah Affini yang tiba-tiba memuncung. Lantas Huda mengeluarkan sebuah buku nota kecilnya dari beg sekolah dan mula menulis sesuatu. Muka surat yang siap ditulis, dikoyak perlahan dan dilipat kemas lalu menyerahkan kepada Affini.
“Kirim salam pada dia, katakan saya minta maaf. Harap-harap dia faham situasi saya sebagai seorang pelajar..” Kata Huda perlahan.
“Kirim salam je.?” Tanya Affini dengan nada mengusik. Bibirnya lebar tersenyum.
“Kirim salam sayang dengan lafaz, Assalamualaikumwarohmatullah hiwabarokatuh!”
Balas Huda dengan nada geram. Tahu Affini sengaja mahu mengusiknya. Harap-harap Afini faham dan tidak menyatakan pada Faridz apa yang diucapkan tadi.
“Amboi..! Cukup semua tajwid idgham ikhfa haqiqi..!”
Komen Affini sambil meledakkan tawa. Tahu yang Huda sengaja memerlinya.
Huda dan Affini melangkah keluar dari kelas. Sampai saja di perkarangan sekolah bayang Faridz sudah kelihatan sedang menanti di luar pintu pagar sekolah. Dari jauh Huda sudah nampak Faridz tersenyum simpul. Huda cuba berlagak biasa walaupun di bibirnya terukir juga senyum nipis. Apabila melihat Faridz berani melambaikan tangan padanya, Huda hanya membalas dengan anggukan sahaja.
“Okey lah Huda, saya balik dulu..!”
Teguran Affini membuatkan Huda menoleh ke arah sahabat yang baru dikenalinya itu. Malu jika Affini perasan senyumannya itu dituju pada Faridz.
“Ye lah, saya pun nak ke bilik Cikgu Hasnol ni, ada taklimat akhir mengenai perlawanan esok..”
“Hati-hati semasa menunggang skuter awak tu, jangan merempit pulak.!”
Pesan Affini sambil melambaikan tangan.
Huda tersentak dan sedikit geram sambil mengetap bibir lalu ketawa mengekek mendengar pesanan Affini.
“Cett! Banyak la awak punya rempit.! Pesan sama dekat dia, hati-hati memandu. Jangan drif pulak..!”
Laung Huda geram dengan pesanan Affini tadi. Mengekek-ngekek Affini ketawa kerana faham maksud pesanan Huda tadi.
“Sayang jugak awak dekat dia ek?”
Usik Affini lalu ketawa bila melihat Huda mencekak pinggang sambil menjegilkan mata.
bersambung...
No comments:
Post a Comment