PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 30 November 2014

BAB 8(2) : TERTULIS KAU MILIKKU

PUAN ROHAYU melangkah perlahan ke arah Huda yang sedang duduk di kerusi panjang bersendirian. Wajah Huda yang sedikit kelat direnung dari jauh tadi menjelaskan ada sedikit keraguan selepas Faridz laju melangkah keluar.

“Huda dah mengantuk?” Tanya Puan Rohayu kepada Huda yang sedang menahan mulutnya menguap.

“Hmm..ngantuk sangat..!dah nak balik ke mi..?”

“Kalau ngantuk pergi naik tidur dulu. Abah kata mungkin kita tidur lagi semalam di sini. Banyak lagi yang nak kemas. Takkan nak tinggal  Mak Miah sorang. Kesian dekat dia..!” Kata Puan Rohayu lembut.

      Huda melopongkan mata dan mulut mendengar jawapan dari Puan Rohayu. Ini bermakna dia akan berhadapan lagi dengan Faridz esok hari. Hatinya cukup terasa dengan kata-kata akhir Faridz tadi. Kalau ya pun tak mahu bercerita, tak payahlah sampai meninggikan suara. Seumur hidupnya belum ada lagi manusia yang berani meninggikan suara kepadanya, apatah lagi Encik Marzuki yang bergelar bapa. Huda tersenyum kelat memandang Puan Rohayu yang masih tercegat di hadapannya.

“Huda ada masalah dengan abang Faridz? Umi tengok tadi macam serius je..! Muka abang Faridz pun mencuka..! Ada apa yang tak kena?” Tanya Puan Rohayu lembut. Walaupun dia tak mendengar butir bicara anak tiri dan anak saudaranya berbual, namun, dia masih boleh dapat mendengar apa yang Faridz herdikkan pada anak tirinya. Hatinya turut tersentuh setelah melihat Huda tergamam. Sedangkan dia sendiri tak pernah meninggikan suara pada anak tirinya itu, inikan pula orang lain. Tambah pula Faridz baru dikenali. Namun dia faham dengan sikap Huda. Anak tirinya itu memang bijak menangani masalah sendiri.

“Tak ada apa-apalah mi.! Huda saja menyakat dia, tak sangka pulak dia ambil serius..” Bohong  Huda lalu melangkah ke tangga dan terus melangkah mahu menuju ke bilik Affini selepas memberi salam pada ibu tirinya . Seketika kemudian Huda berpaling semula pada ibu tirinya.

“Mi..hidung Huda sakitlah..!” Huda merengek manja sambil menggosok-gosok batang hidungnya.

“Sakit sangat ke?”  Tanya Puan Rohayu bimbang. Bertambah bimbang setelah Huda mengangguk.

“Mm.. sakit sampai ke kepala ni..!”

“Ubat tahan sakit ada bawak?” Tanya Puan Rohayu sambil memeluk bahu Huda. Melihatkan mata anak tirinya sudah mula berair, hatinya tersentuh.

“Ada, tapi tertinggal dalam kereta..”

“Hmm..Huda naik dulu, nanti umi suruh abah ambilkan. Nanti Umi hantar ke atas..”

Okey..! Huda naik dulu ye mi.. Assalamualaikum..!” Ucap Huda lalu segera naik sambil memicit-micit kepalanya.

     Puan Rohayu hanya menghantar Huda dengan pandangan bersahaja. Dari firasatnya ada sesuatu yang terjadi antara anak tirinya itu dan anak saudaranya. Hatinya kuat mengatakan yang Faridz sudah mula sukakan Huda. Bukan dia tak sedar pandangan Faridz pada anak tirinya sejak menjejakkan kaki ke Villa Ariffah. Namun dia tahu anak gadisnya itu bukan seperti gadis-gadis kebanyakan yang mudah beralah dalam soal perasaan. Setahunya, Huda gadis yang punya matlamat, impian, cita-cita dan berwawasan tinggi. Namun diakui anak tirinya itu bijak mengatur dan pandai membuat keputusan. Harapannya agar Huda berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.

     Langkahnya laju menuju keluar mencari bayang suaminya. Apabila nampak saja kelibat Encik Marzuki sedang leka berbual dengan Faridz, langkahnya semakin pantas.

“Abang tolong ambilkan ubat anak dara abang dalam kereta kejap. Sakit balik anak abang tu..!” Kata Puan Rohayu cemas. Sempat dikerling kearah Faridz. Hatinya sedikit geram dengan apa yang terjadi tadi.

“Teruk sangat ke? Pergi hospital terus lah!” Encik Marzuki pula bertanya dengan cemas.

“Sampai ke kepala katanya. Mata pun dah berair macam nak menangis. Sakit sangatlah kot.! Entahlah apa yang difikirkan sampai sakit kepala.!”

“Biar saya yang  ambilkan..!” Pantas Faridz menyampuk.

“Mm..yelah. Pintu kereta pun tak kunci..” Balas Encik Marzuki.

     Faridz mengangguk laju dan terus melangkah ke garaj yang menempatkan keretanya dan kereta Encik Marzuki dipakir. Hatinya tak senang. Pada firasatnya Huda jatuh sakit kerana dia puncanya. Jika dilihat semasa berbual dengan Huda tadi, gadis itu kelihatan elok saja. Tiada tanda-tanda gadis itu sakit. Tapi baru sekejap tadi Huda ditinggalkan sendiri, kini tiba-tiba dia mendapat berita yang mengejutkan. Faridz yakin dialah punca Huda sakit. Kekalutan semakin terasa selepas menerima pandangan kurang senang dari ibu saudaranya tadi.

     HUDA termanggu di balkoni bilik Afini sambil melihat beberapa orang pekerja catering sedang sibuk mengemas halaman rumah. Dengan langkah yang lemah, Huda melangkah masuk dan sliding door ditutup perlahan. Sambil memicit-micit batang hidungnya, Huda melangkah ke katil. Niatnya tadi mahu tidur, tapi matanya tak mahu lelap. Kepalanya semakin sakit terasa. Hidungnya digosok lembut. Di birai katil, Huda terus temenung. Matanya yang berair diseka segera agar tidak jatuh.

“Hai..jauhnya melamun..! ingat buah hati ke..? Rasanya buah hati tak jauh pun..!” Gurau Affini yang baru keluar dari bilik air lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Huda. Huda tersentak melihat Afini yang sudah berada di sisinya.

“Eh, bila kau masuk..?aku tak nampak pun..”

“Mana nak nampak..! fikiran tu entah kemana pun aku tak tau..!aku masuk pun kau tak sedar.!”

   Huda tersengeh malu-malu mengaku kesalahannya yang terlampau melayan khayalannya.

“Apa masalahnya ni..? aku tengok dari tadi monyok je..! masa berdating bawah tadi okey je aku tengok..!”
Usik Affini . Melihatkan mata Huda yang basah Affini tergamam seketika.

“Kau nangis Huda..? Along buat apa kat kau..?” Soal Affini cemas.

Ishh! kau ni..! Tak ada apa-apalah..!" Kata Huda perlahan sambil menepuk bahu Afini. Sedetik kemudian, dia kembali bersuara. "Aku nak tanya, abang Faridz tu macam mana orangnya..? Garang ke..panas baran ke..?” Tanya Huda sambil menyembunyikan rasa sakit di hidung dan kepalanya.

     Meledak tawa Afini mendengar soalan Huda. Sangkanya apalah tadi hingga menyebabkan Huda bermasam muka begitu, rupa-rupanya hanya sekadar merisik tanya sifat-sifat diri abangnya.

“Along jarang marah-marah. Kalau dia marah, mesti ada sebab. Setakat ni aku tak pernah kena marah dengan dia lagi, setakat kena tegur tu adalah..! Tapi aku pernah tengok dia marah seseorang dulu, masa tu dia memang nampak marah sangat. Itulah pertama kali aku tengok dia marah. Tapi, aku rasa orang tu memang layak kena marah pun..! " Ujar Affini sambil menumbuk-numbuk bantal yang berada di sisinya.

Huda hanya tersenyum melihat Afini menumbuk-numbuk bantal tanpa tahu maksud sebenar Afini.

“Kenapa tiba-tiba tanya fasal along ni..? Kau takut ye kalau-kalau along tu jenis yang panas baran..? Aku taulah kau tu jenis yang lemah lembut, jadi kau mesti nak yang sepadan dengan jiwa kau kan..? Kau jangan risaulah.! dia takkan marahkan kau punya.! Dia mengaku sendiri yang dia dah jatuh sayang kat kau..!” Jawab Affini tanpa mengetahui apa yang terjadi pada Huda sebentar tadi. Afini  berkerut dahi melihat Huda tiba-tiba mendung.

“Aku baru kena marah dengan dia tadi. Aku terkejut sangat..! Selama ni tak pernah ada lagi manusia yang meninggikan suara kat aku. Abah aku pun tak pernah cakap macam tu kat aku..! Saat-saat aku dah mula sukakan dia, jadi macam ni pulak.!” Bentak Huda sayu.

   Affini hilang kata-kata. Seperti tidak percaya apa yang didengar sebentar tadi.

“Sebenarnya apa yang berlaku ni.? Cuba kau ceritakan pada aku.. Manalah tahu aku boleh tolong..”

     Namun perbualan mereka terganggu dengan ketukan pintu. Cepat-cepat Afini turun dari katil dan bergegas membuka pintu biliknya. Huda memandang bersahaja pada Affini yang sedang berbual sesuatu. Huda tak pasti dengan siapa. Tapi melihatkan Afini asyik menoleh-noleh ke arahnya, Huda hairan.

“Siapa, Ni.?” Tanya Huda sambil memanjangkan lehernya memandang ke pintu. Namun dia tak nampak sesiapa kerana terlindung dengan tubuh Affini yang tinggi lampai.

“Along nak jumpa..!”

Huda berkerut hairan. Namun kemudian Huda hanya menggeleng kepala tanda menolak. Afini seperti tidak puas hati.

“Kejap je..!” Pujuk Affini. Huda tetap tidak berganjak dari katil.

“Aku nak tidur..!” Jawab Huda lalu menarik gebar yang berwarna kuning air dan terus menutup tubuh dan wajahnya hingga ke kepala.

     Pintu bilik kedengaran ditutup perlahan. Perlahan-lahan Huda mengalihkan selimut yang menutupi wajahnya. Melihatkan Afini sudah berada sebelahnya, Huda kembali duduk mengadap Afini.

“Nah. Along kasi tadi. Katanya kau sakit..” Ujar Afini lantas menyerahkan sebungkus plastik. Huda kenal dengan bungkusan itu lalu disambut lemah.

“Dia pesan jangan fikir yang bukan-bukan..nanti kepala kau lagi sakit..”

Huda diam tidak berkutik mendengar pesanan Faridz yang disampaikan oleh Afini .

“Kenapa kau tak cakap yang kau sakit..” Tanya Affini lalu menuangkan air kosong kedalam gelas lalu dihulurkan pada Huda.

“Sikit je..!”

“Sikit kau kata..! Muka kau dah pucat semacam.! Along cakap kalau sakit lagi dia nak heret kau bawak pergi hospital.” Bentak Affini.

“Lepas telan ubat ni, okeylah..” Jawab Huda malas lalu mengeluarkan ubat penahan sakit dan ditelan perlahan.

“Cuba cerita kat aku, apa yang berlaku sebenarnya..? Along buat apa kat kau.?”

     Huda hanya diam namun selepas beberapa kali mengeluh. Huda mula menceritakan peristiwa di bawah tangga tadi. Afini mendengar penuh minat sambil terangguk-angguk, namun tidak sesekali untuk menyampuk. Akhirnya Afini melepaskan keluhan keras.

“Mm..patutlah dia marah sangat..!” Ujar Affini lalu termenung.

     Huda pelik dengan riaksi wajah Affini yang tiba-tiba berubah. Dirasakan ada sesuatu yang tersembunyi di balik wajah itu.

“Aku rasa sebelum kau terima along, baik kau tau dulu sejarah dia dengan awek dia dulu.. Cuba kau tanya dia baik-baik.!”

“Aku nak tanya apa? Aku tanya sikit je tadi, tu yang dia emo semacam. Sakit hati aku tau..! Silap-silap dari suka dah jatuh tak suka?” Tempelak Huda lembut sambil menjeling geram.

“Ye tak ye jugak? Mm..macam ni lah, biar aku aje yang cerita, tapi sikit aje tau! nanti aku mintak dia ceritakan dekat kau sepenuhnya.”  Ujar Afini sambil menyelak rambutnya yang jatuh ke muka lalu diselit ketelinga kanannya.

“Dua tahun lepas along aku pernah bertunang dengan anak keluarga angkat aku. Lisa namanya. Dia orang memang berkawan semenjak kami jadi anak angkat keluarga tu lagi. Along ni seorang pencinta setia, tapi tak tahu mana silapnya sampai perempuan tu sanggup tinggalkan along. Hari pernikahan mereka terpaksa dibatalkan sebab perempuan tu melarikan diri. Lepas semiggu baru dia muncul. Tak tahu apa punca, bila ditanya, katanya sebab belum bersedia. Kalau belum sedia, kenapa ikat tunang dengan along aku? Aku sedih sangat tengok keadaan along yang dah macam mayat hidup, tak tentu arah, makan minum, pakaian tak dihiraukan. Kerja apatah lagi, kadang-kadang pergi kadang-kadang tidak. Keluarga angkat aku rasa bersalah sangat dekat along disebabkan anak mereka. Selepas lapan bulan, along aku tetap tak berubah. Akhirnya bapa angkat aku buat keputusan hantar along balik sini untuk uruskan anak syarikat yang ada kat sini. Tujuan ayah angkat aku ialah agar along dapat lupakan sejarah hitam tu. Alhamdulillah..!setakat ni apa yang aku nampak, dia dah dapat lupakan sejarah hitam tu, tambah pulak selepas jumpa dengan kau hidup dia semakin berubah. Dah tak ada lagi sikap murung dia bila bersendiri. Aku bersyukur sangat..”

“Maksudnya abang Faridz tinggal sini dah lama..?” Afini mengangguk mengiakan firasat Huda.

“Mula-mula aku tak mahu datang sini. Tapi bila along bagitahu yang dia selalu boring tak ada kawan, aku turutkan jugak..! Dah duduk sini rasa seronok pulak, dapat pulak kawan-kawan macam kau dan Anom..lagilah aku teruja.”

Huda tersenyum bangga mendengar pujian Afini.

“Sekarang kau dah buka kembali sejarah hitam yang dah lama dia cuba lupakan. Aku bukan nak salahkan kau..! Ye lah..kau pun bukan tahu cerita sebenar. Kau jangan risaulah..! marah dia tak lama.. Esok mesti dia mintak maaf kat kau..! Salah dia jugak sebab tak cerita dari awal..” Balas Afini cuba memujuk apabila melihat wajah Huda keruh.

“Eh, kau cakap apa tadi, kau dah suka kat dia..? Mm..cinta baru berputik lah ni ye..?” Ujar Affini dengan nada mengusik lalu menyenggolkan sikunya ke lengan Huda. Huda tersenyum malu namun hanya seketika, wajahnya kembali keruh.

“Apa hal pulak ni..tadi okey je..tiba-tiba, berarak mendung kelabu..!” Serkap Afini sayu.

“Aku tak boleh terima dia sekarang ni..! Kau pun fahamkan keadaan kita sekarang ni. Aku nak tumpukan sepenuh perhatian aku pada pelajaran dulu. Bila dah  berjaya baru aku nak fikirkan benda tu. Dengan kejayaan ni saja yang boleh menjamin masa depan aku. Aku tak mahu bergantung hidup dengan keluarga aku semata-mata. Aku yakin aku pun boleh jadi tempat mereka bergantung andainya mereka sudah tak berupaya kelak..”

“Aku bangga ada kawan macam kau Huda. Aku tau hati kau mulia, kau sanggup korbankan perasaan kau semata-mata mahu lihat kebahagiaan keluarga kau. Tapi, aku nak nasihatkan kau sikit. Sesekali kau perlu fikirkan tentang diri kau jugak. Aku bukan nak ajar kau supaya membelakangkan keluarga, cuma aku pun nak tengok kau bahagia di samping orang yang kau sayang..”

      Huda tersenyum senang dengan nasihat Afini, diraih tangan Afini lalu diramas perlahan jemari sahabatnya itu.

“Aku tau, kau risaukan abang Faridz kan..? Tentang tu kau jangan risau, cuma buat masa ni, macam yang aku cakap tadi, aku memang tak boleh terima dia lagi. Aku harap kau dan dia boleh faham apa yang aku maksudkan. Insyaallah..kalau ada jodoh tak kemana.!” Ujar Huda sambil merangkul bahu Affini lalu dipeluk mesra. Afini tersenyum riang lalu membalas pelukan Huda.


No comments: