PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Sunday, 30 November 2014

BAB 9(1) : TERTULIS KAU MILIKKU

9
***
  BILA  sedar saja jam dah menunjukkan ke pukul 6.45 pagi. Bergegas Huda ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.  Matanya yang sembab akibat kesan tidur lambat semalam kelihatan nampak ketara. Segera mukanya dibersihkan agar sembab itu berkurangan. Malu kalau -kalau ada yang menegur.'Menyesal pulak tidur lewat..' Gumam Huda dalam hatinya.

     Seusai solat niat di hati ingin menyambung semula tidurnya, tapi bila mengingatkan umi dan ayahnya serta Mak Miah yang mungkin masih keletihan, dipaksakan dirinya ke dapur untuk menyediakan sarapan.

     Huda melangkah perlahan menuruni anak tangga lalu menjejakkan kaki ke ruang tamu yang sunyi sepi. Huda dapat merasa pasti seluruh penghuni dalam rumah itu masih dalam keletihan dan kembali menyambung tidur selepas solat subuh. Huda tahu menyambung tidur selepas solat subuh adalah sesuatu yang kurang baik, tapi jika badan terlalu letih, tak salah kalau terpaksa.    
   
     Huda berfikir-fikir apa yang harus disediakan pagi itu untuk sarapan. Lalu dibuka peti sejuk melihat apa-apa yang boleh dimasak. Melihatkan udang yang dibeli semalam masih banyak, Huda tersenyum sendiri. Dikeluarkan udang hidup itu lalu direndam agar lembut dan mudah untuk dikopek kulitnya. Sayur taugeh dan daun bawang serta daun sup yang masih ada dalam peti itu dikeluarkan juga lalu dicuci bersih. Daun bawang, daun sup serta bawang besar dipotong lalu dicampurkan semua bahan tadi ke dalam bekas yang berisi tepung gandum. Diadun supaya sebati dan kemudian digoreng hingga kuning keemasan.

     Huda tersentak seketika bila rongga hidungnya disapa dengan bau haruman badan yang diketahui milik siapa dalam rumah itu. Sejak semalam bau haruman itu sudah sebati dengan hidungnya. Huda memakukan diri di hadapan dapur sambil matanya memandang ke arah kuali panas yang berada diatas dapur. Tangannya sibuk mengalihkan jemput udang yang sedang di goreng. Walaupun tahu siapa gerangan yang berada di belakangnya, Huda tetap membatukan diri tanpa menoleh. Sebenarnya Huda tidak tahu apa yang harus diucapkan pada lelaki itu, takut kalau-kalau dirinya menjadi mangsa herdikan seperti semalam. Huda mengeluh kesal. Mesej yang diterima ketika berbual dengan Afini semalam masih belum berjawab. Yang sebenarnya, dia sendiri tak tahu nak jawab apa. Kata-kata maaf dalam mesej yang dia terima semalam hanya dibiarkan saja.

“Abang minta maaf..!”

Suara Faridz kedengaran memecah kesunyian pagi. Namun Huda masih membisu seribu bahasa dan tanpa menoleh. Sudah diagak ayat itu pasti keluar dulu dari mulut Faridz walaupun diakui dia turut rasa bersalah.

“Abang minta maaf.. Tolong maafkan abang..!” Pinta Faridz sekali lagi.

     Huda masih belum mahu berpaling dan bersuara. Yang sebenarnya Huda tidak mahu Faridz lihat wajahnya yang sembab kerana tak cukup tidur sebab menahan sakit hidungnya. Cucur udang yang sudah habis digoreng dimasukkan ke dalam pinggan lalu diletakkan di sebelah dapur. Bekas adunan tepung dibasuh bersih lalu ditiarap di rak pinggan. Sebelum berlalu sempat Huda mencapai pinggan cucur tadi lalu melangkah keluar menuju ke meja makan.

“Huda, dengar dulu cakap abang..!” Kata Faridz sambil mengekori Huda dari belakang. Namun Huda langsung tidak pedulikan rayuannya.

     Huda masuk kembali ke ruang dapur lalu mengangkat pula sedulang kopi yang telah siap dibancuh sejak tadi. Kopi panas dituang perlahan ke dalam cawan lalu dihulurkan pada Faridz yang sedang berdiri mengadapnya. Sebiji cucur udang diambil lalu dikoyakkan dan perlahan-lahan dimasukkan kedalam mulutnya tanpa menghiraukan pandangan Faridz ke arahnya.

     Pada firasat Faridz, tiada tanda-tanda yang Huda akan bersuara. Lantas Faridz  mendekati Huda dan menarik sebuah kerusi yang berada di sebelah Huda lalu diduduknya dengan selesa. Wajah Huda ditatap lama. Semakin rasa bersalah bila melihat mata Huda seperti baru lepas menangis.

“Abang minta maaf..abang tak sengaja nak tinggikan suara. Abang pun tak tau kenapa abang boleh bertindak macam tu. Abang tertekan bila ingat balik perkara yang dah berlalu tu..! Please Huda..! jangan buat abang macam ni..! Selagi Huda berdiam macam ni, abang lagi rasa tertekan dan rasa lebih bersalah.!”

“Huda tak pernah kena marah selama ni. Tak pernah ada orang yang berani nak tinggikan suara dengan Huda. Huda sedih sebab abang orang yang pertama buat macam ni. Huda tahu abang tertekan dengan soalan Huda semalam, tapi kenapa sampai perlu tinggikan suara..? Kan lebih baik abang bagitau yang abang tak suka ingat balik sejarah hitam abang tu..!” Ujar Huda sayu. Lantaklah kalau Faridz nak kata dia cengeng, manja atau apa-apa. Dia dah tak peduli.

     Faridz tergamam dengan panggilan Huda kepadanya. Hatinya berbunga namun jiwanya masih buntu bagaimana mahu memujuk Huda yang sedang merajuk.

 “Abang nak makan..?” Tanya Huda tiba-tiba.

     Faridz hanya menggeleng lemah. Matanya tidak berkelip melihat riaksi Huda di hadapannya. Sayu rasa di dada melihat gadis kesayangan berwajah keruh begitu di hadapannya. Tidak pernah ada lagi gadis yang berduka kerananya. Kalau dulu dia yang banyak berduka dengan sikap Lisa. Baru disedari, hati gadis di hadapannya itu benar-banar sensetif. Berbeza sekali dengan Lisa.

 “Makanlah sikit, nanti abang lapar. Penat Huda masak..!” Rayu Huda perlahan lalu di hulurkan pinggan yang berisi cucur udang yang masih panas suam. Namun tidak sesekali matanya membalas renungan Faridz.

 “Abang mintak maaf sebab buat Huda menangis.”

 “Siapa kata Huda menangis.?” Tanya Huda hairan. Mug berisi air suam miliknya dicapai dan diteguk perlahan.

 “Tu..!yang merah mata tu kenapa.?”

 “Lewat tidur..! Biasalah..” Ujar Huda sambil menggosok-gosok batang hidungnya dengan belakang tapak tangannya. Farid mengeluh lega.

 “Maafkan abang ye..?” Rayu Faridz lagi.

 “Huda yang salah sebab desak  abang.. !Kalau Huda tak mendesak, abang takkan marahkan Huda..” Huda berhenti berkata namun kemudian disambung semula.

“Huda minta tolong sangat-sangat dekat abang, lepas ni no call, no sms. Apa saja yang bersangkutan dengan abang, Huda tak mahu tahu lagi. Tolong bagi Huda ruang berfikir.” Sambung Huda lagi lalu segera bangun dan meninggalkan Faridz bersendirian di situ. Semalaman puas difikir apa jalan yang harus diambil. Baru kenal, Faridz sudah berani tinggikan suara, bagaimana pula masa akan datang.? Sebelum dia pergi jauh, ada baiknya dia buat keputusan bijak walaupun hati dah mula terpaut pada si jejaka.

No comments: