6
****
“HUDA...! dah siap kemas beg, belum..?” Jerit Puan Rohayu dari bawah. Sejak tadi puas dia menanti Huda turun, namun bayang pun belum dia nampak. Dari semalam lagi puas dia memujuk anak gadisnya agar mengikutnya pergi ke majlis tahlil arwah abangnya. Faham benar dengan sikap anak tirinya yang lebih suka memerap di dalam rumah. Namun apakan dayanya, anak tirinya itu memang sejak awal manja dengannya. Rasa bersalah pula jika tidak diikut kehendak anak tirinya itu. Tapi kali ini, dia terpaksa berkeras memandangkan dia harus meluangkan masa dengan anak saudaranya yang baru dikenalinya minggu lalu. Risau kalau-kalau ditinggalkan bersendirian di rumah kerana dia bercadang mahu bermalam di sana dalam sehari dua.Berkerut-kerut wajah Huda mendengar jeritan uminya. Lalu kakinya laju melangkah menuruni anak tangga menuju ke arah Puan Rohayu yang sedang menanti. Hatinya melibang libu mahu mengikut ajakan ibu tirinya. Sudah tahu tujuan panggilan Puan Rohayu, lalu nak tak nak dia terpaksa jua turun. Dari semalam sudah bermacam-macam alasan yang dia fikirkan untuk menolak, namun tiada satu pun yang sesuai.
“Nak kena pergi jugak ke mi..?” Huda sudah mula merengek manja sambil turun tangga. Sampai di anak tangga ketiga akhir, Huda duduk malas di anak tangga. Wajahnya sedikit mencuka.
“Eh..mesti lah kena pergi.! Dia orang tu pun bukan orang lain. Walaupun dia orang tu saudara tiri, tapi dia orang anak saudara umi, darah daging umi. Kasihan dia orang tu, anak yatim piatu. Hanya mengharapkan kasih sayang pengasuh dia orang saja yang tak ada kena mengena. Apa Huda rasa kalau Huda berada di tempat mereka..? Sekarang Huda tak rasa apa-apa sebab Huda ada segala-galanya. Huda ada abah, umi, abang, kakak dan adik, tapi dia orang cuma 2 beradik saja. Pada umi saja yang mereka harap sekarang.”
Lemah lembut Puan Rohayu memujuk. Baginya itu saja yang boleh dilakukan untuk memujuk hati Huda. Tahu benar dengan anak tirinya yang mudah tersentuh dengan isu-isu yang berkaitan dengan anak-anak yang kehilangan kasih sayang kerana tahu Huda adalah salah seorang daripada itu. Walaupun sudah dicurahkan sepenuh kasihnya pada anak tirinya itu, Puan Rohayu tahu Huda rindukan kasih dan belaian arwah Azimah, ibu kandungnya.
Huda tersentuh. Namun dia masih belum ada hati untuk setuju dengan cadangan ibu tirinya.
“Saudara mara lain tak ada ke mi..?” Tanya Huda sayu setelah mendengar alasan Puan Rohayu.
“Umi tak tahu lah, tapi apa yang abang Faridz bagitahu, selepas orang tua dia meninggal saudara mara belah mamanya ada datang, tu pun cuma sibuk fasal harta. Entahlah, tak tahu dengan zaman sekarang, sepatutnya anak yatim macam dia orang kena dibantu, ini tak, nak menyusahkan pulak..!” Puan Rohayu merungut dalam nada kesal.
Huda melepaskan keluhan lemah, menyesal kerana tidak berfikir seperti uminya yang berhati mulia. Rasa menyesal pulak kerana mementingkan diri sendiri.
“Ye lah umi..nanti kita tolong apa yang patut, tapi Huda segan lah..anak saudara umi tu lelaki pulak..!” Huda kembali beralasan walaupun sekejap tadi dia sudah mula berlembut hati.
“Huda boleh kenal dengan adiknya yang perempuan tu..rasa-rasanya sebaya dengan Huda kot..!apa namanya entah, umi lupa pulak..!” Kata Puan Rohayu memujuk. Kepalanya digaru sambil cuba mengingat nama anak saudara perempuannya.
“Baiklah mi. Huda ikut. Tapi lepas majlis kita terus balik ye..! Huda tak selesa lah tidur lama-lama kat rumah orang..!”
“Okey..!” Balas Puan Rohayu sambil tersenyum puas selepas Huda bersetuju. Langkahnya kembali ke ruang tamu.
JAM sudah menunjukkan ke angka 5 petang. Selepas solat asar Huda sudah siap menanti di ruang tamu menunggu Encik Marzuki, Puan Rohayu dan Huzir untuk ke rumah Faridz. Dengan hanya berbaju kurung putih bercorak bunga merah serta tudung merah terang menyerlahkan wajahnya yang putih bersih. Beg pakaiannya yang mengandungi beberapa pasang baju persalinan serta telekung turut diletakkan atas sofa di sebelahnya. Matanya yang asyik menonton tidak menyedari Encik Mazuki sudah berada di belakangnya.
“Kalau dapat menonton sampai tak ingat dunia..!”
Sindiran Encik Marzuki di sambut dengan sengehan apabila terkejut disapa begitu.
“Mana ada bah..! Abah, kat rumah anak saudara umi tu ada astro tak?”
“Tak tau la pulak..masa pergi hari tu tak sempat nak tanya..” Kata Encik Mazuki sambil tersenyum mengusik. Faham dengan sikap anaknya yang tidak pernah mis dengan rancangan kegemarannya setiap jumaat. Akhirnya Huda termalu sendiri apabila menyedari dirinya disindir.
“Amboi..! cantiknya anak umi ni.. manis saja.! Ni kalau abang Faridz tengok ni mesti tak tidur malam.”
Usikan Puan Rohayu disambut dengan rasa kurang selesa. Serta merta mukanya cemerut. Mengekek-ngekek yang berada di situ ketawakannya.
“Akak tau tak, abang Faridz tu handsome sangat! Putih macam akak. Bibir dia merah. Cantik bila senyum. Mesti dia tak merokok. Kakak kan tak suka lelaki merokok! padan sangat dengan akak..” Usik Huzir pula.
“Eh mi, kalau macam ni Huda tak nak pergi la!” Bentak Huda sambil memuncungkan mulutnya. Malu di usik begitu.
“Jangan mengada-ngada! Takkan kami nak tinggalkan kamu tinggal sorang-sorang kat rumah ni..bahaya..!”
Sampuk Encik Marzuki dalam nada tegas walaupun perlahan.
Akhirnya Huda hanya mendiamkan diri. Tak guna berdebat dengan abahnya yang pasti dirinya yang kalah. Menghadiahkan jelingan tajam pada Huzir kerana mengusiknya tadi membuatkan Huzir hanya menahan tawanya dari terburai.
Huda termenung sendiri. Sudah banyak kali nama Faridz disebut dalam rumah itu. Ingatannya beralih pada wajah Faridz yang baru dikenalinya beberapa minggu yang lalu. Selepas berbalas sms pertama kali dengan pemuda itu, Huda tidak lagi mendengar berita dari Faridz. Tak mengapalah.. itulah yang sebaiknya memandangkan dia semakin sibuk menumpukan perhatian pada pelajaran, Huda tidak mahu diganggu. Cita-citanya harus diutamakan. Harapan abahnya ingin melihatnya berjaya wajib didahulukan. Jejak abang dan kakaknya yang kini sedang melanjutkan pelajaran ke negara luar ingin dituruti bersama.
TEPAT jam lima setengah petang, kereta perdana hitam milik Encik Marzuki tiba di depan Villa Ariffah. Pagar tinggi yang tertera perkataan Villa Ariffah jelas di hadapannya. Huda tergamam.’Ah..mustahil rumah besar macam ni tak ada astro.’ bisik hati Huda sendiri sambil tersenyum bila teringat sindiran abahnya. Tiba-tiba pintu pagar terbuka sendiri lalu kereta perdana milik Encik Marzuki meneruskan perjalanan dan memasuki kawasan parkir. Di halaman rumah kelihatan beberapa pekerja sedang memasang khemah untuk para tetamu yang bakal hadir esok malam. Sambil menggalas beg pakaiannya, Huda melangkah perlahan mengekori Puan Rohayu dari belakang. Huda hanya menundukkan kepalanya. Malu pada pekerja-pekerja khemah yang asyik memandangnya.
“Dah sampai pun tetamu kita..ingatkan tak jadi datang..!” Sapa Mak Miah sambil bersalam dengan Puan Rohayu. Huda turut menyambut salam dari tangan Mak Miah.
“Yang ni siapa..?” Tanya Mak Miah lembut sambil merenung Huda.
“Oh..yang ni anak bongsu saya dengan arwah isteri saya dulu..” Sampuk Encik Marzuki sambil memeluk bahu Huda yang tersipu-sipu malu tersenyum memandang Mak Miah.
“Lawanya..!” Balas Mak Miah sambil menggosok-gosok tangan Huda lembut.
“Along..! Ni makcik dengan pakcik kamu datang ni..!” Laung Mak Miah sambil menjemput tetamu masuk.
“Duduk lah dulu. Tadi si Faridz dengan adiknya sibuk siap bilik. Sengaja dia ambil cuti hari ni sebab majlis ni. Katanya nak sambut tetamu kenalah sediakan apa yang patut..” Ujar Mak Miah lalu terus berlalu ke dapur. Puan Rohayu hanya mengangguk sambil tersenyum lalu selesakan duduknya atas sofa.
“Assalamualaikum pakcik..makcik..maaflah, saya kat atas tadi, tak sedar semua dah sampai. pakcik dan makcik apa khabar? Hai Huzir!” Sapa Faridz sambil datang dekat ke arah Encik Marzuki dan Puan Rohayu yang sudah bangun lalu bersalam dan tangan mereka dicium hormat.
Huda tersentak sambil mengerut wajah apabila mendengar suara dari arah belakangnya. Ditoleh perlahan-lahan untuk melihat wajah itu. Rasa macam pernah didengar suara itu. Apabila terpandang saja wajah empunya suara, jantungnya berdegup kencang. Mulut dan matanya yang sedang melopong, cepat-cepat ditutup dengan telapak tangan kanannya. Sambil mengetap bibir Huda menahan malu. Masyaallah.! kecilnya dunia.. Macam mana aku boleh ada kena mengena dengan Encik Jambu ni..!’
Faridz tergamam apabila melihat Huda di depan matanya. Terbuka sedikit mulutnya kerana terkejut.
“Kan Huzir dah cakap..! Abang Faridz mesti terpikat kat akak..!” Kata Huzir mengusik apabila menyedari Faridz tak terkata apa bila memandang kakaknya.
“Ish..! Huzir..tak baik usik kakak macam tu, nanti merajuk lagi kakak tu..!” Balas Puan Rohayu tidak senang.
“Farathul Huda? Awak ke ni?” Tanya Faridz dan terus merenung Huda.
Huda tunduk malu dan mengangguk perlahan. Malu rasanya bila direnung begitu.
“Dah kenal?” Tanya Encik Marzuki hairan. Puan Rohayu turut terpinga-pinga memandang ke arah Huda dan Faridz silih ganti.
“Kenal masa saya masukkan Fini ke sekolah tempat Huda belajar. Kebetulan pula mereka sekelas..” Jelas Faridz malu-malu.
“Masyallah..! Tuhan sengaja nak temukan kita rupanya..!” Kata Encik Marzuki perlahan sambil menggeleng kepala. Teringat akan dia tentang budak baru yang sombong yang dulunya pernah diceritakan oleh Huda. Affini rupanya. Encik Marzuki melepaskan keluhan.
“Fini..! Mari sini tengok siapa yang datang..!” Jerit Faridz ke arah bilik atas.
Afini berlari anak mendapatkan tetamu di bawah. Langkahnya terhenti apabila memandang Huda yang sedang tersenyum ke arahnya.
“Huda? kau buat apa kat sini..?” Tanya Afini hairan sambil menjerit riang.
“Kau tanya aku? Kau tanya lah umi aku, dia yang paksa aku datang sini, aku ikut aje..!” Balas Huda cuba berseloroh.
“Apa ni Cik Ayu? Huda ni…!” Afini tidak dapat habiskan ayatnya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal kerana keliru.
“Farathul Huda ni anak perempuan bongsu pakcik dengan arwah isterinya dulu, merangkap anak dara tiri Cik Ayu..!” Ujar Puan Rohayu tersenyum-senyum bila melihat Afini yang kurang percaya.
“Ya Allah..! aku tak tahu nak cakap apa. Aku happy sangat-sangat. Kau dah sihat ke? Hidung kau macam mana? Aku rindu sangat kat kau. Anom kata kau semakin kurus. Aku nak datang rumah tapi aku tak tahu alamat! Anom kata kau malu kalau orang datang rumah. Jadi aku ikut jelah.. Sorry ek!”
Kata-kata dan pertanyaan Afini yang bertubi-tubi membuatkan Huda mengerutkan dahinya.
“Mana satu aku nak jawab ni? Banyak sangat..! Satu-satu la..!” Tanya Huda. Yang berada di situ hanya ketawa dan menggeleng melihat teletah Afini.
“Dia ni kalau biar bercakap, sampai esok tak habis!” Sindir Faridz sambil tersenyum-senyum. Afini membalas dengan jelingan dan mulutnya dimuncungkan.
“Eh, samalah..sebijik!” Kata Encik Marzuki perlahan.
“Apa yang sama?” Tanya Faridz..
“Jelingan dan muncung tu..sama dengan Huda ni kalau usik dia..jadi macam tu la..!” Balas Puan Rohayu yang faham maksud sindiran suaminya. Ledakan tawa semakin gamat apabila Huda berkeadaan sama seperti Afini.
“Malam ni kau tidur dalam bilik aku ek! boleh kita borak-borak..” Kata Afini sambil menarik Huda duduk di sebelahnya lalu yang lain turut serta melabohkan duduk di sofa empuk di ruang tamu itu.
“Hari tu kata nak borak dengan Cik Ayu. Ni dah lain, apa kes? Tak tepati janji!” Bentak Faridz perlahan sambil sesekali mencuri pandang pada seraut wajah Huda. Bagai nak luruh isi jantungnya tadi setelah melihat Huda di hadapannya. Bibirnya sejak tadi tak lekang dengan senyuman bila sedar gadis pujaannya yang dirindui selama ini mempunyai ikatan persaudaraan dengannya walaupun saudara tiri. Dalam hatinya tak henti-henti ucap kesyukuran. Affini hanya tersengeh memandang ke arah Puan Rohayu..
“Tak apa.! banyak masa lagi..” Balas Puan Rohayu yang memahami keadaan orang muda.
“Betul betul betul..! lagipun takkan lah Fini nak biar Huda sendiri kot..! kesian Huda..!” Tanya Afini sambil mata melirik ke arah Faridz yang sejak tadi disedari cuba curi-curi pandang wajah Huda.
“Tak payah nak risau.! Along kan ada..!” Balas Faridz selamba.
Membuntang mata Huda dan Afini mendengar gurauan berani dari mulut Faridz. Tak sayang mulut betul mamat ni.! Tiba tiba terlintas niat nakal dalam kepala Afini ingin mengusik Faridz.
“Makcik dengan pakcik nak tahu satu rahsia tak?” Tiba-tiba Affini seperti mahu mengadu sesuatu sambil menjeling ke arah Faridz dan Huda.
“Sebenarnyakan... along ni..!”
Segera Faridz mendapatkan Affini lalu menekup mulut Affini dengan telapak tangan sasanya hinggakan Afini menjerit minta di lepaskan.
“Dah! jangan banyak cakap. Pergi buat kerja. Banyak lagi yang tak siap atas tu” Bentak Faridz sambil tersenyum malu.
“Ha..ni mesti ada apa-apa ni..! Kalau tak, takkan lah akak boleh senyum simpul macam ni!” Duga Huzir sambil memandang ke arah Huda dan kemudian beralih kepada Faridz.
Huda terpinga-pinga mendengar sindiran Huzir lalu mencubit geram mulut Huzir.
“Akak tak tahu apa-apa lah..! Akak senyum sebab tengok Kak Fini tu..!” Balas Huda menutup rasa gugupnya.
Encik Marzuki dan Puan Rohayu berpandangan sinis sambil menjungkitkan kening. Bagai ada yang tersirat dalam fikiran mereka.
bersambung,...
No comments:
Post a Comment