PROLOG
************
KALAU ditanya apa itu cinta sejati mesti dia melopong. Riaksinya seperti orang yang betul-betul tak faham istilah cinta. Kalau beri jawaban pun, dia sekadar beri isyarat mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tapi kalau tanya apa yang dimaksudkan dengan hubung kait manusia dalam istilah sains pasti jawapan yang diberi buat orang melopong mata mulut dan telinga. Kemudian dia akan tanya kita balik, “Ada ke cinta sejati?” Dia akan ketawa mengekek kalau kita bagi jawapan ‘ada’. Bila ditanya balik kenapa dia tak pernah mahu menerima cinta, pasti dijawab, “Benda tu tak penting! So tak payah nak serabutkan fikiran memikir..”Ramai yang tak pasti apakah dia benar-benar tak faham atau buat-buat tak faham. Dengan keadaan fizikal yang sempurna mustahil kalau dia beri jawapan ‘tiada yang sudi akan dirinya’. Namun pada yang memahami pasti sudah tahu mengapa dia berfikiran begitu. Bagi gadis itu tiada yang penting dalam hidupnya selain mengejar cita-citanya demi orang-orang yang menyayanginya. Siapa yang pertama dalam hatinya.? Katanya ialah orang yang benar-benar dia sayang. Dia pernah berkata , “Andai sudah tertulis dia milikku, tiada yang berhak ke atas dia selain aku..” Jauh di sudut hatinya pasti tersimpan rasa cinta untuk seseorang dan penuh yakin ada seseorang yang diciptakan untuknya.
**********
No comments:
Post a Comment