Tepat jam empat setengah petang Huda sampai di depan rumah. Puan Rohayu yang berada di taman mini berasa pelik.
“Awal anak umi balik hari ni.?” Tegur Puan Rohayu,
“Haah mi..! Last traning. Coach bagi kelonggaran balik awal hari ni. Dia takut ada yang cedera sebab sabtu ni dah ada final game kat stadium..”
“Wah! dapat jugak Huda main dekat stadium kan? Kalau kalah pun kompem tak frust sangat.” Puan Rohayu cuba berseloroh.
“Kalau boleh biarlah sampai menang..! Dah la tahun akhir. Kalau boleh sebelum tinggalkan sekolah ni, Huda nak tinggalkan sesuatu yang buat semua orang kenang..” Balas Huda tersenyum riang sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Teringat solat asar yang belum dikerjakan lagi.
MALAM itu semasa makan malam, Huda sengaja jadikan Affini sebagai tajuk perbualan dengan keluarganya. Nak minta pendapat sebenarnya..
“Macam mana mi, kita nak bagi orang senyum?” Tanya Huda sesudah selesai bercerita. Puan Rohayu hanya tersenyum nipis pada Encik Marzuki.
“Huda kan suka tengok maharaja lawak, takkan tak boleh ambil contoh kot..!”
Sindiran Encik Marzuki buat Huda muncung. Gamat seketika ruang makan dengan hilai ketawa Puan Rohayu, Encik Marzuki dan adiknya Huzir. Faham benar mereka dengan program tv yang menjadi minat kepada anak gadis mereka yang sorang tu. Kadang-kadang mereka turut serta menonton. Nasib baiklah rancangan tu ke udara setiap hari jumaat. Jika tidak, pasti mereka tak berpeluang menonton bersama.
“Abah ni..! Orang tanya betul-betul, abah main-main pulak..! Takkanlah Huda nak buat lawak suku-suku mereng macam tu kot.. Nanti tak fasal-fasal orang kata Huda ni dah tak betul..!” Balas Huda sambil menjeling manja pada orang tuanya yang masih bersisa tawa.
“Bagi umi, orang tu nak senyum ke atau tak, semuanya terpulang pada individu tu masing-masing. Kita sabar jelah dengan sikap orang tu. Tak mendatangkan kerugian pun kalau dia taknak senyum pada kita. Kita berdoa saja agar dibukakan pintu hatinya untuk berubah. Sampai bila dia nak berdiam macam tu. Lambat laun pasti dia nak berkawan jugak. Yang penting sabar.”
Pendapat Puan Rohayu Huda dengar sepenuh perhatian. Encik Marzuki juga terangguk-angguk tanda setuju.
“Huda tak ingat masa mula-mula umi datang ke rumah kita dulu? Masa tu abah risau betul dengan perangai anak-anak abah. Nasib baiklah umi ni jenis sabar. Hampir sebulan korang tak mahu bercakap dengan abah sebab protes. Senyum jangan haraplah.! Alhandulillah, dengan berkat kesabaran umi, akhirnya kamu bertiga terima jugak kehadiran umi dalam keluarga kita.” Ujar Encik Marzuki sambil mengimbas kembali saat-saat dia membawa pulang Puan Rohayu ke rumah untuk diperkenalkan pada anak-anaknya.
.
“Dan orang yang pertama lemparkan senyuman pada umi adalah Huda. Masa tu umi rasa umilah orang yang paling beruntung. Baru kawin dah ada tiga orang anak. Comel-comel pulak tu..!”
Huda tertunduk malu mendengar luahan rasa ibu tirinya.
“Abah berkahwin bukan kerana nafsu. Tapi kerana anak-anak. Memandangkan anak-anak abah masih kecil dan masih bersekolah, abah terpaksa ambil keputusan begitu. Abah risau tak ada yang menguruskan hal-hal anak abah. Tambahan pulak masa tu abah selalu kena hadiri kursus. Jadi tak ada orang yang abah boleh harapkan untuk menjaga anak-anak abah. Masa mula-mula kenal dengan umi, abah rasa dialah yang layak menggantikan tempat arwah ibu. Perkahwinan ini tak bermakna abah tak cintakan ibu. Cinta abah pada ibu tetap ada sampai bila-bila. Namun anak-anak abah harus faham, yang pergi tetap pergi, dan yang hidup kena teruskan kehidupan. Harap Huda faham maksud abah..”
Hujah panjang lebar itu buat Huda terasa sayu. Perlahan-lahan Huda mengangkat mukanya yang sejak tadi menunduk. Senyuman dilemparkan pada kedua-dua orang tuanya.
“Huda faham umi, abah! Sebenarnya Huda bangga dapat umi. Selepas ibu pergi, Huda rasa Allah tak sayangkan Huda sebab ambil ibu dari Huda. Tapi bila Allah gantikan ibu dengan umi, Huda rasa umi adalah anugerah Allah yang paling mulia untuk Huda. Huda bersyukur sangat-sangat.” Kata Huda penuh sayu.
“Terima kasih sayang sebab terima umi..” Ucap Puan Rohayu sambil mengusap lembut bahu Huda. Puan Rohayu benar-benar percaya kata-kata Huda. Buktinya, dia sendiri melihat gambarnya yang dibingkai cantik terletak elok bersebelahan dengan gambar arwah Azimah di atas meja tulis Huda.
“Alhamdulillah..! jadi dalam kes kawan Huda tu, mudah saja. Apa yang Huda harus buat ialah berdoa dan bersabar.” Ujar Encik Marzuki kembali ke topik asal perbualan.
“Hmm.. baiklah. Huda cuba..!”
************
No comments:
Post a Comment