“Masuk lah...” Laungnya dari balkoni tempat dia melepak. Matanya tetap tepat ke arah jalan. Affini yang sudah tercegat di sisinya tidak dipedulikan.
“Along ni kenapa? Macam ayam berak kapur je Fini tengok.! Along tak sehat ke..?” Tanya Affini sambil meletakkan belakang tapak tangannya di kepala Faridz untuk merasa suhu badan abangnya.
“Tak..! Along sehat. Jangan lah risau..along tak apa-apa..!” Ujar Faridz sedikit lemah. “Huda dah ke sekolah belum Fini..?” Sambung Faridz bertanya.
Soalan Faridz melahirkan senyuman sinis Afini
“O...sebab tu la yang monyok tak kira ni..! Tu la.. Fini ajak along pergi melawat dia tiap-tiap hari kat hospital dulu, along tak nak..! sekarang dah tak tahan menanggung rindu. Siapa yang susah? along jugakkan....?”
Sindiran Afini langsung tidak diperdulikan. Diakui memang salahnya juga kerana tidak mahu mengikut cadangan adiknya. Bukan sebab tak mahu tapi dia benar-benar sibuk. Tambah pulak dia tak mahu Huda kurang selesa jika tiap-tiap hari dia menebalkan muka semata-mata mahu berjumpa dengan Huda.
“Fini tau di mana rumah dia.? Kita pergi melawat dia, nak.?”
Cadangan Faridz buat Affini tersentak. Tak sangka sampai begitu sekali abangnya parah kerana rindu.
“Taknaklah.! Seganlah.! Lagipun Fini tak tahu alamat rumah dia. Kalau Fini tahu dan nak pergi pun, belum tentu Fini pergi dengan along.! “
“Kenapa pulak.? Niat along nak melawat je, takkan tak boleh kot..!”
“Huda tu pemalulah long..! Tapi Fini tau macam mana nak selesaikan masalah Along ni. Tak payah lah along nak kecewa sampai menongeng. Huda bukan tau pun...! ” Ujar Affini tersenyum sambil menayangkan sesuatu di tangannya. Faridz cuba merampas namun sempat adiknya mengelak
“Dengan syarat..! ”
“Okey, katakan apa saja, akan along tunaikan..! ” Ujar Faridz tidak sabar. Dapat dirasa cebisan kertas di tangan Afini itu ada kena mengena dengan Huda.
Affini tersenyum puas hati. “Shopping..!”
“Akan dilaksanakan. Bila? Sekarang..? Pergi siap sekarang. Cakap aje mana Fini nak pergi, Along akan bawak. Tapi sebelum tu kasi dulu tu..!” Ujar Faridz sambil menunjukkan sesuatu yang berada dalam genggaman Affini.
Affini melompat riang lalu cepat menyerahkan kepada Faridz lalu bergegas keluar dari bilik itu menuju ke biliknya. Faridz hanya menggeleng kepala melihat telatah adiknya yang entah bila nak matang.
Faridz tersenyum lebar bila melihat apa yang berada dalam pegangannya. Nombor telefon rumah beserta telefon bimbit Huda jelas dihadapan mata. Lantas dicapai telefon bimbitnya lalu menaip nombor yang berada di tangannya. Setelah pasti nombor yang ditaip betul lalu Faridz menaip perkataan ‘c-Sweet’ sebagai nama kepada pemilik nombor tadi. Perkataan save ditekan menandakan nombor itu selamat berada dalam simpanannya. Pada awalnya Faridz ingin terus buat panggilan namun terpaksa dihentikan niatnya itu, takut-takut kalau Huda tidak suka dengan tindakannya itu. Lagipun Faridz belum pasti dengan keadaan Huda yang masih belum boleh bercakap atau sebaliknya. Lantas cukuplah sekadar menghantar sms untuk mengetahui keadaan kesihatan Huda. Walaupun kurang pasti Huda akan membalas smsnya, Faridz tetap mengharap dan dia harus mencuba.
BUKU sejarah yang berada di tangan di tutup. Matanya yang terasa sedikit keletihan kerana terlalu lama mengadap buku, ditenyeh perlahan. Pandangannya dilontarkan seketika di sekitar taman untuk menyegarkan kembali pandangannya. Selepas makan tengah hari bersama orang tuanya, Huda menghabiskan masanya di taman sambil mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba lamunanya terganggu dek telefon bimbitnya yang berbunyi. Lagu 'Nuri' nyanyian Ella menandakan ada sms yang baru masuk. Lantas Huda mula mencari-cari telefon bimbitnya. Dengan muka tanpa perasaan, Huda mula membuka sms yang baru diterimanya.
-Salam awak.. Apa khabar.? Dh sihat ke.? Hrp2 awk sehat.-
Huda mengerutkan wajahnya memandang di skrin telefon bimbitnya. Nombor telefon yang entah siapa pemiliknya, Huda sendiri tidak tahu. Ingin diabaikan saja tapi seperti ada suara yang menyuruhnya membalas saja sms itu disamping boleh bertanya siapa gerangan yang berani mengganggunya.
-Salam.. Sya sehat. Thnk. Awk ni sape ek.? Sory, no awk xde dlm smpanan sya.-
Butang sent ditekan. Setelah memastikan smsnya selamat sampai, telefon bimbitnya dibawa masuk kedalam rumah dan terus menuju ke biliknya sambil mengepit buku sejarah tadi dan meletakkan di atas meja tulisnya. Telefon bimbit yang masih berada dalam genggaman dibawa ke balkoni biliknya lalu melabuhkan duduknya di situ sambil menanti balasan sms tadi.
Faridz tersenyum lebar apabila perkataan ‘c-Sweet’ tertera di skrin telefon bimbitnya ketika berbunyi tadi. Membaca SMS dari Huda menyemarakkan rasa teruja dalam jiwa Faridz. Tidak disangka Huda akan membalas mesejnya walaupun belum ketahui siapa penghantarnya.
“Perlukah aku terus berterus terang atau menunggu dulu?” Bisik Faridz.
“Aghh..pedulikanlah..lambat-lambat nanti melepas pulak..!” Bentak Faridz sendiri. Lantas cepat saja jarinya menaip untuk membalas sms untuk Huda yang sudah pasti sedang menanti.
Huda sedikit terkejut dengan bunyi telefon bimbitnya. Cepat-cepat dicapai lalu membuka sms yang baru saja diterimanya tadi. Bibirnya tersenyum malu bila membaca sms itu. Jantungnya berdebar-debar.
-Maaf mengganggu. Mula2 td mmg sya nk call tp risau kalau2 masih x blh bckp. Mggu lalu sya ke hsptl nk melawat awk. Frustnya bila tahu yg awk dh kuar. Nk dtg umh tp xtau address. Kentang putar dan aiskrim keladi, trpksa sya bwk blk mkn kat rumah. Sedih ..huhu..-
Huda tersenyum manis apabila membaca sms itu. Perkataan kentang putar dan ais krim keladi sudah cukup dia mengetahui siapa empunya diri yang menghantar sms. Huda terfikir-fikir bagaimana nombor telefon bimbitnya boleh terlepas kepada Faridz. Hatinya kuat mengatakan ini sudah tentu angkara Anom dan Afini. Memang tak boleh harap dekat bedah-bedah ni.. Akhirnya sms Faridz dibalas dan mereka terus berbalas sms.
-Hahah..thnk sbb ingat kat sya. Xde rzki.. Awk tlg mkn dh lebih baik dari awk buang. Hidung sya dh ok, dh blh bckp tp xblh snyum lebar2. Tp masih hnya blh mkn ba wau ba wau ro. Huhu..sedeh la… Tp nnt sya nk cba mkn nasi lembik dgn sup aym. Sya rsa dh blh kunyah sikit2. Doakan sya ye..!-
Faridz tersenyum lebar membaca balasan sms Huda. Ayat yang panjang dari Huda membuatkan Faridz yakin Huda ikhlas berbual dengannya.
-InsyaAllah..saya yakin awak boleh. Ermm..kalau sya datang melawat, boleh?-
Mata Huda sudah membulat. Tak sangka Faridz berani suarakan hasrat macam tu. Cepat-cepat dia membalas.
-Eh, Jgnlah..! Nnti keluarga sya kata apa pulak..!-
Faridz tersenyum. Sudah dapat gambaran bagaimana rupa Huda bila sedang gelabah. Namun dia masih dengan pendiriannya. Sebenarnya niatnya banyak kepada sekadar mengusik.
-Sya dtg dgn Fini..-
Huda semakin tak tentu arah.
-Jgnlah..!!! Sya merayu. Klu awk degil, sya x mahu kwn dgn awak.!-
Faridz sudah ketawa berdekah-dekah membaca ugutan Huda. Namun, belum sempat dia membalas, Huda terlebih dahulu menghantar sms padanya. Niatnya mahu mengelak sebenarnya.
-Sya sdg belajar ni. Lain kali kte chat lg k...-
Alasan.! Faridz tersenyum dan melepaskan keluhan lemah.
- Ok. Jga diri baik2. Sya minta maaf fasal td. Sya gurau je.. Tp klu awk izinkan, skrg jgk sya terbang ke rumah awk.-
Huda tersenyum lega.
-Awk jht.! Oklah..awk jga jga diri baik2. Kirim salam sayang n rindu pd Fini.-
Faridz mengetap bibir membaca sms Huda. Tak sangka gadis yang mula berada dalam hatinya akan menunjukkan rasa keperihatinan pada dirinya. Hatinya berbunga. Tiba-tiba niat untuk mengusik...
-Syg dan rindu tu utk Fini sj ke.? Untk sya xde.?-
Huda hilang kata-kata. Tak tahu apa yang harus dibalas. Akhirnya dia sekadar senyum dan sms tadi diabaikan saja.
Faridz tersenyum lebar setelah menamatkan perbualannya melalui sms. Jiwanya lapang mendengar berita Huda. Tidak disangka Huda sudi berkongsi cerita dengannya walaupun baru beberapa kali berjumpa. Senyumannya tampak riang apabila Huda menyuarakan hasrat untuk berchating di lain masa.
*****************
No comments:
Post a Comment