KELUAR saja dari perut kereta, mereka berdua beriringan menuju ke dalam pasar econsave. Huda terus ke arah satu sudut untuk dapatkan troli. Lantas Faridz segera mengambil alih tugas sebagai penolak troli sementara Huda hanya menjadi penunjuk arah. Tempat barang-barang basah dituju dahulu. Mulut Huda tak henti-henti bercakap sambil memilih ayam, daging, udang dan ikan. Faridz hanya mendengar sambil tersenyum. Melihat gelagat Huda membuatkan dia kagum dengan sikap gadis itu. Dalam usia yang muda, Huda sudah pandai membuat kerja-kerja rumah. Dari segi keterampilannya menguruskan diri serta membuat kerja-kerja dapur, Faridz dapat mengagak Huda adalah gadis sempuna pada pandangan matanya.
“Tak geli ke pegang macam tu?” Tanya Faridz setelah melihat Huda memasukkan beberapa ekor ikan selayang dalam plastik dengan hanya menggunakan tangan lalu menyerahkan kepada pekerja di situ untuk di timbang.
“Dah biasa..mula-mula dulu geli jugak sebab busuk..tapi bila dah biasa buat, dah tak rasa semua tu..” Kata Huda sambil tersenyum. Terlintas dalam kepalanya untuk mengusik lalu mengacahkan tangannya yang kotor dan busuk ke arah Faridz. Faridz ketawa kecil bila dapat mengelak dari serangan Huda tadi.
“Tau takut..! Cuba pegang..” Ujar Huda perlahan.
“Abang geli lah..!” Kata Faridz sambil mengerutkan muka.
“Macam mana nak jadi suami orang kalau ikan yang dah mati pun takut nak pegang?”
“Abang bukan takut, cuma geli.!”
“Cepat pegang! kalau tidak Huda tak mahu kawan dengan abang Faridz.”
“Ni..antara syarat-syarat kelayakan untuk jadi calon Huda ke?”
“Mm....boleh dikatakan macam tu lah..!” Ujar Huda selepas beberapa saat lagak berfikir. Yang sebenarnya dia tidak sabar melihat riaksi Faridz menyentuh ikan.
“Nanti tangan kotor..!” Faridz masih beralasan untuk mengelak dari memegang ikan di hadapannya.
“Nanti kita basuh la..!” Kata Huda memujuk lembut. Niatnya yang sebenar hanya mahu mengenakan Faridz. Terherot-herot mulutnya menahan ledak tawa.
Sambil mengerutkan muka, Faridz cuma memegang seekor ikan yang kecil. Tiba-tiba senyumannya terukir.
“Mm..macam mana? Okey tak? Tak rasa apa-apakan?” Tanya Huda sambil menjungkitkan kening lebatnya.
“Ye lah..seronok pulak dapat pegang ikan ni.. Tapi..gelilah..licin semacam je..!”
“Nanti Huda nak suruh abang Faridz pegang ikan keli dengan belut pulak.! macam mana?” Kata Huda diiringi tawa kecil.
“Insyaallah..! Untuk Huda abang sanggup buat apa saja.! Asalkan tercalon. Beruntung siapa yang jadi suami Huda. Serba serbi tahu. Mengurus diri, memasak, mengemas, bersopan, cantik pulak tu..”
“Lebih-lebih pulak..! Abang Faridz nak jadi antara calon-calonnya ke..? Pegang ikan pun takut-takut, macam mana nak jadi calon Huda?” Huda cuba berseloroh sambil mengusik Faridz yang sedang memasukkan bungkusan ikan yang siap ditimbang tadi ke dalam troli.
Faridz tersentak seketika. Senyuman di bibir terukir. “Kalau Huda sudi apa salahnya.! Balik nanti abang cakap kat umi dan abah Huda pasal ni” Kata Faridz serius.
“Eh! apa abang Faridz ni..Huda gurau je lah..!” Cepat-cepat Huda bersuara. Takut juga kalau-kalau Faridz serius. Jika dilihat dari riaksi wajah pemuda itu, tiada tanda-tanda dia bergurau.
“Tapi abang tak gurau, abang sungguh-sungguh ni.”
Huda dah seperti semut tertelan kapur. Berdeguk-deguk air liur ditelan sebab terkejut. “Dah la abang Faridz, kita cuci tangan dulu. Lepas tu kita pergi tempat sayur pulak..!” Kata Huda cuba mengubah topik perbualan. Cepat -cepat Huda mengatur langkahnya. Cuak juga dia tadi bila melihat riaksi Faridz yang bersungguh-sungguh. Tak dapat bayangkan rasa debarnya yang masih terasa dengan renungan tajam Faridz yang menusuk hingga ke hati. Menyedari langkah yang diatur Faridz tadi begitu lemah, Huda yakin Faridz kecewa dengan jawapannya. Huda cuba berlagak biasa.
FARIDZ menghentikan keretanya di bahu jalan berhadapan dengan sebuah gerai nasi lemak setelah dipinta Huda. Faridz hanya menurut. Seumur hidupnya belum lagi pernah merasa makan di gerai tepi jalan. Melihatkan persekitaran gerai yang bersih Faridz turut melangkah bersama Huda.
“Eh Farah datang..! Dah lama Farah tak datang gerai Mak Yam. Farah sihat..?” Tegur Mak Yam tuan punya gerai.
“Maaflah Mak Yam..! Farah baru dapat keluar rumah ni. Sebelum ni Farah terperuk je kat rumah. Kemalangan sikit..! Sekarang dah okey dah..!” Terang Huda lalu menceritakan sedikit tentang kecederaan hidungnya.
Faridz memerhati dan mendengar sahaja perbualan Huda dan Mak Yam yang begitu mesra. Pada firasatnya tentu Huda mengenali Mak Yam dalam jangka waktu yang lama, kalau tidak masakan mereka boleh berbual mesra. Panggilan Farah kepada Huda juga dirasakan berlainan.
“Amboi Farah..! Dalam-dalam diam datang dengan cik abang..!” Tegur Mona anak menantu kepada Mak Yam yang sibuk menyendukkan nasi ke pinggan untuk pelanggan yang datang. Huda dan Faridz tersenyum malu sambil berpandangan.
“Mana ada Kak Mona..! Ni abang sepupu anak saudara umi. Baru pindah kat sini. Sebelum ni duduk di Selangor. Farah pun baru kenal je..! Malam ni ada majlis tahlil untuk arwah orang tua abang sepupu Farah ni, sebab tu kita orang keluar beli barang sikit.” Terang Huda sambil tersenyum manis.
Faridz cuba berlagak biasa. Dalam hati berharap agar Huda memperkenalkan dia sebagai teman teristimewa.
“Ingatkan bakal Farah..!” Usik Mak Yam pula sambil tersenyum sinis. Namun Huda hanya pekakkan saja telinganya walaupun ketika itu dia sedar Faridz sudah kembang setaman. Tanpa pedulikan usikan MakYam dan Mona, Huda terus selesakan duduknya di bangku meja sebelah Faridz.
“Huda kenal keluarga ni dari kecil lagi. Dulu abah dengan arwah ibu selalu bawak Huda makan kat sini. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Sebelum abah pergi kerja mesti kena bawak Huda ke sini, kalau tak Huda mesti mengamuk..” Huda ketawa kecil sambil terus mengacau teh tarik panas yang baru dihantar oleh Mak Yam. Rasanya dia perlu jelaskan tentang keakrabannya denga keluarga Mak Yam. Sejak tadi dia perasan pandangan Faridz seperti kehairanan dengan layanan baik tuan punya gerai itu terhadapnya.
“Masa arwah ibu sakit teruk, Mak Yam lah yang jaga Huda. Lepas habis berniaga, Mak Yam akan datang rumah tolong tengokkan Huda. Mak Yamlah yang mandikan Huda, suapkan makanan ke mulut Huda, dan dia jugalah yang tidurkan Huda. Dan masa arwah ibu sakit, dia jugalah yang jaga ibu masa abah keluar kerja atau berkursus luar daerah. Bila abah balik dari sekolah, baru Mak Yam balik rumah. Masa tu Huda dah masuk empat tahun. Huda tak pernah kenal saudara mara belah abah atau ibu. Abah pun tak pernah nak cerita. Pernah juga Huda tanya tapi abah diam aje. Bila tengok abah menangis, Huda yakin pasti sejarah keluargnya ada cerita yang mendukacitakan. Sejak tu Huda tak berani lagi nak tanya sebab Huda tak mahu tengok abah bersedih. Huda nak menggembirakan abah. Abah teringin nak tengok ada anak-anaknya yang mengikut jejaknya sebagai seorang pendidik. Walaupun kecewa dengan keputusan Kak Hajar dan abang Haizat tapi abah tetap bagi sokongan bidang yang dia orang pilih..” Huda sayu menceritakan tentang keluarganya. Faridz sedia menjadi pendengar setia.
“Huda nak jadi pendidik? Nak jadi cikgu?” Tanya Faridz sambil merenung wajah dihadapannya. Huda mengangguk tapi wajahnya tersenyum kelat.
“Sebenarnya Huda minat bidang lain. Tapi sebab abah, Huda korbankan lah.! apa salahnya membahagiakan orang yang kita sayang? betul tak?” Balas Huda lemah.
“Huda minat bidang apa sebenarnya? Boleh abang tau?” Huda tersenyum-senyum malu sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu orang lain mengetahui minatnya.
“Cakaplah..! mana tahu abang boleh tolong..”
“Huda dah nekad untuk berjaya macam abah. Huda nak jadi pensyarah hingga bergelar profesor macam abah.” Terang Huda sambil tersenyum manis.
“Pakcik Marzuki tu Profesor?” Tanya Faridz hairan. Melihat penampilan Encik Marzuki, dia beranggapan Huda sekadar mahu bergurau.
Huda tersentak. Baru tersedar ketelanjuran atas ucapannya tadi. Mata dan mulutnya melopong sambil tangannya menutup mulutnya yang terbuka. Huda mengetap bibirnya menyesal.
“Abang Faridz jangan kecoh-kecoh ye..! Jangan tanya apa-apa fasal abah dekat abah. Mungkin sikap abah yang suka bersederhana. Abah tak suka gelarannya jadi bualan mata dunia. Dia lebih suka orang panggil dia cikgu. Huda pun tak suka orang tahu..”Terang Huda perlahan.
“Maksud Huda Pakcik Marzuki tu..Profesor Dato Marzuki Hamdan.?” Huda hanya mengangguk lemah.
“Ya Allah..! macam manalah abang boleh tak perasan. Masa abang belajar dulu banyak kali dia datang ke sana adakan seminar untuk pelajar. Rasanya tiga atau empat kali kot dia datang..! Patut lah abang rasa macam pernah tengok. Tak sangka prof tu bakal bapa mertua abang ye?” Terang Faridz sambil cuba mengusik Huda yang asyik benar mendengar cerita Faridz.
Huda menjeling dan tersenyum sinis selepas tersentak mendengar kata akhir dari mulut Faridz.
“Perasan..!” Bentak Huda.
“Ye lah..! abang tahu siapa diri abang ni. Tak layak berdamping dengan anak Dato.!.” Balas Faridz cuba menjauh.
“Ha..tengok.! Sebab tu lah Huda tak suka orang tahu tentang abah. Huda takut kalau-kalau tak ada orang yang nak kawan dengan Huda..” Kata Huda geram sambil memuncungkan mulutnya.
“Sorry..abang tak sengaja..! Lepas ni abang kena kerja lagi kuat sebab kena kumpul duit. Nak masuk meminang anak Dato paling kurang tentu kena ada 100k. Kalau tidak, jangan mimpi la..!” Faridz masih terus ingin bergurau.
“Suka hati abang Faridz lah. Malas nak layan..! Satu Huda nak pesan, jangan bagitahu Fini ye pasal hal ni. Huda tak suka kecoh-kecoh. Lagipun Huda tak mahu Fini rasa janggal berkawan dengan Huda..”
“Okey..tapi dengan syarat..!”
Huda mengangkat kening pinta kepastian.
“Ada 3 syarat. Yang pertama, kena makan dulu nasi lemak ni..!”
Huda termanggu sendiri. Geram mendengar syarat macam tu. Tak serius langsung..!
“Hmm..tunggu apa lagi, makan lah.! lagi dua syarat nanti abang bagi tahu kat rumah..”
Huda mengetapkan bibirnya menahan geram. Nak menanti lagi dua tu memang sesuatu yang menyeksakan.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..
Sunday, 30 November 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment