7
***
SEAWAL pagi lagi Huda sudah mula sibuk bersiap untuk ke pasar. Janjinya untuk menemani Mak Miah untuk mendapatkan bahan-bahan untuk membuat mee udang dan laksa pineng harus dilaksanakan. Huda selesa hanya mengenakan slack hitam bersama blaus biru muda yang bergetah di pinggang. Penampilannya menampakkan dia lebih dewasa dan digayakan pula dengan tudung biru bercorak abstrak membuatkan dirinya anggun. Bibirnya disapu sedikit lip glos dan pipinya ditempek sedikit dengan compek powder simply beauty agar wajahnya tidak pucat. Haruman deodorant avon far away yang menyelimuti tubuhnya menjadikan Huda berkeyakinan. Hampir setengah jam bersiap akhirnya setelah benar-benar yakin Huda mula mengatur langkah keluar dari bilik. Turun saja ke dapur dilihatnya Mak Miah masih berkain batik dan berbaju kurung kedahnya.“Kenapa tak siap lagi..nak pergi ke tak ni..? Semalam kata nak pergi dengan Huda..Mak Miah tak yakin Huda drive ye..?”
Mak Miah tidak berkata apa-apa. Hanya sengehan bibir Mak Miah yang menjadi penyeri mata Huda buat ketika itu. Huda pelik.
“Dah siap.? jom lah..nanti sesak susah pulak nak dapat parking..”
Suara Faridz tiba-tiba menerjah ke gegendang telinga Huda. Tersentak dengan teguran itu, segera Huda menoleh. Faridz yang sedang melangkah keluar sambil mencapai kunci keretanya ditatap seketika. Huda menoleh kembali ke arah Mak Miah yang sedang tersengeh macam kerang tak wangi.
“Mak Miah jahat tau.! Kalau awal-awal tahu..tak ingin Huda janji..!” Rungut Huda perlahan.
“Huda pergi sajalah dengan abang Faridz tu.. dia okey..tak payah nak malu-malu..” Pujuk Mak Miah sambil menggosok tangan Huda.
“Tak mau kawan!” Bentak Huda sambil terus berlalu. Mulutnya sudah muncung panjang sedepa.
Mak Miah hanya ketawa kecil memandang wajah Huda yang mencuka. Memang semalam dia yang mengajak Huda tapi terpaksa membatalkan apabila Faridz menawarkan diri agar dia sahaja yang pergi dengan Huda. Pada mulanya Mak Miah agak keberatan kerana Huda pasti tidak setuju. Namun setelah Faridz meyakinkannya, Mak Miah mengalah. Tambahan pulak, dia suka benar jika gadis kecil itu dipadankan dengan anak asuhannya itu. Melihat wajah Huda yang mencuka, Mak Miah terasa bersalah. Namun bila mengenangkan sikap Faridz yang bersungguh-sungguh Mak Miah pasti dengan hatinya yang mengatakan Faridz sudah berjumpa dengan gadis idamannya. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman yang pernah disebutkan oleh Faridz kini dapat dilihat pada diri anak Encik Marzuki. Dia semakin yakin bila Faridz ada bertanyakan pendapatnya tentang Huda. Dari situ dia tahu, Faridz tengah angau. Hatinya cukup berkenan dengan sikap dan sifat semulajadi Huda.
Huda melangkah lambat. Beg tangannya yang digalas tadi hanya dipegang malas. Hilang terus moodnya pagi itu. Mulutnya masih memuncung panjang memerhatikan Faridz yang sedang memanaskan enjin keretanya. Selepas memboloskan diri dalam kereta, Huda masih membisu.
“Dah lah tu..! simpan aje muncung tu. Dah boleh buat penyukat jalan..” Tegur Faridz cuba berseloroh.
Huda hanya tunduk membisu. Hatinya semakin sakit bila melihat senyuman nakal Faridz. Dalam hatinya tak henti-henti menyumpah.
‘Geramnya..! nak aje aku bungkus-bungkus Cek Awang ni, jual selungguk 3 ringgit, dapat jugak duit..!" Bentak Huda dalam hatinya.
“Cuba senyum sikit pagi-pagi ni..baru rezeki boleh masuk, masam muka depan kekasih pulak tu..tak baik tau..!”
Huda masih membisu. Kata-kata Faridz langsung tidak diambil peduli.
“Kita nak membeli di mana?” Tanya Faridz lembut namun Huda masih berdiam.
“Kita pergi jogging dulu, nak?”
Berkerut dahi Huda mendengar cadangan Faridz.
“Kata nak pergi beli barang, kenapa pulak nak tukar plan?”
“Saja..!”
“Jangan merepeklah! Takkan nak pergi joging pakai macam ni!”
“Tadi abang tanya Huda diam aje..ni nak marah-marah pulak..!” Faridz tenang bersuara tanpa menoleh ke arah Huda.
Huda mula rasa bersalah. Dia tertuduk malu menyesali tindakannya berdiam diri tadi memakan dirinya sendiri.
“Biasa Mak Miah beli barang kat mana..?” Huda cuba kembali menceriakan hatinya setelah rasa bersalah dengan sikap hambarnya tadi terhadap Faridz yang tak bersalah.
“Econsave! dekat katanya..” Ujar Faridz sambil menarik nafas lega bila Huda sudah mula reda.
“Mm..okey jugak.!” Ujar Huda sambil cuba memaniskan wajahnya. Takut jugak kalau-kalau Faridz mengapa-apakannya. ‘Hati budi orang bukannya kita tahu sangat..baru kenal pulak tu’ Hati Huda berkata-kata sendiri.
“Huda takut dengan abang ke?” Tanya Faridz setelah hampir lima minit mereka berdiam tak berkutik.
Huda masih berdiam diri. Tak pasti apa jawapan yang harus diberikan pada soalan Faridz tadi.
“Janganlah takut..! Abang bukan makan orang. Abang ni baik tau! sopan..berbudi bahasa..cukup semua kriteria yang ada pada seorang lelaki yang layak untuk Huda jadikan kekasih merangkap suami.” Jawab Faridz tersenyum-senyum.
“Huda bukan takut..! Kalau Huda takut, Huda tak ikut abang Faridz..” Jawab Huda bersahaja sambil cuba mengawal rasa debar di dada selepas mendengar pendapat Faridz tadi. Wajahnya ditoleh keluar setelah kereta luncur bergerak.
“Semalam Mak Miah ada bagitahu nak ke pasar dengan Huda. Yelah.. apa-apa hal Mak Miah mesti bagi tahu kat abang. Abang ni kan majikan dia. Dia kata Huda ikut sekali, abang okey je! Abang tak tahu yang Huda boleh drive . Selama ni pun kalau Mak Miah nak ke pasar, abang yang bawa. Huda marahkan abang ye?” Faridz cuba berterus terang agar Huda selesa dan tidak salah anggap atas kebaikannya.
“Huda tak marah pun..! Sebenarnya Huda segan. Seumur hidup Huda tak pernah lagi naik kereta dengan mana-mana lelaki selain abah atau abang Haizat. Ni kalau abah dengan umi tahu mesti bising..!”
Faridz tersenyum mendengar penerangan Huda yang sudah mula mahu berbual dengannya.
“Tak payah risau lah..! Abang dah mintak izin kat umi dan abah Huda semalam. Dia orang kata okey. Cuma satu je umi pesan..”
Huda memalingkan muka memandang Faridz tersenyum simpul. Ayat tadi dirasa seperti tergantung.
“Pesan apa?”
“Suruh sabar sikit sebab Huda ni cerewet sikit dalam soal memilih barang. Ye ke Huda ni cerewet.?”
Huda menghamburkan tawanya, malu sebab sedikit rahsianya terburai.
“Umi..umi..ada-ada ajelah..! Mana ada Huda cerewet. Rasanya dalam soal memilih mesti nak yang terbaikkan.? Nak beli barang mesti nak yang berkualiti, tak semestinya ada brand. Kalau abang Faridz pun mesti nak yang terbaik..betul tak..? Mana ada orang beli barang ikut tangkap muat je..rugilah..! Dalam kerja abang Faridz pun mesti nak yang terbaik dan berkualiti. Betul tak..? Bahan-bahan yang abang Faridz pilih untuk kegunaan pembuatan bangunan-bangunan yang abang Faridz bina, mesti nak yang berkualiti. Cerewet tu penting dalam memastikan keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan sendiri atau berkongsi bersama. Kalau abang Faridz guna bahan tak berkualiti, siapa yang susah..? Abang Faridz jugakkan..? Silap-silap apa yang abang Faridz buat mendatangkan bahaya pada orang ramai..kan rugi namanya tu..Silap hari bulan abang Faridz masuk penjara..tau..!”
Faridz tersenyum lebar mendengar kata Huda yang panjang lebar. Dapat dirasa Huda sudah mula selesa berbual dengannya. Hatinya berlagu riang.
“Maknanya semua benda kena cerewet la baru hidup terjamin, begitu maksud Huda.?”
“Mm..lebih kurang macam tu la..”
“Kalau soal jodoh pulak macam mana? Kena cerewet jugak ke?”
“Ha..yang tu lagi kena cerewet. Banyak sudut kena pandang..” Balas Huda tanpa menyedari maksud tersirat soalan Faridz.
“Sudut yang macam mana..?” Faridz cuba banyakkan bertanya untuk lebih berbual dengan gadis di sebelahnya itu. Cuba buat-buat tak tahu tentang topik yang dibualkan sedangkan yang sebenarnya dia ingin mengorek rahsia hati gadis itu.
“Mm..dari segi fizikalnya mesti yang tiada cacat cela, sedap mata memandang, tak elok pada pandangan orang tak apa.. janji elok pada pandangan sendiri. Dari segi kemampuan pulak mesti yang betul-betul mampu untuk menanggung tanggungjawab yang dipikul. Macam Huda perempuan mestilah nak yang berharta. Opts..! itu bukan bererti Huda perempuan mata duitan ye..! tu adalah sebagai guarantee masa susahnya. Perempuan yang betul-betul mata duitan untuk kepentingan sendiri lain pandangan matanya manakala perempuan yang mata duitan untuk masa depan pulak lain fikirannya. Macam Huda, pilih yang berharta adalah untuk kegunaan bersama bukan untuk diri sendiri. Lagipun Huda sendiri boleh kumpulkan harta Huda sendiri tanpa minta bantuan sesiapa. Dari segi dalaman pulak..mm..” Huda seperti malu-malu nak meneruskan perbualan, matanya liar memandang ke arah luar.
“Dari segi dalaman macam mana pulak..” Tanya Faridz sambil tersenyum-senyum.
“Kita sambung lain kali pulak lah ye..!” Kata Huda malu-malu selepas beberapa saat berfikir.
“Eh, mana boleh cakap tak habis. Cepat cakap! kalau tak abang tak kasi Huda balik. Abang sanggup tak dapat makan laksa asalkan Huda selesaikan dulu masalah sekarang ni..!” Faridz berkata dengan nada serius.
“Nantilah Huda buka buku dulu. Huda lupa apa yang Huda nak cakap..”
“Alasan.!.Tadi bukan main lagi bercakap, mengalahkan profesor je..bila sampai topik yang sensetif sikit dah malu-malu..” Sindir faridz.
“Huda bukan tak mahu cakap. Tapi Huda rasa Huda muda lagi nak bercakap soal macam ni. Rasa macam tak sesuai pulak! Belajar pun tak habis lagi dah pandai-pandai nak bercakap soal memilih jodoh. Macamlah pandai sangat! Apa yang Huda cakap tadi berdasar apa yang Huda rasa dan apa yang Huda impikan. Kalau abang Faridz pulak macam mana..?”
Faridz tersenyum-senyum mendengar soalan Huda. Memang dia menanti soalan tu dari tadi. Inilah masanya untuk dia meluahkan rasa hatinya.
“Kalau abang, abang nak macam Huda. Dalam erti kata lain, terus terang abang cakap abang nakkan Huda..” Tanpa berfikir Faridz terus meluahkan rasa hatinya tanpa memandang wajah Huda.
Bagaikan terkena renjatan elektrik, Huda terpana seketika. ‘Biar betul mamat ni..’
“Eh..dah sampai rupanya..!” Alasan Huda memecah kesunyian selepas kata-kata Faridz tadi tidak dibalas.
Faridz menyedari kegugupan Huda. Senyumannya melebar mendengar alasan Huda untuk mengelak. Sabar..! masih banyak masa untuk meluahkan semua.
No comments:
Post a Comment