Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Faridz hanya berdiam diri. Pelbagai persoalan timbul dalam benak fikirannya. Tertanya-tanya dalam hati, mengapa Huda menolak untuk berjumpa dengannya. Faridz sudah terpaut rindu untuk menatap wajah Huda dari dekat. Pertemuan kali pertama semalam membuatkan dirinya tidak sabar untuk meluahkan perasaan. Bukan Faridz tidak sedar akan kesalahannya kerana cuba memikat si gadis yang masih bergelar pelajar sekolah. Adalah tidak wajar sekali dia berkelakuan sebegitu. ‘Hati dah terpaut..nak buat macam mana...!’ Bentak hati Faridz sendiri.
Tangannya masih kekal di stereng kereta. Pandangannya tajam ke jalan hadapan namun fikirannya entah kemana. Tertanya-tanya Faridz sendiri, adakah Huda sudah berpunya. Dengan wajah ayu Huda, Faridz pasti Huda pasti sudah berteman. Zaman sekarang ramai pelajar sekolah yang sudah menjalin hubungan cinta. Jadi tak mustahillah kalau Huda seperti gadis-gadis kebanyakan yang lain. ‘Sebab itukah dia tak mahu jumpa aku..? Hebat sangat kakasihnya itu?’ Faridz terus bertanya sendiri. Andai benar apa yang difikirkan tadi, Faridz pasrah..namun apa yang pasti, gadis bernama Farathul Huda sudah berjaya mencuri hatinya yang sudah 2 tahun menyepi. Faridz mengeluh lagi. Entah kali ke berapa, dia sendiri tak ingat.
Affini menoleh beberapa kali memandang ke arah Faridz yang sejak tadi hanya membisu. Sesekali terdengar abangnya mengeluh halus. Hatinya kuat mengatakan yang Faridz terasa dengan balasan hambar Huda. Afini menggeleng kepala beberapa kali. Simpati pulak melihat abang kesayangannya begitu. Bukan dia tak berusaha memujuk Huda, cuma dirasa agak keterlaluan jika terus mendesak kenalan barunya itu. Namun dia rasa bersalah bila melihat keadaan abangnya begitu. Faridz jarang begitu. Kebiasaannya apabila berada dalam kereta, Faridz banyak berbual, paling tidak pun dia akan menyanyi mengikut lagu yang kedengaran di corong radio kereta. Tapi kali ini sikap Faridz membuatkan jiwanya bosan.
“Mendung macam nak hujan!” Tiba-tiba Affini bersuara perlahan.
Kata-kata yang keluar dari mulut Affini mendatangkan rasa pelik dalam diri Faridz. Lantas dibuka cermin mata hitamnya lalu menjenguk ke luar jendela keretanya.
“Fini ni demam ke? Terang benderang macam ni dikatakan mendung nak hujan. Biar betul!” Bentak Faridz hairan.
“Ye ke? Tapi orang tu macam mendung je..kejap lagi hujan lah tu..!”
Kata-kata yang baru didengar menyedarkan Faridz yang rupanya dia disindir. Faridz termalu sendiri, tidak disangka perubahan sikapnya tidak disenangi adiknya. Lantas Faridz tersenyum sinis ambil menjeling manja kearah Affini yang masih merenungnya.
“Along tak payah lah risau, susah hati...frust sampai tertonggeng-tonggeng fasal Huda tu..! Dia ada sebab sendiri kenapa dia terpaksa menolak permintaan Along. Along nak tau tak, Huda tu antara pelajar harapan sekolah tau! Sebab tulah dia tak mahu campur adukkan hal peribadi dengan pelajaran. Lagi satu, Huda tu seorang yang pemalu sikit. Mestilah dia segan nak jumpa along. Fini dapat rasa dia pun suka kat Along tapi malu nak mengaku. Tadi dia ada jugak tanya hal along sikit-sikit, tapi Fini tak nak cakap, Fini suruh dia tanya along sendiri. Dia pesan buat masa ni dia tak boleh jumpa lagi dengan along sebab dia sibuk. Katanya lagi, bila sampai waktunya, dia sendiri yang akan datang jumpa along. Oh.! Lupa nak cakap, dia ada pesan sesuatu, hati-hati semasa memandu. Jangan driff.!” Ujar Affini lalu ketawa lucu. Teringat dia tadi riaksi wajah Huda geram bila menyentuh tentang rempit.
Penerangan panjang lebar dari bibir Affini melahirkan rasa sedikit tenang dalam jiwa Faridz. Bibirnya menguntum senyuman puas, walaupun belum pasti cukuplah sekadar mengubat hatinya yang sedang rawan.
“Tapi tadi Along tengok dia macam tak sudi saja jumpa along. Along bukan nak buat apa, nak jumpa aje.!”
Bentak faridz perlahan seakan belum berpuas hati. Kalau boleh dia nak tahu semua tentang Huda. Faridz tertanya-tanya di dalam hati apakah benar apa yang disampaikan oleh adinya tadi. Apakah sekadar hanya untuk memujuk dan menenteramkan hatinya yang sedang berduka. Faridz melepaskan keluhan lemah.
“Tadi dia ada hal sikit kat bilik guru..sebab tu dia...eh! lupa pulak Fini nak..” Tiba-tiba Affini baru menyedari akan satu hal yang belum dilaksanakan. Lantas tergesa-gesa dikeluarkan sesuatu dari kocek baju sekolahnya lantas diberikan kepada Faridz yang sedang memandu.
“Buah hati along bagi tadi. Dia nak cakap segan, jadi dia bagi ni saja sebagai penganti diri. Dia kirim salam sayang dengan lafas assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh..!” Ujar Affini sambil memasukkan kertas yang dilipat kemas ke dalam kocek baju kemeja Faridz setelah melihat abangnya itu teragak-agak menerima.
Faridz seakan-akan kurang percaya tapi perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman manis dan semakin lebar bila melihat adiknya serius.
“Dia kirim salam sayang? Betul ke ni??? Entah-entah Fini yang saja nak sedapkan hati Along..” Faridz sedikit cemerut walaupun seketika tadi dia rasa teruja.
“Betul! Sumpah! Dia cakap sendiri! Tapi..tu pun lepas..Fini paksa..hihihi.”
Faridz menjeling geram selepas Affini berterus terang. Tersengeh-sengeh Affini selepas mengaku kesalahannya. Namun seketika kemudian, Faridz mengukir kembali senyuman kerana walaupun dalam terpaksa, Huda masih mahu mengungkap kata sayang padanya walaupun bukan dengan ikhlas. Dan dia percaya dengan Affini.
“Mm..tunggu apa lagi..bacalah..! Tadi macam orang kemaruk sangat..! Fini nak tau jugak apa yang Huda tulis..” Sapa Affini tiba-tiba bila mendapati abangnya tidak memberi apa-apa respon terhadap apa yang disampaikan tadi. Walaupun sudah tahu isi kandungan surat itu, sengaja Affini ingin mengusik abangnya yang sudah seperti orang angau.
Faridz tersentak apabila disindir begitu. Namun sindiran itu tidak melahirkan rasa apa-apa cuma sedikit pelik dengan sikap adiknya.
“Huh.! Kan along tengah drive ni.. Sabar la..! Eh, nikan surat Along.. yang Fini over sangat kenapa? macam lah surat ni untuk dia..! perasan..! Huda bagi kat along, maknanya along sorang saja boleh baca..! Dah-dah.. jangan nak memandai curi-curi baca, tak baik tau baca surat orang..!” Kata Faridz sedikit tegas namun Afini hanya mencebik sambil menjeling.
Perjalanan ke rumah dirasakan terlalu jauh, sedangkan rumah hanya berjarak tiga kilometer sahaja dari sekolah.. Tidak sabar untuk mengetahui apa isi kandungan surat itu. Sepanjang perjalanan Faridz hanya tersenyum sendiri.
“Along tak ke pejabat semula?”
“Hari ni jumaat. Lepas solat jumaat baru along pergi. Along nak rehat kejap, letih lah..panas betul hari ni..!”Runggut Faridz sambil melangkah ke ruang tamu lalu melabuhkan duduknya di sofa kulit hitam metalic. Dicapai alat kawalan penghawa dingin lalu dihidupkan agar badannya yang terasa panas itu beransur pergi. Tiba-tiba Faridz teringatkan sesuatu yang berada dalam kocek bajunya lalu perlahan – lahan dikeluarkan. Matanya melilau di sekeliling untuk memastikan adiknya Affini tiada di situ. Setelah benar-benar yakin barulah Faridz membuka lipatan surat dan membacanya. Melihatkan tulisan yang cantik dan kemas itu membuatkan hatinya tenang.
Salam saudara saya sambut dengan lafaz waalaikummussalam.. Permintaan saudara tu terpaksa saya tolak. Maaf..! Harap saudara faham situasi saya selaku seorang pelajar. Insyaallah, satu masa dan ketika nanti,saya akan terangkan.. Sebagai tanda memohon maaf, saya ingin menjemput saudari ke Stadium hoki esok. Saya tak memaksa. Kalau lapang, datanglah..! Kedatangan saudara, saya hargai.. Sekian dari saya..
Huda.
Faridz tersenyum senang. Tidak disangka Huda sudi menjemputnya. Tiba-tiba lamunannya diganggu oleh teguran Mak Miah.
“Along nak makan dulu ke atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, Mak Miah dah siapkan..!”
“Saya nak mandi dulu lah Mak Miah..” Ucap Faridz sambil menyandar selesa di tempat duduknya. Surat dari Huda tadi disimpan semula dalam kocek bajunya. Di ruangan matanya kini hanya terlayar wajah Huda yang manis seakan-akan sedang tersenyum kepadanya.
“Kamu ni yang senyum sorang-sorang ni kenapa long..macam orang angau je..! ” Tegur Mak Miah tiba-tiba. Faridz tersentak lalu tersengeh-sengeh memandang wajah tua di hadapannya yang tersenyum sinis. Malu dibuatnya bila disergah begitu.
“Tak ada apa-apa lah Mak Miah..! salah ke kalau saya senyum sorang-sorang?”
“Salah tu tak lah..cuma Mak Miah hairan, tiba-tiba tersenyum-senyum, mesti ada apa-apa..! kalau tak, kenapa kamu pelik benar Mak Miah tengok hari ni. Kamu ada sorok apa-apa ke..? Baik kamu cakap sebelum Mak Miah tahu sendiri..” Ugut Mak Miah sambil tersenyum sinis.
“Mana ada apa-apa Mak Miah...biasa-biasa je..!” Ujar Faridz sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal lantas tersengeh-sengeh melihat pembantu rumah merangkap pengasuhnya sejak kecil berlalu pergi.
Mak Miah berlalu pergi sambil tersenyum. Bila melihat senyuman manis anak asuhannya tadi hatinya turut rasa bahagia. Sejak sekembalinya Faridz ke rumah itu, jarang sekali dia melihat Faridz ceria begitu. Namun semenjak Afini pulang ke rumah besar itu, dia dapat melihat perubahan dalam diri Faridz. Faridz sudah mula ceria. Namun senyuman tadi adalah senyuman yang paling manis dia lihat terukir di bibir Faridz.
Masakan Mak Miah tidak mengenali hati perutnya. Pengasuhnya itu sudah berkerja di villa besar itu sebelum kelahiran Faridz dan Affini lagi. Mak Miah merupakan seorang janda. Anak-anaknya semua sudah berumah tangga. Kerana tidak mahu menyusahkan anak-anak, Mak Miah telah memohon untuk bekerja sebagai cleaner di syarikat milik orang tua Faridz iaitu Syarikat Arriffah Holding. Setelah beberapa bulan bekerja, Mak Miah ditawarkan bekerja sebagai pembantu rumah oleh majikannya iaitu Encik Ariffin. Kebetulan ketika itu Puan Latiffah sedang sarat mengandungkan anak sulung. Mak Miah dilayan baik oleh majikannya. Tidak pernah dianggap Mak Miah sebagai orang gaji. Panggilan kakak kepadanya sudah membuatkan Mak Miah rasa terharu. Mak Miah terlalu sayangkan majikannya. Kasih sayangnya kian bertambah apabila Puan Latiffah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang comel. Selepas kelahiran Faridz Puan Latiffah berkeinginan untuk mengandung lagi. Lama dia bersabar dan sebelas tahun kemudian Puan Latiffah melahirkan pula anak keduanya. Dengan kehadiran 2 cahaya mata di rumah itu sudah cukup membahagiakan mereka sekeluarga. Namun malang datang tanpa memberi apa-apa isyarat, umur majikannya tidak panjang ketika mengerjakan haji. Berita yang mengejutkan itu menyesakkan dada Mak Miah. Tidak tahu bagaimana untuk disampaikan kepada anak-anak majikannya iaitu Faridz dan Affini. Ketika itu Faridz berumur tujuh belas tahun manakala Affini enam tahun. Untuk menyampaikan kepada Faridz mungkin tiada masalah kerana Faridz sudah meningkat remaja dan mungkin boleh berfikir matang. Tapi bila mengingatkan yang Faridz akan mengambil peperiksaan SPM tahun itu dia kembali serba salah. Keadaan Affini yang masih kecil jugak terpaksa difikirkan. Namun akhirnya terpaksa jua diberitahu akan hal itu. Walaupun Faridz dapat menerima, Mak Miah dapat rasa penderitaan anak majikannya itu. Paling buat dia sebak bila memikirkan soal Afini yang sering bertanya. Namun dia terpaksa juga melayan andai soal majikannya diutarakan oleh Affini. Layanan baik dari Mak Miah membuatkan Afini lupa akan kewujudan ibu bapanya. Lantas Mak Miah nekad untuk menjaga anak majiakannya dengan penuh kasih sayang. Tapi apakan daya, manusia hanya pandai merancang, tapi tuhan yang akan menentukan segalanya. Disebabkan mereka masih di bawah umur, lagikan pula mereka tiada apa-apa ikatan kekeluargaan dengannya, maka nasib tidak berpihak padanya. Penjagaan anak-anak majikannya terpaksa diambil alih oleh JKM. Dua bulan kemudian dia dan Affini telah diambil oleh sebuah keluarga angkat mereka yang tinggal di Selangor. Sebelum pergi, Faridz telah mengarahkan agar Mak Miah terus tinggal di rumah itu dan menjaga rumah itu dengan baik. Faridz juga telah memohon pada JKM agar kebajikan Mak Miah terus dijaga memandangkan Mak Miah tidak ada yang menjaga.
Faridz masih ingat cerita dari arwah papanya. Menurut papanya, dia ada seorang adik perempuan yang terpisah berpuluh tahun yang lalu. Kerana ketika itu Faridz masih bersekolah, pengetahuan tentang mencari keluarga yang hilang agak kurang dan agak sukar untuk menjejaki makciknya itu. Selain daripada itu ialah kerana arwah papanya tidak pernah menceritakan dengan terperinci. Kini Faridz sudah bekerjaya dan mampu menyara hidupnya dan adiknya Affini. Apabila Faridz dinaikkan pangkat menjadi ketua jurutera di syarikat ayah angkatnya Dato Basri, Faridz ditukarkan ke Perak. Anak syarikat yang baru dibuka memerlukan seorang ketua yang layak dan sudah tentu Faridz yang dipandang disamping sebab-sebab lain. Bagai pucuk dicita ulam yang muncul tiba, Faridz terima tanpa banyak bicara kerana memang sejak awal lagi niatnya mahu pulang ke rumahnya yang sudah bertahun tidak dijengah pandang. Ucapan syukur kepada yang esa tak lekang-lekang dibibir. Dia sedar setiap kejadian pasti ada hikmah yang tersembunyi.
bersambung...
No comments:
Post a Comment