31
SEPANJANG minggu ni aku
tak ada masa langsung nak berehat. Kejap-kejap ke hulu, kejap-kejap ke hilir.
Sibuk benar aku menyiapkan majlis aku yang bakal berlangsung esok. Kalau dekat, aku bawak saja gelpren aku, tapi
kalau jauh aku terpakslah bawak boipren
aku. Nasib baiklah adik-adik aku dah mula cuti semester. Adalah teman aku
sebagai bodyguart kalau aku kemana-mana.
Sebenarnya aku masih takut-takut kalau terseremnpak dengan Sarah. Aku harap
lepas majlis ni aku nak berehat puas-puas. Tapi semalam Shidah sampai ke rumah
aku. Menurut Shidah dia nak temankan aku. Ahh..leganya
aku bila dengar Shidah cakap macam tu. Adalah peneman aku nanti. Shidah juga
sudi tawarkan diri untuk jadi pengapit aku. Syukur sangat. Kalau sebelum ni
pening kepala aku nak mencari pengapit. Takkan nak suruh emak aku pulak. Nak
suruh Ana sepupu aku, dah tentu tak boleh sebab dia ada anak kecil.
Selepas berinai aku terus tidur. Mak suruh aku tidur awal
sebab takut aku pengsan lagi macam hari nikah aku empat bulan lalu. Inai yang
masih melekat di jari, aku biarkan saja tanpa membasuh. Kerana takut tempat
tidur aku tercemar dengan inai, aku bungkus tangan aku dengan plastik. Dah
macam peninju Mohamad Ali pulak. Tadi sebelum berinai aku dah hantar sms pada
Arie agar jangan call aku sebab aku
sibuk berinai. Nasib baik dia faham. Takut jugak dia buat-buat tak faham.
Almaklumlah..diakan dah lama tak dengar suara aku. Bila dengar berita dia dah
sampai ke rumah tiga hari lepas, aku lega. Takut jugak kalau-kalau peristiwa
kehilangan MH 370 berulang kembali. Tak sanggup aku bergelar janda. Aku tak
puas lagi hidup dengan laki aku..
Letak saja kepala atas bantal, aku dah tak sedar apa. Bila
sedar, aku dengar rumah aku dah riuh rendah dengan suara penduduk kampung yang
datang untuk mulakan gotong royong. Aku pandang jam. Baru pukul enam setengah
pagi. Shidah pun dah bangun lama agaknya. Cepat-cepat aku bangun untuk solat
subuh.
Selesai mandi dan solat aku cepat-cepat bersiap kerana
sebentar lagi pasukan marhaban akan tiba untuk majlis khatam quran. Aku juga
harap Kak Emma QA tempat kerja aku datang sebelum pukul sepuluh pagi untuk
menyiapkan aku kerana menurut Arie, rombongannya akan tiba jam dua belas
tengahari. Begitu juga dengan jurugambar yang aku pilih iaitu teknisyen Paul di
tempat aku kerja dulu. Kadang-kadang aku rasa risau kalau-kalau majlis aku tak
menjadi seperti yang dirancang. Jantung aku ni asyik berdegup kencang kalau aku
terlalu risau. Setiap masa aku berdoa agar perkara yang buruk dijauhkan terjadi
di hari sejarah aku ni.
Jam sembilan pagi aku lega bila melihat wajah Kak Emma depan
mata aku bersama suaminya abang Azman dan kakaknya Kak Salina. Turut juga Kak
Ina T dan Kak Ina. Senyuman aku makin lebar melihat ramai kawan-kawan kilang
yang datang. Paling ramai budak Indonesia. Tersengeh-sengeh mereka pandang aku
sambil melangkah tangga naik ke atas rumah aku. Kelihatan Paul juga dah sampai
depan rumah bersama dengan kamera tergantung di leher.
“Kamu nak solekan macam mana?” Tanya Kak Emma selepas
menyuruh aku mencuci muka.
“Tak kisahlah macam mana pun, janji tak ada rupa macam
pelakun opera cina buat tarian naga.” Mengekek-ngekek Kak Emma dan kawan-kawan
aku yang ada dalam bilik dengar aku cakap macam tu. Yang sebenarnya aku memang
takut kalau rupa aku macam tu. Teringat dulu Arie pernah cakap macam tu.
“Kalau boleh Atee nak macam Rani Murkheji!” Aku bersuara
yakin. Makin gamat suasana dalam bilik lepas aku cakap nak macam Rani Murkheji.
“Ceh! Tak
agak-agak!” Bentak Kak Ina geram. Aku hanya sengeh sebab aku tahu dia hanya
bergurau. Tujuh tahun aku bersama mereka, sudah aku kenal sangat cara mereka
bercakap. Aku tak ambil hati pun kalau mereka menyindir aku sebab aku pun sama
macam mereka.
“Hm..nanti Kak
Emma cuba.” Balas Kak Emma yakin.
Dulu aku pernah
tengok dia solek muka kakaknya Kak Salina semasa kakaknya kawin. Memang susah
nak percaya bila dah siap. Muka Kak Salina yang berumur empat puluh tahun tu
dah jadi macam muka penyanyi Aisyah. Memang cantik sangat. Sebab tu aku pun
beria-ria nakkan sentuhan Kak Emma. Aku tak kisah berapa yang perlu aku bayar.
Bukan duit aku pun! duit Arie.
“Orang mana suami kamu ni Atee?” Tanya Kak Ema sambil
memulakan kerja memproses muka aku.
“Orang perak jugak” Aku jawab perlahan. Harap-harap mereka
tak perasan sebelum Arie tiba pukul dua belas tengahari nanti.
“Tak sangka kamu dapat keturunan Syed. Anak kamu esok dah
tentu berpangkal nama Syed jugak” Kata Kak Iyna T.
“Tapi Kak Emma rasa macam pernah dengar nama suami kamu ni! Tapi
Kak Emma tak ingat siapa.”
Aku dah mula ketap bibir menahan senyum.
“Haahlah Atee! Aku
pun rasa macam pernah dengar nama suami kamu ni!” Sambung Kak Iyna T sambil
mencapai kad kawin aku yang berada atas meja solek aku. Aku nampak muka Kak Ina
T berkerut-kerut cuba mengungat. Tiba-tiba mulutnya terbuka luas. Bahu aku
ditampar kuat hingga semua di situ terkejut dengan tindakan spontan Kak Ina T.
“Baru aku ingat..! Syed Hassan Azaharie bin Syed Hassan
Khairi ni Ariekan?” Tempik Kak Ina T.
Aku menahan senyum
namun aku kalah dengan renungan semua yang ada di situ. Akhirnya aku ketawa
kuat. Habis sakit-sakit badan aku kena cubit dengan dia orang. Hish.! Teruk betul kawan-kawan aku ni.
Sampai hati dia oarang mendera permaisuri raja sehari ni.
“Pandai kamu simpan rahsia ek?”
“Ala..apa
salahnya..! Orang malas nak kecoh-kecoh hal ni. Lagipun dia bukan sapa-sapa
pun. Orang biasa je..!”
“Kalau aku tak datang, sampai sudah aku tak tahu siapa laki
kamu.”
“Memang tak ada yang tahu kecuali Shidah, Kak Iyna..! Shidah
tahu pun kebetulan Arie sekampung dengan dia.” Jelas ku lagi.
JAM dua belas
tengahari kedengaran kompang berbunyi. Aku dah rasa macam nak menyorok bawah
katil. Jantung aku bagai nak meletup. Kalau aku tak bertenang, kompem aku senang kena serang penyakit
jantung.
“Jalan tengok bawah!” Pesan Shidah sambil memimpin aku
berjalan hingga ke pintu.
Dari jauh aku tengok Arie kacak bergaya dengan sut songket
putih krim sama macam yang aku pakai. Makin tergoda aku tengok dia berkaca mata
hitam. Senyuman aku makin tak boleh nak betul melihat atuk turut serta dalam
rombongan itu. Dalam hati aku ucapkan syukur.
“Jatuh tangga bangun sendiri!”
Usik along ketika aku turun tangga untuk menyambut Arie.
Genggaman tangan aku di tangan Shidah semakin kuat.
“Rilax Kak Atee!
Buat-buat tak dengar saja usikan tu.” Bisik Shidah perlahan.
“Jaga-jaga! pengantin perempuan dah tak boleh nak senyum.!”
Jerit angah pula.
Aku ketap mulut sekuat hati menahan senyum agar tak bertukar
kepada tawa besar. Makin panas muka aku bila semua yang berada di halaman rumah
aku ketawakan aku. Tak apa Atee! Tarik nafas dalam-dalam. Rilax….!
Ketika bersalam dengan Arie, aku rasa tak boleh bernafas.
Aku rasa macam nak pitam. Nasib baik Arie kuat pegang tangan aku.
“Kenapa sejuk sangat ni?” Bisik Arie di telinga aku.
“Darah gemuruh!” Aku jawab perlahan. Terkekeh-kekeh Arie
ketawakan aku.
“Sepatutnya abang yang rasa macam tu sebab kita sekarang di
rumah Atee. Dah terbalik pulak. Abang tak rasa apa-apa pun.”
Malu pulak aku rasa bila Arie cakap macam tu. Memanglah dia
tak rasa apa-apa sebab bukan dia yang kena usik.
SELESAI upacara bersanding
dan makan beradap, aku dan Arie bersama-sama beramah mesra dengan tetamu.
Sebenarnya aku nak berbual dengan atuk. Entah kenapa aku rindu sangat dekat
dia. Ketika upacara merenjis tadi, aku agak terkilan kerana atuk menolak ketika
disuruh merenjis tawar. Segera aku bergerak ke arah atuk.
“Oh..! pandai kamu simpan rahsia ek? Bila tanya, kawanlah, teman tapi mesralah, abang angkatlah. Pooodahh!” Sapa Kak Zah geram. Aku
tersenyum malu di sebelah Arie.
“Sorrylah kak!
Yang sebenarnya Atee tak mahu kecoh-kecoh.” Arie tolong jawab untuk aku.
Selepas aku jumpa Kak Zah, Asri datang berjumpa dengan aku. Tersimpul-simpul
malu aku senyum melihat Asri. Bila ingat balik, dia pernah jadi lelaki idaman
aku satu hari dulu dan itu cukup buat aku termalu sendiri. Agaknya apalah yang
Asri fikir tentang aku kalau dia tahu hal satu tu. Aku biarkan saja Arie
berbual dengan kawan-kawan yang datang kerana kawan aku kawan dia juga. Semua
sudah kenal siapa suami aku.
“Tahniah pengantin! Saya tak sangka akan bersaudara dengan
awak akhirnya. Nampaknya saya kalah di tangan Arie” Kata Asri tersenyum-senyum.
Agak pelik mendengar ucapan Asri tu.
“Saudara? Maksudnya awak ni saudara dengan Arie?” Aku tanya
hairan.
“Saya sepupu Arie. Anak Paklong Kadir.”
Tiba-tiba aku baru teringat. Agaknya Asri yang atuk
maksudkan untuk jodohkan dengan aku. Aku tahu Asri sebaya dengan Arie, cuma aku
tak tahu Asri adalah anak Paklong Kadir. Masyaallah..! kalaulah aku tahu
awal-awal dulu, pasti aku tak menolak cadangan atuk. Eh, kejap-kejap! Bukankah
masa tu aku dah bergelar isteri kepada Arie? Hishh! teruk betul aku ni. Kalau
tahu dekat Arie, rasanya hari ini juga dia ceraikan aku. Tak pun kepala Asri dipenggal.
“Sebenarnya masa mula masuk kerja dulu, saya dengan Arie ada
buat pertaruhan. Kalau siapa dapat bagi awak senyum, dia dikira menang dan
boleh pikat awak. Kalau kalah diminta undur diri.”
Aku terkejut dengar pengakuan Asri. Tak sedar rahang aku dah
terbuka sikit. Teruk sangatkah aku ni sampai orang terpaksa buat pertarungan
demi nak melihat aku senyum.
“Bila pertama kali awak senyum pada Arie, saya frust sangat sebab tak dapat tekel awak. Tapi nak buat macam mana,
adat pertandingan. Lagipun Arie memang dah lama jatuh hati pada awak. Kerana
saudara saya rela berkorban. Saya harap awak dapat bahagiakan dia. Saya tahu
bagaimana perasaan dia pada awak. Tolong jangan sakiti hati dia. Dia dah cukup
menderita menanti awak.”
Aku tersenyum malu.
“Awak kata awak sanggup berkorban kerana saudara dan awak
tahu Arie benar-benar sukakan saya. Macam mana kalau saya kata awak yang menang
dalam pertaruhan tu?” Aku tanya serius.
“Eh, ye ke? Maksud awak saya yang menang?” Asri tanya dengan
nada terkejut. Aku tak jawab tapi sekadar tersenyum nipis.
“Awak nak teruskan juga pikat saya?”
“Kalau Arie sanggup undur diri, saya akan teruskan.”
Aku terkedu mendengar luahan hati Asri. Bahagianya aku rasa
kalau aku tahu awal-awal hal ni. Dalam hati aku tersenyum riang. Aku tahu Arie
benar-benar sayangkan aku dan Allah sudah tetapkan bahawa dia adalah jodohku.
“Kenapa? Awak pun ada hati dekat saya juga ke?”
“Kalau saya kata ada pun, awak dah jadi milik dia. Saya
beralah..”
Alahai..Asri..!
Aghh..malas dah
aku nak fikir. Apa yang aku tahu dan rasa sekarang, dalam hati aku cuma ada
Arie sahaja. Memang dulu aku sukakan Asri, tapi semenjak hati aku jatuh cinta
pada Arie, pintu hati aku dah tertutup pada mana-mana insan yang bernama lelaki
selain Arie. Rasanya cukuplah kasih yang dilimpahkan Arie buat aku. Aku tahu
dia ikhlas cintakan aku kerana aku pun benar-benar ikhlas cintakan dia.
“SAMPAI hati atuk tak sudi
merenjis tawar Atee tadi.” Rungut aku di hadapan atuk Selepas berbual dengan
Asri tadi, aku terus dapatkan atuk.
“Atuk malu!”
“Atuk tak pakai baju ke?” Atuk ketawa mengekek.
“Dekat rumah abi nanti, atuk renjiskan ek? Kalau nak Atuk siramkan pun boleh!” Usik atuk pula.
Aku dah senyum lebar. Tak sangka atuk sudah merancang untuk
adakan majlis meyambut menantu di rumah mertua aku nanti. Namun aku masih
was-was kalau-kalau Sarah buat hal.
“Terima kasih sebab atuk sudi datang. Atee ingat atuk tak
sudi datang. Atuk tau tak, Atee rindu sangat dekat atuk. Lepas Atee keluar dari
rumah abi hari tu, Atee rasa sunyi sangat sebab tak ada kawan nak ajak bergaduh.”
“Kalau atuk tak datang, nanti merajuk panjang pulak.!
Payahlah atuk nak pujuk. Hah! Lagi
satu. Kalau dah tahu rindukan atuk, kenapa tak reti-reti nak balik? Nak tunggu
berjemput baru nak balik?”
Aku tersenyum malu.
“Sarah macam mana tuk? Atee takut kalau dia anggap Atee ni
perampas. Kalau Atee tahu Arie dah bertunang, sumpah Atee takkan terima dia!”
Kataku penuh rasa kecewa. Dulu aku ada ceritakan hal sebenar, bagaimana aku
boleh terima Arie pada atuk Alhamdulillah dia terima.
“Atee jangan risau. Semua atuk dah aturkan. Insyaallah
takkan ada apa-apa yang jadi.”
Sedang aku asyik berbual dengan atuk, tiba-tiba satu letupan
berbunyi dekat sangat dengan telinga aku. Aku terkejut dan tergamam. Tiba-tiba
aku rasa macam nak pitam bila tiba-tiba aku rasa sebelah bahu kanan aku terasa
kebas. Aku tunduk sambil memegang dada aku yang terasa sakit. Aku jadi lemah
bila baju pengantin putih yang aku pakai sudah tercemar dengan kesan darah.
“Ya Allah cucu aku!”
Itu saja yang aku dengar dari mulut atuk. Aku nampak Arie
berlari laju ke arah aku. Mata aku semakin berat lalu aku rebah ke tanah di
atas pangkuan atuk. Suara jeritan memanggil-manggil nama aku terngiang-ngiang
di telinga walaupun mata aku terpejam rapat. Namun seketika kemudian,
suara-suara itu semakin hilang dari pendengaranku.
AKU rasa penat sangat
sebab berjalan jauh. Terasa nak lerai segala sendi kaki aku. Rasanya merentas
desa masa sekolah dulu pun tak penat macam ni. Bila aku berhenti di sebatang
pokok besar, aku duduk sebentar untuk melepaskan penat. Sambil mengerut-ngurut
kaki aku terdengar derapan kaki seseorang dari arah kiriku. Aku angkat kepala
melihat dia yang sedang berdiri. Bila melihat dia tersenyum manis aku balas
seikhlas hati. Dalam hati sempat aku memuji kelembutan di wajahnya. Wajahnya bersih
seperti pakaian yang dia pakai.
“Awak ni siapa?” Aku tanya sambil tersenyum.
“Awak tak kenal saya?”
Ait! Aku tanya dia
dulu, dia tanya aku balik! Aku geleng kepala.
“Cuba awak tengok saya betul-betul.”
Aku bangun lalu mendekatinya. Wajahnya aku perhatikan penuh
asyik. Tiba-tiba aku melopong. Lidah aku kelu. Suara aku bagai disekat sesuatu
yang menghalang agar aku terus bersuara.
“Saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi membahagiakan
keluarga saya terutamanya umi, abi dan atuk. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas kebaikan awak.” Katanya lemah lembut.
“Awak baliklah! Tempat awak bukan di sini. Perjalanan awak
di dunia masih panjang. Banyak lagi perkara yang awak belum selesai lagi. Harapan
saya agar awak terus memberi kebahagiaan dan kegembiraan pada keluarga saya.
Satu lagi tolong pesan pada atuk agar terus menanti kedatangan Athirah baru
dalam hidupnya.” Ujarnya lagi sebelum melangkah pergi.
Aku hanya mampu melihat dia pergi tanpa menahan. Kalau
diikutkan banyak soalan yang aku nak tanya. Tapi suara aku tak mahu keluar. Aku
melangkah semula ke arah pokok besar tadi. Sambil duduk aku termenung. Akhirnya
aku tertidur kerana terlalu penat berjalan.
AKU tersedar bila terasa
ada cahaya putih menyapa pandangan mata aku. Perlahan-lahan aku buka mata. Bila
luas pandangan, aku tersenyum melihat Arie di sebelah aku sedang mengelus
tanganku sambil tersenyum riang. Aku perasan matanya merah dan berair.
“Kenapa abang menangis?” Aku tanya hairan. Serta merta tubuh
aku dipeluk erat.
“Hish! Abang ni
kenapa? Macam budak-budaklah!” Aku hairan melihat Arie tak henti-henti ucap
syukur sambil memeluk aku. Bila aku toleh ke kanan baru aku perasan ramai yang
sedang perhatikan aku sambil tersenyum. Wajah emak dan umi yang basah dek air
mata buat aku tergamam. Kenapa emak dan umi menangis? Cepat-cepat aku bangun
untuk memujuk. Kerana pergerakan yang pantas, tiba-tiba aku rasa sakit di
bahagiaan dada. Masa tu baru aku teringat apa yang terjadi pada aku sebelum
ini.
“Jangan bergerak sangat. Sayang belum sembuh lagi.” Kata Arie perlahan
lalu mengarahkan agar aku terus baring. Barulah aku sedar yang aku sedang
berada di hospital. Ya Allah! Rupanya aku bermimpi tadi bertemu dengan Athirah.
“Dah tiga hari sayang tak sedar. Sayang koma selepas kena
tembak. Abang bersyukur sangat sayang selamat.”
“Siapa yang tembak?”
“Orang suruhan Sarah.” Kata Arie perlahan.
Hmm..aku dah agak
benda buruk pasti akan berlaku pada hari majlis aku tu. Seawalnya aku dah dapat
rasa selepas aku terima surat ugutan dari Sarah. Kalau aku tahu benda ni nak jadi,
awal-awal lagi aku pakai baju kalis peluru.
“Atee jangan bimbang. Semuanya dah selesai. Lepas ni
bolehlah kita bincang semula rancangan untuk majlis di rumah abi pulak” Sampuk
abi berserta dengan senyuman.
“Atuk mana bang?”
“Atuk ada di surau. Tiap kali datang sini dia mesti memerap diri dalam surau. Dia tak
boleh tengok keadaan sayang terbaring kaku macam ni.”
“Panggil atuk bang! Ada pesanan seseorang untuk atuk” Aku
tersenyum sejurus selepas Arie mengangguk laju lantas terus keluar mendapatkan
atuk. Aku tarik nafas lega.
SEMINGGU selepas aku
sedar, aku sudah dibenarkan pulang. Tanpa menunggu persetujuan dari aku, umi,
abi, abang-abang ipar dan biras-biras aku sudah memulakan langkah untuk majlis
aku dan Arie. Akhirnya aku ikut saja mana yang mereka rasa baik untuk aku
dengan syarat abang-abang ipar aku yang dah kawin diwajibkan bersanding sama
dengan isteri mereka. Mungkin dengan kehadiran mereka atas pelamin akan memberi
semangat pada aku. Sebenarnya aku masih trauma dengan majlis kawin aku sebulan
yang lalu.
Semasa upacara merenjis tadi aku dikejutkan oleh atuk. Tak
sangka mercedis antiknya diserahkan pada aku. Aku yang bagai tak percaya, tak
mampu nak menolak setelah atuk meletakkan kunci keretanya dalam genggaman
tangan aku.
“Atuk dah janji dulukan?”
“Atee gurau saja..!”
“Atuk nak ucapkan jutaan terima kasih pada Atee kerana
mengembalikan kegembiraan dalam diri atuk. Atuk sedar, atuk banyak buat silap
selama ni. Atuk bangga kerana ada cucu macam Atee. Atuk yakin arwah Athirah
pasti tenang di sana melihat atuk macam ni. Atuk bahagia sekarang. Tak sangka
atuk masih diberi peluang untuk menatap wajah cicit-cicit atuk.”
Panjang ucapan kesyukuran aku dalam hati melihat atuk
begitu. Sejak semalam aku perhatikan atuk tak penat-penat melayan anak-anak
abang Az dan abang Azraie. Menurut Arie, pada hari majlis aku di kampung, Abang
Az, abang Azraie, abang Aznil, Azril dan Azman memberanikan diri membawa
anak-anak isteri mereka bertemu dengan atuk. Alhamdulillah atuk terima. Setelah
melihat kesemua cicit-cicitnya perempuan, atuk mengalirkan air mata gembira.
No comments:
Post a Comment