PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 28 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

28
  SEPERTI yang aku janjikan semalam, hari ni aku bersusah payah di ruang dapur demi menyiapkan masakan kegemaran atuk aku tu. Cewah.! Atuk aku..! Bila masa dia jadi atuk aku pun, aku tak tahu. Opts! lupa pulak.. kan aku dah kawin dengan cucu dia, dah tentulah aku ni dah jadi cucu dia..dan dia da jadi atuk aku..!

   Nasib baik umi ada membantu. Walaupun umi hanya sekadar menyediakan bahan,  itu sudah memadai. Aku tak mahu atuk menyalahkan umi andai ada sesuatu yang tak senang pada pandangan matanya. Tapi aku perasan dalam seminggu atuk berada dalam rumah abi, atuk semakin kurang bersikap dingin terhadap umi. Aku harap sikap atuk tu dapat dikekalkan. Aku tak senang hati jika melihat umi jadi murung dan tertekan. Aku tak mahu kesihatan umi semakin terjejas. Hari atuk datang hari tu, aku tahu umi tiba-tiba diserang penyakit darah tingginya gara-gara atuk yang suka mendesak tentang perkahwinan abang-abang ipar aku. Nasib baik abi ada, kalau tidak tak tahulah apa jadi pada umi yang tiba-tiba mahu rebah selepas solat maghrib. Nak saja aku haburkan rasa marah aku pada atuk, tapi bila abi melarang, aku terpaksa akur.

“Atuk tunggu apa lagi. Cubalah rasa. Kalau tak sedap, atuk makan diam-diam. Tapi kalau sedap, atuk cakap tiga-hari tiga malam pun Atee sanggup dengar.” Bebelan aku buat dia tersenyum sambil geleng kepala.

“Betul Atee yang masak ni.?” Dia tanya seperti kurang yakin dengan kemampuan aku. Aku angguk dengan wajah selamba.

“Bukan umi kamu yang buat?”

Aku geleng kepala. Seawalnya aku dah agak, dia pasti akan membabitkan umi.

“Atuk ni banyak tanyalah.! Duduk diam-diam, makan jelah.! Banyak sangat songeh.! Kalau tak nak makan, biar Atee dengan abi dan umi saja yang makan.” Aku menjeling tajam dan buat-buat merajuk. Atuk pula dengan rasa tak bersalah terus ketawakan aku berdekah-dekah.

“Sikit-sikit merajuk.! Kesian suami kamu nanti asyik kena pujuk kamu.!” Bentak atuk sambil tersengeh-sengeh lalu duduk di  kerusi meja akan. Nasi yang sudah aku sendukkan ditarik rapat ke arahnmya lalu menyuap ke mulut. Abi dan umi turut menarik kerusi seperti tidak sabar merasa masakan aku tu. Bila aku terdengar atuk seperti berdehem, cepat-cepat aku mencelah.

Hah.! Atuk nak komen apa.?” Aku kalut bertanya.

“Atuk nak cakap, sedap..!” Ucapnya lalu meneruskan suapan. Bila habis sepinggan dihulurkan lagi pinggannya untuk menabah. Dari riaksinya tu aku yakin, masakan aku tu memang sedap. Abi dan umi pun tak lekang memuji aku.

“Kalau macam ni punya masakan, dah boleh buka restauran..!”

Sampuk atuk tiba-tiba. Aku dah rasa macam nak terkoyak lubang hidung menahan kembang. Tak sia-sia aku berchating dengan kawan-kawan fb bertanyakan tentang resepi beriani gam. Aku orang perak, manakan sama dengan beriani gam johor.


   PETANG tu sekali lagi aku didatangi oleh abang Az dan abang Azraie. Niat mereka sekadar mahu berbual kosong dengan aku. Nasib baiklah kedatangan mereka tidak disertakan dengan anak-anak dan isteri-isteri mereka. Kalau tidak pasti perbalahan berlaku antara atuk dan cucu-cucunya.

“Kenapa abang Az dengan abang Ayie tak call dulu kata nak datang..?” Bisik aku sambil mengiringi mereka masuk ke dalam rumah.

“Mana kita orang tahu yang orang tua tu ada di sini..!” Abang Azaraie membalas juga dengan berbisik.

“Mana dia.?” Abang Az bertanya sambil mata mmereka berdua liar memerhati keliling rumah.

“Dalam bilik. Mungkin solat kot..!”

“Macam mana dengan misi Atee tu.?”

“Macam ni..!” Aku menunjukkan ibu jari aku tanda baik. “Dia nak kawinkan Atee dengan salah seorang anak paklong Kadir. Tapi Atee kata Atee tak mahu kawin lagi.” Aku tersengeh-sengeh lalu ceritakan apa yang berlaku sepanjang atuk ada dalam rumah ni. Mengekek-ngekek abang- abang ipar aku ketawa bila tiba bab lucu.

“Ada-ada jelah Atee ni.! Ada ke cakap nak kawin dengan cucu dia yang umur dua puluh enam tahun.! Cakap jelah Atee dah terpikat dekat Arie.. mana tahu dia buat pertimbangan semula.” Ujar Abang Azraie sambil geleng kepala. Apabila sedar ada bunyi langkah berserta dengan deheman garau dari arah belakang, kami matikan perbualan. Seperti yang aku jangka, kedua-dua abang ipar aku hanya mmenikus. Takut sangat.!

“Atuk apa khabar.?” Tegur Abang Az lalu kedu-duanya menghulurkan tangan pada atuk bila atuk sudah berada dekat.

“Aku sihat. Korang yang tak pernah nak ambil tahu tentang aku.!” Tempelak atuk garang. Berkerut-kerut muka aku dengan perangai atuk. Tiba-tiba aku pulak yang hangin.

“Atuk ni apa hal? Tiba-tiba nak moody.! Orang kalau lepas solat, sejuk hati tu. Tapi atuk ni lain pulak. Solat tadi khusyuk ke tidak? Kalau macam nilah rupa atuk lepas solat, kompem sembahyang dengan setan!” Aku tempelak dengan nada geram. Kesian aku tengok abang-abang ipar aku yang dah macam cicak tertelan kapur. Entah kenapa aku memang tak boleh sabar kalau atuk tiba-tiba buat hal. Sedangkan beberapa hari ni aku tengok mood dia ok saja. Bila abang-abang ipar aku datang, angin kuch-kuch dia mula menyerang. Nak kena sungguh orang tua ni!

“Atee tolong buatkan kopi untuk atuk ye?”

Hah.! Boleh pun cakap elok-elok. Pandai atuk ek..! Nak bodeklah tu! Petang ni kopi tak boleh minum sebab pagi tadi dah ambil kopi. Untuk petang ni milo o saja dibenarkan.” Aku tegas bersuara tanmpa pedulikan pandangan tajam dari kedua-dua abang ipar aku.

“Milo o pun milo o lah..!” Atuk jawab seperti hilang semangat. Aku ketawa dalam diam.

“Abang berdua ni nak minum apa.? Milo jugak lah ek.? Tapi Atee buat yang speacial sikit.!”

“Tak payah kamu nak layan sangat abang-abang kamu ni. ! Degil.!” Bentak atuk perlahan.

“Biarlah! Sepatutnya atuk bersyukur dia orang nak datang melawat atuk. Kalau tak datang nanti, baru padan dengan muka atuk tu..!” Aku jawab geram lalu bangun meninggalkan mereka dan terus menuju ke dapur. Sampai di dapur aku lihat umi sedang sibuk sediakan minuman. Macam tau-tau saja umi aku ni apa yang aku nak. Mungkin dia dengar perbualan pendek aku dengan mereka di luar tadi.

   Keluar dari dapur sambil menatang dulang air, aku hanya mendengar suara atuk saja. Manakala abang-abang ipar aku hanya diam membisu. Nampaknya aku kena turunkan sedikit ilmu keberanian aku pada abang-abang ipar aku ni.

“Macam mana dengan apa yang aku cakapkan tadi? Bila nak langsungkan?”

Aku dah dapat rasa apa yang atuk bebelkan pada kedua-dua cucunya tadi.

“Langsungkan apa tuk?” Aku tebalkan muka menyampuk.

“Abang-abang kamu ni dah tua terlajak, tapi nak hidup macam orang bujang. Tak sedar diri. Suruh kawin ada-ada saja alasan.!” Marah atuk penjang berjela.

Aku pandang kedua-dua wajah abang ipar aku tu. Kesian betul aku dengan dia orang. Nak cipta hidup sendiri pun payah.

“Dah dia orang tak nak kawin, biar jelah.! Ada jodoh nanti, kawinlah dia orang.” Balasku pula.

“Masalahnya sekarang, mereka ni tak ada hati nak kawin..!” Tempelak atuk lagi.

“Atee rasa bukan dia orang tak mahu kawin, tapi calon-calon yang atuk bagi dekat dia orang tu tak sesuai dengan citarasa mereka. Cuba atuk tengok betul-betul abang-abang Atee ni. Sikit punya hendsome. Tapi atuk bagi yang macam orang tak cukup umur. Kalau yang dah berumur tu, dah macam makcik orang pulak.! Yang bergelar andartu pun atuk calonkan jugak.?”

“Dah dia orang yang suka tangguhkan, memanglah calon-calon mereka tu jadi andartu.!”

Hah..! Apa kata atuk cakap dekat calon-calon atuk tu suruh dia orang jangan tunggu lagi abang-abang Atee ni. Tu pun kalau dia orang tak mahu bergelar andartu..! Atee rasa dia orang pun dah taknak dekat abang-abang Atee yang dah kertu ni..!”

Sindiran aku tu aku rasa cukup buat atuk terdiam tak tahu nak menjawab lagi. Tapi bila aku tengok atuk terus membisu, aku jadi serba salah. Aku sedar, tak sepatutnya aku malukan dia di hadapan cucu-cucnya yang sememangnya aku ni hanya orang luar.

“Atuk..!” Lembut saja aku menyeru. Punggung ku labuhkan sebelahnya sementara tangan tuanya aku rangkul erat.

“Atuk tahu tak! Kalau arwah nenek ada, mesti dia sedih tengok atuk macam ni. Seorang suami dan ayah yang penyayang, tiba-tiba bertukar sifat hanya kerana sejarah lampau. Atee sedar Atee tak layak cakap macam ni pada atuk sebab Atee hanya orang luar. Tapi Atee nak atuk tahu yang Atee sayangkan atuk. Atee tak ada atuk. Dua-dua atuk atee belah emak dan ayah dah pergi. Atee tak mahu atuk terus menyiksa diri sendiri hanya kerana perkara yang dah lepas. Atee tahu kenapa atuk jadi macam ni. Sebab Athirahkan? Atee yakin Athirah sedih tengok atuk macam ni. Tak senang dia di sana dengan keadaan atuk sekarang. Bertambah-tambah sedih bila atuk jadikan keluarganya sebagai tempat atuk lepaskan geram. Apa perasaan atuk jika orang buat sesuatu pada anak-anak atuk? Begitulah yang umi dan abi rasa bila tanggungjawab mereka dirampas oleh atuk. Mereka sudah merasa kehilangan seorang anak, tapi mereka terpaksa lepaskan kesemua anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka masih hidup. Apa lagi yang tinggal pada mereka jika kasih mereka dirampas.”

“Aku tak rampas mereka.! Sudah.! Jangan kamu memandai nak mengajar aku.!”

“Atee bukan nak mengajar. Tapi Atee nak atuk sedar yang kita kat dunia ni bukan lama mana pun. Esok-esok kita akan pergi jugak. Berbaloikah atuk rasa apa yang atuk buat ni? Kalau atuk dah pergi, Atuk rasa tenang, kalau perkahwinan mereka tak capai bahagia? Atau atuk memang sengaja nak lihat mereka sengsara seperti mana yang atuk rasa dulu? Atuk..! abang-abang atee ni dah tua. Atuk sendiri cakap yang mereka ni dah terlajak. Apa kata kita bagi mereka masa dan peluang untuk tentukan jodoh mereka sendiri. Atuk tak teringin cicit? Atuk tak rasa, yang umur macam atuk ni sepatutnya dah ada sedozen cicit? Usahkan cicit, piut, piat sepatunya atuk dah merasa ada. Tapi atuk tak sedar, cara atuk ni sebenarnya menjarakkan lebih jauh atuk merasa semua tu.” Aku menghela nafas lembut bila atuk tertunduk diam.

“Atee bukan sengaja nak memandai-mandai bersuara atau mengajar. Sepatutnya atuk berfikiran bijak sebelum membuat sesuatu keputusan. Cuba atuk lihat abang-abang Atee ni. Disebabkan kekerasan hati atuk, mereka sengsara sebab tak kawin-kawin. Atuk tak rasa bersalah atau berdosa ke mendera perasaan zahir batin dia orang. Mereka pun ada perasaan dan keinginan untuk berkahwin, tapi biarlah dengan orang yang mereka suka dan berkenan. Cuba atuk tanya diri sendiri, apa yang atuk rasa bila kena paksa. Tersiksa kan? Macam tulah apa yang mereka rasa sekarang. Jangan jadikan perkara silam sebagai alasan untuk mencapai cita-cita atuk. Zaman atuk dah berlalu. Sekarang zaman cucu-cucu atuk bina keluarga masing-masing. Atuk sebagai ketua, sepatutnya berdoa dan terus berdoa agar keturunan atuk terus berkembang dengan baik dan sejahtera. Peristiwa Athirah pergi, bukan salah sesiapa. Sudah kehendak ilahi dia dipanggil. Itu tandanya Allah menyayanginya. Athirah bukan milik atuk dan atuk tak ada hak untuk menghukum sesiapa yang atuk rasa salah. Cuba atuk fikir, kenapa atuk yang dah tua ni masih belum dijemput sedangkan Athirah yang masih muda dipilih. Jawapan nya sebab Allah mahu atuk terus bersyukur dengan segala yang atuk ada selama ni. Allah mahu atuk perbaiki diri dan sedar diri siapa diri atuk sebenarnya. Dan atee yakin atuk lebih tahu apa jawapannya. Tapi kenapa atuk masih mahu menghukum mereka sedangkan mereka tak salah apa-apa. Atuk rasa berbaloikah atuk buat semua ni? Ujian akan sentiasa datang selagi kita bergelar anak adam. Dan sebab itulah Atee sarankan agar atuk dapat beri mereka peluang untuk tentukan hidup mereka.”
 Aku usap lembut belakang bahu atuk bila aku sedar di tubir matanya sedikit basah. Mungkin kerena tidak dapat menahan sebak, dia terus bangun dan tinggalkan aku serta abang-abang ipar ku di situ. Wajah umi dan abi yang sedang memerhati dari jauh, aku perhatikan dengan penuh sayu. Namun bila umi dan abi tersenyum manis sambil melangkah ke arah aku, aku bagai mendapat semangat baru untuk teruskan berusaha.

   Aku pandang pula wajah Abang Az dan Abang Azraie yang masih tunduk membisu lalu aku senyum lebar.
“Jangan risau okey..semua akan kembali baik.” Ucapku perlahan sambil tersenyum. Bahuku dipeluk mesra oleh umi.

“Dari mana Atee dapat kuasa untuk menentang atuk tu?”

“Atee tak ada kuasa, tapi Atee ada akal fikiran yang waras untuk menentang. Mula-mula Atee takut jugak nak cakap, tapi demi umi dan rumahtangga, Atee kena cakap. Kalau Atee tak teruskan usaha Atee ni, macam mana dengan rumahtangga Atee? Atee tak mahu hidup dalam serba salah. Takut hidup tak berkat. Tambah pulak anak yang Atee bakal kandungkan dan lahirkan nanti adalah dari keturunan dia. Atee tak mahu nanti bila anak-anak Atee tanya asal usul keturunan dia orang, Atee tak tahu nak jawab apa.”

“Tak sangka adik abang Az ni berani orangnya.”

Huh.! Kalau abang -abang semua nak tau, Arie siap gelarkan Atee ni Gaster kampung dusun tau.! Pastu dia kata bila dah kawin gelaran  Atee up sikit jadi My Wife Is Gangster. Teruk betul dia tu..!” Aku merungut geram bila teringat kata-kata Arie@ my Hubby.

“Kira oklah tu..My Wife is Gangster versi melayu.” Balas abi lalu mereka sama-sama ketawa termasuk umi.

“Bila Atee cerita pada dia yang abang-abang semua cakap yang Atee ni manja, dia tak percaya..!”

“Manja sebab kuat merajuk..!” Balas Abang Azraie lalu hidung aku ditarik kuat. Melopong mata dan mulut aku. Hm..aku dah agak..!


SELEPAS abang Az dan Abang Azraie balik, aku kebilik atuk. Perlahan-lahan aku ketuk pintu biliknya. Sejak tadi tiada apa yang kedengaran dari bilik tu. Aku risau sebenarnya. Manalah tahu kalau-kalau atuk buat sesuatu yang diluar jangkaan. Ah.! Takkan nak bunuh diri kot. Dah macam cerita tamillah pulak.!
Berkali-kali pintu bilik ku ketuk, namun masih belum ada tanda-tanda atuk nak buka pintu. Aku tekapkan telinga di daun pintu. Sayup-sayup aku dengar suara atuk sedang membaca al-quran. Mungkin dengan cara itu dia tenteramkan perasaannya yang sedang berkecamuk. Ah..biarlah dulu dia bersendirian.!

Namaku dilaung dari arah ruang tamu. Aku berpaling dan lihat abi sedang menggamit supaya aku datang dekat padanya.

“Biarlah dulu atuk tu..! Nanti dia sejuk sendiri. Dia masih terkejut lagi tu..!” Kata abi perlahan. Aku angguk kepala tanda faham dan setuju.

“Selalu ke atuk tu jadi macam tu?”

“Sebenarnya sebelum ni atuk tu tak pernah ada sesiapa yang membantah atau menghalang apa yang dia nak buat. Atee adalah orang pertama yang berani buat macam tu. Mungkin sebab tu dia terkejut. Tambah-tambah lagi Atee tu orang luar, lagilah dia rasa tak sangka. Abi sebagai anak pun tak mampu nak buat seperti yang Atee buat.”

“Baguslah abi tak buat macam Atee buat tadi. Kalau abi berani macam Atee tadi, senang-senang je atuk cop abi anak derhaka.” Abi ketawa dengar aku cakap macam tu. Nanti tak fasal-fasal atuk kata aku yang mengajar anak dia jadi kurang ajar.

“Dulu arwah Athirah pun macam Atee. Kadang-kadang abi dengan umi rasa macam salah mendidik pulak satu-satunya anak perempuan kami. Sikapnya amat berlainan sekali dengan kelapan-lapan abangnya. Kasar, pemarah, suka buat sesuatu mengikut kata hati tanpa fikir baik atau buruk, suka membebel.” Abi ketawa kecil bila teringat kembali sikap anak gadisnya yang pergi takkan kembali. Aku tahu dia sebak.

“Kalau dia dah kawin, tentu dia pun akan dapat gelaran My wife is Gangster kan abi?” Aku cuba berseloroh mengelak dari abi terus sebak. Mengekek-ngekek abi ketawa.

“Itu juga salah satu sifat arwah. Suka bergurau dan suka bagi orang ketawa. Dia juga baik hati. Tapi ada sesuatu yang buat abi dan umi risaukan. Arwah seperti kurang rasa malu dengan sesiapa saja. Arie adalah abang yang paling rapat dengan dia. Yang lain-lain pun rapat cuma kurang sikit. Mungkin sebab umur mereka tak jauh. Dulu Arie selalu membebel kalau adiknya bersikap kasar atau kurang hormat orang tua. Arie banyak mengajar arwah menjadi perempuan. Satu hari, bila arwah menjangkau umur dua belas tahun, arwah cuba jauhkan diri dari Arie. Arie pulak seperti redha dengan perubahan sikap arwah. Mula-mula abi dengan umi hairan jugak. Bila tanya arwah, dia tak mahu jawab. Tapi bila tanya Arie, barulah kami mengerti. Yang sebenarnya masa tu arwah dah mula baligh dan Arie mahu arwah tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kami tak sangka sampai begitu sekali rapatnya hubungan Arie dan adiknya. Sedangkan kami sebagai ibu bapanya pun tak tahu dia dah baligh, tapi dengan Arie, mudah saja dia bagitahu. Arie kata mula-mula dia malu bila arwah bagi tahu hal tu pada dia. Tapi apa nak buat, telajak perahu boleh diundur. Selaku abang yang paling rapat, dah menjadi tanggungjawab dia untuk memujuk dan mengajar adiknya yang dah tak tentu arah bila pertama kali datang bulan.” Aku turut ketawa bila abi ketawa selepas cerita serba sedikit tentang arwah Athirah.

   Sebenarnya aku pun datang bulan buat pertama kali semasa umur aku dua belas tahun. Yang bezanya, ayah adalah orang pertama yang aku cari untuk bercerita tentang benda tu. Mak aku apa lagi, bising satu hari sebab aku ni katanya jenis tak tahu malu. Nak buat macam mana, hanya ayah yang aku nampak masa tu..! Sakit perut sebab senggugut pun aku cari ayah. Ayahlah yang usaha membakar batu sungai untuk dijadikan sebagai tungku untuk selesakan perut aku yang meragam. Tapi bila aku dah menjangkau umur empat belas tahun, semuanya aku buat sendiri.

   Selepas solat maghrib aku ke dapur membantu umi sediakan makan malam. Biasanya waktu-waktu macam ni, bayang atuk dah kelihatan di depan televisyen sebab atuk memang gemar menonton buletin utama. Tajuk berita hari ni memang menggemparkan dunia bila tiba-tiba pesawat MH370 milik malaysia hilang dalam perjalanan. Rasa seram pulak bila baca berita macam tu. Macam-macam spekulasi yang keluar. Tak dapat aku bayangkan kalau aku dan Arie di dalam pesawat itu.

“Atuk tak keluar bilik lagi ke mi.?” Aku tanya umi yang sedang menceduk gulai nangka ke dalam mangkuk.

“Belum. Cuba Atee pergi panggil dia makan. Kot-kot dia nak dengar. Tadi abi panggil tapi dia buat tak tahu je. Pintu pun berkunci” Bisik umi perlahan.

“Ye lah. Atee cuba!” Hii..mengada-ngada betul orang tua ni. Cakap lebih sikit dah tersentap. Tu baru aku bercakap, belum lagi anak cucu dia. Kalau yang bercakap tu anak cucu dia kompem dia merajuk bawak diri macam cerita batu belah batu bertangkup. Tapi ada ke batu yang sudi nak telan atuk yang ego hati batu tu. Rasanya tentu batu pun tak mahu telan dia sebab batu tu pun tahu hati atuk lebih keras dari dia.

   Aku terus melangkah laju ke arah bilik atuk yang terletak sebelah kiri bilik ruang tamu kedua .Sambil melekapkan telinga di pintu bilik, tangan ku laju mengetuk pintu sambil memanggil-manggil atuk agar keluar makan. Mula-mula aku ketuk perlahan kemudian kuat sedikit. Tapi bila aku rasa jemari aku dah mula rasa nyilu sebab lama mengetuk dan masih jua tiada balasan, aku dah mula panas. Tanpa rasa bersalah aku terus ketuk bagai nak pecah pintu tu.

“Baik atuk buka pintu ni sebelum Atee pecahkan. Atuk jangan ingat Atee tak kuat untuk pecahkan pintu ni..! Atee ada tali pinggang hitam tau.!” Tempik aku kuat dari luar bilik. Namun atuk masih berdegil.

“Kalau atuk nak mati sorang-sorang janganlah mati dalam rumah abi ni..! Atee takut nanti atuk jadi hantu, atuk masuk bilik Atee, cekik atee tengah tidur..!” Jerit aku lagi. Tapi masih jua tiada balasan.

“Atuk jangan cabar Atee..! Sekarang Atee nak pecahkan jugak pintu ni..! Atee peduli apa..duit atuk banyak, tak luak pun kalau nak kena ganti sekeping pintu kayu ni..! Satu.. dua..dua suku..dua setengah... dua lagi sikit.. ti..” Belum sempat aku sebut angka tiga, pintu terbuka. Wajah atuk yang serius sedang berdiri betul-betul depan aku sambil merenung tajam ke arah aku. Aku lawan pandang.

“Buruknya muka..! Dahlah tak hendsome. Buat pulak muka macam tu..tambah-tambah buruk jadinya..! Kalau Atee tengah mengandung, kompem muka anak Atee ikut jati macam muka atuk yang tak kacak ni.!” Kataku padanya. Dan akhirnya dia tewas lalu tersenyum malu.

“Kalau jatuh pengsan dalam bilik tu sorang-sorang, siapa yang susah? Abi dengan Atee jugak yang kena angkat tau.! Badan atuk tu dahla besar.!” Bebelku sambil menjeling.

“Cukup-cukuplah membebel. Sakit telinga atuk dengar kamu bercakap. Kamu tak rasa lengoh ke urat-urat mulut gusi kamu tu bila bercakap? Dah macam nenek kebayan.! pot pet pot pet..cot cet cot cet...! Aku tak tahu lama mana suami kamu boleh bertahan dengan kamu nanti.!” Tempelak atuk panjang lebar. Aku yang masih geram dengan situasi tadi hanya berdiam sambil menjeling.

“Dahlah.! Jangan cakap banyak. Jom makan.!” Ujarku lalu menarik tangannya  tetapi dia masih kaku berdiri di hadapan bilik.

“Kenapa cucu atuk ni jadi macam ni.? Asyik bagi atuk kalah je! Sesekali bagilah menang pulak!”

“Adat permainan. Yang menang tetap akan bergelar pemenang. Yang kalah dok diam-diam dan cuba belajar terima kenyataan..!”

“Ada saja jawabnya.!  Kalau tak menjawab, tak boleh?”

“Dah menjadi lumrah hidup. Setiap soalan harus dijawab. Kalau tak jawab, itu bukan soalan namanya!” Ucapku lagi sambil meraih kembali lengannya lantas  berjalan beriringan menuju ke meje makan. Sampai di situ aku lihat abi dan umi tersenyum-senyum memandang aku kerana berjaya memujuk atuk.

No comments: