29
SEPULUH
zulhijjah muncul juga setelah lama aku terpisah dengan ayah dan emak. Rindu
jangan dikenanglah. Semalam sempat aku berbual dengan emak dalam telefon.
Meleleh jugaklah air mata aku bila dengar suara ceria emak dengan ayah. Mak
kata ada jumpa Arie di sana tiga hari lepas. Aku tahu hal tu. Semalam Arie ada
hantar email pada aku dan ceritakan pengalaman dia bertemu dengan emak dan ayah
di sana. Alhamdulillah emak dan ayah sihat.
Disebabkan raya korban ni aku sambut tanpa emak dan ayah,
umi dan abi mengajak aku beraya dengan mereka. Aku menolak pada mulanya bila
mengenangkan adik-adik aku yang mungkin mahu pulang beraya di kampung walaupun
hanya sehari bercuti. Bila umi bertegas memujuk agar aku dapat mengajak
adik-adik aku ke rumahnya, akhirnya aku terpaksa mengalah memandangkan Arie
juga turut bersetuju dengan cadangan umi. Sekurang-kurangnya aku tak rasa
sendiri di hari raya sebab adik-adik aku ada. Walaupun umi dan abi melayan aku
bak anak sendiri, aku tetap rasa aku orang asing dalam rumah tu. Nasib baiklah
adik-adik aku mahu mengikut kerana kata mereka emak dan ayah tak ada , jadi tak
best kalau raya di kampung tanpa mereka. Kebetulan pula abang-abang aku hanya
bercuti sehari, mereka juga tidak dapat pulang ke kampung. Jadi mudahlah kerja aku mengangkut
adik-adik aku beraya di rumah mertua aku.
Petang semalam dalam perjalanan pulang dari mengambil
adik-adik aku di asrama, sempat aku bercerita mengenai keluarga mertua aku dan
juga perihal atuk. Bukannya apa, adik-adik aku ni tak pandai menipu. Jadi aku
takut kalau mereka tersasul bersuara jika bertembung dan berbual dengan atuk
nanti.
Aku tarik nafas
lega bila bayang atuk tak kunjung tiba sehingga lewat petang hari raya. Bukan
aku tak suka dia datang ke rumah mertua aku ni, cuma aku rasa kurang selesa
sebab adik-adik aku ada bersama aku. Aku tak mahu nanti banyak yang disoal pada
adik-adik aku. Adik-adik aku pulak jenis yang tak suka berselindung, dah tentu
ada satu dua perkara tentang aku akan diberitahu dan diceritakan walaupun dah
dipesan.
Pagi tadi aku tanya umi tentang atuk, tapi umi cuma jawab
tak tahu. Seminggu selepas peristiwa atuk merajuk, dia minta diri untuk pulang
ke rumahnya. Katanya dia dah lama di rumah mertua aku ni dan ada sesuatu yang
nak diuruskan. Aku yang dah habis idea untuk memujuk akhirnya hanya membiarkan
atuk pulang. Katanya dia akan datang pada hari raya korban nanti, tapi hingga
petang bayangnya langsung tak kunjung tiba. Walaupun aku boleh tarik nafas
lega, jauh disudut hati, aku risau kalau jadi apa-apa padanya. Walaupun aku
tahu di rumahnya ada tiga pembantu rumah, aku tetap risau. Dengan keadaan
kesihatannya yang tak menentu, tak mustahil kalau terjadi apa-apa pada dia.
Selepas menghantar
adik-adik aku pulang ke asrama, aku cadang nak singgah sekejap di rumahnya.
Tapi umi dan abi melarang sebab menurut umi, biasanya pada hari raya sahabat
handal serta saudara mara atuk akan memenuhi rumahnya. Umi kata kemungkinan
keluarga Sarah juga akan turut serta. Bila aku dengar nama tu, automatik di mata
aku terlayar wajah Sarah. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Takut betul
aku kalau tiba-tiba Sarah datang ke rumah umi. Tapi menurut umi, selama Sarah
dan Arie bergelar tunangan, Sarah tidak pernah datang dan dia sendiri tidak
tahu kenapa. Pelik betul dengan Si Sarah tu. Dengan si anak dia nak, tapi bakal
mertua, pandang pun tidak.
AKU perlahankan kereta bila sampai di simpang jalan ke rumah
atuk. Entah kenapa aku terasa ingin datang menjenguk atuk walaupun sudah
dilarang oleh umi. Sekejap pun jadilah asalkan aku dapat jumpa dia. Selepas dia
pergi, aku rasa sunyi sangat sebab tak ada orang yang boleh diajak bergaduh
bertegang urat.
Dari jauh aku boleh
nampak banyak kereta mewah memenuhi perkarangan rumah atuk. Aku rasa ada
baiknya aku terus beredar dari situ. Aku tak mahu ada mata-mata yang sedang
memerhatikan gerak geri aku yang dah mengalahkan Jammes Bond. Ketika aku
melalui halaman ruman atuk, tiba-tiba pandangan aku terhala pada seraut wajah
yang sedang asyik memandang ke arahku. Aku dah mula gelabah tapi aku pasti dia
tak nampak aku sebab cermin kereta Arie ni gelap. Tapi aku yakin dia perasan
dengan kereta yang aku pandu. Mustahil dia tak kenal kereta Arie. Dengan segera
aku terus tinggalkan kawasan rumah atuk.
Sampai di rumah aku
ceritakan semuanya pada abi dan umi. Umi dah mula cuak walaupun aku pura-pura
buat bertenang. Sedangkan dalam hati hanya tuhan yang tahu.
“Kan umi dah cakap
tadi.. jangan pergi ke rumah atuk tu waktu-waktu macam ni..! bahaya..!” Rungut
umi gelisah.
Sebenarnya aku turut gelisah, sambil-sambil tu aku cuba cari
jalan. Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Aku perhatikan saja umi berjalan laju
mendapatkan telefon yang sedang berdering.
“Ye..anti cakap..!” Lembut umi menjawab.
“Nak datang.?” Umi tanya dengan nada yang agak tinggi. Aku
dapat rasa sesuatu yang tak dijangka bila umi menoleh ke arah aku. Aku
menyungkitkan kening. Bila umi mengerakkan mulutnya tanpa suara, baru aku tahu
Sarah yang sedang dalam talian. Selepas dua minit talian terhenti dan umi
melangkah laju ke arah aku.
“Macam mana ni Atee. Dia nak datang..! Katanya dia nampak
Arie lalu depan rumah atuk tadi. Dia tengah marah sebab Arie balik tak bagi
tahu dia..!” Ulas umi gelabah.
Aku pulak rasa panas semacam. Apa hal pula dengan minah tu.?
Hari tu Arie cakap dia dah jelaskan semua walaupun Arie tidak beritahu tentang
aku. Tapi hari ni dia marah-marah sebab Arie tak bagitahu tentang kepulangan
Arie walaupun yang sebenarnya arie tak pulang pun..! Apa hak dia untuk tahu
sama ada Arie balik atau tidak.? Tak malu betul minah tu, dah orang taknak,
terhegeh-hegeh pulak..!
“Assalamualaikum..!”
Aku dan umi
berpandangan bila dengar ada suara memberi salam dari luar. Umi terus melangkah
ke pintu. Aku pulak segera ke ruang tamu kedua untuk bersembunyi. Bukan aku
takut cuma aku belum bersedia berhadapan dengan dia. Dari ruang tamu kedua, aku
dengar jelas umi melayan tetamu.
“Mana Atee, ummi.?” Aku tersentak bila suara lelaki yang
kedengaran.
“Eh.! Rasanya yang bagi salam tadi perempuan. Macam mana
boleh tukar jantina pulak ni.?” Aku jengukkan sedikit kepala ke luar.
Fuh..semangat. Abang Az rupanya..! Segera aku melangkah keluar dan
mendapatkannya. Tersenyum simpul aku sambil melangkah ke arahnya. Makin lebar
senyuman aku bila melihat isteri abang Az yang sedang mengendongkan seorang
bayi. Di sisinya kelihatan seorang budak perempuan yang berbaju kurung merah
jambu. Comel sangat.! Inilah kali pertama aku bertemu dengan orang rumah dan
anak-anak abang Az. Selepas Abang Az perkenalkan isteri dan anak-anaknya dia
mula bertanya.
“Buat apa kat dalam tu.?”
“Menyorok..!” Lantas aku ceritakan semuanya apa yang terjadi
sebentar tadi. Sambil berfikir-fikir, abang Az mengangguk.
“Macam ni. Hal ni biar abang Az uruskan. Atee dengan Kak
Murni duduk diam-diam dalam rumah. Dia datang nanti, biar abang Az yang cakap
sendiri dengan dia.”
“Abang nak buat apa.?” Tanya Kak Murni lembut.
“Nanti abang cakaplah yang bawak kereta tu sebenarnya
abang..! Abang dengan Arie pun bukan jauh beza pun. Lagipun dia tak nampak pun
siapa dalam kereta tadi. Dia cuma nampak kereta saja..!” Terang Abang Az pada
aku umi dan kak murni. Aku tersenyum sambil tarik nafas lega.
“Atee takut ke dengan dia.?” Tanya Kak Murni. Aku tersenyum
nipis.
“Atee tak takut tapi Atee tak suka kecoh-kecoh. Masanya
belum tiba lagi untuk Atee tunjulkan diri siapa Atee sebenarnya. Walaupun atuk
sudah terima Atee, tapi dia masih belum beri kata putus samaada dia terima atau
bersetuju dengan pendapat Atee. Masa dia keluar hari tu pun dia tak cakap apa-apa.”
Memang atuk tak
cakap apa-apa pun pada aku hari tu. Dia cuma pesan dia akan datang lagi pada
hari raya korban. Tapi tadi aku tengok tetamu ramai sungguh dekat rumah dia,
patutlah dia tak dapat datang, melayan tetamu rupanya..
Sehingga jam lapan
malam Abang Az berada di rumah. Banyak betul yang dibualkan. Almaklumlah, ni
kali pertama aku jumpa dengan biras pertama aku. Makin meriah bila berbual
dengan Fifi anak sulung Abang Az yang berumur tiga tahun. Ramah betul dia
bercerita termasuklah perihal mama dan adiknya yang baru lepas pantang.
Mengekek-ngekek aku, umi dan abi mendengar celoteh Fifi walaupun pertuturannya
masih pelat. Teringat aku pada perbualan dengan Fifi yang menyebabkan aku
tiba-tiba rindu pada Arie.
“Kalau Maksu ambil baby baru Fifi ni, boleh tak.?” Aku tanya
dengan niat mahu mengusik.
“Mana boleh.! Ni baby mama, papa dengan Fifi. Kalau Maksu
nak, maksu ajaklah paksu pergi ambil dekat hospital. Hari tu Fifi tengok dekat
hospital banyak lagi baby. Baik maksu pergi ambil cepat sebelum orang lain
ambik.”
Mengekek-ngekek aku ketawa dengar dia cakap. Apa dia ingat
baby dekat hospital tu boleh dibeli macam beli sawi seikat dua ringgit
kot..kelakar betul anak saudara Arie tu.
“Maksu tak mahu dekat
hospital tu, tapi maksu nak yang ni..!” Aku giat mengusik sambil tunjuk arah
anak kecil yang berada atas riba Kak Murni.
“Maksu tanyalah paksu dulu.”
“ Paksu jauh.. macam mana nak tanya..?”
“Telefonlah..! Mesti paksu rindu dekat maksu. Macam mama
selalu rindu dekat papa kalau papa pergi kerja lama-lama dekat luar. Papa mesti
telefon mama hari-hari. Nanti hilanglah rindu tu..!”
Melopong mata Kak Murni dan abang Az. Berdekah-dekah abi dan
umi ketawa. Aku pulak rasa macam nak terkencing sebab gelak lepas lihat muka
Kak Murni dan abang Az dah merah kerana malu. Pandai betul Fifi..
Nasib baiklah abang
Az datang. Kalau tidak aku tak tahu macam mana umi nak bagi jawapan pada Sarah.
Semasa Sarah datang tadi aku dan Kak Murni seyap sepi dalam rumah. Kira nasib
kami memang baik sebab Sarah tidak mahu masuk rumah. Sombong sungguh Sarah tu.
Sampaikan dengan umi pun dia tak rasa nak jumpa. Patutlah Arie anti sangat
dengan dia. Umi pulak jenis yang tak suka nak masuk campur, makin lemaklah
jadinya minah tu. Kiranya umi dengan emak aku memang sekepalalah..
Setengah jam
selepas abang Az pulang, barulah bayang atuk kelihatan. Lega hati aku bila
dapat tengok muka atuk.
“Atuk mungkir janji!” Tegurku pada atuk setelah atuk
melepaskan penatnya di sofa.
“Sorryla..! Bukan
atuk sengaja. Memang atuk nak datang tadi. Tak sangka ramai tetamu yang datang.
Penat atuk layan tetamu pun tak habis lagi ni.”
“Lain kali telefonlah bagitahu tak dapat datang! Tak payah
Atee tunggu. Kalau tahu jadi macam ni, awal-awal lagi Atee beraya dekat kampung
saja.” Ulasku lagi sambil buat-buat merajuk. Biar dia tahu aku pun pandai
merajuk.
“Alahai cucu atuk ni! Tak kasihankan atuk ke? Penat layan
tetamu tadi pun tak habis lagi, sampai sini kena layan cucu pulak!” Kata atuk
sambil ketawa kecil.
“Atee lagi penat tunggu atuk tau!”
“Kenapa tak pergi rumah atuk saja?”
“Malaslah! Atukkan sibuk layan tetamu. Mana ada masa layan
Atee!” Sekali lagi atuk ketawakan aku yang dah muncung sedepa.
“Besar sangat ke salah atuk ni, sampai marah macam ni? Okey,
kalau macam tu, Atee bagi tahu atuk, apa yang perlu atuk buat untuk tebus
kesalahan atuk?”
Wah..! aku rasa
dah macam hadiah bonus pulak bila atuk cakap macam tu. Nilah masanya aku ambil
kesempatan demi merialisasikan projek aku. Memandangkan majlis persandingan aku
semakin hampir, aku perlu bertindak cepat. Aku tak mahu majlis aku nanti jadi
sebuah peperangan dasyat. Tak fasal-fasal muka aku masuk berita METRO. Siap
terpampang di muka lagi "MAJLIS KAWIN DISERANG TUNANG PENGANTIN LELAKI "-
Aku yakin sangat berita ni menjadi bualan hangat. Pasti ramai ustaz, ustazah,
kaunselor dan pakar-pakar perunding tak bertauliah memberi kata-kata nasihat
dan tak pula lepas dari kritikan panas dalam laman-laman sosial. Orang yang
pertama akan dipersalahkan sudah tentulah aku. Perempuan tak tahu malu,
perampas, dan muka tembok dah tentu menjadi status aku lepas tu. Nauzubillah..!
Tak sanggup aku hadapi semua tu kalau benar-benar terjadi.
“Siapa tunang abang Arie? Umi kata dia tak pernah datang
sini” Tanya aku kepada atuk sebagai pembuka bicara.
“Kenapa? Atee nak kenal?”
“Ah! Taknaklah.. Atee saja tanya je.. Sebenarnya.. mula-mula
dulu Atee tengok gambar abang Arie dalam bilik tu, rasa biasa saja. Tapi bila
dah lama-lama pandang, rasa terpikat pulak!” Aku cakap sambil tunduk.
Konon-kononlah nak tunjuk baik.. Tiba-tiba atuk ketawa lucu.
“Atee cari saja yang lain. Anak paklong Kadir pun ramai yang
bujang. Kenapa nak dekat abang Arie pulak? Abang Arie tukan dah ada tunang!”
Balas atuk yang masih bersisa tawa.
Lucu sangat agaknya
sebab aku yang brutel ni boleh
terpikat pada cucu dia. Huh! Kalau
dia tahu cucu dia yang gila bayang dekat aku, mesti mati terkejut.
“Ala..atuk ni..tak
sporting la.. Bolehlah tuk..!
kenalkan Atee pada abang Arie tu..!” Sekali lagi atuk ketawa besar melihat aku
merengek.
“Tak bolehlah cucu oii..! Atuk dah janji dengan keluarga
Sarah. Nanti apa pulak kata mereka?”
“Abang Arie setuju ke dengan pilihan atuk ni?” Aku tanya
geram.
“Setuju tak setuju, dia kena terima!” Tegas atuk bersuara.
“Ah! Menyampahlah atuk ni. Kalau macam tu tak apalah!” Sakit
pulak hati aku bila tengok atuk semakin galak ketawakan aku. Lantas aku terus
bangun dan terus melangkah mahu masuk bilik. Tanpa memperdulikan panggilannya,
aku terus melangkah. Kali ni biar aku pulak yang merajuk. Aku nak tengok sejauh
mana sayang dia pada cucu dia yang degil ni. Apa dia ingat dia sorang saja yang
boleh tunjuk degil? Silap oranglah..! Dia belum kenal lagi aku siapa!
“ATEE nak pergi mana?” Tanya umi setelah melihat aku
mengalas beg pakaian. Sebelah bahu kanan pula aku menggalas beg laptop. Harta
aku yang ni aku tak boleh tinggalkan. Kalau tinggal alamatnya aku tak boleh
berhubung dengan Arie.
“Atee nak balik kampung, umi! Duduk dekat sini pun buat
apa..orang tak suka. Baik Atee keluar saja dari rumah ni!” Ulasku lalu sambil
mengenyitkan mata pada umi. Umi ketap bibir menahan tawa tanda faham maksud
niatku. Yang sebenarnya aku memang nak balik kampung. Tinggal berapa minggu
saja lagi emak dan ayah akan pulang. Aku harus siapkan apa-apa yang patut
memandangkan majlis aku dan Arie juga akan berlangsung tidak lama lagi. Ketika melangkah
keluar aku perasan atuk seakan terkejut dengan keputusan aku.
“Atee tak sayang atuk ke?” Tanya atuk lemah.
“Atee sayang atuk, tapi atuk yang tak sayang Atee!” Ujarku
lagi lalu terus melangkah keluar. Aku perasan atuk mengekoriku dari belakang.
“Takkanlah sebab tu Atee nak merajuk! Bukan atuk tak suka
Atee, cuma Atee kena faham abang Arie tu dah bertunang dengan Sarah. Nanti apa
kata Sarah pulak kalau atuk putuskan pertunangan ni..!”
“Atuk yakin ke yang abang Arie setuju dengan pilihan atuk
tu?” Atuk kelu lidah mendengar soalan aku. Lantas aku terus masuk rumah
dapatkan umi dan abi.
“Umi jangan risau ye! Atee yakin atuk tak berani nak bagi
tekanan lagi pada umi. Sebenarnya Atee memang nak balik kampung sebab mak dan
ayah mungkin akan sampai tak lama lagi. Banyak yang Atee nak sediakan sebelum
majlis Atee nanti. Tapi kalau umi ada apa-apa masalah, umi cepat-cepat call Atee ek?” Bisik aku pada umi sambil mengelus tangannya. Takut jugak
kalau atuk dengar perbualan aku dengan umi. Tak fasal-fasal rosak program aku.
“Yelah! Umi faham. Jangan lupa call umi bila dah sampai.”
Pesan umi pula sambil mengiringi aku hingga ke muka pintu
hadapan. Aku lega melihat umi dengan senang hati lepaskan aku balik ke kampung
aku.
“Jauh sangat kampung Atee tu. Apa kata biar atuk saja yang
temankan Atee!” Tiba-tiba atuk bersuara.
Aku rasa baik aku berterus terang sebelum keadaan menjadi
lebih parah.
“Kampung Atee dekat saja. Dalam negeri perak ni aje.. Yang dekat johor tu tempat
kelahiran Atee. Semua keluarga Atee dah menetap di perak ni..!”
“Oh..kalau macam tu senanglah nak pinang Atee untuk abang
Arie!”
Aku dan umi melopong mata dan mulut. Rasa macam tak percaya
pulak dengar atuk cakap macam tu. Namun cepat-cepat aku berlagak biasa. Projek
untuk terus tunjuk perasaan harus diteruskan demi matlamat sebenar.
“Sudah-sudahlah merajuk tu! Tak sanggup dah atuk tengok
muncung itik tu. Ni kalau abang Arie tengok, terus dia cari lain.”
Aku kembali tergamam. Macam-macam yang keluar dari benak
fikiranku. Apakah atuk sudah tahu akan hal sebenar? Tapi bagaimana?
“Atuk tahu siapa Atee yang sebenar. Atee jangan lupa, atuk
ni bekas seorang tentera perisik khas. Setiap apa yang terlintas dalam fikiran
Atee, sudah dapat atuk baca dari awal.”
Aku telan air liur. Apa agaknya yang atuk nak buat jika benar
dia tahu siapa aku yang sebenarnya. Tembak aku dengan senapang gajah? Ah! Tak
mungkin..! Pancung kepala aku? Ah! Lagi tak mungkin. Apa dia ingat negara tak
ada undang-undang? Jangan-jangan dia nak pisahkan aku dari Arie? Wa wa
wa..kompem aku bunuh diri.!
“Sebenarnya sejak awal lagi, atuk dah dapat rasa Atee ada
kena mengena dengan keluarga anak atuk ni. Sejak itu atuk cuba-cuba siasat
siapa Atee yang sebenarnya. Mula-mula atuk memang rasa marah dan mahu teruskan
juga apa yang atuk rancangkan selama ni, tapi bila mengenangkan apa yang Atee
cakapkan pada atuk masa di tesco hari tu, atuk mula sedar. Mungkin Atee berkata
benar yang atuk buat keputusan tu, ketika
hati dan fikiran atuk dikuasai oleh syaitan.”
Sekali lagi aku tersentak.
“Lama atuk berikir. Sepanjang atuk berada di sini Atee
banyak menyedarkan atuk. Atuk tahu arwah Athirah sedih tengok atuk terus
mendera perasaan ahli keluarganya dan atuk tahu dia tak tenang di sana kerana
atuk juga tak tenang.”
Aku tatap wajah atuk yang sudah mula basah dek air mata. Aku
turut rasa sebak.
“Sejak atuk tahu Atee ni menantu dalam rumah ni, Atuk rasa
bersyukur. Atuk seronok dan gembira kerana Allah mengurniakan seorang menantu
yang baik untuk anak atuk. Paling buat atuk rasa tak sangka dan bersyukur ialah
bila Atee sanggup biarkan Arie pulang sendiri demi menyelamatkan rumahtangga
Atee. Baruntung sungguh mak bapak Atee dapat anak sebaik Atee. Atuk malu pada
Atee, pada umi dan cucu-cucu atuk kerana atuk dah tua, tapi sanggup berlaku
kejam pada anak cucu sendiri demi kepentingan sendiri kerana rasa ego dan pentingkan
diri sendiri.” Balas atuk lagi sambil menahan esak.
Aku tak dapat menahan sebak, lantas tubuh tua atuk aku terpa
dan memeluknya. Dalam hati aku bersyukur kerana Allah telah bukakan pintu hati
atuk untuk terima aku. Aku yakin berita ini yang dinantikan dari semua pihak
termasuk keluarga aku sendiri. Aku juga yakin semua ini berkat dari doa semua
yang menyayangi aku. Namun jauh di sudut hati aku masih was-was dengan
penerimaan Sarah.
“Macam mana dengan Sarah tuk?” Aku tanya setelah atuk reda.
“Sebenarnya itulah sebabnya atuk lewat datang sini.
Tetamu yang datang kerumah atuk tu adalah pihak dari semua tunang-tunang
abang-abang kamu termasuklah Sarah. Atuk ambil keputusan memutuskan pertunangan
mereka demi sayang atuk pada Atee. Atuk harap dengan cara ini arwah Athirah
tenang di sana”
Aku dah rasa nak melompat sakan. Aku bangga kerana atuk
sanggup korbankan egonya demi sayangnya pada aku dan arwah Athirah. Mungkin
inilah yang dikatakan berkat korban sempena hari raya aidiladha. Aku bersyukur
yang teramat sangat.
“Ahamdulillah..! semua berjalan baik dan mereka dapat terima
cuma Sarah saja yang tak dapat terima walaupun pihak keluarganya dapat terima.
Atuk tahu Atee susah hati tapi atuk akan cuba selesaikan masalah ni. Atuk tak
sangka selama ni rupanya banyak pihak yang tidak setuju dengan keputusan atuk
termasuklah keluarga tunang-tunang abang-abang kamu. Mereka tu semuanya hanya
menjaga hati atuk saja kerana banyak termakan budi atuk. Sebab tu masing-masing
tak berani nak kata apa. Atuk malu dan menyesal kerana mendera perasaan mereka
termasuk anak cucu atuk. ”
Oh..jadi kedatangan Sarah tadi sebab ini juga rupanya..!
Nampaknya aku masih tak boleh tarik nafas lega kerana Sarah seolah-olah
menyimpan dendam. Kalau tidak, masakan dia sanggup datang cari Arie hingga ke
rumah.
No comments:
Post a Comment