PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 30 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

30
SUDAH dua minggu aku di kampung. Seminggu lagi emak dan ayah akan tiba dari kota suci Mekkah. Aku dah tak sabar-sabar menanti kepulangan mereka. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aku yakin lepas mak dan ayah aku balik, mereka takkan duduk diam memandangkan majlis aku dan Arie bakal berlangsung sebulan lagi.

Selepas peristiwa di rumah Arie, aku pulang sehari selepas itu. Kalau ikut hati aku mahu balik hari itu juga. Tapi bila dipujuk oleh atuk, akhirnya aku mengalah. Atuk kata majlis aku nanti dia nak datang. Aku dah tak sabar sebab atuk sudah menerima aku sebagai isteri Arie. Namun aku takut sebenarnya. Sudah tiga kali aku dapat surat layang. Semuanya berbaur ugutan. Aku yakin surat itu datangnya dari Sarah kerana dalam surat itu ada sebut nama Arie. Aku tak pernah ceritakan hal itu pada sesiapa termasuk Arie. Aku takut mereka diapa-apakan. Kalau boleh biarlah aku yang menanggung seorang.

Pening kepala aku bila ingat kembali jalan cerita aku ni. Kadang-kadang terfikir juga, kenapalah aku melibatkan diri dalam permainan ni. Sepatutnya dari awal lagi aku tak patut rapat dengan Arie. Dan sepatutnya aku perlu selidik dahulu siapa Arie yang sebenarnya sebelum rapat dengannya. Aghh..! kalau boleh diundur masa, dah lama aku buat. Tak perlulah aku sesakkan fikiran aku dengan benda-benda ni semua.


PAGI ni aku cadang nak pergi rumah Fiza. Semalam aku dah maklumkan padanya sebab aku nak minta dia serahkan kad kawin aku pada kawan-kawan di kilang. Seawal pagi aku perlu bertolak kerana aku tak mahu masa aku singkat dengan Fiza. Kalau boleh aku nak bermalam di sana. Banyak yang aku nak adukan pada dia. Aku yakin dia sudi mendengar semua masalah aku.

Aku tiba di halaman rumah Fiza tepat jam lapan pagi. Lebar senyuman Fiza menyambut aku. Aku tengok dia pun makin berseri-seri.

“Macam ada apa-apa saja ni?” Usikku pada Fiza yang sedang tersenyum lebar di depan pintu sejurus selepas aku keluar dari kereta.

“Kau ni macam-macamlah!” Balas Fiza malu-malu sambil menyambut barang-barang dapur yang aku beli. Aku cadang nak masak speacial dengan dia hari ni.

“Hafiz mana?” Aku tanya Fiza.

“Tidur! Semalam dia OT.”

“Kau tak OT?”

“Tak laratlah! Tiap-tiap minggu aku OT. Hafiz pun dah risau tengok aku.”

“Lain macam je aku tengok kau ni. Ada isi ek?” Mata aku membutang bila Fiza senyum-senyum malu.

“Baru lagi! Aku takut sebenarnya, takut tak dapat pakai baju pengantin” Balas Fiza mengaku hal sebenar. Aku dah rasa macam nak melompat riang.

Wah..! Nampaknya besan aku ni lagi aktif dari aku!” Usik aku lagi. Perut Fiza aku gosok-gosok lembut.

 “Menantu..! Oh..menantu! Jangan nakal-nakal. Kesian dekat besan mama ni. Badan dia kecik. Duduk diam-diam.!” Kataku sambil mendekatkan mulut aku pada perut Fiza.

Sakit bahu aku bila Fiza menepuk belakang aku. Malu betul Fiza aku usik macam tu.

“Kau macam mana?” Fiza tanya aku. Aku senyum nipis sebelum menjawab.

“Laki aku jauh. Mana ada masa nak aktif-aktif macam korang ni!” Sekali lagi bahu aku ditampar Fiza.

Nampaknya Fiza yang lembut dahulu sudah bertukar garang selepas disahkan hamil. Agaknya aku lagi teruk kalau aku hamil. Silap-silap tiap-tiap hari Arie kena kung fu dengan aku.

Tengahari itu aku dan Fiza riuh di dapur sambil memasak. Fiza kata Hafiz suka makan kari ayam. Jadi aku masak kari ayam dan Fiza masak sayur campur. Aku masak juga ikan pekasam yang aku beli dari kampung aku tadi. Tak lupa sambal belacan dan ulam pegaga yang aku petik di belakang rumah aku semalam.

“Apa rancangan kau lepas ni?” Tanya Fiza selepas aku ceritakan masalah aku padanya. Sesekali aku senyum tengok dia mengesat mata yang berair kerana bawang yang dihiris.

“Entahlah Fiza. Aku tak tahu. Aku takut sebenarnya kalau si Sarah tu cuba apa-apakan keluarga aku termasuk Arie. Orang jenis tu sanggup buat apa saja untuk kepuasan sendiri.”

“Kau tak nak repot polis? Bila aku dengar cerita kau ni, aku pulak yang rasa seram. Tak sanggup aku hadapi semua.”

“Memanglah takut! Kalau ikut hati, nak saja aku beli tiket kapal terbang balik ke Abu Dhabi. Tapi sampai bila aku nak lari dari masalah? Aku ada keluarga dekat sini. Aku takut kalau dia tak dapat aku, keluarga aku yang jadi mangsa. Kalau boleh aku tak mahu kecoh-kecoh sampai melibatkan polis. Nanti aku balik yang malu. Aku tak mahu orang kata aku ni perampas tunang orang. Sedangkan mereka di luar tu bukan tahu perkara sebenar.” Fiza angguk tanda setuju pendapat aku.

“Berat masalah kau ni Atee. Sebab ini dah melibatkan nyawa. Aku sendiri tak tahu nak buat apa kalau aku yang kena. Tapi kalau jadi pada aku, aku tak teragak-agak bagitahu pada laki aku. Mungkin dia ada cara untuk tolong.”

“Aku kesian pada Arie. Cukuplah selama ni dia menderita.”

“Aku takut kalau kau terus diamkan diri, Arie terasa hati sebab membelakangkan dia. Diakan suami. Dah tentu masalah kau masalah dia juga.”

Aku terdiam dengan kata-kata Fiza. Ada benarnya juga kata-kata Fiza tu. Namun jauh di sudut hati aku masih rasa was-was.


PETANG itu aku dan Fiza ditemani oleh Hafiz ke butik pengantin. Menurut Arie semalam dia tak kisah apa jua fesyen yang aku pilih, janji mesti warna putih dan seangkatan dengannya. Memandangkan susuk tubuh Arie lebih kurang macam Hafiz, aku harapkan pertolongan Hafiz mencuba untuk Arie. Nasib baiklah Fiza jenis sporting dan Arie juga tak kisah.

Keluar dari butik kami cadang nak ke Taman kanak-kanak untuk makan ais kacang. Dah lama aku tak rasa ais kacang situ. Dulu tempat tu sering aku dan Arie kunjung selepas penat berjoging di Taman Rekriasi.

“Pilih baju pengantin ke?” Tanya satu suara.

Aku, Fiza dan Hafiz pantas menoleh ke belakang. Gugup juga aku bila wajah sinis Sarah berada di depan mata.

“Ye! Majlis kami dah dekat. Nanti jemput datang ye!” Cepat Fiza membalas.

“Majlis awak bila pulak?”

 Sarah tanya pada aku yang membisu. Sinis betul bunyinya. Aku masih kelu tak tahu nak jawab apa. Bila Sarah melangkah rapat ke arah aku, dia bisik sesuatu di telinga aku.

“Perampas! Awak tunggu apa yang saya nak buat lepas ni!” Ujar Sarah dan terus berlalu pergi dengan tiga lagi kawan-kawannya.

Hish! Kalau aku ada kuasa dah lama aku fire perempuan tu. Dah orang tak mahu, sudahlah! Jenis tak tahu malu!” Bentak Fiza geram.

Aku mengeluh lemah. Entah kenapa aku jadi lemah tiap kali aku berdepan dengan Sarah. Kemana perginya keberanian dan kekuatan aku yang ada dalam diri aku dulu. Kalau atuk yang tua pun aku boleh lawan, kenapa dengan perenpuan ni aku boleh kalah? Aku cadang mahu mengadu pada Arie, tapi aku takut.

No comments: