PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 17 December 2014

BAB 11 TERTULIS KAU MILIKKU

11
     HARI ini hari ketiga Huda memberi air minuman yang dijampi kepada Bent. Seperti dua hari yang lalu, Bent menerimanya dengan tangan terbuka. Dengan sekelip mata sahaja, habis air itu diteguk. Cuaca panas yang melanda sekarang tidak membataskan Bent  untuk terima pemberian Huda. Huda dapat melihat dan merasa perubahan dalam diri Bent. Wajah Bent yang dulu sukar sekali untuk lihat dia tersenyum, kali ini tidak lagi. Madam Vanny juga turut merasa perubahan itu. Walaupun masih was-was Madam Vanny berharap agar sikap Bent akan terus ada perubahan positif. Huda teringatkan perbualannya dengan Madam Vanny pagi tadi.

“Apa yang  awak dah buat pada dia.? Saya nampak itu orang banyak happy sekarang. Muka pun nampak berseri saja.” Tanya Madam Vanny sambil tersenyum pada Huda yang sedang duduk di hadapan mejanya.

 “Tak ada apa-apalah Madam. Nasihat sikit, cakap elok-elok, sambil tu saya doa-doalah sikit supaya dia berubah..!” Terang Huda lembut.

 “Oo.. macam tu ke..?Awak ni baik la Huda..! Bertuah Bent dapat kawan macam awak.”

     Seperti biasa tepat jam 5 petang Huda melangkah ke bilik kosong di sebelah bilik Madam Vanny untuk bersolat. Melihatkan keadaan Bent sedang terbaring di tepi dinding, segera Huda mendekatinya untuk menyuruh Bent keluar menunggu di luar. Bahu Bent disentuh lembut untuk mengejutkan Bent dari lena. Tapi perbuatannya mati seketika apabila mendapati badan Bent terlalu panas. Kepala Bent disentuh, sah..!Bent demam panas. Huda bentangkan sejadahnya lalu segera mengerjakan solat asar. Seusai solat bergerak ke bilik Madam Vanny melaporkan keadaan Bent. Bergegas Madam Vanny mendapatkan Bent yang sudah lemah terkulai. Tanpa buang masa Madam Vanny dan Huda memapah tubuh ramping Bent menuju ke kereta untuk dibawa ke hospital.

“Awak tunggu kedai saja. Biar saya saja yang bawak. Pukul 6 kalau saya tak balik , awak tutup kedai, okey.! saya pergi dulu.!” Pesan Madam Vanny cemas.

Okey.! apa-apa hal nanti Madam bagitahu saya ye.!” Balas Huda sayu. Melihat keadaan Bent yang lemah ketika dimasukkan ke dalam kereta tadi, hatinya sedikit sebak. Masuk saja ke dalam kedai, kedengaran tefofon bimbitnya berbunyi. Huda tersenyum sinis bila memandang nama seseorang di skrin. Hilang sebentar rasa sebak tadi.

“Ye bang..! Huda kat kedai lagi ni, nanti Huda call balik okey.” Jawab Huda lembut. Tangannya lincah mengemas meja. Tamat saja talian Huda melangkah ke meja Bent, komputer riba milik Bent yang terpasang ditutup lalu dimasukkan kedalam laci. Huda tahu, Bent sayang sungguh dengan barangnya itu. Banyak masa terluangnya dihabiskan depan benda alah itu. Bukan berchating atau berfacebook tapi Huda sendiri tidak pasti, bila ditanya Bent cuma tersengeh.

 
   SEWAKTU di meja makan Huda menceritakan apa yang telah berlaku kepada Bent pada orang tuanya. Encik Marzuki hilang kata-kata mendengar cerita anak gadisnya. Tidak disangka anaknya itu benar-benar istimewa. Patutlah dulu arwah isterinya melarang keras agar kandungannya tidak digugurkan ketika mengandungkan Huda. Rupa-rupanya inilah hikmahnya.

“Abah, Huda nak mintak tolong abah  buatkan air untuk Bent, bolehkan..?”

“Kenapa Huda tak buat sendiri? Bukan susah pun. Yang penting niat tu mesti baik.”

“Huda buat juga, tapi kalau lebih ramai yang mendoakan, itukan lebih baik..”

“Mm..yelah..nanti abah buatkan..” Balas Encik Marzuki setelah berfikir sambil mengangguk.

     Selesai solat isyak Huda mula melangkah lemah ke katil peraduannya. Matanya yang memberat memaksa agar matanya dilelapkan sahaja. Sedang asyik melayan mata yang hampir menemui mimpi indah, Huda dikejutkan dengan deringan telefon rumah dari aras bawah. Matanya terbuka luas bila namanya dilaungkan oleh Encik Marzuki.

“Huda..! turun sekejap, ni ada panggilan ni.!” Laung Encik Marzuki lantang.

     Huda melangkah laju menuruni anak tangga. ,Melihatkan wajah orang tuanya yang tersenyum sindir Huda sudah dapat mengagak siapa empunya diri yang menghubunginya waktu itu.

“Dah rindu sangat lah tu.!” Usik Puan Rohayu sambil menjeling pada Encik Marzuki yang sedang tersenyum.

“Tulah..! Janji nak call, tapi tak call.. jawab sendiri...!” Bentak Encik Marzuki pula.

      Huda sudah tak dapat menahan malu dengan sindiran kedua orang tuanya lantas terus saja gagang telefon di dekatkan di telinganya.

Hello..! siapa tu.? Nak cakap dengan siapa.?”

“Saya nak bercakap dengan kekasih saya, dia janji nak call saya, last-last saya yang call dia. Macam mana ni.? Boleh awak bantu saya..?”

“Siapa kekasih awak tu.? Boleh saya tahu.?”

“Nama dia Farathul Huda bt Dato Marzuki Hamdan. Awak kenal tak..?”

“Saya rasa awak dah salah nombor, kekasih awak tak ada di sini. Ini Hospital bahagia Tanjung Rambutan.”

“Oh. Ye ke.? Maaflah saya tersalah nombor. Tapi, sekarang saya ni dah separuh gila. Boleh saya daftarkan diri saya ke tempat saudari ni.?”

“Eh. Tak boleh.! Tempat ni hanya untuk orang perempuan saja.!”

“Cantik sangatlah tu. Sesuailah dengan saya yang dah nak gila sebab mencari kekasih saya. Manalah tahu dapat pengganti yang sama gila macam saya ni..! Hati saya kuat berkata yang dia ada di situ.”

“Kesiannya awak..! Apa kata awak telefon nombor telefon bimbit dia sekarang..”

“Saya dah cuba call nombor telefon bimbitnya banyak kali, tapi tak ada jawapan. Saya bercadang kalau dia masih tak jawab panggilan saya, saya akan datang ke rumah dia sekarang jugak, dah rindu sangat ni.!”

“Mm..macam nilah ye encik. Saya cadangkan awak cuba call dia sekarang, mana tahu lepas ni dia jawab, saya rasa dia terlupa kot..!”

“Baiklah.. Saya cuba. Terima kasih ye cik. Sebelum tu, boleh saya tahu nama saudari.?”

“Kenapa nak tahu.?”

“Nak berkenalan. Sedap suara awak. Terpikat pulak.!”

“Gatal.!!” Jawab Huda geram lalu mematikan talian. Langkahnya di atur laju menuju ke bilik untuk mendapatkan telefon bimbitnya.  Dicapai beg galasnya  yang selalu dibawa ke tempat kerja lalu diselongkarkan mencari telefon bimbit. Terdapat 10 panggilan yang tidak berjawab membuatkan Huda mengeluh lemah. Menyesali kerana tidak menunaikan janji. Lampu telefon bimbitnya berkelip menandakan ada panggilan masuk.

“Assalamualaikum.. nak cakap dengan siapa..?”

“Saya nak cakap dengan kekasih saya..?”

“Ada buat epoiment ke..?”

“Nak bercakap dengan kekasih pun kena buat epoiment ke..?”

“Itu dah semestinya.!” Jawab Huda sambil menahan tawa.

“Sayang oii!.. janganlah buat abang macam ni.. sedih tau..! Huda pergi mana..? Puas abang tunggu..! Call pun tak jawab.!”  Ujar Faridz bernada sayu.

Sorrylah bang..! Huda lupa sangat.! Sampai tadi lewat sikit, time nak tutup kedai, ada pelanggan masuk pulak..”

 “Kenapa Huda pulak yang kena tutup kedai..? Bukan ke Huda hanya buka kedai?” Tanya Faridz hairan.

     Huda menarik nafas perlahan lalu diceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku. Namun tidak diceritakan pulak hal mengenai Bent yang bermasalah. Huda tahu, andai diceritakan mengenai perilaku Bent, sudah pasti Faridz akan melarang keras bekerja di situ lagi. Untuk mengelak dari sesuatu yang tak diingini berlaku, ada baiknya dia rahsiakan sahaja sampai waktu dan ketika akan diceritakan juga
“Abang..esok Huda nak mintak tolong sikit  boleh tak.?” Tanya Huda lembut.

“Kenapa. Huda ada masalah ke..?”

“Abang free tak esok..?  Huda nak ajak abang keluar time lunch sekejap..”

“Huda nak ajak abang keluar dating kemana..?"

“Ish.! Kesitu pulak.! Melawat kawan Huda yang Huda ceritakan tadi.!”

“Mm..abang tak boleh janji, tapi insyaallah kalau boleh abang call Huda pukul 10 pagi, okey.?”

Okey, tapi kalau tak boleh tak apalah. Huda faham abang sibuk.” Huda sudah mula berkira-kira mahu mengajak Madam Vanny. Dia yakin ketuanya itu pasti setuju.

“Apa kata kita pergi hari sabtu ni, abang cuti.” Cadang Faridz pula.

“Mm..okey jugak tu..”

     Malam itu mereka berbual panjang. Mata Huda yang tadi sudah tidak tertahan mahu ditutup terus segar bugar mendengar keletah Faridz. Ada-ada saja topik yang dibualkan. Hampir satu jam bergayut akhirnya baru talian ditamatkan.



 FARIDZ tersenyum panjang selepas menamatkan perbualan dengan Huda tadi. Hatinya berbunga riang. Tidak sabar untuk menunggu hari sabtu yang dijanjikan. Benarlah kata orang, penantian tu satu perkara yang menyeksakan biarpun hasilnya mengembirakan. Setiap hari dia menanti pengakuan sebenar dari mulut Huda. Namun sehingga kini Huda masih belum ucapkan lagi kata azimat yang sering menjadi igauannya. Ada ketikanya dia kurang yakin dengan cara layanan Huda terhadapnya yang seperti endah tak endah. Tapi ada kalanya disedari Huda melayannya seperti kekasih hati yang tidak mahu dilepaskan walau sesaat. Saat itu dia dapat merasa yang Huda sama sepertinya. ‘Mungkin aku terlalu mengharap.’ Bisik Faridz sendiri.

No comments: