44
AIDIL
Kepercayaan adalah intipati sebuah hubungan yang
terbina. Maka belajarlah untuk tidak menjadi pengkhianat jiwa.
“ADA siapa-siapa boleh bagi
cadangan, hari ni kita nak ke mana?” Aku beri peluang pada anak-anak aku memilih
tempat untuk bercuti. Dalam diam aku dah tersenyum pada anak sulung aku sebab
aku dah dapat agak apa jawapan yang akan keluar dari mulut dia nanti.
“CH..!” Jeritnya ceria. Hmm..aku dah agak..
“Kali ni ayah tak mahu pergi CH. Cari tempat lain
pulak.” Gesaku serius. Bila semua sudah mula tak dapat nak berfikir, aku senyum
pada isteriku Madiha.
“Sayang ada cadangan?” Aku tanya lembut. Bila dia
angkat bahu tak tahu aku senyum dalam hati. Rasanya Allah merestui apa yang
menjadi anganan ku sejak semalam.
“Sayang siapkan anak-anak. Kemaskan pakaian kita untuk
seminggu. Lepas zohor nanti kita bertolak.”
“Abang nak bawak kami ke mana.?”
“Kita balik KL. Rumah abang.” Senyuman Madiha yang
lebar buat aku lega kerana sememangnya sejak dulu hanya itu tempat yang menjadi
angannya. Cuma aku saja yang asyik mengelak tiap kali dia suarakan mahu ke sana.
Aku bercadang mahu
ke rumah Nur esok pagi. Harap-harap dia masih menanti dan mengharapkan
kehadiran aku sebagai satu-satunya abang yang dia ada.
NUR
Kini aku tahu bahagia ada di mana-mana..
PERLAHAN-LAHAN aku berjalan sambil
memegang perut aku yang memboyot. Tak tahan dah rasanya membawa perut aku yang
besar ni. Zikri kata aku nampak seksi bila mengandung. Ceh! Seksilah sangat.
Seksa ada la..!
Langkahku ku atur menuju ke luar rumah. Mendengar
suara riuh rendah anak-anak aku bermain di luar buat aku nak sertai sama. Namun
entah kenapa kali ini keriuhan berganda-ganda bunyinya. Umpama seperti ada
sepuluh orang kanak-kanak di luar rumah.
Aku mula menjenguk luar dari pintu utama. Tercengang
aku bila lihat beberapa orang kanak-kanak yang aku tak kenal sedang
bermain-main dengan anak-anak aku. Nak kata anak-anak jiran, aku rasa memang
tidak sebab yang mereka-mereka ni memang aku tak pernah lihat.
Aku mula melangkah mendekati mereka. Namun langkahku
tiba-tiba terhenti bila mendengar suara Zikri berbual dengan beberapa orang di
wakaf sebelah kolam ikan milik umi. Aku perasan umi turut berada di situ.
Dengan rasa segan, aku melangkah juga untuk melihat siapa tetamu yang tiba-tiba
muncul.
“Ha..tu dia! Orang yang kau nak jumpa sangat.” Kata
Zikri pada seseoarang di sebelahnya. Bila dia berpaling, langkahku terhenti.
Dadaku berdebar-debar.
“Nur! Saya datang nak jumpa adik saya. Bolehkan?”
Sopan suaranya kedengaran di corong telingaku. Aku yakin dengan suara itu.
Walaupun wajahnya ada sedikit perubahan, aku yakin dia. Walupun susuk badannya
juga tidak seperti dulu, aku pasti memang dia yang sedang berdiri depan aku.
Aku sedar kehadiran seorang wanita bergaya bertudung sebelah umi. Kini aku
yakin, dia sudah menemui kebahagiaannya. Seikhlasnya aku bersyukur dengan kehidupannya
sekarang.
Aku ketap bibir menahan sebak. Dalam sebak aku
tersenyum. Dalam senyum aku mengangguk laju. Di saat Zikri sedang memimpin
tangan aku membawa aku ke arah Aidil, air mata aku meluncur laju. Dalam hati
aku ucap beribu-ribu kali kesyukuran kerana Allah masih beri peluang pada aku
untuk berjumpa dan memohon ampun dan maaf dengan dia. Dalam hati aku berbangga
kerana insan yang aku anggap abang masih ada hati untuk bertemu dengan aku yang
bergelar adik. Pada aku, itulah hari yang aku nanti-nantikan. Aku yakin emak
dan ayah juga berharap seperti yang aku harapkan sekarang ini. Dan aku yakin
emak tenang di sana melihat penyatuan anak-anaknya. Amin..
TAMAT………
No comments:
Post a Comment