43
AIDIL
“KAU dah tak mahu balik rumah
kau ke Dil?” Tanya Razif serius.
“Nantilah! Aku belum kuat nak berdepan dengan semua.”
Kataku lemah. Selepas Makcik Mazuin dan daddy
pergi, aku bawa diri ke Sarawak tempat di mana Razif menetap. Hanya Kak Zana
saja yang tahu aku berada di sini. Itupun kebetulan Kak Zana menghubungi Razif.
Syarikatku yang berada di Kuala Lumpur terpaksa aku
serahkan buat sementara waktu pada penolong aku. Aku hanya memantau dari jauh
saja. Sesekali aku akan ke sana jika ada apa-apa yang tidak kena. Namun aku tak
pernah pulang ke rumah daddy. Terlalu
banyak kenangan dalam rumah itu hingga aku masih tak sanggup berdiri di situ.
Aku bercadang nak tukar lokasi syarikat aku. Buat masa
sekarang ni aku sedang usaha mencari tempat yang sesuai. Tapi baru-baru ni aku
rasa johor adalah tepat yang paling sesuai. Nampaknya sampai bila-bilalah aku
tak akan balik rumah daddy jika aku
dah mula menetap di negeri orang.
“Azie kata Nur cari kau. Kau tak teringin ke jumpa
dia?”
Aku tersentak bila Razif menyebut nama itu. Dah lama
aku tak sebut. Rasa-rasanya sudah hampir setahun. Cuma wajahnya sahaja yang
asyik bermain di ruangan mataku. Tapi aku macam tak percaya yang Nur mencari
aku. Rasa macam mimpi pulak.
“Aku takut, Zif.”
“Kau takut apa?”
“Aku takut hati aku tak kuat berdepan dengan dia.”
“Kaukan nak anggap dia macam adik saja.”
“Itu mulut aku yang kata. Hati aku macam mana pulak?
Aku keliru!”
“Kau lupa pada amanah Makcik Mazuin?”
“Sebab amanah tulah aku masih tak kuat nak berdepan
dengan dia.” Aku dengar Razif mengeluh lepas aku cakap macam tu. Memang aku tak
kuat sebab hati aku banyak rasa cinta pada dia dan bukannya sayang pada seorang
adik.
“Kau terlalu ikutkan perasaan, Dil. Aku nasihatkan kau
carilah seorang untuk jadi teman seumur hidup. Aku yakin dengan kehadiran
seorang suri, kau pasti akan dapat melupakan dia.” Nasihat Razif buat aku nak
ketawa. Siapalah yang nakkan aku ni? Tambah-tambah lagi kalau orang tahu asal
keturunan aku. Sah siapa pun tak pandang.
“Siapalah yang nakkan aku ni Zif? Sejarah salasilah
hidup aku terlalu sensetif. Aku yakin tak akan ada yang nakkan aku.”
“Zaman tu dah berlalu Dil. Orang sekarang dah tak
pandang semua tu. Sekarang perempuan hanya nakkan lelaki yang baik, beriman,
berpelajaran, ada duit dan sedikit harta. Yang lain-lain tu mereka tak kisah
sangat.”
Aku mengeluh perlahan. Mungkin ada benarnya apa yang
Razif cakapkan. Untuk mencari yang seperti Nur, aku rasa memang payah nak
dapat. Namun aku percaya pada Tuhan. Aku yakin setiap apa yang dikurniakan,
pasti terselindung seribu hikmah. Mungkin bakal suri aku nanti tidak secantik
Nur, tapi dia ada keistimewaan yang tersendiri.
Dalam diam aku ucap syukur pada ilahi kerana Nur
mencari aku. Terima kasih Nur! kerana mencari saya. Terima kasih kerana beri
peluang pada saya. Terima kasih kerana sudi hulurkan secubit kasih untuk saya.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian dalam hidup saya. Terima kasih juga
kerana mengajar saya erti sebuah kehidupan dalam berkeluarga. Tanpa Nur, pasti
saya tak merasa bahagia bersama daddy
dan Makcik Mazuin.
NUR
HAMPIR setahun sudah Aidil
hilangkan diri. Aku tahu dia sekarang berada di Bandar Kuching. Azie yang
sampaikan pada aku. Kata Azie, tak lama lagi Aidil akan menetap terus di Bandar
Johor. Hmm..patutlah susah sangat nak cari. Rupa-rupanya dah lepas ke selatan. Bila
aku tanya fasal jodoh Aidil pada Azie, dia ketawa mengekek. Kata Azie, Aidil
takut perempuan. Yelah tu..!
Sebenarnya aku pun dah hilang ikhtiar memujuk. Zikri
kata aku patut biarkan saja Aidil begitu. Zikri takut, andainya aku terus
merayu, dikuatiri Aidil akan pergi lagi jauh. Menurut Zikri lagi, jika Aidil ada sifat
seorang abang seperti yang emak harapkan, insyaallah, dia pasti akan datang
jumpa aku. Apa yang penting, aku harus terus berdoa agar hidupnya sentiasa
diberkati Allah selalu. Harap-harap dia segera bertemu dengan jodoh yang
baik-baik. Kini aku yakin, usahkan secubit kasih yang Aidil harapkan dari aku, segunung kasih pun aku sanggup beri asalkan dia ikhlas terima aku sebagai
adiknya kerana aku yakin dia mampu menjadi seorang abang yang baik untuk aku.
No comments:
Post a Comment