42
NUR
Pergilah derita. Pergilah dugaan. Bukan benci tapi
kerana aku sudah tidak mampu lagi..
DIAM TAK DIAM, sudah dua minggu emak dan
ayah tinggalkan aku. Namun hingga semalam, aku seperti manusia tak berperasaan.
Entah kenapa aku seperti tidak boleh terima kenyataan yang emak sudah pergi
tinggalkan aku untuk selama-lamanya. Rasanya macam baru semalam aku bawa emak
pulang ke rumahku.
Setiap hari aku hanya habiskan masaku termenung. Dah
macam-macam kata nasihat yang Zikri beri pada aku. Namun aku tetap macam ni
juga. Hal makan minum pakai Zikri dan Zaim aku serahkan seratus peratus pada
umi dan pembantu rumah. Aku sedar Zikri seakan-akan sudah mula bosan dengan
aku. Kadang-kadang aku takut hati Zikri berubah hati. Senyumannya pun aku dah
lama tak nampak. Seminggu selepas pemergian emak aku masih nampak kesabarannya
melayan kerenah aku. Tapi sejak tiga hari lepas aku sedar dia sekan malas dah
nak pandang aku. Jadi hari ini aku nekad mahu mengubah sikap penting diri
sendiri aku ni. Yang pergi sudah pasti akan pergi dan pasti takkan kembali
lagi. Namun yang pasti yang masih hidup sudah tentu harus teruskan perjalanan
hidup.
Bukan aku tak rasa bersalah, dan bukan aku tak cuba
terima kenyataan, cuma entah kenapa hati aku masih liat menerima suratan
takdir. Yang sebenarnya aku boleh terima mereka pergi tinggalkan aku cuma aku
tak boleh terima cara mereka pergi. Setiap kali aku terbayangkan wajah emak
yang sedang menahan kesakitan, hati aku rasa sakit sangat. Seolah-olah aku yang
merasai kesakitan yang emak tanggung.
Semalam aku dengar perbualan Zikri dan umi tentang
Aidil. Menurut Zikri, sudah lama Aidil tidak pulang ke rumah. Siapa pun tak
tahu ke mana Aidil pergi. Aku tahu dia kecewa dan sedang bersedih macam aku.
Masakan tidak, dia hidup bersama ayah sejak dia berada dalam kandungan ibunya
lagi. Dah tentu dia tak dapat terima kenyataan.
Kadang-kadang aku rasa bazir waktu memikirkan tentang
dia. Siapa dia pada aku? Penting sangatkah dia dalam hidup aku? Dia tak ada
kena mengena langsung dengan aku. Usahkan setitis darah, sezarah darah pun
langsung tak ada sangkut paut. Tapi bila mengenangkan amanah dan harapan emak
pada saat-saat akhirnya, aku rasa bersalah. Rasanya tak patuit aku singkirkan
dia sedangkan ketika emak berikan kata harapan hari tu, aku berjanji dalam hati
akan terima Aidil sebagai abang aku dunia akhirat.
Dentingan jam dinding di ruang tamu menyedarkan aku
dari lamunan. Terlalu asyik berkhayal hingga tak sedar jam dah pukul enam
petang. Sebentar lagi Zikri pasti tiba dari hospital. Zaim yang sedang galak
bermain dengan umi buat aku tersenyum.
“Baru hari ni umi dapat lihat Nur senyum. Lapang dada
umi tengok Nur macam ni.” Kata-kata umi buat aku termalu sendiri. Tak sangka umi
susah hati selama ni.
“Nur minta maaf mi. Nur terlalu ikutkan perasaan. Nur
dah susahkan umi. Nur serahkan tanggungjawab Nur pada umi sedangkan sepatutnya
tanggungjawab tu Nur yang patut galas.”
“Umi tak kisah. Umi faham situasi Nur. Umi pun pernah
rasa kehilangan. Tapi cara Nur tu tak betul. Kasihan Zikri dengan Zaim. Mereka
perlukan Nur.” Aku mengeluh kesal dengar luahan hati umi. Aku mengaku aku salah
kerana ikutkan perasaan.
“Abang ada cakap apa-apa ke tentang sikap Nur ni?”
“Seumur hidup umi, Zikri hanya pernah merungut satu
hal sahaja, sekali dalam hidupnya depan umi. Nur nak tahu bila dia merungut?”
Umi cuba berteka teki denganku. Aku angkat kening tanda pinta jawapan.
“Masa tu umi hantar dia ke UK. Rumah atuk dia. Baru
sehari sampai di sana, dia merungut nak balik jumpa Nur. Tak tahan rindu
katanya. Umi tinggalkan dia di sana. Dia merungut pulak dekat atuk dan
neneknya. Tiap-tiap hari atuk dan neneknya pujuk suruh bersabar. Bila atuknya
bagitahu yang atuknya nak suruh umi pinangkan Nur, sejak tu dia tak merungut
lagi sehinggalah sekarang.”
Aku tunduk malu sampai lebar tersenyum dengar umi
bercerita. Nasib baik Zikri tak ada masa ni. Kalau tidak, mahunya aku lari
menyorok dalam almari baju.
“Terima kasih umi, sebab faham masalah Nur. Nur janji
lepas ni Nur nak ubah sikap Nur ni. Sebenarnya Nur rasa bersalah pada emak
sebab selama ni Nur banyak salahkan arwah emak dan ayah. Nur sakitkan hati emak
dan ayah. Nur tak pedulikan mereka sedangkan selama ni mereka bersusah payah
datang sini semata-mata nak bertemu dengan Nur. Nur pentingkan diri sendiri.
Nur bukan anak yang baik. Bila dah jadi macam ni baru Nur nak rasa menyesal.”
“Baguslah kalau Nur berfikir macam tu. Lepas ni Nur
kena teruskan hidup Nur agar menjadi lebih baik dan terbaik. Jangan
kusut-kusutkan fikiran Nur lagi dengan benda-benda yang dah lepas.”
“Nur nak ke dapur siapkan air abang. Kejap lagi mesti
dia sampai.”
“Yelah! Buat yang special
sikit. Biar hilang penat dia tengok Nur dia dah kembali.”
Aku melangkah ke dapur dengan senyuman meleret. Untung
betul badan aku sebab dikurniakan mertua yang baik dan memahami seperti umi.
Ditambah pula dengan suami yang baik seperti Zikri. Semakin bertuahlah aku.
Sepuluh minit kemudian hidangan tersedia dia tas meja
kopi. Serentak dengan itu deruman kereta Zikri kedengaran dari luar rumah.
Bergegas aku pergi mendapatkan Zikri. Senyuman paling manis aku hadiahkan
padanya menerbitkan rasa hairan hingga berkerut wajah Zikri.
“Dah sihat?” Soalan pertama yang keluar dari mulut
Zikri selepas aku mencium tangannya. Aku termalu sendiri bila Zikri sindir
macam tu.
“Nur minta maaf sebab tak pedulikan abang dan Zaim.
Mafkan Nur ye bang! Nur janji lepas ni Nur tak buat lagi perangai macam ni.
Abang marah Nur?”
“Abang tak marah cuma geram sikit.” Ujar Zikri sambil
menjeling manja. Aku tergelak dengar dia cakap macam tu.
“Abang penat? Nur ada buatkan air.”
“Penat abang hilang tengok Nur senyum macam ni.” Kata
Zikri lalu menarik aku dalam pelukannya. Dahiku dikucup lembut.
“Sebenarnya Nur takut abang lupakan senyuman Nur dan
beralih pada senyuman yang lain.”
Berdekah-dekah Zikri ketawakan aku.
“Nur! Dengar sini baik-baik. Dua puluh empat tahun
abang tunggu Nur jadi suri hidup abang, bila dah dapat, berbaloikah abang lepaskan
Nur semata-mata nak cari yang lain? Sebelum abang lafazkan akad atas Nur, abang
nekad dan bulatkan hati abang untuk terima Nur seadanya. Sebenarnya abang kagum
dengan Nur. Terlalu banyak penderitaan yang Nur tanggung sendiri. Jika digalas
di bahu abang, pasti abang cepat mengalah. Abang tahu Nur masih terasa dengan
apa yang berlaku. Namun abang sedikit kesal sebab Nur tak benarkan abang
merasai sama apa yang Nur rasa.”
“Dahlah bang! Nur dah tak mahu ingat lagi kisah lalu.
Sekarang tumpuan Nur hanya pada keluarga kita saja. Insyaallah Nur akan cuba
lupakan. Sebenarnya Nur tak mahu lagi menyalahkan Aidil. Depan mak hari tu, Nur
nekad untuk terima Aidil sebagai abang Nur dunia akhirat. Nur teringin nak
jumpa dia. Nur nak minta maaf dekat dia.”
“Alhamdulillah..! abang bangga dengan Nur. Insyaallah
lepas ni kita sama-sama usaha cari dia. Abang tahu dia bawak diri jauh dari
kita sebab segan dengan kita. Abang yakin, kalau dia tahu pandangan Nur pada
dia dah berubah, pasti dia datang jumpa kita.”
Aku lega lepas Zikri cakap macam tu. Aku harap keputusan
aku ni tidak lagi menjadi masalah dalam hidupku. Dalam diam aku berdoa agar
Aidil sentiasa dilindungi Allah selalu. Harap-harap dia mendengar suara hati
adiknya ini.
No comments:
Post a Comment